Archive for May, 2008

Mutasi gen menghasilkan X-men!

Posted by chika under Uncategorized
selamat pagi berganti tengah hari semua.

lewat waktu ini, aku sering merasakan debaran-debaran tidak bersebab yang akhirnya membuatkan perjalanan darah dalam badan kurang lancar. Kondisi di sini masih baik seadanya. Cuma debaran tersebut… kenapakah?

Makin mendekati detik-detik terakhir di universitas tersebut, aku makin gemuruh di jiwa. Gemuruh jiwa … semangat membara.. dari puncak ingin ke angkasa. (Aik. Terkeluar soundtrack. Ahahaha) Aku macam sudah merancangan kehidupan di masa akan datang tapi perancangan tersebut seperti sangat bergelombang. Tapi aku belum mahu menceritakan apa-apa tentang perancangan tersebut kerna sebaiknya aku simpan dululah. Engkau semua pon bukannya nak tahu sangat pon. Engkau nak tengok blog ni ada update saja kan? AHAHA.

Jantung berdebar-debar. Apalah nasib kehidupan aku selepas ini. Akan memakan gaji di firma arkitek di kota metropolitankah? Akan meneruskan hidup di Singapura kah? Oww no no. Ada yang mahu menghantar aku ke Singapore tetapi aku berasa semacam jiwa aku terbelah dua secara sama rata. Iaitu umpama pinang dibelah dua. Ada sikit rasa nak. Ada sikit rasa taknak. Tapi macam taknak. AHAHA. Siapakah akan menajga aku kalau aku bermastautin di Singapura? Bukankah aku sangat tak da kebolehan untuk tinggal luar dari Kuala Lumpur? Tahukah bahawa aku sangat cintakan kota metropolitan yang tak berapa nak best ini? Tapi aku sangat sayang Kuala Lumpur. Tanah kelahiranku. Tanah jatuh bangunnya aku. Tanah tumpahnya darahku . (mula dah Chika temberang dan bercerita kencang padahal tak da apa pon) AHAHA.

Tak mahulah ke Singapura. Singapuralah ke sini. AHAHA. Orang tuaku ingin menghantar aku ke satu tempat yang asing. Tempat asing yang bagaimanakah? Tempat asal CJ7 kah? Tempat berlaku mutasi gen kah? Bukahlah wei! Tapi aku sendiri ni macam sangat tak da keyakinan untuk hidup secara musafir dan bersendirian tanpa supervision keluarga. Ehehehe. Ibubapa pon macam bolehkah meneruskan kehidupan yang seronok tanpa aku? Mesti tak boleh, bukan? Ngeee :D Engkau semua tak rasakah, lain macam betul conteng aku kali ni. Aku pon rasa lain macam.

Terimalah, entry yang lain macam ini!

Ahahaha. Bye bye!

blog-phobic

Posted by chika under Uncategorized

467

Posted by chika under Uncategorized
sepatutnya aku penat. tapi aku tak penat. sebab bukan aku drive. bukan aku memanjat rumah. bukan aku mengukur separuh nyawa. bukan aku membuat drawing secara ‘killing’. bukan aku memasak di dapur. bercucuk tanam mahupun mengait kelapa sawit apatah lagi.

Aku belum rajin nak menceritakan pasai KULAI. Sebab aku malas. Tapi apa yang hendak dikatakan, rumah Muar sangat comel berbanding rumah Bugis. Rumah pertama dulu dekat Pontian… macam monster punya besarnya! Sampai naik tumpas semangat dibuatnya. Tapi rumah kali ni sangat comel iaitu bersaiz kecil dan sangat senang diukur. Dan juga … tiada superninja membuat aksi. Tapi semacam seronok jugak kalau ada superninja yang suka mencurik kasut aweks dan membawa larik. Walaupon hati di dalam berasa panas, tapi sebenarnya berasa terhibur jugak.

Pagi ni sangat indah bila Farah sms. Dia kata aku boleh duduk sebilik dengan dia. O’ la la! Melompat ke langit lah! Maka, aku tak payah berjumpa rumet baru. Tak payah panjat tangga buruk tersebut. Sangat gembira. Lagipon aku tak berapa ada mood nak berkenalan dengan rumet baru. Sebab aku memang tak suka rumet. Nanti aku berasa macam aku dirantai. Iaitu tidak bebas melakukan aksi lucah di bilik sendiri. Aik? Kenapakah aku menulis perkataan lucah? Padahal aku tak da melakukan apa-apa yang lucah. Aik? Aik? Suka hati engkau lah nak meng-enterpretasi-kan ianya semacam apa. Yang penting, memang tak boleh berkelakuan lucah di bilik sendiri. Dan tak boleh tidur secara bebas. Macam bosan! Oh janganlah emosi Chika. Bukankah sudah beres. Nanti akan bersebilik dengan Farah. Jadi bolehlah terpekik sesuka hati dan menonton filem sehingga larut malam. Juga berswimming di atas simen. Apa neh?

Esok balik UKM menyiapkan measured drawing. Obsesi terhadap blog akan menurun. Atau boleh diistiharkan hilang. Sebab bila aku kembali ke sekolah nanti, aku pastilah sangat sibuk sebab aku nak grad. Sangat nak grad. Tak da lain dah dalam kepala neh. Lepas grad nanti, tahulah aku kerjakan kehidupan ini. AHAHA.

467 bukan nombor loteri lah!
Nombor bilangan entry. Aku pon tak sedar.
Tiba-tiba dah 467.
Banyak jugak entry aku.
Macam sangat bosankah hidup aku neh sampai macam tak da kerjaan lain.
Sangat lapangkah hidup aku neh?
Sampai boleh membuat entry sebanyak 467.
467?
erk? sikit!
Nanti aku buat sampai 4670 baru tahu!
Waktu tu memang sah-sah aku dah tak tahu nak hidup.

AHAHA

Home!

Posted by chika under Uncategorized
Ini bukan entry auto publish.
ini live dari Cheras :p

aaaaaaaaaaaku.
baru sampai dari JB.
sangat penat tapi tak berapa penat.
uik? macam manakah?
:p

bagaimanakah auto publish entries aku?
ahahaha.
pandai bukan aku ni?
aku membuat entry ngam ngam untuk empat hari.
tahukah kenapa?
bukan sebab nak hiburkan engkau semualah!
sebab malam sebelum ke Johor aku diserang insomnia.
jadi sangat sukarlah nak tidur.
aku pon meng-eksperimentasi-kan kegunaan auto publish entry tersebut.
jadi boleh dikata semacam mencuba-try-test.
ahahaha.
sekaligus semacam aku bagus ja dan sangat komited.
padahal bukanlah tepat sangat.
aku taklah berapa komited membuat entry sampai gila macam tu.
dan aku semacam sumpahlah tak nak buat lagi.
sebab aku pon dah puas hati dapat meng-eksperimentasi-kan kegunaan auto publish tersebut.
terima kasih blogger.com sebab setiap pagi jam 8.30 dengan taatnya meng-publish entry aku.
AHAHAH.
Macam kuli bukan blogger.com neh?
ahahaha.

Tapi err..
macam bagus bukan?
macam aku ada je setiap hari.
padahal aku sangat sibuk sampai nak pengsan duduk di sana.
di kampung sana.
sangat sibuk.

lama tak jumpa streamyx la.
malam ni aku berjalan ke blog-blog engkaulah.
kalau aku macam ada mood lah.
tapi aku nak pergi tengok cookie monster dululah.
sebab macam ..
err…
macam rindu pada blog indie tersebut.
aik?
ahahahahahahahha.

juga blog-blog lain yang telah di-rss-feed-kan.
iaitu yang favorite lah
:p

p/s : tahukah? aku online ja terus masuk blogger.com. Dan mencipta entry ini. Gila bukan? :p

handbag

Posted by chika under Uncategorized
This entry is auto published
Thank you blogger.com



Tiba-tiba aku teringat Kak Chii tag aku. Banyak orang sudah tag aku tapi aku tak layan. Sebab aku selalu terlupa. Dan kadang-kadang aku tak berapa nak layan tag. Sebab aku ada banyak sangat cerita nak diconteng maka perbuatan membuat tag hanya dilayan ketika aku buntu. Macam sekaranglah. Marathon entry la katakan. Sampai aku tak tahu sudah apa nak diceritakan. Bayangkan satu malam saja, aku memaksa diri aku menghasilkan BEBERAPA entry. Stok sepanjang ketiadaan aku. Kalau engkau tak sibuk tapi blog engkau berhabuk, aku tak tahu nak cakap apa. AHAHAHA. Aku yang sibuk pon boleh sawan lagi memblog neh. Punya committed la kan.Macam bagus la katakan :p
Tag tersebut semacam busy body la. Iaitu semacam sangat nak tahu apa yang ada dalam handbag wanita. Aku semacam malu nak tunjukkan apa yang aku bawak ke hulu ke hilir sebab sangat banyak dan menampakkan sikap-sikap fussy aku. Macam terblushing-blushing la pulak. AHAHA.


Ini hasil punggahan handbag semasa aku berkelah tempoh hari. Sekarang engkau semua pon akan tahulah kenapa aku suka pakai bag oversized. Padahal sangat tak ngam dengan saiz aku. Ngee :D


Ini dikira okeylah. Kalau aku pergi studio lagi dahsyat barang yang aku bawak. Speaker Mickey Mouse lagi. Pelbagai cable sampai penuh berselirat tali-tali dalam handbag. Tak termasuk pulak perkakas lain keperluan harian. Dengan measuring tape, scale rule dan cutter semua ada dalam handbag.Sangat tak ayu okey isi dalam handbag aku. Ni dikira okey. Dikira sangat logik dan masuk akal.


Aku suka buat compartment supaya senang nak cari barang. Sebab tahu-tahu je lah barang aku sangat bercampur aduk.


Fungsinya aksesori ini adalah sebagai penyelamat. Biasanya kalau ke studio memang aku akan bawak few. Macam tu jugak kalau berjalan jauh ke mana-mana. Sebab manalah tahu tiba-tiba ada event yang memerlukan aku jangan berselekeh sangat. Aku pon pakai je benda-benda ni. Simple tapi works!


Yang ini macam biasalah. Macam semua orang. Cellphones and digicam. Tapi digicam lagi penting dari cellphone.


Disebabkan aku sensitif bau, perfume mesti wajib bawak. Kalau tak bawak, memang rasa sengsaralah. Sebab aku kan suka nak muntah. AHAHA. Currently aku rajin bawak Guess ni dengan Rexona Deodorant.

What’s inside?

Lotion lotion lotion. Kalaulah aku tertinggal lotion, aku sanggop pergi beli. Mr Lim sangat sudah faham. Jadi dia pon rajin tanya samada aku bawak ka tak lotion dengan perfume. Sebab dia tak sanggop tengok aku asyik beli lotion. Sebenarnya aku jarang bawak Nivea ni sebab aku die hard fan kepada J&J. AHAHA. Oh. This LeSportSac bag mesti dibawa. PALING WAJIB. Sebab isi-isi dia merupakan emergency saviour. AHAHA. Tahu tak aku sangat suka compact powder J&J. Walaupon nampak sangat budak-budak. Tapi bedak dia best wo. Ringan dan kalau hilang atau tercicir pon aku tak da hal punya. AHAH.

Kad matriks adalah nyawa untuk hidup bahagia dalam kampus. Hair clip tu Mr Lim bagi dia beli kat Bandung. Aku suka bawak berjalan hair clip ni sebab kalau berjalan jauh (macam balik kampong), aku suka bukak tudung dalam kereta. Jadi akan bergunalah benda alah ni. Panadol mesti kena ada. Maklumlah aku kan sangat mudah jatuh sakit :p And pendrive. Kalau hilang boleh gila dibuatnya. Sangat sayang pendrive ni walaupon dah burok secara sangat burok.

Tapi sebenarnya. Isi kandungan handbag aku sangat bergantung kepada aktiviti apa aku nak buat. Kepada kawan-kawan seperti Astri yang selalu ejek aku … kenapakah suka membawa bag besar tapi badan kecik… ha. Engkau tengoklah barang aku! WAAHAHAH!

The Old School Stories

Posted by chika under Uncategorized
Chika ; the smallest one.
Aku ada satu buku. Nama buku tersebut F.R.I.E.N.D.S. Warna hijau, dan lusuh. Sudah lusuh. Sebab dah berusia. Iaitu 5 tahun. Macam-macam tangan dah gunapakai. Kira macam dah ternodalah. Err. Bukan virgin. AHAHA. Buku tersebut bukan virgin!


Fungsi buku :
Membenarkan kawan-kawan menulis pendapat intelek mereka tentang aku secara sawan. Iaitu mereka dibenarkan menulis secara bebas untuk menggambarkan ‘aku’ ke dalam bentuk tulisan yang dihasut oleh nafsu dan jeritan hati. Iaitu macam meluahkan apa yang mereka rasa pasal akulah. Apalagi, mereka pon tulis macam-macamlah. Ini berlaku pada sekitar zaman SPM dan Matrikulasi.

Dah lama aku tak bukak buku tersebut dan baca. Sebab aku terlupa yang aku ada buku tersebut. Tapi sejak minggu lepas, aku membaca buku tersebut secara religious nya setiap malam sebelum tidur dan juga semasa lapang. Sampai naik hafal. Wah. Seronok membaca pandangan orang tentang kita. Tapi aku sikit tak terjejas dengan pandangan tersebut sebab akulah yang paling mengenal diri aku. Jadi tak da elemen surprise di situ. Sebab semua orang pon menulis perkara yang lebih kurang sama. Kecuali pada muka surat terakhir. Sangat mengujakan.

Aku pon tanya kenapakah semua isi semacam sama. Adakah mereka melakukan plagiat? Mereka kata bukan sebab aktiviti plagiarism. Tapi sebab satu dunia pon nampak itu saja pada aku. Masa aku sekolah dulu lah. Sekarang dah banyak perangai burok aku tak da buat. Ada banyak pulak perangai buruk yang lain terbina seiring dengan usia. AHAHA. Manusia kan merupakan satu organisma. Pastilah berkembang dan berinteraksi dengan organisma yang lain. Maka, membentuk jatidiri yang sering berubah. Ah, sudah! Jangan dibuat-buat aku tulis ayat motivasi neh. Nanti berdarah hidung semua orang. AHAHAH.

Masa sekolah dulu, aku pengawas bersaiz kecik. Sebab itu aku comel. AHAHA. Kecik, budak, dan fikiran yang tak berapa menentu. Melakukan kesemua perkara tanpa mengambil kira faktor risiko. Iaitu berani mati. Cepat kecik hati dan suka merajuk dengan cikgu. Aku neh sangat terkenal dekat sekolah tahu kah? Wah. Berlagak bukan? Err. Tahukah kenapa aku terkenal? Sebab aku neh perangai luarbiasa sikit.

  1. Cikgu tak boleh marah aku nanti aku pon berasa sedih dan kecik hati. Lalu aku pon akan termonyok-monyok dalam kelas. Langsunglah aku tak da tegur cikgu tersebut. Sampailah cikgu memanggil aku dan memujuk dengan memeluk aku. Sangat bongok bukan? Tak percaya tanya Aizar.

  2. Aku tak suka salin nota. Biar lantaklah ciktu tu menulis dekat blackboard sampai muntah darah pon aku tak da salin punya kecuali aku rasa bosan. Ataupon sebab aku ada pen baru yang macam best. Maka buku nota aku selalulah dihantar ke Ketua Bidang sebagai pelajar yang mempunyai reputasi buku yang buruk. Tapi sikit tak menjejaskan alam persekolahan aku yang indah tersebut.
  3. Aku tak suka Sains. Aku suka Art. Tapi aku ambik juga Science stream sebab kalau ambik Art dekat sekolah aku, nanti dituduh budak buduh. Nanti dituduh tak pandai. Padahal aku memang tak suka belajar sains. Bosan. Terlalu bergantung kepada fakta sampai otak tak free. Tapi aku gagahkan jugak jiwa yang kental ni belajar sains secara mati-matian. Sebab kalau fail, aku berasa macam nak mati. Err… macam kiasu bukan? Disebabkan tu jugak aku tak suka buat eksperimen. Sebab aku memang tak suka sains. Tapi aku sangat pandai Kimia. Sebab aku rasa Kimia lah paling menarik dalam dunia sains neh. Aku ponteng kelas Fizik selama dua jam sebab aku bosan dengan eksperimen bermain troli dan melihat riak air. Apakah punya bosan. Aku pasif ja dalam lab Bio sebab sangat jijiklah mereka bermain dengan tikus, mencucuk jari mengeluarkan darah dan sebagainya. Jijik bukan? Aku muntah tahu semasa lab membedah tikus. Sangat kotor! Sebab tu aku sumpah aku tak kan ambik medik. Tapi aku tetap study kesemua subjek sains ni secara skema nya
  4. Aku pemalas dalam kelas. Homework pon jarang buat.Tapi aku sangat skema sebenarnya sangat rajin buat revision dekat rumah dan fokus secara nerdnya dekat tuition. Kecuali maths dengan Add Maths sebab aku takut cikgu cubit secara halus. Sangat sakit. Rasa nak patahkan ja jari dia yang mencubit aku tu. Ada satu subjek ja aku memang suka fokus iaitu Sejarah. Pelik bukan? Kalau ditanya dalam dunia ni, mesti kurang dari 20% students yang mengaku suka sejarah. Tapi aku sangat suka. Akulah penghafal buku teks sejarah paling maju. AHAHA. Tanya ja apa semua aku sangat hafal (dululah. Sekarang tak berapa nak ingat) Biasanya, kalau nak exam sejarah, aku releks ja. Sebab aku memang dah hafal semua. Nota sejarah aku pon, bukan sikit punya fancy. Meriah. Sampai cikgu India yang garang macam Mak Singa tu pon suka kat nota aku. Sebab aku suka. Kalau aku tak suka, memang jangan harap aku buatlah.
  5. Kelas English adalah kelas paling heaven. Sebab Sir Manjit sangat sporting. Kami boleh pilih hari apa nak belajar dan tak nak belajar. Sebab dia kata kelas aku dah cukop pandai dah. AHAHAH.
  6. Aku pengawas. Aku pakai kasut sport warna merah pergi sekolah. Sampai ditegur oleh junior barulah aku tukar kasut. Sebab nanti dikatanya aku macam ibu ketam mengajar anak berjalan lurus. Lagipon aku AJK Teringgi lah kononkan. Tudung aku tak da apa-apa batch ataupon nametag. Sebab aku rasa semak ja! Aku tak da pakai batch apa bagai tu. Aku cuma pakai tag pengawas itupon kalau aku ingat.
  7. Kawan aku sikit ja. Iaitu kurang dari 10 orang. Sebab aku tak berapa suka berkawan. Bukan tak suka. Bukan. Tapi tak berapa tahu nak berkawan dan mereka pon macam tak nak berkawan dengan aku. Sebab muka aku macam tak nak berkawanlah. AHAHA. Padahal aku ni sangat baik dan comel tapi mereka ingat aku ni sangat jahat dan comel. Aik? AHAHA.Sebab tu kawan-kawan sekolah aku sangat kecik radiusnya. Balik-balik itu.

  8. Aku tak reti duduk diam dalam kelas. Sebab berasa macam sangat pasif. Macam budak yang tak berapa baik tumbesarannya. Jadi aku pon suka berjalan-jalan mengelilingi sekolah. Bila aku rasa bosan, aku masuk kelas balik.
  9. Ada few classes aku tak akan lalu sebab ada lelaki meroyan. Nanti buat malu aku ja. Meraka akan menjerit-jeritlah like monkey. “Haizum! Haizum!,” O-mai-god. Sedangkan bercinta di sekolah adalah HARAM. Bagi aku. AHAH. Macam sangat kesian ja kalau bercinta di sekolah. Bukankah sekolah tempat belajar dan bergembira menghayati dunia antara kanak-kanak dan remaja? Buat apalah boyfriend. Lagipon kalau ada boyfriend pon bukan boleh dibuat apa. Mer
    eka pon tak da kewangan yang baik. Tak da kereta. tak boleh berjalan. Paling best pon bergayut dekat telefon rumah. Wah. Bukankah tak best? jadi aku pon tak da bercinta disekolah tapi adalah ber-main-main.Lagipon sangat takot parents tahu nanti kena marah.

  10. Perkara paling best tentang sekolah ialah GLAMOUR. Ahaha. Punya seronoknya hidup menjadi insan glamer. Dicarik cikgu setiap masa dan ketika. Menguasai perhimpunan. Sekali lalu ja depan kelas-kelas, pasti nama diteriak-teriak. Wah. Bukankah best tu? Yang paling tak bestnya ialah bila aku terkonflik dengan ketua pengawas. Wahaha! Abes lah berlaku bencana alam. Oh, Jangan ingat. Jangan ingat.

Sebenarnya aku bukan pelajar cemerlang. Sebab dari segi disiplin, aku sangat tak da. Sebab aku pergi sekolah sebab nak belajar (tanpa menyalin nota), bermain, dan meng-glamer. Itu saja. Kalau dikata ke sekolah hendak membentuk jatidiri, memotivasikan diri mahupun menjadi pelajar yang berketrampilan… oh sangat tak da! Aku tak da impian tersebut. AHAHAH.

Tak percaya? Hmm. Berbalik pasal buku F.R.I.E.N.D.S tadi. Ini antara apa yang ditulis oleh kawan-kawan dan aku rasa nak ketawa terpengsan-pengsan. Sebab perangai aku dah banyak berubah. (at certain things la). Mulakan dengan apa kata Marlia, bestfriend tahap maksima aku semasa sekolah dulu.

Dia ni cute. Memang betul kalau orang kata dia sombong.Seorang yang berani secara extreme. Buat apa pon tak pikir risiko.Funny. Jenis berterus terang dan seorang anak yang patuh kepada ibubapa. Perangai buruk dia. Dia ni boros. Pemalas salin otak dan moody. Dia paling terror bercerita benda yang mengarut - Marlia

First aku kenal ko, first impression aku ialah… Kau ni sombong. Dah la sombong, garang pulak tu. Abesla memang aku kutok ko. Bila dah kenal, ko ni sebenarnya seorang yang nakal, ceria dan pandai. Ko nih muka je pemalas tapi tetap score je exam. Pelik aku – Astri Fadhilah

Aku ada ketidakfahaman dengan perwatakan dia ni. Semua yang aku pikir adalah SALAH! Dia bukannya belajar sangat pon. Tapi apsal dia punya markah mesti lebih tinggi daripada aku? Heran aku ni. Tapi aku respect sebab dia mampu bawak semua pelajaran dengan baik. Lagi satu, dia ni memang ada talent dalam seni. Paling aku respect ialah cara dia berkawan dengan Marlia. – Hasif Hanis Hashim

Dia ni masa sekolah rendah dulu, gila suka kat Ziana Zain.Dialah yang menyatukan Azida dengan Khalif. Disebabkan mulut dia yang bagitahu dekat Khalif. Tapi kitorang pernah bergadoh sampai tak bertegur sapa selama 1 bulan 14 hari. Dia ni memang ”pendesign” nama orang. Dia suka buat benda pelik-pelik yang orang lain tak terlintas nak buat. Lepas tu dia dapat hobi baru. Suka bawak mainan pergi sekolah. Bijik matalah, ularlah, bolalah. Semua mainan diangkutnya. Dan jugak dia ni tokey tisu – Nurul Nadia

Dia ni muka macam kanibal. Aku kagum dengan dia ni sebab dia pandai mengarang. Memang darah seni. Mengarang, berpantun, bersajak tu semua talent dia. Tapi engkau ni kurang bersosial dengan orang yang tak rapat dengan kau. Engkau ni kanibal sumbang kot? - Sharifah.

Aku kenal dia ni dari sekolah rendah agama tapi dia tak kenal aku kot. Dia rapat dengan Marlia je. Dia ni sekali pandang nampak sombong sebab muka dia yang terlampau cute tu. Kalau bab bercerita, dialah nombor satu. Kalau bab belajar, tak payah cerita. Aku respect sebab dia boleh buat macam-macam. Dia minat seni. Pasal keburukan pulak. Dia ni kalau merajuk ke, bad mood ke … mulalah tak nak tegur sapa-sapa pon. Lepastu dia pon menarik muka yang cute menjadi masam - Siti Nur Hidaya

Kita tak rasa dia ni sombong. Kita rasa dia okay je. Tapi tak tahulah dia rapat sebenarnya dengan siapa dalam kelas ni. Sebab budak boys yang lagi suka contact dia. Dia ni ramai gile peminat sampai tak terlayan kat matriks ni. Sampai lelaki yang tak tersang-sangka pon minat kat dia. Tapi dia ada syok kat sorang ustaz kat kmj ni. (aik? ada ke aku minat kat ustaz???) Rasanya ada sorang cikgu Kimia baru ni sangat sayang kat dia. Sebab dia selalu datang kelas lambat sampai cikgu pon asyikmcarik je dia. – Abidah (kawan matriks)

Dia ni jahat. Memakak dalam kelas bersama-sama sebab macam mikrofon bergabung dengan speaker. Rambut dia panjang. Dia ni memanglah bukan peminat sukan. Tapi yang terkejutnya bila dia tubuhkan pasukan netball. Terror tak??? Dia ni moody. Ada angin. Tapi dia memang still jahat (aik? banyak kali ko cakap aku jahat eh) Kekadang suka membeli barang yang entah apa-apa.. Kuat membebel, jiwang, suka gelak dan kuat bercerita dan advance bab ______ (apa neh?) Lagi satu, dia suka paksa orang. – Nurul Aizar

Mula-mula tengok dia, memang serasi dengan word sombong. Tapi dia merupakan seorang daripada 3 orang yang ingin kukenali. Dia suka membangkang kata-kata orang lain. Fanatik dengan sesuatu perkara. Dia ni jenis berani dan bersedia bersuara. Dia jugak seorang yang sempurna fizikalnya dan anatara perempuan cantik yang pernah kujumpa (aik? lain macam ja neh). Tapi kecantikan hanya ternilai dengan keikhlasan hati – Nurhidayah

Pada mulanya aku tengok dia ni sombong. Kawan dengan geng-geng dia je. Rapat dengan Marlia. Orangnya pandai dalam semua segi. Tak kira sains atau seni. The bad thing is, dia tak suka bergaul sangat dengan orang lain. Kalau member dia tu, tuuu je la, tak de lain dah. Aku harap, kau bagilah sikit senyuman kepada orang yang senyum ngan ko. – Shanur

Kita antara orang yang rasa awak ni memang sombong. Jarang bergaul dengan orang lain. Selain kepandaian, dia sebenarnya sangat tegas dan matang. Dia ni memang ekselen, bercitarasa tinggi dan sedap mata memandang. Keras hati. Kemahuan dia sukar ditolak. Sikap dia yang kanak-kanak tu buat orang terhibur. Jangan tak tahu, dia ni pelawak tau. Dan manja.Apa pon character awak, semuanya senang di hati kita. – Arfah

First time aku nampak dia ni, wah lawa rambot dia! Macam Avril Lavigne (erk?? Adoilahhh. Ada ka Avril Lavigne? AHAHA) Cool je dia ni. Dia lawa. Tak rugi aku kenal ko ni sebab ko ni baik – Lina (kawan matriks)

Bila jumpa dia buat pertama kali… memang nampak sombong. Muka garang gila. Muka punyalah rock tapi suka lagu nasyid. Jangan gelak! Dia ni kalau ada tak suka orang, memang abisla dikutuknya penuh semangat. Macam satu kuliah nak dikasi tahunya. Dia ni belajar main-main gak. Pandai tapi saja tak nak tunjuk pandai. Dia ni cakap main lepas je – Nur Aqilah

Aku begitu mahsyuk bila tengok rambot dia yang panjang mengurai macam model syampoo. Best jugak budak ni bila dah kenal
. Ingatkan sombong. Petah bercakap. Bagi aku, dia ok je – Nurul Hikmah

Sebelum kenal kita rasa dia ni sombong sikit. Dia tak pernah nak tegur kita pon. Tapi bila mula dah cakap ngan dia, dia ni sebenarnya baik dan peramah jugak. Paling suka tengok dia senyum. Sebab dia cute. Tapi kalau dia dah buat muka, memang takut nak tegur. Dia suka warna hijau – Zaitul

Mula-mula aku tengok ko, dorang kata ko sombong tapi aku rasa kau tak sombong sebab kau cun. Budak cun confirm baik (eh. Ada pulak eh macam ni? hiks) Bila aku perhati lama-lama, nampak pulak ko ni garang sebab tak penah nak senyum. Pasni senyum lebih sikit eh. Lepas dah kenal, aku rasa ko ni tak de la macam yang dorang cakap. Kau ni ok je.Aku nak tengok kau pakai wedding dress – Hafizatul Alia.

Mula-mula je masuk room ni, kita tengok muka dia macam kena sambal. Budak ni macam tak suka kawan dengan orang je. Tak penah nak senyum. Bila dah kenal barulah tahu hati budi dia. Tapi dia monyok dan moody kadang-kadang. Dia baik. Suka kasi benda kat aku. Contoh : Se… ops! (ahahaha! Aku kasi dia sepender percaya tak? brand new la hoi!) Suka makan dia ni. Roti dengan coklat. Suka mandi malam-malam lepastu pujuklah aku suruh teman.Kalau pergi kafe dengan kita dia mesti minum air coke sebab kalau dengan Trex, dia tak boleh minum Trex tak kasi. – Nurul Ain (room mate matriks)

Dulu tak berapa rapat dengan dia ni sebab dia suka bergaul dengan kawan-kawan dia je kat belakang. Dah form 4 ni barulah aku tahu yang dia ni suka tido. Pantang ada masa terluang je, dia tido. Masa tak terluang pon dia tido. Lagi satu perangai dia yang aku tak pernah tahu… dia ni kuat gelak rupanya! Dulu aku ingat ada berlian dalam mulut dia. Susah sangat nak bukak mulut. Benda yang buat aku musykil, dia ni suka tido dalam kelas dan selalu tak buat homework. Tapi dia ni pandai tahap brutal punya. Tahun ni form 5 dia duduk belakang aku baru aku tahu perangai sebenar dia. Dia suka buat lawak. Yang paling aku tak gemar pasal Cik Nurul ni ialah dia suka buat demonstrasi haram. Kuat protes. Korang tau apa yang aku suka sangat pasal Cik Nurul ni? Dia ni lah radio kat kelas ni. Semua lagu dia suka walaupon lagu tu tak best. Tahap kekejaman dia ni, dia suka sangat bagi nama gelaran kat orang lain. Dia ejek Hasif MakYong. Dia ejek Edwin Parkinson. Dan yang terbaru dia ejek aku Busuk. Rasa nak bunuh je dia ni. Tapi aku tetap suka kawan ngan dia ni – Nurul Ain (klasmet meja depan)

Dorang kata ko sombong dan garang. Tapi mula-mula aku tengok ko, aku no komen. Tapi ko ni memang cun ar. Kenal ko pon sebab ko rumet Trex. Tu pon sebab aku pinjam kaset nasyid kau. Tak sangka beb ko layan nasyid! Kita jadi rapat sebab sama-sama jaga ticket counter JPP. Boleh tahan ar best member ngan ko ni! Aku suka kutok ko basuh baju lambat! Hehehe. Kawen jangan lupa jempot aku. Aku nak tengok mamat ensem mana yang bertuah berbinikan ko ni. Ehehe – Azralina. (klawan matriks)

Nurul kuat tido.Macam aku tapi dia lagi dahsyat. Kuat makan. Suka kacau aku. Kalau bercerita memang tak leh berhenti. Bercerita macam berpidato sangat lantangnya. Suka gila cakap pasal komputer. Mula-mula masuk bilik ni aku tengok muka ko macam sombong tapi lepas tu ok je. Kawen tak jemput siap ko! – Wani @ Minnysh (room mate matriks)

Nama dia ni taklah asing bagi saya. Saya kenal nama dia sejak form 1 bila dia dengan beraninya mendeklamasikan sajak di depan perhimpunan. Peh. Dasat budak ni. Awak pernah sekali datang carik saya dekat kelas untuk bercakap pasal peraduan melukis. Rasa beruntung sebab pelajar popular datang carik saya. Masa bercakap dengan awk buat pertama kalinya, saya rasa awak tak sesombong yang disangkakan. Yang saya tahhu, awak antara pelajar top 3. Sekarang kita sekelas. Saya nak tahu lebih mendalam pasal sikap awak dan kemampuan awak. Sayangnya tanggapan saya meleset sama sekali. Saya tak tahu samada nak berkata yang awak ni sombong, atau memilih kawan atau saya bagi awak adalah lawan awak? Tah la… Tapi saya rasakan, kita berdua ni tak lah berkawan sangat kan?? – (aku tak ingat nama dia. Dia pon tak tulis nama dia dalam buku aku neh). Something like Akma ke nama dia???

Itu saja yang dapat dituliskan. Selebihnya rahsia aku ma. Ada lagi satu buku tapi aku malas nak taip dah. AHAHA. Majoriti pendapat seakan sama bukan? Sombong dan garang. Padahal aku sangat tak sombong.

Tapi sila baca komen terakhir. Dia macam bermalash dengan aku kan? Aku pon tak perasan yang dia nak ajak aku lawan. Sebab sikit pon aku tak da pandang kat dia sebab dia memanglah bukan kawan aku sangat. AHAHA. Tapi kawan-kawan aku kata dia sebenarnya nak fight dengan aku. Sedangkan aku sangat tak da masa nak fight dengan dia masa tu. Tapi sebenarnya aku sangat kagum dengan dia. Sangat bersemangat. Dia mulanya budak kelas bawahan. Yang aku langsung tak kenal. Tiba-tiba melonjak naik after PMR. Masuk science 2. Masa form 5 prestasi dia naik lagi dan masuk Science 1 dan sekelas dengan aku.Tak sangka rupanya dia aim aku sejak form 1. Aku pon tak sure sangat. Tapi menurut perbincangan aku dan kawan-kawan, dia macam aim aku sebagai target. Dia macam target nak bersaing dengan aku. Dan oh! Sangat proudlah aku sebab dia berjaya okeh! Banyak kali sepanjang form 5 tu dia kalahkan aku in term of studies la. Popularity dan talent lain dia tak da kalahkan aku. AHAHA. Tapi sunggoh la aku respect kat dia walaupon aku tak pernah bagitahu dia. Dia memang sangat spiritual dan gila arght! Aku rasa dia memang best student. Sebab dia rajin study, salin nota dan ada azam. Aku tak da kerajinan. Aku cuma ada natural IQ yang baik. AHAHAH. Tapi aku macam sikit bengang dengan dia sebab tiba-tiba ja tulis secara kontroversi semacam nak mencarik gaduh pulak kan? Funny you.