SUSU

Offline Message.

Hooray! Esok pergi berpeleseran dengan Athirah. Rindu. Sangat.
Ooops! Jangan tanya aku download dari mana skin YM aku. Aku letih nak jawap. Dan tak mau jawap. TAK MAHU! Terima kasih.

div1.gif image by klasik

LUMBA SUSU

Saya tak berapa suka minum susu. Kecuali yang berperisa strawberry / coco / coklat. Yang tanpa perisa tu, ala-ala berat jugalah nak telan. Lagi-lagi susu tepung. Adik saya pun ada sifat yang sama dengan saya. Tapi kami dipaksa minum susu. HENDAK atau TAK HENDAK. Kena minum. Arahan oleh : Bunda. Kalau dah arahan bunda tu memang mati hidup balik, mati balik dan hidup balik pon payah la nak lepas.

Oleh itu, setiap pagi dan malam kami akan buat perlumbaan. Iaitu perlumbaan siapa habis minum dahulu. Kegiatan ni dah berlangsung beberapa minggu lamanya. Dan memang efektif. Kami menjadi semakin semangat hendak minum kerna hendak menang. Kami juga pasti minum tanpa perasaan jelik kerna hendak menang. Dan tak perlu minum lama-lama dan menikmati betapa tidak enaknya susu. OLE-OLE-OLE! Kami semangat minum susu! Kami suka susu!

Semalam lumba lagi. Pukul 10 malam. Sebelum lumba, kami buat lawak buduh dan saling terbahak-bahak. Masa lumba, habis tersembur susu membanjiri ruang dapur. Badan adek saya habis melekit kena mandi susu. Sebab dia berlumba sambil terbahak-bahak. Dan sebagai impak masimanya, pukul 10 malam semalam, kami mengemop di dapur bagaikan bibik yang kena dera oleh majikan. (tapi kejadian ini tidak diketahui oleh ibubapa)

Kami dah belajar sesuatu. Setengah jam sebelum lumba susu, kami akan pastikan kami tidak saling membuat lawak buduh. Jiwa kena kental dan serius. Dan akhirnya malam ini kami berjaya lumba dengan tenang. Keputusannya seri. Kalaulah minum susu boleh mabuk… dah lama aku mati tersedak.

div1.gif image by klasik

menjelang sisa-sisa hidup yang seronok ni,
aku dah jadi sangat malas.
aku menjadi obses dengan televisyen.
ada DUA template aku dah buat tapi separuh jalan.
Aku rasa macam nak sedekah je blog skin tu kepada yang memerlukan.
Kalau hati aku macam baiklah nanti.
Tadi masukkan mp3 player.
Bukan sebab memang nak masukkan.
Tapi … adalah beberapa seru yang mendesak.
Mp3 player akan memekak di blog ni sehingga malam esok SAHAJA.
Satu lagi kerja terbengkalai adalan YM skin.
Pergi jahanam. Aku stress.

div1.gif image by klasik

aduh.
Rindu nak bercinta.
“u drive to Johor?,”
“No.Parents said NO.”
“if I drive?,”
“It’s okay. You drive lah”
“Then we go by bus lah,”
Ya. I hope you are with me along the way.
But I need car too.
AHAHAHA!
miss you.

Recent Entries

12 Responses to “SUSU”

  1. Totin Tralala Says:

    dulik!
    nak tanye jgak!
    mana dpt skin ym tuh?
    HAHAHAHahahahaha

    sy suka susu
    susu fernleaf sedap
    stiap kali balek mesia
    mesti beli fernleaf byk2
    buat stok!
    mari minum susu fernleaf!!

  2. Nyetok Says:

    Saya suka susu IBU… ahemm..LEMBU.

    Ahaaa best lagu tu, sedap didengar bagai Sua Sue Kemoning..

  3. diamante Says:

    saya mau saya mau..saya mau design kamu..hehehehe..(T_T)

  4. mrozaidi Says:

    Haha..Bagus la minum susu..susu sedap tau..dulu kecik² pun tak pernah lak rasa mual minum susu..bila dah besar mual lak..kenapa ek..

    hidup ceria selalu..aduhhh..berpantun lak kat bawah tu..

  5. mr. lee Says:

    err. minum susu sangat tak suka. tapi main dengan susu agak sangat suka. :p

  6. cepotet Says:

    susu? kalau susu tepung, sorry! kalau susu cair, ok. *smile*

    chika akan berangkat arini ke? mesti tak besh dah pasni. :(

  7. Tok Rimau Says:

    Tok ada Lactose Intolerant. Muak dengan susu.

    Tapi hantu air cokelat. Cokelat buat Tok gembira.

  8. syaff Says:

    chika.. i pun nk bcinte gak..
    u carikan sorg atau 2 pakwe utk bole?
    haha..

  9. DarkWan Says:

    Skin YM anda nampak .. er .. hijau.

  10. ChikaDior Says:

    totin – susu fernleaf tu susu yg mak aku sgt suka time pregnant. nnt aku pregnant, aku start minum fernleaf. :p skin tu aku wat.

    nyetok – saya membesar dgn susu ibu. sbb tu dah besar2 ni x bley terima susu lembu.

    diamante – kalau i nak kasi open nanti la eh. :p tapi harimau minum susu lembu mmg agak pelik.

    mrozaidi – sbb susu tu seswai ngan tekak bayi kot. secara ideologinya.

    mr.lee – apakah??? main ngan susu jgn woo.

    erni -taklah, cik erni! saya berangkat next week. :p sgt tak seronok.

    tok rimau – harimau minum coklat jugak eh tok? :D

    syaff – i tak reti mencari la. apakata.. u buat iklaneka. :p bukan saja satu, malah satu ratus pon boleh dtg :p

    darkwan – sbb saya suka hijau :p

  11. kisah Says:

    lmbt lg ke kamu abis degree?
    nak blajar edit gmbr n bt skin tu ngan kamu…

  12. ChikaDior Says:

    kisah – lambat lagi.. masih pjg perjalanan ni. :-s

Leave a Reply