Posted by chika under
shopping This entry might sound tooooo girl.So boys, keep on reading my previous entry.TQ.
I nak beli new sunny. Kebetulan this
Khairina invite saya ke
‘shop’ beliau … u guys tahula kan betapa histerianya saya. Mula-mula diserang sawan emosi melihat ini :
No! Not the beauty set but the bag! Oh my godness. Sangat suka. Bolehla berangan jadi Victoria seminit dua. HAHAH. Terus bagitau bunda saya dan ambillah sebakul dua hujah-hujah beliau. Bunda saya kata … saya tak boleh beli bag selagi saya belum selesaikan masalah timbunan bag. Okay, fine… So i guess, nothing is wrong kalau saya … beli a new sunnies kan? I’ve made up my mind. I nak grab juga one for myself. Tapi saya dah tiga hari berfikir. Indecisive betul. Tak tau between these two.
What Say You???


Okay. Hati macam nak yang the second one. Tapi … yang first pon nak juga. Or else, ada siapa-siapa nak sponsor satu untuk saya? Ngahahaha.
Tak nak sudah. Boleh jalan.
Help I decide ye, kawan-kawan…. As soon as possible. Okay, credit to
Khairina. I dah rembat your pictures. You tak kisah kan? But seriously, I nak order satu. Saja, tolong member…. AHAHA. My dear,
Khairina… tak ada discount ke? Nanti I tolong you promote lagi besar dari DiGi! AHAHA…. kidding. Siapa-siapa berminat, boleh drop by dekat Khairina’s blog. This sunglasses berharga
RM160.
Lama tak shopping. Last shopping bila ye? Oh, few weeks ago. Biasanya setiap minggu. Malah, setiap hari. Sorry to those yang tunggu I post new buys. I kan tak keluar rumah dah berapa lama dah ni. Tunggu ini cewek konvo. Si semangat membara ni pulak sibuk dengan program healthy life dia. Tak kira. Next week, mesti ice skating! Aku dah tak tahan duduk rumah. I need therapy! Untuk perempuan pandai masak, engkau available je kan?
Kawan-kawan saya semua ada bakat. Saya? Nak bakat juga …. :(
Farah, have you bought the bubbles?
lupa ja nak tanya hang.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
The boyfriend tidak sehat.
Pity on him.
Get well soon, dear.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Posted by chika under
family,
mom ♥ Isnin, 19 November 2007 ♥
Saya dan keluarga pergi sini :
Ujian JPJ untuk lesen motosikal ; B Full. Bukan saya. Oh, pastilah bukan. Menghidupkan enjin motosikal juga tidak pernah berhasil, inikan pula hendak mengambil lesen motosikal kuasa tinggi. Mimpi di siang hari. Sebenarnya, kami sekeluarga pagi-pagi lagi sudah bersiap hendak menyaksikan bunda saya melakukan JPJ test.
Ma, you rox ma! Sebagai anak-anak yang supportive dan sporting, kami pon dengan bangganya duduk berderet di kerusi paling hadapan. Jantung macam nak pecah dibuatnya. Sangat gayat melihat aksi bunda menunggang virago. Walaupun bunda sudah biasa bermain-main Virago setiap petang … tapi kali ni mestilah lainkan. Sebab terpaksa riding di hadapan masyarakat yang ramai.
Ma ambil turn terakhir. Dan paling mengujakan oh my god … ibu saya SEORANG sahaja yang mengambil lesen untuk motosikal besar. Oh, ma … you are funny. Dan sepanjang beberapa hari dia berlatih untuk ujian tu, dia dah jadi sangat famous dekat driving school tu. Semua youngster dah jadi member baik dia. Okay, my mum sangat friendly and outspoken i tell you. No wonder la bila sampai turn dia… semua orang bersorak-sorak mengalahkan kami, her kids ni. Siap ada yang sanggup tunggu sampai turn mak saya semata-mata nak menyaksikan sendiri macam mana mak saya beraksi. Sebab ramai young boys yang inspired nak mengambil lesen B full juga kerana melihatkan mak saya. Ada few pulak yang nak tengok how my mom ride the bike, how to control the bike and how to pass the ‘bridge’.

Meniti!
Seriously aku pon cuak bukan sebarang cuak masa ma meniti jambatan. I wonder how mom steadily passed that test. Dah lah tayar Virago tu besar. Then abah pesan supaya kitorang semua selawat banyak-banyak. Alhamdulillah. Bunda saya LULUS! Dan buat gempak je dekat driving school tu. Dia jadi sangat glamor. Kami ni pon tak pasal-pasal jadi glamor.
“your mum?,” sorang lelaki tanya.
“ya,” between proud and … blur.
“she’s roxx!,” lelaki tu adore namampos kat mak aku.
Balik rumah.
“perasan tak lelaki tadi yg tak habis-habis borak dgn ma?,” ma tanya and that sounds like.. ‘something’
“hurmm… kenapa?,” of course la aku ingat.
“dia nak jadi menantu. DIA kata,” selamba sahaja ibu berkata begitu lalu terkesimalah aku.
“yewww! otak senteng. Baru dapat lesen P ada hati nak kat kita,” berderailah ketawa ibu dan anak.
“Hahaha. Dan-dan tadi cerita kat ma konon-konon dia baru break up dengan girlfriend dia. Orang tengah seronok cakap pasal motor, dia cakap pasal awek pulak,” kami gelak lagi.
“Patutlah adore sangat dekat ma. Beriya-iya supportnya,” kami gelak-gelak-gelak lagi.
Kami memang suka gelakkan orang.
Ma, congratulation!
Apa nak buat, mak saya memang extremist.
Terima kasih….
Posted by chika under
Uncategorized Hari suci bermula officially today!
Walaupun dah lama
‘menyucikan’ diri…
Tetapi sebenarnya hari inilah hari suci yang sebenarnya.
Vocab of the day
Hari suci : Holiday.
Pagi tadi exam paper terakhir. KEMAHIRAN MENULIS. Sangat seronok menjawapnya. Terima kasihlah kepada rakan taulan yang berkongsi soalan spot. Aku suka soalan spot. Biasanya, aku akan berdoa supaya pensyarah yang baik hati seperti ini dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. HAR HAR HAR! Ada juga yang tidak mahu main spot-spot. Sangat tak gerek pensyarah macam ni. Haaa… saya bergurau saja. Hi, pensyarah! *kami kena tapis struktur dan penggunaan ayat kerna blog kami dipantau oleh pensyarah juga*
Semalam petang, balik UKM. Lepak studio sampai pukul 11.30 malam. Berpeleseran dengan Ainul. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Ainul kerna telah meng’bakar’kan lebih dari sepuluh jenis filem untuk aku. Maka, aku akan membunuh waktu dengan menonton movie yang tidak berdosa. Atas faktor terdesak, petang tadi aku telah menonton Impak Maksima. Filem Melayu. Filem Melayu main Drift. Layankan aje. Awal Ashaari cute. Apa salahnya luangkan waktu menonton lakonan beliau. Hmmm… best jugak drift. Tapi kereta aku tak sesuai dibuat drift. Tunggu ibubapa membelikan Nissan Skyline buat saya sebijik dua. (Maknanya… tak akan la tu)

Malam semalam, seperti malam-malam peperiksaan kebiasaannya… saya akan belajar bersungguh-sungguh
. Saya tak suka kalau tidak membaca menjelang peperiksaan. Waktu ni, orang nak panggil aku ulat ke, nerd ke, diva ke, datin ke,
sukahatiengkau la. Sebab kalau tak baca buku, aku berasa seperti seorang yang hendak ajal keesokan harinya. Tetapi sambil membaca, aku mesti melakukan aktiviti sekunder yang kalau dibuat lebih kerap hukunya menjadi
makruh. AHAHAH. Maksud aku, melakukan perbuatan sia-sia seperti berhenti seketika untuk menyanyikan satu lagu sampai habis. Ataupun berangan beberapa scene. Dan semestinya berfoto-mania :
Ini soalan spot yang langsung tak tepat.
Siapala yang tikam soalan ni agaknya.
Bukan main syok aku menghafal.
Lagi syok dari menghafal lagu Muse.

Verangan. Kalaulah kami dapat buat rampasan kuasa dekat bilik yang baru siap dibina kat tingkat dua… pasti menarik. Tadi aku, Ainul dan kembar dah berangan sepanjang beberapa episod. Kononnya ada hati nak
‘menduduki’ bilik baru buat kat atas tu. Itu bilik pensyarah. Siap dengan counter bagai. Kami bercadang, kalau berjayalah agenda rampasan kuasa kami, kami nak bukak cafe dekat studio. Jadi, bolehlah kami
belajar sambil bisnes. Angan-angankan percuma…
Rakan-rakan studio yang lain, ada impian yang lebih baik untuk dikongsikan? Yang related dengan bilik baru di atas ye.
SELEPAS EXAM
Exam pukul 8.30 pagi. Punyalah pagi. Punyalah aku tak nak bangun. Punyalah aku tak nak exam. Punyalah mata aku tak boleh bukak. Tapi aku pergi mandi juga setelah bunda call banyak kali dan bising-bising.
Kami ni cemerlang tau! Keluar awal setengah jam. Perkara pertama yang dilakukan ialah melaungkan kegembiraan. Perkara kedua ialah bergosipan ringkas. Perkara ketiga ialah lunch di cafe fakulti buat kali terakhir utk semester ini.
Ainul snap gambar makanan. Dia kata, kenang-kenangan hari terakhir makan dekat cafe. Macam nak grad je rasa. Engkau ni! Spekulasi betul … Oh, ha! Kawan-kawan, yang melambak udang tu Ya punya pinggan. Sekian terima kasih.
Ai, Nurul
Selepas lunch, buat aktiviti kegemaran yang agak hina.
Kalau lepas lunch, duduk diam dan tertunduk bisu… nanti kesihatan terjejas.
Orang kat studio ni dah lali.
Mereka dah tak rasa apa-apa melihat aksi seram-seram sejuk macam ni :






Ada foreigner jeling-jeling tengok kami. Nak kata kami buat bising kacau kerja dia, kami cuma bergambar, bukannya rakam album solo. Mungkin beliau tak merasa kot zaman-zaman teknologi berfoto-mania pada era remaja beliau.
Lepas puas mengetik kamera dan akhirnya kebuntuan aksi, kami pulang ke kolej kediaman yang
cantik macam hotel binang lima tu.Check out, dan lekas-lekas berambus meninggalkan
kolej idaman ramai itu.
LELAKI TUA GELOJOH
Masa nak masuk ke Cheras/Kuantan, aku bagi signal kiri. Elok je aku nak masuk, ada Honda Civic ni speed up macam hantu. Demi nyawa dan kenderaan kesayangan aku, aku elak masuk kanan semula. Bangang memang bengang. Naik gugur jantung dibuatnya. Tiba-tiba perjalanan pulang yang sesak dan bosan menjadi agak menarik. Kerna aku telah mendapat sesuatu untuk dimainkan.
Aku pun speed up, nak tengok siapa yang drive macam KAMIKAZE tu. Yeww! Seorang chinese man yang tua + bangka. Hmm.. good job. Kalau tengok cara dia drive, mesti kau terbayang dia tu at least macam Aaron Kwok la. Padahal dah tua tua tua! Aku follow je dia. Sepanjang jalan yang sesak dan cuaca yang tak berapa baik tu, dia masih lagi drive dengan gelojohnya sampai aku menyebut perkara buffalo banyak kali untuk dia. Banyak kereta yang nak ke kiri terpaksa masuk kanan balik sebab tak tahan dengan cara dia drive.
Tiba-tiba jalan jadi jam sampai sangkut semua kereta. Aku tengok dia dekat depan aku. Lepas tu dia masuk lagi kiri dan memaksa kenderaan lain bagi jugak dia masuk walaupun sebenarnya tindakan dia adalah sangat tak berotak. Bila jalan macam dah okay sikit, aku terus speed up nak kejar dia. Entah semangat apa yang masuk dalam badan pon aku tak tahu. Tiba-tiba je aku berani overtake dia dan mencelah masuk depan dia. Aku tengok, lane sebelah aku semua ada kereta berderet. Depan aku tiada kereta. Tapi aku drive seperlahan yang mungkin. HAHAH! Aku usha dia dari cermin. Muka dia bengang gila. Aku nampak mulut dia kumat kamit. Menyumpah aku la tu sebab dah buat dia stuck. Aku tengok muka dia panas semacam je, lagilah aku seronok. Yang lagi bestnya, kereta-kereta lane seblah pon tak mau laju. Macam dah pakat-pakat je nak mainkan si tua ni. Apalagi, aku pasang radio. Dan menyanyi dengan tenang. Orang tua tu terpaksalah membontot di belakang kenderaan aku yang se-slow 90km/j tu. Engkau bayangkan!!!!
Best tak, uncle???
Bila aku masuk je simpang ke Cheras, dia terus overtake dan main minyak macam orang kena sawan kat tengah jalan. Dia pandang aku macam nak telan. Dan lepas tu hilang. Aku? Apalagi … gelak macam jin.
Begitulah kisah perjalanan pulang ke rumah yang menyeronokkan.
Aku kena tidur sekarang!
1, 2, 3… sleepppp!
Posted by chika under
Uncategorized Whoa!Aku … ehem …
Menonton movie lagi …
Ehem …
Pagi tadi aku hilang tuju. Err … hari-hari pun aku hilang tuju. Budak-budak lelaki baru tamat menonton
Shrek3 buat kali yang ke-beberapa-juta. Selepas itu, aku continue
Happy Feet. Ehh.. budak-budak lelaki ni pon continue lagi. Tanpa menghasilkan ayat-ayat panjang yang tidak berguna, aku meringkaskan filem ini sebagai …
BEST! Best gila.
Aku suka melihat para penguin berjalan bersama bontot-bontot mereka yang cute. Rasa nak tepok je sekor-sekor. Bulu-bulu di dada mereka kelihatan lembut dan gebu. Mata mereka bukan sikit punya pesona lagi. Tapi aku tetap meminati bontot-bontot comel mereka yang terkedek-kedek berjalan. Ketika Mumble kecil, dia bagaikan seekor bayi yang terlalu comel dan innocent.
Lihatlah. Oh, lihatlah! Mumble terlalu comel. Dengan ini, sumpah ! Kalau aku kehamilan satu hari nanti… aku tidak mahu menonton Happy Feet. Khuatir kalau-kalau aku menjadi obses dengan kecomelan Mumble. Astaghfirullah…. Mumble, nak jadi anak angkat aunty tak? Setiap hari kita makan KFC. Oh, atau juga McD. Dan kita akan bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa setiap petang dan malam. Mumble boleh panggil aunty … Mama. Aaaaaaa …. Boogie wonderland~
Aku nak adopt dia.
MATAHARISudah 3 hari jasad aku ni tak kena sinaran Matahari. Terasa lama tidak melihat dunia yang bulat. Sudah 3 hari jugalah tidak menyentuh stereng kereta. Jangan kata menyentuh, melihatnya pun tidak. Kerna aku diam-diam saja dalam rumah. Ala-ala perempuan Melayu zaman Kesultanan Melayu Melaka la. Bezanya, perempuan zaman itu sibuk kelentang-kelentung di dapur. Aku pula… ehem … sibuk menghentak-hentak keyboard mengalahkan kerani pejabat kerajaan.
MASAK
Tadi aku masak! Dah bertahun-tahun-tahun aku tak melakukan perbuatan tak berapa best ni. Masak ? Bukanlah ‘masak’ sangat. Goreng kentang SAHAJA. Sedap? Sedap nak mampus. Rangup Keras. Hangit . Hitam. Krup…krup… habis jugak dimakan oleh keluarga tercinta. Terima kasih semua. Esok aku tak masak dah. Janji.
ESOK
Esok kena bangun pagi-pagi-pagi-pagi. Sepagi yang boleh difikirkan. Kerna esok adalah hari yang sangat bermakna buat ……. (isi tempat kosong).
Posted by chika under
Uncategorized Aku tengok movie lagi.
Sebab aku tengah kaya.
Kaya dengan MASA.
Masa dibuang begitu saja tanpa rasa bersalah.
Ini barulah, life!

Orang tengok
Transformers mata terbeliak.
Tengok penuh aksi.
Aku tengok … sambil melipat baju.
Dan bersandar-sandaran.
Lalu merasakan…
Transformers adalah sebuah filem air mata.HAR HAR HAR!
Kesian bila robot baik mati dengan begitu mudah.
Nasib baik menonton dengan Haikal. Kalaulah aku menonton secara solo, mati aku tak faham jalan ceritanya apa. Sebab otak aku bagaikan tidak cukup cip. Dia lambat sket nak proses filem aksi. Sepanjang menonton pon, tak habes-habes aku soal Haikal..“ni robot baik ke jahat?,” adalah dalam 6 juta kali aku tanya. Sampai akhirnya Haikal keluarkan formula.“Yang muka lawa, comel-comel.. ada warna-warni.. robot baik atau disebut autobot. Yang buruk-buruk, muka violent … robot jahat. Yang jahat tu nama dia Megatron,” dan akhirnya… aku faham juga dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana jahat. HA HA HA! Thats why aku tak minat menonton yang aksi-aksi. Menonton filem komedi dan cinta kan mudah. Dan lebih related dengan kehidupan hakikiku. Roll out!
Terima kasih.

Sebenarnya, Transformers adalah sebuah filem cinta dan air mata. Lalala~
(
moral : jangan ajak aku menonton filem aksi kerna aku akan mengeluarkan statatement baru yang mengejutkan industri perfileman Hollywood)
Baru aku teringat, sebenarnya sebelum pulang bercuti.. aku ada menonton
Accepted di Studio. Owh, peoples! Beginilah filem yang tasty! Filem sebegini barulah menepati citarasa sederhanaku. Untuk filem ini, aku bagi 5 stars secara percuma. Ngeee… Filem komedi, cool dan relaks.

Dan aku menonton beberapa movie lagi secara bersiri. Semuanya dilakukan bukan sahaj demi membunuh waktu, tetapi juga untuk membunuh gangguan perasaan. Aku perlukan fikiran yang berkualiti. Dan juga .. ehem … kesihatan yang berkualiti.
Ohhyaa… aku terlupa mengistiharkan kepada semua bahawa aku demam. Aku kehingusan. Setiap pagi aku akan mengutip longgokan tisu untuk dibuang. Suara aku sudah transform menjadi lain. Lain macam. Sedap juga kalau didengar betul-betul.
AIZAR.
Dua hari lepas dia datang hantar kek coklat yang bunda saya tempah padanya. Kek dia sedap. Sesiapa nak kek coklat, hubungi pembuat kek ini. Hubungi dia untuk tempahan kek sahaja. Kalau mahu berbincang soal lain yang melampaui batas-batas urusan kek, pergi sign up forum-forum di laman web tempatan.
Dan kawan saya ni ada masalah dengan seorang ‘kerbau’ lelaki. Saya kenal ‘kerbau’ tu. Saya tak menyangka si ‘kerbau’ sudah melampau dan membuatkan kawan saya stress. Mungkin kawan saya ni baik sikit dari saya. Kalau saya dalam kondisi kawan saya ni, dah lama ‘kerbau’ tu saya sembelih dan masak kurma untuk lunch. Kerbau dan keluarganya betul-betul sudah hilang pertimbangan. Bersabar ye, kawan.
Tak ada apa lagi nak conteng.
Tak sihat.
Kepala kosong.
Posted by chika under
Uncategorized Eddy, sorry if my title sounds like yours.
Dan isi kandungan juga.
Maybe ada persamaan … sikit.
I guess.
HA HA !
Balik UKM pada petang Rabu yang … damai. Balik kerana beberapa sebab yang nyata, dan yang tidak nyata juga. Antaranya :
- mengambil pulang carpet di hostel
- membuat pengesahan bilik untuk semester depan. Hey, hey Zaaba’s management! Suka sangat duit aku eh? Setiap kali aku naik office, tak sah kalau dia tak denda aku. Engkau tahu … yang suka makan harta orang awam itu namanya
wakil rakyat pisau cukur brand Gillette. Okay, kawan-kawan! Nama pihak pengurusan Kolej Zaaba kesayangan kita itu ialah GILLETTE. (aku tak gemarkan perempuan tua perasan cantik, suka pakai eyeshadow biru itu! Dia tak cantek, sama macam perangainya. Tengking-tengking kita, macam kita ni budak hingusan. Dia cuma staff pengurusan kolej. Aku pelajar degree jurusan senibina. Dia tak patut berbahasa kasar dengan aku yang penuh ilmu di dada ini. Mungkin dia belum tahu mulut aku cop DURI)
- sebab lain pulang ke UKM adalah untuk menjemput kasut-kasut saiz EMPAT ku pulang ke rumah.
- dan terakhir … ada hidden agenda. Nak jumpa hatiku yang tercicir di Bangi. Aku kangen pada hati. Tanpa hati terasa sepi. HA HA … mungkin tulisanku bunyinya macam spastik. Tapi sebenarnya itu romantik. *siapa ada gula-gula Mint? Nafas rasa panas*
Petang tu SMS Farah ajak ke Metro Kajang. Dia sombong menolak pelawaanku. Katanya nak study untuk exam esok harinya. Aku pon satu.
Derhaka. Ajak member yang nak exam pergi beli-belah. Kalau dia betul-betul nak jadi ulat, aku tekad nak pergi seorang diri buat julung-julung kalinya. Fuh, thrilllll! Aku pergi Kajang sendiri? Ada chance tak jumpa Kajang. Ada chance jugak sampai Seremban.
Tapi sebenarnya Farah berpura-pura. Dia kata dia nak pergi. Maka, kami pon pergilah dalam rinai hujan. Aku pergi demi sepasang crop cardigan dan sepasang baju. Dan berasa sangat puas mendapat Toblerone hitam. Bukan senang nak dapat. Aku pon masih tak faham kenapakah ia sukar sangat didapati. Kan Farah?
Malamnya, marathon movie kat pc Ainul. Hi Ainul! Saya guna pc awak tempoh hari untuk menghiburkan hati yang pahit-pahit kelat. Farah tu … mata kiri baca note Technology, mata kanan join aku tengok movie. Engkau memang ratu hatiku! Dan malam itu adalah malam pertama aku kembali menonton selepas beberapa bulan. Movie terakhir yang aku tonton ialah Mr Brooks.Beberapa bulan yg lalu iaitu ketika sibuk dengan design.
MR.BROOKS

Filem tak best. Tentang psychic. Idea cerita macam interesting, tapi scene dia semua bosan. Walaupun ada beberapa aksi pasangan sedang
‘membuat cinta’ … scene nya tetap bosan! Membuatkan aku pause 66 kali dan menyambung semula pabila terasa sesak nafas dengan Design. Tapi
Dane Cook berlakon. Dia macho dan cool. Oleh itu, aku bagi satu bintang untuk Dane Cook. Kesian dia.. berlakon filem mengantuk macam ni. Namun begitu, aku berasa agak kasihan melihat pasangan-pasangan yang sedang
‘membuat cinta’ dibunuh dengan kejam. Mungkin cerita ni boleh ditayangkan ketika
Kempen CEGAH MAKSIAT & ZINA.
Malam itu, di studio … aku tengok Mr.Bean’s Holiday.
MR.BEAN’S HOLIDAY
Aku tak suka siri Mr.Bean di TV biasanya. Tapi movie ni best. Macam biasa, Mr.Bean meneruskan perjalanan kariernya sebagai seorang pelawak sarcastic. Lawak dia semua merepek. Kalau tengah bengang, rasa nak hempas TV je dibuatnya. AHAHA. Movie ni bagi aku memang lucu. Gelak sampai perut aku tegang. Scene favorite aku ialah ketika dia hendak menumpang motobasikal sorang lelaki tua ni. Terserlah kebodohan dia. AHAHA.

Habis je Mr.Bean, aku continue terus play Employee Of The Month.Farah kata dia tengok dua kali.
EMPLOYEE OF THE MONTH

Best. Memang best. Sekali lagi, Dane Cook memang cool. Hmm.. okay, aku setuju dengan
Adian. Jessica Simpson can’t act.
Lakonannya tidak lebih dari sekadar menayangkan breastnya yang konon-konon voluptuous tu. Aku tak faham. She’s a cashier. Not acting as a bitch, or … as a supermodel. Tapi dia tak habis-habis dress up nak show off boobs. Yeww! Jessica Simpson, get lost! Tapi rambut dia super duper yummy. Aku adore rambut dia. Look fresh. Kick Jessica Simpson out, lets talk bout the movie. Siapa belum tengok, tengoklah. Simple movie. Tapi entertained.
Dan pada hari Khamis, selepas breakfast bersama kekasih … menonton The Holiday pulak. Pon Farah yang suggest. Aku pulak suggest Hafiz pergi tengok Mr.Bean guna pc Ainul. Nasib baik Farah dah transfer movie masuk pendrive. Bolehlah tengok guna laptop aku yang veteran tu.

I like this movie! Sweeeeeeeet like chocolate. Love story. Aku suka idea home exchange yang menjadi idea utama filem ni. Exchange rumah, exchange ke
reta dan exchange environment diantara dua orang. Mesti kita bukan saja mendapat suasana baru, tapi boleh juga merasa untuk jadi somebody else. Interesting kan? And oh…
Adian said in his blog …
Ahaha!
Then I got the problem lah! Sebab aku masih tidak berminat dengan Jude Law. I don’t think he looks charming. Dia … biasa saja =) Tiada siapa-siapa yang charming dan cool dalam movie ni. Tapi filem ni tetap cool dan manis. Maksud saya … sweet. Cameron Diaz nampak tua tapi dia berlakon dengan comelnya. Mungkin juga atas faktor stail rambut, membuatkan dia nampak comel. Kate Winslet… oh my god! Nampak tua-tua-tua. And yeww! Body tak lawa. Ahh, yang penting… nah my
two thumbs up!
Itu sahaja.
Aku bukan Adian.
Tak larat marathon lama-lama.
Tengok terlalu banyak movie boleh buat mata aku juling.
saya ada niat besar. setiap pagi hendak pergi gym. tapi ini niat, bukan azam. belum boleh janji sama ada saya sanggup ataupun tidak. kelakarnya saya.