Archive for May, 2008

Tingkat 4.

Posted by chika under Uncategorized

Download :
Stacy - Aku Stacy


Difikir-fikir mengapa harus takut …
Sedang asalnya ku yang berkuasa …
Biarpun aku CHIKA bukannya permaisuri …
Harga diriku tinggi …

Buat layan la pulak lagu neh. Stacy neh agak tak berapa ‘artis’ personaliti beliau. Meskipun begitu, suara dan performancenya sangat powerful. Energetic. Dan dia neh antara gadisan yang tak berapa tahu untuk hidup kerna sikap lurusnya. Mungkin dilahirkan sebagai seorang yang go straight and turn right. Err … apa yang cuba dikatakan oleh chika neh? Sangat complicated dan agak luarbiasa. Aku nak cakap, Stacy memang tidak berciri ‘artis’. Beliau seorang yang lurus. Mungkin tak lama lagi dia akan bengkok. Sikit. Atau bengkok. Banyak. AHAHA. Artist mana ada lurus ma. *btw, ini bukan compliment*

Tapi aku suka Stacy. Sebab dia lurus. Macam aku suka Mawi dulu. Hmm… atas sebab yang sama. Kesimpulannya, aku tak berapa suka menjadi artist. Aku suka menjadi Politician. Lebih thrill. Dan nampak lebih educated, wise dan memperjuangkan sesuatu yang ada. Aku sebnarnya tak berapa faham apakah perjuangan artist. Tapi mereka sangat menghiburkan orang ramai. Err.. mereka macam clown lah. AHAHAHAHA. Wah, gurau kasar neh.

Kalau ada peluang, aku tak da keraguan hendak menempuh ke alam politik. Politik satu ilmu. Aku memang memperjuangkan keremajaan. Tapi statement ni macam berbunyi “hek eleh, tak remaja ar main politik!”. Betul jugak. Mana remaja main politik. Tapi kalau asyik orang tua dikasi main politik, sangat kisah klasik untuk masa depanlah. Mereka membanteras gejala sosial. Tapi mereka punya teori masih retro. Sebab tu negara perlukan remaja yang urban mengambil alih era retro tersebut.

Kalau aku jadi politician, mula-mula aku nak fight dengan samseng Tingkat 4. Tahukah kalian sebagai rakyat Malaysia bahawa negara kita dipimpin oleh anak muda tingkat 4? Sebenarnya tingkat 4 lagi tinggi dari tingkat 5 tahukah? Kejadian ini berlaku di bangunan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya SAHAJA. Tempat lain, di blok pangsapuri engkau atau pon di mana-mana menara lainnya, tingkat 5 masih tinggi dari tingkat 4. Cuma di JPM sahaja tingkat 4 lagi tinggi dari tingkat 5. Tak fahamkah? Banyakkan membaca dan mengambil tahu hal ehwal politik dalam negeri okay. Apa terjadi dalam election di US engkau taknak tahu pon tak pa. Yang penting dalam negara ini harus tahu. Jangan sangat bersenang lenang. Engkau tak tahukah ia merupakan satu tuntutan? Kecuali engkau sokong secular. Aku sangat tak sokong secular.

Macam samseng sangat je budak tingkat 4 tu. Aku pon tak berapa tahu kenapakah kejadian penguasaan tingkat 4 boleh berlaku. Oyya, jangan lupa bahawa Menteri Besar Selangor banyak kaya wo. Marilah tengok apa terjadi ke atas SYABAS. Sangat seronok tonton politik. Ia sama seronok macam menonton Spongebob bahasa Melayu setiap petang jam 5 di TV9. Sangat seronok. Lagi seronok bila wanita tua kurang kasih sayang mula berdrama dalam parlimen. Hoyeay! Sangat seronok.

Disebabkan aku ni tak berapa ada sikap takut, aku rasa baiklah jangan aku bercakap politik lagi. Sebab nanti dituduh sebagai provokasi. Padahal aku cuma berusia 22 tahun. Ih. Sangat tak maskulin kalau si samseng tingkat 4 ajak aku fight atau mahu dakwa ISA ke atas budak usia 22 tahun. Tapi bukankah sangat comel dan sangat adorable kalau budak usia 22 tahun yang menuntut sarjana muda senibina mengajak budak tingkat 4 tersebut fight. AHAHA. Khairy Jamaludin bodoh. Wah, comelnya aku bila berkata begitu. Lalalala~

Khairy Jamaludian ;
Berusia 32 tahun. Dilahirkan di Kuwait (patutlah hitam manis) Bekas penuntut Oxford University, UK dalam jurusan degree in Philosophy, Politics and Economics (PPE). Berpejabat di Tingkat 4, JPM.

Aku, Chika ;
Berusia 22 tahun. Dilahirkan di Kuala Lumpur. Masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina. Tidak berpejabat tapi berstudio di Faculty Of Engineering, Department Of Architecture, Ground Floor.

Tengok. Kalau aku ajak ja dia fight, bukankah satu dunia akan fokus lebih kepada aku. Bukankah aku dianugerahkan sebagai ‘remaja of the year’ dan seorang yang adorable secara mendadak? Kalau dia carik pasal dengan aku, bukankah dia akan dituduh si bahlul secara mendadak? Hek eleh, tak akan nak layan budak perempuan 22 tahun kot? Kes budak-budak… Pasti akan ditertawakan oleh dunia. AHAHAHA. Itulah sebabnya aku sangat layak menjadi politician. Sebab tindakan yang comel sangat sukar ditentang oleh tindakan yang bodoh.

Eiiiiiii…. comelnya entry ni! Aku macam tak sangka aku buat entry ni. Padahal ia bermula dengan sebuah lagu Akademi Fantasia. Wah. Aku sangat versatile. AAHAHAHAHA. Tapi aku memang tak sangkalah. Macam manakah boleh termasuk kisah Khairy Jamaludin dan kisah aku sendiri? Bukankah tadi sangat enjoy bercerita tentang muzik? Ini lah dinamakan ‘think out of the box’ WAGAGAGAGAHAHAHA! Layak kah aku menjadi politician? Tapi aku mahu jadi suri rumah tangga sepenuh masa lah. Sambil menentang Khairy Jamaludin secara persendirian. Ngeee :D

Hot Temper

Posted by chika under Uncategorized
Lagi-lagi demam. Selepas selamat eat my makan (alamak, terdinner ya ampun!) disuruhnya aku makan ubat-ubat. Kepala aku punya pening. Di dalam mulut ini ada ulcer sebanyak satu. Tapi saiznya semacam besar. Sangat sukar untuk aku berbicara apatah lagi berketawa macam orang kaya. Err… tapi bukah aku kah tadi yang berteriak sebanyak dua kali di Danau sambil berhooray tanpa malu! Wah. Manakah ulcer waktu itu? Punya excited sampai terlupakah punya ulcer di dalam mulut itu? *roll your eyes on me*

Mula-mula.

Si F : Hujan macam dah stop neh!
Si N : Yeay!

Dush! Dipukulnya tubuhku yang tak berapa stabil ini dengan tangan kanannya. Wah, gurau kasar nampak! Aku pon kenapakah beriaksi begitu? Padahal di situ terdapat sebuah keluarga yang anaknya gemar membuka warung kopi di dalam pool. Abis semua makanan nak dibawanya masuk pool. Apa engkau ingat ini cafetaria kah?

Lepas tu.

Kami belajar diving. Good job, Chika! Sekejap saja sudah belajar dengan baik. Aku pon seperti biasa. Mempamerkan sikap aku yang hakiki tersebut.

“Hooray!”

Aku jeritlah seperti anak tarzan. Sambil tangan-tangan ini secara automatiknya ternaik sama. Sangat salah tindakan tersebut. Mendatangkan malu. Kan sudah kukatakan bahawa aku seorang yang mudah teruja dan seorang fanatik atau extremist atau pelampau atau melampau.

Petang tadi belajar diving bersama dia. Dia menjadi cikgu. Tapi dia kata aku sangat sombong hari ni secara tiba-tiba setelah lama tak berswimming sama. Dia kata aku sangat sombong. Dan dia kata semacam ajaib juga aku sudah pandai melakukan aksi renang secara cepat. Dituduhnya aku akan cepat belajar tanpa kehadiran dia dalam hidup aku. Aik? Bukankah lain macam bunyinya? Bukan sombonglah. Aku belajar dan lepas tu aku praktis secara sendiri. Biar dia menumpukan kepada Si Fafa yang sangat pandai Doggy Style (Aik! Gedix dengan Guan kata jangan cakap macam ni sebab sangat lucah) Ini bukan pornografi. Aku kan tengah bercakap tentang Sukan Renang. Padahal fikiran aku sangat tulus secara lurus tapi mereka yang cuba cemarkan. Aku tak faham betul sikap orang dewasa terlebih ilmu ni. AHAHAHAH. Baiklah, aku istilahkannya sebagai Stail Anjing. Sangat anjing bukan bunyinya? Sebab itu aku tak berapa sanggup menyebutnya di dalam bahasa Melayu sebab semacam satu penghinaan. Kau pilih. Nak bergurau kasar atau nak penghinaaan? Apakah yang cuba aku tulis ini? Aku peninglah. Sekejaplah aku berlari setempat dulu membakar kalori.

Macam ni. Kami belajar diving. Sangat syok menyelam sampai mencecah lantai. Dan menggerakkan badan, kaki, tangan dan apa-apa anggota lain yang tidak disenaraikan secara duyung. Little Mermaid. Yang mempunyai suara merdu itu tetapi diberikan dua pilihan. Mahu berkaki atau mahukan suara yang merdu? Kesian Little Mermaid. Kalau aku disuruh membuat pilihan, aku akan memilih suara yang merdu sebab aku sudah punya kaki! AHAHA. Gelakkan Little Mermaid! Err… kita bercakap tentang apa tadi?

Oh. Aku sebenarnya malas mahu tulis lagi tentang swimming petang tadi. Sebab nanti engkau semua pon akan berkata macam ni “Hek eleh Chika. Asyik cerita swim je! Ceritalah benda lain pulak! Tak da life betul budak ni!” Dan ini akan terjadi dalam dua cara. Samada engkau akan bercakap secara kuat ataupon merungut di dalam hati. Padahal aku memang tengah obsess ni. Itulah. Jangan diajar aku ni buat sesuatu. Aku bukan saja akan belajar, malah akan obsess dan ketagihan. Extremist la katakan tadi.

Ini ada satu cerita suam iaitu tak berapa panaslah. Aku semacam sangat bosan dengan nuruloveme. Apakan kata jika aku menukarkannya secara tiba-tiba. Dan engkau semua pon tak tahu. Wah. Thrill! Sangat padan muka. Padan muka siapakah? Siapa makan cili, dialah yang terasa cilinya. AHAHAHA. Aku kan sudah kata. Aku bagi masuk sini. Duduk diam-diamlah. Jangan mengapa-apakan aku. Nanti aku pon berasa sakit hati, aku pon akan membalas dendam. Bukankah kesannya sangat negatif? Kita buat deal lah ok. Engkau baca dan baca dan baca. Aku tulis dan tulis dan tulis. Engkau komen dan komen dan komen. Kalau aku benci komen kau, aku delete dan delete dan delete. Bukankah sangat mudah?

Blog ni cuma berbaki 8 kekosongan saja. Bukan banyak pon. 8 saja. Ini sangat menguatkan alasan aku untuk menolak kau get out dan replace dengan orang lain yang sedang histeria menunggu untuk diinvite. Sangat kesian tapi semacam waswas saja dengan mereka itu. Alah, bukan ada apa pon di dalam neh. Aku bukan suka bagi hadiah misteri untuk readers ke 10 000 atau ke 20 000 atau berapa ribu pon. Atau bukannya ada peraduan teka dan menang di sini. Cabutan bertuah apatah lagi. Sangat tak ada apa di sini. AHAHAH.

Kepada semua readers yang comel-comel dan tak membuat masalah, sangat thank you. Aku tahu engkau smeua huru hara di sini aku tak da kisah pon. Kata nak belasah aku lah, nak cubit aku lah, nak ketok aku lah, nak tikam aku pon ada. Wah. Gurau kasar. Biarlah gurau kasar asalkan tak menggegarkan sistem saraf aku. AHAHAHAHA. Sorry aku tak berapa bersosial di sana sini ke blog-blog sebab kehidupan sangat terhad ketika ini. Lagipon bukankah sangat tenang blog kau semua tanpa wujudnya komen-komen aku sangat memakan hati itu? Ekekeke.

Siapa ada masalah dengan aku? Sangat kesian. Sebab aku tak da masalah dengan kau. Bila aku tak bermasalah dengan kau, maknanya kau memang tak da dalam sudut tumpu pandangan aku. AHAHHA. Kesian…. Tahukah aku sedang marah neh? Tapi entry ni bila dibaca tak berbunyi kemarahan kan? Penggunaan ayat yang kurang tepat. Dan mungkin kurang tanda seru.

By the way. Selain benci short form yang digunakan secara melampau, aku juga sangat benci blog yang ditulis dengan menggunakan terlalu banyak tanda seru. Ini bloglah. Nak menjerit pergi naik Puncak Himalaya sana. Jeritlah. Sampai 80 harkat pon tak pa. Atau nak jerit sebanyak 800 tanda seru pon tak pa.

Kan aku dah kata. Entry ditulis secara marah. Kan dah keluar semua komplen dan penghinaan. Baik jangan ditulis lagi. Sepatutnya tengah marah jangan menulis entry. Nanti berbunyi sangat biadap. Tengah marah sebaiknya pergi beryoga. AHAHAHA. Apsal? Tak puas hati? Do drop comment. Sertakan link sekali atau email untuk dihubungi. Anonymous adalah rubbish.

pedang setiawan

Posted by chika under Uncategorized
Tadi bila Guan balik, aku berasa seperti mahu melompat katak, lompat galah, lompat jauh dan kesemua jenis lompatan dalam upacara olimpik. Gembira dalam hati! Sangat letih layan dia bersembang. Kalau tak mengucapkan sesuatu yang dirty, memang bukan dialah. Tiba-tiba dia muncul di YM. O-mai-god! Lu apa mau??? Macam biasa. Dia mengucapkan sebutir dua kalimah tak berapa sedap didengar. Aku pon warning dia suruh diam.

Bosan.

Bila bosan, macam-macam benda difikirkan dalam kepala. Melakukan perkara-perkara makruhlah. Ajak Farah ke Alamanda? Menikmati Waffle Stop? Pujuk Ainul ke Mines? Merayap secara anti graviti di sana? Sementara menunggu petang. Atau pergi National Library? Oh tidak! Tapi aku taknak kacau Farahlah. Biar dia buat kerjaannya dan aku berbosan-bosan di sini.

Tadikan kami naik office jumpa Puan. Ayat bukan sikit punya lembutlah pujuk hati beliau kasi sejuk. Sebabnya semalam terlambat hantar assignment. Plotter ar! Lambat terhegeh-hegeh. Aku rasa Ikmal kena tendang plotter tu sekali seumur hiduplah. Baru okey sikit kot. Ink pon keluar secara romantisnya sampai sangat tersembul mata nak tengok line yang bergelimpangan di atas paper. Diharap dengan penukaran ketua jabatan yang baru ini, JSB akan mendapat lagi banyak plotter. Dan err kalau boleh, bagilah kami duit tajaan tanpa sebab. AHAHAHA. Nasib baiklah bukan si Nasri tu jadi ketua jabatan. Kalau tak, matilah aku. Abes rentung dibakarnya kereta aku di luar sana. Aku tak tahulah sampai bilakah dia akan sangat bencikan aku padahal aku sangat sayangkan dia. Yucks! Jijik gila. Tengok kereta dia pon aku dah berdarah hidung. AHAHAHAH.

Tadikan, Puan Akmal puji baju aku. Dia kata baju aku sangat cute. Sudah dua kali dia puji baju aku. AHAHAHA. Puan, this is fashion architecture. WAHAHAHA. Dengar dek Prof neh, kena panggang aku macam itek pangganglah. Nyum nyum. Ehehe. Ketika itu, disuruhnya aku berdiri di hadapannya sambil dia membelek-belek hujung baju aku. Aku pon tak sedar yang aku berasa malu. Sebab aku tak tahu aku malu ka tak. Aik. AHAHAH. Tapi Kak Mun kata … “dah merah da muka Nurul tu. Dia malu,” AHAHAHAHA. Maknanya aku memang malulah diperlakukan sebegitu. Sangat bodohlah muka neh memerah pulak. Sangat tak cool ja bila muka merah kerana malu. Sepatutnya walaupon malu harus bertenang saja. Barulah nampak bergaya. Merah-merah… apa best!

Sekarang pon sedang terblushingblushing neh. Apalah Arab depan neh main tengok-tengok. Tak solat Jumaat ka? Dah la ponteng solat, engkau main mata pulak di sini. Hey, Pak Arab! Walaupon muka aku macam monster sangat hebatlah konon, tapi aku tak boleh tahanlah perasaan malu. Sangat malu ditengok semacam tu. Pergi solatlah! Pergi! Satu, berdosa besar lelaki meninggalkan solat Jumaat. Dua, berdosa besarlah melihat perempuan yang bukan muhrim secara tenungan anak mata. Aik? Ini usrah lah. AHAHAHA. Aku malu betullah dibuatnya dek Arab-arab neh. Tengok misai dia pon aku dah seriau satu badan. Aku tak suka lelaki bermisailah. WAHAHAHA. Pergi shave sana!

Semalam ada orang ajar aku cara-cara senyum. Ewah, macam bagus nampak. Padahal dia penjual air saja. Dia kata kalau aku tak senyum jugak, dia taknak bagi air. Macam aku kempunan sangat ja air dia. Ni dah kali ke lapan juta orang-orang macam bagus ajar aku cara-cara senyum. Suka akulah nak senyum ka tak. Aku memang secara lahiriahnya bukan kaki senyum nak buat macam mana. Dulu dekat LRT station pon ada orang suruh aku senyum. Dia kata hari-hari tengok muka aku serius ja. Apakah kerjaan yang aku kejar secara seius itu? Aku kata takda kejar apa cuma aku memang tak suka senyum secara random atau senyum merata-rata. AHAHAHA. Sukahati akulah! Lepas tu semalam, sebelum dia pass air kepada aku, dia suruh aku senyum lagi. Aku terus blah! Akhirnya si penjual air datang dan hantarkan air sambil kata yang dia sangat jarang tengok muka aku senyum.

“Muka sombong sangat. Kalau senyum pasti kurang sombongnya,” Sebelum berambus sempat dia sound aku. Tak guna punya penjual air. Suka hati engkaulah. Macam aku heran ja orang kata muka aku sombong. Dari aku baby lah semua orang dah kata macam tu. Mak aku kata, dari kecik pon memang muka aku macam tu. Dan sangat sukar bergaul dengan orang sebab aku tak suka berkawan secara sembarangan. Dululah. Sekarang neh aku tengok, kawan-kawan aku dah macam-macam jenis orang. Dari yang baik sampai yang jelik pon ada. Yang gatal tak sudah pon ada. Bila dia dah buat hal belakang kita, dia baiklah dengan kita. Kalau tak, kita tanya pon dia tammo jawap. Macam-macam. Lagi baik sombong dari gatal. Shoot kepala dia!

fakultiku kosong lagi kosong

Posted by chika under Uncategorized
Listening to Leavin’ by Jesse Mc Cartney.
YouTube-ing Aku Stacy by Stacy.

Seperti sangat lapangkah Jumaat ku tanpa kerjaan? Bersantai di kaki lima umpama dewa dewi menikmati wireless percuma. Aku dan Guan. Berdua di sini setelah Fafa mengambil keputusan untuk pulang ke bilik membuat kerjaan 3D. Baguslah dia pulang ke sana kerna aku pon semakin muak melihat 3D bumbungnya yang tidak siap-siap. AHAHAHAH.

Petang nanti setelah puas ber-swimming aku dan Fafa akan pulang ke rumah masing-masing. Ibuku sudah menghubungi, memberi arahan supaya ku pulang minggu ini kerna beliau mempunyai agenda yang ingin dilakukan secara ibu dan anak. Oh lihatlah bahasaku sangat klasikal bukan? Inilah artinya aku memang siswi Universiti Kebangsaan Malaysia yang asli. Sangat Melayu dan sedikit klasik. Alahai, aku Melayu klasik. Sangat meyampahkan pengakuan ini. Ekekekekeke.

Woh! Semalam membuat working drawing secara lajulaju macam halilintar. Sarah lah tu takutkan aku. Di tengah-tengah ruang legar fakulti yang sangat bergema umpama gua batu ini … beliau berteriakan.. “Nurul! Baik kau hantar je skang working drawing! Puan kata, kalau lambat lagi banyak dia tolak markah!Tak complete pon ,”

Makk! Aku pon apalagi, teruslah sumbat semua drawing masuk title block. Nasib baik si Ikmal (abang office) ni sangat sporting. Dia je budak office yang sanggup layn budak studio ni walaupon terpaksa tunggu sampai malam buat printing. Sangat baik tau Ikmal ni. Tak macam si Fat**. Dah la buat masalah dengan Teddy Bear. Lepas tu muka nak garang. Macam best je muka dia tu kan. Aik? Apakah masalahku dengan beliau? Tak ada. AHAHAHA.

Aku ingat buat working drawing neh remeh ja. Rupa-rupanya masak jugak nak siapkan. Patutlah semua muka histeria ja. Aku rasa sangat sukarlah mengharungi short sem neh.

  1. Working drawing (yang memang sepauh mati punya azab nak siapkan)
  2. Topical Study (gila supervisor aku sangat sibuk. Manakah Prof!)
  3. Structure
  4. Penang! (Architectural workshop)
Ini semua nak dibuat dalam tempoh kurang dari 2 bulan. Sakit jiwa bila aku fikir sebab tu aku tak da fikir. Aku enjoy ja walaupon sebenarnya aku sangat cuak. Ih ih ih!

Macam kesian pon ada tengok junior. Preparation nak pergi workshop macam tak berapa berjalan. Atau running terlalu slow. Banner semua tak siap. Padahal kami dulu masa nak pergi workshop, macam budak gila siang malam buat preparation. Buat banner pon secara extreme. Kamikan gila banner. kalau boleh, banner-banner school lain pon kami nak rembat. AHAHAHHA. Nak tolong junior, tapi kami kena tolong diri kami sendiri dulu :(

Ih. Guan ni jahat tahu! Dia tak puas hati dekat one of our senior ni. Err… bukan semua kah tak suka si senior tu? AHAHAH. Lagilah pulak senior ni kasut dia berbunyi secara ‘makcik-makcik’ yang merasakan diri sangat ‘profesional’. Abeslah tergelak di sini aku dibuatnya dengan mulut si guan ni. Siap dengan aksi ok dia ejek senior kami ni. Oh Farah! Tolonglah aku tak larat lah dengan Guan ni. Amboi mulut hang! Sangat jahat. Tapi macam sangat kelakar sebab senior ni memang macam bagus ja. Muka nak serius selama 25 jam sehari. Macam bagus. Konon2 junior kena respect dia. Eh, boleh blah!

Demam Fever ll

Posted by chika under Uncategorized
Aku terdemam pulak. Padahal tak sepatutnya demam dalam waktu ini. Esok submission working drawing untuk Ground Floor. Semalam pukul 11 dah tidur. Patunya tak tidur-tidur. Tapi kepala sakit. Tekak pon sakit sangat perit. Pagi tai aku tak nak pergi kelas sebab badan sangat panas. Sampai sekarang.

Turun cafe bawak laptop. Terjumpa Gedix. Ajak gedix teman masuk CC. CC ni panas. Very kepala hotak one. Cannot be like thissss. Why Zaa’ba so miskin? Very kedekut tahi hidung masin. Aircond apakah sangat tak sejuk neh? Wireless pon sudah rosak. See, very miskin and bodoh jugak.

Aku tak tahu untuk apakah aku turun cafetaria yang suram ini. LAngsung tak happening tiada manusia Yang ada cuma kerusi dan meja yang kosong. Belum breakfast. Lapar tapi sangat malas bergerak mencari makanan. Makanan datanglah pada aku.

Tahutak? Semalam buat kali keduanya, kami turun swimming pool untuk ladies. Gila keruh! Biasanya terjun main pool. Sampai bila menyelam kan, tak nampak pon kaki-kaki pelbagai aksi dan saiz. Memang tak bolehlah kalau nak buat keje2 usha orang atau melihat best swimmer melakukan movement dalam air. Sebab tu malam semalam, balik dari swimming tu mendadak demam. Dengan ramai orangnya. Ketiga-tiga pool pon penuh. Satu fenomeno yang sangat dahsyat. Mak budak, bapak budak, budak-budak dam segala jenis manusia dan keturunan pon ada.Stress gila dibuatnya. Akhirnya aku ajak Farah tukar pool. Kami masuk main pool. Gila! Dah la aku tak cukup inci. Swim punya swim, tersampai ke tengah pool. Makkk! Langsong tenggelam. Tapi best wo semalam. Swim sampai semput. Air kat main pool sangat jernih. Boleh nampak macam-macam. WAKAKAKAKA. Chika, gatalnya hang! Tak da lah. Aku pergi sana swimming la. Bukan membuat jahat. Ehehehehehe. Best! Best! Swim dengan perempaun sangat tak best. Mereka sibuk suka tengok orang. Lelaki releks ja.

Aku demam :(

aku lebih tahu

Posted by chika under Uncategorized
ku tahu kau bukan lawan untukku,
sampai ku harus cemburu …
tuk memikirkanmu…
bukan mahu …
cuba dabik dada denganmu…
siapa dia kasihku…
aku lebih tahu …

hari akan hujan mungkin dalam kiraan 10. aku akan pulang ke universitas. memandu dalam rinai hujan, juga dalam sedu sedan. oh bukanlah begitu. aku akan memandu semacam kenderaan disable di dalam hujan. Aku sangat takut memandu dalam hujan kerna aku tidak yakin dengan sikap hujan itu sendiri. dia nampak cantik bila dia muncul dalam bentuk gerimis. tapi dia nampak sangat buas bila dia wujud dalam bentuk lebat. berserta buny-bunyian dari langit. satu kejadian yang dapat disaksikan oleh semua manusia yang pernah hidup atas muka bumi.

ada orang ajak aku ke national library. aku kata tak mahu. dia ajak jugak. padahal kalau aku kata tak nak, emmang taknaklah. tapi dia tanya secara berulangan dan aku pon memberikan jawapan yang stabil iaitu tak nak. dia tak tahukah aku sangat tak suka library?

library. tempat apakah itu? sangat sepi. intonasi suara akan di-limit secara paksaan. menapak langkah pon kena ada kiraan momentum yang tertentu iaitu jangan sampai mengeluarkan bunyi. bukankah sangat mati kehidupan yang hidup tanpa bunyi. sebab itu aku benci tempat terlalu sepi. err.. macam library lah. terlalu terbuka dan dikelilingi manusia dengan jiwa dalaman yang kental untuk menjadi barisan intelektual. sedangkan aku bukanlah barisan intelektual tersebut. kemudiannya terdapat lorong-lorong yang tercipta dari barisan rak buku. apakah? satu pandangan yang tak berapa kena dengan jiwa aku. pendek kata, tak payah ajak aku ke library. kecuali terdesak, aku akan pergilah iaitu bila nyawa jadi taruhan. atas urusan hidup atau mati. err… semacam bila sangat perlukan maklumat dan internet yang macam bagus ni tak mampu sediakan, barulah akan terhegeh-hegeh ke library.

dia ajak jugak. aku kata taknak. aku suruh dia pergi sendiri membawa dirinya itu dan janganlah memaksa aku. sebab library bukan tempat sanctuary bagiku. wah.

tengoklah selepas nokhtah harus menggunakan capital letter. tapi entry kali ini tiada capital letter. sebab semuanya harus average. supaya semua abjad nampak sama. tiada siapa yang besar mahupon kecil. aku lebih tahu.

gud. cuaca sudah gelap. baiklah aku pergi bersiap sekarang. kembali ke bilik bernombor E2123. malam ini, apakah agenda? apa best di sana? jangan tanya soalan apa best di sana. sebab sangat susah dijawap. lagi senang menjawap soalan structure. bila lagi update? aku lebih tahu.

p/s : bila semuanya dah terlambat, barulah manusia ni akan cuba sedaya upaya untuk memulakannya. sedangkan sudah terlambat.