Demam Fever

Dah 4 bijik panadol aku telan. Telan secara steadylah. Aku tak da masalah memakan ubat. Mungkin sebab aku sudah terbiasa bersama dengan ubat-ubat tersebut sejak aku 12 tahun. Erk? Semacam aku sakit bukan? Dulu aku mengidap migrain yang kronik tetapi berkadar songsanglah dengan usia.

Sejak semalam aku tak sihat. Malam tadi tidur pon terbatuk-batuk. Pagi tadi bangun tidur, muka aku menjadi merah padam. Tekak pon perit. Kepala pening. Confirm! Aku demam fever (?) Selepas lunch aku termuntah-muntah la secara sedikit. Selepas minum kopi panas, aku termuntah-muntah secara banyak sikit. Badan pon sakit-sakit.

Aku menumpang kasihlah kepada adek-beradek. Menyuruh Adek Del mengurut di belakang badan tetapi .. umak aih! Aku tak boleh tahan lah dengan tangan lelaki memicit semacam hendak ber-fighting. Aku suruh mengurut orang sakit, bukan membelasah musuh! Aku pon suruh dia berhenti dan jangan sentuh aku lagi. Boleh terkena osteoporosis lah aku kalau dibiarkan dia mengurut. Sangat kuat dipicitnya di bahu. Engkau membalas dendam kah?
Semalam abah demam. Hari ini aku demam pulak. Ma kata, aku memang akan ikut demam setiapkali abah demam. Sejak aku baby lagi. Itulah namanya hubungan biologi. Engkau fahamkah tulisan orang demam ini? Kalau engkau tak faham, engkau pasti demam juga. Ayuhlah memakan ubat sebanyak 6 bijik sehari. Jangan overdose ok. Nanti jadi mabok seperti aku minggu lepas.

Ma pon bertanya adakah aku ada masalah atau stress? Aku pon bertanya kembali.. kenapakah dia bertanya begitu. Ma kata, dia faham sangat yang aku mesti demam setiap kali ada problem. Ya. Aku pon menjerit ‘betul! tepat sekali! 10 markah!’ ahah. Aku tipulah. Aku tak berkata apa-apa. Sesungguhnya memang benarlah itu. Setiap kali hati aku tak senang atau bermasalah, aku akan mengalami demam fever (?) Demam fever ni adalah bahasa yang aku guna sewaktu aku baru belajar perkataan ‘fever’ lah back to primary school. AHAHA :p

Aku berharap aku akan cepat pulihlah. Dan hati yang buruk menjadi cantik semula. Apa punya lembiklah aku neh. Setahun akan demam sebanyak kali yang boleh. Stress sikit, demam. Problem sikit, demam. Itu masalah biologi jugaklah. Ataupun dikira di dalam topik anatomy. Sangat saintifiklah kehidupan aku ni.
Aaa. Menahan muntah dari tadi :( Sekarang sendirian di dalam rumah. Parents dan Adek Del pergi Selayang. Abah memujuk aku suruh ikut tapi aku kata tak mahulah. Demamlah katakan tadi. Ijat ikut Haikal. Secara solo lah aku di sini. Kalau terjadi apa-apa pada aku, aku harap Choki dan Boo akan menyelamatkan aku. Tapi nampak macam stupid saja dua ekor ni. Choki selalu buat aku lemas semasa tidur. Maka, aku lilit dia di kepala katil supaya dia tak akan membunuh aku. Boo pulak selalu terjatuh katil. Sangat stupidlah. Diberi katil mahu tidur di bawah katil. Pagi-pagi haruslah aku mencari Boo dan menepuk-nepuk beliau membuang habuk carpet. Buttercup pulak aku dah lama tak menyentuh dia. Macam bosan dengan dia. Sebab kepala besar sangat. Membosankan.

Macam nak kunyah panadol secara berbijik-bijik.

Recent Entries

24 Responses to “Demam Fever”

  1. Wiween @ Awin Says:

    uih…4 biji panadol terus.hehe adik cpt sembuh yek! nanti boleh menconteng lg! ;)

  2. ChikaDior Says:

    KAK WEEN – tak sembuh pon boleh menconteng. sampai titisan darah dan hembusan nafas terakhir…. cellamaaakk

  3. Julia ♫°♪ Says:

    chika cayang..

    jangan ambik lebih panadol dari yg sepatutnya. jgn overdose ok.
    nanti perut rosak & hati pun sama. =(

    masih stress ? dah dah.. jangan la difikirkan sangat yea. cuba bawak bertendang..

    kju tengah layan af di saluran asterok.. benci af tapi layan gak. wek. =P

  4. chii Says:

    ahaks…kak chii leh paham tulisan org demam..ekeke..

    pape pun..semoga lekas sembuh :p

  5. nieja Says:

    hoi cik chika..
    i baru xon9 1 ari..
    mlm ni masuk2 blog u..
    tkejot cam nak sawan..
    byk gile u update
    whahhaha..

    take care die..
    hope u get well soon

  6. Shaira Nadiah MJ Says:

    Akak kalu kena hujan, demam, hehehe :p

  7. justeFFe82 Says:

    Kak effe pun akan deman klu stress melampau dik… dalam 1 bulan boleh demam byk kali…. boleh kaya doktor oleh akak ni. huhuhu…
    banyak kan rehat ya…

  8. Nyetok Says:

    Kalo demam, ubat aku 3bijik actifast, sebotol 100plus…

    Semoga cepat sembuh.

    thnx invite aku..

  9. ChikaDior Says:

    KAK JU – overdose boleh rosak perut dan hati? aaaa. chikakan sangat sayang hati. hati ada satulah katakan. ok.ok.oklah. tak da ber-overdose. akan mengambil secara optimum sahaja. AHAHA.

    sangat bertendang-tendanglah ini. berasa sikit ok. tetapi ada sikit kurang oklah. tetapi sudah ok dari semalam yg tidak ok lah. AHAHA. :p

    oh. chika tak suka AF tapi memang rajin layan. masa tengok.. enjoy ja rasa. lepas tgk, macam2 komplenlah. rancangan stupid la, apa la… ahaha. tipikal manusia mmg beginilah :p tq ya Kakak Madu Goncang

  10. ChikaDior Says:

    KAK CHII – nampaknya hari ni Kak Chii mula faham semua bahasa sanskrit di sini. sangat mudah bukan? AAHAH. :p

    NIEJA – i tengah sawan lah katakan. Sebab tu menconteng macam sawan. readers pon haruslah ber-sawan jugak. Kan dah kata, kali ni motif blog adalah utk provide stress kpd semua. Jahat ok :p

    KAK SHAI – Nurul pon. Tapi Nurul kalau hujan boleh migrain secara extreme. Pakat pecah kepala la masa tu.

  11. ChikaDior Says:

    JUSTEFFE82 – kakak, mahu dipanggil apa eh? ya. orang macam kita ni lah yang bagi peluang kpd doktor membuat duit bukan? Bukankah sangat menyumbang? ahaha.

    NYETOK – ha! sangat setujulah. actifast + 100plus. saya sangat sukalah 100 plus. ubat utk kesemua jenis sakit dan juga bukan sakit :)

  12. TimYohannon Says:

    demam itu salah satu cara antibodi berfungsi. melawan penyakit. aku taktau, doktor aku kata macam tu.

    Atau proses penghapusan dosa? Haha

  13. tun teja Says:

    alahai demam ke?
    isk isk muntah muntah lak.
    sib baik chica masih anak dara. kalau tak kaktun nk tanya bape bulan dh.

    minum air byk ye dik.

  14. ChikaDior Says:

    TIMYOHANNON – ya. ya. antibodi berfungsi. Semoga dosaku banyak yang terampunkan olehNYA sepanjang waktu tidak sihat ini. muhasabah diri.

    KAK TUN – huwaaa :(( dituduh! :p nak telan air pon payah kak tun… sebab tekak ni macam ada ketumbuhan bebola-bebola sakti. sangat perit :(

  15. GadiS HebaT Says:

    ternampak frasa ’4 bijik panadol aku telan’ dan juga ‘aku tak da masalah memakan ubat’ bagaikan terasa diri aku diperli secara halus oleh kau. sungguh skillful cara kau memerli aku kan…

    hahahhaha!!

  16. Wiween @ Awin Says:

    adik!
    gud gud..menconteng sampai hembusan terakhir.menconteng atau menaip kah? heheheh ;p ;p ;p

  17. lindosh Says:

    wahh byknyee entri diaa dalam satu hari.. sungguh banyak idea kamu neh. neh ke penangan orang demam yg menelan 4 bijik panadol? eheh

    tekkeh dik oi

  18. ChikaDior Says:

    SYAFF – aha! engkau terasakah? aku tak da berniatlah. itu cuma statement bukan lah mo perli :p tapi kalau engkau macam etrasa, adalah macam bagus jugak. supaya engkau mendapat motivasilah memakan ubat. semacam satu challenge la. ahaha.

    KAK WEEN – ayat yang tepat ialah menghentak keyboard lah. :p

    LINDOSH – sawan la katakan. ini macam tindakbalas kimialah. semakin mengambil ubat, semakin terangsang. ahaha :p

  19. nieja Says:

    hahaha..
    tu la naek sawan i bace
    wkakkakakaka

  20. ChikaDior Says:

    NIEJA – memang menjadi intension atau misi blog ini utk provide tension dan sawan la. macam yg dah dikata :p

  21. cepotet Says:

    alahai, siannye demam. tapi adik ni baguslah. senang makan ubat. kalau akak, jangan haraplah!

    tekak akak ni macam di ajar ajar je. dia tahu je bila masa kena makan ubat tu. mulalah ubat tu cam melekat lekat kat anak tekak. yeckk!

    get well soon dik. jgn stress sangat k.

  22. Qaiyum Says:

    Aaa.. Tak Bestnye Demam.. Tidak.. Jauhkan Demam Daripadaku..

    Yela.. Mehla Qai Blanje Coklat.. Esok Kompem Esok Sihat. :D=

  23. nieja Says:

    maseh demam kah..?

  24. ChikaDior Says:

    KAK ERNI – kes sama macam kes budak ‘gadis hebat’ di ataslah. tak suka makan ubat. chika releks je makan ubat. Tapi klu yg supplementary food yg hanyir2 tu payah la. tapi makan jugak.

    QAI – nak belanja, cakap betul2 lah ok. Nanti tak da, dikira berbohong maka terjatuhlah hukum berdosa. ahahah. Nak Smarties. Atau Kinder Bueno :(

    NIEJA – bukan saja masih. MAlah, sudah menjadi lebih.

Leave a Reply