Archive for March, 2008

Back To School :<

Posted by chika under Uncategorized

Khamis 27 March, 9.30am.

Back to school :p Hidup terkontang-kantinglah di sini. Tiada suara ibu mengingat makan ubat, tiada suara abah mengajak solat jemaah, tiada suara adek-beradek berfighting merebut Astro. Sangat sunyilah di sini. Di hostel. Sunyi sepi. Hanya tadi ada suara monkey menjerit. Sangat takutlah aku. Waktu tu aku di toilet. Perjalanan nak pulang ke room semacam jauh. Aku pon berjalanlah semacam Sweet Spy mengintip dan terkeluarlah soundtrack Mission Impossible. AHAHAH. Aku dengar bunyi monyet tersebut di belakang tingkap bilik aku. Buatnya dia melompat masuk bilik aku, dapatlah aku roommate baru yang sangat aku tak naklah.

Sangat bosan di dalam bilik ini. Nak menonton tv pon tak boleh. Aku sangat tak suka menonton tv secara beramai-ramai di bilik tv. Macam aneh menonton tv bersama orang yang tak dikenali. Lagi menyakitkan hati bila mereka menonton rancangan yang tak mahu ditonton oleh aku.

Pagi tadi kelas English. Dengan kepala seberat 2 ton setengah ini, aku drive juga ke Bangi. Kepala aku melayang. Berasa sangat high sampai hilang focus. Aku main masuk je lorong tol dan termasuklah ke lorong tiket padahal aku mahu ke lorong T&G. Nasib baiklah tak ke lorong Smart Tag lagilah haru biru. Ada wira pulak memarah aku sebab ketika dia nak masuk lane tengah dari kanan, aku pon nak masuk lane tengah dari kiri. Aku suka pandang orang dengan mata tajamlah. Aku pandang je kat dia dan dia pon pandang je kat aku. Agak lama. Aku pon mengucapkan ‘Stupid’ dan dia semacam dapat membaca mulut aku. Dia terus speed up dan enjin dia mengaum kuat. Lelaki gila. Pagi-pagi buta dah sawan. Jantung aku pon berdebar macam nak meletop. Terkejut sebab dia semacam nak merempuh aku. Tapi aku pening lalu aku malas nak kasi impak maksima lagi. AHAHAHA. Aku takutlah sebenarnya. Gila engkau. Aku tengok dia tu agresif ja memandu macam samseng. Muka pon samseng. Dalam pada tu aku terperasanlah rambut beliau yang punk berwarna perang. Sangat buruk semacam budak gila. AHAHA. Atau dalam kata lain, sangat tak tasty. Maka aku pon malaslah nak layan dia men-drift di waktu pagi. Lelaki stupid.

Masuk je English class, kelas kosong cuma ada Puan sahaja. Muka beliau sangat marah dan semacam sangat bosan dengan kelas aku. Kami ni suka datang lambat dan dia pulak sangat suka datang cepat. Saling tak memahamilah kiranya. Aku pulak hari ni macam tercepat pulak. Aku pon duduklah seorang diri menunggu kawan-kawan. Dah macam mati akal aku dibuatnya duduk berdua dalam tutorial room berdua dengan lecturer tersebut tanpa sebarang kata. Aku tahu dia marah. Aku pon tak beranilah nak mengangkat muka. Aku pura-puralah membaca buku merah tersebut yang selama ini tak pernah hayat aku membacanya. AHAHAHA.

Intelligent Business.

Ini lagu didedikasi kepada pensyarah yang marah.
Merah menyala oh Jantungku!
Berdegup pantas kernamu
Haru biru fikiranku… bila kau HENTAK pintu.
Kehadiranmu… menjatuhkan jantung aku.
WAKAKA.


“What time now?,”

Tiba-tiba keluar ayat pertama dari beliau.
“8.25”

Beliau bangun, dan menuju ke aku. Dia bagi melambak-lambak notes mintak aku pass kepada orang lain yg tak dating-datang. Aku tahu mereka akan dating tapi lambatlah. Dalam satu jam lagi ke. AHAHA. Muka dia bengis. Tak penah dia bengis macam ni. Dia ni sangat lembut dan sporting sebenarnya tapi sebab kelas nip on dah melampau kan setiap minggu lambat sampai 1 jam. Kadang-kadang ada yang masuk kelas untuk 15 minit je.

Waktu keluar, dihentaknya pintu sekuat-kuatnya. Naik gugur jantung aku dibuatnya. Dah la aku sorang je dalam kelas masa tu. Semaam dia membuang marah ke aku. Aku pon dengan sangat blur, terus keluar meninggalkan FST. Tengah berjalan menuju ke kereta, terserempak dengan TY. Dia dah sengih-sengih.

Aku : You balik je la , TY
TY
: Why? No class?

Aku
: Bukan no class. Class dah habis. (aku pon mula nak tergelak pon ada, nak bengang pon ada)

TY
: Huh? Habis?

Aku
: Lecturer mengamuk dah. I yang kena. Tulah, you lambat sangat. Cuba u cepat sikit, boleh sama-sama kena. Tak de lah I makan hati sorang-sorang.

TY
: AHAHAHAHA. (dia gelak ok sampai terkeluar-keluarlah lesung pipit idaman ramai tersebut)

Tiba-tiba Chee Way muncul.

CW : Kenapa?
TY
: Nurul dah kena marah. AHAHAH.

Aku
: Bukan marah I lah! Dia marah koranglah lambat. Tapi I je yang ada kat kelas tadi, I lah kena extra banyak sikit.

CW
: AHAHAHA. (Suka?)

Aku : Dah ar. Balik.


TY
: You ponteng lagi? Confirm lepas ni you balik bilik kan? Dah tahu dah u ni… I selalu Nampak kereta you naik KIY. (muka notty la semacam)

Aku : Seperti biasalah :p

Dah betullah kata TY. Lepas English Class mestilah aku balik ke bilik menyambung tidur ataupun menyambung rehat. Kelas pukul 8 pagi! Gila! Mana cukup tidur lagi ma. CW pon mengajak breakfast tapi aku kata tak nak. Aku nak balik dan menguruskan hidup secara sendiri. Maksudnya, aku akan melakukan apa-apa secara suka-suki hati akulah. Aku akan urun studio mengikut gerak hati. Iaitu aku tak akan muncul pada pukul 2 petang. Aku nak balik bilik, nak muntah dulu. Lepas tu nak kemas bilik.

Yeh. Muntah sudah. Makan Chips More sudah. Makan ubat sudah. Kemas bilik sudah. Lepas ni nak baring kejap selama setengah jam dan meng-autocad lah seterusnya. Petang nanti ada group discussion untuk Etika Kejuruteraan. First time lah akan berjumpa goup members
yang tak pernah dikenali. Apalah malang nasib aku. Group aku semua budak engine. Tak da budak JSB langsung. Sangat bosan.

Hidung aku ni sangat merah macam clown. Termalu-malu nak turun studio nanti. Si jahat dua orang tu mesti sibuk mengejek. Ah. Bosan. Nak golek-golek. Tapi Boo tak da. Choki pon tak da. Golek seorang dirilah. Mata asyik nak terpejam. Macam nak terkoma. Aku sedang koma.

Makanan ketika sakit.

Koleksi ubat yang diambil sepanjang semester ini.

Ubat baru.

Ayat-Ayat Cinta

Posted by chika under movie
“setiap manusia itu, boleh dijodohkan dengan sesiapa sahaja mengikut kehendak-NYA,”
“Seperti Sungai Nil dan juga Mesir. Itu juga jodoh,”

Aku suka Ayat-Ayat Cinta. Sudah selesai menonton filemnya. Novel tersebut semacam harus ditinggalkan atau apa? Tetapi ramai yang berpendapat, membaca novelnya lagi berkesan. Haruslah aku tamatkan juga novel tersebut. Puasnya hati sudah selesai menonton. Lama rasanya aku menanti filem ni.


Kisahnya berlatar belakangkan Mesir dan masyarakat Mesir sendiri yang pelbagai bangsa. Fahri, penuntut Universiti Al-Azhar. Maria, gadis kristian cantik yang mendalami Islam kerana Fahri . Tapi keliru antara cinta dan keinginan untuk memiliki. Aisyah, gadis kaya dari Jerman yang menikahi Fahri dan sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain. Noura, gadis yang mengalami desakan hidup, ternoda, dan tergadai iman kerana cinta. Hmm. Sangat menarik. Semacam mahu menonton lagi.

Scene dia sangat ringkas tapi terkesan. Selepas menonton, percayalah yang engkau bakal sedar bahawa dalam hidup ini, kita belum mengejar cinta. Kita cuma punya keinginan untuk memiliki. Aku juga. Aku juga selalu mengejar untuk memiliki dan bukannya cinta. Dan yang namanya cinta itu, tidak harus memiliki.

Maafkan aku. Bukan atas kesalahanku. Tetapi atas kebodohanku. Aku tidak dapat membezakan antara cinta, dan keinginan untuk memiliki. Ajarin aku solat, Fahri - Maria.

Ah. Aku suka gaya Fahri yang lekas menjauhkan matanya dari tertancap pada cantiknya sepasang mata wanita. Hmm. Menitik air mata menonton filem ni. Honestly, aku bukan perempuan sebaik Aisyah. Berkongsi kasih apatah lagi. Tapi aku juga tidak akan sejahat Noura yang sanggop memfitnah demi cinta.

“Perkahwinan itu melengkapkan agamamu. Bernikahlah dengan wanita yang engkau cintai”


Siapa belum menonton, cepatlah menonton! Kalau kamu pernah menuntut di Al-Azhar atau di mana-mana tanah Arab, mungkin lebih terkesan pada diri. Atau kalau kamu pandai berbahasa arab, mungkin lebih feeling :)

Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud

(by Rossa)

EDITED : 9.19 pm

Kelakar! Pernah tak, engkau terjumpa orang-orang tertentu yang mengaku dia tak ada certain networking accounts like Friendster/Myspace/Facebook tapi sebenarnya dia ada? Owh, funny betul dia tu. Coincidentally, aku terklik one linklah dekat Myspace semacam untuk mencari orang yang ada dalam messenger list like MSN, AOL or YM. Honestly, tak pernah aku sibuk mencarik siapakah kawan-kawan yang ber-myspace. Sebab aku pon tak da kisah dan lagipun aku dah tak addict dengan those websites. Itu permainan budak sekolah ok. Tapi macam yang dikata, aku TER-klik. Aku pon TER-enter. Rasa nak menjerit pon ada, nak marah pon ada. Gila nih dia nak tipu aku lah tu.

Engkau semua mahu tahu?

Aku selalu ternampak studio mates membuka blog aku di laptop/pc mereka di dalam studio dan membaca secara baris ke baris. Perlukah? Tak kisahlah kalau Shida, Adian, Farah, Aisyah ataupun Gedik yang access. Aku mahu sangat meng-invite mereka tapi ada ramai lagi yang tak boleh dikasi tahu.

Shida pon dah mula bengang-bengang kenapa aku set this blog to private. Aku kata pada dia, sabar je lah. Nanti aku rasa nak open, aku openlah. Aku sangat nak bagi Farah access tapi aku kenalah berfikir secara sangat wise. Laptop dia selalu dikasi pinjam kepada ramai orang. Kalau ada yang masuk, hell to the yeah!

Hmm.. aku lari dari siapa sebenarnya? Dari few unwanted creatures and dari my chinese friends. Mereka sangat sibuk-sibuklah mengintip semacam bosan je. Aku tak da pon mengunjungi blog mereka sebab memang tak best dan tak ada apa nak dilihat. Kecuali jika mereka membuat event, haruslah aku mengintip jugakkan. Oh, ya guys! Studio aku ni memang banyak secret agenda. Saling mengintip satu sama lain. And I’m very sure, kawan aku sendiri pon sibuk men-stalking. And erm.. Oh. Tak payahlah cerita. Tapi tak lama. Right after the graduation, aku akan hidup seperti sedia kalalah.

Berbalik pasal Myspace tadi. AHAHA. Kelakar. Sangat kelakar tapi mencuakkan :)) Luckilylah aku off my profile sudah. Aku pon tahu few persons ni berusahalah mencari my so-called ex. Yew! Get lost. And harapnya, tak adalah yang rajin menyelongkar komen-komen lama ataupun testimonials lama. Sangat jaha
namlah siapa berbuat demikian. Sangat sibok!!!

Oh. Aku tak puas hati kenapakah dia ada Myspace. Semacam tak perlulah ber-myspace. Bukan dengkilah tapi wonder. Buat apa? Bukan ada member pon. Ada satu ja member dia. Perempuan. Entah sapa-sapa aku tak da peduli. Tapi buat apa myspace tersebut? Friendster dia pon dah mula meriah bukan main. Aik? Berbaur hasad dengki? Bukanlah. Aku respect je life dia tapi… perlu ke ber-Myspace? Kenapa tak mengaku kat aku? Sangat rahsiakah?Tapi tak da apa pon. Lagi hina, Facebook pon dia main. Tapi tak da bagitahu aku sampailah aku tanya. Tengok-tengok.. hambek kau! Penuh satu page dah member dia. Sangat bohong. Kenapa? Kenapa? Facebook buduh itu. Semacam permainan halusinasi kissing and hugging. Flirting and sex. Entah apalah. 899 requests. Gila banyak. Mati hidup balik pon tak settle request tersebut.

Cukup dah histeria. Nak buat design! LALALALA. Sampoong Department Store case study dah jot down. Amalan Profesional pon dah email. Demam pon berkerja. Tak demam pon bekerja. Sama je. Uhhuhuhu.

I don’t know what’s worth fighting for.Or why i have to scream. I don’t know why i instigate and say what i don’t mean. I don’t know how i got this way … I know it’s not alright .So I’m breaking the habit. I’m breaking the habit. Tonight

Bye Bye :p

Posted by chika under Uncategorized
Suspected terkena denggi. Prrr…. Semester lepas pon pernah sekali di-suspect denggi. Pon pada keadaan yang sama. Demam selama dua minggu. Suhu badan tak menentu. Kejap panas, kejap sejuk. Doktor kata, kalau dalam dua hari ni masih tak kebah, haruslah ke klinik lagi mengambil darah. Tak suka. Ngilu tahu!

Aku yakin tiada denggi. Mungkin demam panas sahaja. Lagipun tiada apa-apa tanda bintik pada badan pon. Aku ingat lagi, demam paling teruk yang pernah aku alami. Tak silap masa aku dekat matriks lagi masa tu. Demam berminggu-minggu sampai lembik. Ambik darah dua kali, dan buat urine test pon dua kali. Siap kena injection tapi sangat kelakar. Mula-mula sorang nurse datang nak inject aku. Lepas tu datang lagi sorang. Sebab urat aku tak dapat dikenalpasti. Akhirnya datang beberapa orang doktor dan nurse mencari-cari urat aku. Punya kronik. Sampaikan dah tak ada cara lain, doktor ikat tangan aku sekuat-kuatnya dengan kain. Dah macam drug addict nak menghisap. AHHAH. Semua nurse tu ketawakan aku. Mereka kata aku halus sangat sampai urat pon tak nampak. Seriously, memang tak nampak pon urat kat tangan aku ni ha. AHAHA. Padan muka doktor! Baru thrill! :p

Pengalaman lain di hospital, tiada. Tak pernah lagi bermalam di hospital tapi semacam menarik juga. Gila engkau? Maksud aku bukan memintalah di-hospital-kan tetapi semacam seronok sajalah kalau di-hospital-kan. Semacam disayangi secara lebih dan dijaga. Aku suka dijagalah. AHAHA. Semacam sikap yang inverse dengan Cookie Monster lah :p

Baru lepas dinner dan memakan ubat. Hari ni granny datang rumah maka haruslah dinner. Makan secara sikit saja dan selepas tu rasa nak muntah tapi ter-cancel disebabkan terlupa hendak muntah. Aik? AHA. Adik membuat kelakar dan aku tergelakkan kelakar tersebut dan terlupa hendak muntah. Maka, tak jadi muntahlah. Selamat makanan aku :p Dan ada lauk kari ikan pari. Lagilah membuat aku berasa hendak termuntah. “Makan kari ni,” MakTok suruh aku makan ikan pari tersebut dan aku pon menjawaplah secara jujut “Eii, tak nak,” Kalau pasal ikan ni aku memang sangat memilihlah. Bak kata orang salah pilih pasangan, merana. Salah pilih ikan, me-muntah. AHAHA. Mak Tok tanya lagi kenapakah tak nak. Aku kasi tahu dia jawapan biasa yang selalu aku bagi kepada siapa-siapa saja.

+ Ay tak makan ikan-ikan yang buruk
- Buruk ke pari? - tanya mak tok semacam tak setuju dan nak cakap ikan tersebut lawalah tu.
+Buruk! Sama buruk macam keli. Sangat buruk. Masuk tekak lagilah buruk.
- Abes, ikan apa yang lawa? - eh, nenek aku ni layan je aku yang sedang high tersebut. AHA
+ Ikan kembung lah. Semacam sangat comel.
- AHAHAHA. Pari tak adalah buruk sangat.

Kan betul aku cakap. Mak Tok semacam nak kata ikan pari tersebut lawa. Sangat buruk tahu. Aku sangat suka ikan kembung. Ikan sungai sangat tak nak. Berasa sangat geli di tekak dan boleh termuntah. Aku ni memang kuat muntah ka? Lebih kuranglah. Ternampak tikus pon aku boleh nak termuntah. Ternampak kucing memang aku muntah-muntah darah dan tercabut nyawalah. AHAHA.

Banyaknya kerjaan aku dalam hidup ni. Tadi apek budak engineering tu call aku ajak ber-meeting pada petang Khamis. Ah! Stress tahu ingat pasal kerja ni. Aku tak larat nak study lagi. Tapi aku tak mahu bekerja. Aku mahu mintak cuti setahunlah. Agak-agaknya parents kasi tak? Apsal pulak tak boleh? Dulu pon Haikal mintak cuti setahun selepas SPM. Dia main puas-puas sampai ter-accident sebanyak-banyak kali. Sekarang dia bekerja secara sangat extreme dan tak ada main lagi. Mungkin lepas cuti setahun aku akan lebih efficient siapa tahu. Selepas final submission aku mahu cuba nasiblah meminta cuti selama setahun. Lagipun aku belum pernah cuti lagi dalam hidup ni. Lepas SPM ambik short course AutoCAD. Lepas tu Matriks dan teruslah ke UKM. Aku mahu main puas-puas. AHAHAHAHA. Main apa tak tahu.

Bosan je hidup ni pada semester ini. Semester ni adalah yang paling bosan dan semacam KOSONG. Sebab? Hmm.. Tak tahu. Tapi aku sangat malas balik UKM sem ni. Aku sangat suka duduk rumah. Bila balik UKM je, aku berasa sedih semacam seorang diri padahal tak da pon seorang diri. Sangat meriah di sana bersama kawan-kawan dan musuh-musuh. Musuh?

Tadi ber-calling. Mood aku semacam tak baik.

+Kat mana?
- Redbox (huh??? wuttaa…. ok! pergilah.)
+ Assignment tu I tak faham (aku cakap secara kasar dengan suara sexual tersebutlah)
- U ok?
+ Tak. Bosan. Malas. Dah la cepat cerita pasal assignment tu. Tak nak cakap lama. Banyak kerja. Lagipon malas nak pegang handphone ni.
- Sihat tak?
+ Tak. Kan dah cakap tak sehat. Cepatlah. Malas pegang handphone lah. Letih.

Gila emosi. Angin tak berapa baik. Semacam ada yang tak kena pulak dengan aku ni. Oh, kan dah kata demam. Memang macam ni lah. Diri berasa sakit, jadi terdorong untuk sakitkan orang lainlah. AHAHA. Dan berasa tiada orang lain yang lagi betul selain aku. Jangan kata aku salah ok. Aku sangat betul.

Mungkin aku tak adalah bersawan lagi di sini. Sampai minggu depan atau pun minggu yang lagi depan. Ataupun sehinggalah bulan April. Ataupun bulan May. Entahlah. Aku bagi engkau semua bertenang dari stress membaca tulisan akulah. Bukankah tulisan aku ni merupakan stress generator? Selama ketiadaan aku, doakanlah aku ok. Siapa ada nombor aku jangan call aku lah dalam waktu ni sebab suara aku semacam memalukanlah. AHAHA. Sexual lah katakan tadi. Sms aku akan reply lah. Walaupon semacam tak berapa suka mengetik sms, tapi aku akan sanggup jugalah bergadai tenaga tersebut. Bukankah baik ni? :p

Bye bye.

Chika Conteng Lagi

Posted by chika under Uncategorized
Bosan tahu asyik berbaring-baring di sana sini secara rawak tanpa mengira tempat. Puas dekat katil, turun bawah baring atas sofa menonton Astro. Puas sofa, baring atas tilam dekat hall. Puas kat tilam, baring dalam bilik parents. Puas bilik parents, baring dalam bilik adek-beradek sambil menonton kartun. Baring je. Bosan. Macam kesian. Maka aku conteng entry lagilah. Tengah high ni memang sangat layanlah kalau berpujangga di sini. Engkau semua pon boleh stress membacanya.

Hmm. Nak keluar ke klinik pon semacam tak larat :( Oh, ambulan datanglah angkut badan aku beserta hati, jiwa dan raga ini ke hospital. Nanti engkau semua bolehlah melawat simpati membawa Gula-gula kapas sebanyak-banyaknya. Ada hati nak masuk hospital pulak dah. High la katakan tadi. Anggap saja aku tak berapa sedar apa yang aku conteng. Ok?

Suara sexual.

Posted by chika under Uncategorized
Suara aku semacam tinggal sedikit. Sudah luak. Bangun pagi tadi, suara tiada langsung. Aku cuba menjerit kuat tetapi tak menjadi sebaliknya terkeluar suara yang sangat sexual lah. Suara sexual engkau tahukah yang bagaimana? Yang antara dengar dengan tak dengar lah. Yang menaikkan semangat untuk engkau menghampiri dan mendengarnya lagi sebanyak tiga atau empat kali. AHAHA. Aku mengambil keputusan untuk diam sahaja hari ini dan akan menaip lebih. AHAHAHA. Haikal kata ini balasan kerna terlalu banyak bercakap malam semalam. Dia menasihati aku untuk muhasabah diri selama satu atau dua hari untuk mengumpul kuasa suara kembali.

Siapa sangat baik boleh kah membantu aku? Erm.. mencari entry-entry yang semacam bagus yang pernah aku hasilkan. Aku sudah cuba mencari tetapi semacam tiada. Entry aku semuanya murahan. Kan sudah dicakap, blog ni miskin. Peninglah di kepala dan membawa ke jiwa.

Petang nanti akan ke klinik lagi. Aku mahu berjumpa Doktor Julia. (Bukan Kak Ju Madu Goncang tahu! :P) Aku suka Doktor Julia sebab dia soft spoken dan … dia pon dah biasa mengubati aku. Sebaik saja nampak muka aku nanti, mesti dia akan bercakap .. “Nurul, you stress lagi? How’s your architecture?,” AHAHA. Sebab masa sekolah dulu, menjelang major exam aku mesti akan muntah-muntah. Gila.

Tapi aku tak berapa berminat hendak berjumpa suami beliaulah yang kadang-kadang menjaga klinik. Sebab aku pernah membuat scan dengan uncle tersebut dan aku semacam malu hendak berjumpa dia lagi. Ih, satu kenangan yang buruk! Janganlah bertanya.

Aku semacam tak ada nafsu serakah untuk makan. Sudah tiga hari aku tak berapa hendak makan. Tengok Pizza Hut pon terasa mahu muntah. Apatah lagi melihat kucing-kucing yang banyak di luar rumah. Aku menjadi bertambah cuak. Dan sedikit sedih melihat kereta yang tak boleh bergerak pagi ini. Ih!

Kereta Yang Memakan Hati.

Posted by chika under Uncategorized
Kereta buat perangai! Panas di hati. Sejuk di badanlah. Menggigil. Demam lah katakan. Hati sangat panas. Semua anggota badan kepunyaan aku sangat sejuk, cuma hati saja panas.

Esok macam mana aku nak balik kampus? Tak guna. Nak menangis setempayan dua. Lepas tu nak buang hati ni. Buang! Buang! Sangat bengang. Lampu brek tak mahu padam. Mula-mula Haikal ketuk-ketuk pada brek tu. Tak menjadi. Macam-macam aku buat dengan Haikal. Akhirnya menjeritlah panggil abah. Abah pon try buat yang sama. Kak Ju pon sarankan yang sama. Sebab memang sepatutnya, itulah masalah dia. Lepas tu jiran datang. Then Haikal panggil kawan dia. Datang lagi orang nak tolong. Aku pon menjadi semacam malu dan menarik diri ke dalam rumah. Terus mengamuk-ngamuk dekat ma. Tak puas hati lah katakan. Aku bukan boleh kereta buat hal ni. Semacam putus cinta rasanya. *sigh*

Hari ni buat kerja tak berfaedah tahu! Pukul 6 petang tadi Haikal ajak ikut dia pergi office dekat PJ. Aku kata tak mahu sebab aku pitam. Lagipun hari ni aku muntah-muntah. Dia kata nak pinjam kereta. Aku kan tak suka orang drive kereta aku sebab aku tak percayakan orang. Ngeee… semacam sayang keretalah. Kan dah kata tadi, masalah kereta adalah sama macam putus cinta seksanya. Lebih kurang semacam bercinta dengan kereta tersebutlah. Jadi aku setujulah mengikut dia untuk memerhatikan dia men-driving.

Aku pon pakai sweater, pakai baju tebal dan ikat tudung macam orang sakitlah. Aku kan suka berlagak sakit di khalayak ramai ketika aku sakit. AHAHA. Semacam menagih simpatilah. Adek Dell pon ikut maka kami pon pergilah secara adek-beradek. Haikal yang drivelah sebab dia semacam histeria mahu drive jugak kereta aku yang dara itu. (half dara lah) Tapi kami tak pelawa Ijat pon. Semacam terlupa adek-beradek yang lagi satu. Keji bukan? Sudah on the way baru terfikir dan bertanya sesama sendiri kenapakah tak membawa Ijat. Kesian ok kat Ijat.

Lepas Haikal settle urusan office dia, Dell ajak ber-Pizza Hut. Aku semacam nak termuntah darah mendengar Pizza Hut. Kan sudah dibilang aku demam dan tak bernafsu makan. Lagipun nak dekat Maghrib sangat takutlah merayap waktu senja. Kalau tahu dek abah sangat nahas lah. Tapi aku setuju ja dan suruh Haikal ke Summit. Tapi secara magiknya, tersampai di Pyramid. Magik bukan? AHAHA.

Dah Maghrib lah. Nanti abah marah tak balik sembahyang - aku

Kat Pyramid kan ada surau - adek.

Tak pe ke keluar sampai malam? - aku

Alah, dengan Ekal. Bukan dengan sapa pon - Haikal.

Aku cuaklah! Abah tanya nanti aku sedih - aku

Apsal lak nak sedih. Lawak ok kau ni - Haikal.

Tah, yong Sensitif sangat. Abah tanya pon nak sedih. Jawap je lah, - adek.

Membeli keychain sebanyak-banyak dan membeli candy. Adek aku yang bongsu ni semacam sangat suka keychain. Dia ada pelbagai jenis spongebob keychain. Aku pon tak tahu apa dibuatnya dengan keychain tersebut. Satu keychain ninja dia beli untuk ma. Dia beli tapi aku bayarlah. Dengan alasan, dia budak kecik kata dia. Aku sangat besarkah? Suruh Haikal pulak, dia kata duit dia sudah di-save untuk membeli sport rim dan untuk aksesori kereta dan sebagainya. Aku pon berkata yang aku saving untuk Christian Dior’s Hobo tapi dia kata, saving aku tak akan mencapai impian tersebut kecualilah aku tekad untuk berkelakuan baik dengan tidak membeli handbag selama 3 tahun. Ceh. Tapi betullah kata dia. AHAHA.

Selepas makan Pizza Hut, membeli KFC untuk Ijat yang dikasihani. Ketika dia call, kami tengah makan dan dia pon membuat ayat struktur yang melankolik ; Oh, tak ajak pon pergi jalan. Tinggalkan orang kat rumah, korang semua pergi suka-suka. Uda tak nak Pizza. Nak KFC dengan bubur ayam McD. Aik? Demand pulak. Jadi, mengatur kedailah aku dari Pizza Hut ke KFC, dari KFC ke Mc D. Tapi aku tak da makan pon. Orang sakit, makan mushroom soup saja ma. Dan semua pon makanan aku rasa tawar.AHHA. Dan Mango Tango diminum secara sulitlah. Kalau ditahu oleh bunda memang nahaslah. Tekak sakit minum ais. Selepas itu tersesat jalan mencari car park. Aku dah mula rasa pitam nak tumbang di tengah-tengah Pyramid dan bersemadi di situlah. AHAHA. Hangin lah aku. Buat kata Haikal, aku ni cepat sangat melenting. Aku pon membalas yang aku ni kan demam. Dia counter attack lagi. Dia kata, kalau tak demam pon perangai aku masih sama. Kuat melenting.

On the way balik Cheras tu, tersalah masuk jalan pulak. Abes lah tersesat larat sampai ke Desa Petaling dan patah masuk KL semula. Bersiar-siarlah di KL yang semacam best tapi tak berapa best tu. Aku pon dah cuak. Kat kepala terfikirkan abah sahaja. Memang nahas. Abah memang pantanglah aku keluar rumah lagi-lagi malam. Tak pernah-pernah aku buat macam ni kecuali bila aku kat kampus.

Ma pon call. Abah sudah tanya di mana aku. Aku pon marah-marah dan bising-bising di sepanjang perjalanan.


“Mulut macam dj radio ni,” kata Haikal dan mereka berdua pon ketwalah.

“Kalau mulut ni tak bising, kita pusing KL ni sepuluh kali la jawapnya” aku membalas.

“Apa kata kita off radio, ayong je bercakap. Menyanyi pon boleh. Ekal request lagu Inul Daratista; How Me Seksi.” Haikal cuba berjenakalah yang sangat tak kelakar. Tapi aku menyanyi jugaklah secara sikit lagu tersebut dan kemudiannya adek menyambong sampai akhirnya aku suruh diam sebab kepala aku pon sangat sakit secara seksi.

Kena TIGA tol! Aku suruh dia bayar. Minyak aku sudah kering half. Sangat marah. Padahal abah sudah kasi full untuk aku balik esok. Aku kan sangat miskin tak mampu isi minyak sendiri.

Ganti minyak tu half. - aku

Berapa? Cakap je, Ekal bayar balik - Haikal

RM50 - aku

Setengah tank je, bukan habis pon - Haikal

Kalau abes RM100, ni off 50% - aku

Ah, tak nak Ekal bayar. Minyak pon kedekut - Haikal.

Orang nak balik esok lah! - aku

Ok.ok. Balik ni kita pindahkan minyak RXZ tu masuk kerete ni ok - Haikal.

Sangat panaslah hati aku. Lepas tu aku continue mengamuk sebab sesatlah. Aku ni dah tahan muntah secara extreme. Nak je membuka tingkap dan bermuntah-muntah sepanjang jalan. Macam show pulak.

Apakata ayong off radio ni, dan tidur baik-baik. Ayong kan demam. Biar Ekal drive secara tenang. Ayong membebel ni Ekal hilang fokus tau tak. Tak pun ayong menyanyi je lagu-lagu kat radio ni sampailah kita balik rumah nanti. Ok?

Sikit lagi je aku nak ikat mulut muka dia. Si Dell pulak terbungkang kat seat belakang.

Sampai je rumah, dah pukul 10.00 malam! Gila. Aku keluar malam. Keluar pergi mall pulak tu. Sangat cuaklah kalau dimarah tapi tak dimarah sebaliknya kereta yang
membuat aku marah. Lampu brek tu menyala secara terang. Gila! Akhirnya battery kereta dikeluarkan. Esok pagi barulah dihantar ke workshop. Aku pon akan bercuti lagi satu hari dan akan ke klinik lagi sekali. Sebab aku semakin demam menjelang malam.

Hari yang teruk :( Aku nak kereta barulah! RAV4 putih atau Hyundai Coupe atau Carrera. Peh. Berangan. Tapi memang nak. Tapi berangan. Tapi memang nak. Memang naklah. Dulu masa form 5, pernah sawanlah aku pujuk parents belikan aku Hyundai Coupe tu. Tapi parents sangat tak berkenan kereta tersebut. Frust menonggeng aku waktu tu. Tak dapat Hyundai Coupe, aku mintak Honda Jazz tapi akhirnya berasa tak berapa minat sebab ramai budak pakai kat kampus. Sangat tak uniklah. Tapi tak lama lagi memang ada orang dapat kereta baru. Makan hati lah aku dibuatnya. AHAHA. Kenapa gelak? Bukankah ini entry emosi? Hiarght!