Satu Hari Yang Tidak Berhasil

Hariku ini sangat tidak produktif. Sekali lagi aku berpeluang menjadi warganegara yang tidak mendatangkan hasil buat negara. Aku cuma beroperasi sebagai seorang manusia yang diprogramkan untuk makan, minum, tidur dan melayari internet menambah ilmu di dada. Selebihnya, tiada plug-in lain yang di-install ke dalam sistem badanku.

Program Makan – Hari ini dapat merasa kek Sarawak sedap. Dibuat dengan penuh dedikasi dan kreativiti. Keknya bercorak-corak. Berlapis-lapisan. Sekali masut mulut, nikmat dia sangat terasa. Tetapi aku masih mengidamkan KEK COKLAT. Ada sesiapa yang baik hati nak buatkan sebijik?? Yang berkenaan tu, pandai-pandailah TERASA seperti disindir ye. AHAHAHA.

Siapa pandai buat kek, dialah yang terasa KEKnya.

Pada waktu malam, kami sekeluarga menikmati ayam panggang black paper. Aku harap, bila aku sudah besar nanti dan sudah mampu memiliki dapur sendiri, aku akan pandai masak. Kerna aku sukakan makanan. Inilah harapanku yang terasa berat di dada.

Ini bukti bahawa Astri ada merasa ketupat yang dikatakan sedap dan merugikan kalau tak rasa itu :

Sebenarnya siang tadi tekak aku terasa macam nak makan ketupat. Maka, aku terkenangkan dua bijik ketupat ini. Menyesal tidak ajak Astri berkongsi. Makan berduakan lebih sedap :) Aku bertanya pada ibuku… kalau-kalau aku boleh mendapatkan ketupat lalu aku kenyang menelan jawapannya … “Ah, jangan nak fikir ketupat-ketupat bagai. Tu, makan lemang abah beli tu,” aku sentap seketika. Yew, aku sangatlah tak suka lemang.

Grandparents – Datang tadi dari Johor. Esok bergerak ke hotel. Dan aku sudah awal-awal dikerahnya menjemput mereka di hotel esok. Aku membantah. Dan akhirnya, aku disuruh dan dipaksa menghadiri majlis makan-makan di Ampang. Majlis besar. Aku tak suka. Lagipun tak banyak remaja funky dan fashionista akan hadir pastinya. Yang ada hanyalah mak-mak dan pak-pak DATIN danDATO’. Sungguh out of my line!

“Alah, awak kan suka duit. Esok entah-entah jumpa jodoh kaya,” Maktok cuba sogokkan fikiran aku dengan ideologi itu.
“Jodoh orang tua buat pe. Kaya, tapi tak sedap mata memandang,” sejujurnya aku tidak pernah berangan mahu menikahi hartawan tempatan yang kaya. Kerna aku pasti trauma kalau terpaksa mendampingi orang-orang tua yang…. kulitnya sudah… tidak tegang.
“Nanti dapat cucu menantu sama tua dengan Aki, dengan Maktok. Tak ke malu?,” aku mula tak puas hati.
“Tak apa lah. Redha,” sampuk Aki.

Sekadar gurauan tak apa.
Ya Allah, Engkau Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Kasihani hambuMU ya Allah.
Amin.

“Esok banyak menteri datang,” - Maktok.
“Sapa?,” - aku
“Bla..bla..bla..” - Maktok.

Loh. Politikus ‘karat biru’ ka? I layan ‘hijau’ ja.
Ternyata.
Ideologi politik atuk-cucu adalah berbeza.
Tetapi, dalam sesebuah keluarga…
Politik tidak pernah menjadi dalang kasih sayang.
Kerna aku tetap menerima wang saku yang banyak dari atukku walaupon kami berpegang kepada ‘WARNA-WARNA KEPERCAYAAN’ yang berbeza.


Kusuka lagu ini.
Andai Ku Tahu – Ungu.
Marilah kita bertaubat dan insaf.
Hentikan duniawi yang fana ini.
Perbuatan menangkap orang berpakaian kuning dan menahan orang yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid adalah kezaliman dunia yang hakiki. [klik]

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

Recent Entries

8 Responses to “Satu Hari Yang Tidak Berhasil”

  1. nieja Says:

    pegik je chika mane la tau jmpe fahrin haha.. merepek lak..

  2. ast3 Says:

    wah..
    majlis2 besar..
    mmg agak bosan.. hahahaha..
    xleh gelak macm org gila..
    kadang2 protokol sana protokol cni..
    but to them.. biasa la..

    p/s: ketupat palas mak farah mmg sedap//ngahahahha

  3. syaff Says:

    euwwww… xsuke protokol2 ok…
    bosan dan sangap….

    nk skett ketupat palas~~~
    nk lemamg gak~~~~
    wuhuhuhuhu…..

  4. fara-D Says:

    hmm… ko balek ukm bile? kang kalo ada ketupat yang sempat diselamatkan…aku bwk khas utk ko! heheh!

  5. cuya Says:

    hailaaa ketupat….dah habis raya…erm…

  6. aiza a.k.a jaja Says:

    waaaaa..
    nak jugak ketupat yg xdpt mkn tuh!!
    nih sume sebok mkn bende lain..
    pastu cite lak gosip2..agaga

    err..terase sunggoh ayat penyata diatas skalik..agagagaa

  7. TimYohannon Says:

    aku termenung sekejap bila dengar lagu ni…

  8. fara-D Says:

    bila msg mak aku menanyakan masih wujudkah ketupat di rumah, mummy replied: “ketupat elek sudah!”

Leave a Reply