Archive for April, 2008

Biology.

Posted by chika under Uncategorized
Jantung berdebar-debar. Entah kenapa. Dari semalam. Tidur pon secara berdebaran. Macam berpancaragam di dalam jantung atau secara lebih detail, tepat-tepat di pacemaker. Macam sangat aktif mengepam darah beroksigen di seluruh badan. Mungkin badan kekurangan oksigen. Dibuatnya emergency call ke jantung. Apakah pagi ini sangat saintifik.

Jantung semacam bekerja secara overtime. Bahagian otak yang menerima impulse ini sudah semacam overload. Jadi hari ini aku tidak mahu berfikir apa-apa. Biarkan otak jangan berfikir. Berehatlah otak. Sakit di dada. Macam sangat sesak di dada ini. Kalau boleh di-vakum, aku sedut semua bahan yang memenuhi ruang dada. Kasi lapang dan kosong secara sempurna. Tapi ruang yang vacuum bukankah sangat tak da oksigen jadi akan membunuh aku pulak. Err.

Engkau pernah terfikir?
Bumi berputar dalam berapa kelajuan sejam?
Adakah kepala kita terpusing-pusing dibuatnya?
Adakah kita menjadi tunggang langgang, terbalik ke atas ke bawah kesan dari pergerakkannya?
Hebatnya Pencipta.

Jantung aku mengepam darah secara extreme di dalam sana.
Tapi aku kelihatan releks saja.
Tak da ternampak semacam bergetaran mahupun semacam bergoncang.
Apa yang terjadi di dalam badan ini sangat saintifik.
Merupakan satu proses yang diskrit.
Tapi siapakah yang tahu?
Hebatnya Allah SWT.

Semalam Jumaat. Hari yang sangat terisi dengan pelbagai kesibukan dunia dan akhirat. Tak payah diceritakan.

Di halaman rumah, sedang sibuk membuat projek macam-macam. Salah satunya membina wakaf. Aku jarang hendak keluar-keluar melihat. Lagipon kalau aku keluar melihat, si tukang buat pon tak berapa menjadi kerjaan sebab dia terlalu risaukan sikap fussy aku padahal aku tak da nak ber-fussy di situ. Tapi mungkin sebab aku suka komplen. Padahal komplen biasa. Tak da pon mencabar kemahiran si tukang bina. Biasanya aku komplen pasal warna, pasal kedudukan, atau pon pasal bahan. Kalau bab struktur aku tak da tanya. Dia lagi pandai. Aku tak pernah bertukang secara ber-paku dan ber-drill mahupun ber-hammer. Aku bertukang secara autoCAD saja ma.

Si tukang bina kata,
Muka aku sombong. Muka aku macam fussy.

Hek eleh.
Ada ka?
Muka bukan sikit punya tak siap ni.
Aku tak fussy.
Aku cuma suka argue.
Sampai orang tersebut memuaskan hati aku, aku pon diam secara terdiam.
Aku argue, bukan nak menang hujah.
Aku argue nak menang kat hati ja.
Aku tak kisah kalau apa yang aku argue-kan itu kalah.
Selagi orang yang mengajak argue tersebut berjaya membuatka aku puas hati untuk mempercayai kata-kata beliau, aku pon ok saja. Aku pon akan terima pendapat beliau pulak.

Semalam.Aku dan parents pergi kilang membuat simen/ brick dan sebagainya.

Abah kata nak itu, aku kata tak nak. Abah kata cantik, aku kata tak cantik. Abah yakinkan aku lagi. Kami pon saling ber-argue. Tahukah perangai aku ber-argue ada dua identity? Satu secara cool. Satu secara emotional. Yang cool itu aku warisi dari abah. Yang emotional itu aku warisi dari Ma. Tahukah bahawa aku adalah seorang anak yang terhasil secara perfectly blend between ibu dan bapa. Aku ada sikap kedua-dua ibubapa. Dan kadang-kadang aku menghasilkan satu identiti yang split. Macam magik? Bukan magik. Ini biologi. Semua sanak saudara pon tak akan tahu menjawap kalau ditanya, samada aku ni semacam Ma atau semacam Abah. Sebab aku memang diciptakan secara campuran kedua-dua mereka dalam nisbah 50 : 50. Tak percaya? Sudah!

Kalau ditengok muka aku. Kadang-kadang ter-flash mirip muka ibuku. Kadang-kadang bila ditengok lagi, ter-flash muka bapaku. Sebab tu masa aku baby, tak da siapa dapat menjawap secara pasti dan yakin, muka siapakah yang aku ikut. Apa kau ingat ni tak menarik ke? Menarik bukan kejadian ni? AHAHAHA. Sebab itu aku katakan, aku ada split identity. Iaitu aku boleh berkomplot dengan Abah menentang Ma. Dan aku boleh berkomplot dengan Ma untuk menentang Abah. Bukankah anak yang sempurna ni? HAHA.

Sangat biologi bukan entry ni?

Tapi semalam aku semacam bersikap sepenuhnya semacam Abah. Iaitu berfikir secara Abah. Ber-argue dengan abah secara Abah. Membuat kerjaan ukur mengukur tanah secara Abah (iaitu secara tepat dan berskala). Juga banyak mendengar tazkirah. Oh, perfectly Abah. AHAHA.

Kereta aku ber-shining-shining. Haikal hantar cuci semalam. Mula-mula janji akan pergi bersama. Tiba-tiba aku berasa sangat tak suka nak menunggu di tempat cuci. Jadi pergilah si Haikal secara sendiri. Macam sangat baik je dia tu. AHAHAHAH. Tq lah :p

edit:

Hmmm. Just like two kids. Fight and scream. And the rest are watching. But that will be a sweet reminiscence of … Dua Dunia. One day. Am I right?

Kucing Tolong Jangan Datang

Posted by chika under Uncategorized

Masa tu jam 3 pagi.
Aku dengan Mek Ti pon semacam sangat mabuk dikepala. Tidak sabar hendak terjun ke katil dan tidur secara super saiya. Punya mengantuk. Tiba-tiba sampai di kereta, ternampak ada kertas. Aku pon releks saja. Sah! Surat saman. Aku tak da hal disaman. Sangat biasa disaman sampai menjadi semacam lali. Tapi tiba-tiba bukannya saman. Itu adalah nota seperti di atas. Apalagik, aku pon terpekik memanggil Mek. Kami pon menonton bumper kereta aku yang injured. Macam buruk sikit. Aku pon hilang mengantuk. Hati pon menjadi marah. Mana? Mana kah si Ihsan tersebut? Siapakah Ihsan? Mari aku tendang kereta dia sampai remuk. Atau aku tendangkan beliau sendiri.

Tapi tiba-tiba secara magiknya aku berasa cool di dada. Gara-gara menganalisa nota tersebut. Semacam baik bukan? Semacam sangat innocent atau pun berasa kesal. Lalu berjaya menagih simpati aku. Aku pon tak da jadi marah. Aku balik dan tidur secara super saiya.

Esoknya aku call beliau. Tak guna. Tak dijawapnya call. Aku tinggal msg dalam voicemail. Suruh dia call back. Aku juga sms dia sebanyak dua membagi tahu bahawa akulah pemilik kereta yang dihentam tersebut. Langsung tak da satu respon. Bullshit. Nota tersebut semacam drama saja. Lelaki buaya darat, busyet aku tertipu lagi. Nota ditulis semacam sangat ikhlas padahal sangat bullshit. Tipu. Aku sangat marah sampai hari ni. Nasib baik aku ni ada tempat pergantungan tahu? Maka abah pon setuju saja meng-repair bumper itu. Kalau aku dapat Ihsan tersebut di depan mata, aku tendangkan di perutnya. Aku dapat merasakan beliau adalah student Arab-arab tu bagai. Selepas tendang aku akan beristighfar lah didepan beliau semacam sangat alim. Dan kemudiannya mengajak beliau bermunajat. Baik bukan aku neh.

Lepas tamat exam akan bersambung semacam tali usus menyambung saluran dalam perut. Iaitu tak da henti. Kembali mengautoCAD. Untuk working drawing. Kembali hidup bersama LINES. Makan, minum, tidur dan dating bersama LINES. Oh sangat tak nak. Sangat tak nak beerti sangat KENA. Macam bosan ja hidup tak da pilihan. Disuruh membuat LINES, dibuatlah LINES. Tahukah bahawa hidup aku memang terisi dengan LINES sejak menghenyakkan diri dalam kancah senibina? Siapasiapa berapa perlu ke kolej mengambil kursus autocad, aku nasihatkan jangan. Engkau buat ja secara sendiri. Selama tiga hari kemudian, engkau akan hebat perkasa. Sungguh ni. Tapi membuat 3D adalah yang paling seronok. Bila naik ja satu bahagian, akan melompat dan berjoget rock & roll. Percayalah. Lepas tu akan rotate objek secara syok sendiri sampai engkau pon terperasan macam sangat bagus. Padahal tak da sebagus mana. AHAHAH. Betul bukan? Semasa membina 3D, jiwa akan berbunga-bunga mekar. Sebab nampak semacam sangat hebat ja design tersebut. Padahal tak boleh diconstruct. Setelah membuat working drawing, maka terkantoilah semua penipuan yang dilakukan sepanjang design process. sebab tu aku tak suka working drawing. Buat aku kantoi! Tapi jangan worry sangat. Masih boleh main kotor semasa working drawing tahu! AHAHAHHA.

Kucing kenapakah suka mendekati aku? Tahukah aku sangat sawan bila engkau mendekat? Aku sangat takutlah kucing. Jangan datang kepada aku. Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi. Aku semakin tersiksa kerna tak memilikimu (aik? lagu?) ahahah. Oh kucing nanti aku tendang perut mahu kah? Tapi aku tak dapat tendang sebab aku sangat takut. Aku rasa nak lempang adek akulah kerna membawa kucing dan membaling ke kakiku. Aku pon terus histeria semacam sikit lagi nak mati di tempat kejadian. Boleh kasi aku lipas, aku tak da takut. Tapi jangan dibagi kucing. Walaupon muka kucing semacam makhluk tuhan paling baik, walaupon selalu tayang muka murah dan kesian, aku tetap berasa semacam berada di hadapan tiger. sangat menakutkan jiwa. Cabaran yang sukar digambarkan. Terus merangsang hormon adrenalin. Jantung pon berdetak dengan lebih kencang dan darah mengalir dari hujung kaki ke hujung kepala.

Aku dedikasikan lagu ini buat kucing.

Kamulah makhluk tuhan,
yang tercipta yang paling kuat!
Cuma kamu yang bisa,
membuatku terus menjerit.
Aww aww aww!!!

Ada satu kucing ja aku suka. Iaitu yang bernama Doraemon. Farah buat satu quote yang macam mencabar kredibiliti aku. Kata nya,


Nurul takut kucing, sama macam Doraemon takut tikus

Apakah?? Punya sama darjat aku setaraf Doraemon. Err..engkau pernah tengok apa Doraemon buat bila ternampak tikus? Dia akan berlari secara sawan dan bersembunyi di dalam laci. Aku pon macam kena mencarik laci untuk bersembunyi ketika diganggu kucing. Tapi laci apakah boleh memuatkan aku??? HAR HAR HAR.

p/s : Perasan tak entry kali ni semacam memiliki soundtrack? Wallah. Macam filem. Kredit lah kepala lagu-lagu tema yang menyumbang kepada pembinaan ayat struktur dalam entry ini. Terima kasih kerna aku meminjamkan lirik-lirik menjadi ayat sokongan.

  • Lelaki Buaya Darat by RATU
  • Makhluk Tuhan Paling Seksi by MULAN JAMEELA
  • Sedang Ingin Bercinta by DEWA
  • Terlalu Cinta by Rossa

See. Entry aku pon dah ada soundtrack. Engkau ada ke? *berlagak*

fix me. i’m broken

Posted by chika under Uncategorized
chika tengah mati.
she wants to sleep.

shi qu ni….

Posted by chika under Uncategorized
*and the tears drop……*

hari ini.
aku betul-betul sudah hidup mengikut flow.
bukan seperti yang aku mahukan.

Please, Allah give me strength.
aku tidak ok.

jangan komen boleh?

i will go.
coz i can’t …
shi qu ni.

22 tahun 1 hari

Posted by chika under Uncategorized

Tarik nafas!
Tarik!
Tarik lagi!
Tahan nafas!
Tahan!
Tahan!
Ha, tahanlah sampai mati!
Okeh?

Muka aku yang tak berapa siap ni sudah DUA TAHUN berturut-turut teriklan di blog Nieja. Alah, blog Nieja tu *rolling eyes and tongue hanging out* Blog tu, yes blog tu! Yang iklaneka hari lahir tu. AHAHA. Hi, there Nieja sweetheart. Engkau rock bukan? Jangan marah okeh. HAHA. Siapa kata muka tak siap ni tak berguna. See, dah dua tahun jugaklah si Nieja tu sudi tayang muka aku ni sempena birthday wishes. Lepas ni aku buat muka yang bertambah-tambah tak siap. Atau dalam kata lain, muka langsung tak siap. AHAHA :p Terima kasih kat Nieja. Tahun depan sambung kontrak okeh. 21 April 2009. Usia 23. Muka bertambah tua sikit.

Blog Aizar pon ada wish untuk aku. Macam sangat menarik je aku ni bukan? AHAHA. (www.perasan.com) Thank you, darling. Aku macam rindu engkau secara banyak. Apakah engkau merasa yang sama? Tapi engkau pon sudah mengaku yang engkau termimpi-mimpikan aku datang di dalam mimpimu membawa burger, maknanya memang engkau ada rindukan aku. Tunggu aku habis pantang ok. Exam aku masih ada 2 paper. Macam tak berapa senonoh kalau berpesta lova-lova ketika musim exam. Nanti aku akan rasa bersalah. Walaupun di sini aku tidak membaca buku, tetapi semacam bagus lah diam di rumah menghormati peperiksaan.

Errr… paling senyum. Dari Cookie Monster. Cute and sweet. Cute macam Cookie Monster. Sweet macam Czai Hong. Perfect bukan? Thank you yang banyak :) Tahukah bahawa aku sudah lama tak melihat Czai Hong. Semacam sudah bertahun. Tapi semacam melihat Czai Hong setiap hari. Melihat Czai Hong samalah seperti memainkan Nocturne di telinga dan addicted to the melody. Aku tak berapa faham Nocturne. Tapi aku addicted to the melody. Aplikasi yang sama atas kewujudan Cookie Monster ke dalam dunia aku. Faham kah? Tak faham kah? Okay teruskan ke perenggan seterusnya.

Hari ini hari memakan coklat. Kan dah dikata, lagi dimakan, semacam makin tak habis. Sangat extreme kelakuan Haikal membeli coklat tempoh hari. Abah kami merupakan coklat lover. Tahukah? Beliau memakan kesemua bar coklat tanpa meninggalkan sikitpun untuk aku. Sebab beliau sangat sukakan coklat bar cadbury. Abah, dahsyat! Hari ini beliau tak berapa sihat. Ma kata macam ni ; “Tu penangan makan coklat tu! Hari ni dah sakit-sakit tekak, terus tak sihat”. AHAHA. Macam comel. Ma tak da memakan coklat. Beliau sangat tak suka memakan snack. Sebab itu beliau mendakwa dirinya sihat total kerna tidak memakan makanan yang bukan-bukan. Sebaliknya sibuk meminum jus tomato dan jus oren setiap pagi. Malam pula meminum susu. Tanpa perlu mengadakan aktiviti lumba susu. Macam aku. Err.. kalau tak da adek yang mengajak lumba susu, aku tak da meminum susu. Susu tak berapa sedap. Tapi susu ibu macam sedap bukan? Aku pon sudah lupa rasanya tapi semacam masih boleh diimaginasikan tahap nikmat seorang bayi mendapat susu ibu. Apakah motif? Mana ada motif. Semacam tertulis.


(Ada banyak ni lagi coklat yang perlu dihabiskan dengan kesungguhan)

Terlanjur tertulis tentang susu ibu, semalam aku membaca fakta tentang susu ibu. Tahukah bahawa susu ibu itu dari segi saintifiknya baik untuk ibu dan bayi? Ibu sihat, bayi sihat. Dari sudut Islamnya, susu ibu itu mendekatkan anak dengan ibunya. Kepada ibu-ibu, susukan bayi okeh. Jangan dibiarkan anak-anak menagih khasiat dari susu yang lain. Apakah? Hiarght! Kenapakah aku menconteng semacam ini??? Bukankah pelik? Sekejaplah aku menghirup udara di luar tingkap selama tiga minit okeh. Fikiran tak berapa lurus. Macam selekeh.

Tiga minute, plis!

Di luar sana bau asap. Apakah ada jiran tetangga membakar sampah pada waktu malam? Sangat bosankah hidupnya sampai melakukan aktiviti membakar sampah pada waktu malam? Bukankah ada banyak lagi kerjaan bagus untuk dibuat pada waktu malam? Erk? Aku tak bermaksud apa-apa. Lu pikirlah sendiri!


AIMAN.

Oh. Esok pagi akan terbang balik kampus sekejap. (Kereta aku boleh terbang tahu) Ada kelas Encik Ismar jam 9 pagi. Yibba Yibba. Aku neh suka En. Ismar. Beliau ada anak lelaki. Yang cute. Macam akan menjadi handsome kelak. Matanya sepet. Mukanya ayu. Senyumannya manis macam corn in cup. Rambotnya terpacak-pacak macam durian. Kulitnya putih macam susu. Perangainya malu-malu macam cupcake (?) Namanya… jeng jeng jeng. Aiman. Ngehehehe.

Satu petang yang damai, ketika sedang berautoCAD secara sikit dan bermain ColorLinez secara banyak, Encik Ismar lalu di depan mata bersama si Aiman. Aku pon terus melupakan nikmat bermain ColorLinez dan secara automatic berkata…

“En.Ismar, kirim salam dekat si Aiman yang di belakang itu,”

En. Ismar pon sengih semacam bangga anaknya sudah punya market. Si Aiman pon terus terblushing-blushing. Tapi yang aku tak tahan tu……. dalam terblushing-blushing malu tu si Aiman ni terus datang kat aku dan… salam aku! Umak aih!

“AHAHAHA! Nurul, dia ingat you nak salam dia. Padahal you kata kirim salam. Aiman ni tak faham bahasa lah,” En. Ismar ketawa berdekah-dekah. Dah la lecturer yang satu ni memang kaki gelak. Dia kalau dapat gelakkan student, memang rasa tak mahu hidup lagi dah. Memang gelak sakan. Aku neh dah kena banyak kali. Lagi-lagi bila kita membuat design yang macam lawak. Memang abis kena gelak mati-matian dengan beliau. Farah tu dah puas kena bahan. Sampai aku tak larat nak ingat. Nanti jantung aku boleh jam geli hati.

Cute tahu si Aiman. Kecik lagi. Baru darjah … err.. tak sure. Memang cute. Emaknya kata, dah ramai orang sudah cop dia. Jadinya aku semacam tak berapa ada chance. Tak pa lah. Asalkan merasa bersalam dengannya. Dia siap cium tangan aku tuh. Perght! Nak ja aku mengusap-usap pipinya tapi semacam malulah. Bukan aku malu, di
a malulah.
Dia tu sangat pemalu. Kalau ditegur, mesti terus blushing secara merah pekat. Dan lepas tu akan tersenyum sampai matanya yang sepet tu macam terus tak nampak mata. Oh Aiman sangat cute. Nanti mengorat anak saya okeh. Erk? Lepas tu aku berbesan dengan Encik Ismar? Macam tak nak ja :( Cancel!

aku rasa macam terlalu banyak merepek yang tak perlu. Jantung aku macam bertindak agresif neh. Heart attack? Bukanlah hoi! Aku pon dah menyejuk sampai takat beku ni. Nak pergi off aircond sebelum aku mati beku di sini. Lepas tu nak sambung aktiviti TARIK dan TAHAN NAFAS.

Nota : Siapa-siapa yang baru access tu, jangan cuba melakukan kegiatan thrill. Nanti semacam risau hendak membaca post-post lama. Bukankah sangat stress itu? AHAHAH. Tulisan aku ni dangerous tahu? Tak ilmiah, panjang berjela dan tertekan. AHAHA :p aku cuma memberi nasihat sebagai penulis yang bertanggungjawap. EKEKEKE. Macam bagus tak aku? Teruskan membaca post baru. Past is past. Jangan dibaca lagi. Aku sendiri tak da membuka post lama. Kalau ditanya apa yang ada dalam blog ni pon aku tak berapa sure. ehehe. sangat baguslah readers aku. Tabah. Tapi aku tak bertanggungjawap okeh :p Sebenarnya aku nak ucap selamat datang kepada pembaca yang baru dikasi permission. Sikit lagi ja, blog ni akan capai limitnya 100 readers. Dan selepas itu, mana-mana readers yang macam membosankan aku akan remove. Jangan kata aku tak bagitahu.

22

Posted by chika under Uncategorized
selamat berusia 22 tahun kepada Chika.
Chika sudah 22 tahun.
Dia sudah besar.
Tapi tak berapa nak besar.

Kak Ju kata, semoga Chika lebih tinggi.
Kawan-kawan kata, Chika masih comel walaupon semacam sedikit tua.

Adek-adek kata, Chika ni macam tak tua-tua.
Parents kata, semoga Chika panjang umur, murah rezeki, dan berjaya.
Atuk kata, Chika kena belajar bagus-bagus untuk masa depan yang bagus.
Tak ada siapa suruh Chika belajar memasak, bercucuk tanam dan menternak. Alhamdulillah.

HAHAHA Terima kasih semua. Saya tak larat membalas satu per satu mesej, komen, testimonial, mahupun sms. Sebab jari sudah berusia lah katakan. Semacam kurang upaya hendak mengetik sms mahupun menghentak keyboard. Terima kasih. Saya tak larat nak approve komen-komen. Saya melakukannya sebanyak tiga round secara bersiri. AHAHAHA. Orang tua lah katakan. Manalah kuat sangat *sigh*

Tadi malam Kak E call saya. Suara Kak E comel. Sangat terharu dihubungi oleh beliau. Tidak pernah kenal. Tidak pernah berjumpa. Tapi berbual semacam kenal. Suara Kak E comel. Serius. TQ Kakak. Kakak nice :)

Cerita 22.
Hari lahir kali ni … ermm … lain. Tak berapa menggembirakan. Tapi semacam ok jugak. Tiada siapa celebrate birthday saya di studio. Err.. saya memang sangat suka bila ada birthday party di studio. Cuma Farah saja studiomate yang ingat saya. Mereka sibuk dengan peperiksaan mungkin. Tiada sebijik kek pon. Keluarga pon tidak menyediakan kek kerna saya tidak mahu kek. Macam bosan bukan. Birthday. Kek. Kek. Birthday.

Nasib baik ramai kawan-kawan lama yang ingat saya :( Maksud saya, kawan-kawan sekolah yang semacam makin menjauh. Mungkin kejauhan hanya satu jarak. Mungkin. Apalah ertinya berada dekat di mata, jauh di hati. Bukan kah?

Hari ini. Berasa sangat immune. Aku rasa aku dah cukup memberi masa selama 11 hari. Kosong. Hanya datang membawa wish happy birthday, have a nice day. Huh? Itu saja? Tapi sungguh. Sikitpon hati aku tidak sakit lagi. Berasa semacam sangat selesa. Berada dalam satu zon yang sangat selesa. Mungkin sebab terlalu sakit sampai menjadi lali. Macam engkau disuntik ubat pelali atau ubat penenang atau pon tertelan pil bahagia. Berasa ok. Walaupon disakiti, tidak sikitpon berasa sakit lagi. Mungkin ini jalan akhir.

Aku pon tidak lagi mabuk-mabuk hendak menatap muka dia. Mencari dia mahupun menunggu-nunggu dia. Di exam hall yang begitu ramai dan besar. Biasanya, dalam timbunan besar apapon, aku mesti nampak dia juga. Tapi tidak hari ini. Sikit pon tidak terlintas jasad dia. Tamat peperiksaan, terus bergegas balik cheras. Kalau kereta boleh terbang, memang sudah berterbangan di angkasa selaju-laju petir.

Sampai rumah.
Ada sekotak kotak di atas meja. Ehehehe. Bersama sekotak kotak yang kecik (berkotak-kotak ayat ni bukan?) Aku pon apalagi. Rock and Roll! Ehehehe. Hati melonjak dan melompat kataklah. Dari semalam aku menantikan waktu untuk membuka ribbon ungu pada kotak ungu tersebut.

Oh Ijat adikku sangat comel. Menghabiskan wang untuk kakaknya ini.

“Kenapa dibeli yang mahal-mahal? Ijat bukan ada duit, sayang,” bunda semacam tak puas hati melihat Ijat menghabiskan wang kerjaannya waktu cuti dulu untuk membeli hadiah tersebut. Lagipon dia budak sekolah, wang yang dia spend untuk hadiah tersebut semacam agak besar bagi budak sekolah. Lagipon itu duit yang dikumpolnya semasa cuti. Dia tolong kawan dia kat bengkel.

“Tak pe. Bukan untuk orang lain. Untuk kakak sendiri jugak,” Aduh, touching ok di hati mendengar ayat tersebut. Adik-adik aku ni semuanya sangat lovely lah.

“Beli souvenir biasa je dia tak kisah,” bunda masih kesian tengok si Ijat, budak sekolah yang tak da sumber pendapatan tersebut menghabiskan banyak wang untuk kakaknya yang miskin ini. AHAHAH.

“Ma, kalau beli yang murah-murah dia mana pakai ma! Ayyo… Tu pon ingat nak belikan perfume tapi tak jadi lah,” Gulp! Tiba-tiba terkeluar ayat tersebut yang macam mencabar maruah aku. Jahat engkau neh jugak.

“Jangan beli perfume dia. Dia bukan pakai kalau tak mahal,” si Adek masuk campur. Berdesing telinga aku. Ewah-ewah, mereka ni menghina aku kah? Tadi bukankah semacam menabur kasih sayang? Tiba-tiba semacam membuka sidang kecil mengkritik perangai aku.

“Apa kau ingat Uda nak beli yang seploh inggit ke? Nak beli CK lah. Dia kan macam sangat nak CK tu. Tapi macam tak jadi. Sebab perfume dia macam tak habis-habis sejak bertahun-tahun lamanya. Bila dia nak habiskan semua tu eh? Kalau boleh basi, dah lama basi,” Ijat macam biasalah dia neh mulut laser.

Mereka dua beradik pon gelak sakan.

“AHAHAHA. Buat apa lah perfume tu kan? Beli perfume Snow White yang macam adek pakai pon ok je. Baunya harummm. Satu kelas awek nak dekat adek. Baru RM15! AHAHAHA!” adek yang bongsu ni pulak membuat jenaka macam sangat kelakar lah. Aku ada sikit panaslah. Padahal cologne Snow White tu pon aku yang belikan untuk dia. Jadilah. Budak-budak. Pakai Disney punya cologne cukuplah. AHAHAH.

“Kasi Rexona pon boleh tahan. Bau tahan 24 jam!. AHAHAHAH!,” gelak budak berdua tu berderai macam jin.

Aku di manakah ketika itu? Aku mencurik dengar dari tangga. Serius jahat adek aku hina kakaknya macam tu. Murah pon aku pakai lah! Aku pakai apa! Pakai! Cuma perfume sajalah jangan dikasi yang murah nanti semacam mabuklah kepala :( Tapi aku tak da pedulilah. Sebab walau mereka ni suka mengkritik aku, mereka tetap sangat lovely la. AKu pon sangat gembira melihat ada hadiah. Aku tak da kisah pon apa hadiah tersebut. Sebab kalau adek-adek yang bagi, aku mesti berasa sangat tersentuh. Dulu masa kecik, mereka rajin buat kad guna Microsoft Paint. Lepas tu print. Sangat sweet. Adek pulak masa dia sekolah rendah, rajin belikan aku pensil-pensil kartun, note book comel dan apa-apalah yang comel sebagai hadiah. See, adik-adik aku ni macam sangat
sayang akulah. AHAHAH.

Haikal bagi baju yang dibelinya kat Langkawi haritu sebgai hadiah bersama selambak coklat Hershey’s. Aku dah tak larat nak telan coklat sebab macam tak habis-habis. Sangat banyak. Dan hadiah daripada bunda is the best! Sama bestlah macam hadiah daripada Ijat. Ijat tu tahu-tahu je yang aku memang memerlukan bag pack yang baru setelah beg pink tersebut sudah sangat season.

Balik-balik je, atas meja ada kotak-kotak ni.

Ijat kata, dia kasi bag sebab dia tengok bag yang aku dok sumbat laptop tu macam dah buruk. AHHHAHAHA. Dah la dibelinya same brand lagik. Apa dia ingat aku sanagt fancy brand ni kot. Sangat sweet bukan? Purple lagi. Aku tak boleh imagine macam mana dia membawa kotak tersebut pulang ke rumah dari Times Square. Dah la dia keluar dengan kawan-kawan lelaki. Siap kotak purple and ribbon purple. Walllah. Cute.

Ini apakah? CJ7! Bro Ah Seng bagi. Cute bukan? Aku tak kenal pon chinese ni. Dah dikasi, di suruhnya aku pilih nak yang mana, aku pilihlah secara sukarela. AHAHA. Pantang di-offerlah.

Waaaa. Inilah yang paling surprise. Sony Ericsson W910i. Hadiah dari mak saya :) Bunda kata macam sangat tension bila di-call, handphone saya selalu tak da line. Memang sejak kebelakangan ni si Samsung tu sangat susah mendapatkan line. Susah nak connect pulak tu. Aku tak tahu menahu pasal handphone baru sebab macam yang aku kata, aku ni memang bukan peminat handphone. Kalau tak hancur handphone lama, memang aku sanggop ja pakai walaupon buruk. Handphone ni idea Ma dengan Adek Dell. Adek kata ni handphone goncang. Aku pon semacam blur. Apakah goncang?Punyalah outdated aku. AHAHAHA. Aku sanagt sukalah handphone ni. First time pakai Sony Ericsson. Nasib baik dibelikan yang Walkman. Cybershot aku tak nak. Sebab aku pon dah ada DUA digicam Cybershot. Err.. tahukah yang aku ni selain peminat Honda, aku sangat minat Sony :p

Sangat seronok. Ainul tak boleh hina handphone aku lagi. Dia kata handphone aku macam nampak sangat miskin. See, sekarang dah baru. Merah menyala lagi. Masih baru dan shining. Jangan kata handphone aku miskin lagi okeh. AHAHA. Ni pon sebab Ma beli. Kalau ikutkan aku, tak pernah terpikir nak handphone baru. Maklumlah. Kepala aku ni hanya terfikir handbag, stilettos, handbag lagik dan kereta. EHEHE. Tak ada siapa-siapa kah mahu menghadiahkan kereta? Macam seronok bukan memiliki kereta sebagai hadiah hari lahir. Berangannnn.



Pagi tadi exam macam kerbau. Masuk exam hall lambat. Paper susah. Aku konyok kertas soalan. Aku koyak sehelai. Sebagai tunjuk perasaan. Gila. Baca lain. Keluar lain. Lain kali aku nak tido je sepanjang masa. Jangan dibaca buku. Terus hentam! Hih! Stress.