Archive for May, 2008

gulp

Posted by chika under Uncategorized
adek aku mana nih?
mana?
mana?

sorang pon takda ni.
tadi dia mintak aku duit.
aku bagi.
tapi lupa tanyalah dia pergi mana.
manakah dia????

serius risau.

edit
pukol 2 petang : akhirnya adek aku balik melaungkan salam kepada seisi rumah. haru! tahukah dia ke mana? dia pergi cc kawan dia bermain myspace bersama-sama. Hangin betul aku. Budak-budak baru nak up ni memang hantu myspace lah. Dah la dia kecoh-kecoh add aku. Padahal tak da pon aku jumpa friend request dia. Setiap hari bising kata aku tak nak approve dia. Padahal memang takda. Aik. Apakah engkau tak kenal kakak sendiri? Dia kata memang dah add aku. CHIKADIOR. Aik? Gulp! Ada CHIKADIOR lainkah yang di-addnya? Atau ada account pirate kah? Sangat pelik. Tapi excuseme Mr.Adek… aku tak da maknanya taknak approve kau. Jangan main tuduh-tuduh okeh. Kenapakah budak-budak kecik sangat suka myspace? Ye lah. Masa aku kecik pon au suka myspace. Hari-hari ubah layout. Kalau dapat ber-myspace tu, dah heaven sangatlah tu. Err… mungkin sebab dulu mantan kekasih ada di situ. AHAHA.

Tahukah aku jugak sangat gila YM dan MSN Msgr ketika usia meningkat remaja dahulu? Sebab mantan kekasih lah. Kalau dibuatnya internet buat hal, boleh mengamuk satu bandar metropolitan ni hancur dibuatnya. AHAHA. Nama beliau Zul. Kami akan berchatting macam dunia kami yang punya. Kami akan berchatting tanpa henti. Hanya stop menjelang waktu fardhu solat, makan dan tidur. Aku pon tak tahu apakah yang kami chattingkan. Tahukah kami berchatting selama setahun lamanya sebelum membuat keputusan untuk berjumpa. Dan err… siap bertelifon bagai padahal tak pernah kenal. Err. Jodoh yang singkat. Itu dulu.

Sekarang aku releks saja. Tak de internet seminggu pon takpe. Kalau tak de sebulan, barulah aku histeria. Tak on YM pon takpa. Tiada apa menunggu di sana. Laptop aku langsung tak da di-install YM. Barulah releks. AHAHAH. Tapi tengoklah adek aku ni sangat gila myspace. Apalah dibuatnya di sana? Myspace banyak awek cun. Sebab tu lah. Betul. Kadang-kadang aku pon masuk myspace tengok awek cun. Bukan homo lah. Minat. Bukankah melihat yang cun memang best?

Nak turun. Pergi lepuk-lepuk adek aku yang buat kehilangan secara misteri dari pagi tadi.

from zero to hero

Posted by chika under Uncategorized

Good morning,
Aku tak terasa mahu ke studio pagi ini. Kerna tiada jiwa di sini ataupon di sana. Masih ingatkah tentang jantungku yang berdegup secara luarbiasa? Aku sangat tak faham kenapakah dengan jantung ini. Lewat kebelakangan ini, kadar denyutan melampaui batas-batas normal. Mungkin ada yang tak kena dengan cardiovascular system aku. Apakah sudah mengidap congenital heart defect (CHD) ? Kalut lagi mengarut!

Sebaik saja bangun dari tidur yang seakan-akan tidur ayam itu, terus aku dapat merasakan debaran dalam jantung yang mengalahkan Andy Estranged memukul drum nya. Kenapakah Andy Estranged? Drummer hebatkah beliau? Bukan drummer hebat lah! Tapi muka dia sangat hebat. Kenapakah drummer selalunya memiliki muka hebat? O terlari topik pulak. Marilah kita kembali ke pangkuan jalan.

Cerita tentang jantung tadi. Apa yang dapat aku pastikan, sejak kebelakangan ini zon selesa ataupon zon tenang adalah semacam jarang ada. Sentiasa berasa berdebar-debar tanpa sebab. Rasa tak sedap hati. Tapi entah kenapakah. Macam ada je yang tak kena dengan kehidupan yang dilalui. Atau boleh dikatakan sebagai aku kehilangan track kehidupan secara mendadak. Aku pon tak berapa jelas dengan hari-hari yang hendak dilalui. Sangat jahanam perasaan ini.

Bukahkah sebaik-baik kehidupan adalah apabila kita tahu at least kehidupan untuk sebulan akan datang. Aku? Apa yang bakal aku lakukan petang nanti pon aku tak da idea. Sangat lost. Dan err… prestasi kerja juga turun. Tak da hati nak membuat kerjaan. Tiba-tiba aku rasa, aku takda masalah dengan sistem cardiovaskular. Masalah macam terpindah pada otak pulak. Sudah lah jangan bincang pasal anatomy bolehkah?

Hidup tanpa keterujaan. Iaitu tiada perubahan major ataupon kejadian super yang berlaku. Sangat bosan. Melalui hari-hari yang sangat tipikal adalah bosan. Macam kehidupan yang tidak berganjak. KOSONG. KOSONG. KOSONG.

Ohhhhhh ha! Tiba-tiba aku teringat satu teori. Iaitu teori 1 dan 0. Sebuah teori motivasi yang tercipta tanpa laboratory test tapi kebenarannya adalah sangat benar. Teori tersebut sangat menarik.


Asas kepada teori menyatakan bahwa nombor 0 jugak adalah satu nombor.
Tahukah ia lebih ringan daripada nombor-nombor lain? Kejadian KOSONG dalam kehidupan tidak boleh dianggap remeh atau jahanam. Sebab tanpa kejadian KOSONG, kehadiran SATU tidak sekuat dan sebesar mana. Macam ni. Dengan adanya kejadian KOSONG yang banyak, bila berlaku kehadiran SATU di hadapan, bukankah amount SATU itu secara mendadaknya menjadi sangat besar? Apalah ertinya 1 tanpa 6 angka 0? Satu tidak akan menjadi sejuta tanpa wujudnya 0 bukan? Again, 0 is also a number.

Mengaplikasikan teori tersebut dalam kehidupan, setiap detik yang dirasakan kosong itu haruslah diharungi dengan begitu layan sekali. Dan hayatilah semua kekosongan dalam diri kerna lagi lama kita merasai kekosongan, lagi baik pulangan yang bakal kita dapat sebaik saja munculnya kehidupan yang bukan kosong nanti. Err… tak faham kah? Mungkin engkau mengidap masalah mental function yang tak berapa chronic tapi ada sikitlah. Banyakkan meminum air zamzam okeh. AHAHAH.

To be motivated, do enjoy your emptiness. Sementara tunggu kehadiran nombor SATU lah. Lagi banyak kosong, lagi besar nilai SATU. Wowowo. Tunggu saja dengan sabarnya ok Chika.

Err. Kalau aku kelentong menyatakan bahawa teori tersebut aku cipta, engkau semua bukan tahu pon bukan? AHAHA. Teori diperolehi daripada seorang Cookie Monster yang sering menyatakan kegeniusan nya. Sangat pandailah beliau. Bukankah teori tersebut sangat berguna semasa mengharungi kekosongan? Macam ada satu penemuan baru dari kes ini. Tahukah manusia tak perlukan sayur atau meminum susu untuk memiliki otak cergas? AHAHAHAH. Gelakkan dia! Credit kepada Si Comel; tuan punya teori tersebut. Jangan cakap banyak. Marilah bergembira dengan kehidupan yang KOSONG!

Bermain guitar di dalam Pool.

Posted by chika under Uncategorized
Beylo Baby …

Sepanjang hari aku menatap those handbags. Terkebil-kebil mataku. Berdegup-degup jantungku menahan nafsu yang melonjak secara devilnya. Aku suka guitar. Bukan main guitarlah! Aku takda kemahiran bermain apa-apa instrument kecuali masa darjah tiga, aku sangat pandai meniup recorder lagu Nescafe Classic. AHAHA. Sekurang-kurangnya. Tapi aku suka icon guitar. Rock yang comel. Sebab itulah aku sangat teringinkan handbag tu.

Okay apa pakai handbag guitar shaped. Dari ada orang tu pakai handbag bra shaped. Gila punya kelakar. Masa tu dekat LRT. Tapi honestly cute tau handbag dia. Warna black and pink. Bentuk bra! Gila stylo lah. Kalau dapat pon tu, mesti best ar. Aku pon sanggup ja pakai. C’mon lah sangat stylo apa. AHAHHA.

Semua items tu from US :( Kalau from Malaysia kan senang. Guna Maybank2U je. Ni nak ber-paypal bagai. Luckily Hannan dah ajarkan tadi macam mana nak guna paypal. Tq Hannan, err… by the way, he is a doctor. Doctor Blue. AHAHAH. Hi, hannan :p Hannan kata kena apply Credit card. Huh? Tahu dek parents aku dah pandai apply credit card, hancur berkecai kewangan aku lepas ni. AHAHA. So, atas nasihat Hannan jugak … aku apply Debit Card lah esok. Oh, tak sabar! Dapat je card tu … aku beli semua guitar-guitar tersebut. Guitar in term of handbags la. Bukan guitar karen. Ow no-no! Aku bukan rockstar. Rock & Roll saja tapi yang tak berapa suka music rock & roll. Aku cuma inspired by the era of rock & roll. Mereka cool bukan? In term of fashion lah and very iconic. Nak aku cerita kisah inpirasi yang lagi banyak? Tak payah! Nanti jadi macam architectural theory.

Again, tq to Hannan.

Ada jugak aku pindah US ni kang. Excuse me. Sebab tu pon nak pindah US? Ceteknya akal aku. AHAHAHA. Err… further study dekat US? AHAHAH. Confirm cute lah alasan yang mungkin aku bagi dekat parents nanti kalau aku nak further study dekat US.

Abah, Ay nak study kat US.
Bagus ke?
Bagus.
Kenapa?
Boleh beli guitar handbags tanpa paypal.
Huh????

AHAHAHAHA! Crap! Crap!

Tadi pagi, aku dan budak-budak lelaki keluarlah nak swimming dekat Cheras. Salah timing. Erk. Bincang-bincang dengan Ijat, janji nak turun balik pukul 2 petang. Tiba-tiba ternampak ada banner.


SWIMMING WEAR STOCK CLEARANCE

Apa lagik, aku bawak adek-adek aku ni ikut jugak carik tempat tu. Next to Cheras Pantai Medical Center. Wo. Gila! Swimming suit half price. Tak pernah jumpa swimming attire dijual harga below hundred. Gila. Gila. Tight pon dijualnya sangat murah after 70% off. Google RM15 can you blif? Ye lah. Bukan from ARENA tapi at the same quality. Aku dah try. Disebabkan aku selalu tercicir goggle kan, better beli satu.

Errr. O’oh! Terbeli pulak swimming wear. Floral patent. Tak boleh tunjuk gambar sebab nak show off dekat Farah secara live :p Yang lama tu tahan lagik lah Zebra patent kan. Ni dah floral bagai sangat lemah bila ditengok. AHAHAHA. Seriously murah sampai aku tercengang-cengang. Aku ingatkan mula-mula nak tengok je sebab swimming wear kan mahal. Kalau discount pon, aku rasa tak lah sampai macam tu punya murah. Maybe around one hundred. Omaigod! RM70 pon dah boleh dapat. Aku tengok purse. Oh airmata, marilah jatuh gugur ke bumi yang bulat ini. Oh. Aku betul-betul miskin rupanya. Aku ingatkan ada duit rupa-rupanya takda. Magik ka? Atau memang sebenarnya takda. Aik?

Nasib baik adek aku ni sangat sayang aku atau boleh dikatakan sebagai sangat memahami. Atau mungkin tak sanggop tengok aku histeria nanti tak dapat apa yang aku nak. Sebab macam yang dah dikata, kalau aku nak aku nak jugak. Biar berdentum langit runtuh dan menghempap diriku … (macam biasa, entry aku ada soundtracklah :p). AHAHHA. Ijat hulur kat aku duit. WAAHAA! Tak da banyak songeh aku sambar duit dia. Kalaulah dia budak kecik aku cium-cium dah tapi dah besar kan. Paling banyak pon aku cium pipi ja kat adek-adek aku.Tak da cium secara banyak lagi dah. Dan cium di public adalah my brothers’ big NO-NO-NO WAY to do. Mak aku cium kat depan kawan pon dorang boleh terblushing-blushing. Kononnya nanti tak cukop lelakilah dicium oleh emak dan kakak di depan kawan-kawan. AHAHA.

Dapat duit. Terus beli dan blah. Tak sabar nak turun Danau! AHAHAH. Takda watak wanita wild memakai belang Zebra lagi lepas ni. Aku dah jadi Floral Aunty lepas ni. Ihihih. Oyya, macam terhutang budi dekat Ijatlah. Semalam pon dia ada belikan aku benda. Hari ni belikan swimming wear. Wah. Lu memang adek yang handsome! AHAHAHA. Next week, fikir-fikirkanlah benda apa pulak kau nak bagi kakak kau ni okeh. Err. Kakak yang miskin tapi selalu ada duit beli barang. Sebab tu aku kata hidup ni adalah sebuah magik. Dalam miskin-miskin, boleh shopping. Tak ke magik tu?

Lepas menjadi sangat sangat miskin sampai kuasa magik pon tak dapat selamatkan aku, aku pon terus mencarik ATM. Tahu tak ATM itu apa? Ia adalah sebuah mesin puaka yang sangat mujarab dan memilik super power luarbiasa. Iaitu lagi luar biasa melebihi kuasa Super Saiya. Tak faham kah? AHAHA.

Siapa-siapa kaki swim / swimmer / perenang negara / newly mom … pergilah lawat kedai tersebut. Next to Pantai Medical Center, Cheras. Sangat syok wo. Aku pon rasa nak pergi lagi tunggu Farah. Cepat-cepat tau. Dia sampai 27 hb saja. Lagi 2 hari. Kalau suka yang seksi-seksi, lagilah banyak. Punya cantiknya. Kalau lah aku memang pakai bikini kan, memang aku borong doploh helai bawak balik rumah. Oyya, bikini dijual around RM55 je. Ha, kan dah cakap. Tak percaya? Pergilah tengok sendirik!

O wait. Newly mom? Kenapakah aku tulis newly mom di atas sana? AHAHA. Sebab cousin aku kan yang baru melahirkan anak sulung kan, dia mandikan anak dia secara sangat thrill. Bukan saja dia newly mom tersebut, dengan suaminya sekali. Bukan setakat mandikan baby, dengan mak baby, ayah baby semua pon mandi sama! Basah macam swimming dalam tub baby tu. AHAHAH. Sebab tu newly mom pon harus memakai swimming suit ketika memandikan anaknya. Stylo kan? Ngahhahaha. Err… macam aku pon bakal ada pengalaman tersebutlah. Wuweee. Mandikan baby, sambil pakai swimming suit! Tak ke kelakar! Perbuatan yang sangat private and confidential. Waaaahaaa.

Guitar

Posted by chika under Uncategorized
O-mai-god-nes!

Tolong aku boleh kah? Ada sapa-sapa boleh tolong tak? Aku sangat separuh gila atau sudah gila secara tergila-gila. Aku nak guitar handbag ni tak kira apa terjadi. Berapa harga atau dalam keadaan apa. Nak jugak! Siapakah boleh tolong, please tolonglah. Semacam menyelamatkan nyawa. Err… fahamkah? Aku nak guitar handbag ini :

Macam ni cerita dia. Aku macam terfalling hati pada Choc-u-lator yang ditengok dari blog Kak Ju si Madu Goncang itu. Atau nama manjanya Kakak Artifact (err… bukan chika cakap. bukan… bukan…!) Kak Ju Artifact ehemm… Kak Ju Comel pon mengajar aku bagaimanakah mencarik chocolate calculator tersebut. Masuk ebay lah aku kan. Jalan punya jalan, tersampai pulak ke guitar handbag ni. Wo. Cannot tahan liao. Siapakah bertanggungjawap neh?

Seriously aku sangat sangat nak handbag tu :( Nak sampai rasa tak boleh tidur sebab hanya nak tidur bila sudah mendapatkan handbag tersebut. Tapi bagaimanakah? Aku tak berapa paham payment instruction dia. Aku tak pandai guna Paypal lah :( Tahukah sebenarnya aku sangat tak reti buat apa-apa urusan kewangan dengan bank. Aku bijakpandai urusan belanja secara cash saja. Kalaulah boleh dibeli secara cash, sekarang jugaklah aku carik penjual tersebut. AHAHAH. Sounds chronic? Kan dah dikata, aku ni fanatik punya kaki.

Ada sapa-sapa boleh ajarkan aku kah? Atau belikan terus! AHAHAH. Err. Kidding. Ajar kan aku lah. Ajar ajar ajar! Nak jugak. Nak jugak. Kalau tak dapat Elvis Presley, dapat yang lagi satu ni pon boleh.


Buat masa ni, price dia around RM112 tak termasuk postage costs. Nevermind la. Tolong ajar buat payment saja sudah. Ini entry serius. Serius lah! Jangan gelak.

Macam ni barulah ROCK & ROLL!!!!

Akademi Fantasia tah apa-apa. Kesian kat Nadia kan? Rasa nak menangis ja kat Nadia. Oklah Stacy jadi winner. She deserved la that position tapi Nadia nombor 5 memang bullshit ja. Kesian Nadia bukan? Dia bukan sikit punya energetic and rock. Nadia memang rock lah. Comel pulak tu. Puas hatilah Stacy menang tapi the worst pon Nadia dapat lah 2nd place kan. Sampai 5! Oh, terjatuh sudah. Memang voting system secara REDAH JER! Bullshit. Aik? Aku nak marah apsal? Sejak bilakah fanatik AF? Tak kuasa aku. Suka hati ko lah! Tak payah buat reality show lagiklah sangat bosan. Dramakan sangat syok. Tak payah carik artist lagi. Sangat banyak artist sudah. Tukar! Tukar! Tukarkan AF menjadi Akademi Fanatik. Confirm aku menanglah. AHAHAHAH.

Err… kesian Nadia :( Nadia, balik rumah nanti mengamuk sakan okeh! Pecahkan pasu bunga dan lemparkan semua pinggan mangkuk di rumah okeh. Tunjuk perasaan. Yeah rebellll! AHAHAHAH. Aku vote kah? Jangan harap. Tak kuasa aku! Perbuatan menghantar vote adalah tak berapa bijaklah. Macam tak berapa menjejaskan hidup jadi baik tak payahlah. AHAHAH. Tengok saja lah. Lepas tu kritik macam bagus di depan tv. Bukankah aktiviti ini lagi menarik dan percuma. AHAHA.

Woi! Aku nak handbag di atas. Jangan lupa.

Oyya. Kalau dah pandai, nak beli ni jugak. TAK KIRA! Nak jugak.

Wah. Dapat bag ni…. Aku janji aku tak makan dua hari pon tak pe. Bila lapar, aku peluk ja beg ni. Tapi dua hari ja lah okeh. Masuk hari ketiga tak makan, memang aku makan bag ni terus! AHAHAH. Gila arght menarik nafsu secara erotiknya. Gila! Gila! Ih, tak keruan.

Koleksi Sikap Buruk.

Posted by chika under Uncategorized
Sikap buruk aku ada banyak. Iaitu disebut sebagai koleksi sikap buruk. Banyaklah tu maknanya. Bukanlah! Bukan yang degil dengan emotional itu. Yang itu sudah terlalu kerap diperkatakan sampai coveragenya sudah menjangkau ke seluruh dunia yang bulat ini. Dunia itu bulat.

Sikap buruk. Aku ada t-shirt Lee Cooper. Dah lama ada dalam wardrobe iaitu dari satu tarikh yang lampau. Lama dah. Aku pernah pakai sekali sahaja. Sebabnya potongan baju itu yang terlalu labuh. Biasalah remaja. Sangat suka yang senteng. Remaja. Macam yang aku kata, remaja. Tadi aku pon mengerat hujung baju tersebut menggunakan gunting kecik yang tak berapa nak tajam. Kerat secara rock! Iaitu tanpa seni dan tanpa skala. Kerat lah. Ikut suka gerak tangan aku. Sangat enjoy saja perbuatan tersebut. Tiba-tiba … gulp! Baju tersebut senget sudah. Bergerigi pulak macam dipotong dengan gergaji. Burok. Aku buang!

Rugi dah. Tapi tak berasa rugi.

Sikap burok bukan?

Abah beli ikan *i-can’t-remember-their-name*. Seekor ikan cost hundreds ringgit. Erk? Perlukah? Motif? Apa-apalah bukan dikerjakan wang aku pon jadi kenapakah aku perlu kajiselidik motif-motif beliau. Punya suka beliaulah bukan? Dikatakan bahawa spesis ikan tersebut sangat sukar dijumpai dan merupakan ikan yang sangat digilai oleh penggila ikan. Err. Sawan ikan? Sort of.

Bukan saja beli ikan-ikan. Tapi beli akuarium baru lagik. Apakah? Sudah ada TIGA akuarium. Motif? Entah. Kan dah dicakap, aku tak suka animals! Aku tak pernah membuang waktu menatap muka ikan mahupon beriadah dengan kucing. Sangat bukan tabiat akulah. Kalau makan ikan, aku suka. Bela ikan, aku tak suka. Leceh. Menambahkan kerjaan. Menambahkan kos sara hidup. Tapi tak pa la. Aktiviti perikanan berlaku di rumah ini sejak belasan tahun yang lalu. Langsung tak menjejaskan keremajaan aku. Jadi, jangan worry lah chika.

Ingat. Ikan mahal berserta aquarium baru. Abah masukkan garam secara banyak kononnya untuk meneutralkan air. Beliau kata, kawannya ajar begitu. Ma kata jangan dibuat begitu nanti ikan mati, putih mata dibuatnya. Abah kata, kena jugak masukkan garam. Fuh. Ikan sangat aktif! Buat aksi mengalahkan Linkin Park. Tapi few minutes lepas tu, semua ikan termenung. Seekor sudah tertonggeng dan tercungap-cungap iaitu yang paling mahal. AHAHAHA.

Rugi bukan. Kalau tak dimasukkan garam, tak da nyawa yang terkorban. Tak da wang yang kerugian. Tapi adek aku kata, ajal ikan dah sampai. See. Sikap buruk. Tak mahu dengar cakap dan tak nak kalah. AHAHAH.

Tadi pergi Putrajaya visit cousin. Abang Ngah dah ada baby girl! Seronok bukan mereka sudah punya anak. Mata yang bercahayalah. Bilakah turn aku? Boleh queue-jumping kah? aku tak sabar menimang anak. Tapi aku sangat tak nak mandikan anak ataupon menguruskan sanitary nya. Bagaimanakah? Aku mahu main bersama anak dan tidur bersama anak saja. Yang lain belum nak lagi. Patutlah jodoh aku belum sampai sebab aku akan jadi ibu yang lagi dahsyat dari Britney Spears. AHAHAHAH. Bilakah boleh memiliki anak neh? Bukan sangat terdesak lah! Tapi semacam mengharapkan satu perubahan major dalam kehidupan. Tapi maintain remajalah!

Lama gila tak jumpa cousins di sana. Aku pon semacam tak berapa kenal dengan Abang Ngah. Dulu kami suka main atas meja Snooker sampai hancur meja tersebut dibuatnya. Main sama-sama secara sepupu-sepapat. Rosak okeh meja snooker! Sampai atuk kami pon sangat marah melihat meja snooker yang dibelinya itu hancur ditangan cucu-cucunya yang comel ini. Bukan saja meja tersebut rosak, tapi abes tiles pecah-pecah kami kerjakan dengan bermain ‘bola snooker’ menggunakan teknik bermain ‘guli’. Fahamkah? Pecah tiles! Akhirnya atuk kami pon sangat bengang. Terus dibakarnya meja snooker tersebut. AHAHAHAH.

Tu baru kisah meja snooker. Belum cerita ayam itiknya di kampung yang mati terkejut kena baling mercun pada malam raya. Atuk kata cucu-cucunya macam kanak-kanak jakun tak pernah masuk kampong. AHAHAHHA. Tapi aku tak da buat lah kerja-kerja melibatkan haiwan. Sangat tak berminat. Tapi aku sangat suka petik bunga.

Lagi satu perangai burok aku. Aku sangat suka petik bunga. Tak kira kat mana tempat pon. Tahukah aku pernah lari lintang pukang sebab kantoi guard nampak aku petik bunga. Padahal dah ditulis warning. Dilarang memetik bunga. Masa tu dekat Fraser Hill. Belum lagi kes aku curik bunga dekat Cameron Highland. Sampai ayah aku tension je perangai aku tak habis-habis. Err. Dulu masa sekolah dekat SERAYA. Penolong Kanan sangat kepochi. Hari-hari tawaf sekolah check bunga-bungaan. Kalau hilang sekuntum pon dia sedar. Hari-hari dia bising bunga dia hilang. Jangan kata bunga, pokok bendi pon aku kacau. Pantang pokok eksperimen belakang lab tu keluarkan buah, selamatlah aku petik.

Mak aku kata, memang dari aku kecik aku suka memetik bunga. Tahukah kalau aku balik kampong, abes semua bunga ros mekar yang disayangi nenek aku botak aku kerjakan. Bukan setakat yang kembang, yang kuntum pon aku petik jugak. AHAHAHAH. Err. Remaja bukan?

Sikap buruk. Ada pada semua orang. Ha, engkau! Pergi sana muhasabah diri. Tengok apakah keburukan kau. Lepas tu baru komen aku okeh. Komen saja. Komplen diharamkan. Aku sangat benci dikomplen kecuali engkau sangat bagus. AHAHAHAH.

get out!

Posted by chika under Uncategorized
mood hilang.
entah pergi mana.
back off!

aku tak pernah berminat pada dia.
err… tak pernah.
she is my friend…?
yeww, bukanlah!
get out!
%$#$@$%%&^&!*$#

Kesian kat dia.
nak jadi… CHIKA WANNABE?
crap!
kau sapa!

http://img.photobucket.com/albums/v335/klasik/pixy/480419f38gzdedqd.gif

Aku di rumah!

hangin betul aku hari ni. Aku rasa aku tak berapa sihat. Dari malam semalam lagik. Kalau ikotkan hati, aku taknak turun studio pon pagi tadi sebab sangat weak ja rasa. Tapi memikirkan Puan Akmal yang boleh bertukar menjadi tiger, turun jugak aku! Ha, tahu takut.

aku baru bangun tidur neh. Aku bukan jenis tidur siang tapi aku tidur siang hari neh menunjukkan aku tak berapa sihat. Tiba-tiba Ma call suruh aku angkatkan kasut sekolah adek-adek. Huh? Dimanakah parents? Bukankah baru tadi ada di rumah? Aik? Budak-budak lelaki ni pulak semua manakah? Tapi disebabkan aku sangat mengantuk aku tak jadi tanya.

Punyalah hangin aku rasa. Aku terpekik-pekiklah macam tarzan panggil budak-budak ni tak da yang menjawap tapi aku dnegar bunyi-bunyian di hall bawah. Aku pon turun membawa sebungkus hati yang sangat panas ini. Aik? HBO terpasang. Tapi tak da siapa menonton. Manakah budak-budak neh!!!!

Tak lama tu aku nampak kereta Haikal masuk gate. Ceh! Keluar beramai-ramai pergi manakah??? Masing-masing turun membawa fishing rod yang berserta apa kejadah tah. Nak pergi fishing la tu. AKu terus menyerbu ke pintu, kena sekor-sekor puas hati aku. Tapi mereka tak da respon pon macam tak nampak aku ja. Invisible kah aku? Apakah mereka pandai menggunakan stealth setting? Aik? Macam YM pulak.

Aku sergah sorang-sorang. Barulah adek bersuara. Dia kata tadi keluar pergi carik umpan. Dorang nak pergi fishing. Parents pergi Pudu. Aku? Aku tinggal soranglah.

“Apsal semua keluar neh?,” dengan muka yang tak berapa sedar tu berasa sakit hati.
“Jom ar ikot!,” Ajak adek.
“Tak hingin. Ay tak suka fishing lah. Buang masa! Pergi tempat lain jom!,” aik? ehehe. aku try ajak mereka keluar tapi mereka sangat sibuk nak pergi fishing jugak. Kawan-kawan mereka pon ada sama. Aku tak jadi nak keluar rumah sebab sangat tak nak tengok muka kawan-kawan mereka. Nanti kalau aku keluar, semua pon akan diam ja macam terbisu-bisu. Lepas tu mulalah cakap secara secret... Kakak kau memang garang ar!. Bongok.

“Ayong! Kat mana best mancing?,” seblom pergi Haikal try2 ar bermesra dengan aku. Dia pon tahu aku macam bad mood ja.

“Manalah aku tahu. Shopping aku tau lah!,” terus ku blah naik atas. MAcam bosan ja ditinggalkan sendiri dalam rumah. Erk. Salah aku. Siapa suruh tidur? Tadi aku rasa macam mak aku panggil aku banyak kali. Macam biasala. Bila dia keluar, parents mesti nak jugak aku ikut. Aku pon tak berapa pasti kenapakah parents sangat suka berjalan membawak aku. AHHAHA. Kadang-kadang sampai masam muka aku dibuatnya sebab abah suka paksa aku ikut :(

Ok. Tinggal sendirian. Home alone. Apa nak buat neh?