Archive for February, 2008

Nocturne

Posted by chika under music
xin sui de hen hao ting
So heartbreakingly beautiful

JC.
J to the C.
Juicy Couture?
Not Not!

JC.
Jay Chou!

Mintak sorry dekat seseorang. Dia sangat tak suka Jay Chou. Tak suka tahap benci. Jay Chou pernah curik pensel 2B dia masa sekolah rendah dulu. Pasal itu dia sangat tak suka Jay Chou. Kata seseorang itu lagi, Jay Chou tak handsome. Lagu-lagu Jay Chou semua tak difahami sebutannya sebab Jay Chou menyanyi mandarin secara tidak jelas. Tambahnya lagi, Jay Chou selalu merosakkan bahasa. Ada ka? Aku tak da peduli pasal isu bahasa. Aku tak faham mandarin maaa. Dia menyanyi mandarin sejati atau mandarin rosak pun aku tak da tahu maaa. Kalau pasal handsome tak handsome tu, okey la aku terima. Jay Chou bukan handsome maaa. Seseorang itu lagi handsome maaa. Puas hati ka? Dia sudah menang muka. Tapi Jay Chou sudah menang suara. Sangat fair maaa.

Aku sangat suka Jay Chou maaa. AHAHA. Handsome tak da. Tapi lagu dia semua unik dari segi melody. Mungkin sebab aku suka genre rap dengan selingan chorus yang melancholic. Kalau Jay Chou datang Kuala Lumpur, aku mahu pergi sambut dia maa. Dan berdiri depan muka dia sampai dia ajak aku dinner maa. Kalau dia tak ajak-ajak juga, aku makan dia maaa. HAHA. Acah je. Lagipun aku belum belajar mandarin maaa. Ada DUA je ayat yang aku pandai sebut dengan sangat lancar. Pertama, ayat hokkien dan kedua ayat mandarin. Kedua-duanya adalah ayat tak baik belajar punya. AHAHA.

My most fav album : November’s Chopin


Setiap hari aku mesti dengar lagu Nocturne atau dalam mandarin disebut sebagai Ye Qu. Kalau tak dengar, aku mesti demam panas. Ih? Ada ka? Tak da. Tak da. Tak da sampai demam. Tapi kalau tak dengar mp3, aku mesti menyanyi secara sendiri. Bukan versi mandarin sejati. Aku nyanyi versi mandarin kacukan. Sangat betul dari segi melody tetapi sangat sesat dari segi pronunciation. Menyanyi secara sendirilah katakan.

Aku layan semua lagu lelaki ni. Tak da yang tak layan. Tapi paling layan ialah Nocturne, Ni Lin dan Ting Ma Ma De Hua. Mungkin engkau tak biasa layan Jay Chou. Mungkin engkau layan yang lagi extreme dari aku. Kalau engkau biasa layan Jay Chou, jom kita minum kopi! (Bukan ajak engkau dating maaa. Engkau minum kopi di rumah engkau, aku minum di rumah aku maaa. Minum secara sendiri dan asing-asing) Kalau engkau tak kenal Jay Chou, aku tengah memperkenalkan engkau kepada beliau lah ni. Kalau engkau tak suka Jay Chou, engkau boleh geng dengan seorang orang ni. Aku suka Jay Chou tapi aku tak da buat kerja runtuh moral dengan menatap muka dia secara sawan. Muka lelaki yang tak suka Jay Chou lagi sedap untuk ditatap maaa. (dating mahu ka? Kita minum kopi secara bersama-sama. Mahu?)

Sebenarnya tak banyak penyanyi yang aku sangat suka. Kalau aku suka pun, aku suka secara biasa. Tak da yang terlebih biasa. Cuma ada beberapa je yang aku suka secara terlebih sikit. Dan Jay Chou sangat bertuah kerna menjadi terlebih biasa. Sampai aku kena play Nocturne sebanyak-banyak kali yang boleh. Aku recommend lagu ni kepada semua rakan-rakan Melayu yang tak pernah tahu. Betul. Sangat bagus melody dia. Kalau tanya lirik dia, aku tak da komen. Kalau tanya bunyi sebutan dia, aku suka. Sebab banyak perkataan yang bila didengar, agak cute. Suara Jay Chou sangat cool and steady. Aku kasi dia bintang 4 setengah. Aik?Lagi setengah pi mana? Lagi setengah aku kurangkan kerna dia tak handsome. Kalau dia handsome, aku bagi lima campur bonus lagi 5. Maka, dapatlah dia 10 bintang. Tapi sangat rugi sebab dia kalah muka. Aku bagi lelaki yang tak suka dia menang dari segi muka. AHAHA.

Tolonglah dengar Nocturne okay. Tak menyesal punya engkau tunggu YouTube streaming lagu ni. Kalau suka, ingat! Kita janji minum kopi ok. Kalau tak suka engkau diam-diam okay. Tak payah luahkan. Aku sangat tak fair. HAHA.

Jay Chou – Nocturne (Ye Qu)

Dekat studio pon aku play lagu ni sebanyak kali yang boleh. Tinggal lagi tak beli album je. Sebab rugi maa beli album. Suka macam mana pun, aku tak da tergadai maruah punya pergi beli-beli album bagai. Aku ni peminat yang cool tau. Minat secara slow and steady. Belum mahu extreme lagi ke tahap lebih hebat.

Entry ini tidak ditaja oleh Jay Chou. Komisen pon tak da. Aku tulis secara rela. Tak harap Jay Chou ajak makan malam pun. Ikhlas. Aku memang peminat yang merendah diri. Meminati secara slow and steady. AHAHA. Sebenarnya aku nak ucapkan Happy New Year untuk Jay Chou dan warga lain sebangsa dengannya. Termasuklah kepada seseorang yang tidak suka Jay Chou. Selamat bertahun baru aaaa. Lepas raya, banyak angpow, banyak kaya. Lepas kaya kita terbang carik Jay Chou okay. Kita ajak dia main mercun roket, mercun thunder dan semua jenis mercun. Err. I do not like fireworks :d

Hey hey. Dah dekat seminggu aku duduk DALAM rumah. Setiap hari tengok TV dan tengok PC secara bergilir-gilir. Selain dari tu.. tak da. Kehidupan kosong. Nasib baik ada Mak Yang kat rumah. Bolehlah bermanja-manjaan dan menuntut kasih sayang extra. Time is up. Masa untuk buat kerja. -Habis-

Motivasi diri secara sendiri

Posted by chika under Uncategorized
Thank you photobucket
Berjalan-Jalanlah Ke Sini.

Selagi admin tak block email aku, selagi tu aku seronok buka account. Tak berani janji samada account photolog ini akan kekal selama mana. Kalau aku rasa seronok, aku akan teruskan. Ya, aku akan teruskan sampailah aku berasa tak seronok. Manusia tipikal.

Biasanya orang cakap tentang rama-rama ber-flying dalam perut. Setiap kali terbaca quotation sedemikian rupa, perut aku rasa geli. Aku rasa quotation itu tidak boleh dipakai maka aku reject secara sendiri. Kalau aku kecut perut, aku lebih terasa seperti ada pisau Rambo memotong isi perut. Rasanya sangat senak, tak selesa, serba tak kena dan sakit. Atau boleh dimetaforakan sebagai bayi menendang perut ibu. Aik? Lain macam ja. Apa pon metafora engkau nak bagi, aku tak da peduli pun. Aku nak buat announcement tak penting. Aku kecut perut. Oleh itu, aku mengangkat tragedi kecut perut sebagai alasan untuk mengurangkan waktu melakukan perbuatan sia-sia. Kalau dilakukan lebih kerap, hukumnya jatuh ke makruh dan seterusnya haram. Aku nak pergi menumpukan perhatian pada kerjaan ilmu duniawi yang mana dituntut oleh Syarak.

Ritual Study belum siap maaa. Presentation board dan juga assignment Amalan Profesional juga belum buat maaa. Gua rasa mahu mati secara slow and steady. Tapi sangat jatuh maruah kalau mati disebabkan assignment. Siapa kata assignment tak seronok? Sangat seronok. Sangat seronok. Sangat seronok. Mahu lagi ka? Ya, sangat seronok! HAHA. Ini motivasi secara sendiri. Boleh dicuba oleh semua orang. Tapi sebenarnya tak berkesan. Langsung tak berkesan. Motivasi FIKIRKAN BOLEH juga sebenarnya tak berkesan. Ia tak lebih dari sekadar menyedapkan hati. Sangat tak guna. Motivasi apa pon, kerjaan tetap kena dibuat menggunakan tangan sendiri. Motivasi langsung tak magik. Aku tak suka. Tapi kalau untuk menyedapkan hati, apa salahnya kita cuba sekali lagi. Assignment Sangat Seronok! Hoyeh Hoyeh!

Tengok, motivasi tak berkesan. Aku rasa nak pergi makan dan minum secara tenang dulu. Lepas tu main-main remote TV mencari-cari yang seronok sampai jumpa. Kalau tak jumpa, mahu senaman ringan secara duduk dan menggoyangkan kaki kiri dan kanan secara berselang-seli. Lepas itu barulah akan memulakan kerjaan. Ada benda alah lagi baik dari motivasi?

Di Mana Sharlinie?

Posted by chika under Kosong

Aku ni kan …

  1. Takut kucing secara mati-matian. Tapi kalau setakat lipas, secara selamba dan secara cantiknya aku pergi kejar dan bunuh. Kalau nampak kucing, aku boleh menjerit pakai suara pitching paling bagus. Tak tipu punya. Mak aku tanya, adakah aku selalu ada imiginasi yang kucing akan terkam dan makan aku secara langsung? Aku kata tak da. Aku selalu berimaginasi, kalau-kalau kucing akan panjat aku dan tiba-tiba kuku taring dia mencakar aku dengan tidak romantis. Aku sangat takut.

  2. Aku suka aircond. Studio yang miskin selalu tak da aircond. Buat hati aku panas je. Hostel yang miskin tu lagilah tak da aircond. Maka sebagai tanda protes dalam diam, aku tak pernah off kipas di hostel. Sentiasa terpasang. Tak kira samada aku pergi kelas atau pun balik bercuti di rumah, jangan harap aku nak off. Bila balik rumah, aku tidur pakai socks, sweater dan glove. Adek-beradik confirm melontar hina pada perlakuan aku tapi aku memang cool. Aku relax ja. Pagi-pagi turun breakfast pon aku selamba ja pakai stokin dan sweater. Asalkan aircond jangan off.
  3. Barangan LV adalah yang paling tak menarik hati aku. Kasi free aku ambil. Suruh beli secara sendiri , aku tak da buat punya. Sekarang aku tak mampu. Tapi bila dah mampu pon, aku tak da mahu juga. Bila aku kaya dan raya, aku harap aku tak da tukar taste jadi Mak Nenek LV. Aku mahu beli toys banyak-banyak ja.
  4. Aku pandai main chess. Tak percaya ka? Aku pandai main chess sejak aku darjah dua. Cousin aku ajar. Kami main secara serius di mana kami menghabiskan waktu pagi, petang dan malam berlawan chess. Masa kecik la. Sekarang aku lagi suka main UNO dengan adek-beradek dan lepas tu bermasam muka. AHAH
  5. Smoker adalah manusia biasa. Aku tak da pandangan serong terhadap smoker. Maaf yah! Aku bukan bangkang kempen kerajaan ok. Secara jujur, smoker tak da masalah disiplin. Cuma jangan smoking depan hidung aku sebab hidung aku yang cantik ni sensitif asap. Tapi terus terang juga, smoker wanita memang aku tak da suka. Ini dah lain macam. Mencacatkan janin mahu ka?
  6. Bila ramai orang sudah tergila-gilakan sesuatu fenomena, aku akan menjadi tidak sukakan fenomena itu. Misalnya dalam fashion, minat dan hobi. Aku suka melakukan sesuatu secara solo dan sendiri tanpa pengikut. Sebab itu kadang-kadang aku memakai yang pelik kerna hanya yang pelik yang membuatkan aku rasa solo. AHAHA.
  7. Taste aku terhadap kenderaan adalah tinggi. Di mana aku secara jujurnya tidak suka kereta buatan Malaysia. Thank You Malaysia. Teruskan mencuba. Designer sila belajar design dari bawah ok. Konsep hybrid perlu diaplikasi secara berilmu.
  8. Aku suka baca blog yang tak glamour. Berkali-kali dalam satu hari aku akan pergi melawat dia. Sebab blogger yang glamour kadang-kadang ter-lupa-dara-tan lalu semua pembaca dianggapnya si stupid. Dia tak cuba membetulkan tapi terlalu berapi nak mengajar pembaca. Pergi jahanam. Aku suka penulisan yang cool. Macam … aha aha. Tak baik promote secara individu. Tapi ada beberapa blog yang aku sangat suka. Kadang-kadang blog tu biasa ja. Cerita kisah hidup macam biasa. Ayat pon biasa. Semua biasa. Tapi aku suka sebab penulis dia menyenangkan. Dan aku sangat tak da minat pada penulisan berapi-api. Buat hati aku panas je. Mahu kena bakar ka? TAPI, tak semua penulis glamer macam tu. Biskut Tiger relax jaaa. Hi Biskut Tiger!
  9. Benda yang aku agak stupid adalah HANDPHONE. Minat aku terhadap handphone boleh dikatakan tiada. Aku tak reti guna handphone selain handphone aku. Kalau orang bincang-bincang secara jakun dan menggayat tentang handphone pon, aku tak da campur. Aku hanya akan beli handphone baru (beli baru ok. trade in aku tak pernah buat) kalau handphone aku hidup segan mati tak mahu ja. Dan kalau aku beli, engkau faham-fahamlah taste aku pulak. Ah, handphone tak guna! Aku suka toys!
  10. Ini statement istimewa. Aku tak boleh-boleh hafal kedudukan abjad A to Z. Kalau aku bukak dictionary, confirm semua orang boleh dengar aku mengaji ABC sampai Z. Kalau kau tanya aku abjad selepas P misalnya, kau akan mendengar aku mengaji dari K, L , M dan seterusnya barulah aku akan menjawap Q. Kesian kat aku. Sangat kesian.
  11. Ada few words aku tak boleh sebut dengan betul. Words Bahasa Melayu maksud aku. Dan itu akan dirahsiakan supaya beberapa individu tak bertanggungjawap tak akan mengambil kesempatan di atas kelemahan aku.

Apapasal bukak cerita ni? Sebab aku tak da modal untuk malam ini. AHAHA. Lebih baik aku tak da modal. Kalau aku banyak modal, engkau semua kena sawan nak baca tulisan aku. Sangat tak elok. Berdoalah supaya aku selalu tak da modal. Jadi, dapatlah aku menulis secara ringan. EGEGEGEGEGEGEGE.

Semalam tengok Happy Feet. Hari ni aku asyik terkenang bontot Mumble. Bontot pon comel. Muka pon comel. Bontot dengan muka sama comel. Kau memang lucky Mumble!

Biskut Tiger

Posted by chika under bloggy
Blogger Tok Rimau said…

Soalan Kepada Beylo:
“Engkau tidak teringinkah untuk menduakan diri engkau menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Sebelum engkau menuduh aku pervert, ingin aku jelaskan apa maksud aku. Tidak mahukah kau bukukan huruf-huruf ini? hardcopy?”

Aku menulis komen ini tanpa effort. Aku baru pulang dari Planet Pena utk Maskara 6. Dalam dada aku penuh seni melimpah ruah. Aku kena tuang sedikit di sini.

4:11 AM

Ada dua benda aku rasa macam aku kena huraikan. Untuk Tok Rimau atau dalam bahasa Inggeris namanya disebut sebagai Biskut Tiger. Ada suka ka nama itu? Kalau rasa makan hati dengan nama Biskut Tiger, saya mintak sorry Tok. Tadi dalam rancangan TomTomBak, dia kata hidup kena selalu berjenaka. WOH, aku sangat berani bermain dengan harimau. Aku takut kucing. Setakat Harimau, aku tak da begitu takut. Lagipun seperti yang diungkapkan oleh Sarah dalam satu fotonya dan seperti yang diubahsuai oleh aku ; AKU adalah orang yang menjerit ketakutan pada kucing dan tersengih cantek kepada Harimau mahupun Serigala. Hidup ini memang sastera dan metafora aneh.

Perkara pertama.
Jawapan kepada soalan : Saya memang teringin untuk menduakan Beylo menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Tetapi bak kata pepatah, ukur baju badan sendiri. Saya menulis secara tidak bagus. Menulis secara gila macam ayam. Ke hulu ke hilir tapi tak sampai ke mana sangat. Menulis secara bermain di playground. Tidak ilmiah. Kalau dibukukan, saya khuatir dia bukan sahaja disentuh, diusap, dibelek dan diselak, malah dikoyak, dilontar peluru dan dilempar cakera hasil tulisan dengan sangat kesian. AHAHA. Bukan pesimistik. Tapi seriously, apa yang hendak di-hardcopy-kan? Cerita-cerita seposen dua yang magik itu? Saya seperti melakukan perbuatan yang memalukan. AHAHA.

EHEHE.
Okay. Sebenarnya saya pernah menulis novel pada usia 12 tahun dan telah di-publish ketika saya berada dalam tingkatan satu. Jangan tanya kisah lanjutan. Aku tak suka. Kisah peribadi. Kalau ada yang tanya juga, nanti aku menjawap kepada Kisah-Kisah Nabi. Mahu ka? Aku pernah ditipu beberapa kali di mana hasil karya aku hilang lebuh dengan sangat magik. Mungkin sebab waktu tu aku budak kecik kot, jadi sangat udah dimagikkan. Sekarang kalau ada jembalang mahu tipu aku dengan membuat magik lagi, dia tahulah macam mana kuasa Bulan aku akan bertindak. Aik? Aku ni bukan sahaja seorang yang magik, aku juga seorang Sailormoon. Tutup cerita novel kerna aku bukan seorang penulis novel. Dah lama aku tak buat kerja-kerja ilmiah macam tu. Sekarang aku mahu fokus kepada penulisan jiwa secara gila-gila. Bukan untuk dikomersialkan tetapi untuk dijadikan gelanggang mainan. *jeruk buah salak ni manis sangat sampai aku rasa tak mahu menulis blog selama tiga bulan*

Tapi sejujurnya, menulis memang satu minat bagi aku. Tapi oleh kerana pengalaman lampau yang tidak boleh diceritakan aku menjadi malas nak menulis lagi. Sekarang aku senang hati membuat contengan secara mati-matian. Tak thrill tapi memuaskan nafsu serakahkahkahkah! Tok Rimau @ Biskut Tiger, ada nasihat berguna ka untuk saya? Adakah perbuatan mencetak kesemua entry menggunakan printer laser Canon hak milik sendiri dikira sebagai menghasilkan tulisan yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak sebagaimana yang Tok maksudkan? AHAHAH.

Perkara Kedua.

Blogger Tok Rimau said…

Pstttt,
aku tahu kamu seorang yang kool, justeru kamu perlu berada di majlis yang kool. Dengan ini, aku menjemput kamu ke majlis paling kool di KL:

MASKARA 6
(malam baca naskah Sindiket Soljah dan kawan-kawan yang kita suka)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Rumah Pena, Jln Dewan Bahasa. (Rujuk Peta)
Tarikh: 2/2/2008
Bayaran: Diskaun 100% untuk kamu aka. FREE. Sebab kamu kool.
Dress code: Cool n Sexy (Mengikut acuan & definisi kamu)

Jika kamu punya buku, tee, zine, postcard, DVD, VCD, CD ORIGINAL. Bikin sendiri punya. DIY. Kamu juga dijemput mempamerkan hasil dagang kamu. PEACE!

Ingat temu janji kita.

Details:
MASKARA 6

9:00 AM

Terkilan tak pergi. Dapat jemputan agak eksklusif secara langsung dari Biskut Tiger. Tapi saya ada beberapa alasan logik. Pertama, saya baru balik ke pangkuan keluarga untuk holiday CNY tapi membawa bersama kerjaan yang banyak. Mood pon tak berapa nak baik sebab terpaksa buat kerja semasa cuti. Daripada pergi bersama mood yang jahat, lebih baik jangan pergi. Kerna nanti saya bakal merosakkan MASKARA, siapa tahu?Saya juga tidak mahu kita semua bertemuan buat kali yang sulung di dalam keadaan saya yang jahat. Bila mood saya tak baik, saya jadi penjahat. *Jeruk buah salak jatuh sebijik ke atas lantai. Kesian* Kedua, saya ada jugalah sikit-sikit sifat manusia sejati iaitu malu-malu ayam dan merendah diri ataupun dalam bahasa Arab dinugerahkan sebagai Zuhud. AHAHA. Saya juga tak punya apa untuk diper-seni-kan di majlis itu. Setakat datang-datang saya sangat tak suka. Kalau datang, saya suka melakukan sesuatu. Dan untuk melakukan sesuatu, perlu mengenali sesuatu juga. Ketiga, sebab ini adalah yang paling crucial sebenarnya dan menjadi penyebab PERDANA. Saya tak boleh keluar malam. Sebab saya ni memang kesian :( Ikhlas, saya m
emang sangat seronok kalau dapat pergi dan melakukan sesuatu. Saya ada fikirkan sesuatu tapi tak sempat untuk diusahakan dalam waktu terdekat. Maka, MASKARA 6 dibiarkan terlepas begitu sahaja. Terima kasih Tok Rimau atas jemputan. Mintak maaf atas kegagalan menghadirkan diri.

Aku tak suka makan Biskut Tiger.
Aku suka buah jeruk salak yang ada semangkuk depan speaker.
Aku suka makan secara committed. Aku tak suka buah dua kerja dalam satu masa.
Aku nak pergi menghayati jeruk salak dan menamatkan contengan.

oh ha!
sedikit tentang hari ini.
Hari ini aku telah menemui beberapa kegemaran baru.

  1. Lelaki sepet yang pandai main drum itu. Nama dia Andy.
  2. Lagu Sayang Sayang Sayang sebenarnya dah buat aku separuh high.
  3. Ikan kerisi masak sambal menggunakan cili hidup SAHAJA.
  4. Lawan game Internet Reversi dengan online gamers dan berpura-pura bodoh. Bila menang, hantarkan : It was luck
  5. Gigi Fahrin Ahmad selalu menggoda saya (aik? ini kegemaran baru ka?)

aku rindu kat dear. semalam sangat rindu kat dear. lalu aku menghabiskan detik-detik kerinduan dengan menatap pack DiGi Postpaid pemberian dear. AHAHA. ada ka patut. Sangat sayang sampai tak sanggup mahu buka. Dear, pergi beli yang lain! :p

Beylo : Edisi Khas

Posted by chika under beylo
Beylo honey,
Mari kita minta sorry kepada semua orang yang keluar masuk dengan tekun tetapi tidak mendapat apa. Hantar komen, kita tak balas. Shouting di shoutbox, juga kita tidak balas. Mereka harap cerita magik-magik, kita kasi update pendek tiada hujung pangkal. Mereka ajak bermesra, kita tidak buat lawatan balas. Kita (ya kita berdua, Beylo) harus mintak sorry walau macam mana kita tak mahu mintak pon. Kita tidak boleh jadi sombong yang mana tidak dituntut oleh agama dan adat.

Itulah, Beylo.
Aku sudah bilang supaya engkau belajar update diri sendiri. Berdiri di atas kaki sendiri. Jangan harap aku sangat. Kerna aku kan sangat sibuk. Tapi engkau masih tak pandai-pandai atau dalam istilah lain disebut sebagai STUPID. Umur sudah TIGA masih STUPID. Sangat tak boleh dimaafkan. Umur TIGA TAHUN sepatutnya sudah boleh update diri sendiri secara solo. Kasi heart attack sama semua orang tatkala mengetahui bahawa engkau pandai update diri sendiri tanpa bantuan aku. Barulah thrill. Tapi engkau memang STUPID. Sudah TIGA TAHUN masih belum melakukan apa-apa secara sendiri. Engkau memang STUPID. Tapi itu tidak mengurangkan kasih sayang aku pada engkau.

25 JANUARI 2008 yang lalu, Beylo sudah umur TIGA TAHUN. Sangat tidak disangka, Beylo sudah besar. Tapi masih belum pandai update diri sendiri. Aku pun sangat kesal. Betul-betul kecewa dan makan hati kerna Beylo tidak menunjukkan perubahan-perubahan major. Aku tak da minta banyak. Cuma harap Beylo pandai update diri sendiri dan pandai mengubah layout badan secara sendiri. Kerana aku semakin malas. Beylo, engkau sudah berumur TIGA. Tiga tahun sudah kita hidup bersama secara berpasangan.

Oleh itu, sempena ulangtahun ke TIGA, aku mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sangat kesian kerna rajin sangat klik masuk sini. Aku mintak sorry kerna tak mampu menyediakan bahan ilmiah kerna aku memang tak mahu buat segmen ilmiah. Ini cuma playground bagi aku. Ini bukan dewan kuliah. Ini tempat main. Main-main api, main emosi, main gila, main cinta, dan apa-apa permainanlah. Tapi bukan tempat belajar okay. Aku lebih suka main secara serius dan belajar juga secara serius. Bila waktu aku main, aku mahu main secara committed dan tekun.

Ini entry edisi khas yang akan menceritakan peribadi Beylo secara terbuka. Untuk itu, aku membuka ruang kepada semua pembaca, tidak kira dari kategori apa pon. Pembaca bising, pembaca senyap, pembaca pandai, pembaca tak pandai, pembaca besar, kecil, hitam, putih mahupun pendatang tanpa izin … aku membenarkan kalian mengutarakan apa-apa soalan tentang Beylo. Dan aku berjanji akan menjawapnya pada entry yang akan datang. Tanya tentang Beylo SAHAJA. Pertanyaan melampaui batas dan skop akan dijawap pada tahun 2020. Kalau tak mahu tanya apa-apa, aku cadangkan engkau diam tanpa perlu gelisah. Boleh ka?

Hantar soalan-soalan di ruang CONTENG.

Soalan pertama akan dijawap dengan penuh kasih sayang dan soalan-soalan seterusnya akan dijawap secara kurang kasih sayang. AHAHA. Aik, pelik jugak. Tapi soalan yang bertanyakan SIAPA BEYLO mungkin akan mendapat jawapan yang sedikit KASAR dari aku. Sebelum menyoal, aku nasihatkan engkau baca-baca apa yang patut kerna aku paling marah kalau orang menyoal benda yang aku sudah war-warkan.

Untuk ulangtahun Beylo ke TIGA, aku hadiahkan Beylo ….

… permainan LEGO. Bila bosan atau ketika putus cinta, engkau main LEGO okay? Engkau dah TIGA tahun. Takkan masih tak reti bermain LEGO. Engkau mesti pandai melakukan sesuatu, at least bermain LEGO. AHAHA. Aku pon suka main LEGO. Go Beylo go! Main LEGO!
Kawan-kawan,
Beylo dah ada LEGO.
Sekarang tak ada sebab untuk aku gelisah meninggalkan Beylo secara lama.
Beylo sudah ada kerjaan untuk dimainkan.
Dia tidak akan bosan lagi.
Yeeebaaah!
Aku boleh goyang kaki lama-lama.
Tak payah nak update selalu!
Seronok!
paket3.gif image by klasik

I blogged.
Because…
Memories cannot erase.

memories

This entry does not sponsored by LEGO.