The food stories


Hari ini adalah hari makan banyak. Hari yang baik untuk memungut semula jisim-jisim badan yang hilang tempoh hari. Makan memang seronok. Bersenam sangat leceh. Kalau tidur itu adalah satu senaman, pasti kita semua sihat dan kuat macam kanak-kanak Milo. Hak hak!

Berbuka puasa

  • Nasi putih
  • Tom Yam Ayam
  • Ikan terubuk (baca : terobok) bakar.
  • Ayam masak kicap
  • Sayur lemak pucuk ubi
  • Kuih pulut panggang
  • Murtabak Daging
  • Fresh orange

Birthday Celebration

  • Pizza Hut
  • Mushroom soup
  • Chocolate Donut (from Big Apple)
  • Murtabak Ayam
  • Pepsi

Kunyah-Kunyah

  • Pringles
  • Ice Cream Keladi

01 – Lepas berbuka, budak-budak lelaki pergi masjid solat terawikh. Budak perempuan ajak ibu dia pergi Tesco Cheras (Tmn Midah). Ih, budak perempuan zaman sekarang! Bunda kata tak larat drive, aku kata aku larat. Bunda kata jalan jam, aku kata tak apa. Kami pon keluar riadah pada jam 9.00 malam. Tamat marathon dekat Tesco, singgah Tmn Putra beli Pizza Hut untuk Adek Del. Pukul 11.00 malam baru balik rumah.

02 – Boleh ke keluarkan perut kejap? Nanti nak keluar rumah baru pakai balik. Aku letih betullah dengan perut ni. Aku harap malam ni aku dapat tidur nyenyak.

03 – Kepala otak aku tak habis-habis lagi jam. Setiap kali tengok autocad drawing untuk projek townhouse, otak aku macam bersimpul-simpul jadi kusut. Sangat menakutkan gua! Hari submission makin dekat. Otak aku masih mati segan hidup tak mahu. Buffalo betul!

04 - Aku teringin nak jumpa Aizar, Astri, Marry, Nisaq, T-rex, MonMon Association, Jullian, Meng Kuan, dan semua oranglah! Aku dengan Aizar dah bincang nak buat gath raya. Next week insyaallah nak ajak Marry dinner. Aizar nak join? Sila tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Beserta nombor surat beranak. Hak hak!Baru aku perasan, tahun ni memang sangat sedikit jumlah pertemuan aku dengan Aizar. Astri apatah lagi. Maafkan aku kerna setiap kali pulang ke kediaman, aku hibernasi macam beruang. HA HA HA! Dan maaf juga kerna aku tidak tahu perihal Astri yang quit from UiTM. Aku suggest Astri continue dekat ITB. Pergilah Astri… pergilah.. ITB tu best lah. Lagipun kamu biasa hidup dekat Bandung tu. (aku pon ada lah alasan nanti nak selalu ke Bandung) HAK HAK!

05 – Speaking about ‘buffalo’… Aizar mengingatkan aku tentang si budak ‘buffalo’ masa kami tingkatan 5 dulu. Si kernau tu bukan main gayat takut aku rembat kekasih tak sudah dia. Siap jeling-jeling macam burung gagak setiap kali dia nampak aku kat sekolah. Sampai sanggup stalking aku kalau-kalau aku ngendap kekasih dia. Boleh pergi mati. AHAHAHA! Kami tak suka si kerbau dan kekasih tak sudah dia tu. Kami cuma mahu berhibur ketika itu. Seronoknya sekolah. Setiap hari ada je gosip yang explode. Setiap hari bincang pasal fashion dalam lab Fizik. Bincang pasal kawen dalam lab Bio. Tak berani bincang apa-apa dalam lab Kimia sebab cikgu garang nanti kena cubit kecik. Bincang pasal isu global ketika sebjek Agama Islam. Memang biadab kami ni. Tapi tetap scorer! Sekarang tak biadab. Tapi tak scorer. Ertinya apa tu?

06 – Aku juga terkenangkan peristiwa aku dan teman-teman baik kena merayu-rayu minta ampun dekat Cikgu Fizik sementara satu kelas menyaksikannya. Tu lah. Orang pergi buat eksperimen dalam lab, kami buat konsert dalam tandas wanita. 2 JAM TU! Nasib cikgu tu tak mau lempang. Kalau tak, sampai sekarang aku kenyang makan pelempang cikgu Fizik yang macam singa tu. Gerun aku!

07 – Tamat

Recent Entries

14 Responses to “The food stories”

  1. lindosh Says:

    sedapnye mamam!

  2. cuya Says:

    hailaaaa….sedapnyerrrrrrr….

  3. haziQah Says:

    wah..chika ni mmg suke menjeleskan org taw..bnci!! ;p
    u mkn sdap2 tak ingat pon i kat cni..
    wuuu…
    kat cni i mkn jimat2 je buka puasa..haha..
    tak sbr nk bca blog u psl baju raya..wawa

  4. Jullian Says:

    Hehe… Selamat Berpuasa! :D

  5. Kumprinx Says:

    extreem.. memang ekstrim…

  6. Rjuna Says:

    Peh banyak gila kau melantak dalam 1 hari, gila ah ding dong

    ni Hidup Untuk Makan nih

  7. tongah Says:

    Tompang conteng kat sini…
    salam ramadan…
    :)

  8. ChikaDior Says:

    lindosh – makan. mana tak sedap..

    cuya – tp xla sesedap cupcake cuya… :(

    haziqah – ala… u yg suka nak jeles kat i… ihihihi. Xpe. jimat tu bagus. Islam menggalakkan kesederhanaan. ngeh ngeh

    Jullian – TQ… :)

    kumprinx – apa yg ekstrim tu?

    rjuna – siang tak mkn. malam apa lagi… marathon ar.

    tongah – salam ramadhan :)

  9. fara-D Says:

    makin tak propotion la kawan aku sowang neh!! isk!! ***cabutt!!***

    ***eh!patah balik!***kata saket pwot, tp melantak sakan! isk…. perut ko de dua eh nurul? cam …lem…*cabuttt lagik skalik!!*
    (^_^)

  10. ChikaDior Says:

    farah – aaaaaa…. kehadiranmu sekadar mengutukku T_T

  11. fara-D Says:

    keskeskes…sekadar gurauan penyeri idop!ngeh ngeh!! weh!kt ne ko weh? Umah kah studio kah?

  12. kainshen Says:

    eh.. baru sedar nama ku takde dalam senarai ‘teringin nak jumpa’..

    jealous tau !

  13. ChikaDior Says:

    eh…. Yeah. include u la… ehehehe

  14. ast3 best Says:

    hee..
    maapkan aku juga sebab tidak memberitahu yek..
    malu la ai jadik penganggur padahal teman2 laen bersusah payah stadi dan kerja.. huhuhuhuhu

Leave a Reply