Posted by chika under
Uncategorized 
Memblog dengan ayat-ayat pendek adalah cool. Energy saving. Memblog menggunakan point adalah cool jugak. Apatah lagi menggunakan teknik numbering. Ada sikit berciri architecture. Dan selebihnya berciri cikgu tadika. HAHA. Err … ini intro. Sebelum mengajak semua orang membaca dalam bentuk point. Engkaulah!
- Hari ini membuat aktiviti outdoor selama 11 jam. 10am – 9pm.
Turun ke kota metropolitan. Membuat case study. Mari lihat jejak destinasi :
Bangi – Alamanda – Sungei Wang – Imbi Plaza – Bukit Bintang Plaza – Pavilion KL – Bangi – Nilai – Cheras.
Kepala neh macam nak bercerai-berai dengan badan. Cuaca panaslah di Malaysia. Musim panas di tanah airku? On aircond kenderaan sampai ke impak maksima. Sampai aircond tersebut yang setahu aku tak ada bermulut tapi mula berbunyi. Bila panas, hati panas. Mulut pon diam. Tak ada mood nak bercerita kencang.
- Case Study.
Keluar masuk parking di semua pusat membeli-belah yang disebut di atas. Bayar parking mahal-mahal, snap photo secukup rasa dan meminta diri. Thesis aku pasal parking di shopping mall. Err… aku memang manusia yang suka komplen pasal parking area. Sebab setiap kali ke mall, mula-mula mesti aku hamun parking area dulu. Sebab sangat sukar bernafaslah. Gelap dan sangat sesuai menjadi lokasi untuk drama berciri rogol, culik, rompak dan ragut. Tak setuju? Sila nyatakan 4 sebab. Mungkin engkau boleh tolong thesis aku.

Kuala Lumpur yang sesak. Nak termuntah aku duduk dalam kereta. Cuaca panas. Memang mabuk cendawan dibuatnya.
- Ais krim New Zealand Natural lagi bersemarak daripada Baskin Robbins. Terima kasih kepada yang belanja.
- Hari ini aku turun KL tanpa satu sen dalam poket mahupun dalam handbag atau pon dalam mulut. Dalam telinga apatah lagi. I/C dan driving license pon tak ada. Kalau ditangkap polisi, memang nahas. Sia-sia hidup selama 22 tahun. Tapi tetap survive sebab aku makhluk fleksibel dua alam yang omnivore. Maksud aku, kehidupan hari ini adalah ditaja. Oh, ditaja secara SIRIM. Itulah. Siapa suruh terkinja-kinja keluar melaram bawak badan tapi tertinggal purse? Tahukah satu perkara? Biar tertinggal pesawat, jangan tertinggal purse. HAHA.
- Aku tak percaya hari ini nafsu tumpas di tangan aku. Aku pergi pavilion. Aku tengok barang. Aku sabar. Aku tengok shoes. Aku sabar. Sikit tak goyah. Hati gua steady I tell you! Err … sebab aku tak ada duitlah. HAHA. Aku pergi Alamanda, naik sampai tingkat atas. Wah. Welcome to wonderland! Naiklah ke P6! Cantik. Banyak skyroof. Kalau nak tengok detailing depan bijik mata, naiklah P6! Oh lupa nak cakap. Lalu lalang depan kedai dalam Alamanda. Aku sabar. Sikit tak tergugat nafsu. HAHA. Pon sebab aku tak ada duit. Kesimpulannya engkau tahukah apa? Senang aje! Kerana wang, nafsu berkuasa. Itu kesimpulan pertama. Kesimpulan kedua, sesekali, gunakanlah teknik tertinggal purse supaya diri anda ditaja sepenuhnya. Dan jangan lupa buat muka miskin yang menagih simpati. Selamat mencuba.
- Rakan sebilik pergi bergembira di tepi pantai. Nude party di sana selama satu hari satu malam. Aku tak join. Sebab aku tak berapa berkenanlah nude party. Tak senonohlah bukan? Err … mungkin sekembalinya beliau nanti aku akan dilempang sampai mati. Sebab aku memfitnah. Beliau pergi Bagan Lalang. Reunion konon. HAHA. Macam berbaur cemburu di situ. Aku tak berapa cemburu. Sebab aku bukan pencinta pantai. Kalau beliau pergi swimming tak ajak, barulah aku akan boikot dia dan buang sebijik daripada empat bijik tayar Bumblebee beliau. HAHAHAHAHA.
- Hari ini membeli berpasang-pasang-pasang tudung. Dan juga tiga helai kain sempena perayaan aidilfitri yang akan datang. Tema tahun ini ialah hitam, putih dan hijau. Hijau tak pernah tinggal. Dia semacam sudah menjadi kewajipan yang tidak dituntut. Jomlah kita bertema hitam putih. Macam warna filem klasik lah bukan? Ya. P.Ramlee dan Saloma dalam kenangan. Al-Fatihah. Aik?

Sebenarnya hijau. Tapi semacam birulah.

- Tahukah kenapa aku balik Cheras minggu ni? Padahal dah janji dengan diri sendiri nak menghabiskan hujung minggu di tanah tak suci itu. Tapi janji dimungkiri. Grandparents datang. Dah sejuta kali aku warwarkan. Aku neh cucu favorite. Jadi demi menjaga reputasi dan ranking, aku pon berusaha balik Cheras. Tapi aku sangat tak berhati perut untuk memandu pulang. Aku dijemput oleh keluarga. Seronok wo perasaannya bila dijemput. Macam zaman muda-muda pulak. Err … tak tahu ke yang aku sudah tua? Iaitu lebih tua daripada budak berusia 20 tahun. Engkau yang berusia 20 harus bersyukur. Sebab ada orang lagi tua dari kau. Tak percaya sudah.
- Mak Tok hadiahkan telekung dengan tudung. Hati ini banyak happy. Kalau boleh aku nak pakai telekung baru setiap kali solat. Tapi perkara tersebut tak digalakkan dalam Islam. Atau dikatakan sebagai tindakan pembaziran. HAHA. Kalau boleh jugak, aku nak bertudung baru setiap kali aku memakai tudung. Pon satu tindakan yang tidak dituntut oleh syarak. Tapi hati memang devil woh. Semua pon nak baru. Astaghfirullah…
- Kami ada haiwan peliharaan baru. Chewah. Aku menyebut tentang haiwan peliharaan neh. Bukankah sebuah tajuk baru dalam diari hidupku? Dan bukankah engkau semua tak pernah dengar kisah haiwan peliharaan dalam blog ilmiah neh? HAHA. Haiwan tersebut bukan seekor kucing. Oh, pastilah bukan! Apa kau nak aku masuk ICU? Ostrich? Ih bukanlah. Mana nak dapat burung tersebut. Dah la lagi tinggi dari aku pasti mencabar maruah akulah. Anak cheetah? Err… bukan. Sebab papa cheetah pon sudah entah ke mana tiada lagi berjumpa selama 4 har
i. Jadi anak cheetah pon mengikut papa cheetah jadi janganlah bercerita soal anak cheetah. HAHA. Err … kenapalah bermain teka teki neh. Macam old school lah perbuatan bermain teka-teki neh. Err .. tengoklah gambar di bawah. Ini haiwan peliharaan kami. Namanya Mickey Mouse dan Donald Duck. Tak berapa berkesinambungan nama tersebut. Tapi agak uniklah untuk dibagi kepada Tiger.

Mickey Mouse dan Donald Duck sedang buat apakah? Gurau senda? Berfighting? Atau asmaradana? Tak tahulah. Belum begitu kenal mereka.



- Farah ada camera baru. Aku nak jugak. Tapi … ih! Aku neh, semua pon aku nak. Tak da yang tak nak. Tapi aku dah terlajak kata. Dah termintak pon dekat Ma. Ma kata nanti-nanti. Ala, nanti tu bila? Ekekekeke. Lepas tu mak aku pon kata macam ni ; Nak laptop baru ke nak camera? Waaaa.Haaa. Tak boleh kah nak dua-dua sekali? Tapi memandangkan laptop aku sikit masa lagi akan terbelah dua (serious I tell you), aku rasa ada baiknya aku mengharapkan laptop baru terlebih dahulu. Lagipon aku sendiri berasa sangat miskin bila melihat laptop tersebut. HAHA. Apsal ganas sangat aku pakai laptop sampai dah terpecah belah? Nak kata aku ajak laptop tu karate, tak ada pon. Sangat dahsyat kalau tengok laptop tu. Habis pecah dah sebelah skrin dia. HAHA. Ganas macam tiger! Errr… I mean, Miskey Mouse dan Donald Duck. Ganas macam Mickey Mouse. HAHA. Ayat apakah ini? Malu Miskey Mouse kalau dia dengar ayat nih dilafazkan.

Abeslah. Dapat kat aku camera ni, memang nahaslah Farah terpaksa heart attack tengok gambar aku melambak-lambak dalam camera dia. HIHIHIHI.
Posted by chika under
Uncategorized Masa itu aku sangat dahaga. Bila ternampak machine minuman di depan block lelaki, aku pon terus ke situ dan membeli Coke. Sangat tak sabar neh nak minum. Kalaubolehnak minum dengan tin-tin sekali. Tapi, alamak! Punya sukarlah membuka penutup tin tersebut. Apatah lagi kuku baru dipotong. Maka sangat mencabar kesabaran dan maruah kewanitaan.
Khusyuk aku berusaha membukanya. Sambil berjalan terus masuk ke dalam blok asrama. Ishk. Apa punya kepala tinlah sangat keras neh. Tekak aku dah menggelupur kehausan masa tu. Tin coke masih tak boleh buka. Sambil berusaha gigih, aku pon terus berjalan ke lorong menuju ke bilik asarama. Dah naik tingkat satu dah ni.
Tiba-tiba …
Tik. Kena setitis dua air jatuh ke atas tangan kanan. Aik? Aku pon pandang ke atas. Air apakah?
Makkkkkk! Tekalah apa aku nampak? Tekalah air apakah itu? Rasa nak gugur jantung dibuatnya. Fokus pertama, mata aku terus tertancap pada pakaian dalam lelaki yang basah-basah bersidai pada ampaian. Aku tukar angle. Aku nampak seluar-seluar jeans dan boxer lelaki. Aku pusing. Jantung ni dag dig dug macam nak berpecah-belah punya cuaknya. Aku pusing je, dekat pintu di belakang aku tertampal gambar berukuran passport milik seorang lelaki.
Omaigod! Aku sudah masuk salah blok! Apalagi, terus lari pecut secara anak cheetah lah aku. Air coke pon aku sudah lupa nak minum. tekak pon sudah lupa untuk dahaga. Lari-lari lari! Untung tak ada siapa yang nampak. Sebab pada hari itu semua orang ke Padang Kota Lama. Aku saja yang tidak sihat dan tinggal di USM.
Sampai bawah, aku terus diam. Wah, Tekak gua menjadi triple dahaga. Macam monsterlah aku minum coke tersebut. Untung lah aku tiada makhluk tuhan gagah-gagah yang ternampak aku di situ. Tapi bukankah sangat geli lagi dramatik terkena titisan air tersebut? Ini sudah pengalaman kali kedua. Kali pertama, masa dekat KMJ.
Persoalannya, budak boys tak reti perah pakaiankah? Bukankah selalu mendakwa diri sangat gagah? Kenapakah tidak cukup gagah memerah pakaian? Sebelum sidai tu, perah kuat-kuatlah okeh. Supaya tak ada menitis semacam hujan lebat. HAHAHAH. Gelakkan mereka! HAHAH. Gelakkan aku juga! HAHAHA.
p/s : title tersebut macam program Astro Prima lah bukan? Ehehe. Dan entry ini bergenre comedy stupid. Wi wi wi!
Posted by chika under
Uncategorized

Yonna tanya manakah gambar di Penang.
Ni.AHA. Manakah aku? Yang berkamera itu.
Sabtu lepas handphone Haikal dengan Luqman kena rembat. Haikal punya ic pon kena rembat bersama wang bernilai RM4. Haha. Bodohlah bukan pencurik tersebut. N95 itu merupakan cellphone yang sangat disayanginya. Tapi macam pelik juga. Sebab N-Gage dia tak rembat padahal dua-dua diletakkan bersama. Syukur jugaklah. Sebab N-gage tersebut Adek Dell punya. Dan selebihnya syukur sebab Ijat punya N-gage pon selamat. Mungkin pencurik tersebut tak berminat dengan N-Gage. Err… pencurik pon pandai demandlah.
Kesian Luqman. Cellphone itu dia baru beli. Sangat kesian. Tapi apakah motif pencuri tersebut mengambil ic Haikal? Sangat stupid. Aku rasa perbuatan mencurik cellphones macam ketinggalan zamanlah. Tak berapa macho. Jadilah pencurik hati. HAHA. Bukan saja macho malah polis pon tak ada kuasa untuk mengeluarkan warrant tangkap. Pencurik memang bodoh.
Tapi yang menariknya kes ni. Pencurik mencuri secara bergaya. Iaitu setelah mencurik i/c dan mengambil RM4 daripada wallet, wallet tersebut dimasukkan semula ke dalam poket seluar Haikal. I/c punya plastic cover masih ada bermakna, pencurik mengeluarkan i/c tersebut secara sulit. Yang ajaibnya, mereka ni semua tak perasan sikit pon yang pencurik sedang membuat aktiviti ambik dan simpan semula wallet dari poket mereka. Magiklah bukan? Pencuri sangat bernasib baiklah. Sebab kalaulah Haikal dapat tangkap dia, aku tak berani jamin samada pencuri masih hidup atau tidak. Sebab err.. well, Haikal. Dia sangat kuat membelasah orang. Tapi sangat sering dibelasah oleh aku. Untunglah aku menjadi kakak. Dia pon sangat tak boleh membelasah aku walaupon dia sangat marah. Sebab macam hinalah bukan kalau dia membelasah kakaknya yang comel ini. HAHA. Lagipun peraturan dalam rumah ni. Adik-adik tak boleh rude dengan kakak. HAHA. Sebab itu aku bermaharajalela macam divalah dalam rumah neh. Power-pul. HAHA

Luqman dah duduk sini. Beliau cousin kami. Maknanya aku kena bertingkah laku baiklah since ada Luqman di rumah. Sebab polisi di dalam rumah ini mensyaratkan bahawa anak perempuan tidak boleh berkelakuan / berpakaian / bercakap tidak senonoh di hadapan adik-adik lagi. Apatah kepada orang yang bukan sibling. HAHA. Jadi, sangat sukarlah setiap pagi aku tak boleh meredah ke dalam bilik budak boys dan membuat bising. Sebab kadang-kadang, Shah pon tidur sini. Err… banyaknya boys! Boys sana, boys sini. Aku jugak yang terkontang-kanting seorang diri sebagai perempuan di sini. Tapi best wo. Sebab tiada saingan. Dan tidak perlu berkongsi.
Tahu tak? Aku tak suka cousin perempuan tidur di rumah aku. Sebab aku tak suka mereka tumpang di bilik aku. Macam semaklah bukan. Sebab aku tak suka berkongsi-kongsilah. Aku sudah terbiasa membesar secara solo tanpa adek-beradek perempuan. Sebab itu aku tak berapa suka kalau ada perempuan lain dalam rumah neh. Biarlah ada aku dan ma sahaja. Kami bahagia berdua. HAHA. Mereka selalu kata, kasihan Nurul tak da kakak dan tak ada sibling perempuan. HAHA. Sangat salah. Aku sangat bahagia semacam ni tanpa kakak atau adek perempuan. HAHA. Tak pernah aku impikan seorang kakak pon. Tak payah. Err.. tak perlu. Sebab memag seronok wo jadi anak perempuan secara solo. Saingan pon tak ada. Dan ditanggung beres. Immunity gua terbela! HAHAHA.

Aku gianlah. Tengok blog je, aku rasa nak update. HAHA. Letihlah bukan melayan blog neh. Mungkin mulai esok, tiada update lagi. Sebab aku nak balik UKM dan all out untuk thesis. Selepas itu ada exam. Bulan 7, ayuh lah kita bergembira! Bulan 7, aku mungkin sangat available. HAHA. Nak ajak aku ke langit ke tujuh pon mungkin boleh. Cuma engkau sediakan transportlah untuk naik ke awan. Sebab kereta aku tak ada kebolehan tersebut. Dan err, aku pon sudah mula takut hendak memandu 150 km/h untuk balik ke Bangi. Sebab full tank sudah RM150. Mungkin tahun depan, full tank RM300 pulak. Wah. Memang aku akan beli petrol dan simbah satu kompleks kerajaan. Kasi bakar semua kepala-kepala hitam di dalam sana. Err. Yang budak tingkat empat tu, sebelum bakar dia aku belanja dia minum petang di Petronas. Sampai perut dia pon kembung dan meletup minum petrol. HAHA! Ishk. Sangat benci monkey tingkat 4! Aik? Emosi? HAHA.
Bila sudah lari dari tajuk, barulah nama dia contengan by Chika. Sebab hanya chika yang mempunyai entry yang sukar dijangka. Tengoklah atas sana title entry neh. HAHA. Tak ada kena mengena. Sebenarnya meletakkan title bukan perkara sukar. Bubuh saja apa-apa! Pembaca bukan boleh buat apa pon. Aku kan owner! HAHA.
p/s : aku belum dapat nasik lemak lagik. Mungkin malam esok, lepas swimming akan terhegeh-hegeh mencarik nasik lemak.
Hello.Saya Cheetah Baby.You want me?Err… $
♥♥♥♥♥♥♥ (Vitamin J Ltd.)
Sorry.Not for sale.
AHA.
Comel.
Aku rasa nak gigit telinga dia.
Dan cucuk mata dia.
AHA
Posted by chika under
Uncategorized
Kau tak muak ke dengan architecture?
Gila muak! Nak muntah! Aku tak larat buat architecture dah. Aku larat nak kawen je.
Jom kawen!
Jom.
Bulan 12 okeh.
Okeh. Kau kumpollah duit.
Okay. Kau kumpol la jugak.
Aku buat preparation. Duit kau kumpollah sorang.
Bla.
Bla.
Bla.
Settle.
See, merancang perkahwinan lagi senang dari merancangan bangunan.
Kawen lagi senang dari architecture.
Tahu tak, semasa membina khemah kenduri, engineer tak diperlukan untuk mengira load. Ia dibina dengan kuasa orang-orang tua sahaja.
Tak payah structure yang bagus dan tiada siapa akan krit pada pelamin.
Lecturer pon tak boleh kutuk design majlis kita. Sebab dia tak ada hak menguasai majlis orang.
Ye. Kawen tak perlukan concept yang kukuh macam concept dalam building design.
Okey, set! Bulan 12 kan?
Okay , steady!
Kau jangan larik! Kita tak buat kontrak ni. Sebab perbuatan membuat kontrak semacam perbuatan dalam architecture.
Okay. Aku setia di sini.
Aku budak architecture UKM. Beliau budak architecture UTM.
Kesimpulan : Budak-budak architecture di mana-mana pon akan mereng kepala otak dia pada penghujung jalan. Sekarang aku tidak begitu wonder. Kenapakah senior 1st batch kami semuanya berkahwin selepas grad. Errr… aku macam nak turut sertalah.
Oyya, babeh!
Cerita di atas bukan kisah realiti. Itu sebagai hujah yang menjadi medium menguatkan kata-kata aku bahawa
kata lawan bagi architecture ialah perkahwinan. Bukanlah aku nak berkawen dengan beliau lah! HAHA. Sebenarnya kami pernah berjumpa sekali saja iaitu semasa lawatan UKM ke UTM tahun lepas kalau tak silap. Kami berbual kosong jek
Sekajap. Usia 22 tahun. Macam boleh kahwin lah bukan? HAHA! Aku tak larat lah buat architecture lagi. Tapi tak menghabiskan sesuatu yang dibuat semacam perbuatan yang tidak bermoral. Iaitu aku tak suka. Lagipon bukankah memang aku yang suka sangat field ni? Berhempas-pulas aku mendapatkan course ni dulu. Dari tingkatan 3 aku aim. Tapi sekarang aku tersedar sudah bahawa kekuatan aku lebih kepada graphic architecture atau anything into graphic. Kepala otak aku tak berapa boleh pusing bab structure. Dan aku tak larat berkorban tenaga zahir batin demi sebuah drawing CAD. Penat. Penat.
Jadi suri rumah macam best lah bukan? Memasak, mengemas, mencuci, menjahit, menternak dan bercucuk tanam. Disamping menunggu di depan pintu pada waktu pagi dan petang. Wah. Isteri apakah itu? Isteri mithalilah. Tapi antara kesemua pekerjaan yang aku sebutkan di atas, semua aku tak tahu nak buat. Kecuali menunggu di depan pintu pada waktu pagi dan petang. HAHA. Tapi aku rasa, pekerjaan di rumah sebagai suri rumah sebenarnya pekerjaan yang menarik. Iaitu bukan saja bernilai tinggi, malah membolehkan aku menonton kesemua rancangan kartun dan sinetron secara lengkap. HAHA. Okay okay. Jangan bergurau. Marilah bercerita serius.
Tahukah? Aku belum pernah mempunyai perancangan masa depan dengan siapa-siapa walaupon aku pernah bersama beberapa insan secara bercinta-cinta. Sebab aku ada masalah dekat satu segmen hati aku. Iaitu sayang secara komited tetapi tiada keyakinan secara tegar. Sebab itu bila parents mahupun granparents menyebut tentang masa depan bilakah aku akan berkeluarga (since my family memang kawen muda semuanya), aku pon berasa lost. Aku berasa tiada siapa-siapa yang ingin aku kahwini. Bila ditanya adakah aku tak da pernah mempunyai pasangan? Jawapan dia pernah. Tapi tak pernah mempunyai impian jangka masa panjang. Sebab itu aku berasa sangat sukarlah menghadapinya.
Aku pernah bincang dengan sorang studiomate ni. Dia tanya, adakah aku confirm aku akan berkahwin dengan non-muslim? Aku jawap tak pasti. HAHA. Sebab aku tak confirm. Percaya tak selain dengan Chinese, aku pernah kejap dengan Serani? Gila la bukan aku neh? Sebab aku rasa, boleh bercinta dengan siapa-siapa saja. Tapi harus berkahwin dengan pilihan yang tepat. Err.. sebab itulah aku tidak suka mengaku diri sebagai taken atau pon tidak. Sebab hanya taken selepas sah menjadi isteri oranglah. HAHA. Bunyi macam tak berapa baik. Tapi cuba fikir. Bukankah betul tu? Tapi bercinta haruslah secara komited.
Tapi aku pernah sekali saja berfikirkan masa depan iaitu pada musim cinta yang lalu. Err… yang dulu-dulu. Gila punya dulu. Dah membasi pon kisah ni. Tapi tak kesampaianlah pulak. HAHA. Silapnya macam aku. Dia macam nak berjumpa family tapi aku semacam tak kasi dia berjumpa family. Sebab bukankah macam sangat serius pulak nak berjumpa family. HAHA. Sitkom betullah cerita hidup neh. Marilah ketawa secara berjemaah.
Kenapa cerita kahwen neh? Sebab semalam memang sibuk berchatting kahwen dengan rakan-rakan. Sebab masing-masing pon sudah bosan dengan life yang berpegang kepada polyline dan CAD drawing ini. HAHA. Selain itu, kami terdorang dengan perlakuan senior kami yang kahwen sudah majoritinya selepas grad. Aku tengok cousin aku, muda-mda dah ada anak. Bukankah best? Semacam mempunyai sebab yang kukuh untuk hidup secara harmoni. Dan semacam mempunyai sesuatu untuk dipelihara selain diri sendiri. Macam best lah bukan? Tak best kah? Kenapa tak best? Sebab macam malaslah bukan nak menguruskan sanitary baby? HAHA. Ishk. Buruk gila statement aku neh. HAHAHAHAHA.
Sudah. Nak bersosial sekejap di blog engkau semua. Sebab macam sombong pulak aku dah lama tak da bersosial di sana sini. Pasti engkau pon macam bencilah bukan. Kejap aku datang. Habislah hancur ranap komen engkau aku kerjakan dengan komen-komen bernas aku. HAHA.