Archive for August, 2008

Lawatan akademik dan nombor Roman

Posted by chika under Uncategorized
Engkau meluat tak kalau aku kasi ayat puaka macam neh :
Hooray, aku dah langsing dah!

Meluat tak? Meluat tak?
Lantak kau ah nak meluat ke tak. Sebab aku memang dah langsing dah ni. HAHAHAHA. *pangg at my face* Owh peoples, I feel langsing and athletics since I lost 3 kg. Ingat main-main ke nak buang 3 kilo punya daging dari badan? Ingat calang-calang orang boleh buat ke? Sangat mendabik dada dibuatnya. HAHAHAHA *devilicious* Err. Ajaib betullah macam mana aku boleh berhasil melakukannya. Padahal dah bertahun-tahun aku berusaha. Gym, jogging, bowling, golf, yoga, dan sukan menembak. *tipu gila* Semua aku buat demi nak melangsing *tipu melampau* And finally, aku dapat jugak penurunan berat yang memberangsangkan. Hu Hu Hu Ha Ha Ho Ho! Langsingnya kau Chikaaaaa boleh blah.

Anda bersedia? Warning. Entry super saiya punya panjang akan bermula. Seandainya anda tak berapa sukakan gangguan tekstual, sudah! Janganlah dibaca lagi nanti akan sangat menyesal sampai menangis-nangis dibuatnya. Kalau anda rasa mengah, boleh berhenti dan baca lagik bila anda berasa bosan dengan hidup anda. Sebab blog aku neh memang sesuai untuk orang yang bosan dengan hidup dia. Err. Maksud dia, bacalah blog aku bila anda sudah tiada pilihan lain dalam hidup. HAHAHAHA. Humble bukan this statement? Menjelang Ramadhan neh, entry aku akan berciri rendah diri. Bismillah …

I
Semalam aku tak ada dalam rumah. Maksud dia, aku berada luar daripada rumah. Pergi UKM. Jumpa kawan-kawan. Sebenarnya berjumpa kawan-kawan merupakan sebab sekunder atau boleh diistilahkan sebagai alasan tidak sengaja. Sebab, perkara primer dia ialah nak pergi swimming. Lepas gian. Alang-alang dah dapat berkumpul secara kedai kopi dengan ramai sahabat handai, apalah salahnya aku jadikan insiden tersebut sebagai sebab kenapa aku susah payah datang UKM. HAHA. Orang pandai dan humble memang macam neh.

Sampai je fakulti kejuruteraan yang macam cantek tu, aku pon terus masuk Studio Petunia. Apsal burok sangat nama studio korang neh ha? Ubah tak boleh ka? Seperti bernamakan Studio Of The Carribbean? Studio Of The Ring? Atau nak comel sikit, Studio Squarepants? See. Kreatif la Chika neh hayyoh. Aik.Bukankah tadi kata nak humble? Hahahaha.

Tak peduli lah macam mana punya burok pon nama studio korang, studio tu tetap merupakan bekas studio aku. Atau secara bahasa karatnya disebut sebagai sangat nostalgik. Tapi aku tak jadi nak serbu studio Petunia *ehem.Tak sedap dow nama neh* tu. Sebab mereka tengah briefing. Aku pon keluar bawak diri terus ke cafe. Nampak Ainul. Teruslah Ainul pon tersengih lebar dan aku pon sama-sama tersengih lebar-lebar-lebar.

“Jom lepak sana. Ramai duk lepak sana. Sha dengan Ayie pon ada,” Ainul ajak aku. Aku pon ajak diri aku sendiri. Kami pon berkedai kopi tepi tasek sambil aku meminum coke edisi Beijing. Sejak kebelakangan neh, aku mabuk Coke balik. Kalau Gedik dengar neh, mesti beliau sangat bersorak dan dalam hati dia akan berkata ; dapat pon geng kaki mabuk Coke.

Okay. Aku nak masuk chapter II. Kalau anda pon sudah berasa muak nak baca, boleh berhenti dan sambung bila anda sudah tak tahu apa nak dibuat dengan hidup lagik. Atau pon jangan disambung-sambung lagik. Sebab entry ni memang gila punya panjang. Jangan kata aku tak warning ha.

II
Perbincangan kedai kopi petang semalam. Semua tanya pasal kawen. Semua mintak kad kawen. Semua ghairah nak kawen. Semua pon muka dah macam duta perkahwinan. Tak habis-habis membuka topik kawen. Sampai aku pon berasa tercuak-cuak. Ada sikit perasaan semacam mak nenek. Mereka sangat remaja-ria. Aku pulak sangat mem-bridal-ria. Dua sisi yang berbeza. HAHA.

Sha dengan Ayie pon datang dari JB. Ada meeting project. Wah. Semua orang gigih berkerja menjadi arkitek. Sekaligus membuat aku berasa sangat tidak berwawasan. Erk. Siapa kata? Aku sangat berwawasan. Belum nak tunjuk belang lagik. HAHAHA. Sangat taknak kalah la pulak. HAHA. Tapi aku tumpang seronok menyaksikan mereka dahsyat bekerja. Seminggu 7 hari. Bukankah dahsyat tu? Duduk dalam office membuat working drawing. Hanya orang kepala batu, hati besi saja yang akan gagah. HAHA. Tapi aku cuma berminat mendengar perbualan tentang gaji saja. HAHAHAHAHA.

Mek Ti dah dapat kerja dekat Wangsa Maju. Dia kata firm dia cantek. Gaji cantek tak? Chika neh kenapalah materialistik sangat? Yang engkau tu pulak, kenapalah tak ada sense of humor sangat? Aku bergurau lah. Hehe. Shafiz pulak akhirnya dapat interview from DP Architect. Ha, puas lah hati ko kan? Dapat firm hebat-hebat. HAHA. Nasib baik dia memang top student dalam studio. Maka, bila dia sangat memilih kerja tu, kami pon tak bolehlah nak menghina dia sangat. HAHAHAHA.


III
Mak aku kata ; Dah susutlah badan. Jangan sampai kurus kering, ma tak suka.
Aizar kata ; Weh, ko dah susut! Aaaaa. * dan terbarailah gelak trademark Aizar :D *
Farah kata ; Aku tengok ko neh semakin kecik jek.
Sarah kata ; Nurul, kau nampak kurus.

Aku pon buat-buat terkejut sambil berlakon konon-konon malu. Padahal dalam hati dah melompat katak,lompat galah, dan juga lompat jauh. Dalam hati dah berasa proud macam nak mati punya proud. Aku suka gila. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Tapi tiba-tiba Nisa muncul. Aik? Nisa nampak sangat kurus. Mas pulak muncul. Mas pon nampak sangat kurus. Iaitu lagi kurus dari aku, of course la hayyoh. Okey, aku kalah. Aku tak sekurus mana. Macam nak nangis sikit tapi tak apa lah. Aku tetap langsing hahaha. Tah siapalah kata aku langsing, aku pon tak tahu. Tapi aku memang ikhlas dengan diri sendiri. Aku langsing.


IV
Masuk studio Petunia *huii, buruk nama ni, buruk*.

Kak Nurul…

Mula-mula nampak muka Yin (Junior aku) dah tersengih sangat simbolik wajahnya. Aku faham dah. Nak bukak sidang perkahwinan la tu.

Sarah!!!!

Aku macam biasa. Memang terjerit-jerit bila nampak Sarah.

r />Nurul!!! *Okay, respon yang baik hahaha* Kau datang sorang ke?

Erk? Apakah maksudnya datang sorang? Tak kan datang studio bawak tunang. Macam terlalu thrill la pulak tindakan tu karang. Padahal aku neh, bajet je macam thrill.Padahal aku bukannya thrill sangat pon. HAHAHAHAHA.

Josh muncul : Hey, Nurul! Lama tak nampak.
Aku : Josh!! Hey! Camner studio?
Josh : Okayyyy. Aih. Macam-macam cerita aku dengar neh pasal kau.
Aku yang humble : Aik? Cerita apa?

Wakakakaka.

Kak Nurul!!!

Sana sini lah pulak Kak Nurul nya. Macam hot je aku neh. Mulalah aku perasan diva kan. HAHAHA. Majoriti mata pandang kat aku. Macam tak penah jumpa aku jek. Amenda lah mereka neh. Buat aku perasan diva jek. Kang bila aku dah men-diva kang, bukankah sangat buruk implikasinya? HAHAHAHA.

Alias pulak teriak : Tu diaaa, Nurul! Orang paling HOT buat masa ni. Diperkatakan di sana sini.

Aku yang dah perasan Diva pon dah terkesima. Aku boleh gelak-gelak je secara batu. Muka dah hangat sikit. Malu la aku hayyoh.

Kak Nurul nak kawen dah …..

Yin neh tak habis-habis dia usik aku pasal kahwin. Amboi amboi. Iman pon sama.

Tengok. Mendadak glamour aku jadinya. Macam artist. HAHAHAHAHAHA. Tolonglah jangan rangsang aku macam neh. Aku ni bila dah terangsang, pasti sangat perasan jadinya. Padahal aku bertekad nak menjadi humble neh. HAHAHAHAH.

okay, anda dinasihatkan menghentikan bacaan. Semak chapter seterusnya pada hari esok. HAHAHA.


V
Danau. Menggelupur nak swimming. Kali ni pergi berempat. Aku, Farah, Yin dan Pei Ping (junior kami jugak). Seronok. Err. Penagih. Kalau dah lama tak dapat barang, engkau tahulah macam mana dia punya gian kan. HAHAHA. Samalah macam kes aku ketagih pool. Rasa nak aku usir semua orang suh kosongkan pool. Kasik aku bermaharajalela macam pool tu aku yang punya. HAHAHA.

Anyway, Yin tak join swimming. Dia datang Danau untuk beberapa tujuan je ; Solat Asar, Jaga handphone aku dan tengok kami swim. HAHAHAHA. Yin, kalau Yin baca neh … tolonglah senyum secara gembira sebab buat julung kalinya, nama Yin dah termaktub dalam blog neh. Pasrah lah okey :P

Dari jauh, abang jaga counter dah senyum. Oh. Ingat kat aku lagi lah tu. HAHA.


Abang counter : Mana lagi sorang? *dia neh memang tak da modal lain. Dari dulu sampai skang, ni lah soalan rutin dia setiap kali tengok aku datang secara solo*

Aku yang humble : Ha? Sapa? *kura-kura dalam perahu*

Abang counter :Cik Abang lah. *woooooo! sensitif neh*

Aku yang humble : Aaa. Dia busy *taram je alasan. Tak kan aku nak huraikan cerita satu persatu. Tak perlu.Lagipon aku bayar RM2 nak swimming, bukan nak bukak sidang bercerita*

Dah bayar semua, kami pon masuk. Tiba-tiba abang Lifeguard lagi sorang pulak teriak. Sudahhhhh.

“Hey, Nurul! Sini kau!”

Amboi. Panggil aku macam aku hutang 8 juta dengan dia. Aku pon stoplah. Terharulah jugak sebab dia kenal aku lagik. Ingat nama aku lagi pulak tu. Bukankah terharu? Disebabkan terharu, aku pon bercakaplah dengan dia kejap.

Lama tak nampak ni. Kau dah habis study kan? Buat master ke sekarang? - tanya Abang Lifeguard *padahal aku tahu nama dia, tapi biarlah aku panggil dia lifeguard*

Ha ah. Abes dah. Skang menganggur - macam biasa, orang humble memang akan mengaku diri dia menganggur secara jujur.

Helleh. Tipu lah. Dengar cerita nak kawen dah? - srrrrrrrp! selamba badak je dia tanya aku.

Aku secara otomatiknya terus pandang kat Farah. Farah pon secara otomatiknya berkata “Aaa.Bukan aku cakap! Bukan!” Dan Si Farah Reporter Antarabangsa ni pon terus larik mencecet masuk bilik persalinan. Maknanya apa tuh???

Amboi kau, Farah! Gurau kasar neh. Dengan abang lifeguard pon dia boleh canangkan. Tapi aku taklah marah. Sebab cerita dia macam kelakar. HAHAHAHA. Tak sangka lifeguard tersebut busybody. HAHAHAHAHHAHA.

VI
Lifeguard tersebut mencabar aku swim sampai hujung pool. Gila. Aku pon kata ; Tak nak ah. Sayang nyawa. Kawen belum neh.

HAHAHAH. Bantai gelak dia.

Tapi aku sangat proud. Sebab aku berjaya jugak hooray! Swimming sampai hujung. Itupon Pei Ping ikot aku. Manalah tahu aku tenggelam ke kan, bolehlah amoi tu selamatkan aku. HAHA. Aku cuba berdiri tegak, kedalaman dia sangatlah dalam iaitu sama dengan ketinggian dua kali aku. HAHAHA. Pendeknya kau Chika. Pendek pon tak pa, asalkan langsing. Aik? HAHAHA.

Well. Aku memang cuba nak buat entry yang humble tapi kejaplah. Nak mengambil satu perenggan untuk bangga diri kejap boleh ka? Anyway Farah. Kenapa kau tak sampai ke hujung pool? HAHAHAHAHAHA. Tengok. Aku neh nampak je pendek, tapi jiwa sangat kental. HAHAHAHAHHAHAHAHHA. *imagine : Farah lempang muka aku bertubi-tubi* HAHAHA. Gurau jek. Farah, i love u.


VII
Lepas swimming, makan. Makan dekat Pelamin. Lama tak ke situ. Tempat zaman-zaman kecik dulu *aku pon tak tahu apa
kah maksud dia zaman kecik neh*.

“Hai… sorang je?Boyfriend mana?,”

Sekali imbas, sempat dengar suara lelaki-lelaki tukang masak. Aik? Bukankah aku bertiga dengan Farah dan Yin? Aku tak faham betullah dengan manusia neh. Actually dia nak perli aku lah tu. Masalahnya, apsal dia alert sangat pasal aku? Padahal berbulan dah aku takda ke situ. Aku pon jarang datang situ. Pengajaran dia, banyak betul busy body dalam hidup ini. Tapi tak apalah. Mereka lah yang buat kita berpeluang merasa diri semacam DIVA. HAHAHAHA.

Anyway, Aku nak merekodkan sesuatu untuk masa depan. Yin kata dia nak kawen usia 24 tahun. Pei Ping kata dia nak kawen usia 28 tahun. Farah kata dia nak kawen lepas konvo. HAHAHAHAHA. Erk. Aku exaggerate je pasal Farah tu. Ampun, Farah! Ehehe. Calon dah ada kan? Kan? Aik? Memang sekalilah, jom kita imagine Farah lempang muka aku laju-laju. HAHAHAYYOH. Sabar lah Farah. Kang aku tak de kang, bukankah sangat bosan hidup kau tu? HAHAHAHA.

VIII
Lepas makan, kami pon pulang ke studio untuk bersolat Maghrib dan kemudiannya keluar ke Metropoint. Aktiviti fulus-mania. Tapi bukan collect duit sebaliknya membagi duit kepada yang memerlukan. HAHAHAHA.Lepas itu menjemput Iman (pon junior aku jugak). Jemput dia kat KIAM. First time neh ke KIAM. Hehe.

Aku suka betullah kedai tu. Vintage gila. Belanja punya belanja, tiba-tiba duit aku tingga RM6. Macam biasalah. Aku kan kaya sekejap, miskin lama. HAHAHAHAH.




Siapa suka furniture and decoration in English style, bolehlah pergi Metropoint Kajang tingkat 2. Duduklah kau situ puas-puas sampai mata ko juling tengok roses. Siapa penggemar koleksi pinggan mangkuk comel, artistik dan decorative … kat situ pon banyak. Yang suka makanan-makanan tak boleh dimakan pon, ada banyak kat situ. Seperti bekas-bekas berbentuk cupcake, ice cream dan chocolate. Harga sangatlah berpatutan. Bunga-bunga plastik dia pon not bad. Tapi taklah sehebat SSF punya. Tapi SSF tu mahal sikitlah. Ah, kau datanglah sendiri tengok kalau berminat. Kalau tak berminat, takpe dun worry. Baca lagi chapter seterusnya :P

IX
Malam semalam aku bermalam di bilik Farah. Nasib baik rumet dia balik PJ. Kalau tak, sangat seganlah aku yang humble neh. HAHAHA. Aku rasa, aku memang tak bolehlah bersekedudukan dengan Farah. Kami akan berlumba-lumba tidur. HAAHA. Berlumba-lumba makan jugak. Saling menjadi enzyme antara satu sama lain. HAHAHA.

Pagi tadi aku celik bijik mata, aku tengok ada orang perhatikan aku. Aku pon hairan. Dia pon hairan. Aikkkk! Mek Ti! Apsal dia ada dalam bilik Farah jugak?


Loh. Kau ke Nurul! Aku ingatkan sapa.

Disebabkan Mek dah sergah tu aku pon bangun. Hehe. Dapatlah jugak jumpa Mek kejap. Kemudiannya kami pon mandi bersama-sama (aik?) dan makan bersama-sama di kedai mamak. Selepas itu pergi Canselori ambik scroll. Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina. Lega. Semua urusan dengan UKM dah settle. Kot. Oh. Belum. Bulan Oktober ada akreditasi. Hayyayayayai.

X
Esok pagi aku balik Johor jugak. Aku rasa, sebagai seorang anak yang baik dan sebagai seorang cucu yang menyayangi atuk dia, aku memang patut balik kampung jugak. Kami akan balik secara adek-beradek. Kalau ada Haikal, pasti sangat seronok. Tapi Haikal sangat sibuk dengan dunia baru dia yang aku tak faham tu. Dia kata tunggu dia balik. Tapi bila ditanya bila dia balik, dia pon kata dia tak tahu. Aik? Aku rindu Haikal. Tak apalah. Esok aku gagahkan juga diri untuk men-driving jauh. Sebenarnya aku pernah drive from Senai to Cheras. Gila dahsyat nak pengsan dibuatnya. Guna Kancil. Gila dahsyat drive jauh bawak Kancil. Sesuatu yang aku taknak buat dah.

Esok pagi service kereta Haikal. HAHA. Sejak dia takda, kereta dia dah aku buat macam kereta sendiri. Ada dua sebab kenapa aku tak boleh pakai kereta aku balik johor. Satu, aku tak mampu nak layan tangki kereta aku yang gila sawan telan petrol. Dua, aircond kereta aku bermasalah. Ketiga, sedap wo pakai kereta Haikal. Aik? Sebenarnya ada tiga sebab, bukan dua. HAHA. Tapi kalau pakai kereta aku, boleh angkut banyak buah-buahan. Termasuk dengan dusun-dusun sekalik. HAHAHA. Acah mak enon.

Ishk. Apsallah Ijat belum ada lesen memandu. Pasti penat aku berhempas pulas memandu jauh esok. Aku nak ajak Aizar, tapi mesti Ibu tak bagi kan? Kan? :( Nak ajak farah, dia dah janji nak bawak Mek pulak carik rumah :(

Disebabkan aku sebenarnya tak pandai menulis number roman, aku berhenti sampai SEPULUH je. Kalau aku pandai, memang aku sambung lagi panjang tu. HAHA. Actually aku pandailah hayyoh. (Aku pandai carik alasan untuk memanjangkan entry dan juga memendekkan entry) HAHA.

Tahukah kenapa aku menulis dalam chapter? Sebab entry neh sangat panjang. Aku nak menggalakkan engkau membaca secara berepisod.Sebab itulah. Mungkin engkau patut habiskan bacaan dalam masa at least TIGA hari. HAHA. Atau lagi panjang dari TIGA hari. Supaya engkau tak menuduh aku lambat update. Hehe. Kan dah kata. Aku pandai carik alasan. HAHA.

Bekalan dadah terputus? Belum tahu lagi. Mungkin aku yang humble neh akan membuat auto publish entry. Oleh sebab itu, engkau masuklah sini esok. HANYA kalau kau dah tak tahu apa nak dibuat dalam hidup neh. HAHA. Memandangkan aku macam humble lah konon, aku sudahi dengan ; blog neh bukan penting sangat. Kalau tak da update pon, ia tidak menjejaskan apa-apa. HAHAHAHA. Humble bukan? Hahahahaha.

Sekian,
blogger yang humble.
(Aih. Humble la sangattttt)

Chika yang Lovely gila.

Posted by chika under Uncategorized
Sepatutnya aku balik Johor petang ni. Sepatutnya lah. Tapi oleh kerna perasaan aku tidak berpatutan pada hari ini, aku bilang sama babah yang aku tidak mahu. Erk? Ibubapa suruh aku drive balik Johor jenguk atuk yang tidak sihat. Semalam aku kata OKAY. Tiba-tiba hari ni aku menjadi tidak OKAY. Bukankah berlaku konflik perasaan di situ?

Pertama. Aku tak pandai kata TIDAK bila ibubapa buat permintaan. Berkata tidak akan membuat aku berasa terancam dengan situasi seolah-olah menderhaka. Padahal aku sangat taat. HAHA. Jom gelak kejap. Bukanlah berlagak macam bagus seperti anak solehahhahaha. Tapi sekurang-kurangnya, aku tidak pandai menolak permintaan ibubapa. Lagi-lagi bila abah yang mintak. Sebab itulah semalam, dengan sangat dramatiknya aku bersetuju men-drive jauh bersama adek-beradek. Padahal aku tak pernah buat kerja thrill ni lagi. Aneh la bukan? Aku men-driving dari KL ke Johor secara solo. Bukankah aksi tersebut kedengaran terlalu gagah untuk dilakukan oleh aku yang tak berapa nak gagah neh?

Kedua. Aku sangat penat. Malam semalam tidur semacam ayam. Iaitu tidur-tidur ayam. Err. Engkaupon fahamlah bukan tidur versi ayam itu ialah yang semacam mana. Jadi, hari ini aku berasa sangat blues. Jiwa pon agak mendung. Tidak berapa fun. HAHA. Jadi, janganlah memandu jauh semasa jiwa berkarat. Nanti akan membahayakan nyawa. Padahal aku nak kawen. HAHAHA. Jom gelak sekali.

Ketiga. Aku tak suka balik kampong tanpa ibubapa. Mana pernah sepanjang hayat yang panjang ini aku pulang ke kampong tanpa ibubapa.

Tapi aku sangat risaukan atuk aku juga. Pasti atukku sangat perlu melihat muka aku yang gila comel ni untuk menghiburkan hati beliau. Err. Aku umpama pil gembira. Yang boleh menggembirakan orang hanya dengan sebentuk muka yang ala-ala ini. Erk. Over bukan ayat neh? Kita cancel ayat tersebut. Biar aku buat ayat lain. Okay, mungkin aku boleh katakan bahawa aku adalah cucu favorite atuk aku. Di mana kehidupan aku ditaja oleh beliau. Maka, menjadi tanggungjawap aku untuk menghiburkan hati beliau dan menjenguk beliau semsa beliau tidak sihat. Dan lagi, aku sangat sayangkan atuk dan nenek aku. Bukankah berciri kasih sayang ayat neh? Oh, Chika … kau memang lovely! HAHAHA.

Dah la. Apsal aku macam poyo neh? Tak sukalah poyo-poyo neh. Malas lah layan Chika neh. Dah, semua boleh bersurai. Aku nak carik roti.

woah

Posted by chika under membridal
Assalamualaikum, blog.

Mem-bridal hari ini menghasilkan :

  1. Woaaa! Jauhnya perjalanan ke Shah Alam. Sangat sesak jalanraya. Membuatkan perjalanan menjadi bertambah panjang. Kakiku tunjuk perasaan, cramp. Hujan lebat mengganggu pemanduan. Cuaca terik menghalang bijik mata untuk terbeliak besar. Sepet lah sepanjang jalan.

  2. Wallauweh. Kebuluran terperangkap dalam jam. Tak dapat berbuka. Berbuka puasa hanya pada jam 9.30 malam. Aku neh bila lapar, akan menjadi garang. Naik angin mendadak. Nak marah. Nak bengang. Tapi tak tau marah siapa. Aku memang suka bengang secara aneh. Iaitu bengang yang tak berapa nak relevan. Haha. This is hina I tell you. Jangan buat perangai neh.
  3. Makkk! Aku langgar traffic light because Mr. Fiance said, “Nurul, keep right”. Apalagi, teruslah turn right! And hell, traffic light was in red la hayyoh. Luckiky, nyawa terselamat. Kemudiannya, beberapa kali tragedi hampir merempuh kenderaan. Bukanlah dramatik sangat. Tapi boleh tahanlah buat jantungku like … dag dig dug. Dan juga potong queue which is rude lah bukan. Tapi dah kebuluran, apa lagik patut buat selain daripada mengikut kata nafsu serakah.
  4. Waaaah! Wedding Photographer must be very rich la hayyoh! Sangat sangat kaya kalau macam neh la pulak ganas service dia. Tapi, berkahwin sekali seumur hidup. Tidak boleh berkahwin dua atau tiga, atau empat kali. Err.Warning.Err, sayang … you dengar tak? kahwin SEKALI seumur hidup. Haaha. Dan photography and videography merupakan antara perkara paling PENTING dalam acara. Kenalah perfect. Again, photographer memang kaya raya dow! Aku jadik photographer kang. And again, terkejut monkey aku dengan service dia.
Kami sudah update lagi our plan. About the photo shot. And I’m happy about the latest idea. HAHA.Tak boleh cerita, sorry. Hehe. And suddenly, sewaktu berehat-rehat tadi … aku pon terfikir. Wah. We will have 4 events! Nikah, Sanding at my place, sanding at his place and photoshoot. Aku pulak akan ada extra 1 event untuk majlis khatam Quran insyaallah. (see. 5 events sudah! Belum decide lagi about the malam berinai.Hoh. Banyaknya agenda ) Pasti sangat letih. Dan aku sebenarnya sangat risau. Aku takut kalau acara ni tak teratur. Aku runsing memikirkan aturcara. Sebab aku suka perkara yang perfect. Oh, bagaimanakah? And since Mr.Fiance insyaallah akan invest banyak untuk the video and the photography thingy, adalah menjadi satu tanggungjawap pihak aku untuk menyusun acara dengan sebaikbaiknya. Atau kami akan rugi. Oh oh oh. Aku sudah mula berasa risau. Okay. Ini kali pertama bukan, aku menyebutkan kerisauan tentang wedding. Sebab selama ni, aku tak berapa memikirkan sangat tentang acara. Ya Allah. Takutnya. Tapi at the same time, aku berasa sangat bersemangat! Sebab semakin dapat merasakan bahang perkahwinan. Haha.

Lagi-lagi setelah berjumpa photographer. Sangat lama punya discussion sampai berjam-jam. Melihatkan sikap professional beliau, dan sikap understanding jugak idea-idea dia, aku rasa lagilah energetic. Sebab aku rasa, boleh percayakan hasil kerja dia. So, I have to plan everything smoothly. Eh eh. Chika cuak.HAHAHHA.

Kami tengok macam-macam video tadi. The photographer showed us his previous works. Sebenarnya, tengok acara nikah adalah yang paling mengujakan. Meremang I tell you lagi-lagi semasa mendengar lelaki melafazkan akad. Gila touching dibuatnya. No wonder ramai yang gugur air mata. Mungkin aku pon samalah juga. HAHAHAH. Tapi seriously, memang satu acara yang menyentuh hati sampai menggoncang jiwa menyaksikan upacara akad nikah. Mungkin engkau tak setuju apa aku cakap selagi engkau tak at least, berada dalam posisi ke arah perkahwinan.

Erk. Entry ni sangat berciri wedding. HAHA. Cerita wedding kept running in my head, and I can’t help it to stop. HAHA. Memang aku excited. Tapi mulai detik ini, aku dah mula rasa cuak.cemas, runsing, risau dan gementar. Steady chika, steady!

Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:
“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng”. ( Riwayat Muslim )

Semoga Allah SWT memudahkan semuanya. Insyaallah.

Romantically Politics

Posted by chika under politic
Alhamdulillah.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh.
Bukan satu kejutan, dah memang dijangkakan. Oleh sebab itu, semalam aku takda langsung mengikuti perkembangan. Malah tidak langsung berumah tangga depan Harakahdaily mahupun Malaysiakini. Sebab aku optimis dengan kemenangan beliau.

Okay, Golongan macam bagus Melayu perkasa yang memperjuangkan bangsa , pasti lepas ini mereka akan tunjuk perkasa dengan membangkitkan isu hak istimewa Melayu (what the hell). Kan aku dah cakap. Kau pergi banyak membaca sana. Siapa datang sini tinggalkan komen bertanya tentang isu perjuangan Anwar yang menolak hak Melayu, aku lempang muka kau laju-laju. Orang Penang yang takut hak nya terjejas, dan mungkin menggigil ketakutan kerna tanah mereka kononnya jatuh dalam mulut buaya, apa susah. Kau jangan duduk atas tanah lagi. Pergi terjun masuk laut sana! Kononnya keluar mulut singa, masuk mulut buaya. Kepala otak lu. Dan majoriti yang pandai bercakap dan takut-takut itu, dia sebenarnya otak sangat kosong tapi nak becakap. Dan bercakap berdasarkan kefahaman yang dia generate sendiri. Kan aku cakap, banyakkan membaca. Kalau boleh, belajar sejarah Suruhanjaya Reid.Pergi! Againlah okay. Kepala otak lu.

Okay, cukup sebuah entry entry berbaur politik dan kebakaran. HAHA. Anyway, aku macam tak pernah mengeluarkan statement berani mati secara terbukalah bukan? Aku penyokong PAS secara majornya. Dan aku sokong kebangkitan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas satu episod kezaliman yang terjadi ke atas beliau dan keluarga. Oleh itu, aku menolak UMNO dalam apa cara sekalipun selagi dia berciri sekular. Terima kasih. Okey, berasa super hero diri ini setelah membuat kenyataan tersebut. Thank you.

Sudah jam 11 pagi. Elok aku membuat apa yang patut dibuat. Kejap lagi nak ke Shah Alam. Mem-bridal lah. Tengok. Aku ni seorang yang seimbang. Boleh berpolitik di waktu pagi dan mem-bridal di waktu petang. Waktu malam pula aktiviti makan-makan. Tengok. Hanya orang pandai yang boleh buat pekara-perkara ini. HAHAHAHA. Angkat bakul kejap. Hehe.

Tiba-tiba aku rasa terkilan. Kenapakah aku tidak meneruskan pengajian Sains Politik semasa kemasukan ke universiti tiga tahun lalu? Tahukah kenapa aku suka politik? sebab ia mencerna IQ. Membaca politik sentiasa mencergaskan minda. Ia satu ilmu yang sentiasa berubah dan teorinya tidak statik. Bukankah perkara yang statik itu bosan? Seperti teori yang mengatakan bahawa cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi. Kalau kita menterbalikkan hujah, ia akan dikatakan salah. Bosan. Bosanlah bukan? Sebab hujah tersebut bersifat statik.

Err. Chika, get out! Bukankah kita jangan memblog politik? Malam kang kau datang lagi aku buat entry ‘bunga-bunga’ pulak. Well. Dah aku seorang yang seimbangkan. What to do. HAHAHAHA. Pagi memblog politik. Malam memblog romantik. Wa. Gila perfect! HAHAHAHHA.

Wedding Architecture

Posted by chika under Uncategorized
Kelakar like HAHAHA.
Seseorang meng-google‘transeks’.
Dan dia pon tersampai ke blog ilmiah neh.
Sia-sia lah bukan?
Apa kau ingat aku buat pesta ‘transeksual’ dalam blog?
Cubalah search benda-benda baik sikit.
Kejaplah aku gelakkan dia.

Tutup cerita yang seksual. Blog aku berciri tekstual. Di mana terdapat terlalu banyak teks. Tapi bukankah itu lagi baik daripada menjadi blogger yang seksual? Apa neh bercerita seks di dalam blog? Malulah sikit. End.

Tadi berbuka makan nasik. Engkau janganlah suka sangat nak tanya aku makan apa. Sebab jawapan dia sangat konsisten. Iaitu nasik. Makanan kegemaran aku ialah nasik. Aku tak tahu apakah terjadi dengan aku kalau tidak lagi mendapat nasik. Mungkin aku tidak lagi menjadi aku. Mungkin akan kehilangan berat yang mendadak. Mungkin menjadi solid secara magik. Mungkin juga mengidap gejala menung sana, menung sini yang berpanjangan. Inilah dia sindrom rindu nasik. Mungkinlah. Well, aku berharap lebih banyak penanaman padi dilakukan dalam dunia. Supaya tidak berlaku kejadian kurang bekalan nasik. Aku pasti mati. HAHAHAHAHA. Macam nonsense lah pula paragraph ini. Siapa suruh baca?

Tadi aku terbukak hati untuk tengok-tengok surat dari PAM.Ada banyak magazine dia hantar sejak berbulan lamanya tapi aku tak pernah sentuh lagik. Err. Sebab aku sibuk dengan urusan duniawi yang lain, urusan dengan PAM aku sudah malas nak layan.Surat-surat dia pon tak pernah dibuka.

Sekali, ambik kau! Tak sangka majalah Arkitek Malaysia (am) melambak-lambak dihantarnya dan aku langsung tidak notice. Itulah. Sibuk sangat menganggur.


Ada TUJUH semuanya.
Sangat inspirational.
Buat aku berangan-angan maju doploh tapak ke hadapan.
Rumah impian.
Aku akan menjadi arkitek untuk rumah aku sendiri.
Hahaha.

Membaca AM buat aku berasa rindu. Rindu dengan dunia seni bina yang selama ni jadik ‘makanan’ aku. Macam aku lama meninggalkan architecture. Padahal aku masih sayang bidang tu. Cuba belum cukup kekuatan. Err. Siapa architecture peoples, dia tahulah macam mana deraan psychology in architecture. Tapi aku belum nak stop lagi. Aku masih berminat tentang bangunan.

Tapi buat masa ini, aku lagi berminat dengan seni bina pelamin. HAHAHAHAHAHAHA. Dan juga menjadi arkitek mendirikan ‘rumah tangga’. HAHAHAHAHA. Oleh itu, aku banyak menghabiskan waktu lapang (hoi, Chika masa kau memang lapang-lapang belaka) dengan membaca majalah bridal. Aku rasa, architecture dengan marriage itu ada kaitan yang erat. Iaitu kedua-duanya mempunyai kata kunci ‘mendirikan rumah’. HAHAHAHA. Err. Bolehlah aku kasik up lagi status aku. Akulah Arkitek Rumah Tangga. HAHAHAHA. Erk. Poyo lah bukan? Anyway kan, aku memang terlalu poyolah kebelakangan neh. Orang poyo memang tak cool kan? *slap slap slap muka sendiri*

Aku rasa, orang yang nak kawen memang akan poyo secara berleluasa. Err. Apakah erti sebenar poyo? Undefined.

Ini majalah favorite at the moment. Aku ulang baca magazine neh sudah tigaratus kali (bohong) dan sudah hafal semua isi dia (bohong gila). Aku juga sudah mengamalkan nasihat-nasihat ratu sehari yang ditulis dalam majalah ini (jangan bohong lagik, chika!) Ya ya. Aku bohong. Tapi memang inilah magazine yang sangat aku minati at the moment. Aku sudah baca banyak kali. Walaupon mahal sikit, tak apa. Isi dia sangat memuaskan nafsu. Tak habis-habis dengan nafsu. Tapi, memang baguslah magazine neh. Siapa nak kawen tu, pergilah carik magazine neh. Bridal magazine from InTrend atau Female aku tak berapa recommend. Sebab terlalu western. Kot iyapon nak men-diva, janganlah lupa budaya dan tradisi la hayyoh. HAHAHA. Syukur, chika ingat lagik kat budaya dan tradisi dia. At least lah kan. HAHA. Bila nak kawen, baru ingat tradisi. HAHA.

Sebenarnya aku tengah ‘mabuk’ cendawan. Aku tengah ‘high’. Sebab itu aku menghasilkan banyak entry secara berlarutan. Dan aku akan lebih giat menulis. Sebab blog aku secara tiba-tiba mengeluarkan aura yang sangat attractive. Aku pon rasa sangat sayang dekat blog aku neh. Aku pon bercadang untuk menghasilkan lebih banyak entry secara gila. Sampai engkau semua pon gila. HAHAHHA.

Nak pergi main game, activate IQ. Lepas itu tidur.

Konsert Hujan

Posted by chika under Uncategorized
Musim-musim hujan ni, semua orang pon menjadi sebuah organisma yang sentimental.Duduk termenung tepi tingkap, layan blues, menonton movie cinta dan air mata. Tapi tahukah manusia bijak sepatutnya buat apa ketika musim hujan neh? Dia akan tidur di dalam blanket. Atau bermain game secara gembira sambil memakai stokin dan sweater.
Orang A : Tidur nyenyak semasa hujan. Muka dia sangat gembira walaupon semasa tidur. Iaitu tidur dalam senyum. Guruh berdentum dan langit meruntuh pon dia tidak terjejas.

Orang B : Duduk tepi tingkap sambil berlagak bagus mengira titik hujan. Berasa sangat melankolik dan wajah dia pon sayu. Air mata bertakung. Perasaan sangat sentimental. Mendakwa diri sangat artistik.

Sekarang tengok. Orang manakah lebih cool dan semacam pandai? Orang A lah bukan. Motif dia di sini, kalau musim hujan tu, pergilah tidur. Janganlah duduk termenung mengenang nasib sangat. Perbuatan tersebut bukan saja tidak menguntungkan dan tidak lumayan, malah sangat berciri loser. Rugi. Tidur bukankah sangat seronok?

Bagaimana pulak memblog semasa hujan? Err. Itu sebenarnya tindakan seorang yang lapar. HAHAHHAHAHHAHAHA. Disebab sangat lapar tetapi tidak boleh makan, dia pon memblog semasa hujan. Perasaan dia sangat tidak terjejas. Dia tidak berasa sentimental atau berjiwa karat. Tidak juga berasa excited. Dia hanya berasa lapar.

Erk. Aku baru selesai google gambar-gambar makanan. Apakah kejadah? Tak terlalu ber-kejadah. Tapi menjelang hujan, pasti laparlah bukan? Tetapi harus menahan diri dari lapar dan dahaga sehinggalah matahari terbenam. Sebab itulah aku meng-google saja. Wadehel? Aku sebenarnya pon tak faham kenapakah kena meng-google makanan.

Aku nak makan :

  • Baskin Robbins Ice Cream Fondue. (Haagen Dazs pon boleh jugak demi Mr.Fiance yang sangat fanatik terhadap ice cream tersebut).
  • Nasik nasik nasik
Nafsu berleluasa. Tingkatkan Iman dan Taqwa.

Oyya.
Para junior yang membaca blog, salam sayang! HAHAHAHAHA. Oh, membaca secara senyap adalah perbuatan sombong tahukah? Apalah salahnya berkomunikasi dengan Kak Nurul anda neh. Seperti menggunakan ayat : Hi Kak Nurul! Lama tak nampak, studio sangat sepi tanpa Kak Nurul. Datanglah studio, kami ada jamuan Baskin Robbins dan Nasik-nasik berlauk sedap neh.

HAHAHHAHAHAHA. Anyway Farah, kirim salam kepada adek-adek anda di sana. Juga kepada Sarah and the gang. Tak dilupakan para RA yang jauh di mata dekat di hati. HAHAHA. Aku pergi studio insyaallah Khamis ni. Swimming? Erk? HHAHAHAHA.

Cuba anda baca apa aku sarankan pada perenggan intro? Orang bijak akan tidur semasa hujan. Bukan membaca blog. HAHAHAH. Apalagi, pergi tidurlah sana. Jangan membaca blog lagi. HAHA.