Boogie Wonderland

Whoa!
Aku … ehem …
Menonton movie lagi …
Ehem …

Pagi tadi aku hilang tuju. Err … hari-hari pun aku hilang tuju. Budak-budak lelaki baru tamat menonton Shrek3 buat kali yang ke-beberapa-juta. Selepas itu, aku continue Happy Feet. Ehh.. budak-budak lelaki ni pon continue lagi. Tanpa menghasilkan ayat-ayat panjang yang tidak berguna, aku meringkaskan filem ini sebagai … BEST! Best gila.

Aku suka melihat para penguin berjalan bersama bontot-bontot mereka yang cute. Rasa nak tepok je sekor-sekor. Bulu-bulu di dada mereka kelihatan lembut dan gebu. Mata mereka bukan sikit punya pesona lagi. Tapi aku tetap meminati bontot-bontot comel mereka yang terkedek-kedek berjalan. Ketika Mumble kecil, dia bagaikan seekor bayi yang terlalu comel dan innocent.

Lihatlah. Oh, lihatlah! Mumble terlalu comel. Dengan ini, sumpah ! Kalau aku kehamilan satu hari nanti… aku tidak mahu menonton Happy Feet. Khuatir kalau-kalau aku menjadi obses dengan kecomelan Mumble. Astaghfirullah…. Mumble, nak jadi anak angkat aunty tak? Setiap hari kita makan KFC. Oh, atau juga McD. Dan kita akan bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa setiap petang dan malam. Mumble boleh panggil aunty … Mama. Aaaaaaa …. Boogie wonderland~
Aku nak adopt dia.
MATAHARI
Sudah 3 hari jasad aku ni tak kena sinaran Matahari. Terasa lama tidak melihat dunia yang bulat. Sudah 3 hari jugalah tidak menyentuh stereng kereta. Jangan kata menyentuh, melihatnya pun tidak. Kerna aku diam-diam saja dalam rumah. Ala-ala perempuan Melayu zaman Kesultanan Melayu Melaka la. Bezanya, perempuan zaman itu sibuk kelentang-kelentung di dapur. Aku pula… ehem … sibuk menghentak-hentak keyboard mengalahkan kerani pejabat kerajaan.

MASAK
Tadi aku masak! Dah bertahun-tahun-tahun aku tak melakukan perbuatan tak berapa best ni. Masak ? Bukanlah ‘masak’ sangat. Goreng kentang SAHAJA. Sedap? Sedap nak mampus. Rangup Keras. Hangit . Hitam. Krup…krup… habis jugak dimakan oleh keluarga tercinta. Terima kasih semua. Esok aku tak masak dah. Janji.

ESOK
Esok kena bangun pagi-pagi-pagi-pagi. Sepagi yang boleh difikirkan. Kerna esok adalah hari yang sangat bermakna buat ……. (isi tempat kosong).


Recent Entries

27 Responses to “Boogie Wonderland”

  1. fara-D Says:

    yeah! aku juga suka bontot-bontot itu….sapa eh yg sangat tak suka happy feet neh…ha! ainul! cukup anti kat citer neh! huhu!

  2. Adian Says:

    salute cite ni tinggi2! xsia2 kuar tgh mlm g bli dvdnye d kedai underground dahulu. musical die best gilaaaaaa…. trus download soundtrack die.

  3. ChikaDior Says:

    farah – aku mendapat obsesi pada bontot penguin dah ni. i love bontot penguin! oy yer? enol tak suka? nape? dia tak minat bontot kot.

    adian – yebbbbaaa… best namampos kan? mak aku pon suka musical dia. dgn music yg best, suara best, animation pon… uuuuww!

  4. fara-D Says:

    enul tak suka sbb dia jeles ada saingan hebat kot? hehe! *wink!*

  5. Adian Says:

    enul suke bontot ayam je. remember?

  6. Nyetok Says:

    pernah aku nonton animasi neh dlu, tp xsempat tgk ending.. cetak rompak pnye pasal…

  7. TimYohannon Says:

    ni apa bontot-bontot ni?

  8. fievelski rensler Says:

    hayyo…u ols men bontot ker? hine la ko popuan!![dengan nada tidak bermaksud kelucahan]neway cite tu besh..tapi dah tak besh bila hanuar asyik berulang kali berzikir ‘bogie wonderland’ dengan nada yg sangat lucah..tak boley ditayangkan kepada remaja belasan bulan….sungguh 18sx..motif?

  9. ChikaDior Says:

    farah – amboih mulot…. awat deras sgt…Tapi aku fhm la the ‘wink’ tu

    adian – ni lagi deras. bontot ayam ku suka juga. kami berpesan-pesanan to each other sekiranya makcik penjual bontot tu ada. Susah dpt wo bontot dia..

    nyetok – aku bli lagilah cetak rompaknya. dengan harga yg sgt MURRRRAH. Dalam RM1.50 je satu DVD. AHAHA

    timyohannon – kami obses dgn bontot. Cuba sebot BON-TOT byk2 kali. Senaman rahang yg baik.

    Fievelski Fifi – cam la ko tak suka bontot. Bontot penguin tu, kalau dapat… memang aku tepok kuat-kuat. Gerrrammm mak!Ko jgn sebot psl Nuar nyanyi Boogie Wonderland versi Lucah. Aku terasa nak lempang muka dia dua tiga kali. Aritu, sambil buat keje group, dia boleh hiburkan kami dgn lagu lucah dia bersama suara yg seksi namampos tu. Yewww!

  10. fievelski rensler Says:

    dia kan ala2 penghibur jalanan tak berlesen. pantang ada orang benti keta kat trafik light..mula lah wat show…bogie wonderland..sambil goyang pinggul bagai ala inul tp nampak cam enol…iks!!

  11. ChikaDior Says:

    Fifi – ha, bagos la tu. entry aritu mengutok puteri kayangan mata cantek tu, harini mengutok member sendiri. ZAHAHAHAHDID! lenkali, kalau dia tgh layan kepala menyanyi Boogie Wonderland versi Porno dia tu.. ko jentik pinggang dia kasi sedar. Aku tak tahan kalau dia miming lagu tuuu… aaaa sabarriahhh

  12. fievelski rensler Says:

    hahhhh…skang ni dia ada obsesi baru..balik sini baru aku bagi tau

  13. ChikaDior Says:

    fifi – esok aku balik!
    yeay.. esok aku nak tau.Eh Fifi, nama u mcm nama kak Mimi cantek la…

  14. fievelski rensler Says:

    owh penguina? be careful of wut u wish for…penguina lopez de sequira la nama latinnyer..motif? hati2 tepok bontot anak ko yer..karang patah tulang blakang dier..tak sempat membesar bak bayi dumex!!

  15. ChikaDior Says:

    fifi – anak aku anak melayu ok. Takde masa nk bagi nama latin kecuali bapak dia… lelaki latin. Tp mak tak suka lelaki latin, nok! Nasiblah anak aku kena tepok nanti. Aku nak tepok kuat-kuat. Kasi bontot dia comel macam penguin. Dan lagi satu, anak aku tak minum Dumex. Minum Nespray okay….

  16. fievelski rensler Says:

    alah..anak ko kalo dah bontot comel cam penguin..jalan tersepit kat pintu..bontot mengembang..musti klakar giler..motif?gurau senda di pagi hari syahdu nan ado…hiks!

  17. ChikaDior Says:

    fifi – klu dah tersepit kat pintu sbb bontot mengembang mesti la lg cute nya… ahahaha…. aku nk adopt anak penguin la. Mana nak dpt eh?

  18. sayangsalman Says:

    bontot???satu isu yang menarik!

  19. astige Says:

    happy feet best kerana lagu2 nya best..bertambah ngan montot2 comel si penguins.. ngahahahha

    tp, aku x tgk lagi shrek.. 1 n 2 n 3.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

  20. faisal Says:

    slm chika, best gila ah cite happy feet, masa gi tengok wayang dulu budak2 kampung sume gelakkan cam bidak2 katanye,muahhaha..last2 diaorg gi tengok senyap2,korang ingat aku tak tau,kekekeke..

  21. ChikaDior Says:

    salman – engkaukah itu salman rais???? memang sah lah engkau. sbb aku tau ko pon suka bontot… cing cingg!

    astri – engkau pons etuju dgn aku kan tentang perihal bontot… Shrek best… kena tgk semuanyaaaahaha~

    faisal – mana kamu tau bdk2 tu pegi tgk? kamu ngendap ye? ahaha…mmg perangai budak-budaklah klu camtu. AHAHAHAH

  22. sayangsalman Says:

    mesti la suke.orang gile je tak suke bontot.bontot kan menarik.

  23. fara-D Says:

    alaaaa…aku pon nak tau obsesi baru weh!!Jahats!!!

  24. astige Says:

    tetibe.
    isu montot menjadi hangat.
    ngahahahhahaha

  25. ChikaDior Says:

    salman – tp jgnla terlalu ghairah. tabaik..

    fara – alamak, aku pon lupa tanya gedix smlm kes obses tu.

    astri – ngahahah!shake ya bon bon!

  26. Adian Says:

    this really is major – untuk fifi. *motif?*

  27. ChikaDior Says:

    adian – wut are u trying to say???

Leave a Reply