Entry Ini Pelik.
Aku memang seorang yang sedar diri dan kenal diri aku secara hampir total. Kalau aku marah, aku tahu kenapa aku marah. Bila mood aku drop, aku tahu puncanya. Aku bukan seperti orang lain yang common menyatakan : entahlah, aku tak faham diri aku. (sumpah aku menyampah gila ayat ni) Oh, no no no! Aku faham diri aku. Akulah yang paling memahami diri aku. Siapa-siapa pun jangan berani mengatakan bahawa dia lebih memahami aku ok. Nanti aku tendang engkau. Sebab hanya aku yang paling tahu diri aku. Kalau engkau fahami aku secara dalam pon, engkau jangan perasan engkau sudah fahami aku secara total. Kalau engkau masih rasa begitu, engkau sangat syok sendiri dan perasan genius. AHAHAHA.
Aku sentiasa sedar dengan emosi aku. Aku seronok kalau persekitaran menyeronokkan aku. Kalau persekitaran menghentikan keseronokan aku, aku sanggup perang untuk diri sendiri. Kalau aku membuat salah kepada persekitaran, dengan tak malunya aku berani meminta sorry.
Memang aku ada buat salah. Emosi aku suka buat sawan. Aku memohon maaf secara honest. Benda kecil selalu berada dalam fokus aku. Aku bukan remeh-temeh punya kaki. Small things also count. Tak da benda yang tidak dikira dalam hidup ini. Semua akan dikira. Engkau boleh panggil aku complicated kalau engkau mahu. Menjadi terlalu simple bagi aku adalah bosan. Kalau ada antara engkau yang mengaku hidup engkau sebagai SIMPLE LIFE, engkau memang bosan menurut aku. Kalau engkau jenis tak jaga emosi sendiri iaitu dengan menelan kesemua pahit maung kehidupan secara paksa, engkau memang tak menghargai diri sendiri. Hati ada SATU sahaja. Jangan simpan yang buruk-buruk. Kasi hati senang dan puas. Barulah namanya menghargai organ sendiri.
Objektif contengan aku yang ini memang sebagai provokasi. Bukan motivasi! Aku tak berapa suka motivasi. Aku suka provoke orang sahaja. Mungkin engkau rasa aku macam racun fikiran engkau. Kalau engkau rasa ini racun, engkau boleh pilih untuk ignore. Aku ulangkan lagi. Aku memang provoke engkau. Come on, babe! Hidup tidak boleh simple sangat. Engkau mesti mengejar kesempunaan. Ya. Nobody is perfect. Tapi engkau boleh capai ke tahap 99.9% perfect. Selagi masih hidup, selagi itu ada chance menuju kesempurnaan.
Serius, puaskan hati sendiri secara total. Jangan pernah berhenti dari berfikir. Orang yang diam berfikir itu adalah sangat rugi.
Pesanan : Entry ini memang pelik. Aku sudah buat draft awal tentang komen-komen yang bakal engkau semua post. Engkau akan menyatakan ketidakfahaman. Engkau akan menyoal aku dengan soalan beraneka pilihan dan soalan-soalan struktur. Kalau engkau bakal melakukan salah satu tindakan seperti yang sudah aku sebutkan ini, engkau jangan drop komen ok. Aku malas nak buka comment page sebab connection slow. AHAHA. Kalau engkau ada pandangan istimewa, barulah engkau drop komen ok. Yaaa… yaa… sangat pelik. Aku juga berasa pelik kerana menghasilkan entry ini.




February 23rd, 2008 at 3:30 pm
aku nombo 1. yeaaahhaaaa angree angreee!! yeeeaaahaaa!!!
February 23rd, 2008 at 3:33 pm
entry ini dah draft awal2.. bleh dikata ini entry paling sempurna yg leh capai tahap 99.9% perfect.
ayat ko mmg gempak~
February 23rd, 2008 at 5:45 pm
nash no 1..
aku no 2 la..
hye chika..
haha.. xpsal2 nk hye2..
February 24th, 2008 at 1:45 am
hish.. aku nombo 1 dan 2 laa..
haaa. skrg nombo 4 plak
February 24th, 2008 at 1:54 am
NASHREX 1 – engkau masih tak berubah. ahahahahahhahahahaha.
NASHREX 2 – aik? komen yang ini memang takda dlm draft. ahahaa
NIEJA – engkau nombor TIGA.
NASHREX 3 – yaya. engkau terpaling hebat. dan havoc. skali je ko muncul, dah kecoh secara tak terkawal. ahahahahahakusuka…
February 24th, 2008 at 3:49 am
nice blog !
I’m originaly from kuwait
I wish to visit your country soon
:)
February 24th, 2008 at 6:01 am
skali lg. aku nombo brape..
yer.. LIMA!!!
BAPAK AHH!! brape kali aku masuk page ko nih.. hahaha
February 24th, 2008 at 7:02 am
VANCOUVER – i thought u from Canada indeed. ahaha…
NASHREX 4 – gila kuasa. hahaha.
February 24th, 2008 at 10:01 am
Aku Tidak Akan Menentukan No Berapa Atau Ditentukan.. JIka Menggunakan Abiliti Meng”psycho Orang Ke Arah Kebaikkan Adala Lebih Baik Berbanding Menggangu Emosi Orang..Jangan Bagi Rakan Kita Sakit Hati Dengan Kita Bepanjangan…
Ini Pendapat Aku Je..
February 24th, 2008 at 12:26 pm
ermmmmmmm ada ke orang yang tak faham diri sendiri eekkkkkk
*** kak e pun faham diri kak e sendiri malah tak ada orang lain faham kecuali diri ini hihihihihihihihi :D ;)
February 24th, 2008 at 12:36 pm
diri sendiri yg lebih memahami diri sendiri. Jika org lain kata dia lebih phm, katakan padanya KAU TIPU! hehehe sokong dik chika! ;) Entry ini akak kasik 5 bintang okeh? Pelik tp besh.
February 24th, 2008 at 1:04 pm
MROZAIDI – Tapi lebih lagi JANGAN BAGI rakan kita sakitkan hati kita secara berpanjangan. Hati aku adalah nombor satu aku mahu jaga. ya ya. selfish tapi semua orang pon selfish sebenarnya.
KAK E – bagus. jangan menjadi orang yang suka menyatakan bahawa dia tak berapa faham diri dia dan terlalu mengharap penilaian org lain. kalau kita rasa kita bagus, kita mmg bagus. ahaha.. (tidaklah exactly begitu)
WIWEEN – kakak ni pon bagus juga. ya. hanya kita bersama diri dan tubuh kita yang memahami kita. orang lain cuma pandai=pandai saja melabel kita.
February 24th, 2008 at 5:52 pm
rase2nye kari ikan bilis wujud x?
February 25th, 2008 at 2:44 am
aik?
February 25th, 2008 at 10:49 am
hahaha
March 3rd, 2008 at 2:25 am
saya setuju: entri kamu ini memang pelik!
ehehe
unmacchiato.blogspot.com