Jangan Jatuh Maruah
Aku harap …
Cuti aku terisi dengan pelbagai aksi dan eksplorasi menarik. Malangnya aku terlalu malas. Start enjin kenderaan pon malas apatah lagi memandu ke sana ke sini. Akibatnya, jiwa remajaku kurang terisi kebelakangan ini. Tetapi, aku macam mendapat jiwa baru. Iaitu jiwa perempuan usia pertengahan. Lebih kuranglah macam jiwa makcik-makcik. Aku teringin nak buat cross stitch. Tapi aku belum berani hendak menyuarakan keinginan kelas pertengahan ini. Kerna aku rasa maruahku sebagai remaja tercemar kelak. Adakah benar sangkaan aku? Atau ini cuma sebahagian imaginasi di alam fantasiku yang bukan-bukan?
Ah, lupakan cross stitch! Kerna aku menaruh hati hendak memasak makaroni bakar dan sebagainya. Aku hendak belajar memasak kesemua jenis makanan kesukaanku supaya pabila aku mengidam tanpa disangka-sangka.. aku tak perlu menyusahkan sesiapa. AHAHA! Dan .. dan .. dan ! Dan lagi satu yang hendak aku luahkan. Hidungku rasa tidak lapang ketika bernafas. Emosi pon macam antara hidup segan mati tak mahu. Sebab dah lama aku tak menjalani terapi jiwa. Aku nak terapi! Gulp! Tak ada apa yang aku perlukan sangat ketika ini kecuali sebuah laptop baru kerna laptop ACER aku tak berapa baik kesihatannya. Tapi macam mustahil je dapat laptop baru sedangkan si ACER tu masih mampu beroperasi. Tak guna! Oleh sebab itulah aku merasakan, iada apa yang terlalu aku inginkan ketika ini. Tetapi sebagai seorang ‘belanjawan negara’ aku memang sentiasa terkinja-kinja hendak membeli-belah. Soalnya, ga punya teman. Dan harapan terakhirku adalah Athirah. Semoga kami berdua dapat berpeleseran di Mall bagaikan merpati dua sejoli. Aku berorientasi straight. Naluriku bukan pada wanita. Itu metafora sahaja. Repeated : Metafora SAHAJA.
Ada orang hantar email yang menyeronokkan kepada aku tempoh hari.Dia mencarut sebaik mungkin.Dia marah aku. Emosi habis macam seorang yang keruntuhan moral.Ah, aku benci mencarut! Siapa mencarut memang tak ada maruah! Marah-marah aku macam dia bagus sangat je. Aku yang tak berdosa ni mati kutu dibuatnya. Tak faham kenapakah aku dicarut sedemikian rupa. Mungkin juga dia seorang freelance. Pencarut bebas. Mencarut orang ramai secara random melalui teknologi e-mail. Dan aku salah seorang yang bertuah. Maaflah. Aku tak pandai mencarut dan aku tak faham hampir 90.8% apa yang dia sampaikan. HAHA! Dia tak bermaruah! Maruahnya jatuh di tanganku! Pencarut bebas memang seorang remaja kejatuhan moral dan mungkin juga desakan hidup yang melarat. Mungkin dia terlalu miskin. Miskin harta, miskin budi bahasa malah miskin ilmu. Kesian.
Pada satu kes yang lainnya,
Pencarut bebas : Woi tut*
Aku yang tak berdosa : Salah orang.
Pencarut bebas : Kau ni memang tut*
Aku yang tak berdosa : Kau dah solat? Pergi solat dulu. Lepas solat nanti kalau kau masih ada hati nak mencarut juga, memang neraka dah panggil la tu.
Itulah kali terakhir seorang ‘haiwan liar’ ni YM aku. Sebab tu aku malas layan stranger. Mereka ni main add je kita dalam friendlist dia dan menganggap kita ni macam mereka; suka bersosial tak tentu arah. Kepalahotakengkau.
Aku ingat lagi kenangan pahit mulut kena cili dengan bunda. Tu pon bukan salah aku. Salah anak jiran sebelah. Dia bermain sambil menyebut perkataan ‘khinzir’ secara berirama. Budak-budak. Biasalah suka imitate. Aku pon tiru juga. Belum sempat buat irama, baru sebut sekali SAHAJA dah kena tarik masuk rumah. Kena lumur dengan cili mulut aku yang tak berdosa ni. Punyalah aku memohon ampun dan simpati. Nasib ada arwah opah. Aku diselamatkan. Sejak peristiwa ngeri itu, aku taubat nasuha tidak mahu mengikut peredaran zaman lagi. Biarlah satu dunia menganggap mencarut itu sebagai trend hidup masa kini. Aku tetap menolak trend itu. Kerna panas pijar cili merah masih terasa kat mulut aku. Demi maruah dan air mata, aku nasihatkan semua orang janganlah mencarut.




November 28th, 2007 at 3:14 pm
siapa yg mencarut tuh? huks… aku taknah kena cili….tp penah tlg mak aku amek cili utk dicilikan ke mulut adik aku sbb dia mencarut! hehehe
November 28th, 2007 at 3:33 pm
farah – ko tolong mak ko? sampainya hati ko. tapi xpa la… berguna untuk mendidik masyarakat sekarang yg terlalu menganggap mencarut itu sbg trendy. ahahhaha.
November 28th, 2007 at 3:39 pm
erk..kene cili mulut..sedangkan cili kene tgn pon da pijar tgn sy dibuatnye..kalo mulut kene cili..x dapek nk byg betape saket rasenye..isk2..insap2~
November 28th, 2007 at 3:42 pm
sham – sbb tu peristiwa ngeri tu masih menghantui sampai kini.
November 28th, 2007 at 3:46 pm
buat masa ni kan..
tulang kita sama berat.
har har harrrrr…
kipas bilik aku xleh on..
remote die rosak..
ah, teknologi nye burden ni.. huhuhu//
oh ye.. aku penah kene cili padi mase kekecik dulu..
panggel mak aku ‘b*d*h’.. huhuh..
tobat//
tp, bebudak zaman skang.. mak aku x cili pon.. aduh.. mcm mane nak ajar.. hermmmm
ho..pencarut bebas.. orang2 macam ni x layan kang die stress..
kirenye mencarut itu adelah ektiviti masturbasi die.. har har har..
maapkan sedikit ke-X-an di atas
November 28th, 2007 at 3:53 pm
astri – penggunaan term berbaur sexual dibenarkan. perlakuan lucah carutan sahaja dilarang. Mungkin dia mendapat kepuasan hidup dgn menjadi pencarut bebas. Aku tak layan. Biar dia stress dan ubah profesyen supaya melayu jadi lebih maju.
November 28th, 2007 at 4:00 pm
pencarut bebas? sukahatidepala kan. wat tatau je chika. kalau u marah marah, kompem si pencarut bebas tu akan lebih ghairah.
masa kekecik, penah gak tersebut perkataan ‘vavik’ tapi sib baik tak penah kena cili. huhuhuhu..
November 28th, 2007 at 4:12 pm
chika pencarut bebas tu lelaki ke pompuan huh?
November 28th, 2007 at 4:20 pm
ernisuhana – no. of course i tak layan. wrong person la. biar dia stress dan carik keje lain yg boleh memajukan diri dia. benda2 tu sikit tak ganggu my life.
mixterr – lelaki kot. email dia cam id lelaki. lebih kurang cam ada ‘black’ something
November 28th, 2007 at 4:35 pm
u dah ignore dia ke blom? eiii, ade eh manusia camtu dalam dunia ni. biar dia stress.. pehtu dia akan kena hypertension cam i. ahahahaha!
November 28th, 2007 at 5:41 pm
kalu dah bukak 8 PSD file saiz A3 camtu, laptop mane xsakit. huhu…
November 28th, 2007 at 5:50 pm
Mencarut Bagus Untuk Lidah Dan Bibir..
Tapi Tidak Bagus Untuk Minda Dan Hati..
Mencarut Merosakkan Bahasa. Apatah Lagi Bahasa Yang Dirosakkan Tatkala Tidak Mencarut.
Ahhh…
November 29th, 2007 at 1:21 am
Betul, Betul, Betul
November 29th, 2007 at 1:28 am
heheh tingat satu umat yg pernah buat entry di blog semata2 utk mencarutkan sy. sungguh miskin akhlak dan hina moral sekali beliau itu. mungkin dia rasa dia hebat, maka mencarutkan org adalah kemuncak kehebatan dia *sambil nyanyi lagu Menuju Puncak* puihhh~
chika = kene carut
sy = kene carut juga
kita = artis? wakakakakakaka~
November 29th, 2007 at 8:38 am
aku tak larat nak baca blog ko yang berjela-jela. lama dah aku tak masuk blog ko. just nak balas komen je. tq. selamat bercuti.
November 29th, 2007 at 8:39 am
hoit. budak comot. :p
November 29th, 2007 at 11:45 am
adian – kata architecture. mmg kos penjahanam laptop.
qaiyum – merosakkan bahasa lagi baik dari mencarut menggunakan perkataan yg tepat.
mrozaidi – ahaha.
masy – cannot tahan wo. kita artis rupanya. HAR HAR HAR!
mr.lee – erk? comot? comot ka??
November 29th, 2007 at 5:31 pm
jarri – tak pe. ni semua tak wajib baca. releksss
November 29th, 2007 at 8:23 pm
whoih syg~~
bab carut mencarut nih, adakah sbb u terbaca status ym i yg berbunyi “MENCARUT”ness MODE tu??
huhuhuh….
ia tiada kaitan dgn sesape pun ok syg…
i pun pnh kne cili ngan maid i dlu sbb maki2 jiran i yg baldipool *mencarut*. tp skrg, jiran i tu plak, hampir jd ehem2 x rasmi.. ahahaha…
November 30th, 2007 at 6:01 am
syaff – ehhh.. x de kena mengena ngan u la syaff. tidak.tidak. ini adalah cerita aku. 100% aku. ehehehe
December 1st, 2007 at 3:37 pm
nyah..mak ker carut ko noks?bukan bahasa mak slalu berbaur carutan..tp cam ko tak kenal mak noks?mak ker?(dengan sedey mengambil tisu premier kat blakang keta sambil lap mata..pedih dan perit sebab tengah kupas bawang dalam keta…ha tu dia…on da way nak p kenduri pun sempat kupas bawang noks!!!!)
December 1st, 2007 at 3:49 pm
gedik – ko jgn nak menggedik kat sini. tak de maknannya. dah la lama ilang lesap. tah bila pulak ada masa nak mencarut kat aku. ahahahah… ko bz buat apa ni nork?
December 2nd, 2007 at 7:03 am
cik chika..
better u blajo bt cross stich dr masak
serius! masak perlukan kesabaran yg tggi
tp kalo sanggup nak masak x pe la
cross stich senang je..bukan pki mesin jahit pon..smpai baring pon bleh pro bt cross stich ni
:p
December 2nd, 2007 at 3:36 pm
kisah – tapi i ni takde masa :( tunggu pas grad la. selagi blaja architecture ni, slagi tu la tak de cuti.