Posted by chika under
architecture,
class 
aku baru berpeluang menonton
KAMI.
Malam semalam. Online di
8TVBersengkang mata stream episod 1 sampai 3.
Aku suka.
Aku adore suasana cerita,
dialog, dan intonasi yang ‘real’
at least taklah nampak ‘drama’ sangat.
Ali tu siapa? Cool jugak. Ada info, boleh email
Tak tidur malam. Demi design. Perkara biasa. Aku malas bual pasal design. Nanti aku frust menonggeng. Aku rasa sebal. Rasa bodoh jugak. Aku minat architecture. Cuma mungkin, UKM bukan tempat yang sepatutnya aku pergi dulu. Tapi kata A’ai. Kat mana aku berada, di situlah tempat yang Allah SWT telah letakkan aku. Maka, mungkin ada hikmahnya kedatangan aku di sini. Salah satunya, macam kata A’ai jugak .
“Kalau kau tak study kat sini, kalau kau tak datang sini… Mungkin aku takkan kenal kau. Aku suka kenal orang-orang macam kau…
Orang-orang macam aku tu… macam apa?
…aku suka kenal kau. Betul. You are cheerful, senang nak cakap dengan kau. Honestly, aku suka sebenarnya kenal kau. Sepanjang aku duduk sebelah kau, aku mengakulah…. memang aku rasa senang”
Terima kasih kerana memanfaatkan kehadiran aku. Ada siapa-siapa lagi mendapat faedah dariku? Atau rasa sesak nafas setiap kali kehadiran aku? AHAHAHA! Boleh
email.
Semalam sebelum balik kampung (maksud aku pulang menjenguk ibubapa), ada sesi luahan rasa dengan A’ai. Bukan cakap pasal musim bunga atau musim luruh. Cakap pasal Design. Okay, lecturer sudah dapat kesan kejatuhan prestasi aku. Sebenarnya aku sudah kejatuhan prestasi sejak semester lepas lagi. Dan aku sudah merelakan kejatuhan prestasi tersebut. Bunyi macam orang tak de wawasan. Tak. Aku ada wawasan. Tapi aku ada masalah-masalah bertingkat yang membuatkan aku macam tak ada wawasan. Kata A’ai secara tiba-tiba sangat mengejut dan mengujakan.
“aku rasa, tempat yang sesuai untuk kau bukan UKM ni. Lifestyle kau lebih sesuai pergi tempat macam Lim Kok Wing kot. Kat sana, baru kau akan jumpa mereka yang ngam dengan social life kau,”
Aku terkesima sebenarnya.
Aku setuju certain part.Tapi sebenarnya,bukanlah tepat sangat. Aku cuma tak boleh adapt dengan few things je di UKM. Kawan-kawan baik. Betul. Mereka baik. Mereka gila juga. Mereka pun sengal seperti aku. Eh, betullah! Ramai insan menarik juga yang sellau ada di studio bersama aku. Masalah lain ; aku memang boleh kena sawan kalau tak balik rumah. Aku terlalu cinta rumah. Cinta mati. Kadang-kadang aku tak waras. Aku sanggup tinggal kerja demi pulang ke rumah. Oh. Itu segelintir masalah. Ada beberapa lagi yang telah mengganggu Design aku. Fail? Aku bersedia repeat. Lagipun, aku bukan terkejar-kejar hendak kerja. Ishk, sekali lagi aku kedengaran seperti seorang tiada wawasan. Kesimpulannya, daya tahan aku sangat lemah. Aku tak mau cerita lagi pasal Design. Aku rindu zaman 1st year. Aku rindu krit session paling kejam dalam dunia bersama Encik Azimin. Mulut dia memang boleh bunuh orang. Tapi lepas kena bunuh, kau akan dapat nyawa kedua yang lebih kental. (akhirnya aku berjaya menulis ayat sedap).
RABU, kelas Kemahiran Menulis.
Cis. Tak ramai datang kelas. Tinggal aku, ainul dengan shida terkontang kanting. Dengar orang lain berceramah memang bosan. Untuk bunuh masa lapang selama 2 jam di ruang dewan kuliah paling belakang, kami main kamera macam orang gila. Sampai lelaki-lelaki meja sebelah jeling-jeling. Tak tahu dia jeling meluat atau admire. Suka hati engkau. Tak puas hati boleh
email.


Dah lama tak main macam ni. Teringat perangai masa first year. Setiap hari, tak kira waktu lapang atau tidak, mesti nak main kamera. Sanggup lakukan apa sahaja demi sekeping gambar.
RABU, kelas Teori dan Rekabentuk Senibina.

Kami masih sawan main kamera.Kadang-kadang, dengan bermain kameralah kita dapat melihat sesuatu dengan lebih fokus. Misalnya, aksi ‘memilih cinta kawen’ oleh Anuar dan Shafiz. Menarikkan? Dan juga aksi-aksi panas aku dan teman-teman wanita ‘melesbo’. Melesbo itu bukan perlakuan lucah. Sekadar berpelukan dan berlakon intim sahaja.
Kesimpulan : Satu hati suntuk kami tak belajar. Kelas pagi main kamera. Kelas petang pon main kamera. Mungkin aku kena tukar course. Ambil fotografi. Oh, silap. Ambil modelling. Apa? Nak muntah? Pergilah muntah. Nanti puasa engkau batal. Ayokkkk!
Room Cleaning
Aku sudah kemas bilik hostel dan bilik di rumah juga.
Sukar mempunyai 2 buah bilik yang perlu diurus.
Tapi setiap kali selepas siap mengemas, aku terasa makin suka hendak tidur.
Kerna lebih selesa.
Kerna aku tidak perlu todur separuh katil sahaja.
Bayangkan, katil single yang terpaksa dikongsi
dengan majalah-majalah tak berfaedah, dan juga si laptop sakit itu.
Ini Zone Aku
Working area aku jugak sudah dikemas.
Aku suka.
Warna warna yang pelbagai, yang dikatakan boleh membunuh sel otak itu sering membuatkan aku gembira. Aku suka WARNA.
Aku tetap sukakan warna terang walaupun sel-sel otakku dijadikan taruhan.
Insyaallah, aku akan sehat walafiat.
KHAMIS, kelas Ukur Tanah
Astaghfirullahaa’zim. Kena buat amali dari Guard post depan tasik sampai ke FUU. Boleh mati ditempat kejadian pagi-pagi terik di bulan ramadhan memanjat FUU. Maka, kami dengan gediknya naik kereta sahaja dan membuat tugasan dari dalam kereta. Aku drivernya. Memang amali yang buat tulang kaki aku cramp sebab drive and break dalam jarak yang dekat-dekat.

Aku stanby dalam kereta.

Ni skandal liar.

Farah try nak figure out on how kami perlu main tipu-tipu buat tugasan nanti. I mean, dia tengah estimate jarak. Dan lihatlah dunia… betapa jauhnya perjalanan ke hadapan yang perlu diredah. Macam-macam tragedi juga sempat berlaku.
Aku ni kadang-kadang sengal jugak.
Pergi stop tengah-tengah jalan untuk amek bacaan satellite.
Bila dah stop, sure tak boleh gerak sebab nanti bacaan lari.
Tiba-tiba datang seekor kenderaan di belakang.
Aku yang sudah cuak kerna sudah menghalang laluan terus bagi double signal.
Berlakon konon-konon emergency case, kereta rosak.
Hambik kau!
Sekali lelaki yang drive kereta tu stop kat depan nak bagi bantuan.
Nak teriak je aku rasa.
Dengan menggigilnya aku tutup signal dan buat muka bodoh sebelum sempat lelaki tu sampai kat kereta aku.
Lelaki tu mesti bengang.
Dia terus blah tanpa meninggalkan buah tangan.
AHAHAHA!
Tah apa-apa.
Siap!
Gambar-gambar cantik di atas, jangan curik.
Aku membuatnya dengan gembira pagi tadi.
Saja. Lepas gian.
Posted by chika under
architecture,
shopping,
studio … the best psychiatrist.
Believe me.
01Berbalik kepada
entry ini . Aku sekadar nak memenuhi janji terakhir yang aku contengkan pada penghujung entry berkenaan ; meletakkan foto-foto ketika sesi terapi. Diharap terapi ini dapat menyalurkan ion-ion sihat kepada minda kaum wanita
‘high maintenance’ sekalian.
Kali terakhir aku menjalani
Retail Therapy adalah pada hari Sabtu minggu lepas. Ertinya, sudah satu minggu lebih aku tidak membuat therapy yang sepatutnya. Terapi jiwa yang dilakukan berjalan seperti berikut :

Sikit waktu lagi, apabila aku punya wang hasil kerjaan sendiri… aku berhasrat mahu menjalani Therapy yang lebih class di butik-butik Aigner pula. HAR HAR HAR! Acah ajer. Hmm.. ketika buat pembayaran di kaunter PDI, aku bertemu sepasang kekasih asing. Pelancong. Berbelanja di Padini sebanyak +/- RM700. Barang dia beli di PDI melambak-lambak sampai dia terpaksa tinggalkan dekat counter for awhile. I was like… yeww! U spent that amount of money dekat PDI? Wasting je.
“Oh, i do love ur stuffs. The price is good. Good stuffs, good price” that Mat Saleh buat aksi jakun dekat cashier. Dalam hatiku… “Its Padini. Good stuffs? RM700? Good price?” Then aku jeling-jeling girlfriend dia. Okay, scarf dengan handbag dia LV. And now u think PDI was…. OKAY! OKAY! Cut it off. Aku hanya terasa sangat jelik sebab The Mat Saleh macam histeria dekat situ. Hmm… aku pon acting lah macam seorang yang proudly Malaysian. HALO, NURUL! Apa aku cuba cerita ni? Tak.. aku cuma jelik dengan aksi ‘over’ Mat Saleh tu.

Ketika menjalani Therapy, aku ada satu tabiat yang agak tegar juga. Sebab tabiat ini bermula dari aku kecil hingga kini. Aku tak kisah
membeli dua atau tiga pasang baju yang sama pada masa dan tempat yang sama. Dalam keadaan sedikit intelek, aku akan beli baju yang sama dengan warna yang berbeza. Tapi dalam keadaan
buduh sikit, aku boleh je beli baju yang sama style, sama pattern, sama brand dan sama warna.
SEBIJIK sama. Kali ini pon ia berlaku lagi. Iaitu aku membeli dua pasang cardigan yang sama. Tapi warna lain-lain. Aku ingat lagi, dulu aku pernah beli 2 T-Shirt Hush Puppies warna putih. Aunty saya bising-bising. Dia kata tak ada orang waras buat kerja macam tu. Akhirnya dia rembat satu. Saya pernah beli 2 baju yang sama juga dengan satu saiz M, satu saiz L. Motif?

Katalah apa saja. But i do love fancy things. Rantai-rantai halus that silver-silver one tu.. not my taste. Aku suka bubble necklace ni. Tak mahal. Crazy price on RM9.90 each because its not Forever 21.

Sebenarnya bag ni bukanlah
taste sangat.Tapi dia nampak
glam. Crazy price juga. RM29.90. Jadi aku ambil satu supaya kesihatan jiwa lebih baik. Tapi hingga ke hari ini pon, aku belum memakainya lagi kerna… dia tak cukup
‘taste’. Nampak terlalu ‘mak datin’ which is aku nak sangat avoid that label. Sangat geli okey. Tapi this bag mengingatkan aku pada
Farah. Maybe aku terbayangkan handbag hitam yangd ia selalu pakai tu kot.
This is Momoe. New stuff. Satu hari tu Bunda belek-belek magazine. Dia ternampak bag ni dan Bunda suruh aku belikan untuk dia. Yeah, aku sudah mendapatkannya. It’s polkadot. Aku suka.

Again. Sebijik lagi PVC belt
ala-ala Moschino ni aku beli. (ala-ala MOSCHINO tau. Bukan Moschino betul-betul) Tapi kali ni, kepala dia bulat dan warna putih. Saiz juga kecik sikit.
Kenapa aku suka beli? One, nampak trendy kalau pakai this belt as for me. Second, aku bukan penggemar belt. Belt jenis ni nampak macam aksesori sikit. Third, they are cute and fancy. Nampak indah bila digantung-gantung pada almari burok di hostel.
Aku memang merepek. Aku suka earing. Aku selalu beli earing. Makin banyak aku beli, makin sikit yang tinggal. Sebab biasanya, dia hilang dengan sendirinya. Tanpa disedari, dia meninggalkan telingaku. Dan earing adalah antara barang-barang yang tak pernah aku simpan baik. Bersepah sana sini. Kadang-kadang kaki pelawat boleh luka terpijak earing yang jatuh merata-rata atas lantai bilik. (Jangan risau. Bukan dari Tiffany & Co.)

Ini penemuan paling memuaskan hati. Cari pinafore, tak jumpa yang berkenan. Aku suka baju ni, aku suka the lines, aku the colors dan aku suka harganya. Yibah yibah!
Aku sudah pandai berbelanja sekarang =)

Birthday cake untuk Bunda. Blueberry cheesecake. Sebenarnya kedai tu tak de blueberry cheesecake. Dia ada cheesecake biasa je.
Aku pandai-pandai ajar tukang cake tu supaya sapu blueberry, hias lawa-lawa. Dia pon buatlah. Great! Tapi…
buffalo punya bakery! Dia hentam harga tinggi. Menyesal aku tak beli Secret Recipe je. Menyesal aku pergi ajar professional chef buat cake. Sengal.
Next therapy : nak pergi One Utama. Ada barang aku nak shoot ni.Dah lama target. Bunda dah kasi permit boleh beli. Cepatan! Sebelum permit expired.
02
Corner lot aku kat studio dah renovate. Sekarang musim orang buang drafting table. Semua lipat drafting table, jadikan partition. Berebut-rebut nak meja kayu burok. Tengok-tengok next sem jabatan tarik balik drafting table yang lawa dan mahal tu baru padan muka. AHAHA. Bagi meja besar yang baru, jadikan partition. Bagi meja cantik, berebut nak meja burok. Sebenarnya masing-masing dah tension. Nak buat kerja underground. Tapi serius. Memang psycho duduk kat studio tu. Kalau dah tutup working area sendiri baru rasa nyaman dan kurang tekanan. Maka, termpat aku dah jadi begini :



Nak tengok movie pon tenteram. Senang nak control circulation para pendatang. AHAHA. Nampak tu. Dunkin Donut, Cheezel, Mineral Water, Lotion Baby, dan Movie! Maknanya, ini bukan sekadar ruang kerja. Ini juga ruang party. Belum tengok lagi tempat tidur setting baik punya bawak meja.
03
Tahu tak kenapa aku rajin conteng blog sekarang ni? Sebab aku mahu menjadi produktif. Tapi aku nak muntah buat drawing. Bilik dah bersepah macam baru lepas kejadian el-nino. Susahnya projek HOUSING!!! Lebih sukar bila dapat site lagi kecikdari sekangkang kera. Aku paling benci kat area car park. Ada 7 meter lebar. Nak sumbat 3 bijik kereta. Maknanya, impian nak buat landscape syurgawi kenalah dilupakan. Ngaaaaa….


Situasi
SEKARANG. Ketika ini.
Baiklah.
Sudah sampai masanya meninggalkan dunia remaja yang sementara ini.
Nak kembali ke dunia arkitek-arkitek psycho.
Susahlah design townhouse!
Simbiosis itu harus gimana donk?
Matilah mak…
Ada orang tanya : apahal ko rajin update beberapa hari ni?
Aku : Sebab aku diam kat rumah. Aku ponteng kelas. Dah 5 hari aku liburan. Esok pulang ke UKM. Dan ambillah entry ini buat pekasam untuk masa depan.
Posted by chika under
Uncategorized Terasa sehat dan kuat. Bukan macam kanak-kanak milo. Tapi macam ninja turtle. Terasa riang. Bukan macam Kelab Disney Malaysia. Riang seperti Ninja Turtle selesai menghapuskan penjahat. Terasa indah juga. Seindah alam flora hijau.

Pagi tadi aku jadi pest control.
Membanteras lipas. Geli? Yeew? Seandainyalah aku ni jenis perempuan sejati takut lipas, dah lama aku mati ditempat kejadian pagi tadi. Tapi lipas bukanlah lawanku. Pendekkan cerita, bilikku sudah jadi ladang ternak lipas tanpa aku sedari. Entah dari mana hendak ke mana, aku pun tidak pasti arah tuju lipas-lipas tak guna ni. Yang aku pasti, salah satu anak cucu cicitnya telah kenyang makan halter dress MNG aku sampai berlubang.
Biadab. Kertas cantik pengalas rak buku pon dah dijamahnya sikit. Tak sedap kot. Tapi aku tahu halter dress MNG aku tu sedap. Sedap dia makan banyak sikit.
Maka, sia-sialah aku ternak haiwan-haiwan seperti Shrek dan kawan-kawannya kalau lipas pun mereka takut. Selain gemok, hodoh dan bertelinga jijik, Shrek juga takut lipas. Memang tak guna. Arght, tekanan! Sudah dua hari fikiranku terganggu dek lipas-lipas. Tangkap, buat kuih raya baru tahu. Kruup…kruuup… mmm… rangup!
Fikiranku lapang.

Tadi aku terfikir nak upload gambar lipas.
Tapi dia musuh ketat! Meletakkan gambar musuh ketat di dalam blog peribadi lebih hina dari
melacur kamera. Simpan dalam otak. Mulai dari malam ini, setiap kali aku menyebut istilah musuh ketat, ertinya aku merujuk kepada
LIPAS. Dan definisi ini akan berterusan sehingga diberitahu kelak. Ayuh, banteras lipas durjana!
Walaupun terpaksa kongsi bilik dengan lipas-lipas, aku tetap akan tidur lena. Esok nak bawak lesung batu masuk bilik. Nampak lipas melintas, aku tumbuk lumat-lumat dengan lesung batu. Bukan main besar kepala lagi lipas-lipas buduh ni. Berani makan baju pulak dia. Kalau aku tak giat membanteras, entah-entahkan esok lusa… dengan aku-aku dimakannya. Dah lah beranak pinak bukan sikit punya produktif. Aku nak tikam lipas!

“Selamat malam Patrick.”
“Selamat malam Spongebob.”
Posted by chika under
food,
life,
the chika 
Hari ini adalah hari makan banyak. Hari yang baik untuk memungut semula jisim-jisim badan yang hilang tempoh hari. Makan memang seronok. Bersenam sangat leceh. Kalau tidur itu adalah satu senaman, pasti kita semua sihat dan kuat macam kanak-kanak Milo. Hak hak!
Berbuka puasa
- Nasi putih
- Tom Yam Ayam
- Ikan terubuk (baca : terobok) bakar.
- Ayam masak kicap
- Sayur lemak pucuk ubi
- Kuih pulut panggang
- Murtabak Daging
- Fresh orange
Birthday Celebration
- Pizza Hut
- Mushroom soup
- Chocolate Donut (from Big Apple)
- Murtabak Ayam
- Pepsi
Kunyah-Kunyah
- Pringles
- Ice Cream Keladi
01 - Lepas berbuka, budak-budak lelaki pergi masjid solat terawikh. Budak perempuan ajak ibu dia pergi Tesco Cheras (Tmn Midah). Ih, budak perempuan zaman sekarang! Bunda kata tak larat drive, aku kata aku larat. Bunda kata jalan jam, aku kata tak apa. Kami pon keluar riadah pada jam 9.00 malam. Tamat marathon dekat Tesco, singgah Tmn Putra beli Pizza Hut untuk Adek Del. Pukul 11.00 malam baru balik rumah.
02 - Boleh ke keluarkan perut kejap? Nanti nak keluar rumah baru pakai balik. Aku letih betullah dengan perut ni. Aku harap malam ni aku dapat tidur nyenyak.
03 - Kepala otak aku tak habis-habis lagi jam. Setiap kali tengok autocad drawing untuk projek townhouse, otak aku macam bersimpul-simpul jadi kusut. Sangat menakutkan gua! Hari submission makin dekat. Otak aku masih mati segan hidup tak mahu. Buffalo betul!
04 - Aku teringin nak jumpa Aizar, Astri, Marry, Nisaq, T-rex, MonMon Association, Jullian, Meng Kuan, dan semua oranglah! Aku dengan Aizar dah bincang nak buat gath raya. Next week insyaallah nak ajak Marry dinner. Aizar nak join? Sila tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Beserta nombor surat beranak. Hak hak!Baru aku perasan, tahun ni memang sangat sedikit jumlah pertemuan aku dengan Aizar. Astri apatah lagi. Maafkan aku kerna setiap kali pulang ke kediaman, aku hibernasi macam beruang. HA HA HA! Dan maaf juga kerna aku tidak tahu perihal Astri yang quit from UiTM. Aku suggest Astri continue dekat ITB. Pergilah Astri… pergilah.. ITB tu best lah. Lagipun kamu biasa hidup dekat Bandung tu. (aku pon ada lah alasan nanti nak selalu ke Bandung) HAK HAK!
05 - Speaking about ‘buffalo’… Aizar mengingatkan aku tentang si budak ‘buffalo’ masa kami tingkatan 5 dulu. Si kernau tu bukan main gayat takut aku rembat kekasih tak sudah dia. Siap jeling-jeling macam burung gagak setiap kali dia nampak aku kat sekolah. Sampai sanggup stalking aku kalau-kalau aku ngendap kekasih dia. Boleh pergi mati. AHAHAHA! Kami tak suka si kerbau dan kekasih tak sudah dia tu. Kami cuma mahu berhibur ketika itu. Seronoknya sekolah. Setiap hari ada je gosip yang explode. Setiap hari bincang pasal fashion dalam lab Fizik. Bincang pasal kawen dalam lab Bio. Tak berani bincang apa-apa dalam lab Kimia sebab cikgu garang nanti kena cubit kecik. Bincang pasal isu global ketika sebjek Agama Islam. Memang biadab kami ni. Tapi tetap scorer! Sekarang tak biadab. Tapi tak scorer. Ertinya apa tu?
06 - Aku juga terkenangkan peristiwa aku dan teman-teman baik kena merayu-rayu minta ampun dekat Cikgu Fizik sementara satu kelas menyaksikannya. Tu lah. Orang pergi buat eksperimen dalam lab, kami buat konsert dalam tandas wanita. 2 JAM TU! Nasib cikgu tu tak mau lempang. Kalau tak, sampai sekarang aku kenyang makan pelempang cikgu Fizik yang macam singa tu. Gerun aku!
07 - Tamat
Posted by chika under
emotion,
family 16 September 2007.
Happy birthday our baby boy!Haizdell sudah 14 tahun.
Rumah kami sudah tiada bayi-bayi kecil lagi.
Yang paling kecil ini pon sudah jadi terlalu BESAR.
:)


Menurut kata seorang teman lama bernama
Kian Shen, meletakkan gambar sendiri di blog itu adalah perbuatan yang hina. Dia mengklasifikasikan perbuatan ini sebagai
melacur kamera. Oh, lucu! Boleh
click untuk melihat aksi pelacur yang memualkan ini.
Kisah-Kisah lain
01 - Malam semalam, pulang je dari kamar bunda aku terus tidur. Rasanya sudah berhari-hari tidak tidur malam. Tapi tidur pon tidak tenang. Aku mimpi yang aneh-aneh lagi. Seingat aku, dalam mimpi tu aku berlari ke sana ke sini mengejar sesuatu. Dan pada posisi yang lainnya, aku seperti berlari menyelamatkan diri dari sesuatu. Tidurku terasa sangat meletihkan. Maka, aku bangkit awal pagi lagi. Dan skrin komputer hitam sahaja. Ketika hendak keluar dari bilik, aku terjatuh depan pintu akibat kesakitan yang amat. Akhirnya aku kembali ke katil. Bercadang hendak menyiapkan autocad drawing tapi perutku memang kerbau! Setiap kali si perut yag macam kerbau itu bergelora, setiap kali tu lah aku menitik air mata. Sakit gila! Kalau hospital menawarkan suntikan ubat penenang untuk aku tidur 7 hari 7 malam pon aku mahu. Asalkan aku tak perlu berasa sakit lagi.
02 - There are things.. word can’t describe.
Posted by chika under
emotion,
healt,
life Sejak melawat Jakarta, hidung aku alami pendarahan yang berterusan hampir tiga minggu lamanya. Kata doktor, aku alami panas dalaman. Difikirkan semula, perkara yang sama berlaku sebaik saja aku pulang dari Jeddah ketika melakukan umrah 5 tahun lepas. Aku demam secara drastik dan berpanjangan ketika itu. Sebenarnya antibodi aku lemah.
Dua minggu lalu, aku disyaki Denggi. Tapi setelah ujian darah, aku disahkan negatif HIV denggi. Alhamdulillah. Tapi kejadian naik turun suhu berlaku juga berminggu-minggu lamanya. Sehinggakan ibubapa mendapatkan berbijik-bijik buah kelapa muda untuk diminum. Siang, aku baik-baik sahaja. Malam, suhu akan naik mendadak. Dan kadang-kadang aku jadi sejuk yang amat, dan kejap-kejapnya panas pulak. Sebenarnya aku betul-betul rasa tak bersemangat sejak kebelakangan ni.Emosi tak menentu. Inilah yang aku maksudkan sebagai STRESS.
Satu minggu yang lalu, aku mula rasakan satu perubahan emosi yang sangat mendadak. Aku dah alaminya beberapa kali. Aku tidak pernah berjenaka setiap kali aku memberitahu siapa-siapa pun bahawa aku stress. Kerna aku benar-benar pasti jika aku stress. Aku tahu aku stress bila setiap kali bangun tidur, air mata aku mengalir. Kadang-kadang tanpa sebab. Dan tanpa sebab juga, aku terdorong menimbulkan masalah dengan insan-insan terpilih. Aku boleh jadi marah dan sakit hati dengan hal yang kecil. Aku boleh kembali baik macam pari-pari dalam selang waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan sebagai radang emosi. Dan kejadian ini bukan atas kemahuan.
Aku sudah bertemu seorang doktor (sahabat bunda). Aku ceritakan masalah emosiku yang gila macam kerbau itu. Doktor kata, itu hal biasa bagi kes-kes individu tertentu. Hello dunia, aku tidak mahu bercerita segala perincian kesihatanku kerna aku bukanlah bahan ujikaji. Aku cuma mahu mengadu domba sikit sahaja. Aku betul berasa tidak selesa dengan emosi sebegini. Sudah dua malam aku tidak dapat tidur kerana emosi dan kesakitan dalam perut yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Emosi memang kerbau! Kalau dihitung, aku yakin tidak ada punca nyatanya aku harus berasa sakit emosi. Tapi itu bukan kemahuan!
Sepanjang hari ni, aku terpaksa alami penderitaan di atas katil sepanjang masa hinggalah aku tertidur. Hanya sedar pada jam 5 petang. Terus ketemu Bunda, menangis kesakitan dan Bunda kata…. aku harus ketemu doktor lagi sekali. AGAIN? Oh, aku sudah jemu asyik ketemuan doktor kebelakangan ini. Kenapa tidak ketemuan orang lain pula? Kerna doktor belum-belum juga sembuhi aku.
Aku tidak peduli kalau perasaanku tidak difahami.
Tapi tolong fahami kesihatanku.
Aku rasa… tak seronok betul.
Aku nak sihat macam kanak-kanak Milo.
Nak pergi minum milo lah.