from zero to hero
Cerita tentang jantung tadi. Apa yang dapat aku pastikan, sejak kebelakangan ini zon selesa ataupon zon tenang adalah semacam jarang ada. Sentiasa berasa berdebar-debar tanpa sebab. Rasa tak sedap hati. Tapi entah kenapakah. Macam ada je yang tak kena dengan kehidupan yang dilalui. Atau boleh dikatakan sebagai aku kehilangan track kehidupan secara mendadak. Aku pon tak berapa jelas dengan hari-hari yang hendak dilalui. Sangat jahanam perasaan ini.
Bukahkah sebaik-baik kehidupan adalah apabila kita tahu at least kehidupan untuk sebulan akan datang. Aku? Apa yang bakal aku lakukan petang nanti pon aku tak da idea. Sangat lost. Dan err… prestasi kerja juga turun. Tak da hati nak membuat kerjaan. Tiba-tiba aku rasa, aku takda masalah dengan sistem cardiovaskular. Masalah macam terpindah pada otak pulak. Sudah lah jangan bincang pasal anatomy bolehkah?
Hidup tanpa keterujaan. Iaitu tiada perubahan major ataupon kejadian super yang berlaku. Sangat bosan. Melalui hari-hari yang sangat tipikal adalah bosan. Macam kehidupan yang tidak berganjak. KOSONG. KOSONG. KOSONG.
Ohhhhhh ha! Tiba-tiba aku teringat satu teori. Iaitu teori 1 dan 0. Sebuah teori motivasi yang tercipta tanpa laboratory test tapi kebenarannya adalah sangat benar. Teori tersebut sangat menarik.
Asas kepada teori menyatakan bahwa nombor 0 jugak adalah satu nombor. Tahukah ia lebih ringan daripada nombor-nombor lain? Kejadian KOSONG dalam kehidupan tidak boleh dianggap remeh atau jahanam. Sebab tanpa kejadian KOSONG, kehadiran SATU tidak sekuat dan sebesar mana. Macam ni. Dengan adanya kejadian KOSONG yang banyak, bila berlaku kehadiran SATU di hadapan, bukankah amount SATU itu secara mendadaknya menjadi sangat besar? Apalah ertinya 1 tanpa 6 angka 0? Satu tidak akan menjadi sejuta tanpa wujudnya 0 bukan? Again, 0 is also a number.
Mengaplikasikan teori tersebut dalam kehidupan, setiap detik yang dirasakan kosong itu haruslah diharungi dengan begitu layan sekali. Dan hayatilah semua kekosongan dalam diri kerna lagi lama kita merasai kekosongan, lagi baik pulangan yang bakal kita dapat sebaik saja munculnya kehidupan yang bukan kosong nanti. Err… tak faham kah? Mungkin engkau mengidap masalah mental function yang tak berapa chronic tapi ada sikitlah. Banyakkan meminum air zamzam okeh. AHAHAH.
To be motivated, do enjoy your emptiness. Sementara tunggu kehadiran nombor SATU lah. Lagi banyak kosong, lagi besar nilai SATU. Wowowo. Tunggu saja dengan sabarnya ok Chika.




May 26th, 2008 at 5:23 am
sukanya dengan teori kosong tu. tetiba terasa sangat bangga bila rasa diri ni selalu kekosongan. cookie monster chika memang genius la. respek sama dia!
May 26th, 2008 at 5:31 am
teori yang agak bagos!
“Dan hayatilah semua kekosongan dalam diri kerna lagi lama kita merasai kekosongan, lagi baik pulangan yang bakal kita dapat sebaik saja munculnya kehidupan yang bukan kosong nanti”.
aku crushing sama ayat ini!!
May 26th, 2008 at 5:33 am
Andy Estranged sangat cool!!Stuju kebanyakkan drummer adelah seorg yg hensem..cube tgk drummer linkin park..hensem!!
May 26th, 2008 at 5:40 am
bulan lepas kena gak camni..risau takut sakit jantung terus buat medical checkup,hehe..doktor ckp tak cukup rehat dan stress,huhu…:) tekanan darah ngan jantung sume sihat takde masalah..yg peliknya pas jumpe doktor terus hilang berdebar2 tu,hahahaa
May 26th, 2008 at 7:10 am
sakit jantong? tak kuttt. kena jumpa doktor ke? kang doktor gelak kang. ekekeke
May 26th, 2008 at 7:13 am
bila baca komen acai tu, teringat adik akak yang nurse tu cakap. mindset kita, bila sakit, takut sangat nak pi jumpa doktor. tapi, bila dah masuk klinik, semua rasa rasa sakit tu hilang. memang semulajadi kot ek? err.. patutkah kita kahwin ngan doktor? huhuhu..
May 26th, 2008 at 7:15 am
KAK ERNI – semua badan kita dikuasai oleh otak. btol tau. tak percaya. cuba kalau sakit, tak peracya pada kuasa ubat. makanlah macam mana pon ubat tu mmg tak menjadi punya. tp bila sakit, makan ubat dan sgt percaya kuasa ubat, mmg otomatik pas makan rasa sihat. bukan sebab ubat tu bertindak secara kimia, tapi psychology bertindak dulu. benda kalau percaya, mmg jadi :)
May 26th, 2008 at 5:15 pm
bgus larh entry nie!
mmg sesuai ngn hidup aisya skunk.
KOSONG.
aisya single da!
huhu.
tapi still x reti nk hidup sbgai single.. mean, terasa kosong..
x reti nk isi larh kekosongan tue.