Mem-bridal dan Architectshoes.
Berikut adalah nama-nama tempat bersejarah yang dilawat oleh kami untuk trip mem-bridal ini. Err. Sebelum ni, tempat tersebut bukan tempat bersejarah. Tapi sebab dah dilawat oleh saya secara mem-bridal, automatically dia pon jadi historical places. Err. Suka hati akulah nak men-sejarah-kan mana-mana tempat pon. HAHA.
- Ampang Park
- Ampang Point
- Bangsar Shopping Center
- Bangsar Village
- Chawan (Err. Yang ni bukan kedai pengantin lah. Ni kedai minum. HAHA)
Kami dah keluar masuk beberapa bridal boutique dan semacam biasa, mata saya pon berpinar-pinar dibuatnya. Terlalu banyak anasir luar yang mempengaruhi fikiran saya yang gila punya suci neh. HAHA. Beraneka pakaian wedding gemerlapan. Saya juga semakin mengenali para usahawan perkahwinan. Dulu, saya cuma kenal tokey cina jual toys. See. Sudah dewasa jugak aku. Bukankah sangat magik neh? Macam mimpi bukan? Cubalah anda tampar muka anda sebanyak beberapa kali. Sakit tak? Ya. Bukan lagi mimpi. Ini adalah satu kenyataan yang aneh.
Masih ingatkah perihal kakiku yang gila punya comel neh. Iaitu kaki paling comel dalam dunia. Err. Maksud dia, kaki aku lagi comel dari kaki anda. HAHA. Err. Bukanlah. Maksud saya, kaki saya yang terlalu kecik saiz dia atau dituduh sebagai kurang berupaya. Padahal sangat energetic kaki neh walaupon kecik. Disebabkan saya dikurniakan kaki saiz 3 setengah, err.. atau lebih sedap disebut sebagai saiz 4, jadi untuk wedding pastilah sangat menderita untuk mendapatkan kasut.Oleh itu, Mr Fiance pon mencadangkan untuk kami menempah kasut. Kami sudah survey beberapa shoes maker. Not bad.
Okek. Sekarang kami tengah mendesign kasut atau disebut sebagai ARCHITECSHOES. Gila comel punya aktiviti. Mendesign secara ym. And I am feeling great!!!
Mr. Fiance sangat sporting. Beliau akan bercakap ‘ok’ dan ‘I tak kisah, I ok je’ dengan penggunaan ayat yang tepat. Iaitu apabila beliau tidak berasa setuju, beliau pon akan tidak bersetuju. Ketika saya membagi design kasut idaman yang ala-ala comel tu, oh my god. He’s not the typical boyfriend next door yang akan menunjuk cool dengan melelong ayat ‘Ok. I tak kisah. I ok je’. Dan kemudiannya membiarkan teman wanitanya terumbang-ambing secara syok sendiri. Oh, he is not that type of person. Sangat mengujakan. Beliau pon sama-sama membagi idea dan sangat excited mendesign kasut. Beliau juga membagi idea tentang our wedding dress. What kain to use, macam mana nak bubuh beading dan jugak on the colors. Oh, sangat gula-gula kapas. And today, I realised how sporting he is and how lucky I am to have him. And I love you, dengar tak? HEHE.
Biasanya urusan dengan wedding planner akan dibiarkan kepada wanita secara bulat-bulat. Tapi alhamdulillah. Beliau sangat komited. And I am happy. To the fullest.
Esok. Mem-bridal lagi. Tetapi dengan mak Mr.Fiance pulak. Tadi dengan mak saya. Ye. Sangat penat kebelakangan ini. Tapi hati sangat sihat secara total. Walaupon suara sangat burok, tapi hati sangat cantek. Okay lah tu. Hehe. Huhu. Haha.
Okay. Saya mengistiharkan diri sebagai sibuk secara official nya. Iaitu akan mula sibuk men-design kasut dan baju kawen untuk men-diva. Juga sibuk ke sana ke sini mendriving sambil sesat dan membuat U-Turn secara gembira. Terima kasih kepada satellite. Apa nak buat, kami high-tech sangat. Tanpa bantuan satellite, susahlah nak hidup. Err. Macam berciri alien pulak dah. Lebih kurang lah.
Saya rindu Haikal. 6 hari tak nampak muka dia, rasa macam 6 purnama sudah. Adoi. Sepanjang ketiadaan beliau, saya pon perasan diri sangat kaya. Iaitu memiliki dua kereta secara penuh. HAHA. Tak sangka, kereta dia dah aku buat macam kereta sendiri. HAHA. Kereta aku? Entah. Dah berapa lama aku takda sentuh crv tersebut. Sayang bini, kasih-kasihkan. Sayang kereta, simpan-simpankan. HAHA. Sayang diri, tidur-tidurkan. Okay, selamat malam.
1, 2, 3, ….. tidur!




August 17th, 2008 at 11:55 pm
Huhu. Selamat mensibukkan diri chika.
August 17th, 2008 at 11:57 pm
Hah? I jadi first? Wohohoho!
August 18th, 2008 at 12:46 am
beshnya baca org nak kawin2 ni… takde ke gambar2 sepanjang buat lawatan bersejarah tersebut? hehee
August 18th, 2008 at 12:46 am
third!!!
hepinye dia hehe
August 18th, 2008 at 2:38 am
slamat cari barang
August 18th, 2008 at 3:07 am
kawen? kawen? kawen?
buntang mate bace cerita chika. mau kawen!!harharhar
seronoklah mau design baju, kasut n all that.
pelamin, bilik tidur bila nak design? akan ku tunggu kisahnya:P
August 18th, 2008 at 6:28 am
makin hari aku baca entry ko, makin aku berduka.. ko tau kan kenape? urmm.. tp aku hepi tgk ko hepi.. aku berduka kerana err.. ko paham sendiri lah.. selamat bergumbira dgn aktiviti memb-bridal.. pasti majlis ko sgt meriah.. tak sabar aku nak tunggu..
August 18th, 2008 at 7:51 am
salam, hye..saya antara pembaca setia blog anda(heheh)..anyway congrats and have fun..
August 18th, 2008 at 8:28 am
ahernya aku nak menampakkan diri
sebab aku terlalu teruja melihat ko teruja..
ngehahahahahahahha..
August 18th, 2008 at 8:52 am
semoga semua perancangan di buat dengan tenang dan gembira…
August 18th, 2008 at 12:20 pm
besh nye pi carik brg tuk perkahwinan. Chika mendesign kasut? Gud..gud.design skali tuk kak ween buleh? Size kasut kak ween jugak 4! kdg2 5.huuhuh
August 18th, 2008 at 2:08 pm
waahh~
best larh bace cite org nk kawen.
teruja sgt!
akak x nk buat laporan bergambar semasa melawat historical places tersebut?
‘asal pelik struktur ayat tersebut?!’
August 18th, 2008 at 2:19 pm
hoho~
masyuk.
teruja betol aku dgn cite kawen budak ni. =P
sonok gile.
jeles.
nak kawen gak!!!!!!!!!!!!1
August 18th, 2008 at 2:45 pm
testing.
KAY, AKU BUKTIKAN YANG LINK INI BERKESAN!
August 18th, 2008 at 2:48 pm
haha.. aku nak try lagi gak.. tgk berkesan atau tak..
August 18th, 2008 at 2:50 pm
WAKAKAKKAKAKAKA.
Amenda la ko neh kay. Kata jek pakar komputer, masuk link pon tak lepas. wahahaha. gelakkan kau! *rotf*
August 18th, 2008 at 2:55 pm
woi2.. teknologi blogger yg aneh tau tak.. bukan silap aku.. cissss
August 18th, 2008 at 3:02 pm
atiqah – ye. mmg sibuk secara selamat. haha.
darling – sejarah ni bersifat teori. tidak direkod ke dalam bentuk gambarajah. ia berciri live dan memorable. uiks. ehehe
kak masy – ya. anda ketiga. saya gembira :P
marjerin – tq. mmg mencarik barang secara selamat neh . huhu.
azie – banyak lagik nak di-design neh. hahaha. best wo kawen. pergilah kawen. haha. err. kawen duu, baru tau. ekeke
kay – bertenang kay. kalau jodoh tak ke mana. sabar la hokey.err. aku tak tahan ar nak gelakkan ko. terror-terror pon, tak reti letak link. apadaaaa. wakakakakakaka. erk. sori, tapi mmg gila kelakar.
mommycamelia – pembaca setia i? wa. terharu. terima kasih :) teruskan membaca sampai pening. ihi :D
astri – hek. baru muncul ko heh. skang kat mana? Russia? wahahaha. manalah tau kan. anda kan sangat berciri superman. boleh ke sana ke sini sepantas kilat. hhuuhuhuhu.
– kak haslina – tq kakak. insyaallah. may Allah bless :)
dieyla – jom kawen. err… bukan kau kawen ngan aku lah! tapi, u kawenlah dgn sesiapa pon yg u nak. kawen dulu, baru tau rasa dia camana. busy tapi best. hahaha. tak percaya, gi la ajak bf you try mem-bridal! haha.pasti heart attack bf tersebut.
August 18th, 2008 at 3:03 pm
kay – wa. nak salahkan blogger. perbuatan lupa nak letak http:// tu dah menunjukkan masalah teknologi tuh. wahahaha. meh sini kasik aku domain free. haha. apa nak berkira sgt dgn aku ma.
August 18th, 2008 at 4:07 pm
whoahhh..
sangat best-lah perbuatan sebegini..
sangat..sangat..sangat..
sesat itukan best??boleh gelak guling2 akibat sesat..
slamat mendesign-lah yer!
pasni ko ley jd penasihat agong aku utk bridal boutique dan hal-ehwal perkahwinan puler!
August 18th, 2008 at 4:23 pm
jaja – penat aku, Ja. Tapi best jugak. sbb bukan selalu. setahun sekali.aik? hahaha. sekali seumur hidop insyaallah. wuuuu… penat.
August 18th, 2008 at 5:16 pm
woooo.. wooo.. mmg dlm web programming kalo ko tak letak http:// dah jadi link nye.. cuma blogger ni kokak sket.. sedap giler ko gelakkan aku.. hahahaha.. ampes.. domain free? aku tunggu dpt ilham dulu.. hahaha
August 18th, 2008 at 5:18 pm
cepat ar dapat ilham.
eleh, domain jek. bukan apa sangat.
haha. NURULISM.COM. sedap gila. perfect gila. gila gila.
August 19th, 2008 at 2:23 am
ape kata ko taja percutian aku ke phuket.. pasti aku cepat dpt ilham bile kat sana.. hahahaha
August 19th, 2008 at 2:49 am
baik aku beli domain terus. haha
August 19th, 2008 at 3:36 am
ade hikmah berkaki tecik ni ;p
merasa mendesign kasut..hihi
August 19th, 2008 at 3:44 am
izza, u nak buat pon bolehla. bukan utk size kecik jekla. hehe. tapi i special case la. hahahah.
August 19th, 2008 at 10:54 am
omg jelesnyee bestnye dieeeeee….
August 19th, 2008 at 12:52 pm
eireen – hehe. nanti awak pon akan merasa. bersabar jek. hehehe