Archive for March, 2008

Protes Kasut

Posted by chika under Uncategorized
yummy

Aku duduk bilik single. Aku terduduk bilik single secara tak sengaja sebenarnya.

  • Masa semester 4, aku tak buat pendaftaran awal bilik. Kan aku dah cakap, kolej yang aku duduk ni sangat keji. Maka, dia kick out nama aku dan replace tempat aku dengan orang lain. Sangat sedih. Bukan sedih sebab sayang sangat bilik miskin tu. Tapi sayang kat rumet aku masa tu ; Kak Dell.

  • Kak Dell ni sangat best. Walau penat macam mana aku balik dari studio pon, aku akan berasa sangat fresh dan bertenaga untuk berborak secara sakan dengan beliau. Sebab beliau sangat suka bercerita. Macam sangat banyak ceritalah. Lagi-lagi cerita tentang boyfriend beliau yang sangat baik itu. Dululah. Ya. Sangat seronok dapat beliau sebagai rumet.
  • Aku pon terkontang-kanting tanpa bilik. Orang admin pon offer aku antara dua pilihan. Kalau nak stay dekat block tu kenalah duduk secara single. Atau pon dia akan pindah aku ke block lain. Sangat tak nak. Aku nak dekat dengan Kak Dell jugak. Sebab sangat sayang la katakan.
  • Aku pon berasa seram pada mulanya tetapi lama-lama aku berasa sangat seronok ber-single. Tak perlu berkongsi ruang dan menumpang kasih pada siapa-siapa. Juga berkuasa penuh secara veto di dalm bilik sendiri. Bolehlah berpakaian mengikut stail yang digemari tanpa mempertimbangkan rakan sebilik. AHA
  • Sekarang aku masih di bilik single itu. Saiz dia lagi besar dari bilik untuk dua orang. See, sangat sukalah aku. Sudah 3 sem aku di situ. Tetapi, kalau engkau lalu depan pintu bilik aku… engkau mesti ingat aku tinggal di situ secara beramai-ramai. Atau dalam kata lain, secara setinggan. Engkau salah!

    Aku tinggal secara single. Tetapi jumlah kasut di muka pintu sama macam jumlah 10 orang punya kasut. AHAHA. Apa yang aku lakukan? Inilah protes secara mental kepada admin. Siapa suruh keluarkan rules mengarut. Jangan letak kasut di luar blik. Denda dan kasut dirampas. Rules apa ni sangat kelakar lah. Bukankah membawa kasut ke dalam bilik adalah sangat jijik? Aku sangat geli melihat kasut di dalam blik. Nah, ambik kau! Tengoklah kasut-kasut aku berpesta di depan pintu.

    Inilah caranya melawan dalam diam. Semua orang boleh cuba.

Cerita Seram.

Posted by chika under gila crazy, seram

Berikut merupakan siri contengan jam 10 malam semalam.


Eii,benci!
Marah kat aku, lepas tu drive laju-laju. Ingat jalan dekat UKM ni Sepang Circuit ke? Dengan banyak bumpernya, sangat membuat hati yang panas tersentak-sentak secara bengang. Benci! Tak faham kenapa nak marah-marah. Salah apakah? Err.. . ada dua point di sini. Satu, salah apakah aku hendak marah-marah? Ke-dua, salah apakah dia pula hendak marah-marah? Sangat tak faham. Malas juga nak faham. Sangat tak larat hendak gaduh besar-besaran lagi. Boleh dikatakan, aku sedang bermeditasi secara perlahan-lahan untuk bersikap ‘cool’ dan kurangkan ‘temper’. See, sangat baik bukan perancangan ini? Arght! Benci. Tak puas hati.Hati?Hati aku ni middle name dia adalah ‘tak puas selalu’. Tah apa-apa. Buang hati kat luar! Buang! Buang! Hidup ni kalau tak ada hati pasti steady je. Bukankah menarik tu?

Jangan melayan ‘kenaikan suhu’. Lagi baik aku pergi memakan-makan makanan yang sudah lama tunggu dimakan. Alangkah seronoknya makan. Tak pernah pon bergaduh dengan makanan. Hati pon selalu puas je. Walaupun makanan selalu dimakan dan tak pernah di beri peluang untuk memakan, dia sentiasa redha je. Sangat steady. Aku pon mahu menjadi food. Disukai dan dikejar secara ghairah oleh semua orang. Tapi.. err… aku sanggupkah dimakan? Sangat kesian dekat food.

Crispy Springrolls. Itu bukan nama musim bunga atau pon nama model La Senza. Itu nama makanan lah. Sekarang kan sedang bercakap tentang makanan. Nama dia sedap bukan? Macam exotic food padahal hanyalah sejenis popiah. Sangat pandailah orang yang meletakkan nama berkenaan. Nanti aku bukak kedai roti kasi nama Chika SummerHeart. AAHAHA. Kenapakah summer? Sebab hati Chika ni selalu panas je. Maklumlah, ada ketuhar gelombang mikro sebagai plug in di dalam hati aku ni. Engkau mesti tak da tapi aku ada. Macam extraordinary sikit.

Berbalik kepada cerita popiah, popiah tersebut adalah sedap. Aku telah pon memakan kesemua 5 rolls secara solo. Disebabkan hati tengah bermusim panas lah katakan, maka makanlah secara solo. Nak ajak Farah tadi tapi terlupa pulak. Nanti kita pergilah ke sana menginap di Waffle Stop lagi ok. Makan secara tamak dan akhirnya mengaah kepada hukum karma. HUH?


Alamanda memang heaven untuk makan. Aku sangat suka ke sana untuk makan kerna foodcourt dia antara yang paling bersih bagi aku. Tadi bersinggahan di KFC semata-mata nak mendapatkan toys Chicky Meal. Terpaksalah membeli chicken nuggets dan minuman milo walaupun perut semacam ketat. Dapat juga toys Doraemon tersebut lalu hati menjadi musim bunga. Tahukah engkau yang aku ni peminat fanatic Doraemon? Beliaulah hero .. err.. Doraemon hero kah? Dia ibarat seorang lelaki yang jambu dan kaya sebab poket dia banyak harta yang patut dikikis-kikis oleh aku. Erk? Kenapa aku taip semacam ni? Sangat tak disangka aku menulis seperti ini tetapi janganlah di-delete. Biarkan saja.

Bilik ni sangat bosan. Esok aku nak balik rumah lah. Aik? Balik lagi? Baru je pulang ke kampus petang semalam. AHAHA. What to do… aku sangat suka diam di rumah kerna ada adek-beradek di sana. Bolehlah aku berjenaka dan ketawa terbahak-bahak bersama mereka. Boleh berinternet secara sawan dan juga ber-Astro-ria secara sawan juga. Pendek kata, pulanglah ke rumah untuk menjadi sawan. Di hostel ni, aku sangat sunyi semacam hilang kasih sayang. Duduk sendiri secara single macam semua orang tak nak kawan dengan aku ja. AHAHA. Bilik ni pon tak da My Boo mahupun Choki. Semua sudah dihantar pulang ke rumah. Aku tinggal bersama himpunan handbags sahaja yang bertaburan di atas lantai. Macam kedai bundle. Sangat kesianlah aku ni.

Aku penat. Nak sambung memakan-makan lagi. Selepas itu akan meng-autocad. Tadi sudah menulis nama kononnya mahu sambung study part 2. Benarkah? Aku sangat tak larat hendak buat architecture lagi. Tapi aku juga taknak bekerja. Tolonglah sponsor hidup aku yang kesian ni. AHAHA.

yummy

128.gif image by klasik

Seterusnya, contengan malam ini, jam 9 malam.

Aku di rumah. Meninggalkan kesemua yang ada di Bangi termasuklah sebijik kamera cinta, sebotol J’ador yang biasanya ada dalam bag di bawa ke mana saja tapi keciciran di hostel. Meninggalkan juga semua ubat-ubatan dan krim muka juga yang sewaktu dengannya. Histeria sangat nak balik rumah. Petang tadi, siap je buat Questionnaire untuk English class… men-drift la aku pulang ke Cheras. Sangat syorga. BAlik rumah sehelai sepinggang cuma membawa laptop.

Mood sudah tak da bermain ‘suhu’ lagi. Musim panas pon tak da. Walaupun petang tadi ada sikit panas. Tetapi seperti yang aku kata, belajar menjadi cool dan berpikiran panjang. Sangat berjaya secara kecil tetapi masih dikira berjaya.

Esok cuti tetapi aku macam biasa. Ada selonggok kerjaan yang perlu dikerjakan. Tadi berbual dengan Shida tentang masa depan. Woa.. masa depan. Kami dah sepakat menyatakan ketidak sanggupan lagi menempuh dunia architecture yang stress ini. Kepala aku bersama dengan otaknya sudah sampai tahap bernyala merah. Macam ultraman lah maksud aku. Bernyala merah di dada kerna power sudah habis. Tapi mereka ni mahu bekerja. Aku tak mahu bekerja. Maka, apakah aku akan jadi di masa hadapan? Aku belum bersedia untuk ke alam pekerjaan.

Sedang bergembira macam sakan di dalam studio tadi, Shida tiba-tiba membuka cerita yang sangat seram tapi kelakar. Aik? Versi seram tapi di-kelakar-kan oleh kami. Mula-mula mendengar dengan sangat takut tetapi akhirnya menjadi sitkom yang sedikit lucah. Lucah secara sikit saja iaitu masih pass untuk mendapat periktirafan lembaga tapisan. Pergi mati dengan lemabag tapisan. Aku berkobar-kobar nak cerita pasal kisah seram menjadi kelakar ni.

Shida : Ha, Nurul! Baru aku ingat. Ni ada cerita pasal orang minyak ni.
Aku : (Aku tengah terkinja-kinja terus stop) Huh? Apa? apa? (lalu menerkam ke Shida)

Adian dengan Ayie dah pasang telinga sambil tersengih lah seperti seorang kerang.

Shida : Orang minyak tu dah ada kat block aku!
Aku : Mak! Block kau tu block aku lah! (si adian dengan Ayie dah pakat gelak)
Shida n> : Bukan! Kat belah block aku. Kat belah sini. Sangat takut, Nurul. Ya yang cerita. Dia kata, kawan dia dah kena. Sampai takut nak bukak pintu bla..bla..

Kami pon melakonkan aksi takut secara sangat takut lah. Diam sekejap. Adian dengan Ayie memulakan spekulasi cerita seram menjadi komedi seram. Macam drama Astro la pulak.

Adian : Abes la korang…
Aku : Camner ni Shida? Aku dok bilik single ni.
Shida : Aku pon selalu sendiri jugak bila Farah balik rumah.
Aku : Aku rasa, serius ar kena buang dara jugak.
Shida : Aku pon rasa macam tu lah. Dah tak ada cara lain ni, Nurul.

Bermulalah gelak-gelak devil antara kami. Adian tu kalau dah bukak word-word *filtered* ni, memang dia sangat suka. Maka berlakulah tokok tambah cerita secara kolaborasi.

Aku dengan Shida : (Gelak terbhak-bahak membuat spekulasi cerita)

Ayie : Ha, gelak..gelak.. Esok menangis baru tahu.
Adian : Esok menangis bawah shower. Huuuu…

Memang bongok ok dia ni cakap macam tu. Apalagi, ketawa lagi besar ar masing-masing. Nama beberapa orang pon dah kami sebut sebagai kononnya merupakan karakter orang minyak tersebut. Si J dan Si Z, juga Si P adalah antara nama yang difitnah. Berdosanya kita ni, Shida.


Shida : Dia kata, jangan pandang mata orang minyak tu. Nanti terus dia pukau dan kita akan menyerah je.

Aku : Camtu, kita letak sign la depan pintu; ‘NO DARA HERE‘.

Shida : (Dia ni memang kaki gelak yang extreme.Maka, gelak dan gelak lah lagi) Tak pun kita letak sign ; ‘JANDA HERE’.

Memang stupid ok!

Adian : Ala, letak je yang macam dekat hotel tu. Lubang kecik tu. So, sebelum bukak pintu, intai dulu.

Aku : Mana boleh. Kan dah kata tak boleh buat eyes contact.

Shida : Masa bukak pintu tu, terus pandang kat tepi… jangan pandang kat mata dia.

Aku : Nanti dia jerit... ‘pandanglah abang minyak ni! pandanglah!’

Gelak lagi!

Gelak punya gelak. Kami akhirnya dah tak larat. Tu pon sebab ayie banyak kali ingatkan supaya jangan berseronok sangat. Nanti kena baru tahu. Terdiam lah aku dengan Shida yang dara ni.

Tiba-tiba…

Shida : Aku nak search kat internet jap pasal orang minyak ni.
Aku : Huh! Tak abes-abes lagi.
Adian : Ha ah. Ada.
Aku : Ha? Ko dah pernah search ke Adian?
Adian : Ha ah. Semalam.

Apalagi, memang geli hati ar. Siap search kat internet. Ada dara ke, Adian? :p

Aku : Shida, ko search image je la. Search kat Yahoo! Image.

Shida : Buat apa? Search web je la. Kat blog ada ni orang tulis.

Aku : Search Yahoo! Image. Nanti boleh tengok rupa dia camner. Boleh la kita cam dari awal. Buat persediaan. AHAHAHA! *gelak macam jin*

Siot. Maka sekali lagi berseronok memain-mainkan orang minyak. Sangat drop maruah orang minayk dipermainkan ke tahap ni. Sangat kesian.

Bila dah petang tu, suasana sepi… Aku duduk diam, menjadi takut secara mendalam. Apalagi, terus decide nak balik rumah. Takut nak stay dekat hostel malam ni. Sebab tu yang aku balik sehelai sepinggang tu!!!. AHAHA! Satu apa barang tak sempat nak ambik. Sebab dari studio, terus balik cheras. Sampai-sampai rumah berkobar lah cerita dekat Ma. Ma senyum ja semacam tak percaya. Sangat tak thrill la macam ni.

Ayie : Apa nak takot. Malam ni orang minyak tu cuti. Malam ni kan Malam Maulidur Rasul.

Adian : Dan jugak, malam ni dia nak pergi dinner kolej.

AHAHA.

Salam Maulidur Rasul semua. Jangan takutkan orang minyak. Macam kata Farah melalui pesanan di YM tadi, ada kuasa yang lagi hebat dari orang minyak tersebut. Takutlah pada Allah SWT :D ngee.

Letih aku menaip. Cukup.

Hidup Yang Sesak Tapi Kosong

Posted by chika under Uncategorized
malam ni ada kelas etika. aku sampai je studio, on laptop. Tiba-tiba malas nak ber-etika. Aku pesan je supaya attendance aku di-sign. Terima kasih sebanyak-banyaknya.

Aku tak berapa sihat. Kepala pening, rasa nak muntah. Maka, sudah dua hari aku tidur secara mati-matian. Semalam selepas dinner, aku terus ketiduran sampailah ke pagi. Bangun pagi, pergi kelas English dan melaukan aktiviti kelas secara seronok. Ya. Kelas yang seronok pagi tadi. SERONOK. Serius seronok. Selepas seronok ber-English, pergi ber-lunch di cafe FST bersama Shiken dan Alif. First time aku jejak ke situ walaupun dah nak grad dah ni. AHA.Lauk dia bukan sket punya panjang. Maka, nafsu serakah pon terbahak-bahak bersama perut. Sangat excellent. Ih, sebut pasal food je berasa sangat cemerlang hidup ini. Habis kelas English, terus balik hostel dan tidur lagi. Bangun tidur, terus ke Alamanda untuk … makan! Nafsu serakahkahkahkah!

Masa kelas English tadi, aku mendapat saman. Kesalahan seperti biasa. Parking kenderaan di tempat kakitangan. Tak guna. Macam aku cuak je dengan saman tersebut. Sangat sukarela aku menerimanya. Di harap ada secret admire akan membayarkan. AHAHA.

Kepala aku sangat sakit. Badan pon panas. Aku tidur secara gila sampai tak da kesedaran diri langsung. Tiba-tiba aku tersedar, tengok handphone ada orang main miskol. Sangat tak da masa depan kah orang tersebut? Tapi aku terpikir, mungkin beliau adalah salah seorang kawan-kawan kot.Maka, dengan mata yang sangat bersaiz kecil bukaannya, aku pon try call dia balik. Eh, tak menjawab. Pergi lantak dengan beliau maka aku pon sambung tidur yang kronik. Tiba-tiba tak lama tu dia sms.

+ Elo, sape ni?

Aku pon merasa haran dan sedikit marah. Dia pulak tanya aku siapa. Gila ka? Maka aku tak reply pada malam itu sebaliknya reply pada pagi tadi.

- You yang missedcall I last nite. So, who are you?

Aku sangat tak berpuas hati kalau orang berlakon-lakon macam aku yang mengganggu dia padahal dia yang mengganggu aku.

+ Huh? I missedcall you? I pon tak tau sbb masa saya balik2 je semalam, tengok dah ada missedcall from u

Shit! Nak berlakon macam aku la konon yang kacau dia. Gila. Aku sangat tak suka dan tak berminat lalu aku membiarkan dia tanpa reply lagi. Sangat buang masa dan perasan. Ingat aku sangat senangkah nak bermain-main handphone. Itulah pekerjaan paling aku tak suka buat. Aku sangat tak suka bermain handphone dan erm.. aku juga tak berapa pandai bermain handphone. Macam kesian pulak. Kesian dekat aku lah. Bukan beliau.

Dah ar. Banyak benda nak dibuat. Hidup macam apakah? Sangat tak seronok. Tak macam remaja yang sehat. Ih!

Mati Secara Koma

Posted by chika under architecture life
One sms received this morning : Today no presentation. Krit only. En Zabidi not here today.
Aku terus melompat-lompat atas katil sampai kepala mencecah siling dan kemudiannya ber-rock n’ roll. Terus pasang lagu Elvis Presley dan berkaraoke. AHAH. Tipu saja. Ini hanyalah satu metafora yang mewakili betapa melonjaknya hati aku secara besar-besaran. Tapi aku tak cukup tenaga hendak ber-rock n’ roll dan melompat di atas katil. Energy sudah menghampiri nilai KOSONG.

Lalu aku pon me-reply : Ahh… good! Thanx god…! I nak mati rushing ni. Aaa… mati la I!

Thank you dear for the msg! Mesej tersebut menyelamatkan aku dari tercabut nyawa hari ni. Sampai sekarang pon aku berasa sangat lapang di dada. Pacemaker di jantung kiri pon sudah tidak bekerja keras sangat mengepam darah.

Ah! Seperti hari ini adalah final submission. Malam tadi kami bertungkus-lumus menyiapkan drawing. Aku dah tak tahan dengan course ni. Psycho. Aku pulak jenis orang yang tak tahan stress. Bila stress aku migrain dan akan hilang pertimbangan. Menitik air mata tu sudah tentu lah. Setiap semester pon, pasti akan menitiskan air mata untuk final project. Kenapalah aku belajar sampai macam ni.

Memandangkan aku belum balik kampus, aku buat kerja secara solo di rumah. Maka aku sign in YM sebagai komunikasi jarak jauh dengan studiomates. Bila masuk je YM, perkara pertama yang aku suka buat ialah melihat status-status orang ramai. Macam-macam ayat ada. Tapi semalam, paling jahanam ialah status studiomates aku.

Shida - Rasa macam esok final submission je!
Paed – Canner nak buat Sex-tion ni!
-Btol2. Buat floor plan macam jahanam!
Ainul - Korang ni dah buat section ke? Aku still buat layout ni!
Ai – BERUSAHA! Chaiyok Chaiyok! (engkau bolehlah ber-chaiyokchaiyok! :p )
Aku – Aku pun belum buat sex-tion!
-Buat floor plan macam jahanam!

Tercetuslah perang perasaan di ‘status’ Yahoo! Messenger. Terima kasih YM atas service yang memberangsangkan. AHAHA.

Bila dah stress sangat, berchattinglah meninjau perkembangan terbaru kawan-kawan :

See. Aku punya course ni bukan setakat men-drawing tetapi juga menjaga hal ehwal lori sayur, lori ikan dan berlori-lori lagi. Semua nak kena consider sampailah akhirnya aku hilang consideration.




Akhirnya pukul 3, aku tumpas! Aku sms Mr.Lim suruh dia kejutkan aku pada pukul 4 pagi. Sumpah aku dah tak larat nak menegakkan badan. Kepala aku macam nak berpecah belah. Sebelum dia explode, lebih baik aku mengambil tidur secara sikit. Kununlah. Buat kata kembar, ambillah tidur yang sikit tetapi berkualiti. Aik? Tidur memang perkara yang paling berkualiti bukan. AHAHA. Sebelum tidur aku suruh partner sekatil (macam skandal bersekedudukan pulak) menyambung kerjaan aku. Mula-mula dia sangat seronok. Muka pon sangat tersenyum.


See! Dia pon tak larat dan tak sanggup menghadap autoCAD. Sudah tertonggeng di atas laptop sambil terus mendengar lagu MOCCA. Gerek gila ar melayan lagu MOCCA dia ni.

Aku pon berasa kesian dekat My Boo sebab sudah tergolek seperti sangat terbiar. Maka aku tariklah dia mengajak tidur bersama seperti biasa.

Macam biasalah. Aku yang akan memeluk dia kerna dia tak pernah tahu bagaimana hendak memeluk aku. Boo, tahukah engkau yanga ku suka dipeluk ketika tidur. Jadi, aku berharaplah this Spongebob yang bernama manja sebagai Boo akan memeluk aku setiap malam. Sangat tak guna dia ni. Buat sempit katil aku je. Pagi-pagi pasti tergolek di bawah dan aku kenalah membawanya naik semula. Partner Sekatil yang buduh tapi setia.

Disebabkan terlalu seronok tidur secara berkualiti, aku langsung termati. Mr. Lim call pukul 4 suruh aku bangun buat kerja. Aku pon tak berapa sure apa yang dia cakap sebab aku masih termati. Panggilan kedua dibuatnya pada pukul 7 pagi. Aku sangat terkejut.

“Dah pukul berapa?” “7 dah,” “Aaaa??! I tak bangun lagi. Tak boleh bangun,” “Mm.. dah la,” aik. dia bengang. aku pon off hp.

BAngun dan bekerja bermati-matian. Sebab presentation kan pagi ni. Berdetak jantung macam nak terpecah-pecah tapi setelah mengetahui presentation akan ditunda aku menjadi gembira. Dan terhasillah entry ini. AHAHA.

koma dua tiga hari bagus jugak ni. tapi Nabil kata tak boleh koma. kena siapkan kerja juga. Tiba-tiba termasuk nama Nabil. AHA. Hi, Nabil! Dia kata buat autoCAD senang je. Esok aku send file kat dia, suruh dia buat kan. Nanti cepat pandai :p

Sebelum Cahaya

Posted by chika under Uncategorized

Ku teringat 067.gif image by klasikhati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi 067.gif image by klasikcinta067.gif image by klasik
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati 067.gif image by klasikcinta067.gif image by klasik

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu 067.gif image by klasikcinta067.gif image by klasik

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta067.gif image by klasik
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu067.gif image by klasik cinta067.gif image by klasik

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi 067.gif image by klasikcinta067.gif image by klasik
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati 067.gif image by klasikcinta067.gif image by klasik

101.gif image by klasik

No idea. Kenapa bila mendengar Sebelum Cahaya, berasa melankolik. Bukan semua parts of the song yang bagi kesan melankolik, tapi pada part dia menyebut Cinta. Sebab melodi dia kot. Meng-autoCAD sambil mendengar Sebelum Cahaya. Betul-betul menyentuh hati. Berasa sedih. Sebab kena buat autoCAD! AHAHAHA. Itu saja yang sedih. Dot.

Siapa pernah tengok drama Jepun, berry.gif image by klasikStrawberry On The Shortcake? Lakonan Hideaki Takizawa dan Kyoko Fukada. Siapa ada soundtrack drama ni, bolehkah berbaik-baik hati menghantarkan kepada saya? Dan juga soundtrack Sweet Spy lakonan Danny Oh (Gila manis dia ni Manis macam gula-gula kapas). Erk? Tadi mintak satu, sekarang sudah menjadi dua. Alang-alang meminta, biar meminta secara banyak. Kalaulah boleh memberi, hantarkan di sini bbs_02mail1.gif image by klasik : Tulip_glowing@yahoo.com. Send mp3 saja ok.

Semalam petang, line telekom di rumah menjadi hilang secara magik. Sedang menyakitkan hati seseorang, tiba-tiba terputus lalu aku lah yang tersakit hati kembali. Baru beberapa jam yang lalu line ok. Disebabkan line hilang secara magik, kerja berinternet pon tak dapat dilakukan. MAka, aku ber-autoCAD lah sepanjang malam dan sepanjang pagi tadi. Sangat bagus kalau tiada internet sebab produktiviti kerja akan meningkat. AHA. Dan semalam, tak da lah aku menghadap pc mengalahkan seekor ‘mouse’. Aku menghadap laptop membuat kerjaan sampai kepala terpusing-pusing dan tertidur secara tak disangka. Tiba-tiba berasa seperti perut dibakar-bakar sampai panas. Oh, rupa-rupanya aku tidur bersama laptop di atas perut. Sangat dangerous kepada kesihatan.

Pagi tadi, setelah bosan membuat kerjaan autoCAD, aku turun ber-ASTRO RIA. Maklumlah, internet hilang secara magik kan. Tapi bagus juga. Takkanlah hendak menjadi seperti mouse. Setiap hari berada di depan pc. Walaupun orang leave, dia masih di depan pc. Kalau macam tu lagi baik menjadi robot welding. Erk? Aku mencurik ayatkah? worried Aku mencurik kah? HAHA. Aku baru terbaca ayat tersebut tadi, dan berasa wonder. Sangat ajaibkah ayat tersebut. Kerna aku telah terputus internet semalam. Mungkin mengelakkan aku daripada menjadi seorang ‘mouse’. AHAA.

Takutnya nak menghadapi hari Isnin. Perut terkecut-kecut. Ketaq sangat ni. Banyak lagi belum solve. Kenapalah sangat slow kepala ni. Bergerak secara perlahan. Pasal apalah sangat slow! Ayuh, menjadi laju! Laju macam mesin potostat! Erk? Mahu meng-copy design di magazine kah? AHAHAH. Mana ada. Aku buat design secara sendiri ok. Walaupun slow dan kadang-kadang buruk, tapi design itu asli. Bila banyak kerja je, aku menjadi fierce. Hati panas terbakar-bakar. Gila bosan hidup ni.

Saturday Sabtu

Posted by chika under Uncategorized
Baru saja selesai mandi dan berasa sejuk itu sudah pastilah. Sangat sejuk lalu membuatkan perasaan aku menjadi baik. Tapi aku berasa sangat malas. Iaitu satu kondisi di mana otak dengan hati tak berapa nak ngam. Otak aku running in circle pasal kerjaan tetapi hati aku going straight forward hendak bersosial.

Apakan daya, Isnin ada presentation untuk 2nd progress assessment. Aku sangat tak nak menatap autoCAD lagi. Bila aku tengok AutoCAD, aku rasa pening. Bila aku tak tengok AutoCAD, aku rasa seronok. Erk? AHA.

Aku sudah final semester. Seharusnya bertahan dengan lebih kuat dan membuat kerja yang kencang walaupun secara sikit. Selepas grad, aku belum merancang kehidupan aku. Atau ada siapa-siapa yang sudah merancang hidupnya, bolehlah berkongsi dengan aku. Manalah tahu perancangan engkau macam seronok, bolehlah aku meniru.

Setiap kali musim final macam ni, perasaan aku menjadi huru hara. Dan mulalah aku berfikir macam-macam aktiviti nak dibuat. Tapi tak dapat nak buat. Sangat mendatangkan marah. AHA. Apa yang nak dibuat ni? Waah, menyoal diri sendiri semacam seorang yang lapang dan tiada kehidupan yang baik. Aku nak bersosial tetapi tak berpatutanlah kalau bersosial di waktu ini.

Siapa pergi Sunburst? Bolehlah capture gambar Andy sebanyak-banyaknya dan sampaikan salam aku buat beliau. Dengan ucapan, aku suka jambangnya yang seksi di muka. AHAHA. Aku tak pergi sebab aku sudah mengambil ikhtibar dari pengalaman lalu di Voices. Nanti overdose lagi lingkuplah projek aku. Lagipon kalau tertido semasa event, pasti mendrop maruah secara lebih besar. HIKS! Apa nak buat selepas ini? Pergi keluar minum secara cuti? Pergi mabok-mabok? Erkk… Menulis blog secara sakan lagi bagus :p

Nak pergi meng-autoCAD lah.