Archive for December, 2007
Emergency Update.
Posted by chika under Uncategorized(Tak Suka boleh Blah)
Maklumat terkini. En. Zabidi kata minggu depan bus UKM tiada. Pengangkutan ke Johor adalah sendiri, sama ada bawa kereta atau naik bus. B’tolak Isnin ni dari UKM pukul 10 pg. Sebelum tu ada brief dari prof. Zuhairus. Alamat akan diberi pada hari Isnin, harap maklum. Sebarang pertanyaan tidak dilayan. Aku pun terkejut dan tak sangka… Shida
Suruh kami pergi sendiri?
For your information ladies and gentlemen, saya tak biasa naik-naik bas awam atau bus express berjalan jauh. Huh? Dengan bag-bag semua dan barang-barang? Kalau bawak badan je aku tak kesah. Aku seronok je. Maybe you guys dah biasa biar anak-anak ke sana ke sini macam jahanam tanpa ada rasa risau, cemas dan gelabah. But my parents, NO! Of course my parents meletop abis this evening. Yang kena siapa? Aku lah! DRIVE? Huh? Funny, very funny. Ibubapa tak akan bagi. Of course la tak bagi kan, anak perempuan drive jauh-jauh. Kalau jadi apa-apa? Will those dumbo repay? Will those dumbo bertanggungjawap? NO! UKM nak bertanggungjawap? UKM? Hello, hutang bila mahu kasi bayar? Sekarang mahu hutang nyawa sama aku? Mahu? Go eat shit okay. Let us see my points :
- Aku marah. SANGAT. One, tarikh dan masa tu sangat la tak logik. Clash dengan raya haji bagai. Ingat kami ni anak yatim ka? Tak mahu beraya dengan family?Tapi yang itu aku dah mula redha dah.
- MAYBE kena tumpang tinggal dekat rumah orang yang bakal kami buat kajian tu. TAHI tak? Tak pernah hayat aku duduk tidur bagai rumah orang. LISTEN HOI! Aku lagi rela duduk bayar accommodation sendiri la. Biar mampus sama hal lain aku tak da peduli. Entah tuan rumah tu suka ke tak, selesa ke tak. Kalau tuan rumah tak setuju kami tinggal, kami kena pulak carik rumah sewa dua minggu.Again, mintak sorry la aku nak hamun lagi sekali : JAHANAM.
- BANJIR! Johor kan banjir. Musim-musim hujan ni. Kami pergi nak buat measured drawing. Ni pulak karang kena buat khidmat masyarakat bagai. Khidmat dengan ibubapa pon belum selesai ni. Pe kejadah pulak?
- Kalau ada member nak drive pon, parents tak akan bagi sebab buat rosak jahanam kereta je banjir-banjir ni. Bagi ar aku RM150 duit minyak kereta. Tu untuk sekali pergi. Belum ronda-ronda lagi, kos balik pulak. Ha, kasi discount la… UKM punya pasal bayar aku RM600 cukup la. UNTUK MINYAK KERETA SAHAJA. Belum charge-charge lain.Tapi… UKM nak bayar? Pi mati hidup balik la hoi!
- Isnin nak bertolak, Isnin baru nak kasi alamat semua. Kami ni bukan pergi satu studio tau. Separate ikut daerah. Bersepah satu JOHOR tu. Kalau ramai-ramai tak apa jugak. Campak masuk gaung pon insyaallah kami boleh keluar lagi. Masalahnya, berbuih-buih dah parents tanya aku ni nak perti Kota Tinggi area mana. Tapi aku pon tak taw nak jawap apa. Sebab memang tak tau. Tak ada clue. Marah tak????
- Mak aku! Bagi aku paling penting mak aku. Dia bukan boleh kalau anak-anak dia tak tentu arah ni. Nanti dia tak lalu makanlah, tak lena tidurlah. Ingat lagi masa aku pi Bandung pon dia asyik dok menung ja adek aku kata. Ni pulak aku berjalan jauh naik bus bukan under university. Kesianla kat mak aku. Mak orang lain aku tak de kisah. Aku tahu mak aku je.
- Parents aku tengah susah hati sekarang ni. Masalah aku tak tahu nak solve macam mana. Abah pon tengah plan tu macam mana nak buat kat aku ni. Pagi Isnin dia kata awal-awal dalam 6 pagi tu dia hantar aku balik UKM sebab nak kumpul dekat studio. Abah kata, dia nak tunggu sampai pukul 10 nak tengok apa jadi pulak.
AKU SANGAT TAK ADA IDEA MACAM MANA CARANYA AKU NAK KE JOHOR NI! Kalau dia dah bagi alamat dari zaman sebelum masihi dulu lagi, parents aku kata, confirm diorang dah boleh hantar aku. Ni, memang kepala otak pon tak boleh sampai. Sebab tak tau nak ke mana tujuan kami ni. Aku dengan keluarga dah plan baik punya. Macam-macam ayah aku fikir. Nak hantar aku bila, nak melawat aku bila. Pasal transport pon lega jugaklah mula tu sebab kata UKM sediakan bus. Rupanya bukan ada BUS. BULLSHIT ada lah.
Tadi dah rant and rave dengan Farah on the phone macam orang gila. Emosi habis lah kami berdua. Sekarang aku pikir satu je, BOIKOT. Pergi matila mereka!
Ih, tapi aku betul-betul kesian kat mak aku ni. Dari tadi sejak tahu berita paling jahanam ni, dia dah termenung sana termenung sini memikirkan cara apa dia nak lepaskan aku pergi nanti. Mak aku ni memang paling tak bagi kitorang naik bus jauh-jauh. Maksud aku bus express lah. Sebab dia kata driver bus semua bawak bus macam mabok. Dah la mak aku jenis terpengaruh kuat dgn agenda televisyen. Hoi hoi pakar akademik sekelian! Kesian kat mak aku ni. Hangpa ni cuba bawak-bawak berakal sikit. Tu lah, plan semua last minute cincai-cincai. Dah tahu bus UKM tu ala-ala bus VVIP, payah nak dapat.
Tapi abah aku pesan tadi, dalam pada aku histeria tadi… abah pesan jugak “kena respect lecturer. Nak protes pon cara orang bijak,”
cara orang bijak tu macam mana heh?
Pi langgar bontot kereta dia?
Cucuk paku kat tayar kereta dia?
Bakar kereta dia?Kasi dia tak ada kereta, kena naik bus jugak?
ENTAH!
Aku dah tak tahu macam mana nak jadi bijaksana.
Aku kesian kat mak aku.
Kesian kat diri aku.
Kesian kat kawan-kawan.
Tapi kalau ada member yang kata semua ini adalah BERNAS dan BERPATUTAN, memang pergi jahanam lah kau!
Rakan Senasib.Boleh Klik SINI dan SINI
Bukan aku sorang ja histeria gila kat sini.
Dan ramai lagi yang sms memaki hamun.
Mungk
in satu studio KEPANASAN
Siapa tak setuju dengan aku, DIAM. Ini perasaan aku, bukan perasaan kau.
Countdown : 3
Posted by chika under Uncategorized“Hello, friend. Kat rumah? Nampak you drive tadi,”
“Hey, Maryam! Ya, kat rumah,”
“Free tonite?,”
“Why? Nak hangout? Dinner?,”
“Sure! Secret Recipe, Pandan Indah. Is that ok?,”
“I fetch u at 8.15,”
“Alrite,”
Rindu kat member punya pasal, lepas solat Maghrib rushing lah nak keluar. Susun ayat baik-baik sikit, takut tak lepas kastam. Maksud saya, ayah saya. Saya bawak Adek sekali. Sebab adek suka aktiviti makan-makan. Walaupun sah kena tanggung risiko kopak, tapi bawak dia makan memang seronok.
Pada petang Jumaat yang sangat sejuk ini, tak berapa ada hati aku nak cerita banyak. Menggigil sejuk ni. Hujung tahun, musim sejuk. HA HA HA! Maksud aku, musim hujan. Sejuk-sejuk ni, tulang pon jadi berat. Mata apatah lagi. Sangat berat. Rasa mahu tidur sepanjang musim sejuk ini. Dan bangun semula menjelang musim panas. Ih, Malaysia tanpa musim-musim indah! Apa pasal Malaysia semacam ini? Apa pasal ? Kalau ada banyak musim, ada banyak cuti. Banyak cuti, banyak seronok. Banyak seronok, produktiviti meningkat. Tapi cakap banyak buat pa?




KES BUNUH
Tapi cerita ni ada DUA version, as usual. Versi pertama menyatakan bahawa kejadian ini antara nenek-cucu. Versi kedua pula menyatakan kejadian melibatkan anak-emak. Aku belum confirm versi mana yang boleh pakai. Tapi ini memang kes bunuh.
Dan kami kesemua ahli jiran tetangga ini sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan upacara pengebumian dan kematian malam ini. Pasti bising, pasti hingar dan agak kontroversi. Tapi awal-awal sudah kena sound sama ayahanda supaya kami jangan merungut atau komplen-komplen. Hidup bermasyarakat. Kena hormati upacara orang lain. Aik, sapa nak komplen. Tak da.. Tak da.. aku berhati majmuk. Tapi pasti ada juga yang ala-ala berlagak tak bertempat. Pantang jiran buat upacara, bising sikit, mulalah nak report sana sini. Gila ka apa? Nak senyap sunyi duduk dalam gua! You, Flintstone!
Takziah kepada keluarga jiran kami ni. Mak saya berasa agak terkejut. Kerna keluarga kami agak rapat dengan mangsa kejadian ini. Tiada gambar. Ini kes bunuh, tahu?! Aku pon tahu takut. Tak larat aku nak ambil gambar. Aku sangat takut. Betul.

GUNTING & GAM
(sebuah kisah silam)
Dan semalam aku telah tergunting beberapa kertas yang tak sepatutnya iaitu katalog tiles kawan abah punya. Kejadian ini mengingatkan aku kepada kejadian semasa aku darjah satu di sekolah agama. Dari kecil sampai lah usia banyak seperti ini, aku sangat suka main gunting-gunting dan gam-gam. Masa aku darjah satu, aku pernah TERgunting ustazah punya pembalut hadiah dan aku tampal pada meja kayu aku di sekolah. Pembalut hadiah itu bunga-bunga. Ustazah hendak balut buku beliau. Oleh kerna aku seorang budak yang hyper, ustazah tidak jadi marah. Tapi dia menggeleng kepala banyak-banyak kali. Pada hari guru, aku memberinya hadiah. Sambil melafazkan… “Ustazah, bukak pembalut ni baik-baik. Nanti boleh guna untuk balut buku,” lalu aku ketawa terbahak-bahak. Mata ustazah bulat je. Konon-konon nak marah aku olok-olok. Dan pada hari yang samalah, ustazah memberi kejutan kepada aku.
“Saya menjemput, Nurul Haizum untuk membaca surah hafazan. Dipersilakan,”
Ketika perhimpunan.
Cis!
Ustazah balas dendam.
AHAHA!
yawning yawning yawning
Posted by chika under UncategorizedYang pendek.
Fikiran macam tak berapa baik.
Ada kontradiksi dalam sistem otak.
Juga rembesan hormon jahat.
Seakan-akan menghasut aku untuk bermalas-malasan.
Sekarang sejuk amat.
Penghawa dingin + hawa selepas hujan.
Macam dracula menggigit tulang.
Sangat ngilu.
Pada malam yang tidak berapa seronok ini,
aku merasmikan upacara …
pengistiharan COUNTDOWN.
Dan bermula dari malam ini,
kita mula mengira dari angka
5
Tajuk Tidak Disertakan
Posted by chika under UncategorizedTak tahu apa natijahnya kalau terkena matahari nanti.
Mungkin cair, melebur, berubah warna atau berlaku tindakbalas kimia
dan berlaku perpindahan energy solar.
Uh uh uh!
Ni kedengaran macam alasan yang baik untuk skip Johor trip next week tak?
Entah apa-apa.
Cool… nafsu aku memang cool.Nafsu macam melonjak sikit masa ter’flash necklace hitam di atas. Ikutkan nafsu, aku nak beli semua warna yang ada. Tapi tak boleh tak boleh! Jangan kalah dengan nafsu. Biar nafsu kalah dengan kita. Dipendekkan cerita yang tak berapa nak best ni, walaupun semalam aku banyak menjatuhkan maruah sendiri dengan beberapa tragedi, aku tetap menang dari segi nafsu. Jom jom kita banteras gejala nafsu kuat.
Buat apa spot rim, lebih baik pergi shopping perfume ke apa. Calvin Klein tu menggugat iman jugak wo. Uii… kecik ja mata aku semalam perhatikan target baru. Aku macam mabuk-mabuk dengan bau CK. Mula-mula masa try tu tak lah minat sangat. Tapi memang aku ada tabiat. Selepas balik rumah, bila aku terbau-bau perfume tu dekat bag.. aku mula histeria menggatal nak sangat memilikinya. Aku tak mahu spot rim, aku mahu CK. Kalaulah dapat projek kat JB kan bagus. Lompat masuk Singapore, shopping perfume sejam dua,… balik JB semula! Cis cis cis! Kota Tinggi ada apa eh? Meh bagi briefing menarik sket pasal Kota Tinggi ni. Manalah tahu kot-kot seronok ka. Tapi pasal air terjun, terjun air atau apa-apa yang terjun atau air.. please jangan cerita sebab aku tak minat. Tapi kalau ada benda lain yang menyeronokkan selain air, boleh mintak lecturer extend dari 2 minggu jadi 2 bulan. Uuu… berangan lagi.


cerita dah habis. Boleh bersurai.
Tragedi Samurai-X
Posted by chika under the chikaMacam-macam aksi dan adegan stunt aku dah buat demi membunuh kesejukan. Masuk dalam blanket. Gulung-gulung diri macam pau. Pakai stokin ala-ala tengah snow. Pakai sweater bagai. Dan aksi paling aneh adalah ketika ini, menulis blog sambil membungkus diri dengan comforter. Nampak muka sikit je. Macam orang tak terlalu tahu untuk hidup.
Aku sejuk.
Sejak balik petang tadi, aku menggigil.
Tulang aku macam rasa ngilu je. Tak guna! Nama je minum susu secara bersistem. Tapi tulang belum kuat lagi. Kena minum dan minum dengan lebih giat. Esok nak breakfast minum susu, lunch makan nasik lauk susu, dinner makan serbuk susu. Fuh fuh fuh! Lepas tu kena stroke. Kesian betul hidup aku ni. Selalu berakhir dengan imaginasi yang malang.
Pagi tadi keluar KL jumpa Trex. Trex bukan sejenis dinosaur. Dia seorang kawan wanita yang best diajak berbual. Dan kami hanya berjumpa setahun sekali iaitu pada semester break. Kesian betul hidup aku. Kan aku kata, banyak tragedi. Dan hari ni je dah beberapa tragedi jadi kat aku. Setiap kali aku keluar dari rumah, memang sikit demi sikitlah Malaysia ini dimusnahkan. Kerna aku memang pembuat disaster yang sangat kesian.
Tragedi 1.
Aku tawaf free je area Cempaka tu pagi tadi semata-mata nak mendapatkan tanah sekangkang kera. Tak ada parking. Tak guna! Tak guna! Teringat aku filem Shaolin Soccer. Kungfu sekali kereta-kereta yang ada tu kasi keluar, curik parking dia! Tapi seperti yang dah aku katakan tadi, hidup aku ni kan memang kesian. Tak reti kungfu, tak reti silat, bermain pedang samurai apatah lagi. Jadinya, aku pon meneruskan kerja mencari parking dengan hati yang agak panas.
Tengok-tengok ada MyVi keluar. Aku pon apalagi, tanpa berfikir dengan bijaksananya mengelupur nak take over parking dia. Aku tahu memang tak akan muat. Tapi aku dah terdesak. Aku tekad, nak parking je walaupun si bontot kereta bakal terdedah keluar. Tiba-tiba kena sound dengan seorang india. Dia bising-bising kununnya aku ni tak reti nak budget size ke apa. Dia membebel dengan tiang telekom agaknya. Aku buat pekak. Terus reverse, ikut ja mana dia tunjuk. Dah dapat parking aku tanya dia… harga berapa? Dia kata tak kan tak tau.. macam biasa lah. Belum naik harga lagi. Aku pon balas balik. “Macam biasa tu.. berapa? Saya tak pernah parking sini. Sebab bukan seronok sangat naik LRT buruk tu. “ aku hulur RM2 sebab ter’flash ada signboard bagitahu kena bayar RM2. Lepas tu aku tinggalkan dia bercakap dengan tar pulak. Kau ni memang suka bercakap la. Apsal tak join suara parlimen?
Tragedi 2.
Salah stesyen. Nak balik Ampang tapi gerak lagi ke depan. Siap konfiden je muka naik salah platform. Sambil berbual ala-ala wanita dewasa, dan beraksi macam tahu segalanya tentang dunia. Tup-tup tersalah la pulak. Turun balik, tukar platform. Memang seronoklah. Kaki ni pon dah menggelupur. Tunggu masa je nak putus meninggalkan badan.
Tragedi 3.
Aku ni pandai berlakon tau.
Tak percaya, tanya ‘dia’.
Aku pandai ‘menipu’ sunat juga.
Tapi tipu orang sampai orang gantung diri, terjun gaung semua tak pernah lah.
Tadi masa dah sampai Hang Tuah, aku mintak ticket pergi Masjid Jamek. Konfiden macam biasa. Muka ketat je macam orang paling pandai dalam dunia. Sekali.. aik? RM1.20 je tambang? Apsal lah murah sangat. Seronok je rasa. Sampai gelak terbahak-bahak dalam hati. Masuk train, terus berdiri dengan rasa tenang sekali.
CISSS!!
Tiba-tiba aku teringat, aku kan nak balik RUMAH. Yang aku beli tiket pergi Masjid Jamek tu buat apa???? Nak kata buduh, pandai jugak guna train. Nak kata pandai, ada jugak tak pandainya. Tapi aku taklah histeria pasal salah tiket tu, cuma bengang sangat lah kenapa otak aku boleh terfikir nak pergi Masjid Jamek. Naik train betul dah. Cuma tiket je salah beli.
Daripada bosan je duduk dalam train tu, aku pon mula berfikir-fikir nak kelentong apa kat kaunter nanti. Aku memang sah lah tak boleh lepas punya. Tiket aku tak valid. Toink! Aku dah susun ayat baik-baik punya. Termasuklah membuat andaian akan soalan-soalan yg bakal diajukan kelak.
Turun je, aku jalan slow-slow.Tak nak lah orang semua tahu aku ada masalah. Agak-agak orang dah lengang aku pergi jumpa uncle yang jaga tepi services office.
“Uncle, saya rasa tiket saya ni salah,”
“Apa yang salah?,”
“Saya rasa orang dekat station tadi tu salah faham lah,”
“Kamu dari mana? Nak ke mana?,”
“Dari Hang Tuah. Nak turun sini.,”
“Dah tu? Kan dah sampai sini pon,” uncle tu muka dia senyum je. Baik ni.
“Tak de. Saya mintak kat dia tiket Cempaka tapi dia bagi Masjid Jamek …. kot,“
“Mana kamu tau ni tiket Masjid Jamek dia bagi?,”
“Sebab tadi masa saya mintak tiket Cempaka, dia tanya saya balik, saya ni nak tiket Masjid Jamek ke? Saya kata tak. Tapi dia main bagi je tiket. Saya dah dapat rasa dia memang salah bagi”
“Kamu bayar berapa?,”
“RM1.20,”
“Sah lah kamu dapat tiket yang salah,”
“Tu la. Saya pon dah agak tadi. Tapi malas nak tanya dia lagi sebab ramai sangat orang tengah queue tadi,”
“Tak apalah macam tu. Pergi kaunter sana,”
Akhirnya kena charge RM0.70. Hel eleh. TUJOH POSEN JER? Buang masa aku plot cerita sepanjang jalan. Ingatkan akan kena sergah macam kes dulu-dulu tu. Siap guard tu kata nak denda aku RM500 la bagai. Tak guna punya guard. Tengok uncle ni releks je.
TRAGEDI 4
Aku pon berjalan ke kereta dengan gembira. Tak sabar nak balik rumah dan berehat-rehat. Ada budak kecik dalam kereta dok perhatikan aku yang kelihatan terlalu girang itu. Aku pon ala-ala nak berlagak la kat budak kecik tu. Tiba-tiba pulak.. kunci kereta terjatuh, terus masuk bawah kereta. Satu hal menonggeng pulak. Tiba-tiba India banyak cakap tu muncul. Dia berdiri sebelah aku, sengih-sengih. Aku tahulah gigi kau sangat putih bak salju. Dan budak kecik tu pandang je aku dengan matanya yang sangat bulat. Mesti dia hina aku.
“Ok?,” dia tanya.
“Ok.Ok,” dapat je kunci, aku pon drift! Acah je. Aku memandu dengan berhemah sekali. Sampai hampir menyekat laluan kerna aku sungguh tak sabar na
k sampai ke rumah.
Sekarang cakap!
Hidup aku ni kesian kan?
Ha, aku dah cakap dah!
Oh patot pon aku sejuk.
Balasan menipu kot.
AHAHA!

Puas hati sudah. Dapat berpeleseran dengan Athirah. Sampai rumah pukul 7 malam. Kena sounds sebijik dua dengan ayahanda. Dia kata, ingatkan aku tak mahu balik dah. Malang lagi :(
tajuk tidak begitu berkaitan dengan entry.
selamat malam!



