Hidup ni memang sedih
Posted by chika under lifelain.
tapi sepatutnya sama.
sms 1 : versi lelaki.
“Tarikh untuk measured drawing diawalkan dr 10 to 23 dec. Bkumpul jam 7pg di studio pd 10hb dec. Fwd pada studiomate yg lain. Harap maklum”
sms 2 : versi perempuan.
“Tarikh measured drawing telah dtukar pd 10dec hingga 23dec disebabkan kemasukan sem depan telah diawalkan pd 26 dec … harap maklum”
Kedua-duanya menghentam telifon bimbit antik pada masa yang hampir sama. Dua sms. Tentang perkara yang sama. Tapi informasi saling lebih dan saling kurang. Peduli apa aku dengan versi sms tu. Yang aku tahu, mesej yang nak disampaikan memang buat aku rasa nak pergi berlakon koma ke, pengsan ke, atau pon ala-ala nak mati ke. Aku mo kabur dari dunia ini buat sementara waktu!
Aku nak cuti lagi, la hoi!
Hoi, hoi!
Aku nak cuti ni.
Hoi!
Nasib akulah.
Belajar architecture sapa suruh.
Semoga rumah orang kampung yang bakal aku menginap selama 2 minggu tu agak berteknologi la. Ada wireless. Ada dapur gas. Ada washing machine. Ada rice cooker. Tu pon cukop ar. Tak mintak lebih. Kalau nak bagi lebih, memang seronok lah! Seperti ada playstation, swimming pool, taman strawberry, ladang epal dan kuda-kuda ternak sebagai transport. Maklumlah, ibubapa melarang keras aku drive pergi Johor nanti. Kalau makcik pakcik tu ada kuda, agak gembiralah hati ini. Tapi orang selalu berpesan. Jangan mimpi di siang hari. Sebab tu aku kata, aku taklah harap lebih.
Jatuh maruah aku sudah. Struktur ayat di atas macam menggambarkan sifat demand. Sebenarnya bukanlah macam tu sangat. Aku jujur je ni. 2 minggu tu! Kesian la kat kami ni kalau terpaksa bekerja keras, mencari kayu, menternak dan bercucuk tanam selama 2 minggu. Tugasan measured drawing tu pon bukannya seronok sangat. Ditambah pulak dengan kegiatan lain yang tak menyeronokkan. Tak gembiralah kami. Bila tak gembira, sempitlah fikiran kami. Idea kreatif kami pon jadi cacat. Lecturer pon susah. Nanti kena access design banyak kali. Pointer kami drop, harapan nak grad dengan baik pon musnah. Impaknya memang sedih.
Memendekkan cerita dan impian yang panjang, aku nak lafazkan bahawa cuti tinggal sikit. Hari raya haji pon tak merasalah kali ni. Oh, rasa nak teriak kata-kata kesat je! Kesianlah kat keluarga tercinta beraya tanpa aku. Mesti bunda aku buat drama sedih pagi raya. Aku pon kenalah join drama jugak. Tak merasalah aku balik kampong dan terkinja-kinja beraya macam hantu. Ingat dapatlah berpesta ria dekat Singapore. Tapi memang bullshit. Hidup aku ni memang sedih lah.
Hari Ini : Saya basuh kereta buat kali ke-3. Tak seronok. Saya sayang kereta saya. Tapi saya tak suka basuh dia. Basuh ar badan sendiri!
Kepada ’siapa-siapa’ : Siapa-siapa rindu dendam rasa nak tercabut nyawa kalau tak jumpa saya, cepat-cepatlah suarakan keinginan. Yang nak ajak masak tu, cepat ar sket ajak! Yang nak ajak shopping, woaa! Berbesar hati aku sudi! Cepat .. cepat .. tak lama lagi hidup aku jadi sedih. Tolong aku oi kawan-kawan. Bahagiakan sisa-sia hidup aku yang seronok ni :(
Hello 




lama-lama.



















