Archive for July, 2008

Betapa gilanya

Posted by chika under Uncategorized
Naik katil. Tak nak tido.
Turun katil, duduk mengadap pc.
Mengantuk pulak.
Naik katil balik. Eh. Tak nak tido.
Aku pon tak faham apa mata aku nak.
Dia nak kena tikam agaknya.

On ym. Kamal tegur. Borak sikit-sikit. Aizar dan kawan-kawan yang mengenali Kamal, beliau kirim salam. Just in case you guys ingat kat dia. HAHA. Okey. Mengantuk. Aku pon naik katil semula. Ishk. Tak guna. Bila dah siap sedia nak membuta tuli, time tu lah terkebil-kebil mata. Fikiran pon menjadi sangat panjang secara kecerdikan yang luarbiasa. Berfikir. Entah apa-apa yang difikir.

Err. Aku cuma mahu menyatakan. Aku berasa sangat gembira ketika ini. Beliau benar-benar menggembirakan. Bercakap dengan beliau cukup buat aku rasa gembira. Aku pon tak tahu siapa ‘mendadahkan’ siapa. Tapi aku pon agak tak boleh kalau tidak berbual dengan beliau sebelum tidur. Err. He really made my day!

“kau bila nak ada boyfriend weh?” – member tanya tadik.

Jawapannya berbunyi HAHHAHAHAHAHA. Yang penting, hati aku sudah penuh. Tiada ruang kosong untuk disewa. HAHAHA.

♪♪ Ku tak mahu menjanjikannya. Pasti bahagia bila denganku. Biar dia rasakan sendiri. Betapa gilanya cintaku ♪♪
…. :)))))))))

Walaupon terlalu banyak perkara yang menyentap emosi, deeeeeep down inside, aku sangat bahagia. And nothing can stop me. Semuanya ujian saja. Apalah bestnya hidup tanpa ujian. Barulah thrill. Dan err … sensasi. Huhuhu.

photofun.com

Posted by chika under Uncategorized







Tiada cerita yang boleh diceritakan.
Semua cerita pon tidak boleh diceritakan.
Err. Tengoklah.
Tengok foto-foto berciri ‘perasaan’ di atas.
Err. Macam ok jugak.
Agak boleh tahanlah kalau muka aku dikomersialkan.
Err. Macam sesuai jugak.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.

Nak komen ke?
Komen secara pujian saja ok.
HAHA.HUHU.HEHE.

Kaki Sibuk

Posted by chika under Uncategorized
Sebenarnya aku sangat penat.
Tapi …

“i think i’m shivering from withdrawal here”

Alahai. Ada orang ketagih secara overdose lah. Walaupon penat, memblog jugak sebelum tiduran supaya orang tersebut tidak kecewa. Sangat tak sampai hati mengecewakan beliau. Hehehe. Hahaha. Huhuhu.

Tumit kaki sakit. Itulah. Siapa suruh kaki anda terlalu cute? Mungkin kaki tersebut tidak lagi mampu menampung beban. Tapi tadi aku terasa seperti mendapat sedikit sinar harapan di hujung terowong (?) Aizar kata, dulu ibu kaki kecik. Lepas kawen, kaki beliau meningkat sebanyak satu atau dua saiz. Aku pon macam setuju sikit. Sebab dulu, ma pon kaki setaraf aku. Tapi semakin meningkat saiznya dari masa ke semasa. Itulah. Aku pon tak berapa faham apakah kaitan status perkahwinan dengan saiz kaki. Tak berapa logik. Tapi itulah. Perkara tak logiklah yang selalunya betul. Hohohohohohohoyeh. Tak adalah. Ini sebuah kebetulan. Kalau dah saiz 4 tu, beranak 18 pon akan tetap 4. Ngehngeh.

Penat.
Tapi bergembira dengan kepenatan.
Melakukan sesuatu dengan hati terbuka.Memang perbuatan golongan cerdik pandai. Err. Akulah tu. HAHAHAHA.Walaupon penat dan diri menjadi korban, tapi ia merupakan satu kepuasan yang tak terungkapkan (mana tak puas, dapat green light boleh shopping mati-matian). HAHA. Bukan. Tapi memang gembira. Lebih gembira, kerna mendapat kasih sayang yang mencukupi. Terima kasih kepada insan-insan tersayang yang disayangi dan menyayangi. Hidup sangat terisi. I am happy.

Aku mungkin sedang sibuk. Mungkin. Tak berapa pasti aku neh sibuk ke atau menyibuk. Sebab tu aku takda pergi menyinggah dan melontar komen-komen puaka ke blog anda semua. Aku sibuk lah. Tapi aku masih seorang cerdik pandai. Jangan worry. HAHAHAHA.

Sakit kaki.
Buanglah.

Lalalala Kerja.

Posted by chika under Uncategorized
Sudah selamat install the latest version of Firefox. Perasaan? Tak ada perasaan. Sebab habis semua toolbar aku disapunya bersih. Kosong sudah di atas. Yahoo toolbar pun tidak compatible. Gila punya version. Tapi bukan itu sebabnya aku meng-upgrade. Sebabnya, post formatting buttons untuk blogger tidak compatible dengan aku punya previous version of Firefox. Ishk. Banyak songeh pulak. Aku pindah wordpress kang. Apa? WordPress? Ha, ni kang muncullah tokey-tokey Kronikus goda aku suruh pindah Kronikus. Hallamak. Sangat berterima kasih atas jemputan tersebut tapi apa nak buat, aku setia mengalahkan pungguk rindukan bulan terhadap blogger. Guna blogger pon ok jugak. Err. Actually aku ada wordpress. Tapi sangat private. Sangat sulit dan berciri rahsia kelas A. Terlalu tinggi tahap rahsia tersebut, sampai aku pon dah lupa password. Tak da hal. Aku tak berapa peduli pon sebab blog ni dah cukup ‘dadah’ buat aku.

Apsal? Nak kata aku tak pandai guna wordpress la tu. Hallamak. Aku neh serba serbi pandai tahu. HAHAHA. Nantilah. Aku design theme dulu. Tapi nantilah. Nanti beerti … lambat lagilah. Sebab sekarang aku sangat sibuk dan dunia sangat memerlukan aku. Tak percaya sudah. Banyak lagi benda yang mendambakan komitmen daripada aku selain daripada nak mengadap coding. Setiap kali mengadap coding, aku akan ketagih sampai lupa dunia. Sebab tu aku malas nak memulakan. Coding pon agak dadah tahukah? Err. Pendek kata, kerja-kerja designing memang mendadahkan. Ishk. Asyik main dadah ja neh. Kalau kena tangkap, memang mati mandatori blog aku neh ayyoh.

Tahukah aku sedang cuba melakukan apa sekarang? Aku sedang sibuk dengan Jobstreet. Tak percaya sudah. Hati aku sudah terbuka untuk resign jawatan penganggur berhias. Sebab walaupon sangat lumayan, tapi aku dah terasa sangat miskin. Buat waktu ini, aku hanya memerlukan wang. Yang banyak. Err. Banyak. Dan lagi banyak. Sekali lagilah. Memang nak sangat banyak wang. Apakah? HAHAHAHA. Ada tak pekerjaan yang boleh bagi aku paling buruk pon RM6000 sebulan? Seploh ribu pon okeh jugak. Tapi aku ada degree part 1 in architecture saja. Position bawahan pon tak apa. Asalkan gaji lebih RM6000. Ada ka? HAHAHAHHA. Chika ni boleh tahan gila jugak kepala dia.

Betul. Aku sangat energetic mahu mengumpol wang memandangkan kos sara diri sendiri semakin meningkat dan tak akan pernah menurun. Ngeh ngeh. Wa. Chika dah bersedia bekerja. Macam baguslah bukan. Huhuhu. Marilah menangis. Aku bukan suka sangat nak bekerja. Sebab aku masih suka status penganggur berhias sebab position tersebutlah paling lumayan. Walaupon err.. tanpa gaji. Tapi aku pon mahu bekerja untuk diri sendiri juga. Anda pon tahulah kos sara hidup aku yang tak berapa relevan neh. Sebab itulah. Lagipon aku merupakan sebuah organisma bernyawa, hidup dan mempunyai roh juga jasad. Atau diistilahkan sebagai seorang khalifah. tanggungjawap sangat banyak di atas muka bumi ini. Amin. Sangat warak hujah ini.

Seriously. I need money. Again. HAHAH. Aik? Bukan memang aku selalu memerlukan wang kah? Eleh. Anda pon samalah bukan. Kalau anda tidak memerlukan wang, mungkin anda bukan seorang organisma yang berciri hidup, bernyawa, berjiwa, bernafsu, roh dan berjasad. Mungkin. Aku kata mungkin. Wang bukan segala-galanya. Tapi buat masa ini, wang akan menjadikan segala-galanya perfect. Dan kesempurnaan akan menghidupkan sebuah kehidupan. Kehidupan yang hidup adalah menggembirakan. Tengok. Sangat perlu.

Kesimpulannya, aku nak pergi mencari kerjaan dan bekerja! Hoyeh! Bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri sendiri. Dan siapa-siapalah yang berasa dirinya terlibat. Aik? Macam tak berapa boleh bergembira sangat membuat pembaziran wang. Sebab wang sangat diperlukan. Aih. Macam terdesak pulak ayat neh. Padahal aku releks je. HAHAHA. Sajalah. Buat ayat-ayat hyper supaya nampak lebih ‘addictive’.

So, antara positions yang berada dalam pikiran aku yang sangat pandai neh :

  • Draughtperson (kerja banyak, mata muak, pemandangan tak indah, gaji sikit)
  • Architect Assistant ( macam bagus sangat la pulak nak apply position neh.)
  • Graphic Designer
  • Any position under advertising field but definitely something to do with graphics or art or anything sounds creative and fun (wa. demand)
  • Pilihan terakhir : penganggur berhias

Ye. Aku paling suka pilihan terakhir. Tapi sekarang kita bercakap soal kewangan. Bukan soal lumayan kepuasan nafsu semata-mata. HAHAHAH.

Tengoklah. Tapi aku akan bekerja juga. Err. Mengikut pengalaman semasa aku internship, bekerja merupakan satu perbuatan yang memang bosan, penat dan tidak lumayan. Iaitu bekerja sehingga tulang dan badan menjadi taruhan tapi mendapat elaun yang sangat ala-ala atau boleh dikatakan baik tak payah. HAHAHAHA. Bukan gila duit lah! Tapi melakukan sesuatu secara lumayan, bernilai, mendapat kepuasan yang perfect dan berbaloi merupakan simbol kebijaksanaan. Bukan ka?

Err. At least aku ada pengalaman bekerja ala-ala arkitek. Pergi site, ikut arkitek pergi sana sini, makan dan minum-minum dengan entah sapa-sapa, jumpa kontraktor gatal, jumpa developer gila duit, join architecture peoples yang wild, dan mengadap drawing sampai muntah darah. Dua bulan saja. Tapi merasa jugak buat macam-macam. Naik turun pejabat Bomba, TNB, POS dan Puncak Niaga. Pengalaman. Tapi taknaklah macam tu. Sebab nanti minda aku akan pasif. Sebab bosan. Sebab tu nak mencari kerjaan yang menjana kretiviti dan yang penting, menjana wang secara melimpah ruah. HAHAHAHA. Sebab aku perlu mengumpul wang yang banyak. Sebab err. Macam miskin pulak. Atau dikata sebagai, muka tak malukah asyik menghabiskan harta ibubapa yang bukan merupakan harta sepencarian mereka bersama aku. Buat masa ni, belum ada yang tahu lagi perancangan atau gerak gempur memperkukuh kewangan. Sebab belum kasi tahu keluarga. Pasti mereka sangat shock. HAHAHA. Memenuhi tunturan sebagai khalifah di muka bumi :D

Oyya. Sejak aku tidak belajar ni, kewangan memang gawatlah. Seronok tahu jadi student. Sebab hidup akan dibiayai sepenuhnya dan alasan untuk ditaja sangat kukuh. Sekarang, walaupon masih ditaja, namun terdapat kemelesetan ekonomi peribadi yang agak teruk di situ. Itulah. HAHAHA. Kepada yang masih study, baguslah. Bergembiralah. Ada yang tanya kenapakah aku tak emmbuat master? Sebab apa jadi pon, kalau betul aku tekad nak stay in architecture, aku harus mendapatkan title Registered Architect jugak. Macam sedaplah sikit nama aku. Ar. Nurul Haizum Binti Zainodin. HAHAHA. Kalau aku buat master, memang punahlah nak mendapatkan registered architect. Aku bukanlah spiritual sangat. Tapi aku berasa macam sangat sia-sia atau kurang sempurnalah diri kalau tak mencapai jugak apa yang telah dimulakan. Macam berciri loser. Lagipon aku tak berhasrat hendak menjadi lecturer. Kalau habis master, memang pasti menjadi pensyarah lah. Sebab aku sangat mengukur baju pada badan sendiri. Aku tak layak mengajar. Dan aku tak berminat mengadap students. Lagipon, ciri-ciri wanita vogue akan berkurang kalau bekerja setakat dalam kampus. HAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAH.

Pasal Festival Senibina.
Ada kejadian yang tegang pulak.
Kalau aku kata, aku nak undur diri.
Ada siapa nak pancung kepala saya ke?
Sebab, semacam lagi elok kalau aku jangan pergi.
Ada orang tak nak tengok muka aku.
Jadi, buat apalah aku membawa muka yang taknak ditengok ni.
Err.
Mintak sorry ya Aisyah.

Penatlah ayyo…

Posted by chika under Uncategorized
Penatlah hari ni.
Sehari suntuk.

Cica dah selamat bertunang. Thank you Astri atas jemputan. Tapi tak dapat tengok Cica la. Sorry atas kejadian tertumpah minuman tadi. Hallamak. Aku sangat kecewa dengan kejadian tersebut. Duh. Ngam ngam jatuh atas carpet tempat orang nak berunding majlis ayyark. Ya ampun mbak Seri. Saya ga sengaja. Huhuhuhu. Nanti mintak Aizar hantar foam untuk tanggalkan stain lah okeh. Aku takda foam tersebut. Nasib baik ada ibu Aizar bertenangkan keadaan. Aku cuak jugak. I’m s-s-s-sorry.

Balik dari majlis pertunangan Cica, hantar ibu balik rumah. Pinjam Aizar sekejap. Kami pon melepak secara parti bujang atau bachelor party. Kemudian termuncul idea nak berjalan-jalan cari pasal. Terus salin pakaian. Gilakah anda. Takkan nak berjalan-jalan memakai kebaya? HAHAHA. Macam pekerja kompleks kerajaan pulak. Kemudian, meminta izin Ma untuk keluar ke Melawati. Disebabkan ada Aizar, mak aku ok saja. Cuba kalau aku mintak keluar secara solo, pasti dia punya tak boleh tu, boleh siap sebuah novel. HAHAH.

Dari Melawati, sampai ke Wangsamaju. Sampai ke Keramat. Nak elak jam punya pasal. Atok aku dah call suruh balik ada hal pulak beliau mahu bercakap dengan aku. Ishk. Tapi dalam pada nak rushing tu, sempat singgah Tesco dulu. What to do.

Balik-balik je, mendengar kuliah dari atuk aku. Macam-macam topik. Naik pening kepala aku yang memang sedia pening. Dah puas-puas beliau meng-kuliah topik yang hangat-hangat, beliau pulak akhirnya menyuruh aku melukiskan plan. Hallamak. Ayyark. Architectural drawing? Pulak dah. Ada-ada je projek atuk aku neh. Tapi sebagai cucu yang sangat taat, aku pasrah saja. Kejap lagi nak meng-autoCAD lah aku. Lama tak ber-autoCAD lah.

Lepas maghrib, disebabkan tersangat letih maka aku pon membuat statement TIDAK MAHU MAKAN. Penat sangat kenyang. Padahl statement tersebut semacam kurang tepat. Aku sebenarnya sudah kenyang. Sudah sempat makan dengan Aizar kat luar semasa sesi berjalan-jalan carik pasal. Letih. BAring-baring sekejap sambil menatap siling yang tidak indah. Tiba-tiba… terdengar bunyi air jatuh. Aik? Aku pon semakin gubra. Apakah neh?

Tak guna. Ada haiwan di atas siling. Dia kencing! Tak guna. Tak guna. Ngam-ngam la kencing dekat lubang penyedut haba. Stress. Habis carpet bilik aku. Satu kerjaan lagi. Dah pulak kena mengemop. Lama tahu aku takda pegang mop. Tapi malam ni, demi seekor binatang yang kencing secara bersepah, terpaksa jugak aku mengemop. Tapi disebabkan aku sangat senstif terhadap bau, jadi aku pon kurang yakin dengan pencuci lantai tersebut. Tekalah apa aku buat? Aku spray perfumelah banyak-banyak atas carpet. Gila punya perbuatan. Ijat kata, apsallah cetek sangat akal aku sampai sanggop menghabiskan perfume di situ. Aku pon berasa menyesal tapi bukanlah menyesal secara sangat. Okey jugak. Sekarang takda bau. Bau perfume saja semerbak sampai aku rasa pening. HAHAHAHA.

Oh.
Hari ini sangat penat.

Oyya.
Previous entry.
Pagi tadi aku berkonflik manja dengan Haikal.
Macam biasa.
Aku kan gila nak perfect.
Aku mintak dia tolong.
Tapi dia tolong secara ala-ala.
Aku punya pegangan senang je.
Buatlah secara perfect.
Atau tak payah langsong.
Aku sangat tak berminat dengan benda atau perkara yang ala-ala.
Kalau diajak melakukan perkara yang ala-ala…
oh, anda pergilah lakukannya sendiri.
jangan babitkan aku.
Aku suka yang sempurna juga.
Aku bukan marah sangatlah.
Cuma tadi aku tunjuk perasaan sikit jek.
HAHAHAHAHAHAHA.

All or Nothing

Posted by chika under Uncategorized

Perkara kebiasaan adalah membosankan.
Aku suka yang luarbiasa juga.
I know what I want.
Apa aku nak, aku nak juga.
Give me everything I want, or nothing at all.
Semua atau tak payah langsong.
Setakat bagi sikit-sikit … thanks but no thanks.

Pergi kenduri pakai jeans boleh kah? Tak senonoh lah. Okay okay. Pakai purdah. HAHAHHAHA.