Archive for July, 2008

180708

Posted by chika under Uncategorized
Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Kita tutup-tutuplah cerita kontroversi yang tak berapa nak panas tu. Aku pon sudah ok neh. Lagipon tak berapa ada kesungguhan untuk melayan sakit hati dan rasa terkilan lah. Sebab hati aku dalam kondisi yang baik secara total. Macam sayanglah kalau diburuk-burukkan hati yang tengah cantik. HAHAHAHA.

Kontroversi? Habis. Lepas ni blog akan beroperasi seperti sediakala secara separa sedar. Kandungan dadah akan dibekalkan secara normal. At least sepanjang minggu ni lah. Marilah bawak bertenang. Jantung aku dah tak larat berdetak secara kencang. Kasi dia rest kejap boleh ke? HAHAHA.

Anda akan berasa lapang dada. Lepas ni tak ada peristiwa perempuan berstatus penganggur berhias yang menulis entry emosi terbakar-bakar. Tapi ada juga antara anda yang pasti sangat bosanlah sebab kontroversi dah abes. Aik. Aku tahu. Cerita macam ni memang best. Sensasi. Sampai ada yang mengulang blog aku setiap tiga minit. HAHAHAHAHA. Kantoi ka? Itulah. Siapa makan cili, dialah akan pedas. Aku bantai ja menuduh. Aku pon tak tahu berapa kerap engkau keluar masok. Aku tak da peduli. Kan dah dikata, visitors aku akan dibiar berkeliaran secara bebas.Aku tak berminatlah nak kontrol pergerakan anda. Perbuatan yang tak berapa lumayan. Okay. Tamat kontroversi silam.

TAPI.
Aku nak tegaskan sesuatu secara gagah.
Apa yang berlaku semalam dan semalam yang lainnya memang sebuah rumors yang tidak benar. Bukan aku mensensasikan blog okeh. Tanpa kontroversi pon blog aku tetap sensasi. Blog aku tetap ‘dadah’. Kontroversi tersebut … errr.. bolehlah. Semacam perisa tambahan. Terima kasih.

Diari.
Pagi tadi membawa Aki pergi klinik. Magik betullah. Lepas balik je dari klinik, beliau terus sihat secara total. Alhamdulillah. Tapi memang kuasa psikologi beliau sangat kuat. Sama macam aku. Lepas jumpa doktor, mesti rasa sihat sikit. Nak buat macam mana. Doktor memang menyihatkan. Sebab itu kalau sakit, jumpalah doktor. Kalau tak sakit? Tak payah jumpalah. HAHAHAHAHHAHAHAHA. Aik? Ketawa ke?

Ada orang tu dah bekerja pulak. Hallamak. From 3pm to 10pm? Sangat kesianlah kepada anda. Apakata, berhentilah kerja. Gaji pon tak berapa lumayan. Lebih baik duduk rumah, bergembira dan menjadi penganggur berhias yang gembira semacam aku neh. Memanglah takda gaji. Tapi sangat lumayan. Yang penting, lumayan! Kalau buat kerja sikit gaji banyak macam ok lah bukan? Kalau buat kerja banyak tapi gaji sikit, lebih baik tiduranlah. HAHAHA. Macam biasa. Ni merupakan sebuah motivasi suntikan semangat. Tapi aku mencetuskan pemikiran saja. Risiko dan kesan sampingan, terserah pada anda. Pendek kata, jangan termotivasi sangat dengan apa yang dicakap oleh aku. Tapi kalau nak try, apa salahnya. Cubalah. Pergi berhenti kerja. Duduk rumah. Memang seronok. Tapi ingat. Takda gaji. Cuma dapat kepuasan yang lumayan saja. HAHAHAHA. Mula dah main provokasi. Ni nasihat yang agak kasar tapi sangat ikhlas secara mendalam.

Esok pergi rumah Astri. Cica nak bertunang (CICA tau. Bukan CHIKA) Okey jugak. Dapat jumpa Astri. Bilakah kali terakhir berjumpa beliau? Tak ingatlah.

Trip to Kelantan, canceled! Kepada mereka yang pergi, selamat membuat site analysis di Kelantan! Enjoy trip okeh. Terengganu. Ingat tak? Trip yang gila punya seronok. Oh, rindu. Err. Site analysis. Aduh. Gila penat punya kerjaan. Mengukur longkang, membawa measuring tape, memegang payung, sunglasses, dan mengukur jalan raya secara berani mati. Di bawah terik matahari. Di tepian pantai. Sangat ingat semuanya. Tak akan lupa. Guys, gud luck and all the best. Study sustainable architecture betul-betul tau. Buat project Housing best-best tau. Yang penting, semoga tak ada diskriminasi antara Apartment dan Townhouse. HAHAHAHA. Kalau berlaku lagi, berebutlah untuk membuat Townhouse okeh :p

Eagle Ranch. PD. Melaka. Jonker Street. Lumut. Terengganu. JB. Singapore. Bandung. Jakarta. Penang. Bangi (near Kopitiam) HAHAHA. Those memories kept flashing in my mind :)

Hari ni berapa haribulan?
18 Julai 2008.
Save dalam memory stick.
Err. Save dalam kepalalah.
HAHAHAHAHAHAHAHA.

Ishk. Kejaplah. Aku nak bagi se-das dua kat pak arab neh. Bising. Semak. Buzzing macam sawan. Bising. Kejaplah. Aku pergi block id dia. Bukan susah la bukan? Senang saja ma. Orang kacau kita, kita jentik dia keluar. Senang lah bukan. Jangan pikir banyak sangat. HAHAHAA.

Warning !

Posted by chika under Uncategorized
Cakap memang senang. Because you are not in my shoes. Anda boleh ajarkan aku supaya abaikan. Anda boleh cadangkan supaya aku mengubah topik. Apa? Nak aku bercerita tentang ilmu kaji bintang? Cerita ilmu pelayaran? Semata-mata nak ubahkan fokus cerita? No way.

Satu, aku rasa macam tertikam pulak bila cerita dalam blog dah menjadi pertuturan umum di studio. Padahal dah berapa minggu aku tak jenguk studio. Apsal? Nak ajar aku pulak? Nak tazkirah pulak kenapa aku tulis cerita dalam blog? Eh. Suka hati akulah. Tahukah kenapa aku ada blog? Tahukah kenapa aku set blog to private? Aku pon ada personal life dan pengalaman yang nak aku abadikan. Jangan bersoal jawaplah tentang kenapa aku menulis kisah peribadi dalam blog. Lagi pon, sila AMBIK PERHATIAN. Aku tak pernah sebut apa-apa tentang perkahwinan. Aku setakat menyatakan yang aku pergi berdating. Okay fine. Aku jumpa parent dia. Dia jumpa parents jugak. Look. Engkau tak pernah dating ka? Entah-entah kau dating lagilah macam mabuk. Aku dating steady saja. Mungkin kisah meet the parents tu yang buat engkau sawan kot nak membuat spekulasi. Hello. C’mon, kids! Berjumpa ibubapa merupakan satu budibahasa faham kah? What is so controversial?

Kenapa aku explode? Aik? Apsal Chika neh nak marah-marah. Bukan apa pon. Menggelabah ke? Bukanlah, estupido! Aku rasa terkilan dan sayu.

  • Cerita ni kan personal life aku. Kalau aku nak kongsi, tahulah aku nak kongsikan. Dah aku diam-diam tu maknanya aku tak hingin kongsikan la tu. Yang terhegeh-hegeh sangat apsal? Kan dah dikata, baca dan diam. Dalam blog ni pon, aku open to everyone untuk drop any comments. Apalagik, komenlah puas-puas. Asalkan jangan menyalak di luar.

  • Hubungan aku dengan Mr Lim dalam proses untuk bertenang. Benda-benda macam ni pasti sangat mengganggu pihak dia. Tak faham kah? Apsal slow sangat kah otak anda? Engkau memang senanglah suruh aku bertenang. Sebab engkau tak tahu apa yang aku tahu. Dan benda ni tak melibatkan hati engkau. Memanglah engkau releks saja.
  • Apa-apa pon, biar dari mulut aku.
End of August. Forbidden love. Apa benda neh? Nonsense. Aku pon tak tahu. Aik? Anda lagi tahu masa depan aku kah? Wah. Hebat. Superpower ke semua orang neh?

Aisyah dah cerita semua from A to Z. Tapi mungkin ada few chapters yang missing. I dunno. Siapa yang memulakan, harap pandai-pandailah tutupkan cerita. Aku pedulik apa kau nak tahu aku dating pon. Memang aku tak kisah. Sebab memang betul aku dating. Tapi tak payah nak stalk aku macam jahanam. Tak payah nak stalk atau mencari detail dan berbincang dengan detail dengan siapakah aku bersama ketika ini. Semaklah. Sebab aku pon takda pernah nak tahu nama boyfriend anda, pekerjaan boyfriend anda, tempat tinggal atau jenis darah mahupon warna anak mata boyfriend anda. Lantak andalah. Oleh itu, tunggu sajalah kalau aku rasa memang ada nak diumumkan, aku cakaplah. Okeh.

Again. Aku tak marah. Aku cuma frust sebab apa yang aku cuba kawal selama ni, orang lain dah hebohkan.


“Nurul, cerita ni spread like hell dekat faculty”


Aisyah told me last nite. Siap ada yang buat trailer bagai. Terima kasihlah. Kalaulah aku ni artist baru, memang dah popular secara segera aku ni. Well, life aku hebat sangat kan. Sebab tu lah. Ishk. Patut berbanggalah Chika. Hell. Bangga apa? Banyak hati aku kena jaga. Semak arght.

Apapon, aku tetap faham intention yang murni kawan-kawan semua. Cuma mungkin cara kalian tu tak kena gaya dan berlaku kesalahan fakta yang sangat buruk. Tapi janganlah menutup cerita dengan mewujudkan spekulasi lain yang lagi hodoh. Kebodohan anda terjelas di situ. Anda tetap bersalah dengan aku. Aku maafkan kalau anda memang mengaku anda bersalah atau memang ada rasa bersalah. Sebab anda memang bersalah. Memang salah.

Dapat apa sekarang? Untung kah?

Well. I don’t give a damn. Kebahagian harus diteruskan. Aku tak marahlah. Aku warning je. Patut anda bersyukur jugak sebab ingat senang ke aku nak ber-warning secara damai neh? Ingat senangkah buat aku bertenang? Aku sangat bertenang ni. Tak da nak marah-marah. Sebab tak nampak jalan nak marah pon.

Anything can happen. Tapi sepanjang kewujudan rumors ni, memang tiada apa yang terjadi. Mind you. Jangan ajar aku cara-cara mengguna dan memanfaatkan blog. Blog aku. Kekuasaan aku. Walaupon aku nak suruh anda get out pon, aku sangat berkuasa. Sebab tulah aku kata, komenlah secara relevan. Kalau aku bercakap pasal ilmu kaji bintang, komenlah tentang bintang-bintang. Bukan bertanya aku bilakah tarikh kenduri.

Ingat.
warning.

To you,
Sorry kalau entry ni buat you terganggu.
Nothing to do with you.
Taknak libatkan you jugak.
I am happy to know you.
:)

Warning : Rumors Perkahwinan Lagi!

Posted by chika under Uncategorized
Petang tadi dating. Apsal? Nak buat spekulasi perkahwinan la tu. Macamlah anda semua tak berdating. Mungkin anda sudah berdating bertahun-tahun. Aku baru dating kali ke empat. Adil ke nak dibuat spekulasi tu? Ho ho ho.

Macam biasa. Dating bertiga. Kena bawak bodyguard. Kali ni bawak Haikal. Mereka bermain bowling, aku menjadi tugu perhiasan negara. Err. Aku jadi penonton. Aku main bowling kah? HAHA. Aku mana main bowling. Bowling pon tak da memainkan aku. Macam tak berapa kena lah game ni dengan aku. Gila hang. Tadi aku try la membuat balingan pertama dalam seumur hidup. Macam bagus jugak. Well. At least tidak ke longkang lah. Menyumbang 5 points. Okey la bukan? Tapi semacam perbuatan berciri gediklah. Sebab mem-bowling bersama heels 2 inci. Bukankah sangat menyampahkan pandangan public? AHAHAHA. Apa nak buat. Aku kan diva-diva. Ishk. Tempatku bukan di pusat-pusat sukan. HAHAHA.

Anyway. (Siapalah buat aku ber-anyway ni). Anyway, thank you for the day. Hijau. Macam hutan belantara. HAHA. Nanti u guys lawan fishing la pulak ok. And again, I jadi tugu perhiasan negara. I tak kisah. I steady saja :p And oh. Adek ajak you fishing. Dia dah kecik hati sebab semacam tak dipedulikan. Dah naik masam muka budak tu. Nanti you guys pergilah fishing pulak. Tapi jangan suruh I terbabit. Jadi tugu pon okeh jugak.

Itu cerita dating. Ni cerita berciri rumors pulak.
KONTROVERSI ADA DI MANA-MANA.

Ingat tak semalam pasal sms dari my studiomate, Hafiz? Tapi Adian dah jelaskan yang sebenarnya itu hanya usikan secara random. Oh. Baguslah kalau betul. Aku pon mula berasa sangat okey. Gurau-gurau kasar sesekali apa salahnya. Tapi muncul beberapa perkara yang membuat aku terkesima, terkedu dan pecah kepala.

Petang tadi, sampai rumah je dapat sms dari … err … Okay. Biar aku tulis dulu sms tersebut.

Hey, how r u? I got some questions to ask. Hav u heard that … one of the girl in our studio wanna get married? I just wanted to know… is that you or … not?

Cuba kalau engkau dapat sms macam tu secara tak semena-mena? Apa tak terkesima ka? Teka siapa yang sms? Hmmm. Mr Lim. CAN YOU IMAGINE? Can you? My ex boyfriend asked me If I wanted to get married. Setelah sekian lama la jugak tidak bertanya kabar atau menghantar ‘hi’, tiba-tiba muncul soalan gergasi macam ni. Ala-ala jantung ni dikait sampai gugur ke bumi dibuatnya. Mana dapat idea neh????

Huh?! I dunno. Me? What? I dunno why they asked me. Sapa buat rumors?

Ada sikit explode di situ.

I dunno. Your besfrens. And wut i’ve heard, that girl will get married at the end of August. But only parents not agree now.

Aku terus reply secara marah:

Huh? I dunno. Don’t get me involved. Funny things. I have no idea at all.

What the hell was that? Kelakar pon ada. Siap tarikh tu. End of August?? Okay. Mula-mula rasa nak marah. Bengang pon ada. Lama-lama… aku rasa … jeng jeng jeng. Mungkin ini bukan rumors. Mungkin memang ada somebody nak kawen. Kalau tak, mana pulak keluar rumors ni. Masalahnya, ada dua soalan sensasi aku nak tanya ni.


Satu : Siapakah insan yang dimaksudkan? End of August? Dapat halangan keluarga? Okay. Ada kisah yang sedikit detail.

Dua : Apsal aku antara yang menjadi suspect? Serkap jarang ke? Atau memang kepala gilakah cuba bergurau kasar dengan aku? Atau ada yang cuba memutarbelitkan isi blog aku? Macam mana sampai Mr Lim pon boleh terfikirkan aku? Atau memang ada orang pengaruh fikiran dia ke? Jawap!

Hell to the yeah I have no idea and I don’t give a damn about this funny silly things yew!

Okay. Aku mengaku.
Dengar ni sebuah confession.

Aku tengah date dengan somebody. Nanti-nantilah kalau ada peluang, aku ceritakan pasal penghujung kisah aku dan kekasih ‘dua dunia kita berbeza’ itu. Sekarang, I am with somebody new. Belum mahu cerita apa-apa yang detail. Tapi, macam tu lah.

To be honest. Aku sendiri susah nak kongsikan dengan anda. Sebab aku pon tak tahu apa sedang terjadi. Tapi percayalah. Aku sedang melalui kehidupan yang sangat terisi. Tidak kosong. Thrill. Adventurous dan sangat express. Sampai aku rasa, aku belum pon sempat menghembuskan nafas yang ditarik. Sangat cepat. Tapi again. Aku tak boleh kongsikan apa-apa sebab aku pon tak berapa tahu apa-apa. Walaupon ini melibatkan hidup aku. Tapi aku memang tak berapa nak faham.

Sebenarnya, setiap pagi pon aku akan bangun dari tidur dengan debaran-debaran yang luarbiasa. Aku mengaku. Semuanya luarbiasa. Bukan hidup yang tipikal lagi. Mungkin anda pon dapat saksikan sikit-sikit. Tak rasa pelikkah dengan hidup aku lately ni? Pelik? Aku pon pelik. Tapi semua ni bukan bahan-bahan untuk dijadikan hiburan awam okeh. Aku takda tipu. Sumpah. Bukan aku yang nak kawen tu. End of August? I have no idea, man! Cinta terlarang oleh keluarga? Hello, peoples. Keluarga saya sangat supportive. Cinta terlarang? Aku? Oh lawak apakah?

Jadi entry kali ini bertujuan untuk melepaskan kesemua tanda-tanda soal berserta tanda seru. Habis. Ingat. Orang dimaksudkan bukan aku. Kan aku dah kata. Hanya aku yang berkuasa untuk mencanangkan cerita. Cerita selain daripada yang keluar dari mulut dan pengakuan aku adalah FITNAH. Tah sapa lagi nak sms aku lepas ni.

Maybe, semuanya berlaku serentak. Berlaku perselisihan informasi. Dan sebuah kebetulan yang tepat. Mungkin. Atau memang ada yang berjenaka kasar tentang aku sampai mewujudkan spekulasi yang panas tak panas ni. Tapi hati aku agak panas jugak bila cellphone dihentam oleh insan yang tidak sepatutnya menyoal. Apa-apa pon, maafkan aku atas setiap keterlanjuran kata. Sorry la guys kalau mengecilkan hati anda. Aku pon tengah runsinglah kalau macam ni. Banyak lagi benda yang merunsingkan. Tapi tak dapat dikongsi.

Percayalah. Apa-apa pon yang akan terjadi, aku sendiri akan cakap. Tapi memang tak ada apa untuk dicakap. Well. Kalau aku bercakap dalam keadaan tidak ada apa untuk dicakap, bukankah memfitnah? Tentang rumors ni, aku taknak terlibat. Ada banyak hati perlu dijagalah. Susah nak aku cakap. Sebab semacam telan mati mak, ludah mati bapak. Anda tak payah faham sangat apa yang ditelan dan diludah. Tapi cukuplah… kalau faham bahawa setiap rumors akan menyebabkan ada hati yang terluka.

Baca saja apa yang aku tulis. Aku takda tipu punya. Apa yang aku tulis, itulah dia yang aku sudi cerita dan kongsikan. Kalau tak tertulis, maknanya aku sangat tak sudi nak kongsikan. Sebab sangat personallah. Apa ingat aku selebriti ka anda kena tahu luar dalam semua. Macam tak perlulah bukan. Okay. Kali ni aku memang sikit tak da mood. Tah. Engkau faham ka tak neh?

iv style="text-align:center;">

TOLONG TENANGKAN MEREKA YANG MENGGELUPUR DI STUDIO DENGAN SEMANGAT INGIN TAHU YANG MEMBUAK-BUAK ITU. AKU DAH TAKUT NAK KE SANA. MUNGKIN AKU TAK AKAN MEMUNCULKAN MUKA BUAT MASA NI

Hari Ini Datuk Saya Datang

Posted by chika under Uncategorized



1,2,3!
Sorok!!!!!

Barbie Dolls, CatDog, Beruang dan Auntry Pear …
sudah selamat dicampak masuk store.
Kesian kat mereka.
Sampai sini saja hubungan kita.
I am 22.
No toys.
No dolls.

Lucky Stars.
Konon.
HAHAHA

Sudah.
Nak pergi dating.
Bosan.
Apalagik, buatla spekulasi!
Sila, sila.
HAHAHAHAHA
:p

Readers yang dikasihi …

Posted by chika under Uncategorized
Assalamualaikum wahai readers yang dikasihi lagi dihargai secara sangat.

Terima kasih atas doa-doa kebahagian anda. Walaupon agak tak berapa relevan dengan entry, tapi kira ok lah tu. Semoga anda semua pon bahagialah okeh. Aku kah? Aku memang bahagia. Makan kenyang, tidur lena … mandi pon basah. Shopping pon aktif juga. Bukankah berbunyi bahagia tu?

Chika marah kah? Eh. Mana ada marah. Perbuatan marah-marah ni dah ketinggalan zaman lah. Sekarang aku steady saja. Cuma aku ingin mendorong anda semua supaya memberikan komen yang agak relevan dengan entry. Itu saja. HAHAHAHAHHAHAHA. Ishk. Tapi ini private blog lah bukan? Apakata anda semua membaca POLISI NURULOVEME.BLOGSPOT secara hati-hati. Semua isi jangan dibawak keluar. Dilarang menjaja. Kalau nak bergurau-gurau manja tak pe. Tapi pastikan dalam halaman blog ni saja. Kalau dibawak gurau di luar blog, ia akan dianggap sebagai gurau kasar. Aku takda nak marah pon. Cuma semacam tak berapa cool la perbuatan tu.

Anyway, kalau memang aku nak menikah, berkawen, atau melahirkan cahaya mata sama sekali pon … aku akan istiharkan kepada seluruh dunia sampai bulan bintang jadi saksi. Anda don’t worry be happy. Oh. Hari ni memang ada orang ajak aku bergurau kasarlah.

Petang tadi. Tengah seronok aku bercanda dengan Aizar di tengah-tengah mall … tiba-tiba dapat sms dari Hafiz. Aik?

“Kawin tak bagitau….”

Terus aku terkedu. Huh?! Apa? Aku pon terpikir seminit dua. Aku dah kawen ke? Atau aku tak sedar yang aku dah kawen ke? Bukan aku memang belum kawen ke? Apsallah anda neh. Baru aku berpujangga kisah ‘bunga-bunga’ sikit, anda semua pon dah mengolah chapter seterusnya. Ishk. Tak baik tau.

Berbalik pasal Hafiz. Amboihhhhhh. Sapalah yang mencanang cerita tu ye *I got my eyes on you, Bai Roti* Sabar je lah aku. Tak boleh blah betul member aku sorang ni tau. Jangan buat aku begini. Jangan aniaya aku. Diamlah hoi! Mungkin beliau bergurau tapi gurau kasar. Tolonglah kawan-kawan. Cerita dari sebuah blog yang private adalah berciri rahsia. Iaitu tidak boleh dijadikan isu umum untuk dibincangkan atau dijadikan bahan jenaka di luar blog. Tolonglah. Kalau benda betul, aku takda selindung. Tapi masalahnya, pembaca yang lagi pandai membuat cerita dan penulis terpaksa membaca pulak. Bukankah satu hakikat yang menentang hukum alam? Janganlah macam tu okeh. Aku pon manusia biasa, bukan Sailormoon.

Err. Aku bukan marahlah. Aku masih steady. Tapi ni semacam warning jugak. Maka, dengan muka berciri merah macam yang Aizar katakan … “huh, gilalah muka kau dah merah! kau marah ke?,” Oh anyway. Aku tak marah. Aku cuma tak nak cerita ni dijenakakan. Sebab aku tak da kata apa-apa pon. Faham ka? Tak faham? Banyakkan meminum madu lebah asli okeh.

“Ishk. Gila hape. Tak de maknanya”

Aku reply. Sebenarnya aku memang tak marahlah. Cuma mengingatkan saja. Bukan apa. Tak syoklah. Cuma anda duduk di dalam kasut aku. Atau cuba berjalan menggunakan kasut aku. Pasti sukar.

“O… bagus bagus. Kiranya aku ada peluang la” - Hafiz again

Omaigod. Apa-apalah Hafiz. Asalkan jangan mencanang cerita sampai satu jabatan tahu okeh. Kalau betul pon aku nak kahwin tiga sekalipon … biar aku sendiri yang canangkan. Okeh ka? HHAHHAHA.

Malas lah cakap pasal tu. Kang dapat doa-doa kebahagian lagi. Tapi syukurlah atas doa-doa anda. Teruskan berdoa untuk aku. Jangan lupa berdoa untuk diri sendiri juga.

Tadi aku shopping. Terbeli heels lagi. Terbeli tunic. Terbeli dress. Aih. Pendek kata, semuanya terbelilah. Nasib tak terbeli satu mall. Ngeh ngeh. Err … mungkin tak segagah Imelda Marcos. Tapi ada sikit ciri-ciri cuma aku berciri lebih comel.

Sekarang.
Aku punya target ada SATU je.
Handbag.
Coach.
Atau
Marc Jacobs.
Camner tu?

Pergilah carik kerja!
HAHAHAHAHAHA.
Belum nak bekerjalah.
Penganggur berhias tu bukan satu profession ke?
Apsal pulak bukan?

Chika pergi tidurlah. Bukankah sangat penat menternak dan berladang siang tadi? Tidurlah ok. Esok nak keluar lagi. Hoyeay! Penganggur berhias memang macam ni. Seronok i tell you. Apalagik, jomlah berhenti kerja! Mari join aku. Tapi risiko masa depan anda aku tak da tanggung la okay. Oyya. Tadi jumpa Puan Akmal. Dia tanya apa aku buat sekarang. Dah bekerja ka? Aku kata … belum. Sangat gagah aku bercakap. Beliau pon merungut “anak orang kaya. tak payah kerja”. Wo. Serkap jarang. Ya ya. Kaya sangatlah ni. Tahukah dalam purse aku ada apa? Ada syiling rupiah dengan sekeping Singapore dolar. Memang kaya la bukan?

Pergi kerja lah Chika!
Ye lah. Nanti aku berasa sangat miskin aku kerjalah.

Attention!

Posted by chika under Uncategorized
Aih. Apalah anda semua neh. Tak berapa clear kah entry aku yang lepas? Entry tu bukan berciri abstrak. Tiada maksud tersembunyi. Bukan bersimbolik jugak. Aku memang meet the parent. Yang anda menokok tambah episod sampai ke babak perkahwinan tu apsal? Padahal, seyakin aku … tiada sekalipon aku memasukkan perkataan kawen. Tak percaya? Pergi cariklah kalau ada. Satu pon tak da. Perkahwinan dalam bahasa inggeris, mandarin mahupun punjab … pon tak da aku sertakan dalam entry yang lalu.

Pandai kau heh nak buat aku terblushing-blushing. Sekarang neh, mungkin kita saling tak memahami. Sebab, bila aku tulis pasal berjumpa ibu … engkau kata aku nak kawen. Aku pon tak berapa faham kenapakah dengan anda. Anda pon tak berapa faham akulah juga. Seri satu sama.

Bunyi kompang semua pon keluar dalam komen. Aik? Ajaib betullah. Sampai aku membaca previous entry aku sebanyak-banyak punya banyak kalinya. Semata-mata untuk memastikan kalau-kalau aku ada tersebut yang aku nak kawen. tapi confirm. Memang tak da. Ih. Nampak sangat anda suka menokok tambah episod, Tak baik tau…. Aniaya orang berdosa. Jadi entry kali ini bermotif untuk memberitahu bahawa entry yang lepas bukanlah sebuah entry perkahwinan. Apalah anda neh. Aku kawenkan korang sesama korang kang. Ayyark.

Bilik dah 50% kemas. Lagi 50%? Tunggulah sampai aku ada hati nak mengemas. Atuk nak datang 18hb. Semua toys yang berbentuk hidupan terpaksa dihumban. Mula-mula, aku memang tekad nak simpan semua. Dah campak separuh masuk kotak. Tiba-tiba berasa tak berapa gerek pulak kalau tak ada toys bersemarak dalam bilik. Aku pon keluarkan balik. Aku susun secara sistematik dan berteknik. Iaitu, dalam satu sistem yang memudahkan untuk aku sorok bila atuk datang nanti. Macam main kotorlah. Atau berciri penipu.

“Tapi you tak boleh menipu malaikat”

Ishk. Tersentak pulak. Gila buruk perbuatan aku. Kalau atuk aku tahu aku menipu, pasti dia akan bersedih. Dan aku jugak menipu malaikat kah? Ya Allah. Takutnya aku. Beliaulah neh. Sekali kasi aku ayat semacam tu. Aku berasa sangat taubat. Jadi, esok aku akan humbanlah beberapa patung yang masih berdiri gagah atas meja neh. Betul jugak.

Apa gunanya aku berdoa siang malam kalau Malaikat pon tak boleh datang menghantar rezeki.

Mula-mula, dah pasrah nak membersihkan bilik dari sebarang toys. Campak masuk kotak!

Aik? Dah kosong?

Tak sanggop aku. Aku susun balik setakat yang kecik-kecik neh. Lagipon ni semua orang kasi. Sayanglah pulak. Yang bear-besar, dan segala Barbie Dolls aku dah sumbat masuk stor sana. Taubat dah.

Tinggal yang ni masih belum nak taubat-taubat. Ye lah. Esok aku simpan yang ni semua jugak.

Akhirnya. Orientasi PC aku dah bertukar. Nampak tak? Patung-patung besar bersama patung-patung haiwan sudah tiada. Well done.

Oyya, Ni entry tentang akidah tahu. Bukan entry perkahwinan. Faham ka? HAHAHA. Kang ada yang mintak tarikh kenduri pulak. Padahal aku bercakap tentang patung-patung yang dibenci oleh malaikat. Ih anda neh. Cubalah menjadi lebih peka.

Tengok debat Anwar Ibrahim? Apsal Ahmad Shabery tu tak menjawap soalan? Boleh tahan jugak bahlulnya beliau. Kalau aku ada kat dalam dewan tu, memang aku muntah kat muka beliau. Orang tanya lain jawap lain. Walaupon aku menonton secara solo tanpa kefahaman yang konsisten, tapi aku perasan bahawa jawapan beliau pada salah satu soalan tu sangat menyimpang. Aku tak pasti kalau aku je yang rasa bahawa beliau tak menjawap soalan. Punyalah aku tak puas hati. Aku pon call abah. Sebab aku nak pastikan samada pandangan aku salah ke betul. Biasalah. Aku kan fanatik politik. Abah pon setuju. Abah kata, aku memang peka. HAHAHA. Woh. Kan aku dah kata. Otak aku memang aktif. Walaupon nampak macam tak berapa nak aktif. Politik memang happening. Anda atas pagar kah? Ruginya anda. Jangan berdiri atas pagar. Sangat rugi. Orang berdiri atas pagarlah paling bahaya sebenarnya. Sudah. Ni segmen politik tahu. Bukan segmen rumah tangga. Ingat. Jangan tanya pasal tarikh kenduri okeh. Ingat aku tak malu ke?HAHAHAHAHAHAHA

Kepala aku dah bernafsu terhadap bantal. Gila tipu punya statement sebab aku tidur mana pakai bantal. HAHAHA. Tapi aku berasa sangat mengantuk sudah. Di mana mata semacam antara bukak tak bukak je ni. Tapi kepala masih cerdik. Apa nak buat. Aku memang secara lahiriahnya berotak aktif. HAHAHA. Tengok. Nak tidur pon masih cergas otak neh.