Archive for September, 2007

Tick – TAG – Toe

Posted by chika under architecture, life, shopping

Budak kereta kuning suruh saya jawap soalan-soalan strukturnya yang tiada markah ini. Demi persahabatan, saya malas nak berkira sangat. Layan…

4 jobs I’ve had in my life
1. a big money spender
2. a bad and a good daughter
3. an undefined architecture student
4. architect wannabe

4 movies I can watch over and over again
1. Kuch Kuch Hota Hai (no joke! serious man…)
2. Ali Setan (u can say I sound funny but … )
3. My Bestfriends Wedding
4. Eiffel I’m In Love

4 places I’ve been on vacation to
1. Bandung + Jakarta (sweet like chocolate)
2. Singapore + JB
3. Terengganu + Lumut
4. Brunei ( Brunei truly for Malays!)

4 of my favorite dishes
(this is the latest)
1. Nasik Lemak Rendang Ayam (Bangi Kopitiam)
2. Bihun goreng singapore (The Pelamin)
3. Chicken Blackpepper (Bangi Chicken House)
4. Nasik goreng (Bangi Village View) <—- suasananya seru!

4 places I would like to visit
1. Dubai Dubai Dubai (agak cacat kalau architect tak teringin nak lihat kemajuan architecture Dubai)
2. Saudi Arabia (rindu Tanah Suci Mekah + Madinah + Jeddah + Thaif)
3. Bandung again (nak beli kasut dua bagasi)
4. Shanghai

4 most overused words
1. Ye er?
2. Stupid
3. Gila
4. Cinabeng (ya ampun! arti sebenarnya saya tak pernah tahu. Kalau artinya adalah lucah + jijik + biadab… sila nyatakan. Aku sumpah akan hapuskannya dari mulutku)

4 TV shows I love to watch
1. manjalara
2. one three hill (pretty boys always turn me on. Come on, huk huk!)
3. spongebob squarepants
4. 3R

5 things found in my bag
1. Purse Roxy yang sangat BERMAKNA. Tanpanya duniaku gelap. One, tiada money pasti ku mati. Second, tanpa matrix card, aku umpama banduan lari dari penjara)
2. Sony Digi Cam
3. Kunci kereta + kunci room
4. Handphones aku yang klasik lagi antik itu.
5. Lotion

5 things found in my wallet
1. DUIT !
2. Resit belian yang jumlahnya lebih tebal daripada duit.
3. Kad Madrix + I/C + Lesen +ATM cards
4. Gambar saya dan adek Dell (sori dear. You picture is on the way. Ngee )
5. Business cards

5 favorite things in my room
1. katil saiz permaisuri + Choki
2. Study desk di alam fantasi
3. meja solek
4. aircond (kematian tanpanya)
5. PC yang tua bangka

5 things im currently into
1. shopping
2. money
3. assignment + townhouse (wuuuuu…)
4. foods
5. dear

people im going to tag
1. My dear (ni qu na li?)
2. you
3. my readers
4. you
5. my readers

Fast track.

Festival Senibina IVMaafkan aku. Festival ini tidak best. Paling tidak best yang pernah terjadi dalam sejarah JSB. Kenapa mereka tak faham bahawa festival ni sangat penting dan semua orang nak dia jadi happening???? Okay, I better button my lip.

Retail Therapy - Sabtu dengang Ahad (pagi tadi) pergi beli belah. Sebuah terapi jiwa. SANGAT banyak stuffs yang diingini berjaya dibawa pulang.

Sungei Wang
  • 6 pasang baju
  • 2 bubble necklaces in red and white
  • 1 pvc belt in white
  • 1 handbags in glamorize black
  • 3 pairs earings
Berjaya Times Square
  • Black Bag from Momoe for Bunda.
Metro, Kajang
  • Blueberry Cheesecake for Bunda’s birthday
  • T-shirt for my leng zai
  • T-Shirt for Bunda
Shopping.Completed.My.Day.
Makan – Kami dah buat persetujuan. Tak akan ulang makan di restoren-restoren yang sama. HARUS berusaha keras setiap kali meal mencari lokasi makan baru. Aku suka, aku suka!Good idea kan? Oleh itu, dalam masa seminggu ni je dah merata-rata tempat kami try sekitar Bangi. Bila dah selesai ekspedisi makan kami di Bangi nanti, mungkin akan ke destinasi lain pulak. Seremban ke, Melaka ke, Terengganu ke… Alor Setar ke….. Alor Setar? Satgi kena pelempang percuma dengan ibubapa pandai-pandai makan sampai ke Alor Setar. Kami bookmark Village View. Mungkin akan pergi lagi lebih kerap. Dan goodbye to Yankies Hut and Rimbun Klasik. Alahai… kenapakah makan itu best? Lagi best, lagi banyak duit diperlukan. Makin stress aku dibuatnya. AHAHA! Saya nak duit banyak! Saya nak makan yang enak-enak…. (baik ke cakap macam ni?)

5 September - Hari lahi Bunda. Selamat hari lahir, ma! With lots of loves and hug and kisses and cares and Ma, you are fantastic! I know the Virago always makes you happy. You rock!

Works-Bucket
Minggu ni ada DUA presentation sekaligus. Memang seronok. Hingga mencuit hati. Teori dan Rekabentuk Senibina // Kemahiran Menulis. Bercakap tentang Kemahiran Menulis, entah apa jenis subjek lah kami dah terjerumus ni. Subjek wajib U pulak tu. Dan tak lama lagi submission untuk floor plan, section and elevation untuk townhouse. First design floor plan aku sudah dikrit. Maksud aku, sudah dihentam dan banyak amendment perlu dilakukan. Amendment? Lebih baik aku cakap.. aku kena susun plan balik. Seronok! Memang seronok gila. Gila pon tak seronok seperti ini.

Gambar-gambar cantik, indah dan lawa akan dimasukkan kemudian hari. Kerna aku sudah mahu berhenti melakukan kegiatan t
idak berfaedah ini. Jumpa lagi…. minggu depan. Atau minggu depan yang lagi satunya. Atau… bulan depan. Biar waktu yang menentukan.

Bukan Bintang Biasa

Posted by chika under muzik
ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri
di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa
namun hatiku sepi

jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

jangan bilang tidak
waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
pipipun semu
namun aku mohon
jangan bilang tidak



Hari ini kubelanjakan waktu dengan melakukan aktivitas lagha seperti kebiasaannya. Aduh, chup chup! Selamat Hari Merdeka (belated) kepada tanah airku, Malaysia. Seperti biasa, semangatku terbakar-bakar menjelang 31 Ogos demi CUTI UMUM. Jangan nak keji aku, kerna aku yakin engkau pon sama seperti aku.

30 August (Khamis) – Hari presentation untuk projek Housing Masterplan. Jadinya, aku dan teman-teman mengambil cuti umum dan cuti hujung minggu ini sebagai liburan yang syurgawi walaupun sepatutnya TIDAK. Kerna persembahan masterplan kami tidak berjaya memberikan ‘WOW element’ kepada Encik Irfan dan Puan-Puan yang lainnya sebagaimana yang mereka harapkan. Maka, kami kena rectify masterpan itu. Owh, sungguh seronok!

31 August (Jumaat) – Pulang ke pangkuan keluarga kerana kami ini keluarga patriotik. Kemerdekaan perlu dihayati. Maka, kami sekeluarga memerdekakan diri dari kehidupan rutin yang membosankan. 31 August 2007 telah menjadi HARI KELUARGA buatku. Paginya, atuk dan nenek tercinta tiba di kediaman. Kufikir mereka benar-benar mahu menyertai program keluarga patriotik kami tapi ternyata aku silap. Atukku telah 6 hari di KL tetapi menginap di hotel. Pada hari ke-7, beliau melawat ke kediamanku untuk melihat batang hidungku. Selepas itu, atuk nenek pulang ke Johor. Kami sekeluarga meneruskan program keluarga patriotik dengan berjalan-jalan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya pulang ke kampung halmaan di Tanjung Malim bertemu sanak-saudara. Hatiku girang ketika berhenti di gerai buah-buah tempatan. Walaupun aku pernah suatu waktu dahulu membuat kenyataan keji di studio bahawa aku bukan penggemar buah-buahan tempatan, tetapi percayalah bahawa aku seorang penggemar manggis dan air kelapa muda yang hardcore. Tetapi strawberry Bandung masih mengganggu nafsu serakahku.

Di Tanjung Malim, berlakulah kejadian perkumpulan sanak sedara tanpa diduga. Sangat gembira. Hatiku melonjak riang. Malah punya gembiranya sampai hatiku melompat galah gara-gara mendapat habuan WANG dari atukku yang hartawan dan juga dari pakngah yang dermawan. Hidup memang indah jika dikelilingi oleh mereka yang dermawan. Ibubapa juga sangat dermawan. Syukur… syukur….

Tamat contengan senteng akal dariku.


*** BUKAN BINTANG BIASA ***

Hari ini aku telah download kesemua soundtrack BBB. Woh, kusuka. Hatiku tak keruan kerna kepinginnya sangat mo nonton BBB tapi dimanakah boleh kudapat filemnya? Aku suka Ayushita. Beliau comel. Setiap kali aku menonton lakonannya, aku terasa mahu memeluknya. Maksud aku, aku bergurau sahaja. Tapi Ayushita memang seorang cewek yang imut lagi cool. Lagi-lagi dalam Spaghetti.

Maka, di bawah ini aku sertakan OST BBB yang boleh dicuba oleh kalian. Tetapi, aku tidak dapat menyediakan kemudahan muat turun kerna aku tidak gemar melakukannya. Engkau nak, pergi berusaha. Aku cadangkan, selongkar di Multiply. Memang dijamin ada.

  • Bukan Bintang Biasa
  • Maafkan
  • Kucinta Apa Adanya Kamu
  • Tak Mau Sendiri
  • Tergila-gila
  • Karena Cinta (ini yang paling kusuka)
  • Jangan Bilang Tidak (Seperti yang dikongsikan melalui youtube di atas)

Oleh kerna aku cepat bosan dan aku tidak berapa berkenan dengan putaran muzik tempatan di corong radio tempatan, setiap kali punya waktu lapang (pada waktu tidak lapang juga) aku akan mencari gali lagu-lagu seberang yang menepati taste sederhanaku. Aku mahu berkongsi dengan kalian supaya kalian boleh turut mencari gali selepas ini. Tapi ada lagu yang sudah basi barangkali.

  • Seumur Hidupmu – Element
  • Dokter Cinta – Dewi Dewi (Lagu ni aku ‘belajar’ masa di Indonesia tempoh hari. Balik KL, aku terus buat kerja cari gali kerna menurutku, lagu ini tidak ada promotion di Malaysia tapi lagu ini asyik berputar je sepanjang aku di Bandung – Jakarta sampai aku jadi berkenan)
  • Elang – Dewi-Dewi
  • Tatapan Cinta – Syahrini (OST Coklat Stroberi)
  • Kenapa Malu – Acha Septriasa (OST Love Is Cinta. Aku sudah download kesemua lagunya tapi aku tak beraba berkenan maka aku malas nak lelong)
  • Menerima Kau Pergi – Acha Septiasa ft Irwansyah (OST Andai Ku Tahu)
  • Damai – The Fabulous Cats (Eh, eh… promote la lagu Melayu sikit kan. Kata patriotik tadi… :p)

Jariku sudah mahu putus (alasan). Aku harus berhenti. Kisah Bandung – Jakarta akan diconteng sebaik sahaja gangguan emosi dan radang perasaanku pulih kelak. Lagipun, aku bukannya dalam kondisi baik sangat sekarang ni. Hatiku … cedera. AHAHAHA! Seronoknya….