Tetapi aku sudah menganugerahkan cuti semester kepada diri sendiri. Pertama, exam terakhir adalah pada 21 hb nanti. Aritu paper Ukur Tanah (yang boleh diklasifikasikan sebagai kekecewaan yang durjana). Ukur Tanah pada hari Isnin lepas. Dan paper terakhir akan disambung 21 hb. Engkau kiralah sekarang. Patut ke tak.. kalau aku istiharkan diri sebagai CUTI bersalin. Kedua, cuma tinggal paper u2 ; Kemahiran Menulis. Apalah sangat…. ngee..
- RIGHT AFTER EXAM-

… pergi menziarahi IKEA …Perjalanan yang cukup panjang. Macam balik kampung. Rasa nak naik roket. Boleh pergi IKEA selalu. Lebih cepat, dan mudah. Ikea jauh. Sangat. Tapi nanti roket nak park kat mana? Okaylah, batal. Naik kereta pon cukuplah. Walaupun jauh, tetap boleh datang sekali-sekala.

Saya beli frame size A1. Untuk siapa? Untuk diri sendiri. Sebagai menghargai diri sendiri. Hendak print muka sendiri sebesar saiz A1. Setiap pagi dan malam hendak tengok muka sendiri yang besar. Beli frame satu sahaja. Tapi pilih frame macam pilih jodoh. Sangat lama. Kerna saya seorang wanita sejati.
(gambar saya bersama frame bertuah yang terpilih)
Semua lukisan yang dia jual cantik. Saya teruja. Tapi tak terfikir nak beli. Hinggalah saya ternampak lukisan ini…
Audrey Hepburn. Saya hilang pertimbangan sekejap. Nasib baik sekejap. Tengokkan harga dia mencecah RM300 ++ saya kembali waras. Kalau saya beli juga, dikhuatiri saya akan dihempuk dengan lukisan itu oleh ibubapa. AHAHA…
Ketika jalan-jalan mencuci mata dan membawa hati yang terlalu girang mengelilingi showroom IKEA, saya ternampak ini :
Saya suka perkataan ‘chicka chicka boom boom’ pada gambar di atas. Macam CHIKA KENA LETUP. Seronokkan?


(ini adalah hasil. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan panjang kami Bangi-Damansara membuahkan hasil. AHAHA. Kopak poket)

Shopping punya pasal, pukul 5 petang barulah kami lunch. Singgah A&W di Ikano. Sewaktu menikmati makanan tersebut, perutku kelihatan gembira sekali. HAR HAR HAR. Kalau perut boleh bercakap, mesti dia dah menjerit ucapkan terima kasih untuk aku. Kalau dia pandai menulis, mesti dia dah tuliskan kad ucapan terima kasih buat aku. Bongok!

Dapat bunga Daisy merah sekuntum.
Dan buat aku tersenyum berkuntum-kuntum.

Mari kita lihat, berapa lama Daisy ni akan bertahan
Hasil beli-belah kali ini :







Dahan pokok besi untuk gantung jewelry. Tapi tak boleh gantung penuh-penuh nanti dahan tak nampak :) Lampu pijar adalah bekas untuk bakar lilin wangi. Tak bercadang hendak membakar apa-apa. Apatah lagi membakar diri. Beli kerna aku memang sukakan lampu pijar. Antik dan oldies. Bekas merah dibeli tanpa motif yang nyata. Sekadar ingin memiliki kerna bunda juga memilikinya.Yang bekas silver tu bukan gelas minum orang India ha! (hye there Indian citizen of Malaysia… Happy Deepavali!) Yang tu dibeli untuk meletakkan pensel-pensel kayu. Belum tahu nak gantung kat mana. Telinga? Hidung? Tengkuk? Bulat kecil dan besar itu juga sengaja dibeli kerna warnanya. Buat masa ini, aku jadikan tempat mencampak kasut-kasut baru SAIZ LIMA yang aku beli kat Bandung aritu. Semua kasut tersebut longgar. Maka aku campakkan di situ sebagai protes dan tunjuk perasaan.Terakhir dibeli kerna warna hijaunya. Ada beberapa lagi hasil belian yang tidak dapat dipamerkan kerna aku tak kuasa hendak turun ke bawah untuk mengambil gambar.Sekian.
- KAMPUNG TUNKU DISERANG-
Pukul 1.30pm tadi fetch
Aizar dan
Astri. Kami nak pergi open house rumah
Farah kat Kampung Tunku, PJ. BEST gila dapat borak dan gelak kuat-kuat dalam kereta dengan DUA mak minah ni on the way to PJ. Sampai je rumah Farah, dia tak ada pulak. Dah pi UKM jemput bebudak studio. Kami bertiga ni apalagi, atas dorongan mummy Farah… kami pon bantai makan dulu. Astri makan paling banyak i tell you Farah. Dia makan laksa DUA kali.


Sementara tunggu Farah, kami pon buatlah macam rumah sendiri. AHAHA.


Until finally Adian sampai pon Farah tak balik-balik jugak. Aku pon ajak Astri dengan Aiza makan nasik pulak. Memang muka tak malu. Farah… sebenarnyakan… aku kan.. tertumpahkan puding hang yang sedap tu atas meja. Abes kotor lapik meja mummy yang cantik. Lepas dah tumpah, aku kauk pakai tangan dan makan. Ni confession tau :( Tapi puding dengan fruit tart tu aduh sedapnya… :)
Farah call timekami kat rumah dia tengah tunggu.
“Nurul, sorry lambat,” “Kat ner?,” “Kat fakulti lagi. Tunggu Nuar siap. Dia tengah make-up”
cis. nasib kami lah dapat member metrosexual.
Selepas makan….


ni penemuan ajaib yang kami discover kat luar rumah Farah.
Balik dari rumah Farah, singgah
Amcorp Mall bersama dua mak minah tersebut. Ehehe. Disebabkan aku driver, aku pon kenalah fokus banyak ke depan. Tiba-tiba dua ekor budak ni menjerit histeria betul-betul tak jauh dari simpang keluar dari umah Farah. Aku ingatkan dorang histeria nampak Minicooper sebab dorang ni Minicooper Freak.
“Ko tak nampak ke??!!” dorang jerit-jerit.
“Tak!Nampak pe? Minicooper?,” aku blank.
“Ako!,”
“Huh?!,” aku tak faham.
“Ako Mustafa! Dia yg drive Minicooper tu!,” excited gila budak dua ni. Aku pon kempunan je tak nampak. Seb baik Ako. Kalau Fahrin Ahmad, jalan one way pon aku pusing pi kejar sampai dapat. Manalah tahu dapat detect rumah dia. Boleh malam-malam mai baling-baling batu kat tingkap. Apa, ingat ni citer P.Ramlee ke pe?
Masuk Amcorp Mall, merayap laju-laju sebab dah petang sangat. Dah kul 6 lebih. Takut kena tengking ngan abah nak Maghrib baru balik. Dan dapatlah beli dua lagi bubble necklace.

Best gila ada satu kedai ni. Rasa nak je datang lagi esok. Kan Jaja?
Baiklah, mengantuk. Selamat malam.
Good luck untuk kawan-kawan yang ambil paper Structure Isnin ni.
Structure susah. Mati lah kau…
NGEEE… :D


November 10th, 2007 at 1:51 am
ngahahaha..
time kaseh sbb ajak..
hokhokhok..
dapt gak aku merasa puding farah yg sedap itu// yippee..
p/s: cies ko.. kantoikan aku makan banyak.. hahahahahahati senang ;p..
jgn percaya nurul weh.. aku makan laksa skalik jek :P
November 10th, 2007 at 3:06 am
nasib baik ikea xde kasut. kalu x, disambar petir nnti. uhuhu
November 10th, 2007 at 9:52 am
laenkali nak shopping sila ajak saya,,bye!haha
November 10th, 2007 at 10:04 am
wakakaa,sangat la bagos kamu nih..IKEA??lame tak pegi dah..takpe,tunggu aku coti!!siap ko..
yeyeh,puding itew sangat sedap skali!!rugi sape xmakan..fruit tart juge..nasi dagang,ayam masak cam rendang..sedap2..
wakaka,kisah pertumpahan puding sgt kelaka,seb sy cover2..
kes menjerit kuat nak mati(suara aku paling kuat),akibat minicooper tuh di drive oleh melayu mule2..tgk2 ako mustapha..seb tak nampak sheikh muszaphar..mau aku jerit lagik kuat!!ahahaha
nak dtg lg??boley aja,ley carik2 usha kedai baru..tu lom lg gi rayau tempat lain..
November 10th, 2007 at 1:23 pm
woit! lenkali nak p amcorp, sound la aku sama!! huhu!!
mekaseh ya,wahai cik nurul dan rerakan. kerna hadir! maaf terlambat tiba kat umah! huhuhu (btw, g anta esemen sama… kalo tka, aku da soh minah2 tuh nek komuter je dlu sampai pj, balik bleh balik ngan aku! haha!)lauk nasi dagang tuh nama nya ‘ayam masak kerutuk’. haha!rugi tak makan ketupat sbb homemade by mummy!! yeeha! lenkali ada lebeh ketupat i pos kat uols! ngeee
waa…dapat bunga! nak jugak!!!! ;P
November 10th, 2007 at 2:31 pm
as3 – best dpt jenjalan besama setelah sekian lama… ko jgn nk nyorok. tgk kat gmbr dah tau ko mkn 2 kali. look at that two fingers up.ahahah KO MAKAN BANYAK!
eddy – aku tak sumpahlah. aku wat statement je. takkan tu pon petir xleh tolerate. ahaha.. mulot cabul naa…
nieja – sy slalu shopping tanpa dirancang. atau kata lain, TERshopping. uhuhu
Jaja – bingit gila tinga aku angpa teriak-teriak macam histeria. Seb baiklah bukan fahrin / aaron aziz ke kan. kalau tak… weh, ingat tau kek ma order.
farah – tq kerna menjemput. makanan sume best. eh, RUGI TAK MAKAN KETUPAT?? ASTRI itu makan okey! kan aku cakap, dia makan semu jenis makanan. Dia ulang puding byk kali. Dan makan ketupat juga. AHAHA. Memang x rugi bawak astri ni.
November 10th, 2007 at 5:23 pm
masya allah kamu…
makin tembam kan?
bahagiakah?? bagus2…
kekotak ijau tu kan, g tnye anot.
serupa mcm adiah bday yg sorg artis bg kat dia..
ko tnye la, nnt mst dier gelak beso..
ahahahaha….
November 10th, 2007 at 5:38 pm
syap – anot? oh kwn totin tu. ai x kenal dia lah you… ahahaha…
November 10th, 2007 at 6:46 pm
haha gobok ijau!syaff aku tgk pon nak tgelak sowang2 kat umah neh..tnjuk kat anot plz!
November 11th, 2007 at 2:29 am
dh knal nnt lelame u biase la tu…
hahahaha… :p
November 11th, 2007 at 1:52 pm
hmm…seb baik aku tak usung satu ukm mai umah….kalo tak….tak cukup makanan plak! hehe!
len kali kena ajak astri lagik! ngeh!
November 11th, 2007 at 2:32 pm
aahahha.
aku pon tak sangka kwn-kwn aku ada talent makan sampai camtu. ahahaha… KUAT MAKAN SAMA CAM AKU!!!!!
November 16th, 2007 at 2:10 am
nk tnyer skit..nk beli bubble necklace yg pjg tu kat ner?
November 16th, 2007 at 2:30 am
i beli kat amcorp mall, PJ :)
November 19th, 2007 at 3:44 am
owhh..boleh bg exact place tak..means kat tingkat baper?n namer kedai..boleh tak cik chika?