Gejala Measured Drawing
Posted by chika under architecture life
Kontroversi Seposen Dua 
Kesian kat TIGA orang ahli group yang sangat baik hati. Hari raya ketiga dah balik studio buat kerja tersedak-sedak. Kesian.Kesian. Aku pulak tersedak-sedak kat Kota Tinggi buat findings untuk rumah kedua.
Dengan sangat tak gunanya, aku mahu break the news that we HAVE to go back to Johor, for the second house measurement. Sangat tak seronok. Syukur yang pertama sudah settle dan kami pon dapat rumah yang walaupun senget, tapi penghuni dia baik hati. Walaupun penghuni terdiri daripada golden citizen yang kurang upaya dan kanak-kanak nakal mengalahkan ninja versi jahat, tapi mereka faham tugasan kami. Mereka support kami dan buatkan kami makanan-makanan sedap walaupun mereka kurang upaya.
Tapi kali ni, owner yang aku jumpa dekat Pengerang tu bukan main leceh lagi. Sampai ja dekat rumah dia, aku tunjuk perasaan tak mahu tunjuk muka. Aku duduk dalam kereta macam big boss. Abah dengan atuk aku yang pergi bincang dengan pakcik tak berapa educated tu.
“Pihak Yayasan ada datang bagi briefing kan? Mereka dah maklumkan kan?,” tanya ayah aku dengan sangat berbudi pekerti mulia.
Pakcik ni boleh berlakon ala-ala tak tahu. Kejap dia kata ada, kejap dia kata tak da. Lepas tu boleh sebut pasal ‘wang saguhati’ kununnya pihak Yayasan Warisan Negeri Johor tak da bagi. Banyak cantik muka encik. Encik pon belum tentu mahu bagi kami buat measurement dah berani sebut wang saguhati. Tak pa. Tak pa. Nanti kami mai bawak Kenny Rogers, Nandos, Berat 11 kampit, Buah tangan beserta Tangan-tangan… kasi bagi kat encik. Mesti diam. WAHAHA. Sangat berdosa aku. Seriously aku naik angin jugak sebab keluarga ni tak understanding betul.
Kami ni student architecture. Bukan contractor atau pemaju. Bila kami datang buat kerja ukur, mereka ingat kami nak betulkan rumah mereka. Woi, cantik muka! Ada ke orang suka-suka datang dengan ikhlasnya nak repair rumah orang? Mahu kasi repair, pergi panggil tukang rumah sendiri lah! Kami student. Tak da masa buat kerja repair. Kami tak pernah construct rumah lagi. Kami setakat buat model rumah ja. Ideology orang kampung. Kesian. Bila abah explain yang kami ni cuma student, bukan nak tolong dia renovate rumah percuma, terus muka dia jadi sangat tak seronok. Yang orang-orang kampung lain pulak ingat kami ni developer yang nak ambil tanah dia. Nak robohkan rumah dia. Daaa… tak sekolah ka angpa ni?
Masuk kereta ja, aku dengan adek-beradek gelak terbahak-bahak.
“Gila kelakar orang kampung ni! Tengok ar muka pon macam budak-budak belum siap, takkan lah aku ni kerja kontraktor repair rumah kot! Wahahaha. Tak nampak ka baju aku bukan main fancy lagi ala-ala kindergarten. Kesian betul,” Kami terus gelak macam monster kenyang.
Tapi secara ikhlas dan sangat ikhlasnya, suasana kampung situ memang seronok. Tiupan angin pantai, pohon-pohon rendang, orang-orang asli, pepasir pantai, suara ombak dan pokok-pokok kelapa tua dan muda cukup menyegarkan jiwa yang tak berapa nak segar kebelakangan ini. Nanti aku akan pulang bersama puisi-puisi jiwa dan memenuhkan blog ini dengan puisi jiwa. AHAHA. Mahu ka? Takda. Tak da. Jangan harap. Nak puisi pergi blog lain. Nak dengar deklamasi, pasang RTM 1 atau RTM 2. Ini blog remaja. Okay?
Disebabkan aku sakit kat hidung, aku malas mahu conteng lagi panjang. Nanti lagi panjang dari siri drama Oshin. Betul. Hidung aku tak berapa baik. Jangkit ke jari. Jangkit ke hati. Dan diserang risiko malas-malas sayang. Aik? Ada ka? Nah, foto-foto promosi dengan slogan ‘Pengerang truly Asia’. (kononnn…) Banyak orang Kuala. Takut nak tatap ke mata mereka. Takut kena sumpit. Kalau kena sumpit sampai mati tak pa.Dibuatnya kena sumpitan cinta, masyaallah. Mak tak sanggup nok!

Studioku Syurgaku 
Balik dari Pengerang, rushing ke studio. Woooo! Sangat tak tercapai akalku melihatkan keadaan studio yang happening macam nak jahanam. Tapi best. Sana sini nampak tuala pelbagai warna, corak dan kebersihan bergayut-gayutan di sekitar ruang studio. Tilam-tilam, karpet-karpet termasuklah kesemua kelengkapan peribadi memenuhi studio. Bag, bagasi semua ada. Nak apa? Cakap. Semua ada. Tak ada yang tak ada. Boleh dikatakan semua orang dah berkampung sakan dekat studio seminggu ada kot. Sebab hostel tak da. Maklumlah, UKM kesayangan ni sangat perihatin. Sampai kami merempat. Nak check in hostel, Zaa’ba tu kan bintang lima. Tidur la kami di surau dan mandi curik-curik di Zaa’ba. Boleh dikira kes curik air jugaklah. Kelakar. Pagi-pagi dan menjelang Maghrib ajak Shiken seludup diri kat Zaa’ba tumpang mandi. Nak mandi dekat toilet fakulti aku tak da rela. Aku tak de penglaman mandi kat jamban dan aku rasa tak berapa rti nak mandi kat jamban. Mandi secara haram pon aku sanggup.
Kereta aku dah jadi macam almari bergerak. Setiap kali nak mandi, selongkar baju dalam kereta. Memang letih kehidupan nomad dan tak tentu arah macam ni. Menghadap autocad dari pagi sampai pagi esoknya lagi. Mata sangat juling. D
ah la sejuk. Group aku tak de space dah nak bukak ‘perkampungan’ dalam studio. Duduk kat luar sepanjang malam dan pagi membuatkan aku menggigil kesejukan. Ketaq! Pasal tu lah aku jatuh sakit ni. Pasal tu lah hidung aku rosak. Pasal tu lah suara aku jadi ’sangat sedap’ ni.
Rushing beberapa hari siapkan sebelum submission 26hb. Buat 4 orang. Mula-mula tu 3 orang je yang buat minus aku sebab aku pergi bercanda di pasiran pantai sampai tak sedar diri. Kesian kat my dear, Alif dan Shiken. Aku datang-datang je, tengok kawan-kawan dah lembik semacam. AHAHA. Dan seterusnya, aku join jugak buat kerja sampai lembik. Masing-masing mulut tak sudah-sudah sebut nak tidur. SUBMIT JE, NAK TIDUR. Itulah azam kami. Tapi bila malam selepas submission.. jadi lain pulak.
“Eh, bila dah submit rasa tak nak tidur pulak. Rasa semangat pulak,” - alif.
“Aku nak main game lah,” - Shiken dan terus je on game jepun dia yang aku tak berapa faham kenapa dia suka main.
“Nak tengok movie apa?,” my dear.
“I rasa semangat lah. Dah tak nak tidur pulak. Nak main Bejeweled,” - aku pon sama.Padahal tak tidur lebih 24 jam. Hati memang tekad dan muktamad nak catch up tidur. Tapi seperti kebiasaanlah, minit selepas submission itu ertinya… MARI PESTA!
“Malam ni aku nak gi dating,” HAHA. Akhirnya aku sangat hina plan nak pergi dating tapi tak jadi dan dating ditunda pada siang hari. Dan kami semua berkumpul dalam studio tengok movie secara berkelompok dan berpasang-pasangan. Tutup lampu dalam studio macam biasa. Kami tengok cerita Korea ; My Boyfriend Is Type B. Tapi sebelum cerita habis, aku dah pergi ke alam lain yang lebih indah. AHAHA. Aku sangat penat dan mengantuk. Sampai sekarang pon mengantuk.
Esok semester baru bermula.
Hooray!
Hooray?
Hooray kan aja.
Dan mungkin aku kembali tidak update buat beberapa waktu yang… mungkin panjang. Mungkin pendek. Mungkin sepanjang-panjangnya. Siapa nak tunggu, tunggu. Tapi tak ada hadiah saguhati.
Sangat tak ada kerajinan. MALAS. Untuk menambah pengetahuan kesemua pembaca, entry kali ini sudah break record menjadi entry paling lama disiapkan. Aku tulis dari pagi semalam dan baru malam ni siap. Tak pernah dibuat-buat sebelum ini. Mood tak berapa baik hendak memblog. Kerna blog bukan segala-galanya. Aku ketagih facebook :p
Ha, tersedak tak?
Aku tak larat sudah.
Tak mampu nak buat entry yang boleh buat orang baca sampai termati-mati.
Sebab kalau aku buat juga,
aku yang akan mati.
esok semester 6 bermula.
semestinya aku belum mahu mati lagi.
-habis-












