Seperti tahun-tahun yang lain, 2007 bagi banyak cerita yang menarik dan juga tak menarik. Growing a relationship, destroying a relationship, good and bad moment, and went through thick and thin of life. Sebenarnya, setiap tahun pon sama. Cuma angka yang membezakan. And nothing is really matter about turning to 2008 and leaving 2007.
Past is past. We will always have another day to go through. So, keep on smiling with your very straight heart inside.
One of the most precious memory was … my studio’s Bandung Trip. Sangat seronok. Trip terakhir studio kami dapat bersama selengkapnya. Start from this semester, trip kami akan menjadi kurang seronok kerna beberapa orang tak akan join :( Hmm.. BANDUNG sangat touching lah. One day, I might visit Bandung and Jakarta again. Tidak tahu akan pergi dengan siapa dan dalam keadaan apa. Tapi aku yakin, dengan suatu perasaan yang sangat berbeza. Yang sangat pilu. Dan penuh memory. Susah nak cakap. Tak mahu cakaplah. Ini entry suka tahu tak? Jangan buat cerita sedih ok. Nanti sedih jiwa bergelora. Entry pon jadi sedih dan membuatkan suasana tak seronok. Ini tahun baru maaa. Kena melonjak-lonjak gembira macam monkey. Atau yang lebih kurang seperti monkey.
find me.
betul dapat oksigen free :p
STUDIO MADNESS
(Ini emotional section. Untuk bacaan warga sehat sahaja)
Studio Madness atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai Studio yang GILA. Macam orang gila terlebih makan gula. Jadi hyper. Hari pertama semester, lecturers kasi brief untuk first project. Iaitu Case Study. Dan submission within 1 week. Ini bukan perkara luar biasa. Ini perkara biasa. Tidak magik pon. Buat kerja macam clown memang menjadi kebiasaan. Dapat dateline macam clown pon memang satu kebiasaan. Maka, tak hairanlah kami pon buat kerja macam clown dan sekaligus menjadi clown.
Projek 1 : Case Study.
Group work. Aku berkumpulan dengan kumpulan Muse dan My Chemical Romance. Ya ya. Tipu. Masih sengaja hendak panjangkan entry. Aku berkumpulan dengan Mr.Lengzhai Suka Makan Laksa dan juga Mr TY Selalu Tak Namp
ak. Atau nama mereka dicatatkan sebagai Mr.Lim dan Mr.Ong. Oh, berkumpulan dengan lelaki-lelaki. Tak tau samaada aku berjiwa lelaki atau mereka berjiwa wanita. Hi, Encik Lim yang Handsome! Saya bergurau sahaja :p
Major Project for this semester : Performing Art Center.
Oleh itu, untuk case study kami kena buat report dan juga presentation board A1 saiz sebanyak maximum 4 tetapi kami semua buat 2 sahaja. Kalau nak EMPAT juga, tunggu kami jadi sotong ada banyak tangan ok. Kena buat 2 buildings pulak tu. Tersedak-sedak buat. Dahlah group aku 3 orang je nak divide case into 2 pon susah. Nasib baik aku ada semngat luar biasa kali ni. Aku buat dengan begitu giat tapi tak segiat Mr. Lim. Dia memang sangat giat.
Kami pilih bangunan Walt Disney Concert Hall by Frank Gehry dan Schuster Performing Arts Center by Cesar Pelli. Bukan building Malaysia. Pastilah BUKAN. Kat Malaysia ni sangat miskin. Performing Art Center tak banyak. Sangat tak maju. Tak habis-habis dengan KLPAC. Bila nak buat building alien macam Frank Gehry ha? Tunggu aku jadi arkitek? Oh, tak da. Tak da. Aku tak minat alien. Aku minat fashion. Nanti bangunan yang aku buat semua pakai skirt. Nak lagi tradisional, aku buat bangunan Kebaya. Kesian kat aku. Otak senteng. Kesian kat Malaysia. Dapat rakyat macam aku. AHAHA.
Walt Disney Performing Arts Center, Los Angeles. Architect : Frank Gehry.
Schuster Performing Arts Center, Dayton, Ohio. Architect : Cesar Pelli
Buat report tanpa henti. Henti waktu makan dan mandi dan solat sahaja. Semester ni aku sangat takut sebab ada 21 unit yang kena kejar. Final sem pulak tu. Aku sangat tidak mahu tunggu lagi untuk grad. Tersedak-sedak dan terbahak-bahak buat projek pertama yag seronok ni. Tidur 4 pagi, bangun tidur 8 pagi. Tolak bangun subuh 10 minit, tinggal kurang dari 4 jam tidur. Itupun bangun subuh dengan sangat liat. Sampai ada satu hari ni aku berdiri depan pili air selama seminit dua kerna aku jadi blank. Aku tak tahu kenapa aku bangun dan pergi toilet sedangkan aku tak terasa mahu membuang air besar ataupun kecil. Lama-lama baru aku sedar yang aku nak ambil wudu’ mahu solat. Sangat kelakar tapi aku tidak ketawa kerna sangat mengantuk. Buat apa ketawa? Buang masa. Dan ada juga kejadian di mana aku bangun setelah enpon antik berbunyi-bunyi. Aku terus keluar dan menyarung kasut cantek nak pergi toilet. Sangat clown. Aku patah balik dan tukar selipar. Kelakar tapi masih tak ada gelak. Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Sangat stress dan kesian dekat diri sendiri sebab kena buat kerja berat. Kadang-kadang aku tak lipat telekung lepas solat. Aku terus tidur dan lipat pada waktu pagi ataupun pada hari yang lainnya. AHAHA. Dan bilik aku pon menjadi sangat semak, kotor dan bersepah-sepah. Sesuai untuk disewakan kepada lipas-lipas jalanan dan tikus-tikus merempat. Tapi yew! Sangat jijik ok. Bilik aku tak da jijik macam tu. Masih bau sangat harum sebab kalau busuk, dah lama hidung aku meletup. Hidung aku sangat sensitif dengan bau busuk.
Aku paling kesian dekat diri aku bila aku nak tidur, tapi tak dapat. Waktu-waktu macam ni aku akan berasa sangat-sangat nak menangis tersedu-sedu. Nasib baik Mr. Lim sangat baik selalu kasi saya tidur ketika saya hampir mati. Dan menyudahkan kerja-kerja saya yang terbengkalai. Mr. Lim memang lagi cool dari Superman. Wahaha. Maksud saya, saya bergurau sahaja :p
Semester ni memang gila. Hari pertama je, dah stay up tak tidur. Tapi lagi hinanya, hari pertama lepas briefing untuk 1st project, aku pergi Sunway Pyramid. Untuk apa? Nanti cerita. Ini cerita lagi gila. Cerita budak gila. Cerita budak tah apa-apa.
Macam biasa, ada masalah dengan pendaftaran kursus, kolej, dan subjek. Macam-macam kontroversi subjek mesti jadi setiap sem. Kali ni pulak kontroversi kena ambil 18 unit tapi kena cover 21 unit. Malas nak cerita detail engkau bukan faham pon. Tapi kalau aku cakap, semester ni aku dah mula thesis, engkau faham kan? Engkau fahamkan macam mana azab aku sedang bertambah kan? Sekarang dah ada DUA subjek BESAR. DESIGN dan TOPICAL STUDY. Arght! Aku nak tarik rambut kuat-kuat sampai otak aku tegang!!
Untuk topical study aku belum confirm kajian aku. Tapi aku dah submit draft. Aku nak buat kajian pasal SHOPPING COMPLEX. Topik pilihan aku : Kajian terhadap permasalahan perancangan susun atur ruang dalam bangunan pusat membeli-belah dan cara-cara mengatasinya.
Ya ya. Aku memang gila. Sekarang aku dah waras. Aku nak tukar topik. Topik tu susah. Shopping memang senang. Tapi buat thesis pasal shopping mall tak semudah memandu kereta dan membayar tol untuk ke shopping mall. Tak semudah mengeluarkan duit untuk membeli sepasang jeans. Ianya sangat SUKAR!
Submit case study on Monday, dan sambung buat Topical Study. Dah submit draft, nak kena start on design pulak. Second Project dah bermula officially on Monday sebaik sahaj kami submit 1st project. Projek kedua ialah merekabentuk sebuah Ticket Box Office. Aku belum memikirkan apa-apa so far. Kerna aku mahu menghayati Maal Hijrah pada hari ini. Ye la tu.
Sekarang engkau semua faham tak kenapa aku tidak boleh mencurahkan perhatian kepada blog? Huhuhu. Internet connection di studio lewat kebelakangan ini macam tahi kerbau. Sangat tak guna. Aku boleh online pagi-pagi sahaja seawal jam 3 pagi ketika fakulti mulai lengang. Itupun termati-mati. Sangat benci! Kalaulah aku boleh masukkan streamyx aku sendiri, dah lama aku buat. Kasi mati semua orang tak dapat guna. Biar diorang tertonggeng-tonggeng pulak. Stress. Kami ni kalau buat report tapi tak ada internet, alamatnya jari kaku tak boleh buat apa. Tak guna! Stupid Idiot. Aku belum belajar marah-marah dalam mandarin lagi. Nanti aku belajar.
SHOPPING.
Hari pertama semester dah shopping macam orang gila dekat Pyramid.
Beli swimming suit beserta kelengkapan swimming yang lain. Semuanya angkara terpengaruh dengan Farah dan juga si dia tu. Sebenarnya ada banyak benda aku dah shopping selain daripada swimming equipment yang separuh gila tu sepanjang 2 minggu awal ni. Aku tak ada mood nak buat blog aku macam katalog barang. Tak payah tunjuklah. Cuma nak tunjuk barang-barang terakhir 2007 yang aku dapat.



Ceh! Ada banyak lagi gambar aku tak jumpa aku bubuh di mana. Terlalu banyak folder bersepah. Nanti-nantilah. Semua benda ni benda kecil sahaja. Tapi sangat bermakna sebab diterima pada hari-hari terakhir 2007. Ada hadiah dari adek, dari uncle saya, dan juga dari ibu saya. Itu pink, teko KFC. Nampak murah dan tak berapa seronok bagi korang. Tapi sangat seronok bagi aku sebab dia mengingatkan aku kepada kehidupan di Pontian selama 8 hari. Adalah kisah-kisahnya tapi aku tak mahu cerita. Sebab cerita ni tak ada kualiti.
SWIMMING
Aku tengah gila nak swim ni. Petang-petang swim tiga orang dekat Danau. Konon nak hilangkan stress. Tapi lepas swim, malam kepala pening. Mabuk je rasa. Tapi sangat ketagih. Lagi ketagih sebab nak pakai swimming suit baru. Kalau boleh, perlu class pon nak pakai. AHAHA. Aku ni macam gila pulak. Aku tak da gila lagi. Aku sedang mengantuk tapi aku memaksa diri untuk tulis lebih dan lebih panjang. Aku sangat kuat semangat tau. Setakat tak tidur dan buat kerja sampai pagi ni perkara biasa je bagi aku. Tak tidur 3 hari pon pernah. Tapi lepas tu aku catch up tidur 6 hari. AHAHA. Kalau tak tidur seminggu direct, mahu aku koma sebulan. Bangun-bangun je dah bulan February. Seronok jugak tu.
Cerita pasal swim. Semalam swim 1 jam setengah. Petang pergi Mines carik makan. Gila pergi makan jauh-jauh. Padahal makan nasik ayam je. Sebenarnya nak shopping beli T-Shirt tapi semua T-shirt buruk. Tak ada yang design cantik. Dear carik cd game tapi tak jumpa. Dan akhirnya rushing balik UKM dan terus pergi Danau. Pukul 5.30 petang terjun masuk pool. Dan semalam buat pertama kali dalam hidup aku yang sudah tua ni.. aku berjaya swim secara ‘swim’. selama ni aku swim secara ‘tidak swim’ iaitu swim kuak tenggelam. At least semalam aku dah boleh tenggelam timbul. Walaupun kaki aku bersepah dan aku swim macam clown, tapi aku tetap swim. Semngat kuat. Sikit waktu lagi, bolehlah aku swim dari merentasi satu pool. AHAHA. Berangan! Hujung tu kedalaman dia 7 kaki. Mahu mati ka? Nanti mati dalam pool sangat hilang maruah. Yang penting, aku semangat nak pakai swimming suit baru. AHAHA.
JADUAL JANUARI.
Aktiviti kelas untuk bulan ini sudah sangat padat. Selain kelas dari Isnin-Khamis, kami dah mula Design. Ada trip dan beberapa tempat kena pergi.
12 Jan , Sabtu
PAM . (Persatuan Akitek Malaysia). Ada talk about performing art center.
14 Jan, Isnin dan satu minggu ini
Krit design. Studio mula tutup pukul 12 malam. Tak guna.
18-21 Jan
Site visit, Penang.
27 Jan
KLPAC (nak pergi!!!)
Unknown date
Kota Tinggi ( tak mahu pergi!!)