Suara sexual.

Suara aku semacam tinggal sedikit. Sudah luak. Bangun pagi tadi, suara tiada langsung. Aku cuba menjerit kuat tetapi tak menjadi sebaliknya terkeluar suara yang sangat sexual lah. Suara sexual engkau tahukah yang bagaimana? Yang antara dengar dengan tak dengar lah. Yang menaikkan semangat untuk engkau menghampiri dan mendengarnya lagi sebanyak tiga atau empat kali. AHAHA. Aku mengambil keputusan untuk diam sahaja hari ini dan akan menaip lebih. AHAHAHA. Haikal kata ini balasan kerna terlalu banyak bercakap malam semalam. Dia menasihati aku untuk muhasabah diri selama satu atau dua hari untuk mengumpul kuasa suara kembali.

Siapa sangat baik boleh kah membantu aku? Erm.. mencari entry-entry yang semacam bagus yang pernah aku hasilkan. Aku sudah cuba mencari tetapi semacam tiada. Entry aku semuanya murahan. Kan sudah dicakap, blog ni miskin. Peninglah di kepala dan membawa ke jiwa.

Petang nanti akan ke klinik lagi. Aku mahu berjumpa Doktor Julia. (Bukan Kak Ju Madu Goncang tahu! :P) Aku suka Doktor Julia sebab dia soft spoken dan … dia pon dah biasa mengubati aku. Sebaik saja nampak muka aku nanti, mesti dia akan bercakap .. “Nurul, you stress lagi? How’s your architecture?,” AHAHA. Sebab masa sekolah dulu, menjelang major exam aku mesti akan muntah-muntah. Gila.

Tapi aku tak berapa berminat hendak berjumpa suami beliaulah yang kadang-kadang menjaga klinik. Sebab aku pernah membuat scan dengan uncle tersebut dan aku semacam malu hendak berjumpa dia lagi. Ih, satu kenangan yang buruk! Janganlah bertanya.

Aku semacam tak ada nafsu serakah untuk makan. Sudah tiga hari aku tak berapa hendak makan. Tengok Pizza Hut pon terasa mahu muntah. Apatah lagi melihat kucing-kucing yang banyak di luar rumah. Aku menjadi bertambah cuak. Dan sedikit sedih melihat kereta yang tak boleh bergerak pagi ini. Ih!

Recent Entries

9 Responses to “Suara sexual.”

  1. Wiween @ Awin Says:

    adik!
    alaa ciannya dia dah xde sore.semlm kak ween pun hampir ilang sore menjerit kat budak thn 1.haha sgt perit tekak.

    chika byk minum air kosong okeh. Doktor Julia ek..adakah secun julia rais yg skang maybe dah x baper cun psl sudah agak tua?haha

    eh..apakah kenangan buruk sama dia punya hubby? x kire nak tanye gak.hihih

  2. yOnnA Says:

    oit budak comel :))
    haha..
    may u get well soon okies..
    bukan final sudah mau dekat ka?
    byk minum air masak okies,chika!

  3. Masy Says:

    cari entry lama nk watpe? masuk pertandingankah?

  4. tun teja Says:

    suara sexy bleh menaikkan nafsu. so kaktun nasihatkan jgnla berckp yek. nanti leh mendatangkan fitnah.

    aiyarkk.. chica dh xde nafsu mkn yek
    meh amik nafsu serakah kaktun.
    amik terus la.. xyah bg balik
    nah nah nah

  5. ChikaDior Says:

    KAK WEEN – eleh. menjerit kat budak tahun satu? klu chika, chika lepuk je. gerenti senyap satu sekolah sunyi. AHAHAH. Confirm! tak layak jd cikgu chika neh :p

    adalah rahsia. mana boleh cerita. malu i.AHAKS. scandal :p

    YONNA PON COMEL – tq yonna. mmg tak sabar nak get well ni. nak swimming and lompat and bising-bising secara hyper. dah bosan baring kat katil :(

    MASY – adalah. tunggguuuu. ahahahahaha. ada projek sket ni.

    KAK TUN – tiap kali kak tun komen, mesti geli hati je rasa. betullah kak tun ni kelakar tau. tak nak. chika pon mmg suka tak bernafsu ni. susah kak hidop dihantui nafsu serakah ni. macam kata kak tun tadilah, nanti kita senang difitnah :( ahahaha

  6. GadiS HebaT Says:

    suara sexual je aku dh pk bebukan…

    lain kali jgn ler buat tittle yg buat aku akan sentiasa terpk belu~~

    hahahaha~

  7. Sarra Says:

    suara sexual mesti sgt seksi
    suara seksi mesti BESH…
    hehe..
    get well soon chikadior

  8. Wiween @ Awin Says:

    wahh…sudah pandai scandal ek adik ini.lenkali kasik ajar masa kak ween okeh! heheheh kak ween mahu konvo.adiah mana? ;p ;p ;p

  9. ChikaDior Says:

    SYAFF – kalau ditulis title sebagai ‘suara hantu mengilai’ pon engkau akan pikir blue jugak. Bukankah? AHAHA :p

    SARRA – ya. get well soon to me myself. :( erkkk…

    KAK WEEN – mo hadiah ka? alamatnya kasikla. akan sampailah hadiah tersebut tetapi belum tentu cepat atau lambatlah sbb chika kan tgh sibuk secara mati-matian neh :p. happy konvo!

Leave a Reply