Archive for November, 2007

Radang Emosi

Posted by chika under Uncategorized
PEPERIKSAAN
Kawan-kawan saya main sumpah seranah. Mereka histeria dengan paper Structure yang dikatakan susah macam … *ikon-ikon binatang haram* Last Monday mereka ada paper Structure. Saya tak ambik structure sem ni. Saya ambil sem 3 sebab saya agak buduh subjek Structure. Sangat susah. Kesusahannya sehingga membolehkan saya mengosongkan jawapan dengan hati yang terbuka. Saya harap, sem3 nanti saya jadi pandai Structure. Kalau tak pandai jugak, saya nak jadi penulis syair atau penyajak negara. purgghttt!
Masa 1st year, saya mesti pakai sweater pink ni masuk exam hall. Sekarang saya tidak lagi memakai sweater. Kerana setelah penat bersengkang mata study dan menyeksa otak sepanjang malam, pada hari peperiksaan … azam saya adalah hendak memperagakan koleksi baju kurung. Ye, kawan-kawan.. Hari peperiksaanlah harinya untuk kita semua memakai pakaian beretika. Hari selebihnya, kita semua macam DIVA.

“Nurul, ni seluar macam nak pergi perang pon ada. Macam nak pergi kebun pon ada,” aku ingat lagi Encik Azimin mengata seluar rambo ku. Mengata dulang paku serpih. Yang penting, aku nampak macam RAMBO.

“Nak pergi kuliah ke, pergi disko?,” prof ni memang outdated. Orang pergi disko mana pakai baju. HAR HAR HAR!


GRANDPARENTS

Sepatutnya semalam pergi perjumpaan hari raya yang atuk aku paksa aku pergi tu. Abah marah-marah sebab aku siap lambat. Abah cancel nak hantar kitorang. Disebabkan aku berasa bengang, aku rembat kereta abah kunun-kunun nak tunjuk perasaan. Lama tak drive itu kereta, aku rasa macam seorang PARKINSON. Aku stop tepi jalan, bagi Zirul bawak. Balik rumah, tukar amek CRV sbb aku hanya selesa drive keta aku je.

Dengan hati yang panas tak panas tu, aku drive macam gila. Menyebabkan seorang india nyaris-nyaris mati ditempat kejadian dilanggar oleh … ku. Tapi salah dia sebab cilok masuk jalan aku. Aku lupa nak pasang board “Pemandu Garang” dekat kereta aku. India ni ingat aku perempuan Melayu baik hati kot. Dia hon-hon macam penjual tilam. Tangan dia engkau bayangkanlah.. Naik.. naik… memang resam India. Nak je aku kerat tangan dia supaya diam. Masa dia overtake aku, aku nampak mulut dia macam murai. Aku tekan minyak, kejar dia. Tiba-tiba…. traffic light merah. Aku terhenti. Macam drama RTM la pulak.

Aku berani kerna…
Ada 4 orang lelaki aku bawak bersamaku.
TAMAT.

Berbalik pasal jamuan raya, kami sebenarnya tak jadi pergi. Mungkin kerna aku terlalu emosi sampaikan kami semua buntu. Tak jumpa pon dewan yang dimaksudkan. Akhirnya kami adek-beradek pulang ke rumah membawa sebungkus hati yang panas.

Atuk saya ketawa riang mendengar cerita kami yang tak jumpa dewan majlis tu. Aku tak ketawa. Hati aku bengkak je rasa. Lagi bengkak sebab kena bangun pagi-pagi dan drive mencarik sesuatu yang tiada. Ajaibnya, dewan tu depan Balai Polis. Kami ronda Balai Polis tu dua, tiga kali. Tapi tak nampak pon majlis keramaian 4000 orang tu. Buat kata Adek Dell … “Allah dah takdirkan kita tak nampak la tu,”

Nasib baik Maktok balik bawak dua pasu bunga hidup. Aku ada perangai buruk yang aku discover dari kecik. Aku suka petik bunga walaupun di taman larangan. Semalam petang aku senyap-senyap patahkan sekuntum bawak masuk bilik.

buang karen je aku berbaju-baju kurung bagai. Tup-tup dewan tu buat magik pulak boleh tak nampak. Sangatlah bengang.

esok pergi UKM. Confirm.

Wardrobe-ku adalah ‘sebuah’ perempuan seksi

Posted by chika under Uncategorized

Dah banyak hari aku tahan.

Tahan diri, dan tangan dan sekelian anggota …
Dari menghasilkan sebuah entry propaganda jiwa-jiwa
Demi menjaga hati orang tertentu.
Dan demi cinta dan kasih sayang.
Oh.. ini sebenarnya lirik lagu. (aku tipu)

Aku terasa letih. Lesu.
Sebab tidak cukup tidur.
Dan gangguan perasaan menyebabkan tidur aku tidak sempurna.
Aku sangat marah akan kejadian ini!

Aku rasa sakit.
Ehem.. maksud aku.. hati yang sakit.
Kalaulah BOLEH, aku ingin sekali mengeluarkan hati yang berdarah-darah ini dan kirimkan ke alamat penerima yang berhak. Tengoklah sendiri betapa sakitnya hati aku. Lebih tertekan lagi, aku hanya punya satu hati. Kalau aku ada hati-hati sampingan dibuat pengganti, tak apa juga. Keluarkan hati yang berdarah, kasi on hati yang lagi satu. TAPI, manusia biasa mana ada hati sampai tiga, empat! Kalaulah ku bisa install plug-in hati sekunder…..
Aku tak mahu tahu apa-apa.
Nak buat apa …
Buatlah.
nak pergi mana…
Pergilah.

Karya-karya sms itu semua tidak akan sesekali meyakinkan apa-apa.
Setakat berusaha dihujung jari…
Tak akan ke mana.
Ketika aku TERDARAHKAN hati orang…
Aku pasti lakukan pelbagai perkara demi menyembuhkan kembali.
Tak mahu cerita apa-apa.
Takut nanti diistilahkan pula sebagai MENGUNGKIT.
Aku tidak pernah menyembuhkan orang menggunakan hujung jari.

I’ve told you… What goes around, comes around. I can’t believe you lost consideration at last. Thank you very much.

Aku mahu tidur yang nyenyak. Aku mahu gembira. Sudah lama tidak tidur yang nyenyak. Sudah lama tidak mimpi indah. Sudah lama tidak berjenaka kosong macam seorang gila. Sudah lama tidak bergayut-gayutan di telefon seperti seekor monkey di dahan tinggi. Sudah lama tidak bercinta. HAR HAR HAR! Akhirnya aku sakit jiwa juga. Sudah lama aku nantikan detik ini. Maksud saya… detik diistiharkan sakit jiwa.

*************************

Si dia tu datang rumah pulak.
Bawak kekasih.
DIULANGI : Bawak Kekasih.
Motif?
Buat tanduk dengan taring aku makin panjang je.
Cakar kang!

Aku malas turun. Sebab aku tak mahu jumpa dia. Lalalala~
Aku malas turun. Sebab aku malas nak dengar dia puji-puji aku. *bluek la kau!*
Aku lintas-lintas je depan dia macam sinaran lampu gemerlapan. Sengaja. Lintas lintas carik pasal.

Aku tak suka jumpa dia. Sebab… tak ada alasan kenapa dia kena jumpa aku. Aku tak suka ke rumah dia. Aku sayang motherku (biarkan aku speak London ketika marah) Kerna mother ku tidak pernah memberikan pendapat yang bukan-bukan supaya aku bertemu dengannya. Malah mother ku sangat understanding. Owh, tq mother!

aku nak ni.
Tapi belum tahu wardrobe aku pakai saiz berapa.

STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
(kalau aku punya kudrat yang leih, mungkin bilangan S lebih banyak)

Satu Hari Yang Tidak Berhasil

Posted by chika under family, islamic
Hariku ini sangat tidak produktif. Sekali lagi aku berpeluang menjadi warganegara yang tidak mendatangkan hasil buat negara. Aku cuma beroperasi sebagai seorang manusia yang diprogramkan untuk makan, minum, tidur dan melayari internet menambah ilmu di dada. Selebihnya, tiada plug-in lain yang di-install ke dalam sistem badanku.

Program Makan – Hari ini dapat merasa kek Sarawak sedap. Dibuat dengan penuh dedikasi dan kreativiti. Keknya bercorak-corak. Berlapis-lapisan. Sekali masut mulut, nikmat dia sangat terasa. Tetapi aku masih mengidamkan KEK COKLAT. Ada sesiapa yang baik hati nak buatkan sebijik?? Yang berkenaan tu, pandai-pandailah TERASA seperti disindir ye. AHAHAHA.

Siapa pandai buat kek, dialah yang terasa KEKnya.

Pada waktu malam, kami sekeluarga menikmati ayam panggang black paper. Aku harap, bila aku sudah besar nanti dan sudah mampu memiliki dapur sendiri, aku akan pandai masak. Kerna aku sukakan makanan. Inilah harapanku yang terasa berat di dada.

Ini bukti bahawa Astri ada merasa ketupat yang dikatakan sedap dan merugikan kalau tak rasa itu :

Sebenarnya siang tadi tekak aku terasa macam nak makan ketupat. Maka, aku terkenangkan dua bijik ketupat ini. Menyesal tidak ajak Astri berkongsi. Makan berduakan lebih sedap :) Aku bertanya pada ibuku… kalau-kalau aku boleh mendapatkan ketupat lalu aku kenyang menelan jawapannya … “Ah, jangan nak fikir ketupat-ketupat bagai. Tu, makan lemang abah beli tu,” aku sentap seketika. Yew, aku sangatlah tak suka lemang.

Grandparents – Datang tadi dari Johor. Esok bergerak ke hotel. Dan aku sudah awal-awal dikerahnya menjemput mereka di hotel esok. Aku membantah. Dan akhirnya, aku disuruh dan dipaksa menghadiri majlis makan-makan di Ampang. Majlis besar. Aku tak suka. Lagipun tak banyak remaja funky dan fashionista akan hadir pastinya. Yang ada hanyalah mak-mak dan pak-pak DATIN danDATO’. Sungguh out of my line!

“Alah, awak kan suka duit. Esok entah-entah jumpa jodoh kaya,” Maktok cuba sogokkan fikiran aku dengan ideologi itu.
“Jodoh orang tua buat pe. Kaya, tapi tak sedap mata memandang,” sejujurnya aku tidak pernah berangan mahu menikahi hartawan tempatan yang kaya. Kerna aku pasti trauma kalau terpaksa mendampingi orang-orang tua yang…. kulitnya sudah… tidak tegang.
“Nanti dapat cucu menantu sama tua dengan Aki, dengan Maktok. Tak ke malu?,” aku mula tak puas hati.
“Tak apa lah. Redha,” sampuk Aki.

Sekadar gurauan tak apa.
Ya Allah, Engkau Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Kasihani hambuMU ya Allah.
Amin.

“Esok banyak menteri datang,” - Maktok.
“Sapa?,” - aku
“Bla..bla..bla..” - Maktok.

Loh. Politikus ‘karat biru’ ka? I layan ‘hijau’ ja.
Ternyata.
Ideologi politik atuk-cucu adalah berbeza.
Tetapi, dalam sesebuah keluarga…
Politik tidak pernah menjadi dalang kasih sayang.
Kerna aku tetap menerima wang saku yang banyak dari atukku walaupon kami berpegang kepada ‘WARNA-WARNA KEPERCAYAAN’ yang berbeza.


Kusuka lagu ini.
Andai Ku Tahu – Ungu.
Marilah kita bertaubat dan insaf.
Hentikan duniawi yang fana ini.
Perbuatan menangkap orang berpakaian kuning dan menahan orang yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid adalah kezaliman dunia yang hakiki. [klik]

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

Kampung Tunku Diserang

Posted by chika under raya, shopping
Exam belum selesai.
Tetapi aku sudah menganugerahkan cuti semester kepada diri sendiri. Pertama, exam terakhir adalah pada 21 hb nanti. Aritu paper Ukur Tanah (yang boleh diklasifikasikan sebagai kekecewaan yang durjana). Ukur Tanah pada hari Isnin lepas. Dan paper terakhir akan disambung 21 hb. Engkau kiralah sekarang. Patut ke tak.. kalau aku istiharkan diri sebagai CUTI bersalin. Kedua, cuma tinggal paper u2 ; Kemahiran Menulis. Apalah sangat…. ngee..
-EXAM FEVER-

Cam biasa. Si jahanam pon boleh jadi nerd menjelang peperiksaan. Aku taklah tahap insan jahanam. Tapi orang playful sebegini pon akhirnya jadi ulat buku. Membaca buku-buku yang dah berulat. Sebab buku-buku hanya dibuka few days sebelum exam. Buku yang dimaksudkan adalah nota-nota kuliah. Yang lagi hebatnya, nota-nota aku banyak yang masih panas, baru keluar dari mesin fotostat. Memang menang anugerah diRaja arr kalau camni. HAR HAR HAR. Nerd? Siapa nerd? Aku? Nerd la sangat. Sambil study online. Tengok 8TV online.

Sambil menyelam minum air. FOKUS!

- RIGHT AFTER EXAM-


… pergi menziarahi IKEA …

Perjalanan yang cukup panjang. Macam balik kampung. Rasa nak naik roket. Boleh pergi IKEA selalu. Lebih cepat, dan mudah. Ikea jauh. Sangat. Tapi nanti roket nak park kat mana? Okaylah, batal. Naik kereta pon cukuplah. Walaupun jauh, tetap boleh datang sekali-sekala.


Saya beli frame size A1. Untuk siapa? Untuk diri sendiri. Sebagai menghargai diri sendiri. Hendak print muka sendiri sebesar saiz A1. Setiap pagi dan malam hendak tengok muka sendiri yang besar. Beli frame satu sahaja. Tapi pilih frame macam pilih jodoh. Sangat lama. Kerna saya seorang wanita sejati.

(gambar saya bersama frame bertuah yang terpilih)

Semua lukisan yang dia jual cantik. Saya teruja. Tapi tak terfikir nak beli. Hinggalah saya ternampak lukisan ini…

Audrey Hepburn. Saya hilang pertimbangan sekejap. Nasib baik sekejap. Tengokkan harga dia mencecah RM300 ++ saya kembali waras. Kalau saya beli juga, dikhuatiri saya akan dihempuk dengan lukisan itu oleh ibubapa. AHAHA…

Ketika jalan-jalan mencuci mata dan membawa hati yang terlalu girang mengelilingi showroom IKEA, saya ternampak ini :

Saya suka perkataan ‘chicka chicka boom boom’ pada gambar di atas. Macam CHIKA KENA LETUP. Seronokkan?


(ini adalah hasil. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan panjang kami Bangi-Damansara membuahkan hasil. AHAHA. Kopak poket)

Shopping punya pasal, pukul 5 petang barulah kami lunch. Singgah A&W di Ikano. Sewaktu menikmati makanan tersebut, perutku kelihatan gembira sekali. HAR HAR HAR. Kalau perut boleh bercakap, mesti dia dah menjerit ucapkan terima kasih untuk aku. Kalau dia pandai menulis, mesti dia dah tuliskan kad ucapan terima kasih buat aku. Bongok!

Dapat bunga Daisy merah sekuntum.
Dan buat aku tersenyum berkuntum-kuntum.


Mari kita lihat, berapa lama Daisy ni akan bertahan

Hasil beli-belah kali ini :

Dahan pokok besi untuk gantung jewelry. Tapi tak boleh gantung penuh-penuh nanti dahan tak nampak :) Lampu pijar adalah bekas untuk bakar lilin wangi. Tak bercadang hendak membakar apa-apa. Apatah lagi membakar diri. Beli kerna aku memang sukakan lampu pijar. Antik dan oldies. Bekas merah dibeli tanpa motif yang nyata. Sekadar ingin memiliki kerna bunda juga memilikinya.Yang bekas silver tu bukan gelas minum orang India ha! (hye there Indian citizen of Malaysia… Happy Deepavali!) Yang tu dibeli untuk meletakkan pensel-pensel kayu. Belum tahu nak gantung kat mana. Telinga? Hidung? Tengkuk? Bulat kecil dan besar itu juga sengaja dibeli kerna warnanya. Buat masa ini, aku jadikan tempat mencampak kasut-kasut baru SAIZ LIMA yang aku beli kat Bandung aritu. Semua kasut tersebut longgar. Maka aku campakkan di situ sebagai protes dan tunjuk perasaan.Terakhir dibeli kerna warna hijaunya. Ada beberapa lagi hasil belian yang tidak dapat dipamerkan kerna aku tak kuasa hendak turun ke bawah untuk mengambil gambar.Sekian.

- KAMPUNG TUNKU DISERANG-

Pukul 1.30pm tadi fetch Aizar dan Astri. Kami nak pergi open house rumah Farah kat Kampung Tunku, PJ. BEST gila dapat borak dan gelak kuat-kuat dalam kereta dengan DUA mak minah ni on the way to PJ. Sampai je rumah Farah, dia tak ada pulak. Dah pi UKM jemput bebudak studio. Kami bertiga ni apalagi, atas dorongan mummy Farah… kami pon bantai makan dulu. Astri makan paling banyak i tell you Farah. Dia makan laksa DUA kali.


Sementara tunggu Farah, kami pon buatlah macam rumah sendiri. AHAHA.



Until finally Adian sampai pon Farah tak balik-balik jugak. Aku pon ajak Astri dengan Aiza makan nasik pulak. Memang muka tak malu. Farah… sebenarnyakan… aku kan.. tertumpahkan puding hang yang sedap tu atas meja. Abes kotor lapik meja mummy yang cantik. Lepas dah tumpah, aku kauk pakai tangan dan makan. Ni confession tau :( Tapi puding dengan fruit tart tu aduh sedapnya… :)

Farah call timekami kat rumah dia tengah tunggu.

“Nurul, sorry lambat,” “Kat ner?,” “Kat fakulti lagi. Tunggu Nuar siap. Dia tengah make-up”

cis. nasib kami lah dapat member metrosexual.

Selepas makan….

ni penemuan ajaib yang kami discover kat luar rumah Farah.

Balik dari rumah Farah, singgah Amcorp Mall bersama dua mak minah tersebut. Ehehe. Disebabkan aku driver, aku pon kenalah fokus banyak ke depan. Tiba-tiba dua ekor budak ni menjerit histeria betul-betul tak jauh dari simpang keluar dari umah Farah. Aku ingatkan dorang histeria nampak Minicooper sebab dorang ni Minicooper Freak.

“Ko tak nampak ke??!!” dorang jerit-jerit.
“Tak!Nampak pe? Minicooper?,” aku blank.
“Ako!,”
“Huh?!,” aku tak faham.
“Ako Mustafa! Dia yg drive Minicooper tu!,” excited gila budak dua ni. Aku pon kempunan je tak nampak. Seb baik Ako. Kalau Fahrin Ahmad, jalan one way pon aku pusing pi kejar sampai dapat. Manalah tahu dapat detect rumah dia. Boleh malam-malam mai baling-baling batu kat tingkap. Apa, ingat ni citer P.Ramlee ke pe?

Masuk Amcorp Mall, merayap laju-laju sebab dah petang sangat. Dah kul 6 lebih. Takut kena tengking ngan abah nak Maghrib baru balik. Dan dapatlah beli dua lagi bubble necklace.

Best gila ada satu kedai ni. Rasa nak je datang lagi esok. Kan Jaja?

Baiklah, mengantuk. Selamat malam.
Good luck untuk kawan-kawan yang ambil paper Structure Isnin ni.
Structure susah. Mati lah kau…
NGEEE… :D

DAMN!

Posted by chika under Uncategorized
last nite I cant sleep!
Lets spell D.A.M.N _ I.T !

Ada beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku.

  1. Sakit hati yang ekstrim. EKSTRIM nak mampos!
  2. This is the time people really makes me sad and down.
  3. My brain ni sangat workaholic. Dia berputar-putar seperti seorang Einstein yang nak jahanam. Satu malam memikirkan perbuatan dia.
  4. Honestly, aku try hard sepanjang malam finding my way untuk terima sahaja. In short, to just let it be and forget it. Tapi rasa nak mampos memaksa diri untuk terima but DAMN! Tak accepted! TIDAK AKAN.

Sekarang aku tak ada jaminan apa-apa untuk masa depan. Maksud aku, aku betul-betul tidak tahu sama ada hati aku akan kembali tenang atau tidak. And maybe it will remain… stored in the deepest part of me. THE SECOND THING!

It’s another thing :

Menyesal betul tak pergi open house Ainul. Kesian Ainul sebab aku tak korbankan sikit masa untuk memenuhi jemputan dia. Friends! Insyaallah right after this aku akan memenuhi kesemua permintaan u guys. Just text me I’ll try my best not to menghampakan kalian. But wait, peoples! I dedicate this confession to MY WOMEN only. Because MY COMMUNITY never had any recommendation that WE need to be with both girls and guys to hang out.

Farah, Insyaallah we gonna see you tomorrow. And sure, going to Amcorp mall for my second time. AHAHAH. Saya datang dengan si Bazoka Impian tu tau. Sebab nanti boleh jimba-jimba di PJ. Sebab dia RATU PJ. (Jaja, finally awak dah jadi RATU) .And unluckily… no flea market on Friday. Kenapa tak buat open house during weekends, farah diana? HIHIHI Lepas subuh lagi aku drive pi tempat hang. Aih, otak aku dah bocoq sana sini. Dok pikiaq shopping ja. Subhanallah. Pi sujud taubat la Nurul….

By the way…
I dunno if i am happy or not…
that my father had…
started…
calling me….

….

….

Imelda Marcos.

hey, hey!
i just want to be ME.
Jadi Nurulism Hepburn sudah.
*gelak tersipu-sipu macam siput sedut kena goda*

Fakta Dunia : Aku tidak akan pernah BOLEH menjadi Imelda Marcos. Kerat jari ar! Sebab kes Imelda Marcos tu tak boleh apply ke aku langsong. Tak masuk akal. Sebab aku ada masalah saiz kaki yang terlalu … ehem… kecik.

Maka dengan rasminya aku ingin keluarkan statement bertarikh 8 November 2007.

“I HATE SHOES! AND SHOES HATE ME TOO.” - nurulism hepburn, KL

Hey!

Posted by chika under architecture, life, shopping, the chika

I am back!

Setelah sangat lama tidak conteng. Banyak benda happened. Tapi sekarang dalam musim peperiksaaan, so I would be on the fast track la kan. One big thing yang telah selesai dan sangat-sangat membuka ruang pernafasan yang baik adalah… DESIGN! Yeay, design sudah siap, sudah submit, sudah present, sudah review Internal and Externally. Hey, guys! Apalagi yang lebih mengujakan selain daripada melepaskan beban design, right?

Marilah kita ke point-point seterusnya :D

01 : DESIGN

Projek kali ni agak susah since kami dah mula buat ‘real design’. Di mana kami sudah mula membuka-buka buku UBBL (Uniform Building by Law) iaitu sebuah buku undang-undang. Undang-undang? Annoying kan? Projek housing mungkin sounds like kecik dan senang tapi masyaAllah. 2 tahun setengah belajar senibina ni, airmata dah mula kering. Aku dah tak ada peruntukan masa untuk menangis lagi. Kalau down, aku tidur je. Sometimes bila sampai kat certain level tu emmang rasa give up yang amat. Waktu tu mulalah aku fikir nak pergi kawen dengan hartawan tempatan. Haihh… otak senteng.

Ini dia beberapa keping gambar untuk dibuat pekasam.

Photo : Panel pertama dan panel ke-6 saya. Kesemua panel disiapkan selama 24 jam tanpa henti dan tanpa mandi. Juga tanpa tidur semestinya selama 2 hari. Serius! Tidur lima minit pon tak!

Demi menyiapkan Panel Durjana ini, sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku. Pertama, laptop saya yang antik itu bersikap bodoh dengan tidak membenarkan saya membuka Autocad2007, Sketchup 5 dan juga Adobe Photoshop. Imagine! Semua software penting tak boleh bukak. Ringan je tangan nak campak laptop dalam tong sampah. Aku pon nangis-nangis, terus start kereta nak balik hostel, tidur! Aku dah give up. Aku tekad nak tidur je sampai submission day. Biar mampos la dengan design tu. Luckily ada orang marah aku, tarik kunci kereta aku dan bersedia membenarkan aku guna desktop dia yang super laju tu. Maka, semangat ku naik smeula tetapi selepas itu, aku terpaksa pulangkan desktop beliau dan merempat menagih simpati menggunakan desktop Twin. Penderitaan betul!

Tengah-tengah malam barulah siap panel dan terus ke Serdang bertemu John untuk print. Ni print kali kedua tau. Kali ni kena RM102. John kata, panel siap print pukul 7 pagi. OMG! Pukul 9.30 pagi dah nak pin-up! Punyalah rushing tapi malam tu aku sempat tidur kerna aku tekad tidak mahu menyiapkan model. Tapi aku buat jugak. Sikit. Model aku cuma ada BASE dengan sebuah PARTY WALL sahaja. AHAHAHA! Yang mana akhirnya aku campak sahaja kepingan-kepingan board itu kesemuanya lalu pulang beradu.

Pukul 6 pagi lebih kurang, keluar pergi Serdang nak amek panel. Bullshit punya John! My boifren call dia berjuta kali tak jawap. Ketuk pintu, tak buka. Tekan loceng, tak respon. Senior pon try panggil dia tak berjaya. Aku duduk dalam kereta dah nak nangis. Sebab masa tu aku yakin, memang tak sempat nak pin-up pukul 9.30. Kami tunggu luar rumah dia pagi-pagi yang sejuk gila tu selama lebih 30 minit.Lecturer dah lah tak akan tolerate punya. Kalau cakap berbuih-buih masalah printing pon, tak ada nak faham. Kalaulah aku ada cash RM10 000 time tu, dah lama aku beli sebijik plotter letak kat bilik. Nak harapkan plotter jabatan, memang mati hidup balik pon susah nak dapat. Akhirnya dia bukak pintu jugak setelah hati aku berapi macam naga lapar. Shit!

Sampai studio, dah pukul 8 lebih dah. Terus potong board, nak tampal panel. Spray Mount pulak habes! Dah la kena gam guna gam kanak-kanak tu. Nasib baik si kekasih membantu kalau tak dah lama aku cabut balik, tidur! AHAHAH! Aku ni memang ratu emosi.

Ini Spray Mount. Antara barang kawalan dalam studio di mana setiap orang yang ada benda alah ni akan cuba SOROK seboleh yang mungkin. Sebab benda alah ni sangat penting. MAHAL tapi CEPAT HABIS. Tak ramai yang beli tapi suka meminta-minta kat orang lain. Kalau orang mintak kat aku, aku dengan jujurnya memberitahu bahawa TAK BOLEH PINJAM kecuali kepada orang-orang istimewa tertentu seperti teman baik dan kekasih.

Dan akhirnya, berjaya pin-up sebelum 9.30 pagi. Kalau lambat, nanti kena tolak markah! Tak sanggop mak!Maka, setelah berminggu-minggu tidak tidur, sampailah kepada hari Internal Review.

02 : SHOPPING

  • For Hari Raya (second round) – selepas final drawing submission. Mines Shopping Fair
  • The Day After Internal Review – The Garden, Midvelly

    Went to The Garden, Midvelly for the very first time. The Garden tu nak kata best sangat shopping, tak adalah sangat unless you have few thousands dalam poket. Sebab dia provide ruang untuk 100% designer’s boutique. But the surrounding agak elit dan ada architectural element yang attractive jugak. Cuma wonder kenapa glass bridge tu dia tutup. Maybe dia tak mahu orang pijak glass tu. What the hell? So, cuma ornamentasilah ye? Ehehee. Tapi my boyfriend said, maybe still under construction works. Maybe dalam proses uji workability dia sebelum dibuka kepada awam. But I swear! Dia tak akan bukak! and owh, my boifren jugak said.. the architecture was quite the same dengan building dekat China. Okay, about The Garden lagi. My friend, yang kami panggil Gedix suka sangat makan dekat situ. So you guys, pergilah ke The Garden untuk makan! Aku? Tak pernah try because my number one restaurant still Ayamas. AHAHA.

    Aku sempat membazir wang di Robinsons membeli sebotol perfume Guess. At least i had bought somethng from The Garden. Ahak ahak. Bukan. Bukan. Sudah lama aku inginkan perfume tersebut. Maka, wang peruntukan untuk membeli jam tangan sudah kopak separuh. Tunggu budibicara dari ibunda untuk medapatkan kembali peruntukan jam tangan.

    The Garden tak ramai orang so can pose like hell. Tak ada orang nak jeling-jeling kambing. But look at that cramp pose of mine.

    Hasil belian.

    First time try this Cinnamon. Besar. Mengenyangkan dan tak taste sangat la.

    My wishlist. Dah beli!

    The boify bought for me.

    my current madness.

    Tak shopping banyak sebab ongkos tak baik.

  • Alamanda, Putrajaya – selepas Final review

    Kali kedua datang Alamanda nak makan sebenarnya. Dulu suka pergi Alamanda semata-mata nak makan kat Chicken Rice Shop. Tapi sekarang lagi suka makan kat foodcourt dia yang bersih dan selesa. Kali ni pergi memang shopping untuk perut. ! Mula-mula lunch dan selepas lunch, makanan sampingan yang berkolestrol tinggi dan tidak sihat:

    I luv food. Food luvs me. We are happy family. Lihat mulutku besar!

  • Mines Shopping Fair again selepas selesai final review.

    Sementara tunggu pukul 4 nak briefing dan buat majlis hari raya di studio, pergi Mines carik birthday present untuk studiomate.

    Perasan tak? Setiap kali selepas submission, pergi hiburkan hati di mall. Sebab itulah yang menyeronokkan aku. And don’t stop me! That’s my therapy la.

03 : EXTERNAL REVIEW

Oh. Hari Kebaya. Kami ni dah macam penari untuk The Kebaya Musical Theater. Ahaha.



Final review sebenarnya tak adalah apa sangat yang kami kena buat kecuali melaram sakan setiap semester sempena menyambut hari kemerdekaan. Dan sebagai laungan kepada.. SELAMAT DATANG, TIDUR!

Lecturer universiti lain dan arkitek dari luar akan datang untuk access kerja kami dan review grad yang lecturer kami bagi. Samada mereka setuju atau tak. So, grad kami boleh diupgrade ataupun boleh diturunkan oleh mereka. Pintu studio akan ditutup, kami akan duduk di luar studio sambil bergurau senda dan berlawak bodoh. Ataupun membuta! Sementara menunggu, kami akan berdebar-debar dan semakin cemas setiap kali pintu studio dibuka. Sebab orang-orang tertentu akan dipanggil untuk present kepada external. BUKAN SEMUA tau! Hanya mereka dengan kes tertentu sahaja. Imagine la bagaimana takutnya kalau-kalau nasib ‘menyebelahi’ aku pulak kan.

Pukul 4 petang ada jamuan hari raya dekat studio!

Sedap la puding Farah dengan Ainul buat tu. Sebab dia sangat milky and creamy. (Aku kan memang suka benda-benda kaya dengan lemak ni. AHAHA) Ye la tu sangat. Tah-tah mummy Farah yang buat. AHAHA. Larikkk!!!

04 : P.RA MLEE THE MUSICAL THEATER, Istana Budaya

(19 Oktober 07)

Omg! Oh My God! Splendid! Teater yang sangat sangat best! Aku pergi dengan of course lah, my boyfriend, Farah and Adian. Nana (Farah’s sister) and friends, dan juga Hanif (Farah’s bro) and friend. Ini Farah la punya idea. Dia dan Nana yang buat reservation dan buat payment. TQ very much my dearest friend. Teater tu memang sangat best! Sampai hari ni pon masih teringat-ingat malam kita menonton tu.Ajak Astri, dia cancel. Farah ajak Aizar, dia kata tak dapat nak pergi. You guys sangat rugi la.


Sean Ghazi memang amazing dan talented sangat. He can sings! Suara dia… lakonan dia.. perfect. Memilihi Sean Ghazi sebagai P.Ramlee memang pilihan yang paling tepat. Dan Liza Hanim sebagai Saloma. Oh My Go
d! Liza Hanim, you are awesome! Dengar dia nyanyi malam tu, live lagi… suara dia memang mesmerized. Gemersik sangat even aku lagi suka dengar dia nyanyi than Saloma. Boleh pulak. AHAHA. Aku tak tahu pulak Siti Nurhaliza pegang watak Azizah. Suara Siti, as usual lah powerful. Tapi bagi personal view aku, dia tak berapa boleh berlakon. So… Siti, you better keep on singing je lah. TAPI! Suara Liza Hanim paling best sepanjang performance. Siti pon kalah I tell you.

There got good chemistry between Sean Ghazi dan Liza Hanim. As Remy and Sally. Oh. Part mereka dating tu sangat funny. Bergema satu panggung tu gelak. Setting dia memang fantastik. By the way, macam kata Farah.. Azizah masa kecik tu sangat cantik, comel dan attractive. Memang tak menyesal pergi menonton. Dan itu juga first time aku jejak Istana Budaya.

Kami menonton persembahan malam kedua. Persembahan akan berterusan hingga 3 November. Tapi tiket dah lama habis since malam mula perform lagi. Siapa tak sempat tu memang kasihan kerna teaternya sungguh asyik. Aku jadi tak senang duduk sebab kalau boleh tak nak terlepas pandang, terlepas dengar mahupun terlepas fokus pada apa-apa scene pon.

Farah, jom teater lagi!

Teater mula jam 8 malam. Aku pon tak sure berapa lama tapi almost 3 hours kot.Masa dah tamat teater, kami terus keluar dan terpisah dengan Farah and family. Aku, the boyfriend and Adian jalan-jalan sekeliling Istana Budaya untuk pozzy la.

Tiba-tiba si Adian ni cakap.. “jom tunggu. entah2 jumpa artis. Mesti ada sesi untuk autograf”. Aku pon layann. Tiba-tiba nampak ramai orang serbu depan pintu. Yes, that’s it! Adian pergi beli poster RM7 dan aku queue up. My bf standby camera. Aku cuma pergi amek autograf Siti and Melisa Saila dan salam dua orang ni je. Cuma berfoto dengan Siti plus the other 4. Nak pergi dekat Sean Ghazi, takkanlah nak bersalm dengan dia kan. Si Atilia tu pulak, aku tak kenal. AHAHAH.


Lihatlah senyuman aku yang fake itu. Hinggakan mukaku nampak lain macam benar. Aku bukan peminat fanatik Siti. Cuma dengar-dengar je lagu dia. Tapi dia Malaysia No. 1 Superstar kan. Then what’s so wrong to take picture with her kan? Tapi seriously.. she’s beautiful. Skin dia cantik and dia soft spoken.

Tak macam si Eddy ni. Ya Allah. Sabar je. Tapi he is Adian. Memang pencinta muzik yang global. Dan seperti kata Adian, gambar tengah tu membuatkan Farah sangat emosi. Farah kan tengah kemarukkan si Sean Ghazi tu. Sampai ada hati nak pergi lagi Istana Budaya the next day hanya nak jumpa Sean Ghazi at 12 midnite. AHAHA. And the bf didn’t have the excitement to pose with these artists. Ehehe. sebab dia kenal Siti je.


Rasa sangat bersalah kat Farah and Nana sebab tak tunggu mereka untuk bergambar. Bukan tak carik, tapi base on masalah teknikal enpon2 kami… tak dapat nak contact. Kesian Farah. Farah, ya ampun.

Uik. Banyak pulak ‘fast track’ aku ni. Entah bila akan update lagi, biar masa menentukan. Isnin ni paper Ukur Tanah. Aku belum baca sepatah haram pon. Wish me luck!