Posted by chika under
Uncategorized Healthy life on Tuesday.
Aku dan rumet tersebut. Hari ini hari kesihatan. Di mana kami pon menabur janji secara berduet. Iaitu janji mengamalkan gaya hidup sihatlah. Kurangkan nasik, lebihkan meminum air suam dan banyakkan senam. Senam? Ahaha.
Tahukah? Sekarang sudah jam 2 pagi. Kami pon bercadang untuk tidur. Sebelum tidur kami pon melakukan sit-up dan melakukan senaman regangan. Woh. Perut aku macam nak terpecah lah. Sangat kuat force yang dikenakan terhadap perut. Tapi demi gaya hidup sihat, perut pecah pon pecahlah.
Tadi lunch, kami lunch secara beramai-ramai. Hari pertama semester la katakan. Macam sangat rindulah menghayati nasik café tersebut.Ehehe. Aku dan rumet itu makan nasik dalam amount yang sangat sikit. Padahal perut sangat lapar. Macam kesian bukan pada perut? Balik-balik dia yang kena. Kesianlah perut. Nanti usap dia secara lembutlah memujuk dia semula. Ih.Sangat kesian perut neh. Dibagi makan sikit. Dikenakan force lagi. Ishk.
Macam yang sudah dikatakan, Farah sibuk mencarik kipas. Dia pon balik PJ lah. Dapat sebijik kipas! Malam neh kami pon tak da sawan secara panas…panas..panas…panas badan ini (erk? Ni lagu bukan?) wakakaka. Sangat tipu ja Farah. Tiba-tiba tak nak swim. Aku pon pergi lah dan macam biasa, si dia tu mesti adalah berswimming sebab dia memang kaki swim lah. Errr… swimmer universitas. Wuuuwee.
Tengok. Sihat bukan kehidupan ini? Tapi … aiseyman! Lepas swimming, perut berasa lapar pulak. Pukol perut! Pukol! Aik? Perut lagik. Maka, teruslah menuju ke Village View on the way to Kajang. Aku memang suka VV sebab dia punya service cepat tak macam ….. ermm. Chika, jangan mention! Ok. Tahukah aku makan apa? Oopsie daisy! Termakan nasik lemak ayam. Erk? Termakan sudaaaa. Tapi sedap wo. Cannot tahan wo. Ayyark, bukan play play ni memang betul betul sedap dan termakan liao. What to do lah, bukan? Salah siapakah ? Salah perutlah.
Lepas bernasik lemak, pulang ke hostellah setelah rumet pon menghantar sms berbaur sindiran. AHAHA. Balik-balik ja, terus continue Samantha Who. Gila syok lah series ni. Aku pon rasa macam mahu mengidap amnesia supaya aku tak kenal semua orang, tapi semua orang kenal aku. Aku pon bolehlah membina hidup baru yang lebih sihat dan lebih baik. Oh. Amnesia? Hi, I am chika. I got amnesia. Blog? What is blog? I got blog? What blog? Sounds cool, bukan? Errr…? Maigod!Chika gila. Aku tak nak mengidap apa-apa penyakitlah.
Tamat Samantha Who. Kami pon berbual sambil aku bermain ColorLinez yang macam best itu. Tiba-tiba Farah kata dia lapar padahal aku sangat tak lapar. Tapi member punya pasal, marilah ke mapley! Omaigod. Ada football match pulak. Abeslah semua mamak’s d ipenuhi creature bernama lelaki maka sangat malulah muka-muka comel ni nak dibawak ke situ. Jadi kami pon ke Sarina Park Café. Kesian Farahlah tak dapat makan tosey. AHAHA. Err.Padan muka. AHAH.Aku makan buah-buahan saja. See. Memang supper yang bagus bukan? Tapi sangat dahsyat wo macam disaster lah di situ. Sambil kami makan, sambil dengar lelaki warga tempatan yang kesepian berkaraoke. Aww aww! Punyalah kami gelak sakan di situ. Wo. Cannot tahan. Macam-macam suara pon ada. Stress dalam jiwa dibuatnya. Belum lagik aku nyanyi. Err.. lagu TIGA BERUANG? Gom se mari ga han jib aesu. Uppa gom, umma gom aegi gom. AHAHAH. Mahu semua customers pon tercekik-cekik di situlah. Sebab pasti sangat comellah suara aku. AHAHAHA. Engkau tak percaya ka? Aku sangat berbakat menyanyikan lagu TIGA BERUANG :p Tapi belum gila hysteria lagik mahu berkaraoke di khlayak ramai.Perbuatan bodoh. Ahahaha.
Sekarang cakap. Sihat ka tak neh? AHAHAHAHA. Tak boleh blah. Buat sit-up sebelum tidur.AHAHHA. Nasib baik janji buat 10 ja.Kalau buat 20? Takkah cramp perut neh? AHAHA.
Panas!! Rasa nak ja aku buat perkara-perkara di luar tabii. Panas! Panas! Sapa sanggop kipaskan aku neh sampai aku pon sejuk secara beku? Aku bayarlah nanti.Walaupon miskin, tapi sanggop ja aku bayar neh. Er? Miskin. Miskin tak miskin, aku ada aim sesuatu neh. Mampu tak mampu, aku pedulik apa.Mesti dapatkan by tomorrow.
Nak tido. Esok kelas structure! Er! Kelas Prof Fauzi lah pulak.Kena berpakaian sangat bagus atau dihalaunya nanti. Bukankah prof Zuhairus kata aku selalu dressup macam nak pergi disko? Padahal sangat tak dap on! Bukan sikit punya sopan aku neh dia sanggop kata macam tu. Sangat tuakah beliau sampai hilang pertimbangan? Belum lagik dituduhnya aku pakai seluar Rambo lah. Ayyark. Outdated betul hangpa neh. Aku pakai macam disco betul2 kang, mahu mampus sorang-sorang secara berirama. AAHHA. Nak kah?
Healthy life on Wednesday?
Semalam. Kami terlupa sit-up semasa bangun tidur. Padahal mengikut perjanjian, haru bersenam ringan walaupon mata belum boleh nak tercelik. Err. Imagine. Sangat cute bersenam diwaktu pagi secara terpaksa iaitu bukan secara rela. AHAHAH. Cute! Cute! Semalam bangun pagi, ononnya ada class structure. Owh sounds fun (Like Adian said) … kelasstructure tak da! Kami pon melayan drama sekejap sampailah tiba-tiba kelaparan secara mendadak. Teruslah kami semua ke cafe mencarik nasik. NASIK. Aku sangat suka nasiklah. Suka secara mati-matian.
Kemudiannya balik hostel. Singgah office berjumpa para jelitawan tersebut. Ahak (memang jelita okey!) ahahahhaha. Aku try nak apply YellowSpot yang bullshit itu mengalahkan bullshit. Memang bullshitlah. Jelitawan memberitahu, service tersebut sudah rosak. Huh? Crap! Bukankah management korang sangat kaya? Tak mampu repair kah? Atau sangat bodohkah kepala otak tersebut tak reti buat maintenance kah? Wuteva, dumbo! Dengan hati yang sangat burok secara frust itu, aku pon balik ke room sambil histeria. Sangat cramp ja otak dibuatnya langsung kebosanan takda internet di dalam bilik yang err… like zoo itu.
Entah anasir mana yang cakap, kelas structure pukul 3 petang. Oh, sad.Aku dan rumet baru pon terus bertiduran secara berduet. AHAHAH. Tahukah aku ada satu tabiat yang aku discover since matriculation. Iaitu aku sangat berperangai burok bila ada rumet. Aku akan terjebak dan menjebak rumet tersebut. Atau dalam kata lain, akan saling mempengaruhi. Walaupon aku sudah tersedar, aku akan berusaha sambung tidur jugak kalau aku tengok rumet masih tidur. AHAHA. Perbuatan yang burok tapi sangat remaja. Bukankah dalam usia 22 tahun ini aku harus memaksimakan perbuatan keremajaan? AHAHAH.
Tiba-tiba rumet menghantar sms. Weh, rumet aku tu Farah lah. AHAHAH. Macam baru berkenalan pulak dah. Sms tu kata, kelas tak da. Apakah? Prof sanga
t hilang pertimbangan kah? AHAHHA. Rasa nak dancing lah dibuatnya. Terus bergolek-golek di atas katil. Tapi akhirnya aku mencelikkan jugak bijik mata. Elok ja aku celik bijik mata, ada satu suara puaka terus menyerbu ke telinga.
“Nurul, makan ice cream kesihatan jom!,” kata suara puaka tersebut.
Makkkkk! Aku pon terus hilang mengantuk. Apalagik, keluar tanduk di kepala dan gigi pon bertaring macam sangat devil. Bangun. Siap-siap dan terus ke Alamanda. Gila! Mana boleh makan Baskin Robbins. Sangat tak baik untuk kesihatan dan kewangan. AHAHAHA. Punyalah kami saling menasihati sesama seniri supaya makan makanan sihat sahaja. Tiba-tiba aku terfikir nak masuk Johnny’s. Okay good. Melalui janji-janji manis yang dipaparkan pada wall, dikatakan restorennya bagus untuk kesihatan tak mengandungi bahan pengawet. Wah. Apalagik! Makan!
Selepas itu menyambarlah ke Crispy Roll. DDibawa sampai ke Digital Mall, PJ. Gila. Carik wireless punya pasal. Macam shit ja semua package. Apakah? Pakai contract sampai dua tahon. Macam bagus ja. Kami pon sangat bengang. Buang masa ja turun PJ merempuh segala traffic jam bagai. Tapi bagus. Mendapat 5 keping DVD. AHAHAH. Sebabnya, Farah dapat sms mengatakan Puan Akmal tak da hari neh. Jadi tak payah la siapkan drawing. Boleh berpoya-poya diwaktu malam melayan DVD. Tahukah kami neh dah sangat rosak akhlak. Puas layan Samantha Who layan Gossip Girl.Kemudiannya layan DVD. Kata nak grad. Chika, kenapakah begini????! Sangat gembira bukan life aku neh padahal tak sepatutnya gembira. Sepatutnya sangat sibuk membuat thesis. Ah, gembira dululah! Nanti dah takda nikmat gembira lagik, percayalah! Aku akan hidup membuat thesis saja sampai muka aku pon macam thesis. Makan pon makan thesis. Minum pon minum air thesis. Huh, hambik kau!
Selamat membeli 5 DVD secara kongsi. Kami pon balik ke kampus. Tapi singgah membeli jambu yang superduper fresh sampai aku sangat gilalah rindu pada jambu tersebut. Punya sedaplah. Aik? Aku macam obsess makan kan? Tak sempat nak tunggu balik neh, terus makan jambu-jambu tersebut secara penuh gayanya. Oppssiee! Tersesat pulak dekat KL.
“Farah, dah maghrib neh. Jom singgah sembahyang kat Masjid Negara,” aku ajak. Aku kata yang aku tak pernah pon solat kat situ.Farah pon kata dia tak pernah. Kami pon macam sangat nak solat di situ. Tiba-tiba magik terjadi.
Aik???? Nak pergi Masjid Negara, tapi tiba-tiba termasuk Bukit Aman. AHAHAHAHAHA. Terus cancel. Punyalah sengal.Mak aku pon tahu. Mak aku kata kalau aku berdua dengan Farah, memang masing-masing akan buat hal yang tak sepatutnya. Belum pon seminggu menjadi rakan sebilik neh, otak kami dah saling bluetooth idea yang macam jin. Sangat jahat. Sangat suka berjalan dan sangat terlupa yang diri ini macam miskin. Aku miskin. Tapi pelik. Ada ja duit nak dibelanjakan. AHAHAHA. Kan dah dicakap. Magik.
Tahukah aku online dimana neh? Di seblah machine ATM lah secara solo. Haritu dengan Guan. Kalau ada Guan, tak lah bosan sangat sebab Guan tu walaupon sangat dirty pikiran dan percakapannya, dia tetap ja menghiburkan. Tak boleh blah. Dia adalah seorang chinese guy yang akan mengambil gambar sambil menaikkan jari F*** sambi tersenyum innocent. Macam stupid ja. Dirty gila perbuatan. AHAHA. Hari ni secara solo. Tapi rasa okeh jugak. Barulah senang hati nak conteng sakanblog neh.
Tapi Farah dah meroyan sms neh ajak pergi swim. Oh, tahu balik! AHAHAH. Dia ponteng kelas wo. Dia pergi KL dengan Ainul. Pergi library lah konon :( Aku pergi ja sendiri tadi kelas yang macam bosan tersebut. Walaupon Encik N si Separuh Sedar tu sangat annoying dan menyampahkan juga memuntahkan, tapi dia ajar structure sangat bagus wo. Sangat pandai ja ajar calculation. Tapi prof neh sanagt slow lah aku pon rasa terlena mendengar suara prof yang sangat romantis tersebut. Macam style encik nik mengajarlah. Kuliah Encik Nik lagilah romatink. Dengan muka beliau yang comel. Ditambah pulak suaranya yang perlahan itu. Woh. Tidur. AHAHAHA. Aku suka kelas siapa eh? Aku suka kelas Khidmat Masyarakat! AHAHA. Lecturer tua tu memang rock! Sangat kelakar sampai tak sanggop nak ponteng.
Aku nak pergi swim lah.
Malam nanti nak dinner makan fruit! Yehuuu. Err. Nak mushroom soup lah. Err.. nasik lemak ayam pon sedap. Makan cake? Banana split? Chika!!!!!!! Slap slap slap at my face.
“Nurul, kau ni kenapa weh?,” Ayie tiba-tiba ja buat muka bersama soklan supens tadi.
“Kenapakah?,” tanya aku sambil membagi ikan-ikan tersebut keropok yang sedang aku makan. Mereka pon menyambar macam ikan.
“Engkau dan bulat weh. Siyes bulat. Aku tengok memang… fuh! Sangat bulat neh. Slow sket woi!,” kata Ayie dan ikan-ikan lain pon gelak. Bongok. Aku terus masuk studiolah membawa badan yang bulat ini. Macam sedih ja rasa tapi bukankah sangat best ja makan-makan-makan!
Chika!!!!!!!! Hiduplah secara sihat!
Oh ya anyway… Over Her Dead Body was totally roxxxx!!!!!
Posted by chika under
Uncategorized tahukah?
hidup aku sangat seksa.
di dalam bilek besar tersebut.
bukankah begitu?
rumet baru tolong jawap!
wah.
tidurku sangat tak lena.
mandi sangat tak basah.
makan er… kenyang.
aku cakap serius la.
tidur tak lena, mandi tak basah.
kalau aku cerita di sini, pasti jadi entry paling emo.
sangat huduh.
sangat sedih dalam hati neh.
tak lama lagik,
aku bertukar!
jadik pomen kipas siling agaknya.
siaplah kipas tersebut aku kerjakan.
sampai dia tak menjadi kipaslagik.
tapi jadi loji!
tapi petang neh tiba-tiba mood aku sangat teruja.
swimming!
swimming!
rumet baru tersebut sibok mencarik kipas lah.
dia pon tak nak swim.
aku pergi!!!
semoga aku sejuk sampai pengsan di dalam pool sana.
ahahahhaha
Posted by chika under
Uncategorized Rumah akan sunyi secara sepi petang ni.
Mak Yang dah balik. Haikal hantar.
Tasha dengan Elika dah ikut Haikal.
Aku balik kampus petang ni.
Kesian ibuku.
Sendirianlah bersama Astro.
Astro, jagalah mak aku baik-baik.
Hiburkan beliau.
Jangan weng ketika hujan lebat okeh!
Nanti kami tendang decorder tersebut.
Faham kah?
Semalam malam. Tasha dengan Eli buat kad untuk aku. Sangat comel. Ada gambar aku pakai blouse dengan seorang lelaki. Atas kepala aku dan lelaki tersebut ada LOVE. Aku pon tanya. Siapakah lelaki tersebut. Mereka pon gelak.
“entahlah. Tasha pon tak tahu,”
Aik? Budak-budak kecik memang comel dan penuh dengan kasih sayang. Tahukah apa ditulisnya pada kad tersebu? BUAT KAK YONG YANG BAIK HATI. Gulp! Baik hatikah aku? Padahal aku bukan layan mereka pon. Aku warning lagi adalah. Aku warning Eli. Aku kata kat budak kecik tu… malam-malam jangan menangis carik mama. Nanti aku hantar dia duduk luar rumah sepanjang malam. Tidurlah atas buaian di luar sana.
Pagi tadi mak aku tanya Elika.
“Eli, kalau Eli nangis, kak yong kata apa?” tanya mak aku.
“Kalau nangis, duduk luar,” sangat percaya okeh dia terhadap warning tersebut. Bagus. Senang uruskan budak-budak kecik. AHAHHAHAHAH. Sebab tu malam tadi beratus-ratus kali dia bagi tahu aku yang dia tak akan nangis. Sebab dia takut aku hantar dia duduk luar rumah la. Kasihan.
Orang bercinta memang peliklah. Tengok dekat myspace. Pasangan bercinta memang pelik. Mereka menggunakan nama yang sama. Saling menghantar komen-komen rindu. Saling memanggil pasangan dengan nama-nama pelik seperti ; busuk, bee, masam, masin, manis, candy, cuka, garam dsb. Kelakar.
Aku tak pernah ada pengalaman bercinta style macam tu lah. Aku pon sangat tak nak try membuat teknik tersebut. Kalau pasangan berani memanggil aku ‘busuk’ yang kononnya romantis itu, aku tendang dia. Punya wangi bau aku. AHAHAH. Geli pulak aku. Err. Mereka pelik. Tolonglah jangan bercinta secara pelik. Bercintalah secara rock and roll. Tak payah satu dunia tahulah! Eiihh! AHAHAH. Releks saja lah. Tak payah hantar testimonial cinta lah. Buat orang lain gelilah. Bukan geli. Kelakar. Bercintalah secara rock and roll. Kasar tapi manis. Aik? AHAHAH. Jangan dipanggil sayang, ayang, cinta, buah hati mahupun apa-apalah yang macam sangat klasik itu. Panggil nama sudah! AHAHA. Erk? Tapi aku pedulik apa. Punya lantak kau lah. Tapi orang bercinta memang pelik :p
ambik kau. Chika bila cinta. AHAHA. Sangat kasarlah falsafah cinta aku neh bukan? Jangan tanya aku lagi pandangan cinta okeh. Sebab sangat sadis. Rock and roll!
Posted by chika under
Uncategorized
Kata Aizar,
“Kalau kita jalan macam ni setiap hari, memang banyak kalori dibuang”
Kata aku,
“Bukan saja kalori, wang pon dibuang sama”
9.00 pagi :
Alarm berbunyi secara kepoh. Hentak handphone tersebut. Snooze 30 minit.
9.30 pagi :
Alarm memekik lagi. Bunyi secara meriah macam pesta bunga api. Punya kepoh la alarm neh. Aku sangat benci bunyi alarm. Iaitu bunyi-bunyian paling mengecewakan. Aku try nak snooze lagi tapi tak jadi. Sebab janji dengan Aizar pukul 10 pagi.
9.35 pagi :
Breakfast laju-laju.
9.50 pagi :
Tengok cartoon. Kejap. Gila lah. Cartoon sangat gila. Buat kepala otak aku gila. Buat aku ketawa berdekah-dekah. Sangat seronok tahu menyambut weekend bersama cartoon. Err. Tengok dengan Haikal. Sambil tarik rambot dia. Benci rambot dia!
10.00 pagi :
Mandi laju-laju.Aik? Janji pukol 10, mandi pukol 10? Janji Chika. Memang ada ralat sikit. AHAHAH. Ingat. Janji Chika.
10.30pagi:
Cartoon lagi sikit. Gila! Kalau tengok cartoon, sangat usah stop. Apakah ada dadah ka dalam cartoon? Sangat addict neh.
10.45 pagi :
Jeritan tarzan. Suruh Haikal alih kereta-kereta. Sangat semak! Panggil dia sebanyak 88 kali. Pekakkah badak?
11.15 pagi :
Fetch Aizar di rumahnya. AHAHAH. Janji 10 pagi. Tapi secara magiknya menjadi 11.15 pagi. Janji Chika lah nama dia. Tapi Aizar sangat faham wo. Bila aku kata 10, dia set dalam kepala dia pukul 11. Pandai bukan dia? AHAHA. Aku sangat tak sayang waktu kah? AAHAHA.
Nak naik train ka nak drive ha?
Sukahati kau la.
Aku drive la. Aku sangat malas la naik train nanti bersesak. (sebenarnya dalam hati aku nak cakap.. aku tak tahan bau peluh manusia di dalam aircond la pada waktu petang. LRT sangat sesak. Nanti muntahlah bau peluh. Jijik. Lagi tak guna kalau tak dapat seat. Jangan kata aku yang sangat remaja dan sihat ni, ibu mengandung pon tak dibaginya seat. Bukankah sangat kesian. )
Dalam kereta, berceritalah macam tak hingat dunia lagi. Dunia pon tak hingat kami lagi. Bercerita secara hyper sampai aku rasa nak tercabut nyawa dibuatnya. AHAHA. Lama okey tak da berpeleseran begini. Punya rindulah. Dan berceritalah hati ke hati. Aik. Touching. AHAHA. Saling membuka rahsia di dada. Cerita gadislah. Sangat gadis.
Selepas itu membuat aksi thrill cubaan mem-parking kenderaan di bawah ramp. Woh. Thrill. Tapi disebabkan aku neh memang sangat magik, maka berjayalah secara thrill jugak. Bukan susah pon membuat perkara thrill. Sangat senang. Perkara asas adalah mencarik pasal dan mencari masalah. Selepas itu, berhempas pulaslah menyelesaikan masalah tersebut. Pasti thrill punya! Tak percaya, pergi try!
Dari pagi sampai jam 4 petang :
Meroyan shopping macam dunia aku yang punya! Tahukah aku ada satu sikap sangat buruk. Kawan-kawan katalah buruk. Aku rasa tak buruk pon sikap tersebut. Sikap itu sangat cool dan hanya dibuat oleh orang yang berani mati secara daring. Aku tak pernah menyesal berbelanja. Dan aku memang suka belanjakan duit padahal aku memang tak da duit. Tapi bila ada, aku belanja kasi abes. Sangat tak nak simpan. Sebab tu kalau memang duit mahu saving, parents pon terus maskkan dalam bank. Kalau dikasi ke tangan aku, memang selamat jalanlah kepada duit tersebut. AHAHAHHA. Sampai nak balik tu, aku tak mampu bayar parking iaitu sebanyak RM10.50. Terus muflis. Sebab shopping secara syurgawi dan berani mati. Balik-balik ja tinggal RM6. Gila! Daripada few hundreds tinggal RM6. Mak aku pon terpegun dibuatnya tadi. Memang hebat bukan aku neh? Anak yang sangat hebat dan magik pulak tu. Sampaikan tak mampu bayar parking! Engkau bayangkan! Aizar yang bayarlah. Kalau tak, cuba imagine lah! Habis aku tak dikasinya keluar dari parking area tersebut. Silapsilap aku harus menggadai sesuatu. Atau dengan aku-aku kena juallah demi parking berharga RM10.50 tu. AHAHAHA. Oh. Selain tak mampu bayar parking, aku jugak dah tak ada wang untuk hiburan hari esok. Kenalah menasih simpati lagi dari dana ibubapa. Macam hina betullah aku. RM6 je dalam purse aku! Lepas tu bayar RM5 dekat Aizar, tinggalkan RM1.
Adek mintak RM10 tadi dia nak pergi kedai. Biasanya aku bagi. Tapi tadi aku tak bagi. Sebab aku tak da duit. Adek aku tengok aku secara muka yang sangat pelik. Dia mesti tak percaya aku tak da duit. Mesti dia ingat aku kedekut. Aku pon campak purse pada dia suruh tengok sendiri. Tahukah apa reaksi dia? Dia gelaklah macam hantu melihat duit RM1 yang bergulung gulung dalam purse yang gemok tersebot. Sangat banyak resit. Bersama RM1. Miskin. Aku miskin sudah. Semalam aku kaya tahu. Hari ni kau miskin. Esok apakah nasib?
Aku beli 10 pasang baju. Bersama sepasang heels.
Few days ago beli 3 pasang baju bersama sepasang heels.
patotlah hari ni mendadak miskin.
shopping macam terlupa bawak otak. atau pon otak semacam terlupa ikot aku shopping. oh. atau otak semacam crash. system error. langsong keluar error 404. apa kah ni?err… ih! Buat pertama kali aku rasa macam menyesallah. sikit. Sikit ja. Tapi adalah percentage kesalan yang dirasai. Tak sepatutnya jatuh miskin secara bankrap la hari ni. Padahal hari esok bukankah hendak bergembira di waktu pagi bersama Farah pulak? Kenapakah neh? Ya Allah. Nasib baik mak aku sangat baikhati la tak kedekut dengan anak. Bolehla aku buat muka tak malu esok mintak duit macam secara muka seposen dua. Menyesallah aku. Tapi sikit ja. Sebab tengok wardrobe banyak baju baru rasa sangat terang ja dunia yang indah neh.
Tapi syok wo. Cannot tahan wo. Membeli belah secara suka, ambik dan bayar. Memang sangat gembira. AHAHAH. Padahal ada banyak gila kasut aku belum pakai lagi. Yang aku lupa nak pakai pon ada. Tapi hormon kewanitaan aku sangat sempurnalah. Sebab itulah jadi macam ni. Miskin pon miskinlah. Mana pernah aku miskin sampai tak makan ma. Apa nak takut. AHAHHA. Releks la chika releks. Hari esok siapa yang tahu.Esok pasti kaya balik okeh. Mesti kaya. Mesti kaya. AAHAHA A
ku sikit tak takotlah! Tak da. Tak da. Engkau semua pon macam aku kan? Kan? Kan? Cuma mungkin kau pakai duit kau sendiri hasil titik peluh sendiri aku pakai duit parents. Sebab tu aku rasa macam kesal. sikit. Aik? Aku dah pandai kesal. Macam bagus ja neh. ahahhah.
Petang.
Sampai ja rumah, makcikmakcik ku yang cantik-cantik ada di rumah. AHAHA. Sangat rindu. Kami pon berpelukan dan berciuman. Mak Teh. Sangat syanglah aku pada dia. Sebab dialah yang menjaga aku semasa kecik. Tidur bersama. Disuapnya makan. Dan yang mengjara aku menyanyi sambil menari tergedik-gedik. Dan Ucu (Mak Cu) aku. Beliau sangat cantik. Sangat pandai dancing. Dulu sangat seksi. Maka, dialah yang ajar aku berseksi dulu. Sangat suka bawak aku shopping dan belikan pakaian seksi. Aku pon sangat suka seksilah masa kecik dulu. Kalau disuruh pakai yang elok aku memang tak nak. Nak yang seksi jugak. Sebab cikgu seksi aku pon sangat seksilah. AHAHHA. Sampailah aku umur 12 tahun pon sangat seksi lagik. Sangat tak nak pakai tudung. Tapi secara tiba-tiba aku pon berubah menjadi sangat sedar akan keperluan memakai tudung dan menutup aurat. Wallauweh :p Mak Cu aku pon sudah pakai tudunglah. Dia jugak sedang pregnant anak ketiga. Tapi masih comel ja. Kalau keluar bersama, masih ada lelaki kesepian di luar sana yang mengorat beliau. Sampai husband beliau pon paksa dia berhenti kerja. AHAHAHA. Sekarang MAk Teh dengan Mak Cu aku sangat suka pow aku wo. Datang rumah ja, akan selongkar wardrobe dan memilih apa yang disukai. Tapi aku sangat tak kisah. Sebab dulu mereka jaga aku masa kecik. Mandikan aku, suapkan makan dan membawa aku berjalan-jalan. Sekarang aku pon akan membalas jasa tersebut. EEHHEHE :p Maka, demi membalas jasalah kononnya tadi… sepasanag heels aku pon selamat di-pow oleh aunty ku tersebut. Padahal aku sanagt sayang ja heels tu. Tapi sayang lagi kat makcik aku. Aku kasi ja lah. Mereka sangat kuat pow aku . AHHAHA. Sayang sayang sayang.
Malam:
Berchatting sepanjang malam. Mula-mula berchatting secara comellah dengan orang yang comel yang sangat menghilangkan bosan secara serta merta. Magik. Beliau magiklah. Sebab bila dia ada ja, aku tak bosan. Bila aku bosan ja, dia ada. AHAHA. Lepas itu, chatting yang comel pon berakhir. Aku kembalilah bosan. Sebab bila dia tak da ja aku bosan. Bila aku bosan ja dia pon tak da. Sangat bertindakbalas. Terus lah aku turun bawah layan AF.
Woh. Aku ingat Riz keluar. Nasib baik tak keluar. Tahukah aku sangat suka Toi la. Sebab dia macam sangat cool dan sangat honest. Tak da perasan bagus. Riz pulak aku suka hidung dialah. Sangat lawa hidung tersebut. Aku suka tengok hidung lelaki yang mancung. Nanti aku rasa nak pergi makan hidung tersebut. Nampak macam sedap ja hidung dia. Siapa hidung lawa, marilah ke sini kasi aku makan hidung tersebut. Ehehehe. Tapi ada telinga seksi tahukah? Macam mungkin lagi sedap dimakan. Aik? Nanti kena penyek sampai hancurlah aku. AHAAH.
Selepas tamat AF, iaitu dengan tersingkirnya Stanly… aku pon naik semula ke atas. Aizar sms ajak YM. Sebab aku hanya sign in kalau ada member mengajak saja. Sebab YM aku sangat banyak kuman wo. Nanti aku cuci kuman, abes semua dengan yang bukan kuman pon aku buang. AHAHAH. Maka, sambunglah bergosipan dengan Aizar sampailah sekarang ni masih lagi bergosipan. AHAHA. Sambil melayan youtube yang sangat kelakar dan ajaib. Lawak okey!
Aizar ni macam-macam ja dia. Dah la dia cerita dia mimpi aku sebanyak TIGA KALI. Bukankah dia sangat rindu aku tu? Sangat seronok bukan kalau dirindui. Aku memang sukalah kalau orang rindu aku. Rasa diri sangat mempunyai artinya kepada dunia. Aik? Lain macam ja pulak neh.
Esok:
Manakah farah ni? Oh. Mulai hari ni aku akan panggil dia rumet baru. AHAHA. Rumet baru di manakah dia? Jadikah esok pagi nak bergembira di sana? Aku macam tak boleh bangun pagi ja neh. Sebab macam tak tidur ja malam ni. Sibuk ni berchatting secara jiwa-jiwa dengan Aizar. Dah macam sawan dah kami ni berchatting. Ini qada’ chatting selama setahun tahukah? AHAHHAHA. Apakata kita tunda ja ke minggu depan.
Aku tak sabar nak pergi swimming la. Danau mesti keruh tanpa aku berswimming di dalamnya. AHAHHA. Yeay! Swimming! Dan akan sambong aktiviti belajar swim lah. Apa jadi pon setiap petang akan swim jugak. Dan err. Apa jadik pon, akan pergi flea market jugak. Apa jadipon, mesti shopping jugak. Walaupon miskin. AHAHAH. Apa jadik pon thesis kena jalan jugak! Thesis? Aaaaaaaaa. Matilah i!
Panjang bukan entry ni? Entry ini ditulis secara layan kepala. Iaitu ditulis secara redah. Aku sangat lalok ni. Kepala sangat layan ja. Aku tak lah mengantuk sangat tapi oksigen kurang ni dalam otak. Otak pon jadi lalok lah. Bila lalok, rasa sangat sedap ja tulis entry. Tulis tulis tulis secaa layan. Tiba-tiba…. magik! Aik. Dah sangat panjang rupanya. Sangat tak disangka. Itulah magik.
Ambiklah entry panjang ni. Esok aku balik kampus lah. Back to school! Nanti tak da update lagi. Sampai aku ada peluang. Dengan ini, obsesi aku terhenti di sini. Sedih ja rasalah. Aku tak tahu kenapalah tiba-tiba macam sedih je. Tahukah hati aku memang rasa sedih je secara berkala. Iaitu pada waktu tertentu akan berasa sangat sepi dan menangis di dalam hati. Tapi yang paling menguasai aku sekarang ialah JANTUNG. Betul ni aku serius. Dia berdegup secara luar biasa. Tak faham betullah aku. Kenapakah dengan jantung aku. Sangat berdebar-debar. Gila ar! Sebab tu aku kata sakit jantung. Sebab debaran dia punya kencangnya lain macam. Debaran bombastik. Kenapakah jantung? Kenapakah? Oh why oh why oh why.
tahu tak kawan makan kawan?
dia sangat bosan makan nasik.
dia makan kawan pulaklah.
padahal bukan sedap pon makan kawan.
nasik lagi sedap.
mengandungi karbohidrat.
sebab tu aku tak suka kawan banyak.
sebab nanti aku dimakan secara beramai-ramai.
kawan satu pon bagus.
jarang jumpa pon bagus.
sekali jumpa, barulah teruja!
barulah sangat sayang.
jauh di mata dekat di hati.
jangan makan kawan la okeh.
makanlah nasik.
nasik sedap.
aku memang sangat suka nasik.
disebabkan jantung aku sakit secara sedih.
marilah menyanyi lagu sedih.
lagu ini sangat old school la.
iaitu sangat suka dinyanyikan di dalam kelas semasa tingkatan 3
bila dengar lagu neh, rasa nak menangis.
kalau nyanyi sendiri pon boleh menangis.
ahahhahahahahahah.
suatu masa
Ba
gaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
Posted by chika under
Uncategorized jantungku.
jantungku!
mengejar jantungku!
macam tak terkejar.
sangat hyper.
diam!
Nak dengar lagu?
Sun is in the sky oh why oh why ?
Would I wanna be anywhere else
Sun is in the sky oh why oh why ?
Would I wanna be anywhere else
When you look with your eyes
Everything seems nice
But if you look twice
you can see it’s all lies
There was a little old lady, who was walkin down the road
She was struggling with bags from Tesco
There were people from the city havin lunch in the park
I believe that it’s called al fresco
Then a kid came along to offer a hand
macam sakit jantung
:(
Posted by chika under
Uncategorized 01 Adek saya ada kawan. Nama beliau Ashraf. Beliau kecik lagi. Berusia 15 tahun. Sama macam adik saya. Pada suatu petang, dia datang ke rumah membawa muka beliau yang macam macho tersebut.
Beliau usia kecik. Tapi style besar. Beliau pendiam sebab beliau tak banyak berkata-kata. Beliau semacam budak baik. Datang rumah dan tunduk saja memandang kaki beliau sendiri. Langsung tak memandang ke kaki orang lain atau ke bahagian lainnya. Tunduk. Macam pemalu.
Petang itu saya hantar beliau balik ke rumah. Kebetulan saya melewati kawasan kediaman beliau. Saya tengok mirror. Dia pandang mirror. Bila mata bertentang mata, beliau pon segera mengalih pandangan secara lajulaju. Macam funny.
Setiap petang adek saya bermain dengan beliau. Mereka nakal bersama. Keluar masuk bilik disiplin bersama. Macam magik bukan? Si pemalu sebenarnya samseng. Gelakkan dia! Sejak tiga hari lepas, adek saya tidak berpuas hati dengan beliau.
“Hari ni adek tumbok Acap,”
“Kenapa?,” bunda tanya,
“Sebab dia gatal,” jawap adek saya.
“Biarlah dia gatal. Peduli apa gatal dia,” kata bunda.
Adek saya tak kata apa.
Esoknya adek saya balik sekolah. Dia cakap lagi.
“Hari ni adek seligi kepala Acap,”
“Kenapa?,”bunda tanya.
“Sebab dia pantang tengok perempuan,”jawap adek saya.
“Biarlah dia! Tak da kena mengena dengan adek!,” aku dah masuk campur.
“Ada,” jawap adek.
Adek saya blah. Dia tak kata apa.
Tadi lunch.
“Tadi dekat cc adek tenyeh kepala Acap,”
“Kau ni apsal? Tak habis-habis belasah Acap. Apa dia kacau awek kau?,” bunda tanya.
“Bukan! Dia gatal. Dia suka kat ayong!”
Makkkkk!
Terkesima aku!
“Dia gila! Mabok cinta. Bodoh!,” adek emo.
Aku sawan monkey la. Lepas tu satu rumah la ketawa on the floor. Hiarkk? AHAHAA. Bukankah sangat komedi ni? Punyalah kami pikir kenapakah adek sangat marah kawan baik beliau tersebut. Punyalah kami pikir…! AHAHAHA.
“Gila menyampah! Setiap hari asyik sebut ayong. Dia kata tak nak ngorat pompuan lain dah. Dia nak ayong je. Semalam ada awek cun. Semua orang mengorat. Dia diam. Dia kata kakak adek lagi cute. Dia angau macam monyet! Dia kata dia dah teruja. Dia bodoh! Dia gila!,”
Abes adek aku emo. Sampai dibelasahnya Ashraf setiap hari kerana ini. Oh sangat comel bukan budak-budak lelaki usia 15 tahun ini? AHAHAHHA.
“Tahu tak apa dia buat hari ni? Dia sanggop carik ayong dekat Myspace. Adek tipu dia. Adek kata ayong tak main Myspace. Tapi dia terjumpa jugak. Tapi adek kata tu bukan ayong. Tu orang lain. Tapi dia tahu jugak tu ayong. Dia nak add. Adek ketok dia. Adek kata kalau dia berani add jugak, adek tendang muka dia,”
Gila-gila merah muka adek aku bercerita. Kenapalah dia sangat marah? Bukankah sangat pelik?
Aku dah tak tahu kata apa. Aku dengan mak aku gelak macam daineso. AHAHA. Sangat kelakar bukan? Budak meroyan! Tapi macam betul ja kata adek aku. Bongok betul budak tu. Selain berlagak dewasa, dia jugak ada taste yang dewasa. Dan jugak meroyan.AHAHAHAHAH.
Tahukah? Adek-adek aku semua perangai macam ni. Paling pantang kalau kawan-kawan tanya pasal kakak dia neh. Mereka pon tak akan bawak balik kawan kalau aku ada dekat rumah. Haikal pon pernah nak tumbok sorang budak ni dekat tepi highway. Sebabnya budak ni main bersiulan ja kat aku. Bukankah kelakar adek-adek aku neh? AHAHAH. Kalau ada stranger call, Ijat laju ja jawap call dan mulalah buat suara macam bagus. AHAHAH. Aku tak larat gelaklah dengan budak-budak lelaki neh. Kelakar. Gila. Comel. Spastik pon ada.
Oh ya.
Tadi siang Ashraf datang rumah. Dia tunggu lama dekat luar taknak balik. Mak aku kata, dia terintai-intai. Adek aku kata dia tunggu aku keluar. AHAAHA. Aku tak suka budak-budaklah! AHAHAHA. Dah la usia kecik. PMR pon belum. Macam mana nak support perbelanjaan shopping aku? Nak belanja aku makan sedap? Nak bawak aku pergi sana sini? Dan err… nak jadi bodyguard yang baik? WAHAHAHHAHA. Tapi Ashraf memang comel. Cepatlah membesar. Potensi kau ada di situ. WAKAKAKAK.
02
Tadi petang aku buat cerita kencang.
“Abah, abah kena hantar Ay ni. Barang banyak sangat. Tak larat nanti nak bawak naik hostel,”
Ibubapa pon kelamkabutlah bersiap nak hantar aku pergi UKM tukar bilik dan check in bilik. Tiba-tiba abah rasa tertipu.
“Tipu! Ni je barang? Memang cerita besar macam betul-betul je barang melambak. Saja tak boleh tengok abah senang,”
HAHAHA. Gelakkan abah!
Sebenarnya aku sangat malas drive. Aku pon buat ceritalah macam sangat desperate ja. Mesti dihantar oleh abah padahal cuma ada dua tiga barang ja. Tak kisahlah. Tapi petang tadi lepas solat Jumaat, parents teman aku pergi pindah room.
Yibbah! Aku dapat sebilik dengan Farah. Punya excitednya sampai aku hampir-hampir terjun tangga admin tadi. Punya excited nak call Farah tapi dia tak jawap call :( Besar wo bilik tu! Sangat jakun aku tengok bilik besar tersebut sebab tak sangka kolej miskin tersebut ada bilik besar. Apalagik, bukak night club lah kita Farah! AHAHAH. Step-up la malam-malam! Aik? Ehehe.
Tapi abang admin tu kepochi ar lu!
Nak apa?
Nak tukar bilik.
Eh mana boleh tukar bilik.
Boleh. Haritu dah mintak reserve dah. Kata boleh.
Eh? Mana boleh.
Boleh. Tak kan tak boleh! *aku nak mula berdrama dah kalau dia still kata tak boleh*
Jap tengok.
Dia pon selak-selak buku pendaftaran bilik. Tengok-tengok ada tanda bertulis ‘JANGAN KACAU’ dekat nombor bi
lik yang aku nak sangat tu. Maksudnya, dah reserve la. Farah yang reserve kan. Entah sapalah tulis ‘Jangan Kacau’ tu. Kelakar.
Tengok. Dia kata JANGAN KACAU.
Ye la. Sebab untuk sayalah.
Awak pon jangan kacau bilik ni.
Aik?
AHAHA. Dah ditulis jangan kacau.
Maknanya boleh dikacau oleh saya.
Tak boleh dikacau.
Ihhhh *aku buat muka dah*
Ehehe. Jap.
Akhirnya dapat juga. Selain kepochi, dia poyo! Macam biasa. Bila aku dapat apa yang aku nak, aku mesti menunjukkan keterujaan aku secara automatik. Sampai mereka pon melihat aku secara pelik. Pedulik apa aku. Asalkan hati aku puaslah. Jangan kata tak boleh bila aku nak. Sebab kalau aku nak, aku nak lah! Tak dapat kot ni, aku buat kot tu. Janji dapat! AHAHAH. Ketua pembangkang la katakan :p Kalaulah abang tu tak nak bagi tadi, tahulah dia aku kerjakan. Macam-macam aku sanggup buat. Termasuklah mencurik tulis sendiri pendaftaran secara curik. Aik? Ihihihi. Puas hati. Puas! ahhahaha. Gila chika neh.
Aku tak nak rumet baru tahukah! Sebab aku sangat sukarlah memulakan kehidupan dengan orang yang baru dikenali. Ia akan memakan masa yang sangat lama. Silapsilap tak sempat kenal, dah abes semester. AAHHA. Macam yang sudah dikata, aku bukan friendly. Jadi sebelum aku menyusahkan orang lain dengan perangai kepala angin aku, lebih baik jangan berkenalan lah dengan siapasiapa.
Tak sabar hendak ‘menduduki’ bilik tersebut! Bluekkk!
03
Esok nak berjimba-jimba di kota metropolitan dengan Aizar. Lama tau tak keluar dengan dia. Sejak aku sangat sibuk neh, semua kawan-kawan sepermainan aku dah lupakan. Eeheh. Ahad pon nak jimba-jimba dengan Farah pulak. Oh tak sabar! Sabar lah Chika! Ketok kepala chika!
04
Balik studio nanti, confirm aku kena panggang macam ayam kampong yang disembelih secara samurai. Oleh Encik Ismar. Sebab aku lupa hantar soft copy assignment yang dimintaknya. Nahaslah aku. Kalau aku dipanggang nanti, engkau semua makanlah aku ok. AHAHA. Ampun, aduh ampun! Aku sangat lupa yang dia mintak softcopy tersebut. Padahal dia call aku sebelum pergi Johor lagi. Aku dah boleh bayangkan nanti macam mana dia bahankan aku. Err… mesti dipanggang punya. Kalau tak dipanggang, dia mesti salai aku. Menyorok menyorok! Menyorok dalam laci! Kalau Encik Ismar tanya manakah Nurul? Cakap Nurul cedera dibelasah sekumpulan kongsi gelap dari Taiwan. Barulah macam drama episod satu! Ok. Bagus. Kalau dia tak percaya, istighfar ja depan muka dia. Hembus-hembus surah Yunus dekat muka dia kasi hati dia lembut okeh.
05
Nak tahu kah sesuatu? Aku bukan paling obsess. Ada makhluk lain lagi obsess. Atas supervision aku, dia jadi begitu. Tapi dia macam overdose lah. Aku pon terkesima melihat efek tersebut. Sampai terkebil-kebil aku setiap kali masuk blog beliau. Sangat ekspress. Update lajulaju. Dahsyat malah lebih rock and roll. Aku rasa macam aku bertanggungjawaplah terhadap masalah teknikal yang berlaku tersebut. Dia sudah overdose kah? Sangat hebat mendadak kuasanya secara supersaiya. Beliaulah DIEYLA. Aku ajar dia sikit ja menjadi obsess, tapi dia overdose secara sendiri. Aku macam taknak bertanggungjawap. AHAHAHA. Dieyla, janganlah overdose okeh. Chika pon semacam bimbang di sini. Ehehehe. You rokenrol! :p
pukul 1.30 pagi dah.
o’no!
aku tidur lewat.
tak boleh tido lewat la chika!
nanti sistem tubuh badan wanita akan rosak!
aaaa.
pergi tido!