Archive for February, 2008

Back to the root

Posted by chika under architecture
Theater.
Opera.
Theater.
Opera.
Opera.
Theater.
Auditorium.
Acoustic.
Opera.
Theater.

Disimpulkan menjadi satu : Final project ni macam takut je. Study acoustic bagai. Mengalah sebelum berjuang adalah ciri-ciri kejatuhan maruah. Ih. Susah belajar seni bina. Lagi-lagi dalam misi menuju sustainability ni.

Untuk mencapai misi universitas ke arah sustainable architecture, studio kami dijadikan ujikaji budaya. Menurut pensyarah, sustainability itu harus disemat dalam diri kami sendiri sebelum diaplikasikan ke atas bangunan. Kalau engkau mahu aku cerita apa itu sustainable architecture, aku akan memerlukan persembahan bantuan Microsoft Office Power Point. Cerita dia panjang. Untuk kefahaman umum, sustainable architecture adalah seni bina yang menghormati alam, keaslian, dan something like back to the root. Engkau masih tak faham? Duduk diam dan terus baca .

Untuk langkah pertama, Puan Akmal dan para pensyarah mencadangkan studio kami :

  1. memakai fabrik batik setiap Khamis dan pada hari formal. Sangatlah tak nak. Maafkan saja aku.
  2. makan menggunakan dulang secara beramai-ramai. Pergi cafe, minta dulang dan isi nasik juga lauk-pauk untuk dikongsi bersama dalam 4, 5 orang. Yeww! Hanya kalau semua orang susah sahih hygenic, barulah aku deal.
  3. bila hidangkan pensyarah food ketika presentation, jangan hidang dalam pinggan, hidang guna daun pisang. Sudah! Satu kerja cari daun pisang pulak.
  4. Tak boleh guna botol-botol mineral water yang tidak sustainable.
  5. Kutip kayu-kayan bermutu dibuat bahan struktur dalam construction.

Ini semua macam cadangan mulut saja lah. Aku harap pensyarah tak berniat menjatuhkan hukum secara mandatori.

Walllaah!
Ya ya. Back to the root memang satu pengajaran yang perlu kita semua didik diri secara natural. Tetapi bagi aku, ianya tidak akan lebih dari sekadar sebuah revivalism. In term of practicality, ia macam sandiwara.

Cuma mahu berkongsi dengan engkau semua. Betapa seronok mendengar talks in architecture. There you’ll learn all about life. Architecture is all about life. You have to be a doctor, a patient, a patient’s family, and even an architect to design a hospital. Seriously. Kena tahu everything about hospitality. Then, you gonna read mountains of medical books. See… Sekarang, kami nak design Performing Art Center, we have to study about Penang’s naturality, culture and heritage. And of course, acoustic. Oh.Kami dah buat semua benda termasuklah belajar psychology, soul and poetic value.

Bangunan aesthetic ; ada soul ; technically good ; and healthy.

You think it’s easy?
Think twice.
And trice.

Aku suka dua sesi briefing on last Thursday and Friday. Seronok. Honestly, apa yang pensyarah katakan had … (at least) mempengaruhi minda aku. Kita kena kembali ke akar umbi. Mempelajari etika tradisi. Not only to save our beloved Earth, but to grab as many AWARD as we can. AHAHAHAHHA!. Betul, babe! Best buildings akan menang award. Macam artis pulak.

we are the architects of 2020!

Am I?

What are my 5 years planning? Who am I in the next 5 years time?
Tidak pasti. Tetapi sekarang ni, aku sudah ada naluri untuk menimang cahaya mata. Ehem. Maksud aku, memiliki mata yang bercahaya. Ya. ya! Mata yang sihat. Dan aku kenalah belajar menggunakan eye-mo tanpa berasa geli-geleman. (purrrfttt!) Maybe, aku sudah mendirikan rumah tangga. Ya ya! Yang bermaksud, aku akan menjadi arkitek yang merekabentuk sebuah rumah yang mempunya tangga spiral. Ya! Begitulah. Dan aku juga plan untuk honeymoon sebanyak 25 kali. Err.. maksudnya, hendak naik ke bulan sebanyak 25 kali. Ya. Itu sahaja. Simple Plan. Planning lain? Aku mahu beli rumah di Hollywood dan makan dinner at least sekali dengan Lee Hom. Mahu shopping sakan di Beverly Hills. Yang ini, tiada maksud tersirat kerana ia memang sesuatu yang straight to the point. Ehehe. Mata yang bercahaya! Cahaya! Cahaya! Bila dibaca-baca semula, ini seperti bukan sebuah planning. Ini macam sebuah karangan ‘Mimpi Saya’. Kesian engkau semua kerna membaca tulisan murahan ini. Kesian engkau semua! Kesian sangat.

Masih mahu baca?

Aku berasa sangat bosan beberapa minggu ini. Ada beberapa perkara nak aku lakukan. Dan aku akan lakukan walaupun secara sendiri.

  1. Pergi upgrade laptop pada hujung minggu.
  2. Membeli printer dan scanner pada hujung minggu.
  3. Membeli belah. Lama tak membeli belah kerna aku tiada mood hendak membeli belah kerna setiap kali membeli belah, pasti aku akan ketemu satu masalah rumit. Aku bosan! Aku tak peduli lagi. Aku akan pergi secara sendiri. Kerna secara jujur, aku berasa sangat pilu kerna aktiviti beli belah aku sudah tidak macam dulu. Terganggu. Terbatas. Ada banyak syarat. Definisi Shopping bagi aku ialah keluar masuk ke semua butik / kedai secara tenang. Aku sangat rindu mahu membeli belah seperti itu. Tetapi tidak tahu harus bagaimana caranya. Mungkin melakukan sesuatu secara sendiri mengikut kemahuan sendiri akan menyeronokkan hati sendiri. Stress macam kerbau.
  4. Aku mahu perfume. PERFUME. PERFUME. PERFUME. Baru aku sedar, dah berapa bulan tak beli walau sebotol perfume pon. Sangat tak rockstar!
  5. Aku tidak mahu diganggu pada ketika aku berasa nyaman. Berdua lebih baik. No third party involved. Or else, I prefer to be alone. Because time is the only thing that money cannot buy. Kalau masa boleh beli, aku sudah beli kesemua masa dan simpan sebagai bekalan di hari depan.

Arkitek tidak boleh buang masa. Menghabiskan jumlah waktu yang lama untuk blog adalah tidak wise. Kerna blog ini tidak menjana wang (Mampus aku lepas ni, adalah tu orang nak ambil kesempatan mengajar aku online business. Get lost!) Kalau engkau tahu caranya menjana wang dengan menghasilkan entry yang sangat panjang macam extremist, engkau boleh buat deal dengan aku ok. Sekejap je aku boleh kaya. Aku suka magik. Aku mahu magik yang boleh menukarkan huruf-huruf karangan aku menjadi dolar. Siapa magician, ym aku ok. Kalau bukan magician … pergi ym orang lain ok. AHAAHA. Pendek kata, siapa banyak duit tapi rasa nak buang duit … boleh buang dekat aku. Aku nak pergi Beverly Hills. (suka hati aku je)

edit:

Ada seorang member bernama Fara mintak tolong aku promote satu charity concert ni. Bagi menambah functionality blog aku yang tak berapa berfungsi optimum ni, aku tak da kesah pun membuat iklan. Iklan ni tak jana wang ok
. Engkau jangan ingat aku dah sign up online business.

Tiket berharga RM10 sudah sold out. Siapa berminat, sediakan RM15 sahaja dan boleh menghubungi Far menerusi YM beliau : Sweetgirlfean

Selebihnya boleh klik juga di poster dan baca secara baris ke baris. Aku tak da kaitan ya dengan concert ini. Jangan YM aku. YM Far sahaja. Kalau engkau YM aku tanya pasal concert, aku akan tipu engkau secara extreme. HAHA.

Dear Far yang muda,
artist Taiwan tak da ka?
Lee Hom?
Jay Chou?

Entry Ini Pelik.

Posted by chika under Kosong, provokasi
Perempuan garang, hilang pertimbangan secara berkala.
Dia lebih dangerous dari peristiwa terserempak dengan Lion King.
Sumpah!
Aku psycho dia? Dia di-psycho? Mereka yang lain ter-psycho? Saling psycho-menyaiko? Gila tak seronok main psychology. Yang penting, hati aku tidak sakit. Kalau fizikal engkau sakit, emosi engkau pun sakit, memang rasa jahanam kan? Formula hidup aku senang ; Biar badan aku sakit secara extreme, asalkan hati aku sehat secara total. Bila hati aku sakit, aku agresif. Sangat tak bagus menjadi agresif kepada persekitaran. Aku tahu aku beraksi di luar batas normal. Tapi aku bukan seronok-seronok menjadi extra-ordinary. Badan panas boleh kasi kipas. Hati panas, macam mana mahu kipas? Kasi telan itu kipas ka? Mahu mati?

Aku memang seorang yang sedar diri dan kenal diri aku secara hampir total. Kalau aku marah, aku tahu kenapa aku marah. Bila mood aku drop, aku tahu puncanya. Aku bukan seperti orang lain yang common menyatakan : entahlah, aku tak faham diri aku. (sumpah aku menyampah gila ayat ni) Oh, no no no! Aku faham diri aku. Akulah yang paling memahami diri aku. Siapa-siapa pun jangan berani mengatakan bahawa dia lebih memahami aku ok. Nanti aku tendang engkau. Sebab hanya aku yang paling tahu diri aku. Kalau engkau fahami aku secara dalam pon, engkau jangan perasan engkau sudah fahami aku secara total. Kalau engkau masih rasa begitu, engkau sangat syok sendiri dan perasan genius. AHAHAHA.

Aku sentiasa sedar dengan emosi aku. Aku seronok kalau persekitaran menyeronokkan aku. Kalau persekitaran menghentikan keseronokan aku, aku sanggup perang untuk diri sendiri. Kalau aku membuat salah kepada persekitaran, dengan tak malunya aku berani meminta sorry.

Memang aku ada buat salah. Emosi aku suka buat sawan. Aku memohon maaf secara honest. Benda kecil selalu berada dalam fokus aku. Aku bukan remeh-temeh punya kaki. Small things also count. Tak da benda yang tidak dikira dalam hidup ini. Semua akan dikira. Engkau boleh panggil aku complicated kalau engkau mahu. Menjadi terlalu simple bagi aku adalah bosan. Kalau ada antara engkau yang mengaku hidup engkau sebagai SIMPLE LIFE, engkau memang bosan menurut aku. Kalau engkau jenis tak jaga emosi sendiri iaitu dengan menelan kesemua pahit maung kehidupan secara paksa, engkau memang tak menghargai diri sendiri. Hati ada SATU sahaja. Jangan simpan yang buruk-buruk. Kasi hati senang dan puas. Barulah namanya menghargai organ sendiri.

Objektif contengan aku yang ini memang sebagai provokasi. Bukan motivasi! Aku tak berapa suka motivasi. Aku suka provoke orang sahaja. Mungkin engkau rasa aku macam racun fikiran engkau. Kalau engkau rasa ini racun, engkau boleh pilih untuk ignore. Aku ulangkan lagi. Aku memang provoke engkau. Come on, babe! Hidup tidak boleh simple sangat. Engkau mesti mengejar kesempunaan. Ya. Nobody is perfect. Tapi engkau boleh capai ke tahap 99.9% perfect. Selagi masih hidup, selagi itu ada chance menuju kesempurnaan.

Serius, puaskan hati sendiri secara total. Jangan pernah berhenti dari berfikir. Orang yang diam berfikir itu adalah sangat rugi.

Aik? Confuse juga entry ni. Engkau semua lebih baik bersurai.

Pesanan : Entry ini memang pelik. Aku sudah buat draft awal tentang komen-komen yang bakal engkau semua post. Engkau akan menyatakan ketidakfahaman. Engkau akan menyoal aku dengan soalan beraneka pilihan dan soalan-soalan struktur. Kalau engkau bakal melakukan salah satu tindakan seperti yang sudah aku sebutkan ini, engkau jangan drop komen ok. Aku malas nak buka comment page sebab connection slow. AHAHA. Kalau engkau ada pandangan istimewa, barulah engkau drop komen ok. Yaaa… yaa… sangat pelik. Aku juga berasa pelik kerana menghasilkan entry ini.

Animals Kingdom.

Posted by chika under funny, monyet
memang nasib monyet sangat baik.
hari ni dia tak terserempak dengan aku.
kalau jumpa, aku kungfu dia punya kepala.
aku kasi dia package 2 in 1.
Iaitu kungfu campur karate.
dah lepas puas kungfu kepala dia, aku nak minta dia bagi balik maruah aku.

“jatuh maruah aku di tangan monyet”, masa breakfast kami sembang topik monyet lagi.
“maruah jatuh je kan? tak hilang maruah kan?,” Mek Ti ketawa terkehek-kehek.
“jatuh ja. Kalau hilang maruah, tu namanya ditebuk monyet kata aku dan satu meja ketawa terbahak-bahak macam orang kaya. KAHKAHKAH.

Ditebuk monyet?
See, aku ni tak skema, tahu? Aku boleh melafazkan ayat sedemikian rupa. See, aku ada unsur dirty jugak ma. Secara sedikit. Maknanya aku bukan skematik. Sangat seronok ada dirty sikit-sikit. Barulah remaja usia penghujung. AHAHAHAHA.

Aku bukanlah satu-satunya mangsa yang kejatuhan maruah di tangan monyet. Tadi Shida pon kena jugak. Lagi dramatik. Dikejar monyet dalam rinai hujan. Sangat romantik main hujan bersama monyet. AHAHAHA. Senior aku bernama Kak Jaja pon pernah kena. Lagi teruk tragedi monyet dia. Kawan kawan yang lain pernah juga bilik mereka diceroboh dan dikencing oleh monyet-monyet.Dan Kakak Comel saya kena kejar Pig pulak. Lagi la najis mughallazah! Setakat kena peluk-peluk monyet, lepas mandi dah boleh suci. Kalau terkena sentuhan Pig… habislah mandi tanah tiga hari tiga malam. Aik? Ada ka?

Secara keseluruhan cerita,
sinopsisnya sangat senang.
UKM ni ialah Zoo
.
AHAHAH.
Tak percaya?

Pagi tadi dalam titisan embun dara tu, ketika aku drive nak ke kelas, aku terpaksa break mengejut kasi laluan kepada seekor Squirrel. Kadang-kadang terpaksa patah balik sebab menghormati waktu biawak melintas. Belum lagi aku cerita kisah-kisah kucing yang bergelimpangan dari step tangga pertama sampai step terakhir. Pernah one night ni aku terpaksa panjat ikut blok lain. Tak guna.

Kejadian gajah melintas di depan bilik kuliah dan Harimau Bintang bermain badminton di court mahupun kewujudan Paus Biru di swimming pool masih belum lah berlaku. Jangan engkau hyperbola ok. Imaginasi biar secara sederhana. Kalau dah keluar semua jenis binatang hutan tropika, tu namanya filem Jumanji ok. Dan kalau aku tiba-tiba bercerita pasal kejadian aku lunch dengan Ikan Lumba-Lumba, maknanya aku TIPU lah tu. Walaupun UKM ni sangat sustainable dan sangat tropika macam zoo, aku tak akan mengambil kesempatan dengan membuat cerita hyperbola yang bukan-bukan. Serius, tak ada Harimau Bintang dekat sini.

Macam mana jenis binatang pon, aku tetap takut kucing pada tahap highest. Kalau kucing buat pasal sama aku pon, aku tak da berani mahu kungfu dia. Menulis imaginasi sebagaimana imaginasi aku kungfu kepala monyet pon aku tak berani. Aku sangat takut sama kucing. Dia kacau aku pon, aku tak akan balas dendam punya. Ok, kucing menang! Monyet kalah! Sebab aku berani kungfu monyet tapi tak berani kungfu kucing.

Monyet,
aku bergurau ok.
kita jangan jumpa lagi.
aku dah lupakan dendam lama.
past is past.
kita hidup seperti biasa ok.

Aku sangat takut !! Aku tak mahu kungfu kepala dia. Sumpah aku tak berani! Aku kuat dalam imaginasi saja. Sebenarnya aku tak kuat. Tak kuat. Tak kuat.Tak kuat. Tak kuat. (haha pengecut!)

Dah puas belajar ilmu Zoologi pada kali ini? Sekarang pergi kira berapa jenis binatang yang ada dalam entry ni. Siapa betul, nanti aku kirimkan hadiah monyet ok. Boleh ajar dia menaip dan update blog. Sangat seronok kan hadiah ni. Seronok dan berguna. Hurry up!

Malu-Malu Monkey

Posted by chika under funny, me, stupid
Kejadian malu boleh berlaku dalam dua cara. Samada secara tidak sengaja ataupun secara sengaja iaitu secara sendiri. Kejadian malu boleh berlaku walaupun tanpa magik. (ya ya. aku suka magik)

Apabila kita terkena kejadian malu, kita berasa sangat tak seronok atau dalam kata lain, bengang. Ketika bengang jantung akan berdetak dengan lebih kencang. Muka akan merah-merah api. Badan akan shaking secara tidak seksi dan perlakuan menjadi serba tak kena.


Kejadian malu 1

muka aku macam biasa, confident tak bertempat. Jalan pon secara yakin tak bertempat. Kawan-kawan dan para junior yang diketuai oleh Farah Diana dan Alias teriak secara tidak lantang “ada monyet, Nurul!,” aku pandang depan ke arah lorong. Aku nampak Keghi. Semalam aku dengar ada fight dalam studio antara Keghi vs Zaid. Isu mereka ialah ‘Siapa Lagi Monyet’. Mengenangkan kejadian semalam, aku terfikir… mungkin monyet yang dimaksudkan ialah Keghi. See, aku sangat tak guna.

Aku jalan lah ke depan dengan begitu yakin. Kepit purse bawah ketiak as usual. Dalam kepala terbayang goreng pisang rangup dengan roti sardin. Goreng pisang punya pasal, makin ekspress aku jalan. Bergaya sakan. Uih, memang bergayalah.

“Monyet, Nurul!,” aku dengar suara Alias. Aku tak percaya ada monyet. Aku yakin… tak da monyet. Kalau ada monyet pon, monyet itu ialah Keghi. Tiba-tiba aku tengok atas meja yang disusun secara banyak, memang ada monyet! Monyet tu terus pandang muka aku. Aku sempat teringat pesan Inda ; JANGAN BUAT EYE CONTACT DENGAN MONYET. Wallauweih, aku sudah terbuat eyes contact secara sekejap! Aku secara tiba-tiba sangat percaya mitos tersebut. Aku apalagi, nampak je muka monyet yang kecik tu, aku berlari patah balik secara dramatik. Lari macam orang gila!

Monyet tu pon lari kejar aku! Sangat stupid punya monkey. Monkey punya monyet! Secara tak sedar, aku menjerit histeria sampai menggegarkan ruang sosial tengah fakulti. Maruah sudah drop. Aku peluk Farah. Farah pulak lari dari aku. Sangat tak boleh harap punya member. Aku diserang sawan monkey petang tadi. Menjerit macam histeria. Semua budak engineering yang tengah study pakat menyaksikan aku. Aku buat show secara berdua dengan monkey. Sangat jatuh maruah. Monkey punya monyet!

Gedix pon keluar dari studio nak tengok show aku yang bernama Nurul and the Monkey. Setelah muka menjadi malu semalu-malunya dan kejatuhan maruah di hadapan ramai orang dan dihadapan monkey, aku cabut masuk studio. Farah dan mereka yang lain duduk meneruskan ketawa terbahak-bahak sambil terus menghina aku.

Masuk studio, aku tak boleh buat kerjaan. Jantung aku berdetak secara luar biasa. Aku bengang. Nervous pon ada. Tapi perasaan bengang lagi banyak dari nervous. Aku bengang kerna maruah aku jatuh di tangan monyet. Sangat tak seronok ar macam ni. Monyet, engkau hutang maruah ar sama aku! Kita jumpa esok. Aku jatuhkan maruah engkau sampai engkau segan nak hidup lagi dalam dunia ni. Ok ha monyet! Esok pukul 5 petang! Jumpa depan cafe.

Kejadian malu 2.
Selepas je puas swim secara kuak bebas, aku pon ajak member naik. Nanti aku lambat lagi dan abang pengawal swimming pool akan bising dengan ayatnya yang berbunyi .. “perempuan ni leceh la. nak make up la, nak touch up la…blabla..,” Aku tak da hati mahu dengar dia kata macam tu lagi sebab aku tak da make up pon kat swimming pool.

Elok je aku naikkan badan dari air, aku terus jatuh terjelepok. Cis! Sangat malu. Sangat bengang. Aku tak da toleh ke belakang. Biarlah satu pool tengok aku. Harap-harap, aku jatuh secara cantik masa tu. Aku jatuh secara slow and steady ok. Jatuh maruah lagi. Maruah aku ni asyik jatuh je. Malaslah nak simpan maruah. Lain kali aku keluar, aku tak mahu bawak maruah. Aku tinggalkan maruah dalam bilik. Berjalan-jalan tanpa maruah… mesti tak kejatuhan maruah.

“Eh, lama sangat dalam air … sampai tak tahu nak jalan ye?,” ada pulak aku terdengar suara puaka tu ketika aku bangun dari kejatuhan. Nanti engkau jatuh, aku pulangkan balik eh ayat kau.

Kejadian malu 3.
Aku tersilap masuk lorong tol. Touch n Go aku sudah kosong. Aku sebenarnya nak masuk ticket lane. Tapi termasuk lane tambah nilai diluar sedar. Gila! Aku tak mahu tambah nilai. Walaupun aku punya wang untuk tambah nilai, tapi sangat tak seronoklah kalau aku tambah nilai secara sendiri. Lagi untung kepada diri sendiri kalau abah sahaja yang buatkan.

“Ye dik,”
“I salah masuk lane,”
“Tu, card tak boleh guna dah?,” dia nampak pulak aku ada T&G card.
“Oh, no balance,”
“Tak nak tambah nilai?,” he was knitting his brow.
“Er. Tak nak,” I said.
“Tak da duit?,” he asked. Eh eh. Banyak tanya pulak. Tuduh aku tak da duit? Oh ho!
“Ada!,” aku balas. Sangat jatuh maruah ma kalau mengaku tak da duit.
“Kan senang tambah nilai je. Then u dah boleh jalan,” dia ajar aku how to use TOUCH N GO.
“I tahu. Tapi I tak nak tambah nilai. I nak ticket,”
“Tak de duit?,”dia tanya lagi. Maka aku ketawa terbahak-bahak dalam hati. Muka aku masih steady.
“Ada. Tapi saya tak nak top up sendiri. Saya nak ayah saya top up kan. Saya nak tiket,”

huh?? aku tak sangka aku cakap macam tu kat orang tol. What the hell of me telling him that thing? Perlu ke bagi tau dia? Sounds stupid kan? Professional person can’t tell such thing Nurul! Gila ar macam ni. Tak remaja ar macam ni. Tiba-tiba…

“AHAHAHAH. Kelakar la dia ni,” lelaki tu gelak pulak. Dan terus keluar mendapatkan tiket untuk aku.

“Nah, suruh ayah isi banyak-banyak eh nanti,” kata dia sambil menghul
urkan tiket tol. Aku diperlakukan macam anak-anak kecik. Tak guna.

Ya.
Aku sangat tak matured!

Cerita malu sudah habis.
Kepada semua, jaga maruah ok.

conclusively , maruah aku jatuh di tangan monyet. itu yang paling mengecewakan. rasa nak makan monyet tu!

Sejuk-sejuk panas.

Posted by chika under film, suam-suam kuku

Baru tamat menonton Bukan Bintang Biasa.
Menonton secara biasa.
Dengan perasaan yang biasa.
Menggunakan laptop yang biasa juga.
Dan oh ho!
Sound system juga sangat biasa.
Terima kasih kepada babyblue.
Babyblue : sebuah speaker biru bertelinga dan berongga. Dia juga sangat biasa.

Aku memang seorang yang biasa.

Dua Minggu ini seperti minggu-minggu yang lain.
Sangat sibuk. Sikit lebih kurang macam politician.
Tapi kami tak da buat kempen.
Sebab kami sangat suci walaupun kadang-kadang kotor.
Bila kotor, kami mencuci diri secara sendiri.
Politician tak da mencuci.

Aik?
Tadi cerita filem, tiba-tiba masuk politik.
See, sangat magik.

Filem : Bukan Bintang Biasa adalah sebuah filem biasa. Bella sangat cantik. Ayushita macam biasa, jadi tomboy yang tetap aku minati. Ada seorang watak tambahan, dia adalah lelaki made in Malaysia. Muka ada. Style ada. Tinggi SANGAT ada. Tapi dialog dia sangat tak seronok dengar ma. Dia berusaha berbahasa Indon tetapi dalam slang Melayu. Sangat funny ma.

Aku telah menonton filem secara agak banyak. Tapi tak seteruk dia ni. Aku kan tahap biasa-biasa saja. Aku menonton satu filem satu hari. Dia menonton berfilem-filem dalam satu hari. Dan terbahak-bahak di partition sebelah aku. Sangat sound pollution ma. AHAHA.

POLITIK : pilihanraya umum Malaysia boleh dimetaforakan sebagai … Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Tetapkan Dapat Sagunya. Oleh itu, semua duduk rileks gigit kuku saja ma. Keputusan sudah ada ma. Sebab rakyat Malaysia sangat simple. Dapat makan sekeping roti canai dan menghirup Teh Tarik mamak di waktu pagi sudah dikira nikmat yang tidak boleh dipertikaikan lagi ma. See, sangat simple. Aku belum puas. Makan sekeping roti canai dan teh tarik mana cukup. Tapi jangan cerita banyak ah! Sebab lagi panjang cerita, lagi banyak orang yang ‘simple’ ini akan mengajar aku untuk bersyukur kerna tiada senjata atas kepala. Oh, sangat pathetic. Aku tak daftar mengundi. Sangat tak bertanggungjawap. Tapi lagi baik tak bertanggungjawap dari tak terjawap di akhirta kelak. Huh?! Aik? Dah masuk Agama pulak. Dari filem ke politik. Dari politik ke agama. Selain seorang manusia biasa, aku juga seorang yang seimbang.

Engkau puas hati dapat roti canai sekeping?
Dan minum teh tarik tanpa senjata atas kepala?
Engkau boleh pergi menongkat langit ok.
AHAHAHAHANCUR!

Hati Pecah

Posted by chika under bloggy, heart broken
Hati sangat pecah.

  1. Petang nanti akan balik kampus. Cuti habis. Esok studio mula beroperasi macam *word filtered*

  2. Mak Yang balik malam semalam. Tah apa-apa budak dua ekor tu datang terhegeh-hegeh bawa Mak Yang balik. Baru seminggu menginap di rumah aku. Belum sepurnama lagi. Sangat mengguris perasaan. Sangat hati pecah. Sangat hati patah. Sangat tak seronok. Selalu bangun tidur, ada orang kata.. “Sayang dah bangun…?,” Pagi ni bangun tidur… sunyi ja. Terpaksa la bertanya kepada diri secara sendiri… “Diri sendiri dah bangun….?,”Ih, macam Shizophrenia.
  3. Kerjaan macam tak nak habis-habis. Sepanjang cuti menghadap pc dan laptop secara bergilir-gilir. Dua tiga ni langsung tak tidur siapkan report untuk Ritaul Study. Nak continue siapkan poster, tapi dah tak mampu. Kalau aku teruskan juga, esok confirm aku kena Parkinson

  4. Hari Jumaat, ada seorang JAHANAM rembat duit abah. Sangat banyak dia rembat. SANGAT BANYAK. Sampai abah terduduk dibuatnya. Jahanam. Jahanam. Dia mencuri secara steady. Adek Dell letak wallet abah atas tangga. Jahanam datang rumah nak jumpa abah. Dia ni ada penyakit Sawan. Sebuah penyakit yang boleh di-elaborate sebagai seorang Babi yang menggila. Aku tak gurau ok. Serious. Kalau datang masa-masa dia transform menjadi sawan, abis semua orang boleh dibunuhnya. Sebab itu dia tak ada pekerjaan tetap. Abah sangat kesian dekat dia. Selalu bagi dia duit. Selalu belanja dia makan. Tiba-tiba hari Jumaat tu, tanpa bantuan serangan Gila Pig, dia menjadi Pig secara sendiri. Sampai hati dia rembat duit abah. Kalau setakat seratus dua, mungkin boleh maafkan… tapi tak sangka seorang Pig pon perlukan wang yang besar. Buat apa nak duit? Nak buat surgery hidung ka? Kesian kat abah. Satu hari suntuk abah termenung. Keluar masuk Praying Room. Buat solat hajat kasi lembut hati dia mahu pulangkan. Abah kata, tak da salahkan dia. Lumrah manusia. Mungkin dia tak pernah buat kerja macam ni. Tapi bila tengok duit depan mata. Kelabu mata dibuatnya. And i guess, abah was right. Kadang-kadang bila benda depan mata, bila desakan dalam jiwa dah terlalu kuat, ditambah pula iman yang tak seberapa… manusia akan menunjukkan sifat hinanya sebagai MANUSIA. Haikal kata, abang pencuri tu mungkin drug addict, Tapi abah tak pernah tahu pulak. Kita patutnya buang semua Drug Addict dalam lombong. Atau buang dekat Sungai Amazon. Kasi Pirana makan. Ok ka? Nanti aku e-mail kementerian.
Aku sangat tak nak balik kampus. Waktu macam ni lah aku terasa nak buat magik.

SEMALAM petang, tiba-tiba aku terasa mahu makan bendi rebus. Tah apa-apa. Ijat kata aku kena gangguan perasaan sampai mintak makan yang bukan-bukan, yang tak pernah dimintak selama ini. Ya la. Betul jugak. Malam semalam, Mak Yang pun pergi rebus bendi dengan sangat banyak. Makan dengan sambal belacan. Dah seminggu tak makan malam, akhirnya semalam aku makan nasi di waktu malam. Sangat seronok dapat makan nasi di waktu malam. Rasa macam seorang yang menang! AHAHA. Ma tak kasi makan malam. Tapi semalam berjaya kalahkan Ma dengan melanggar perintah. Sangat menang. Wo wo. Dan pagi ini aku terasa mahu makan bendi rebus lagi. Apa kejadah aku ni?

Aku tak tahu nak kata aku suka sambal belacan atau tak. Sebab aku seorang yang pedas-phobic. Tapi kalau ada sambal belacan, aku akan berusaha untuk makan juga. Dan cara makan aku adalah sangat pelik. Iaitu aku akan makan dengan mencuit sahaja secara sangat sikit menggunakan hujung jari dan makan. Aku selalu terbayang, kalau aku makan secara normal seperti orang lain, mulut aku kan meletup. Halusinasi….

Aku balik petang ni. Beylo pon masih belum pandai buat entry. Aku minta sorry kalau tiada update yang agak lama. Tapi itu sudah semestinya akan terjadi. Esok pagi ada presentation Street Study. Lepas tu Site Analysis dan masuk ke Final Project! Kalau dah mula Final Project, engkau faham-fahamlah betapa aku tak akan peduli pun tentang Beylo. Kepada semua, terima kasih. Aku harap tak da orang copy and paste entry aku secara penuh. Sebab aku dah terjumpa beberapa kali. Kalau engkau nak buat juga, suka hati engkau. Tak boleh aku nak buat apa. Aku jadi terharu ja. Sebab engkau terlalu admire kat aku. AHAHAHA. Maknanya, aku memang best, kau memang tak best. AHAHAHA. Maknanya juga, aku ni superstar, engkau peminat aku. AHAHAHA. Tak da. Tak da. Aku tak kisah. Aku bukan jenis suka gembar-gemburkan isu blog. Cuma, tak cool la kan kalau engkau copy paste cerita aku. Maruah engkau akan jatuh secara dramatik. Sangat kesian.

habis.
semua boleh bersurai ke tempat lain.