Ok blog aku tak best.

Okay. Blog aku tak best.
Senyap takda lagu cinta karat.
Tak da lagu metal pecah kepala, hancur, mati!
Tak da lagu Jepun atau Korea yang gila sedih sampai hati terkoyak rabak.

Blog aku takda gambarajah cantek.
Tahukah sebab apa?
Sebab aku bukan dilahirkan untuk menjadi photographer. Aku adalah photo yang harus dirakam oleh photographer sebab aku cantek. Hambik kau. HAHA. Memanglah fakta ini berbunyi kerek. Tapi aku seronok membuat ayat macam bagus sebab engkau pon akan sakit hatilah bukan? HAHA. Padan muka anda. Sakit hati tak? Pergilah buang hati tu. Macam jijiklah kalau disimpan hati yang buruk tersebut. HAHAHA. Buang! Buang! HAHAHHAHA

Err. Confirm kah nak kata blog aku tak best?
Muktamad?
Fikir balik dua tiga kali.

Err. Okey. Blog aku tak best.
Link aku bersepah-sepah tidak tersusun mengikut abjad. Tengoklah kiri sana. Susah bukan mencarik link blogger? Itulah. Minda anda sangat lambat. Tengok aku. Aku boleh ingat semua link yang aku buat tersebut secara pantas. Sebab itu aku tak memerlukan susunan abjad A-Z. Err. Tak payah. Perbuatan ini hanya dilakukan oleh insan-insan terpilih yang tahu menggunakan suasana untuk menguji otak dia. Sebab itulah aku pandai. HAHAHA. Sakit hati tak?

Okey. Blog aku tak best. Sebab tak banyak sampah di kiri kanan sana. Contact details pon tiada, bukan? Sebab ini sebuah blog, bukan buku yellow pages. Err. Buat apa nak contact aku? Sangat berminatkah? Aik? Bukankah kata blog aku tak best. Buat apakah berkenalan dengan penulis blog yang tidak best ini? Sebab itulah aku kena jugak cakap yang engkau ni semacam tak pandailah. Err. Pergilah get out.

Okey okey okey. Blog aku tak best. Tapi apsal ramai ketagih? Err. Ha, engkau jawaplah. HAHAHA. Aik? Janganlah terasa secara membabi buta. Aku bukan cakap pasal readers yang setia sehidup mati bersamaku, aku bercakap pasal orang yang kata blog aku tak best. Dah tak best, kau nak apa lagi? Bukan kau ke yang buat blog aku hit? Err. engkaulah bukan yang keluar masuk blog aku sehari seratus kali. Err. Tak best ke blog aku? HAHA.

Kan aku dah warning. Jangan mengapa-apakan aku kerana sebuah blog yang gila comel dan cantek ini. Nanti aku bukak entry kerek macam ni, bukankah satu penghinaan jadinya? Aku dah cakap. Jangan berani shoot aku sebab aku pandai dow. HAHAHAHAHAHAHAHAH. Tengok. Kan dah kurang sopan entry aku jadinya. Engkaulah punya pasal. Padahal entry aku semuanya sangat ilmiah. HAHAHA.

Siapa nak komplen lagi?
Komplenlah.
Kau nak apa?
Kau harap apa dari blog aku neh?
Kau nak lagu-lagu kah? Apa pc kau takda iTunes atau paling burok pon, tak da Windows Media Player ke? Pergi sana main lagu dekat pc engkau lah. Kenapakah mengharap lagu dari blog aku? Permintaan yang berciri bodoh la bukan?

Lagi, nak mintak apa? Mintak contact details? Nah, email aku : Cinderellacruz@hotmail.com. Aphal? Ingat aku takut ke? Emaillah aku. Aku masukkan je email-email anda ke dalam bin. HAHA. Hidup neh bukanlah susah sangat. Lagi, nak apa? Nombor telefon? Ishk. Gila tak malukah muka anda? Tahukah bahawa perbuatan meminta-minta nombor telefon daripada yang tak sudi adalah perbuatan berciri ‘jatuh maruah’. HAHAHA.

Err. Apa lagi anda harapkan dari sebuah blog? Ishk. Banyak songeh. Baca je lah. Kalau rasa maruah tercabar membaca blog aku, err … pergilah get out. Bukan wajib pon membaca blog aku. Pergi solat 5 waktu dan ganti puasa lagi wajib. Membaca Al-Quran diwaktu lapang sangat dituntut. Err. Tak fahamkah? Tahukah blog aku sangat hit pada jam 2-4 pagi? Bukankah itu waktu yang sangat perfect untuk bertahajjud. Aik? Ha ha.

Aku mana ada marah. Tengoklah. Bukan main banyak HAHAHA lagi di atas sana. Aku sekadar membuat entry kesedaran sivik. Boleh je nak kata blog aku tak best.Boleh. Sapa kata tak boleh. Tapi tak payahlah berciri penghinaan sebab aku sangat tahu bahawa blog aku sangat tak layak dihina. HAHAHAHA.

All the beloved readers, I love you.

Recent Entries

19 Responses to “Ok blog aku tak best.”

  1. curseshadow Says:

    Sape kate blog kamu tak best nih? isk isk..udah2 mari makan blueberry cheese cake ngan sy nak? mane aizar.. die mesti nak join skali..sy bg die pemotong kek je.. hehe..

  2. curseshadow Says:

    eh lupee.. yes!! first.. erm maksud sy.. first ngan second comment di bolot oleh curseshadow.

  3. A t i Q a h Says:

    Sabar beb, sabar. Ini i panggil sebagai, ujian untuk orang glemer. Hoho.

  4. Anonymous Says:

    agaknye blog orang yg ckp tu kan.. err blog die hanya memuatkan lagu2 dan photo2 je kot.
    tu pasal die bukak blog org len yg ade byk huruf2 ni die kate tak bes.
    hahahahha.. bek die bukak fotopages je kalo nak tgk gambo.

    -anotonot-

  5. aisyah Says:

    khas utk mereka yg dengki blog kamu, rentikanle ‘ayat-ayat dengki’ tuh.

    utk kamu, terus maju. utk kamu lagi, mau ke aku buka blog jua?

  6. Adian Says:

    kalu aai bukak blog abis gulung tikarla kite sume.

  7. :: Wiween laoshi :: Says:

    hehehehe sabo chika.pedulikan aje depa tu.depa kata x besh ape psl depa mai sini.Mau menjadi SAMPAH maybe. Nanti chika masukkan depa dlm bin okeh! ;)

  8. eHa Says:

    dr dulu semacam berasa pelik bile anda marah2 kepade err.. ‘sampah2′ yg mengutuk blog anda.. atau pn entry2 anda..

    kenapekah mereka nk masuk blog anda kalau xsuka, bukan…

    aneh aneh..

    (mungkin ade trtinggal entry2 atau komen2 lame readers, buat diriku x paham cerita sbna..hmmm…)

    apapepn.. abaikan saja. jika anda berasa tertekan, mereka akan suka.

  9. Eireen Camelia Says:

    sapekah yg lantang dan lancang suare memberkan komen sedemikian? pergh.. meh cabar die buat blog yang SANGAT BEST meh meh

  10. fara-D Says:

    ish.blog chika tak bes? hahaha… silap da shoot chika.
    mereka2 yg tak suka, sila la angkat kaki atau pergi beriadah ke….

    chika…teruskan menulis yer….

    aisyah! bukak blog a’ai!!!!!

    eh! aku sedang sebuk ni….erk!sambung keje *sigh*

  11. tulip Says:

    sabar dik.. jgn dilayan org yg memang takde point nak tembak adik.. bila adik marah, dorang jadik hepi sbb berjaya mencuit hati adik untuk melenting. pedulikan kata org.. kita tak mati ngan kutukan org.. ramai yg setia ngan adik.. trust me!

  12. myadlan Says:

    aiya cik chika da emo plak..

    setiap orang ada hak nk cakap apa. tp kne la bertempat dan beradab.

    satu lagi, actly minta no telefon itu kene ada cara jugak. xde la nmpk xde maruah sgt.. (aku ske gak simpan no tp xde guna sbb bkn nk contact pn)

  13. menteil Says:

    haha.. suka aku baca entri nie.. nak pinjam ayat la.. haha..

    tersirat….

  14. fiezafadilla Says:

    sapa tu nak cari gado tu? jom kita p bantai ramai2. hahhaha

  15. sweethOneY Says:

    saye nk ckp, i love u too ;p

  16. D.i.e.y.L.a Says:

    uik.

    berani die cakap blog chika tak best???

    heh.

    meh kite lesing die ramai-ramai!!

    heee~

  17. nurulizz ™ Says:

    helo blog anda sgt besh yeee..dulu salu bace, pastu dh xlope url anda, pas2 jompe balik n sgt soke!!!!!!

    ayat anda sgt besh!!!!! :)

  18. Mr PenyuBiru Says:

    aku paling suka ending nye

    All the beloved readers, I love you.

    ya. i love you too! huh! hehe..

    hepi blogging!

  19. yOnnA Says:

    siapakah manusia durjana itu,chika?
    best sangatkah blog dia?
    dia tau x blog u ni baru dpt award dari i iaitu blog paling cantek?
    hahah..

    xpe chika.
    janji i suke blog u.
    lap u too!

Leave a Reply