Archive for July, 2008

The Engagement : Part 1

Posted by chika under engagement
Assalamualaikum wr.

First of all, thank you to Aizar for the previous entry. Aizar yang update. Nampak tu, conteng by Aizar Azman. Err. Itu prelude. Bukan gimmic. Tahukah yang hidup aku sangat sibuk kebelakangan ini sampai nafas-nafas yang disedut pon belum sempat dihembus. Oleh kerna aku sangat sibuk, jadi aku pon tidak ada masa nak membuat lawak atau membuat saspen yang tak seberapa. Err. Maksud dia, previous entry adalah benar. Bukan gimmic. Tak percaya? Sudah.

27 July 2008, aku sudah menjadi tunangan orang. Tunangan? Apakah? Err. Tunangan lah. Walaupon semacam masih berbunyi aneh, tetapi memang begitulah hakikatnya.

Maaf kerna tidak mengumumkan kepada semua. Aku, keluarga dan teman-teman pon dalam kejutan. Sebab itu, sepanjang minggu lepas aku asyik mengadu kepenatan. Luckily, ada Aizar. Kami tak buat kenduri besar-besaran pon. Sebab itulah tidak menjemput anda dan anda dan andalah. Cuma membuat majlis baca doa dan makan-makan bersama keluarga sahaja. Sebab plan asalnya, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk hanya membuat majlis hantar cincin. Tapi, dah namapun orang datang ke rumah, haruslah menyediakan makanan dan secara tiba-tiba atau tanpa sedar, terciptalah sebuah majlis yang daripada kecik-kecik kepada besar sikit. Tapi err… bukanlah kenduri besar-besaran. Faham kah?

Jumaat lepas, 18 July 2008
beliau bersama mak beliau datang ke rumah. Sumpah aku tak tahu pon tujuannya adalah untuk merisik. Dan seminggu kemudian, iaitu pada hari Ahad lepas … kami pon sudah bertunang. Sebab itulah macam yang aku kata. Lebih laju dari bullet. HAHA. Err. Salahkan beliau. HAHAHA.

Kisah-kisah on the preparation before the day, aku akan tuliskan kemudian. Seminggu yang melelahkan dan mencabar kesabaran. HAHA. Tapi masih enjoy :p

Marilah aku ceritakan sikit-sikit kisah apa yang berlaku pada 27 Julai 2008. Iaitu pada hari bersejarah dan aneh itu.

Pagi-pagi bangun, aku dengan Aizar teruslah mencari Aunty florist. Kami hantar a basket of fruit suruh Aunty siapkan sebagai hantaran. Sebabnya, kami dah tak larat nak membuat kerja-kerja tu lagi. Aizar sampai demam-demam. Aku pulak tak tidur-tidur malam. Memang gila punya tumpas seluruh anggota badan. Dengan terkejutnya, penat lagi dan hidup dalam ketidakpercayaan. HAHA.

Lepas ambik dua hantaran tu, kami pon berjalan masuk ke supermarket membeli barang dapur untuk dimasak (bukan kami masak. Ibu masak) Dengan muka tak malu secara total, kami berjalan mengelilingi supermarket membawa hantaran. HAHA. Adalah pulak mata-mata liar menjeling. Aik? Pelik ke? Memanglah pelik. Bawak hantaran tawaf supermarket, apa kejadahnya? Dan secara tiba-tiba … ketika melintasi depan dua orang lelaki (aku kenal dow lelaki-lelaki ni. kalau aku datang dengan mak aku beli barang, dia suka je main usha-usha dan aku pon akan berlagak macam bagus)

Aku rasa, dia nak kawen lah.

Tiba-tiba aku terdengar perbualan mereka. HAHAHAHAHA. Err. Salah. Aku bukan nak kawenlah. Nak bertunang. Kurang tepat di situ. Kesimpulannya, aku berasa sangat rock sepanjang minggu lepas. Sebab menjadi orang yang nak bertunang secara rockers. Tak tidur, membuat hantaran, sibuk kacau Aizar baking, memasak-masak(?) dan keluar shopping macam sawan mencari bahan-bahan pertunangan. Best wo. Sepanjang minggu lepas, aku dibenarkan shopping secara kuak bebas. Tak cukup, mintak. Tak cukup, mintak. Mana tak best? Dan ingat. Aku dan Aizar melakukan banyak perkara secara sendiri tanpa orang-orang tua. Kan betul aku kata. Rockers.

Lepas solat Zohor, terus bersiap. Solat pon sorang-sorang. Lepas solat, duduk berteluku sekejap sambil air mata ni bergenang. Sayup pulak perasaan. Sujud sekejap. Kasi lapang fikiran. Waktu tu, satu je aku fikir. Itulah solat terakhir sebelum aku bertunang. Boleh pulak kan?

Baju tunang tu pulak mempunyai kisahnya yang tersendiri. Iaitu mulanya dihantar kepada taylor sebagai baju untuk raya. Setelah Mr.Fiance membuat kejutan mengajak bertunang dan dibagi masa seminggu, aku pon terus call taylor mintak ubah design. Alhamdulillah. Berjaya. Dan separuh mati mencari kain. Gila. Gila. Gila! HAHAHA. Tapi, memang sebuah kebetulan yang indah. Aku boleh pulak membeli kain putih berkilat untuk raya. Putih seputih-putihnya. Macam tahu-tahu je, kejadian tunang ni ni nak terjadi. Oh. See. Satu perancangan Allah yang tidak tercapai dek akalmu.


The first thing, make-up! Aku tak suka make-up tebal-tebal ni. Macam muka kena conteng atau semacam dibuat mural pada wajah. Aku juga merasakan, wajah yang diconteng dengan make-up akan menelan kecomelan aku yang sangat comel tersebut. HAHAHA. Tapi apa nak buat. Mak Cu aku sangat obsess dengan make-up. Dia pon make-up aku secara contengan muka. Sampai aku pon berasa sangat ‘monumen’ muka aku.

Tengok. Mula-mula aku make-up sendiri. Lepas tu semua orang kata, semacam tak make-up je. Maka, muka aku pon diconteng secara dahsyat. Aku pasrah.

Tengah-tengah make-up, rakan-rakan pon datang. Sangat gembira. Farah, Aisyah, Ainul, Sarah dan Nisa. Thank you guys! With lotsa loves. Mereka pon semacam teruja melihat aku, dan aku pon teruja melihat mereka. Mereka pon melontarkan kata-kata pujian dan juga kalimat-kalimat magik penuh rasa tidak percaya. HAHA.

Pukul 3.30 petang like that, keluarga belah lelaki pon sampai. Aku punya jantong ni dah terlalu berdebaran sampai rasa nak cramp.

Dipendekkan cerita, petang itu … aku pon disarungkan cincin oleh ibu beliau. Err. Atau disebut sebagai bakal ibu mertuaku (Berbaju dan bertudung purple). Erk. Macam comellah bunyi tersebut. Dan untuk petang itu, akulah Diva. Semua kamera berpusu-pusu ke aku. Semua orang nak bergambar dengan aku. Err. Diva. Sangat Diva. Dan aku pon tetap merisaukan make-up aku yang gila menyerlah. Muka yang sudah sedia merah menjadi termerah-merah.



Baiklah. Aku pon menulis secara ekspress ni sebab semua orang sudah YM aku mintak update. Betul-betul buat aku stress lah anda ni. HAHA. Oleh itu, aku pon berasa sangat malas mahu menulis lagi. Nah, tengoklah gambar. Mungkin kisah ini akan dipanjangkan kepada Part-Part seterusnya. Sebab macam banyak yang nak dikongsikan.

Hantaran dibuat sendiri secara mengejut dan secara serba sederhana oleh aku dan Aizar. Gembira wo buat benda ni. Walaupon agak men-stress-kan. Mula-mula memang takda plan nak membuat. Tapi disebabkan desas-desus yang mendorong, maka aku dengan Aizar pon menjadi excited. Turun KL sepanjang minggu dan abes semua kedai pengantin dekat KL kami dah redah. HAHA. Seronok i tell you.

Roses, everywhere …


Theme adalah Roses. Merah, Hitam dan Silver.
Dari curtain ke bedsheet. Atas meja, carpet dan segala perhiasaan adalah roses merah.
Anyway, Thank You to Ibu (Aizar’s mother) yang merupakan taylor untuk curtain dan bedsheet.

Nah, sedikit sebanyak muka aku.
Untuk kali ini.



Kawan-kawan studio yang datang dan juga Aizar (Setiausaha Agong) Haha.
Oh. Gambar ini tanpa Nisa. Sebab Nisa datang lambat.

How do I feel?
Syukur Alhamdulillah.

And oyya.
I’m NOT single.

Memandangkan semua orang semakin marah dengan aku, sampai aku pon sudah tak larat nak melayan YM aku yang sudah hang berjuta-juta kali, lebih baik aku publish yang ini dulu. Err. Ada warning. Jangan bertanya soalan-soalan boleh kah? Sebab aku akan update lagi secara pukal. HAHA. Stay tuned.

Next, in Nuruloveme :
- Nurul and friends during the engagement
- Nurul and family

Anda tunggu dengan tabah.

Photography by Farah, Aisyah, Aizar, The Fiance’s Bro, and The Fiance’s Sister

The Engagement : Prelude

Posted by chika under engagement

“Selamat Bertunang”
Kepada Nurul Haizum (CHIKA) dan pasangan.
27 July 2008
Cheras Baru

With Love :

Sahabatmu yang sentiasa menyayangi,
Nurul Aizar Azman

Episod seterusnya, tunggu…

Roses are everywhere

Posted by chika under Uncategorized
Terasa penat yang sangat. Bukan merungut atau mengungkit. Aku memang gembira dengan semua kepenatan. Sangat sangat gembira. Cuma jauh di suatu bahagian, aku ada terasa gelisah yang entah kenapa. Err. Tak boleh dinyatakan secara tepat. Sebab aku pon tak berapa tahu apakah yang aku rasa. Macam berasa macam-macam.

Malam semalam, mood tak berapa baik. Mungkin aku penat sepanjang minggu berkejar ke sana sini. Sebab tu aku rasa nak marah. Padahal aku tak tahu aku nak marah siapa. Aku pon semakin gelisah menunggu waktu. Hari demi hari. Makin susah nak tidur. Mungkin ini cuma perkara biasa. But, I am not a simple person. Otak aku pon disebabkan terlalu pandai, cerdik bestari dan memang gred A punya pandai … maka sangat panjanglah fikiran aku.

HAHA.

Aku teringat dialog dalam filem SEPET yang menyatakan, lelaki tak berapa perlu memahami wanita. Tugas mereka, hanyalah mencintai wanita. Agak rock la jugak kalau diterjemahkan ke dalam realiti hidup. Tapi at one point, memang betul. Sebab lelaki tidak akan memahami wanita walau segigih manapun mereka cuba untuk memahami. Sebab wanita merupakan satu organisma yang kompleks. Lelaki boleh memahami. Tapi secara sikit-sikit. Kecuali mereka pon bersetuju menjadi pondan atau transeks, maka kefahaman mereka tentang wanita akan mendadak naik. HAHA. Erk. Gila ka?

Aku sudah ok pagi neh. Itulah dinamakan kepala angin. Iaitu ok dan tidak ok secara random. Bila mood pon tidak ok, aku pon menjadi garang. Bila mood aku sangat ok, aku pon akan menjadi seorang orang yang sangat baik mengalahkan pari-pari. Err. Sebab itulah anda jangan mendakwa yang anda mengenali aku. Tak ada siapa yang mengenali aku lebih dari aku mengenali diri aku sendiri. Ngeh ngeh.

O. Aku nampak roses di mana-mana. Roses … roses… roses…

HHAHAHAHAHAHAHA. Kang lapar, ada jugak aku makan nasik lauk roses. Err. Pyjama pon roses. Aik? HAHAHAHA. Tahukah aku sangat suka roses? Tapi jangan dicampur-campur secara sarat. Nanti kemewahan roses akan menampakkan kemiskinannya. Aik? Err. Tak fahamlah bukan? Anda tak payah memahamilah. Cukup sekadar mencintai. Aik? Tak payah mencintai akulah. Baca saja apa yang aku tulis. Kemudian buatlah ekspresi muka. Aku cuma nak cakap, aku dengan Aizar memang pandai. Err. Bukan memang selalukah aku mengaku diri sebagai sangat pandai? Ye lah. Memang pandai. HAHAHAHA.

Oyya.
Aku single.

Dadah Pagi

Posted by chika under Uncategorized
Good Morning.

Semua orang gembira. Seronoklah sebab blog sudah open to public. Mereka kata, tindakan yang bijak. Ada yang kata, berbulan-bulan tunggu akhirnya dapat masuk juga. Ada yang kata mereka takda peduli. Memanglah anda takda peduli. Sebab anda ada akses semasa aku mem-private. Tapi secara kesimpulannya, semua orang sangat seronok sebab mereka tak payah log in dan menaip password sebelum mendapatkan ‘dadah’. Mereka yang kata. Ishk. Anda ni. Bersusah sikit pon tak sanggop. Tengoklah aku. Bangun pagi-pagi memblog padahal perbuatan membangun pagi merupakan satu cabaran gila punya gagah. HAHAHA. Err. Aku nak kata, aku bangun pagi dan membloglah. Sedikit berbaur riak di situ.

Macam tak berapa cukup ‘dadah’ lah blog aku minggu ni. Kenapakah sangat slow? Sebab aku sangat nebes di dalam jantong, jiwa dan jasad sampai tak ter-blog. Dan aku sangat banyak menghabiskan usia-usia remaja yang tak berapa nak remaja ni dengan Aizar. Wo ai ni.

Malam semalam, berpeleseran dengan Aizar secara indoor sampailah pukul 10.30 malam. Buat apa? Main mak-mak. HAHA. Dah sampai tengah malam, dua-dua menggelupur lapar. Tu lah akibatnya kalau tak jumpa nasik selama satu hari. Err. Macam yang pernah aku kata, aku sangat suka makan nasik. Tak dapat nasik samalah macam tak dapat err.. dadah. Dadah lagik. Aik? Cuba engkau kira berapa kali aku dah sebut perkataan ‘dadah’ pagi neh. HAHAHA.

Kami pon keluarlah semacam kelawar mencari rezeki demi perut yang berpancaragam. First time aku keluar makan tengah malam sepanjang aku duduk dipangkuan keluarga. Kalau dekat campus tu, memang dah mengalahkan kelawar dah.

Orang ramai dah mula bertanya… apakah aku buat sekarang neh? Tak da apa. Aku masih seorang penganggur berhias. Masih makan dan minum dan memberuangkan diri sambil ber-astro from am to pm. HAHAHA. Kelakar okey bila ada yang tanya bilakah aku akan mula interview dan bekerja. Sebab jawapan dia, entah. Aku belum apply mana-mana pekerjaan kantor. Tahukah aku sangat fobia hendak membuat kerjaan secara kantor. Aku semacam mahu bekerja secara lapang kepala dan mata hati. Err … seperti bekerja di tengah padang rumput segar. Ya. Kerjalah menjadi penternak biri-biri. Dan akhirnya biri-biri akan menternak aku. Dan kami mungkin saling menternak. HAHAHA. Gila ke?

Nanti lepas konvo aku kerjalah. Parents pon dah mula tanya secara tak berapa tanya neh. Aku rasa, parents tak berapa kisahlah kalau aku tak bekerja. HAHAHA. Memanglah. Sekarang memang tak kisah. Tengoklah lagi sebulan dua. Memang mak aku mengamuklah tengok aku bersenang-lenang goyang kaki ke kiri dan ke kanan mengalahkan anak Tan Sri. HAHA. Sebenarnya semalam East kasi aku title baru. Dato’ Sri Penganggur. Macam ok jugak.

Tahukah apa kelebihan menganggur? Anda akan berasa sangat lapang di dalam kepala dan di dalam perut. Anda akan berasa sangat lumayan kehidupan anda tanpa berasa penat lelah yang kurang berbaloi. Selain itu, anda akan mempunyai masa yang melimpah ruah untuk memanjakan diri, mendampingi keluarga, bergembira dengan teman-teman, memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada kekasih dan err… menghabiskan harta ibubapa anda. HAHAHA. Err. Aku bukan provoke. Kalau anda terpengaruh, maknanya keyakinan anda terhadap diri sendiri sangat cetek. Tengoklah aku. Sangat yakin kepada diri. Jadi, aku tetap tak akan membenarkan orang ramai menghina perbuatan menganggur yang sedang aku lakukan. HAHAHA. Erk. Perenggan ini sebenarnya merupakan perenggan membazir. Di mana anda tidak boleh mengambil iktibar terhadap content paragraph ini. HAHAHA. Siapakah suruh baca?

Tahukah sekarang sangat pagi. Waktu yang baik untuk memulakan kehidupan secara energetic dan spiritual. Kenapakah menghabiskan waktu pagi anda dengan membaca blog aku? Err. Tengok. Pagi Jumaat anda sudah terisi dengan perenggan-perenggan ayat seorang penganggur yang menulis secara paranormal. Itulah. Aku nak tanya. Siapakah suruh baca? HAHAHAHA

nurul love me

Posted by chika under Uncategorized

Nuruloveme bukan sebuah private blog lagi.
Aik?

Tidak ada satu alasan yang paling tepat tentang kenapakah aku membuka semula blog kepada public. Tapi menjawap entah kepada soalan-soalan merupakan satu tindakan yang menampakkan sifat kurang cerdik. Untuk tidak menjawap entah, aku menyatakan sebabnya secara totally positive.
  1. Bukankah aku mendakwa diri sangat berkuasa ke atas blog aku? Oleh itu, menjadi hak aku secara menyeluruh untuk membuka atau menutup blog. Tanpa berasa terancam dengan siapa-siapa. Dan tanpa notis juga tanpa perlu menghuraikan sebab.

  2. Tiga tahun aku menulis secara bebas, kenapakah harus berakhir dengan menulis semacam pengecut? Perbuatan berciri loser harus dimansuhkan secara mandatori.
  3. Pagi yang gelap, kini sudah terang. Ya. Hari baru. Kehidupan baru. Berubahlah. Sampai bila mahu menjadi manusia tipikal? Jadilah luarbiasa.
Err. Tanpa jaminan. Mungkin pada jam 8.26 malam ini blog terbukak luas. Mungkin dalam jam 9.01 malam, sudah ter-private kembali. Kenapakah? Sebab aku sangat berkuasa. HAHAHAHA. Dan tak berapa bersebab perbuatan ni. Jadi, tiada tindakan bijak yang akan dilakukan secara konsisten. Err. Jiwa remaja. Blog ni pon, sangat remaja. Memang agresif dan sukar dijangkakan.

Mungkin. Jiwa sangat tenang. Sampai hilang kesedaran terhadap perbuatan sendiri. Err. Pendek kata, belum ada sebab yang sangat bersebab atas tindakan membuka blog ini. Tak payah tanyalah.

Open To Public

Posted by chika under Uncategorized
Good morning sunshine!

Malam semalam, aku telah tidur secara tidak berapa tidur. Jantung aku buat hal lagi. Dia berpancaragam. Sampai naik sesak nafas aku dibuatnya. Aku berasa sangat nervous tanpa sebab yang nyata. Aku tak tahu apa yang aku cuak sangat neh. Nak kata aku masih mabok, aku sudah sedar. Tapi actually aku memang orang yang sebegini. Aku memang jenis pemikir. Benda sekecik-kecik benda pon aku pikir jugak. Sebab itulah. Benda yang tiada apa pon, boleh menjadi ’sesuatu’ daam pikiran aku. Apa nak buat. Dah otak aku ni hyper sangat. Ishk.

Pagi tadi berasa sangat malas nak turun dari katil. Kaki macam dah lumpuh. Tengah bergayutan secara komunikasi maxis, tiba-tiba aku terturun jugak dari katil maka aku pon secara separa excited, berasa gembira. Akhirnya setelah lama bergolek-golek mengalahkan tenggiling, aku berjaya seru jasad aku untuk bangun. Hoyeh. Comel betullah perbuatan neh walaupon nampak macam pemalas. HAHAHAHAHA.

YM kejap. Nampak Wani. Berteguran. Lama tak contact dengan dia. Dia neh la kawan pertama yang aku kenal dalam studio. Tapi kejap je dia dekat UKM. Lepas tu dia pindah Bandung, buat dentistry. Sangat sedih masa dia pindah keluar dari studio tu. Huhuhuhu. Lepas dia pindah Bandung, aku pon mula berpeleseran dengan Farah dan Ainul dan Shida dan Kembar dan mereka yang lain. Hehe. Begitulah trailer nya :p

Ada announcement.
Blog akan dibuka kepada public.
Bilakah?
Bergantung kepada kesukaan hati aku.
Ho ho. Bukak blog.
Kenapakah membuka blog semula?
Tak takut dengan ’sampah’ kah?
Helleh. Sampah. Buanglah. Rubbish. Bukan susah. Masuk dustbin. HAHAHA.

Jumlah readers sudah sampai limit 100. Blogger neh pon. Kasi lah permission up to 1000 readers. HAHAHAHAHA. Tak apalah. Aku pon tak larat dah membuat kerja-kerja penzaliman dengan meng-invite dan me-remove orang. Walaupon aku neh dictator, tapi sangat bertaqwa kepada Allah SWT. Jadi, aku pon tahu kesan-kesan melakukan perbuatan yang kejam. Huhuhu. Oleh itu, kasi bukaklah. Semua pon boleh baca. Anda pon boleh ajak sanak saudara, jiran tetangga juga kaum muslimin dan muslimat yang lain.

Semoga, apabila aku membuka blog secara public nanti … tiada rubbish yang mengganggu blog aku yang gila punya comel dan ilmiah neh. Aku pon kesian jugak kepada orang yang tidak dapat diinvite.Nanti aku pon dituduh sombong padahal aku neh bukan sikit punya comel. Ishk. Engkau je tak tahu. HAHAHAHAH. Bila dah open to public, tatasusila pon harus dijaga. Isi blog akan menjadi 20% kurang sempurna. Sebab banyak tapisan. Maknanya, entry akan berciri 80% sempurna. Masih ok lah tu. Ditambah dengan suntikan dadah dan perencah lainnya, entry aku akan tetap menjadi 100% sempurna. Cuma kurang kontroversilah. HAHAHAHA.

Tapi warning !
Nak bergadoh, bertikam atau berkungfu master pon boleh dalam blog aku. Tapi anda bergadoh sesama sendirilah ok jangan libatkan aku. Satu yang tidak boleh, dilarang menjaja dan menjadikan shoutbox atau msgbox di sebelah kanan sana sebagai sarang pelacuran. Ni kang, muncullah insan-insan desperado melepaskan nafsu serakah dalam blog aku. Padahal blog aku ni bukan main suci lagi. HAHAAHAHA.

Okay. Tanpa kalimat penutup yang proper, aku mengakhiri entry pagi ini. Semoga hari anda adalah bermanfaat. Err. Bermanfaat? Ye lah. Apa-apalah engkau nak buat dengan hari anda. Aku tak da kisah pon :p