Dadah Pagi

Good Morning.

Semua orang gembira. Seronoklah sebab blog sudah open to public. Mereka kata, tindakan yang bijak. Ada yang kata, berbulan-bulan tunggu akhirnya dapat masuk juga. Ada yang kata mereka takda peduli. Memanglah anda takda peduli. Sebab anda ada akses semasa aku mem-private. Tapi secara kesimpulannya, semua orang sangat seronok sebab mereka tak payah log in dan menaip password sebelum mendapatkan ‘dadah’. Mereka yang kata. Ishk. Anda ni. Bersusah sikit pon tak sanggop. Tengoklah aku. Bangun pagi-pagi memblog padahal perbuatan membangun pagi merupakan satu cabaran gila punya gagah. HAHAHA. Err. Aku nak kata, aku bangun pagi dan membloglah. Sedikit berbaur riak di situ.

Macam tak berapa cukup ‘dadah’ lah blog aku minggu ni. Kenapakah sangat slow? Sebab aku sangat nebes di dalam jantong, jiwa dan jasad sampai tak ter-blog. Dan aku sangat banyak menghabiskan usia-usia remaja yang tak berapa nak remaja ni dengan Aizar. Wo ai ni.

Malam semalam, berpeleseran dengan Aizar secara indoor sampailah pukul 10.30 malam. Buat apa? Main mak-mak. HAHA. Dah sampai tengah malam, dua-dua menggelupur lapar. Tu lah akibatnya kalau tak jumpa nasik selama satu hari. Err. Macam yang pernah aku kata, aku sangat suka makan nasik. Tak dapat nasik samalah macam tak dapat err.. dadah. Dadah lagik. Aik? Cuba engkau kira berapa kali aku dah sebut perkataan ‘dadah’ pagi neh. HAHAHA.

Kami pon keluarlah semacam kelawar mencari rezeki demi perut yang berpancaragam. First time aku keluar makan tengah malam sepanjang aku duduk dipangkuan keluarga. Kalau dekat campus tu, memang dah mengalahkan kelawar dah.

Orang ramai dah mula bertanya… apakah aku buat sekarang neh? Tak da apa. Aku masih seorang penganggur berhias. Masih makan dan minum dan memberuangkan diri sambil ber-astro from am to pm. HAHAHA. Kelakar okey bila ada yang tanya bilakah aku akan mula interview dan bekerja. Sebab jawapan dia, entah. Aku belum apply mana-mana pekerjaan kantor. Tahukah aku sangat fobia hendak membuat kerjaan secara kantor. Aku semacam mahu bekerja secara lapang kepala dan mata hati. Err … seperti bekerja di tengah padang rumput segar. Ya. Kerjalah menjadi penternak biri-biri. Dan akhirnya biri-biri akan menternak aku. Dan kami mungkin saling menternak. HAHAHA. Gila ke?

Nanti lepas konvo aku kerjalah. Parents pon dah mula tanya secara tak berapa tanya neh. Aku rasa, parents tak berapa kisahlah kalau aku tak bekerja. HAHAHA. Memanglah. Sekarang memang tak kisah. Tengoklah lagi sebulan dua. Memang mak aku mengamuklah tengok aku bersenang-lenang goyang kaki ke kiri dan ke kanan mengalahkan anak Tan Sri. HAHA. Sebenarnya semalam East kasi aku title baru. Dato’ Sri Penganggur. Macam ok jugak.

Tahukah apa kelebihan menganggur? Anda akan berasa sangat lapang di dalam kepala dan di dalam perut. Anda akan berasa sangat lumayan kehidupan anda tanpa berasa penat lelah yang kurang berbaloi. Selain itu, anda akan mempunyai masa yang melimpah ruah untuk memanjakan diri, mendampingi keluarga, bergembira dengan teman-teman, memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada kekasih dan err… menghabiskan harta ibubapa anda. HAHAHA. Err. Aku bukan provoke. Kalau anda terpengaruh, maknanya keyakinan anda terhadap diri sendiri sangat cetek. Tengoklah aku. Sangat yakin kepada diri. Jadi, aku tetap tak akan membenarkan orang ramai menghina perbuatan menganggur yang sedang aku lakukan. HAHAHA. Erk. Perenggan ini sebenarnya merupakan perenggan membazir. Di mana anda tidak boleh mengambil iktibar terhadap content paragraph ini. HAHAHA. Siapakah suruh baca?

Tahukah sekarang sangat pagi. Waktu yang baik untuk memulakan kehidupan secara energetic dan spiritual. Kenapakah menghabiskan waktu pagi anda dengan membaca blog aku? Err. Tengok. Pagi Jumaat anda sudah terisi dengan perenggan-perenggan ayat seorang penganggur yang menulis secara paranormal. Itulah. Aku nak tanya. Siapakah suruh baca? HAHAHAHA

Recent Entries

20 Responses to “Dadah Pagi”

  1. temankelawar Says:

    Hoyeh..
    Aku pon telah bangun secara pagi dan mata nih memang boley bukak dengan gumbira..
    Dapat gak aku jd kelawar ngan ko..
    Oh..saat terindah tuh..
    Kenangan yang terindah..

    Hallamak…Pagi2 dah rasa sebak..Syuhh

  2. Chika Chika Says:

    kelawar – hohohoyeh. gila lapar la semalam. kalau tak, jgn harap aku sanggop keluar sampai sana. gagagagagaga. perbuatan gila.

    apa ne sebak-sebak. jangan sebak okeh. kita bergembira dulu.

  3. Wiween @ Awin Says:

    wooo tnm anggur yek skang.egegegeg ;p nanti masak kasik kak ween okeh! alaa nanti da mule org panggil intebiu..rasa ler..cam kak ween dlu.x cukup kaki tgn.agagaggaga ;p skang ni, relaks secukupnye okeh adik! ;)

  4. nextmeia Says:

    hehehe..bleh la slalu jengah sini bila hati suram.. sbb kandungan blog anda buat saya geli hati. NGAHAHAHA.

    Syabas..syabas.

  5. Masy Says:

    alaa rileks je.. akak dulu pon menternak anggur secara hidroponik selama setahun ok. setahun. zaman tu internet hanya di CC. tp x berapa heran kerana bkn keperluan. tp ttp buhsan tahap bunuh nyamuk.

    oohh.. setahun yg depressed. akan dikenang selagi nasik dikandung perut.

  6. Shaira Nadiah MJ Says:

    Mula2 rasa pelik napa Nurul mem-privatekan ini blog tapi ia dah jadi public skang. Ternyata blog anda diminati ramai, hihi.

  7. 13may Says:

    aku datang time tghari…charge bateri…dadah kurang dlm badan :D

  8. Chika Chika Says:

    kak ween – hallamak. chika malas tol interview. kalau boleh nak pujok je tros suh amek chika ni dgn rela hati. hahahahaha

    nextmeia – jap. ni bukan kak D ke? kawan kak shai? eh.. ye ke? ekekeke :p

    kak masy – seba baik zaman neh internet berleluasa. astro pon berleluasa. klu tak, takda sanggop pon nak jadi penganggur. baik keluar menoreh getah atau membajak sawah. asalkan tak duduk rumah. gegegeg :p

    kak shai – ehehe. diminati ramai tu chika tak tau. tp dulu tu, mmg private disebabkan masalah2 yang menganggu ketenteraman sejagat.

    may – ni sebenarnya bateri kong ke, atau kurang dadah neh? dua perkara yg berbeza tuh. ekekek :p

  9. Anonymous Says:

    aku pon dulu mengaggur sehingga terasa mcm buah anggur. haha.
    setahun aku menganggur sambil menjadi suri rumah yg berjaga bekerja menjaga rumah.

    bila megasales mula bodek2 bapak.
    hahahaha.. lame2 rasa penat jd penganggur dan kini aku dah bekerja.. tapi bile kerja aku mula merindui zaman peganggur aku tuh.

    letih la keje. sakit otak je.
    hahahahahhahaha

    wei aku dah update da.
    http://adoreanot.kronikus.com/
    cube teke sape aku

  10. Chika Chika Says:

    anot yang anonymous – aku rasa, aku tak akan bosan-bosan menjadi penganggur. kalau disuruh menjadi penganggur sepenuh masa pon aku rela. aku rasa, aku akan kerja tapi tak tahu berapa lama sebab aku tahu aku tak suka bekerja. hahaha. tengoklah. kang aku mendapat sinar cahaya dan hidayah. mungkin aku study. sbb aku boleh menganggur dan study saja. ekekeke

  11. Mastakilla Says:

    menternak biri2..
    okeh ape..
    sunah rasul tuh..

    tapi biri2 menternak chika..
    x terdapat dalam sunah..
    hahaha..
    menternak anggur pun ok pe..
    dan anggur menternak chika..
    sangat okeh!!

    aper aku cakap neh??

  12. Tok Rimau Says:

    masa blog ni private, Tok rasa macam special. Dapat invitation. Tok rasa xklusif gitu. Sekarang dah public. dah macam telefon awam la. Tok tak rasa special lagi.

  13. curseshadow Says:

    haha.. takyah nak login2 lagi.. sy boleh keluar masuk seperti umah sy sendiri.. mari bersenam di dalam blog ini..

  14. haslina Says:

    dulu msa da grad..akak duk umah rasanyer hingga 6 bulan..tanpa mencari kerja aper2 pun. saja malas nak cari kerja..tp since da kerja..rasa2 nyer itu lah kali terakhir dpt duduk senang lenangggg sgt..lepas tu kerja..lepas kerja kawin..lepas kawin anak..dan anak lagi..dan samb study lagi..so once in a life time…ENJOY URSELF NURUL..

  15. fara-D Says:

    nak sambung study kalo, tunggu i kalo2 i yer…hehehe

  16. yOnnA Says:

    wah..
    pasni rating komen u baik tinggi la chika!!!

    =)

    blog u mmg dadah!!
    i bukak sehari 3-4 kali okey!

  17. Julia ♫°♪ Says:

    ✿ chika comey..

    kakju pernah menternak biri2 atuk di kampung secara kegiatan sampingan.
    cuaca yg nyaman, pandangan yg menghijau.. tapi bau yg sgt yummy. huhu~

  18. Chika Chika Says:

    aaaa. kak ju pernah? mesti indah kan? chika macam nak. tapi chika tak suka haiwan. camne? boleh tak menternak jarak jauh?

  19. sweethOneY Says:

    tahniah2
    berjaya mangun awal pagi =P

  20. Chika Chika Says:

    hahaha. tu la. miracle. ekekeke.

Leave a Reply