Archive for April, 2008

Alignment Lari

Posted by chika under Uncategorized
Alignment akal aku lari minggu ni. Maksud aku, alignment dekat otak. Tak berapa boleh berfikir dengan baik. Tiada fokus. Melakukan perkara-perkara di luar sedar. Seperti menekan button merah pabila cellphone berbunyi. Dan err… aku juga terkantoi dua kali. Kantoi video call. Bila di call, aku terus menjawap tanpa otak neh tersedar yang itu adalah video call, bukan call biasa. Maka, aku terus menjawap call. Dengan muka sarat, bercampur pakaian tidur, terus bervideo call. Merelakan orang melihat aku dalam keadaan demikian. Ya. Berlaku secara di luar sedar. Jahanam sungguh. Dua kali. Kantoi. Buduh.

Video call adalah bahaya. Jangan video call aku lah!

Otak aku terjejas ni. Macam keretalah. Bila digasak secara kasar, terhentam sesuatu secara kuat… alignment akan lari. Aplikasi yang sama ke atas otak. Terlalu kerap dihentam. Bukan dihentam dengan senjata. Dihentam dalam istilah hentaman psikologi.

986762y2z65xa8lk.gif picture by klasik


Hanya aku yang tahu apa yang terjadi. Hati aku di dalam ni tak seronok. Tapi aku tak berapa ada mood nak menangis. Sebab macam bosan je menangis. Lagipun aku malas. Kalau aku rajin, mahu juga aku menangis sebanyak tujuh tempayan air mata. Beserta tujuh dulang hati nyamuk. Aik? Macam lagenda. Engkau tahu kah? Kalau ada orang nak derma organ, dermalah kasi aku. Tapi aku tak nak organ lain sebab organ aku dah cukup berkualiti. Aku nak hati sekunder. Sebab hati aku tak berapa berkualiti. Sangat tak seronok. Sebenarnya hanya aku yang tahu.

Bangun pagi tadi, aku tak da berfikir apa-apa. Sebab aku dah warning otak aku yang tak berapa betul alignment ni. Aku haramkan otak aku berfikir apa-apa. Jadi aku pon sedikit tenang. Padahal kalau ikutkan hati, aku dah buat histeria pagi ni. Dari semalam aku bertenang saja. Sikit tak goyang. Kononlah. Padahal dalam jiwa ni berteriak macam monster. Hanya aku yang tahu. Tak ada siapa yang tahu.

Aku nasihatkan engkau baca betul-betul setiap perkataan aku. Sangat complete tu. Kalau engkau baca betul-betul, engkau tak akan mendakwa yang engkau keliru. Sebab aku tak da mengelirukan apa-apa. Sangat jelas di situ. Tapi buat apakah nak tahu sangat? Baca saja okeh. Kalau engkau faham pun, engkau tak da kasi untung kepada aku. AHAHAHA. Main kasar nampak? Minta maaflah. Memang sejak beberapa hari ni aku main kasar. Sebab tak da permainan yang bagus untuk dimainkan.

986762y2z65xa8lk.gif picture by klasik

Kan betul aku cakap. Alignment akal aku lari sikit. Kalau tak, tak da lah aku main kasar secara horny berani mati. Engkau baca ni bulletin yang aku post dekat friendster. Sangat membuat aku melopong membacanya kembali hari ni. Aku kah yang menjawap survey tersebut? Kenapakah sangat seksual? Sangat macam bukan aku!


I have never ridden:

var curDiv = document.getElementById(‘ln58′); curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML); var links = curDiv.getElementsByTagName(‘a’); for(var i = links.length; i >= 0; –i) { if(links[i]) links[i].innerHTML = links[i].innerHTML.substr(0,30) + “…”; }

guys *waaaaaa…horny*

var curDiv = document.getElementById(‘ln59′); curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML); var links = curDiv.getElementsByTagName(‘a’); for(var i = links.length; i >= 0; –i) { if(links[i]) links[i].innerHTML = links[i].innerHTML.substr(0,30) + “…”; } var curDiv = document.getElementById(‘ln60′); curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML); var links = curDiv.getElementsByTagName(‘a’); for(var i = links.length; i >= 0; –i) { if(links[i]) links[i].innerHTML = links[i].innerHTML.substr(0,30) + “…”; }

If I won the lottery, the first thing I would buy is:

var curDiv = document.getElementById(‘ln61′); curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML); var links = curDiv.getElementsByTagName(‘a’); for(var i = links.length; i >= 0; –i) { if(links[i]) links[i].innerHTML = links[i].innerHTML.substr(0,30) + “…”; }

babi

Do you like your eggs scrambled or sunny side up?
my eggs??!


Gila bukan? Gangguan dalam kepala ni. Padahal aku tak da terkena gangguan seksual. Pagi tadi aku baca semula, aku terus berasa malu terblushing-blushing. Aku kah yang jawap tu? Siap nak beli babi bagai. Apahal aku neh? Macam nak tampar je muka aku ni sampai hancur berkecai.Sangat rosak.

Pada malam semalam, Lelaki Hati Besi call. Balik-balik dia. Lagi-lagi dia. Mula-mula aku rasa tak nak jawap tapi terjawap jugak.

986762y2z65xa8lk.gif picture by klasik


Aku memang ada sepanjang masa dekat rumah. Hanya balik UKM menjelang hari exam. Aku ada lagi satu paper. Tapi lambat lagi. Pada 7 May. Biarlah aku duduk diam dalam rumah tangga ni. Di sini sangat banyak kasih sayang sampai melimpah ruah. Engkau nak sikit ka? Ha, kutiplah yang melimpah tu. AHAHA. Aku tak da kasih sayang yang boleh dibagi sebab aku pon tak berapa cukup ni. AHAHA.


Tracker? Err?

Posted by chika under Uncategorized
Kami lawan MSN Game ; Internet Reversi.
Malam semalam.

“I hebat main this game. Jarang kalah,”
“Eleh, lawan dulu!,”

Okay. Jangan kata aku tak bagi warning.

First round dia kalah. Aku menang.
Secara berani mati.
Dia kata, kami kena lawan lagi.
Aku malas mahu menang lagi.
Tapi macam yang sudah di-warning.
Dia degil.

Second round dia kalah lagi. Aku menang lagi.
57 -7.
Malu bukan?
Terkeluar icon ‘orang lidi gantung diri’ pada window messenger.
See. Dah kasi warning.

Ada dua game engkau jangan berani-berani mati mengajak aku lawan.
Internet Reversi . Bejeweled.
Aku main macam Taiko tahu!
AHAHA.

“what’s the trick?,”
“find it out,”

Kalau trick aku diceritakan kepada khalayak. Aku bukan Taiko lagi.
Mr Lim selalu tak percaya. Nurul pandai.


Visitors Tracker. ( lagi-lagi)
Tak lama lagi tahu kah satu kejadian akan terjadi? Secara menjadi-jadi. Iaitu semua blogger atau webmaster akan meletakkan ‘visitors tracker’ pada blog mereka. Kononnya hendak track visitors. Merepek.

Tahu kah? Visitors tracker itu akan menjejak para pengunjung. Sensitivitinya ada dua. Satu, dari mana kah datangnya visitor tersebut dan kedua, visitor keluar meninggal blog engkau melalui mana? Tengok. Engkau macam terlalu mengawal movement pengguna. Engkau bukan saja menyibuk untuk tahu dari manakah visitor menjumpai blog engkau (mungkin yang ini bagus. bagi engkau. bagi aku seposen tak guna. aku tak da pernah peduli), tetapi engkau juga menyibuk menjaga tepi kain visitor hendak klik ke mana. Bukankah menyibuk tu? Engkau merekod movement orang.

Mungkin. Ramai orang tak da kesedaran. Atau dalam kata lain, tak memahami kegunaa maka dia tidak perasan yang movementnya direkod oleh setiap webpage. Tetapi bagi yang tahu (macam aku), aku akan berasa macam sangat jahanam. Engkau sangat mengongkong gerak aku. Macam bagus je nak kawal aku bukan? Tahukah? Dengan adanya visitors tracker yang engkau masukkan itu, aku akan kurang melawat blog engkau. Dan linkage blogger lain yang engkau letakkan pada blog tak akan dipromosikan. Sebab aku tak da akan membodohkan diri membenarkan engkau tahu ke mana aku berjalan. Cuma kadang-kadang, aku tak da peduli sangat (sebab bagi certain blogger, aku tak kisah kalau dia tahu gerak geri aku.Bukan rahsia pon) Tapi ada masanya, aku sangat berasa macam jahanam bila movement aku dikesan dan direkod.

Aku tak suruh engkau mansuhkan. Sebab aku tahu engkau suka. Engkau pon ada alasan engkau. Alasan aku, sudah aku nyatakan. Aku akan bosan hendak menjejak sebaik sahaja ternampak Feedjit atau jenama-jenama lain sepupu sepapatnya.

Aku tak suruh engkau mansuhkan!Faham kah? Engkau ada alasan engkau bukan? Tapi pergi tengok balik. Berapa kali engkau betul-betul study visitors engkau. Berapa dalam engkau dapat kenalpasti visitors engkau? Apakah membantu? Membantu dari segi apa? Mengelakkan spam? Blogger boleh detect spammer. Mengelakkan annonymous comment? Bukankah engkau berkuasa penuh ke atas blog engkau? Pergilah control comment setting engkau. Mengelak anonymous membuat onar pada shoutbox? Tahukah shoutbox pon boleh mengesan IP dan boleh dikontrol oleh engkau.

Teruskan.
Hanya kalau engkau tahu kenapa engkau letak benda alah tu pada blog engkau.
Pergi buang! Kalau engkau setakat ikut-ikut trend.
Sibuk.

Aik? Apsal aku nak marah?
Tak da apa pasal.
Cuma aku rasa macam sangat sibuk lah engkau.
Macam sangat bagus je nak kontrol pergerakan aku.
4 tahun lalu, aku berjala-jalan menjelajah blog orang tanpa sikit rasa terganggu.
Sekarang, aku rasa annoying sebab blog engkau terlalu high tech.
Macam supermarket bukan?
Padahal litar kamera pada supermarket pon tak da sibuk mengalahkan engkau.
Dia cuma beroperasi secara dalaman mengawal tingkah laku engkau di dalam supermarket. Tapi kamera tersebut takda sibuk hendak menjaga tepi kain engkau. Dari mana dan ke mana selepas itu kereta engkau pergi. Dia tak da ambil tahu. Tapi Visitors Tracker engkau lagi hebat.

Mengambil ikhtibar kamera litar dalam Supermarket.
Engkau kawal saja dalaman blog engkau.
Blogger.com sudah perfect. Engkau boleh kawal macam-macam.
Engkau owner.
Engkau boleh off comment kalau engkau tak nak dengar komplen.
Engkau boleh private kalau engkau tak suka public.
Engkau boleh block user kalau engkau benci jahanam certain orang ni.
Engkau boleh tulis terus dari hati. Asalkan jangan lari akidah.

Emosi naik.
Err… tahukah aku bercakap ni bukan secara menyeluruh?
Err… sasaran target aku adalah satu kumpulan kecik saja.
Err… macam bercakap secara personal.

Emosi apakah pagi yang cerah ni?

Oh La La

Posted by chika under Uncategorized
79238we6sb5xi3h.gif image by klasik Currently listening to Risau by Melly Goeslow
Semalam malam. Ber-chatting MSN dengan Jullian. Oh. I can’t really remember our last chat. It happened too long ago. Berkongsi cerita sepanjang ‘kehilangan’ satu sama lain. Dia sudah sibuk sekarang. Study dan berkasih sayang. AHAHA. Good lah. Sudah ada girlfriend liao. Dia kata aku jangan bersedih. Peluang pon sudah tiada. Aku ketawa menggunakan icon. AHAHAH. Kami pon saling menyoal satu sama selain secara ‘tanpa malu’.

you grad next year?
kalau I pass my Design, i grad this year
with degree?
yup. and you?

this year.

Jullian. He is one of my bestfriend. Always. Jarang berjumpa setelah tamat sekolah. But still, we kept on contacting each other. Hmm. Aku suka my Chinese friends back in SERAYA. You guys rock…… and roll! :p But I do like (and love067.gif image by klasik) my chinese friends in UKM jugak. Few lah. AHAHA.

Aku ada paper pada petang Selasa. Amalan Profesional. Petang ni akan balik kampus. Malam nanti akan bergolek-golek di dalam hostel yang miskin di sana. Sesungguhnya aku tak da kesabaran lagi untuk grad. Grad. Grad. Grad. Mesti grad. Ya Allah, permudahkan inginku. Selepas grad, aku sudah merancang kehidupan yang lain. Iaitu kehidupan yang penuh dengan magik-magik. Errr… macam sangat ingin memiliki baby. Huh? Ulang lagi sekali!! Gulp?!

Super Sunday

Posted by chika under Uncategorized

Kenapakah aku menulis blog secara private?

Tersempit-sempitnya dunia yang besar ini. engkau pernah tengokkah kanak-kanak kecil? bermainnya di mana? Di dalam bakul kain. Di tepi-tepi almari. Mahupun di dalam almari sendiri. Tahukah mereka tidak perlukan ruang yang besar? Tahukah? Aku pon tak berapa memerlukan ruang yang besar. Sekangkang kera ini sudah cukup. Nafsu dah terpuaskan. Yang penting aku menguasai blog aku secara sendiri. 100% monitored by me. Mereka yang tidak simbiosis sudah ditolak secara ‘get out’ menggunakan hujung jari. Err… jari telunjuk. Ye. Kuat.

Apa neh bahasa si Nurul neh sangat buruk. Sangat fail kah Bahasa Melayu?
Hey, hey! Berlapik-lapiklah mulut. Aku neh best student untuk TIGA subjek sekaligus tahukah untuk SPM 2003 di Seraya tu? Salah satunya Bahasa Melayu. Siapakah pernah berani secara berani mati mencabar Bahasa Melayu aku? Tiada. Aku tetap best student Bahasa Melayu di sekolah. Apa engkau tak suka bahasa rock & roll aku neh? Mahu aku bertulis secara Bahsa Melayu sejati? Baik pergi pikir sebanyak 2 atau tiga kali. Nanti engkau akan stress membacanya. Aku boleh menulis secara tatabahasa penuh, dan disokong oleh komponen sastera. Tapi nanti engkau semua menyesal sampai berpeluh.

Tak perasankah?
Aku sangat anti ‘short form’. Kalau boleh, sms pun hendak ditulis secara penuh. Tapi mengenangkan kos komunikasi, aku main ‘short form’ juga. Tapi kalau dihantar kepada aku ‘short form’ secara ‘sangat short’, otak aku memang tak boleh proses. Sebab tu aku tak da menulis short form semasa menulis entry. Sebab aku secara naturalnya tak pandai ber’short form.

Cikgu kata aku harus apply pengajian bahasa.
Mintak excuse. Aku sangat tak nak. Nanti belajar punya belajar, aku terjadi cikgu pulak. Padahal sangat ‘bergoncanglah’ dunia kalau aku menjadi cikgu. Errr… aku tak mempunyai hati yang besar untuk berdepan dengan budak-budak. Lagi-lagi yang berbau …. peluh. Nanti aku muntahlah dalam kelas tersebut. HAHAHA. Lagipun aku tengok cikgu-cikgu semuanya sangat lemah lembut, suka menulis iaitu menggunakan ‘pen’ dan mempunyai tulisan yang macam cantik di papan hitam. Tahukah aku tak da skill bercakap secara ‘mengambil hati’ dengan kanak-kanak? Aku suka menulis menggunakan ‘keyboard’. AHAHA. Dan err… tulisan aku yang sangat cantik, comel dan paling comel di atas kertas nampak macam sangat buruk di atas papan hitam. Aku pon kurang keyakinan di situ. Nanti student mengatakan tulisan Cikgu Nurul buruk. Bukankah macam sangat tercabar profesyen aku?

Blog Nurul ni kenapakah sangat crowd macam menyimpan sampah kah?
Mana sampah? Mana? Tak nampakkah betapa tak da sampahnya blog aku. Aku tak da letak apa-apa yang tidak perlu pon. Aku letak semua yang aku guna. Visitors tracker pon tak da. Tahukah aku benci visitors tracker? Walaupon suatu masa dulu blog aku di-intip, aku secara releks ja membenarkan diintip. Sebenarnya aku tak pernah peduli siapa yang masuk ke blog aku. Sikit tak da kisah. Sebab aku memang membuka kepada semua. Cuma sekarang sudah ditutup. Kalau ada silent readers pon, bukan hal yang berapi-api mengundang minat aku hendak tahu. Sebab aku rasa, silent readers lah best. Kalau dia sudah tak silent, dia pon tak boleh dikatakan silent readers lagi. Bukankah best mempunyai silent readers? Err.. sekarang dah tak da silent readers lah. Dengan wujudnya visitors tracker, macam sangat kesian pulak kepada mereka yang nak menjenguk secara sulit tapi macam dikesan pulak. Mungkin beliau pemalu. Atau peminat secara fanatik. AHAHA. Apakah neh? Semua blog pon pasang tracker bukan? Aku sikit tak da peduli dengan tracker tersebut sebab si-owner kena bangga sebab ada jugak orang yang rajin membuang masa melawat blognya. Yang kadang-kadang bukanlah cantik sangat. Tapi isi dia best. Jadi, aku pon tak boleh hentikan tabiat mengulang-alik secara patuh.

Tracker?
Aku sikit tak da kisah engkau nak stay kat sini berapa lama. Engkau nak selidik apa, nak carik apa mahupun nak membuat apa-apa. Buatlah. Sebab tu aku tak pasang widget mengintip. Kasi engkau semua berasa free lah. AHAHAH. Berapa ekor rama-rama berterbangan dan sebagainya pon tak da diambik tahu. Kalau boleh dengan sitemeter nak dibuang. Tapi macam tak cool pulak kalau tak diletak site meter. AHAHAH. Errr…. ingatkah pasal aku menyebut jangan membaca previous post? Aku tak da me-warning jangan. Aku nasihat je, jangan! Bukan atas sebab apa-apa. Sebab aku malu-malu terblushing-blushing je kalau dibaca cerita lama. Bukankah malu? AHAHA.

Aku cakap nak remove orang yang membosankan bukan?
Aku sudah remove few. Remove secara berbesar hati. Sambil terbahak-bahaklah. Aku remove sebab aku semacam sedar. Mereka tak da minat pon ke atas blog aku. Tapi semacam sengaja secara hiburan keluarga mendapatkan access. Macam berasa seronok kot memegang access. Padahal dia langsung tak da keinginan pon. Atau boleh dikata, access tersebut diperlukan untuk dijadikan kegunaan kecemasan. Dengan itu, aku pon menolak mereka keluar secara ‘get out’ menggunakan hujung jari. Sangat berkuasa aku di sini. Yang lain jangan gemuruh di jiwa. Aku sangat suka semua yang ada di sini. Sebab tu aku tak sampai hati nak remove.

Sampai bilakah akan private?
Macam sampai bila-bila. Selagi hayat dikandung tanah. Wahaha. Sampai aku temui satu kehidupan yang hakiki mungkin. Atau sampai aku ada penghidupan yang luar biasa. Atau apa-apalah. Yang tidak terjangka dek fikiran. Hanya magik yang mengubahnya. Wahaha.

Tahukah hati aku berasa tak berapa nak best neh?
Macam hati menangis secara bersenandung. Kesian bukan? Dalam kehidupan ini, yang menemukan manusia sesama manusia adalah waktu. Yang memisahkan manusia dengan manusia juga adalah waktu. Sebab itu semua kejadian itu akan berlaku hanya pada waktu yang tepat. Kalau ia berlaku bukan pada masa yang tepat, itu dinamakan sebagai filem. Samada filem Back To The Future ataupun filem Lake House. AHAHAH.

+ Mak Yang nak tahu tak? Semua perkataan Bodoh, Buruk, Monyet ataupun Gila sebenarnya betul

- Ha?! (Mak Yang tak faham secara sangat)

+ Perkataan-perkataan tu walaupon tak baik disebut, tapi tetap je KOMSAS

-Ha??! KOMSAS???! (Mak Yang terpinga-pinga)

+ Komponen Sastera

Alahai. Apalah dia neh. Adek suka buli mak yang. Kadang-kadang dia ajar Mak Yang maksud fotosintesis. Padahal dia pon bukan sangat tahu. Tapi dia sangat pandai membuat-buat macam sangat tahu.

Jam

Posted by chika under Uncategorized
Assalamualaikum.
Morning kepada diri sendiri.

Mula-mula, sorry kepada Astri sebab tak dapat datang birthday party si cute Alya tu. Semalam aku keluar. Balik je, terus rushing pulak hantar abah pergi klinik. Kulit abah naik bintik-bintik merah yang sangat gatal. Kesian kat abah. Lepas dapat injection, terus ok. Alhamdulillah. Abah dengan Ijat mempunyai jenis kulit sensitif yang sama. Tak boleh masuk belukar. Tak payah belukar. Kena rumput-rumput pon dah boleh naik alergik. Sebab tu masa kecik, kami tak dibenarkan membawa Ijat bermain di tempat yang semak. Nanti alergik dia datang. Like father like son. HAR HAR HAR.

Sampai rumah dah Maghrib. Memang tak sempat nak menjenguk ke rumah Astri. Ma kata, pergilah jenguk walaupon sekejap. Tapi sebab memang dah lambat. Sorry ya Astri. Err… Alya sudah setahun? Cepatnya.

Semalam keluar. Dengan ma, Adek, Haikal. Tujuan satu je. Beli ni :

gambar tak sharp. guna phone. kamera aku dah termati. charger di hostel :(

Aku prefer Titus. Ma pon prefer Titus. Tapi sebab aku ada TEKAD aku sendiri. Kali ni nak beli dengan duit aku sendiri secara total. Jadinya tak mampulah nak membeli Titus. Bunda pon kata, beliau boleh bayarkan half. Kami boleh membuat share. Tapi aku kata tak payah. Sebab aku memang bertekad secara berani mati nak menghadiahkan beliau secara wang aku sendiri. Maka, tak dapatlah ber-Titus sebab macam yang semua pon tahu. Aku kan miskin. AHAHAHA.

Bunda kata, pikir lagi. Nak membuat share secara 50:50 atau tak nak? Kalau setuju, boleh ber-Titus. Aku kata tak payah. Kasilah aku peluang membeli sesuatu secara sendiri. Ehehe. Iaitu tanpa bantuan financial dari ibubapa. Wallah. Bukankah sikit punya sedap ayat ni? HAHAHA. Aku suka jam yang ini sebab surface dia. Oh. Tak nampak di gambar. Tapi ada satu pattern yang shining pada surface jam. Macam cantik. Tidak Titus pon tak pe lah. Tapi ini duit aku secara total tahu! Aku pon belum pernah membeli barang untuk diri aku sendiri secara wang peribadi. Ni mahu dikasi hadiah ni. See. Tabah bukan? AHAHA.

Akan dikasikan pada beliau pada hari Isnin atau Selasa nanti. Macam yang dijanjikan, we have to celebrate his belated birthday.

“Belilah Guess ni,” Haizdel sibuk sepanjang masa memaksa aku beli Guess. Padahal dia yang berkenan Guess tu. Sampai naik susah aku nak bercakap dengan amoi promoter tu. Sikit lagi je aku nak siku muka dia.

“Guess ni lah best….,” Again and again dia pujuk aku beli Guess tu.

“Hey hello. Bukan untuk adek,” Aku sangat marah kalau dia sibuk bila aku membuat urusan aku.

“Ye la bukan untuk adek. Tapi nak bagi boyfriend, bagilah yang ni. Barulah gempak,” mulut dia ni memang selalu ja kasi efek pemanasan pada telinga aku.

“Hoi, kakak hang ni bukan sikit punya single. Tak da main boyfriend,” memang sikit ja lagi aku nak cepuk muka dia. Tapi mak aku dok perhati ja. Kang aku cepuk dia, memang mak aku cepuk aku balik. Ahaha.

“Abis kenapa beli jam lelaki?,” budak ni memang la!! Aku pon tak da jawap lagi. Sebab dia budak-budak. Sangat tak payahlah menyibuk hal-hal macam ni. Bukan kah? Ahaha. Dia memang jenis yang curious. Dan jenis yang akan bertanya dan tanya. Tak dapat kot ni, dia tanya kot tu. Sampai at the end dia dapat smell something fishy, dia akan slowly get the answer. Baru dia puas hati. Dari dia kecik sampai sekarang. That’s why aku dengan mak aku tak akan bercerita apa-apa yang sulit di depan dia. Nanti dia pura-pura like he didn’t pay attention on you, but he did. Or else, dia akan tanya dekat orang lain. Memang busy body.

“Guess ni lah! Adek pilihkan yang Guess ni,” See. Still sibuk. Guess tu memanglah cantik. Tapi sampai RM1000+. Aku pon tak da beli semahal tu lagi buat diri aku sendiri. Gila apa nak hadiahkan ke orang yang macam tu :p

“Ma bayar separuh. Ayong bayar separuh,” eh. eh. dia kasi cadangan yang tak diminta. Sakit ati kan perangai dia???

Kami pon buat tak layan ja dengan dia. Masuk kereta, dia bising-bising mintak mak saya belikan dia jam Guess tu. Kami pon gelak sakan. Tahu tak jam terakhir yang dia mintak ialah jam apa? Jam Mickey Mouse. Warna putih. Punya sungguh-sungguh nak jam Mickey Mouse sampai kami semua gelak pecah perut. Ada ka budak lelaki taste macam tu. Abah pon layan dan belikan satu. Baru pakai satu hari, dia dah tinggalkan dekat surau sekolah. See.

Lepas tu mintak aku belikan jam Manchester United. Sebab masa tu gila MU. Aku pon suka MU waktu tu. Aku pon puaslah carikkan dia satu jam MU. Pakai tak sampai seminggu, jam tu kami jumpa terendam dalam bilik mandi. Can you see…?

And err… masa dia baby like 3 or 4 years, mak saya pakaikan dia rantai emas. Aku ingat lagi. Ada pendant bentuk kunci. Rantai tu ialah kenangan cinta-cinta parents kami. Like ‘kau kunci hatiku’. Yew!! Ok lupakan pasal cinta retro tersebut. So, Ma bagi adik pakai masa dia kecik. Tiba-tiba, one day ni rantai tu tak da pada dia. Mak aku pon mencari satu rumah macam nak gila. Kecoh semua orang kena carik rantai tu.

Lastly kami tanya dia lagi sekali. Mana dia letak. Okay imagine a small kid cakap macam ni .. “Adek letak dalam ais,”

Pikir punya-pikir. We got the clue! Dalam peti ais! Seriously memang ada dalam peti ais. Kelakar tak? Tapi lastly rantai tu hilang. Dipercayai dirembat oleh maid kami masa tu. Kesian kat mak saya. Dia sangat sayang rantai tu.

Whoops! Hari ni mahu study. Amalan Profesional. Membaca kontrak, dokumen dan tender. Seronok bukan????????? Cakap, seronok! Dear Farah, go study go!

flash yang hancur dan menghancurkan.

Posted by chika under Uncategorized
Ih!
Dari jam 1 petang semalam sampai ke jam 11.30 pagi tadi aku menghabiskan waktu secara sia-sia. Gila tak guna! Bagi balik masa aku! Sangat memberontak dalam hati bila secara tiba-tiba, window tersebut error dan terpadam. Keluar Flash error. Hell to the yeah!

Sudah beberapa bulan aku membuat flash movie tersebut. Tapi baru semalam aku terbuka hati dan bertekad untuk menyiapkan. Tetapi semacam sangat sedih. Banyak yang harus diedit dan dibuang. Terlalu banyak scene yang tidak boleh digunakan lagi. Dan kesemua emosi yang macam flowery terpaksa dikurangkan.

Sekali error! o’shit.

Aku tak da ingin lagi membuat flash tersebut. Ingat senang ka membuat flash huh! Turun bawah, ambik KISSES sebungkus, baring atas sofa. Tengok cartoon. Lagi bagus. Hell hell hell. Disebabkan flash tersebut, semua program pon tak dapat running. Macam bagus je flash tu kan? Hih! Tak sempat nak send movie tersebut kepada Mr. Lim. Hey, tengoklah I ni buat dengan sangat gigih tahu! *memberontak*