Archive for April, 2008

pernah?

Posted by chika under Uncategorized
pernah tak.
engkau tidak berapa tahu engkau berasa apa.
engkau tahu engkau sakit.
tapi semacam terlupa yang engkau sakit.
sebab engkau berada dalam satu keselesaan.

pernah tak.
bila engkau sedih.
engkau pasti engkau sedih.
engkau gembira.
tapi engkau tak pasti engkau gembira.
kerana apa.
dan demi siapa.

pernah tak.
sesuatu berlaku secara tepat.
pada waktu dan keadaan yang tepat.

pernah tak.
engkau berasa sukar.
sangat sukar.
tetapi selesa.

jawap pernah atau tidak.

susahlah

Posted by chika under Uncategorized
selamat pagi.
semalam ke katil terlalu awal. Kerna desakan jiwa.
HAR HAR HAR!
Pagi ini bangun secara pagi-pagi.
Terasa rajin.
Terus membuat links.
Tengok sebelah kiri sana!
Siapa tak jumpa link dia?
Semua link sudah ada.
Magik bukan?
AHAHHA.
Kalau engkau tak da blog,
janganlah buat-buat pengsan kononnya engkau tak di-link.
Faham ke?

Petang nanti balik UKM. Sangat tak nak. Tapi sangat kena. Esok pagi first paper ; Etika Kejuruteraan. Susah tahu? Sebab err… kena fokus word by word. Aku tak suka bila aku menghentam jawap terlalu banyak. Nanti aku bad mood. Bila aku badmood, aku pon akan garang. Tidak eloklah begitu. Aku jugak tak suka kalau tidak membaca buku menjelang exam. Biar pon untuk subjek lelong, aku baca buku jugak. Biarlah dituduh skema oleh… ermm… Shida. AHAHAH. Dia kata aku nih skema. Subjek u2 pon mahu study separuh mati. Kesian kat aku. Kalau tak study nanti aku frust. Kalau sudah study at least aku tak da kecewa. Walaupon design aku selalu terkantoi-kantoi, tapi paper aku clear tahu kah? Mendapat B untuk sebjek selain design semacam sangat mengecewakan. Tapi kalau design lah dapat B, dah boleh melompat sampai kepala mencecah awan. Boleh pergi awan 9. AHAHAHA.

Selepas saja tamat paper esok pagi, aku akan bergegas balik Cheras. Secara ekspress. Tak mahu terjumpa sesiapa atau sesuatu. Terus pecut lari balik. Malam ni aku akan menagih simpati Farahlah. Akan bersetinggan di bilik beliau. Sebab aku tak da nota yang complete neh. Tu la malang nasib aku semester ni. Selalunya dia yang pergi compile semua notes untuk aku. Bukan setakat compile, dah siap ditandanya mana yang penting. Oh. Sangat susah. Tak pelah. Aku boleh berusahalah secara sendiri. Apa ingat aku ni tak boleh ka? Aku sangat boleh tahu. Cuma bila diri dimanja, memang akan menjadi selalu tak tahu. Padahal tahu. Ihhh… buang buang! Jangan pikirkan apa-apa. Kena hidup secara gembira. Kalau tak gembira nanti demam. Bila demam susahlah mahu exam.

Semalam menghubungi grandparents di Johor. Aku dan atukku menyambut hari lahir pada tarikh yang sama. Macam biasa, kalau tak di-wish happy birthday beliau akan berkecil hati. Nanti dikatanya aku cucu yang melupakan orang tua. Padahal aku tak pernah melupakan mereka. Aku ni bukankah cucu favorite? Haruslah menjaga reputasi. AHAHAHA. Aku disuruhnya balik kampung bila selesai exam nanti. Tengoklah macam mana okeh. Selesai exam nanti aku terus sambung short sem. Lepas tu terus ke Johor. Outstation lagi. Puan pon sudah bising-bising suruh senior ikut ke architectural workshop di USM. Dari Johor ke Penang? Macam sangat penat je.

Architectural workshop? Wooo… sangat nak! Tapi macam tak boleh pergi je. Maklumlah, hidup solo. Bukankah tak best pergi secara solo. AHAHAHA. Lagipon ada measured drawing, working drawing, structure and thesis. Gila nih. Thesis belum mula buat. Aku tak dapat bayangkan lagi apakah akan jadi dengan aku sepanjang short sem. Semacam sangat sibuk. Erk :( Tapi architectural workshop semacam event yang sangat harus pergi. Tapi USM jauh sangatlah. Tengoklah macam mana. Kalau serius kawan-kawan aku ni nak pergi, aku pon akan pikirkan untuk pergi. Tapi aku mahu jadi observer saja boleh ka?

sebelum terbitnya czai hong, ada guruh yang kuat.

Posted by chika under Uncategorized
Ayam tahu kah? Berjalan-jalan sehari suntuk tapi tak da sampai ke mana. Kucing tahu? Berpusing-pusing keliling rumah tuannya, mengawan dan berambus. Tahu? Semacam penat tapi tak begitu sampai ke mana. Macam akulah. Hari ini. Semacam sangat penat. Berjalan-jalan menziarahi rumah sendiri. Semacam lama tak mengunjungi sudut rumah. Turun naik turun naik sampai keletihan. Tapi tak da sampai mana. Akhirnya masuk ke bilik jugak, naik ke katil, menghadap pc lagi. Macam ayam. Macam kuding. Tapi aku tak da mengawan. Itu saja perbuatan kucing yang aku tak da buat.

Masuk ke bilik, mula-mula tengok handphone. Macam tunggu sangat je. Padahal tak da tunggu pon. Tak da. Tak da. Sikit pon tak da. Cuma sms Hati Waja saja tak habis-habis. Sangat teguh jiwa beliau. Sangat kental. Apa hati kau neh diperbuat daripada besi kan? Sangat bertahan lama. Mungkin belum sampai takat lebur barangkali. Aku kena kasi panas kat dia lebih banyak sampai hati dia lebur. Aku sangat tak nak bertanggungjawap neh tahukah. Nanti dikatanya aku mempermainkan dia. Padahal dia yang mengajak aku bermain tapi aku dah kata aku tak mahu bermain dengan dia. Aku pon membiarkan dia macam seperti sangat kesian. Sangat kesian tapi apa boleh buat. Dia bukankah sangat besi? Bertahanlah di sana ok.

Habislah semua networking aku jelajah hari ni. Macam sangat bosan lah katakan. Setelah lama tak mengganggu member di Friendster, aku pon berfriendster. Sempat menghentam few comments dan menyakitkan hati few orang. AHAHA. Lepas tu bermain Myspace. Dah lama tak menjajah profile member, hari ni aku pon keluar masuk mencari kawan-kawan. Ha, dah bosan tahu carik kawan. AHAHA. Tak tahu pulak aku, ada ramai jugak studiomate ber-myspace. Macam tak pernah tahu mereka ni wujud dalam friendlist. Komen mereka tak di-reply sebab dipikirkan stranger. AHAHAH. Ya ampun!

Lepas Myspace, masuk Facebook. Ceh. Apa kejadahlah buat mata aku pening. Gila banyak request. Aku tak larat nak layan satu-satu aku delete semua. Tapi ada yang sangat kelakar. Sex service pon ada. Semacam melakukan hubungan secara maya. Siap ada virgin dan tidak virgin. AHAHAH. Gila merepek. Flirting lah. Kissing and hugging. Dan mereka boleh menjual beli aku. Banyak cantik muka kau! AHAHAH. Suka suki engkau nak bidding aku.

Bosan-bosan, aku pon turun ke bawah. Memakan ais krim Kit Kat sebanyak dua. Rehat sekejap setengah jam. Sambung ais krim Smarties. Lepas tu ternampak Paddle Pop (paling aku suka neh). Entah siapa punya, aku rembat ja masuk perut. Sekarang rasa muak macam nak muntah. Yuck! Aku dengan Haikal ni kuat muntah. Geli sikit muntah. Tapi Haikal lagi extreme punya penggelinya. Kalau memasak, jangan kasi dia tengoklah. Nanti dia nampak kuih muih digaul dengan tangan pon dia boleh muntah. Terus tak dimakannya seumur hidup. Mak aku kata, inilah anak-anak yang sukar dibesarkan. AHAHAH. Tapi dah besar pon dengan sihat dan kuat. Errr…

Bilakah Haikal nak balik? Aku bosan di rumah. Esok balik UKM. Isnin exam. Selepas paper, mungkin balik Cheras. Tapi tengoklah keadaan. Kalau aku tak balik, ada lah yang berlaku tu di sana. Tapi aku tak akan benarkan apa-apa berlaku. Aku tak mahu peduli lagi. Macam seronok pulak melakukan aktiviti girls nite out. Semacam bertahun tak melakukannya. Syok wo. Tapi tak da kawan diajak swimming. Macam manakah? Mari berswimming. Mari berswimming. Sambil bermain tarik-tarik sampai lemas.

Tahukah? Handphone aku dah bisu selama 3 hari. Sikit lagi aku baling juga handphone ni. Kalau ada pon bunyi, semuanya dari Affan. Buat aku stress betullah.

jom main teropong.
teropong apa?
teropong mat saleh.
huh?!
mat saleh mandi kat swimming pool.
nampak ke?
jelassssss. mabelessss…
gila engkau.
tak tengok lagi gila.
ahahahahha. jom.
engkau tengok rooftop hotel sana, aku tengok hotel situ.
eh. aku nampak lain.
apa? lagi best kah?
aku nampak budak sekolah panjat pagar.
report polis!
baik kau report JAIS ni ada couple asmaradana atas rooftop.
sudah. jangan jaga tepi kain orang. ayuh, teropong lagik!

KLTOWER BEST!

Semacam hampir hujan di luar sana. Guruh dan berbunyi. Di harap ada Czai Hong yang mengindahkan dunia setelah guruh menakutkan jiwa :(

green day

Posted by chika under Uncategorized
Semacam ada aura malas bercerita. AHAHAH. Tapi seperti setiap semesterlah, hujung semester akan mendatangkan rentetan hari-hari yang warna warni. Dan juga dalam hitam putih. Macam sayang kalau tidak diabadikan. Tapi masih aura malas. Engkau tengok foto, engkau create cerita secara sendiri okeh. Pastikan cerita yang berbaur architecture. Jangan berbaur seksual. Sebenarnya kisah ini tidak seksual tetapi kalau diceritakan, ia menjadi sangat tekstual. Sangat banyak cerita. Nanti engkau semua histeria membacanya. AHAHAH.

01- The nite before internal review.
Ini presentation panel aku. Tak banyak 5 A0 saja. Project Performing Art Center dengan Ticket Box Office. 3D tak perfect. Macam sangat tak puas hati. Biasanya, drawing tak perfect tapi 3D sangat perfect. Err.. aku suka buat 3D lah. Aku tak berapa rajin melukis CAD. Sebab aku pening tengok LINES. And err.. LAYERS. KAli ni 3D aku ada facade treatment saja. AHAHA. Itu pon untuk dijadikan penghias panel. Yang bahagian belakang smeua tak da apa. Massing macam kotak buruk. Apa nak lawan 3D ka? Pergi lawan Alif atau Keghi atau budak boys lah. Mereka buat 3D macam gila. Menangis tengok. Macam sangat cantik. Tapi aku tak da bagitau dorang nanti mereka sangat syok.
greenday

Details drawing aku tak sempat siapkan. Engkau tahukah apa jalan penyelamat yang aku buat? Lagi satu jam nak submission, aku download autocad file on details drawing kaw-kaw punya dari internet. Lepas tu aku adjust scale dan dimension saja. Print! AHAHA. Sekali tersalah print. Sangat kecik sampai satu tusio gelak kenapakah drawing aku kecik macam kuman. Aku pon macam sangat cuak. Lagi setengah jam. Nuar muncul (Dia ni very fussy macam mak minah. Engkau tak akan tahan buat kerja dengan dia) Si Nuar ni ajar aku pergi photostat ja kasi scale up. Aku pon buatlah. Murah. 8 posen. Gembira. Sampai studio lecturer dah masuk. Aku pon secara senyap dan secara dikawal oleh Shida dan Gedik (macam cover line) , terus gunting dan gam drawing atas panel secara kemas. AHAHAHA. Nampak macam real. Macam sungguh-sungguh aku yang buat. Padahal sangat tipu. Fotostat pulak tu. Kalau lecturer tahu memang kena shoot kepala aku. Tapi aku sangat baik hati. Aku kongsi drawing trsebut dengan rakan-rakan. Mereka pon buat benda yang sama macam aku. Macam penjenayah yang berkongsi hasillah.

02- internal review.
greenday

greenday

greenday

03
- Working Drawing



Satu hari suntuk pulak siapkan working drawing. Nasib baik ada gap SATU hari sebelum external review. Siang tu adalah hari dimana aku di SABOTAJ oleh lelaki tersebut. Malam, Nuar sampai dari Shah Alam. Kami ni semua dah kebulur satu hari suntuk tak makan sebab takut nak makan. Kalau makan, kerja confirm tak siap. Aku pulak dah janji dengan John nak datang rumah dia print panel pukul 12. SEMUA KEBULUR. Shafiz duk bising-bising lapar. Aku kata kat dia, sabar atau aku tinggalkan dia. AHAHA. Sangat berkuasa ok perempuan di sini. Sebab yang berkereta semua perempuan. Jadi, lelaki semua jangan bising. Lelaki kelas aku ni semua genius-genius, design gempak, budak2 4 flat and scorer. Tapi tak reti bertukul, bermekanik atau men-drive. Kelakar kan? Ada few saja yang memang gagah perkasa tapi dah pulak sangat kasar sampai annoying. AHAHA.

Tiba-tiba tengah malam tu Nuar datang bawak spaghetti. Menyambarlah semua orang. Aku tak suka spaghetti tapi disebabkan lapar, aku jamah sikitlah. SEMUA BOYS saja malam tu yang stay. Aku pon semacam tak berapa berselera makan dengan mereka ni. Macam sangat geli secara sikit. Sebab mereka berkongsi-kongsi. AKu pon keluarkan statementlah “Kasi aku makan dulu boleh ka? Aku guna sudu, bekas apa semua dulu okeh. Lepas aku makan, korang makan. Boleh ka? Nanti aku macam gelilah tengok korang makan. AHAHAHAH,” berani bukan? Arul pon apalagi, terus angkat semua plate, garpu kasi aku. Aku makan. Dorang tengok. AHAHA. Lepas aku makan, mereka baru sambung makan. Dah la mereka gunakan sudu yang aku guna. Siap sambung bekas pinggan aku. Apakah. Aku pon terus berambus buat kerja. Tanak tengok aksi kebulur mereka. Macam kesian. Tapi mereka ni sporting. Arul lah yang tolong aku siapkan Section punya dimension (kalau dia tahu aku baik dengan Arul, silap-silap mati hidop balik dia takkan maafkan aku.Ada tragedi yang hampir bertumbok-tumbok antara mereka. Aku sangat takut bila ingat.)

workingdrawing

Macam dah jadi aktiviti tetap. Setiap kali malam sebelum review, mesti bermalam di rumah John. Jo
hn ni bukak service printing dekat rumah dia. Kat Serdang. Nak tunggu dia print, memang sampai tertido-tido. Ni first time aku drive pukul 1 pagi keluar sampai Serdang. Sellaunya aku pergi dengan dia tu. Dah dia tu tak nak kawan aku, nak buat macam manakan.

Aku tertido mati kat atas sofa John. Sikit tak sedar apa jadik. Kalau dorang tinggalkan aku kat rumah John pon aku langsung tak sedar. Tidur macam dah mati. Mula2 yang aku ingat aku tidur atas peha Farah. Lepas tu aku tersedar, nampak muka SI DIA TU! Aik? Datang sini juga? Aku pon tak boleh tahan tengok muka dia ada sama kat situ, aku pindah tempat. Nanti dia nampak aku tido, dia pon akan kesian dekat aku. Sangat tak payah kesian ok. Aku naik atas sofa, sambong tido! Perut dah lapar macam nak menangis air mata darah. Kawan-kawan pon smeua lapar.

“Nurul… kau tido la dulu. Nanti siap kitorang kejut ko. Lepas siap print, kau bawak kitorang makan tau. Lapar..,” adoi, macam nak nangis aku dengar rayuan kawan-kawan neh. Sangat kesian. Semua tak makan selama satu hari. Aku pon kata ok. Aku tido lagik.

Sedar-sedar je Ainul kejutkan. Aku pon macam tak berapa nak sedar diri.. “Kat mana ni?,” aku tanya. Ainul gelaklah. Lepas tu Ainul ajak makan. “Ha? Makan? Kenapa?,” AHAHHA. Ada ka aku tanya macam tu. Mereka gelaklah. Akhirnya Ainul urut-urut badan aku kasi segar. Dah segar, apalagik! Terus bersiap nak balik Bangi dan makan! Eh, si dia tu ada lagik bersama besfren beliau. Aku sikit tak pandang dia. Buat macam dia tak da.

Sempat posing pukul 6 pagi. Dari pukul 1 pagi sampai 6 pagi kami tunggu turn nak print. Gila kan. Tapi dah biasa. Setiap sem pon, nilah yang kami buat. Makan dekat mapley sampai pukul 7.30 pagi sambil berparty lah macam dunia kami yang punya. See, langsung tak tidur. Balik room, mandi dan turun sudio. Tapi kepala bersemangat. Sebab dah hari last penderitaan. AHAHA

04- External Review

Aku tak da baju kurung :( Biasalah. Kan dah dicop pergi kuliah macam pergi disko oleh some peoples. Mana ada baju kurung ma. Budak tak baiklah katakan. Baju kurung pon jarang pakai. Bukan saja jarang, dalam wardrobe kat hostel pon memang tak da simpan. Ada orang tu kata aku nih bilalah nak pakai sopan-sopan. Aik? Tak sopan ka? Ambik kau! Hari review tu aku pakai baju secara sopan yang tak pernah aku pakai sepanjang hayat aku. Nak sangat kan aku sopan.Tapi actually sekarang ni aku dah tak pakai baju senteng apa. Aku dah mula pakai baju labuh-labuh. Tak da pakai yang senteng. Jeans pon tak da yang seksi lagi semua yang ok ja. Pergila comparelah dengan style aku masa 1st year. Sekarang dah macam sopan sikit apa. AHAHAHA. Banyak pulak baju aku dah tak dibenarkan pakai. Apakah???

greenday

greenday
Review terakhir. Kami duduk berbual dnegan Puan Amal. She said... Perempuan Tolong Jangan Kawen Lagi. Kalau betul nak jadi arkitek. Kalau still nak belajar jangan kawen. Dia kata, tapi bagi yang dapat suami sama-sama arkitek, maybe ok. Dan mereka pon semua datang memeluk aku dan gelak-gelak. Apakah? Puan Akmal ni ialah Chinese yang convert to Islam. Aku suka dengar dia cakaplah. Sebab ada slang chinese. Macam sangat comel. Pelat. Selalu sebut salah tapi tak mengaku.

“Puan, puan pronounce salah. No such word macam tu..,” aku selalu tegur sebutan Melayu dia.
“Alah, Nurul tu dengki kat I. Betullah I sebut. Nurul yang tak tahu,”

AHAHA. See. This lady memang tak nak kalah. AHAHAH.

Done with the design! Ya Allah, aku tak nak extend another sem. Tolonglah pass. Jangan fail. Aku tak sanggop lagi. Plus, next semester semua kawan-kawan dah tak da. Tiada girls pon yang sambung part 2. Semua chinese guys dengan few malays je yang sambung. Tak akan aku nak stay sini secara sendiri. Hubungan dengan dia pon tak berapa baik. Gila engkau. Nanti dibuatnya gadoh, kat mana aku nak pinjam bahu? Aku tak nak fail. Tak nak. Aku letih.

“Nurul, you sambong part 2 ke?,” TY asked.
“Nnnnn…no,” I replied.
“Huh? Bukan u letak nama ke?,” TY.
“Errr… saja. In case i rasa macam tak tahu nak hidup. I continue lah. Macam lost. Ehe,” inilah jawpan yang aku bagi kat semua orang.

Sorang perempuan saja yang letak nama so far untuk sambung part 2. Iaitu aku. Tu pon kununnya nak ikut dia. Tapi rasanya, I have to think wise. Aku memang tak akan sambung part 2 di UKM. Dan tak akan sambung dalam masa terdekat ni. Biarlah dia saja yang sambung.Dia pon ada target. Dia nak struggle jugak dapatkan title AR before certain ages. Hopefully impian dia tercapai.

“Nurul, you continue lah part 2. Bosan lah nanti. Semua lelaki satu studio. Eiii… gila bosan!,” TY gila-gila tak nak kalau tak da girl.
“HHAHA. I tak tahu. You guys buatlah bachelor party kat studio. Tapi jangan tukar orientation sudah. Dah la nak tukar studio nanti kat blok baru yang terpencil. Jangan buat apa-apa ok,” Jahatlah aku macam biasa.
“Ihhh..siot la you! Tak pe lah. Tak da girl pon tak pe. Nuar ada,” sambung TY.

AHAHAHA. Semua gelak. Kesian Nuar. He is wayyyyy toooo better than err.. somebody tu. At least Nuar ni masih ada sifat2 gentleman. Bolehlah tolong aku isi minyak kereta. Daripada Shafiz langsung tak tahu. AHAHAH. Ingat je kes Shafiz ikut aku isi minyak tu memang aku rasa nak gelaklah.

Czai Hong

Posted by chika under Uncategorized
tau takkah macam mana czai hong terbentuk?
dari refleks titisan air?
air campur matahari.
oh. ya.ya.macam menarik.dua element yang asing.
tahukah macam mana bintang terbentuk?
bintang itu meteor bukan?
bintang convert of hydrogen into helium. czai hong air + matahari. taknak tanyakah apa apa terhadap beberapa theory tersebut? gagaga :p
memang nak tanyalah neh. tapi tunggu si genius habis buat penerangan dulu.
czai hong. dilihat pada waktu siang jek. malam takda czai hong. bintang dilihat pada waktu malam jek siang takda nampak. mereka tersebut tidak dapat bersama. bertemu sebab satu siang satu malam. tapi dengan ber-mengembara ke zone waktu malaysia vs canada. kita dapat melihat czai hong dan bintang serentak bukan. chicka melihat czai hong a*** melihat bintang. err, menarik bukan? gagag :p
errr… u kasi smile at my pipilah. err. tak pernah terfikir. ya lah. genius lah :pahaha. emm.. macam sweet. oh sangat sweet.

dia sweet macam cotton candylah. Sangat sweetlah. Bagi smile at my pipi the whole day. WHOLE DAY. From am to pm(Malaysia version) . And from pm to am (Canada version) Kamulah makhluk tuhan paling comel. Hari ini new year. Tahukah? Apa engkau semua tak sambut pesta bunga api kah? AHAHAHA. Err.. dunia cantik? Oh. Hari apakah ini? Sangat indah semacam sedang meluncur Czai Hong dan berguling di atas rumput beranggur. Di atas ada bintang, bulan dan matahari. Di atas ada apple. Dan merentas Czai Hong. Hot air baloon. Oh. Indah. Begitu indah. Semacam lama tak merasakan dunia yang indah . Semacam wujud? Tapi semacam benar-benar indah lah dirasakan. Dialah objek ter-cute engkau tahukah. Cute semacam Czai Hong. Berwarna warni. Datang secara sekejap membawa warna. Terbentuk jugak walaupon dari asas yang berbeza. Hilang pergi ketika sampai masa…. err.. masa tidur. AHAHAHA. Dia seindah Czai Honglah. Semacam selalu ada.Dan datang pada waktu yang… err.. tepat.

Na li you cai hong gao su wo
Tell me where the rainbow is

Neng bu neng ba wo de yuan wang huan gei wo
Could you still give me back my wish

Wei shen me tian zhe me an jing
Why is the sky so silent?

Suo you de yun dou pao dao wo zhe li
All of the clouds are running to me

You mei you kou zhao yi ge gei wo
Is there a mask for me?

Shi huai shuo le tai duo jiu cheng zhen bu liao
Recalling too much of the past words can accomplish nothing

Ye xu shi jian shi yi zhong jie yao
Perhaps time is a kind of antidote

Ye shi wo xian zai zheng fu xia de du yao
And also the first poison I’m taking now

Kan bu jian ni de xiao wo zen me shui de zhao
I could not see your smile, how can I sleep well

Ni de shen ying zhe me jing wo que bao bu dao
Your silhouette is so close to me, yet I cannot embrace it

Mei you di qiu tai yang hai shi hui rao
Without earth, the sun can still circle around

Mei you li you wo ye neng zi ji zou
Without reasons, I also can walk alone

Ni yao li kai wo zhi dao hen jian dan
You want to go away, I know that is very easy

Ni shuo yi lai shi wo men de zu ai
You said dependence is our obstacle

Jiu suan fang kai dan neng bu neng bie mo shou wo de ai
Even if we break up, but couldn’t you not receive my love

Dang zuo wo zui hou cai ming bai
Assuming I’m the last to understand

where?

Posted by chika under Uncategorized
i don’t know what’s worth fighting for…
or why i have to scream…

Tiada bertegang leher lagi berfighting hujah untuk menjaga kualiti peribadi. Tiada. Kami diam saja. Sudah hampir seminggu semuanya hambar. Aku sudah hantar note pada hari sebelum aku balik Cheras. Aku minta sebuah conclusion. Itu saja. Aku TIDAK AKAN membuat kata hujung. TIDAK AKAN. Aku pernah melakukannya dulu. Dan tidak seronok menempuh akibatnya. Aku tunggu conclusion darinya. Aku promise. Tidak akan argue apa-apa. Aku terima semua. Sebab aku sudah penat. Dia pon sudah penat. Tapi masih, dia tak mahu berkata apa-apa. Aku letih tahu.

Ya Allah.
Aku sikit tak perasan yang hari lahir sudah hampir. Oh. Sangat tak fikirkan tentang itu. Ohoo…