Kemenangan bagi yang mahu Menang
Weekends kali ni sangat sibuk dan menghabiskan banyak waktu untuk pilihanraya. Tidak mendaftar. Tetapi aku masih bertanggungjawap terhadap pilihanraya. Secara terbukanya, aku mengistiharkan bahwa aku ada membuat kerja-kerja berkempen secara sukarela dan secara personal. Maka, ingin aku nyatakan betapa aku sangat merasakan sebuah kemenangan.
msg2
Tunggu sampai 4 pagi baru tido. Bangun-bangun je banyak berita baik. Tak sabar tunggu full result esok. Pastu nak tengok siapa akan jumpa agong. Haha. See you dekat studio dengan muka puas.
msg3
Great job huh BA! Can’t wait to see your bombastic satisfaction, Nurul.
msg4
Finally…. Time to change.
sms5
Tu la, dia banyak sangat iklan angkat diri, fitnah orang lain. Jangan lupa tulis dekat blog. Wanna read yours.
Ingatkah lagi pada perhimpunan BERSIH? Ingatkah lagi betapa sebilangan besar kamu yang ‘sempit’ itu menganggap perbuatan itu adalah perbuatan sia-sia golongan tidak berakal? Nah, learn from it and study them by yourself. Tanpa usaha sekeras itu, perubahan tak akan berlaku. BA tidak akan menang besar kalau hanya berdiam diri. Tanpa tekanan dalam politik, anjakan tak ada berlaku. Engkau pernah belajar tentang DAYA dalam sains? Cuba engkau relate dan buat study secara kecil pon jadilah. Apakah yang menyebabkan movement? Politik yang tenang tanpa tekanan, adalah politik yang bosan. 50 tahun dah. Cukuplah menjadi bosan dan dibosankan sampai terbosan-bosan.
Khairy Jamaludin said ; Pade doh 18 tahon
Sekarang kita kasi balas sama dia ; Pade doh 50 tahun! (sumber dipetik dari Harakahdaily)
PM kata dia tidak berasa tertekan. Malah menyoal.. Siapa Tekan Saya? Haha. Kepala-kepala hitam dalam parti dia sendiri yang tekan dia. Marilah berfikiran positif. Aku tak menolak Barisan Nasional secara membuta tuli. Mereka masih ada peluang untuk kembali ke track yang paling asas. Mereka tidak ditumbangkan. Mereka cuma di-warning. Dia ada 5 tahun untuk mempertimbangkan warning mega yang dikumpulkan dari 5 buah negeri. Dia ada 5 tahun untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat. Belajar dari peristiwa jangan ‘mengangkat basket sendiri’ menggunakan media sendiri. Media kena telus. Jangan berat sebelah. Rakyat Malaysia ni manusia bukan penguin. Sangat berakal dan sangat ada tekak yang loya.
8 Mac 2008- BA mengauk Penang, Kedah, Perak, Selangor dan tentunya Kelantan.
9 Mac 2008- Ada orang kata dia takut nak keluar rumah, takut pembangkang buat perhimpunan yang merbahayakan. Takut ada celebration kemenangan yang mengganggu aktiviti harian. Kesian gila engkau ni! Padahal, pilihanraya kali inilah, yang paling sunyi sepi dan aman damai kerna … kami tak suka pesta. Malam kemenangan tu, kami sujud syukur. Malam sebelum kemenangan, kami solat hajat. Solat mana ada bising maaa.
8 Mac 2008 – BA menang.
9 Mac 2008 – Ada yang test kalau-kalau tol sudah percuma. Kalau-kalau harga barang sudah runtuh-runtuh. Ada jugak orang otak besar, isi kosong. Kalau kita boleh bersabar dan memberi 50 tahun kepada BN, kenapa tidak boleh beri waktu kepada tampuk kepimpinan baru? Jangan membodoh ok.
Hari ini aku melihat ramai pembesar dan pengikut pembesar sudah tidak menjadi orang. Sebaliknya sudah menjadi cacing. Yang kepanasan. Muka yang tegang dan kulit kemerah-merahan sudah menjadi sepucat-pucat muka. Yang banyak mulut macam murai sudah terdiam. Tak apa. Mungkin diam dan berfikir. MAsih ada masa untuk bertukar menjadi manusia semula. Sekarang jadilah cacing dulu buat sementara waktu. Supaya muhasabah diri. Betapa sukarnya menjadi kerdil. Betapa sukarnya menjadi pembangkang di tempat sendiri.
Akan sentiasa mendoakan kesejahteraan negara dan agama. Kita bagi peluang kepada tampuk kepimpinan baru dan bersama-sama memberi kekuatan dengan bantuan Allah SWT. Kita bagi peluang juga kepada tampuk kepimpinan yang sudah lapuk untuk muhasabah diri. Allah tidak pernah memungkiri janji. Doa orang teraniaya itu akan mudah dimakbulkan-NYA.
Kepada Khir Toyo, bekas Menteri Besarku… selamat tinggal, jangan kembali lagi.
Kepada Samy Vellu, Menteri Kerjarayaku… mulut kasi jaga.
Kepada Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluargaku… tak malukah kalah dengan budak-budak lawa bernama Nurul Izzah? Tudung kasi pakai betul-betul ok. Kami bagi masa 5 tahun untuk belajar memakai tudung. 5 tahun lama maa…
Kepada Koh Tsu Koon … Jangan buat perkara yang membahayakan diri sendiri ok. Banyakkan beryoga. Ya. Beryoga.
Tahniah kepada barisan alternatif!
Takbir!




March 10th, 2008 at 5:00 am
ALLAHUAKBAR~!!
March 10th, 2008 at 5:16 am
Saya sedih samy sudah pergi.
Dia bahan punca jenaka yang kaya sekali. Macam lombong minyak pesisir Brunei.
Tanpa dia, siapakah yg akan buat saya ketawa lagi?
March 10th, 2008 at 5:53 am
MASY – maha besar.
TOK RIMAU – tak pa kut tok. byk sgt pelawak kat malaysia ni. dia antara yang tumpas.
March 10th, 2008 at 6:13 am
allahu akbar!!!
words well written,dik.
well written =)
March 10th, 2008 at 7:11 am
allahu akbar!!!
March 10th, 2008 at 7:33 am
ALONG – semngat terbakar-bakar la katakan… ahaha
FIEZAFADILLA – takbir….
March 10th, 2008 at 10:37 am
semangat BA chika!!!
people da mla bersuara…
takbir skali!
March 10th, 2008 at 11:01 am
allahu akbar!
cayalah chika :)
March 10th, 2008 at 12:25 pm
suka review ko…
penuh kejujuran…
Allahuakbar!
March 10th, 2008 at 2:31 pm
DARAH RAKYAT
Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
March 10th, 2008 at 5:08 pm
Dah lama aku tak intai blog kamu, rupanya ada laporan tentang pilihan raya jugak ~
Syabas.. I memang suka entry kamu ini.. kita patut send another blogger melayu to parliment..
Memang betul Malaysia dahagakan pembangunan, selaku anak Malaysia, 8 Mac 2008 merupakan hari bersejarah yang mungkin tercatat dalam buku-buku teks sejarah generasi akan datang ! Hari di mana berlakunya pembaharuan dan pertukaran minda.. Hari yang patut diingati ..
Sekarang semua terpulang kepada BA untuk membuktikan diri mereka dalam masa 5 tahun ini, dan juga BN untuk memperbaiki kesilapan mereka selama ini.. Pilihan raya yang akan datang, pasti menjadi lebih menarik.. dan yang pastinya, kita sebagai anak Malaysia yg akan untung !!
March 10th, 2008 at 5:18 pm
ak bukan pro kerajaan tp ak tau agenda D** nih nk rakyat dpat sama-rata semua termasuk hartanah,ini dgn secara xlnsgnya terlupusla hak istimewa org melayu.mrk nk gubal perlembagaan,doa2kn la mrk xbjaya ye walau berada d bwh BA.JIKALAU BA mng lg 5thn akn dtg
March 10th, 2008 at 5:23 pm
Allahuakbar! Doakan kejayaan saya. Semoga BA terus bertampuk di 5 negeri ini. Reformasi blum tamat tetapi baru bermula!
March 11th, 2008 at 1:33 am
Slm chika,
hahaha, best betul bila chika cerita pasal politik dan bukan aktiviti menyoping bersama rakan2 beliau,kekekekek…:)
waaa, bestnya jadik org kuat BA:) lelagilah menang kali nih..mmg setuju kita perlu beri peluang kepada mereka utk perintah..:) lagipun mmg nmpak itulah yg diinginkan rakyat dalam PRU kali ini..mmg sukalah dapat MB baru nih,hehehe…baru K.Toyo & the gang sedar skit..
tapi kita juga tak bleh ketepikan perasaan risau sesetengah org melayu terutamanya di Perak..:) sbb BA ni bukan datang dari satu parti, pakatan ni takde jaminan akan kukuh selamanya sbb mereka perjuang ideologi berbeza..terutamanya PAS dan DAP yg agak ekstreme kepada bangsa..chika ramai member DAP tak? sy ada ramai dan cara mereka ckp nak ubah utk kesamarataan kaum di Malaysia mmg agak membimbangkan…
Sumber terdekat smlm bagitau, Sultan Selangor tak perkenan bila BA senarai DAP sebagai timbalam MB Selangor..Dia nak org melayu juga..dan ada suara2 sumbang dikalangan DAP..:) Sultan nak tengok ahli Exco dulu sblm perkenan bentuk kerajaan baru di Selangor…:)
Takpela, kita tunggu dan lihat..smoga semuanya bertambah baik,amin…tak sabar tunggu janji menifesto BA kalau tawan selangor..:)
March 11th, 2008 at 1:51 am
kuasa bloggers terhadap PRU kali ini telah menengelamkan tv3, tv1 dan akhbar!
kerajaan silap..suruh rakyat menafaatkan dgn IT tp mereka tidak berkempen dgn mengunakan IT..haha
dgn portfolio yg hebat pd MB baru kita ini sudah pasti selangor akan terus maju beb!
March 11th, 2008 at 2:54 am
Allahuakhbar!
sayep sukong tulisan anda yg ini..
haha
kci peluang tok org lain …
Samy vellu pas nih mulot jgn ckp lepas yerk..
March 11th, 2008 at 6:18 am
Bermenteri besarkan TS Khalid Ibrahimlah kita ya. Alhamdulillah.
Yang penting DUN Maharani di tangan PAS. :)
March 11th, 2008 at 6:57 am
semoga apa yg dijanjikan..akan dikotakan..
media mmg da dikuasai oleh satu pihak je..so x terkejut la kalo satu pihak shj yg akan di agaung2kan…
March 11th, 2008 at 8:35 am
yup…saye sgt bersetuju dgn nuur dan faisal….
March 12th, 2008 at 4:21 am
yeh..bgus!
anda org muda salah seorg yg minda nye amat bijak
kerna taw pilih yg benar n berkualiti
caya la nurul! ;)
March 12th, 2008 at 11:23 am
Insya Allah. Lepas ni kita kena berusaha keras untuk tawan Malaysia pulak. Tak sangka awak pun tahu pasal politik yek. Inilah warisan bangsa.