Archive for March, 2008

Title : Sila pilih title secara sendiri

Posted by chika under Uncategorized
Beylo, tumpang bahu.

Beylo : I tak da bahu lah.

Tak guna engkau ni.

Imagine. Engkau sakit. Tapi kena bekerja. Bukan kerja ringan. Kerja secara mati-matian. Atau boleh dikatakan sebagai kerja menuju kematian. Imagine. Imagine. Kepala tunggu saat ja nak explode. Aku berasa nak menekan command ‘x‘, ‘space bar‘. Dan explode! (Bahasa autoCAD lah). Biarlah kepala exlode dalam seminggu dua. Selepas itu menekanlah command ‘b‘ untuk membentuk block lalu menekan pula ‘space bar‘. Hanya dan hanya jika kepala aku ni dalam format autoCAD atau file .dwg (download kepala baru kang, baru tahu!)

Tak boleh faham bahasa autoCAD? Mari kita berpindah kepala bahasa 3D pulak. AHAHA. Belum masuk kerja 3D lah. Aku sedang draw basement parking dan semacam tak boleh sabar hendak memulakan section. Ah! Aku tak larat dah dengan course ni. Aku tak larat dah. Tak larat. Tak. Ye. Tak. Tak. Tak. Sangat tidak.

Tekak ni macam sangat buruk. Perit. Nak meneguk air pon sangat susah dan memerlukan pengorbanan. Mata terasa panas. Bila dipejam, pasti meleleh air mata. Badan sangat sakitlah. Kesemua tulang pon sakit. Mungkin kesan dari duduk di kerusi bitu tu selama berjam-jam. Pinggang pon dah kasi signal nak meninggalkan badan. Kepala ni dah bercerai-berai dengan otak. Sangat tak konsisten.

Mahu menangis lama-lama. Tapi nanti mengambil masa yang lama. Sedangkan masa sudah suntuk. Flu pulak lagi. Habis bersepahlah meja penuh dengan tisu yang bermukus. Selepas itu terbatuk-batuk di hadapan laptop. Laptop pon semacam marah sebab aku semacam tak respect dia. Dia pon hang secara sekejap. Aku biarkan dia hang sebab aku pon hendak hangout di pc berinternetlah. I mean, menconteng arang di sinilah. Aku menghembus flu secara banyak pon pc tak da marah. Tak semacam laptop lah. Baru sekali batuk, sudah hang. Cengeng!

Oh!
Tadi yang marah sudah kalah. Dia meng-sms. Sms secara sikitlah. Semacam masih marah tetapi terpaksa mengalah. Aku pon menjawap secara sikit jugaklah. Itulah. Siapa suruh mencari pasal di waktu tegang. Tidak tahukah yang aku paling pandai memburukkan keadaan? AHAHA. Yang penting aku menang lah. Tapi tak da berasa sangat seronok pon. Berasa plain saja. Sebab di dalam kepala aku tak ada manusia. Ada autocad saja.

Perut tak berapa selesa dalam beberapa hari ni. Makan pon kurang. Sebab tekak tengah buruk kan. Tak ada nafsu serakah yang berdekah-dekahlah. Pendek kata, tak ada apa-apa nafsu sekarang ni. Berasa penderitaan sahaja. Fed-up! Aku tak larat lah sudah 2 hari semacam tak berapa tidur. Aku confirm esok tak dapat present dengan baik. Dan esok aku akan pakai baju kurung. Sebab aku demam lah. Aik? Apa kaitan? Adalah kaitan dia. Bukankah bila memakai baju kurung, nampak semacam lembik? Semoga lecturer menjadi kesianlah melihat aku yang lembik, lemah dan semacam sopan esok berbaju kurung. Jadi, dia pon tak ada lah sawan menghentam design aku kan.

Aku tahu part mana dia akan hentam tapi aku dah tak larat nak rectify. Get lost. Asalkan esok aku menghadirkan diri membawa sebijik muka yang tak berapa nak siap ini. Juga pastilah bersama sepasang baju kurung sakit. Yeah. Sudah plan untuk esok. At least aku ni masih menjadi orang yang ada perancangan hari esok. Tetapi aku hanya merancanglah. Hari esok siapa yang tahu. Kata ibu dengar sahaja. Cerita hanya kita berduaaaaaaaa. Pagi yang gelap, kini sudah terang. Aku lah Chika dan engkau autoCAD. Aaaaa~! Punya stress!

Beylo, picitkan tengkuk aku.

Bey lo : I tak da tangan ma.

Engkau memang tak guna.

Edit:
Jam 10.02 pagi

Percaya tak? Aku masih di rumah. Baru saja bangun dari tidur yang sukar dan derita. Dikejutkan oleh satu sms.

u on the way to ukm? drive carefully.

Aku baca sikit secara baca dengan tak baca dan delete. Aku tahu aku tak mampu drive pagi ni sebab badan aku dh mula menggigil. Tapi malas nak reply sebab energy tak cukup. Malam tadi berbungkus diri dalam comforter tapi tetap berasa sejuk. Sebab aircond on lah! Tapi temperature 28. Bukan sejuk sangat. Namun badan aku berasa sejuk secara dahsyat sampai terbayang-bayang kalau dapat tidur dalam bilik wap. AHAHA. Aku off aircond. Tapi masih sejuk. Aku capai stokin, capai sweater. Tangan pulak sejuk. Pakai… err … glove la pulak. Kronik? Ini perkara yang aku biasa buat sebenarnya walaupun aku tak demam. AHAHA :p

Tiba-tiba satu sms lagi masuk. Aku rasa nak jerit! Aku terbayang, mungkin mereka carik aku suruh datang studio sebab presentation nak mula dah. Tapi ….

No pin up today.

I was like… yibba yibba! Tapi aku tak da ber-rock and roll lah. Demamlah katakan. Aku cuma tersenyum syukurlah. Dalam hati saja. Alhamdulillah. Aku terus bagitahu ma. Ma kata, aku ni memang orang yang selalu lucky. Ain pon selalu kata aku ni jenis yang lucky di mana nasib selalu menyebelahi aku di saat genting. Tapi aku tak berapa perasan pulak. Aku selalu berasa malang sahaja. Tengoklah, jatuh sakit di saat genting. Bukankah malang?

Aku memang dah tekad akan MC harini. Lagipon aku ada surat MC lah. Sebabnya, semalam Aisyah sms pukul 2 pagi. Waktu tu aku tengah meng-autocad bersama air mata. Menitis-nitis ok air mata. Seksa macam durjana. A076.gif image by klasik

Ok. Aku pening. Aku pon tarik comforter. Tidur sampai pagi ni. A150.gif image by klasik

Aku rasa mereka betul. Nasib selalu menyebelahi aku di waktu genting. Kalau di sekolah pon, bila aku tak siapkan homework, cikgu kadang-kadang mesti tak datang. Ah! Lega! Tapi harini pon kenalah meng-autocad macam histeria. Mmm.. rindu kat bilik aku yang miskin di sana. Apa khabarlah camera aku yang tertinggal. Diharap juga, tiada orang merembat kasut-kasut aku di luar pintu yang macam berdisko tu.

Aku di sini. Masih. Di rumah :) Seronok bukan?

Demam Fever

Posted by chika under fever, health
Dah 4 bijik panadol aku telan. Telan secara steadylah. Aku tak da masalah memakan ubat. Mungkin sebab aku sudah terbiasa bersama dengan ubat-ubat tersebut sejak aku 12 tahun. Erk? Semacam aku sakit bukan? Dulu aku mengidap migrain yang kronik tetapi berkadar songsanglah dengan usia.

Sejak semalam aku tak sihat. Malam tadi tidur pon terbatuk-batuk. Pagi tadi bangun tidur, muka aku menjadi merah padam. Tekak pon perit. Kepala pening. Confirm! Aku demam fever (?) Selepas lunch aku termuntah-muntah la secara sedikit. Selepas minum kopi panas, aku termuntah-muntah secara banyak sikit. Badan pon sakit-sakit.

Aku menumpang kasihlah kepada adek-beradek. Menyuruh Adek Del mengurut di belakang badan tetapi .. umak aih! Aku tak boleh tahan lah dengan tangan lelaki memicit semacam hendak ber-fighting. Aku suruh mengurut orang sakit, bukan membelasah musuh! Aku pon suruh dia berhenti dan jangan sentuh aku lagi. Boleh terkena osteoporosis lah aku kalau dibiarkan dia mengurut. Sangat kuat dipicitnya di bahu. Engkau membalas dendam kah?
Semalam abah demam. Hari ini aku demam pulak. Ma kata, aku memang akan ikut demam setiapkali abah demam. Sejak aku baby lagi. Itulah namanya hubungan biologi. Engkau fahamkah tulisan orang demam ini? Kalau engkau tak faham, engkau pasti demam juga. Ayuhlah memakan ubat sebanyak 6 bijik sehari. Jangan overdose ok. Nanti jadi mabok seperti aku minggu lepas.

Ma pon bertanya adakah aku ada masalah atau stress? Aku pon bertanya kembali.. kenapakah dia bertanya begitu. Ma kata, dia faham sangat yang aku mesti demam setiap kali ada problem. Ya. Aku pon menjerit ‘betul! tepat sekali! 10 markah!’ ahah. Aku tipulah. Aku tak berkata apa-apa. Sesungguhnya memang benarlah itu. Setiap kali hati aku tak senang atau bermasalah, aku akan mengalami demam fever (?) Demam fever ni adalah bahasa yang aku guna sewaktu aku baru belajar perkataan ‘fever’ lah back to primary school. AHAHA :p

Aku berharap aku akan cepat pulihlah. Dan hati yang buruk menjadi cantik semula. Apa punya lembiklah aku neh. Setahun akan demam sebanyak kali yang boleh. Stress sikit, demam. Problem sikit, demam. Itu masalah biologi jugaklah. Ataupun dikira di dalam topik anatomy. Sangat saintifiklah kehidupan aku ni.
Aaa. Menahan muntah dari tadi :( Sekarang sendirian di dalam rumah. Parents dan Adek Del pergi Selayang. Abah memujuk aku suruh ikut tapi aku kata tak mahulah. Demamlah katakan tadi. Ijat ikut Haikal. Secara solo lah aku di sini. Kalau terjadi apa-apa pada aku, aku harap Choki dan Boo akan menyelamatkan aku. Tapi nampak macam stupid saja dua ekor ni. Choki selalu buat aku lemas semasa tidur. Maka, aku lilit dia di kepala katil supaya dia tak akan membunuh aku. Boo pulak selalu terjatuh katil. Sangat stupidlah. Diberi katil mahu tidur di bawah katil. Pagi-pagi haruslah aku mencari Boo dan menepuk-nepuk beliau membuang habuk carpet. Buttercup pulak aku dah lama tak menyentuh dia. Macam bosan dengan dia. Sebab kepala besar sangat. Membosankan.

Macam nak kunyah panadol secara berbijik-bijik.

Bandung – Jakarta

Posted by chika under Uncategorized
Rindu.
Jom pergi Bandung.
Serious ni. Marilah kita ke Bandung.
Shopping secara sakan.

- Guci’s Restaurant -

Western dishes dia sangat sangat sedap. Kalau pergi ke Indonesia, makan saja di restoran yang class sikit. Jangan mencuba makanan di stall tepi jalan dia. Sangat geli walaupun sangat murah. Kotor ok. Lagipun aku tak reti nak makan masakan dia. Pelik. The first day turun Bandung tu, lunch makan nasi ayam tak jauh dari ITB (Institut Teknologi Bandung). Oh ho! Aku ingatkan nasi ayam seperti … ‘nasi ayam’ lah. Tetapi nasi ayam dia luar biasa sampai muka aku menjadi pucat lesi hendak menelannya. Minum pulak dengan Teh Sostro dalam botol. Ya Allah. Terus aku call abah, menangis. Lapar, tapi tak lalu nak makan. Sangat bongoklah perbuatan tersebut. Maka aku makan fast food atau melepak di Guci sahaja untuk meal. Tapi fast food dia pon lain macam. Tak berapa nak sedap. (atau mungkin tekak aku saja yang demand). The same case lah masa aku dekat Jeddah. Sangat lapar tapi sangguplah kebuluran tahap nazak asalkan aku tak main roti yang super duper keras tu. Then pernah sekali stop dekat tengah-tengah padang pasir. Ada satu kedai makan ni bukan sikit punya kotor lah sampai aku muntah. Tak senonoh bukan?


Kasut-kasut yang di beli di Bandung dan Jakarta. Tak guna. Semua saiz 5. Maksudnya, longgarlah tu. Tapi nafsu serakahkahkah la katakan. Aku beli jugak. Sekarang ada dalam bakul tercampak macam kasut buruk.


Nak main pool :(
Di manakah boleh main pool secara terbuka dan secara tak berapa nampak berdosa atau bergelap. ? Maksud aku, secara senonohlah untuk perempuan bermain. Tahukah? Sila beritahu boleh? Teringin sangat nak main. Aku tak berapa pandai main, tapi at least tersumbat jugaklah tiga empat bijik bola. Sangat hebatlah juga. Beginner ma :p

Aku tertulis pasal Bandung oleh kerana beberapa hari lepas, seorang kakak mesej aku. Dia kata dia nak ke Bandung dan bertanya aku mahu ikutkah? Oh, taknaklah. Malulah. Dia bersama suami, aku bersama siapakah nanti? (ada ryhme la pulak) AHAHA. Aku pon berpesan supaya beliau membawa wang berjuta-juta supaya tidak sawan emosi di sana. Dan juga menasihati beliau supaya membeli branded jeans sebanyak-banyaknya. AHAHA. Oh, ye. Kasut juga :p

Masa untuk meng-autocad! autocad ! autocad! autocad! saya sangat sukalah autocad! suka secara sakan! :(

Private and Confidential

Posted by chika under Uncategorized

Akhirnya.
Inilah my dead end.

Info Terkini.

Jumlah readers setakat jam 11 malam ini adalah sebanyak 6 orang sahaja. Sangat sedikit yang dijemputlah. Buat apa ramai-ramai. Ini bukan konsert. Entry yang telah di-hide telah dipublish semula. Pendek kata, kali ini berciri lebih terbuka lah. Akan lebih banyak cerita luarbiasalah akan diconteng. Mungkin kali ini, ciri kelakar akan tiada. Mungkin lebih stress. Sesiapa yang berasa hidupnya sangat seronok dan kurang tekanan, aku akan provide sedikit tekananlah. AHAHA. Mahu ka?

Polisi.
Parasit pasti sudah tiada dan aku menganggap blog sudah pon menjadi hygenic. Iaitu sangat bersih la. Sekiranya termuncul pulak lah parasit, pasti antara engkau lah yang parasit itu atau engkaulah pembawa parasit tersebut. Maka, please donk. Aku sudah sangat berbaik hati menjemput, maka berbaik hatilah jangan menjemputkan orang lain pulak. Sangat menghargailah kerjasama semua :) Apa yang ada di dalam ini, jangan di bawa keluar ok. Ada ramai orang yang tidak boleh sesekali bolos ke sini lagi. Note : Sangat serius ni.

Selamat datanglah kepada semua. AHAHA. Terasa macam hari pertama menulis blog. Berasa fresh dan ber-energy :)

Jumlah readers telah menjadi 10 orang. Magik :p Oh ya. Di sini masih ada magik ok. Jangan worry. Chika ni memang suka magik. Sangat suka la katakan :p

Dulu, Kini dan Akan Datang

Posted by chika under Uncategorized

Kini ku takkan bisa
Pergi dari kenyataan yang pernah ku hadapi
Ku rasakan ku terluka
Saat ku pergi tinggalkan semua yang pernah ku miliki


Malam tadi tidur secara teruk. Sangat teruk. Mula-mula teruk secara sejuk. Lepas itu teruk secara panas sampai berpeluh-peluh macam baru naik dari swimming pool lah basahnya. Bukan sebab sangat rindukan Danau tetapi elektrik terputuslah. Aku yang sangat penakut pon masuk ke dalam comforter dan membungkuslah macam kuih pau. Sangat panas lalu badan macam tercair sikit. Tapi masih steady lah menjadi pau. Sangat takut kegelapan maka meng-on cahaya handphone. Walaupun cahaya dia kecik tapi cukup menerangi hati.

Bangun tidur pada awal pagi. Berasa sangat sedih dan tidak ada mood yang baik. Bergaduhlah dengan seorang budak di YM secara tak tersengaja kerana … kerana ermm… salah aku. Secara sikit sajalah. Selebihnya semacam salah dia lah sebab mencurahkan minyak di atas api. Maka kami berfighting lah sikit. Akhirnya aku meminta maaf jugalah kerana terjebakkan dia dalam masalah aku. Lalu dia pon tak menjawap. Aku kata sorry. Dia kata ‘whatever’.


Menggelikan …menggelikan ….
Mengingat hidupku penuh dengan kemunafikan
Dan kini ku sadari
Tak mudah bagi diriku tuk lupakan semua kini
All day’s long, All They’re gone …

Selepas itu ter-marah seorang orang pulak di handphone. Salah siapa? Ya. Salah aku secara sikit sebab mengusir beliau. Tetapi salah yang besar adalah kepunyaan beliau. Siapa suruhlah berlakon layar cuba meng-attract aku. Tetapi akhirnya aku minta maaf juga sebab aku mengusir beliau. Lagipun beliau macam sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan menghubungi nombor aku lagi. Sangat sukalah aku. Sebab semacam sudah menang.

Semalam di-warning lalu aku berasa sangat sedih tetapi tidak mahu melawan. Aku mintak sorry, aku delete apa yang patut, aku tak da layan orang yang dibencinya, dan meminta maaf lagi. Tetapi dia tak reply mesej tersebut seperti sangat marah. Aku berasa sangat susah hati. Pasti hati aku berupa sangat buruklah pada hari ini sebab macam sakit secara besar-besaran. Punyalah meminta maaf sampai aku sangguplah menggadaikan blog ini. Dan akhirnya aku menjadi terlalu sedih.

Selepas itu, tersakitkan hati orang lagi di blog. Dan memang salah akulah sebab teremosi. Lagi sekalilah meminta maaf. Tetapi maaf macam tak dilayan. Sangat kesian pulak dekat diri aku pada hari ini. Aku kata sorry dia kata dia nak blah. Sangat malang. Mood hilang, banyak pergaduhan dan banyak pulak meminta maaf. Tetapi meminta maaf bukan hal besar bagi aku. Aku sangat terbuka untuk meminta maaf kalau aku rasa aku salah. Tapi kalau tak dimaafkan, berasa sangat sedih dan haruslah membawa diri secara solo mengikut angin. Erk??

Apa nak jadikah dengan hidup aku pada hari ini? Semuanya tunggang langgang. Mood pon tak berapa baik. Ada macam-macam dalam hati tapi susahlah nak diluahkan. Cuba mengajak orang berYM untuk bersuka ria tetapi semacam tak larat pulak. Lagipun adalah sukar sekiranya bercakap dengan orang yang mengenali aku. Sebab masalah ini melibatkan orang kedua, ketiga, keempat, kelima.. (ha, silalah engkau mengira sampai bila-bila)

Ini macam entry terakhir ka? (engkau semua tanyalah aku soalan ini ok)

Sedihnya hati. Pertama kalilah berasa macam tak tahu hendak hubungi siapa. Cerita ni, bukan cerita satu kisah. Ini cerita bercampur aduk. Yang akhirnya membentuk satu mixture yang sangat buruk. Termasuklah tentang study aku. Tak larat. Semacam tak larat lagi. Aku larat nak menangis je. Nak menumpang kasih pada kawan-kawan pon aku rasa tak larat. Sebab sangat kesianlah dekat mereka juga. Pasti dalam keadaan tegang maka janganlah aku menyibuk terhegeh-hegehkan.

Aku minta maaf.
Kebelakangan ni banyak sangatlah aku membuat salah dan membuat masalah dengan orang. Masalah dengan keluarga juga tercetus kerana aku. Tapi aku belum meminta maaf pada parents kerana mereka kata bukan salah aku. Aik? Bukan kah? Dan masalah yang ini tak pernah lekanglah dari kepala aku lalu keep on running in circle. Sentiasa teringat wajah dia dan semalam aku sawanlah menatap gambar-gambar dia di myspace. Aku sangat rindu dia. Tapi parents kata jangan dikenang sangat.

Kepada semua yang terasa marah atau terasa hati dengan aku, aku minta sorry secara banyak. Kalau tak dapat dimaafkan, aku pon akan membawa dirilah mengikut angin sebagaimana yang telah aku katakan di atas. Penatlah mengharap. Aku pon semakin kurang tahanan. Makin weak. Makin sensitif. Dan erm.. makin menjadi tidak fair. Mengharap yang terbaik dari orang lain tetapi tidak memberi yang terbaik. Sangat jahat bukan? Aku mahu menjadi sebaik yang boleh dan bersabar sesabar yang boleh. Menahan diri secara positif dan melihat dunia dalam skop yang lagi luas. Susah. Aku ingat senang. Tapi mungkin aku terlalu bersikap protective kepada diri sendiri dan tak mempedulikan polisi orang lain.


Dan kini ku mencoba
Melupakan semua yang telah ku hadapi
Saat ini ku rasakan gejolak diri
Untuk bisa saling berbagi

THE STALKER.
Bukan aku kalah pada stalker. Bukan checkmate atau mati movement. Tapi aku berasa stress. Dengan adanya orang-orang yang tidak bertanggungjawap, sangat sukarlah perjalanan hidup aku menjadi smooth. Aku selalu buat salah. Selalu ter‘buat sesuatu dan ter‘kesimalah. Dan tak mahulah disebabkan para mereka ini aku mengalami masalah dengan orang tertentu.

Hidup antara masa lalu , kini dan akan datang. Aku sedang merasai ketiga-tiganya. Macam engkau berdiri dalam satu ruang 3 dimensi dan engkau hilang pedoman. Fikiran jadi cramp. Tak faham? Lupakan.
/>

Dan kembali …ku kembali …
Ingin mengulang cerita yang pernah kita jalani
Dan kini ku sadari, tak mudah bagi diriku
Tuk lupakan semua ini ….

Soundtrack Garasi : Dulu, Kini dan Akan Datang.

The Door Will Be Closed

Posted by chika under Uncategorized
I am going to set my blog to private.
Seriously.
I don’t think I need popularity.
I don’t think I need large radius of readers.
Even if I DO think to need readers, I should learn to STOP needing them.

As I’ve mentioned, I am tired to fight.
Our time is running out.

My readers,

I am very sorry to do this. I do on purpose and to prevent some policies. Polisi siapa? My policy. And their policy. Ah! Sedih. Saya harap, we had great time selama kita semua di sini. I love my readers. Yes I do. Even some of you, saya dah kenal since 4-5 years ago iaitu dari blog-blog lama saya. But I have no choice now. Its like a road not taken. But still at the end of the day, you have to choose because life is somehow about choosing and taking. And it’s not very much on giving and taking :(

Sedih kan? Saya minta maaf atas apa-apa keterlanjuran yang pernah ada. If, saya ada menulis something rude, saya minta maaf banyak-banyak. Sekiranya hasil tulisan saya mendatangkan kesan buruk to anyone of you (my beloved reader, my enemies, my friends, peoples I love), I am very very sorry. I am not a good writer. Or at least I can say, I’m not your best blogger. So, guys … carilah blogger lain untuk di-adore.

Those who did not like me,
Ok. I am leaving. Semua tak perlu menatap tulisan saya lagi. Move your butt off! Hentikan memusuhi saya hanya kerana sebuah blog yang tidak berdosa ini. Hentikan kerja-kerja men-stalking saya because you will end up with ZERO.

When?
Bila-bila masa dari sekarang. Akses ke blog ini akan terhad. Maaf atas kegagalan menyediakan perkhidmatan yang baik :)

To You.
Hope you will be happy with this.

To Me Myself.
Calm down, chika.
Arght!
Arght!
Life sangat teruk!

Anything to share, email me :
Tulip_glowing@yahoo.com