Unwell

tadi petang dinner dengan Ain. Balik dinner, terus tidur sampai pukul 1 pagi. Semuanya gara-gara aku telah menelan berbijik-bijik jenis pil pelbagai saiz dan warna. Bangun tidur, pukul 1 pagi dan terus muntah. Bravo!
Lepas selamat memuntahkan kembali nasi goreng pataya ke dalam sink, aku bersiap-siap turun ke studio dengan harapan mahu memulakan kerja Masterplan. Malangnya, semua orang sudah pulang. Aku bukan sengaja tidak mahu join group discussion tapi aku betul-betul tertido separuh mati. Selepas menghubungi Anuar pukul 10.30 malam, tanpa ku sangka aku kembali tido separuh mati. Aku berasa sangat SAKIT. Dan seperti biasa, tiada siapa yang mahu tahu dan mengambil tahu kesakitanku. Aku pon sudah bertekad, kalau selepas ini aku punya teman-teman yang sakit, aku mahu buat bodoh juga. Accept Farah. Terima kasih kerana memahami petang tadi.

Lebih menyakitkan bila rasa diri ini terbiar. Aku tak mahu peduli lagi. Aku nak balik rumah :( Aku tiada wang saku lagi. Poketku macam KOYAK. Kehidupan benar-benar sedang mati seketika. Dan oh… hidungku masih seronok berdarah.

-seorang dalam studio. seram tetapi adventurous-

Recent Entries

16 Responses to “Unwell”

  1. fara-D Says:

    sama-sama.
    jgn pk camtu… sume org pasti dlm mood kelam kabut sbb byk keje, maybe psl tu ko rs terbiar. fara d lain, dia mmg ‘kurang’ sket beban dia sem ni.maafkan mereka yer…bertahan ek! hehe

    hukhuk! aku jugak di rumah gara2 ‘poket koyak”!! huhu! hina rs!bila nak dapat gaji neh!! wadudu!!!

  2. aiza Says:

    walaweh..
    sabar beb bebanyak..
    mmg sadis rase camtuh..aku salu je..
    la nih malas nak pk dah..bior je,hati tak saket..
    asl ko idong darah je?luke ke?ke mmg darah tibe2?cam aku la zaman kecik2..panas sket darah belambak2..
    rs ko kene makan vitamin la,dulu aku pon mkn ubat..skang alhamduillah,dah ilang..huhuh

  3. lindosh Says:

    hish sakit ke? cian dia..

  4. DaRk AnGeL Says:

    oh dear.. please get well soon..
    ur tough! i know…
    kala takde org, ALLAh kan ada… dun worry la eh~
    take care~~ n prety please do get well soon ogeh~~

  5. Jullian Says:

    Oh ou…
    Wah…stress til hidung berdarah???
    Serious tu… >.<
    Hmmm…don’t think too much…
    Org tgh sakit biasernye akan pk terlalu byk krn takde benda lain utk dibuat @ di pk kan…
    So, jaga diri ye…
    ~tata~

  6. Tenno Miyake Says:

    weh makan la ubat bebanyak.. addicted nanti baru tau..

    poket kan kalau koyak, sila jahit sendiri.. hehehe..

  7. anasxz Says:

    ala boleh hidup sendiri.. sakit penting, baru tau terasa indahnya ketika sakit.

  8. Nashrex Says:

    aku sakit gak.. huwaa!

  9. mohdismail Says:

    eleh Nash.. Chika saket dia pun nak.. ngada2..

    ha ha ha ha haaa

  10. WaWa Says:

    semoga cepat sembuh. okeh?

  11. 13may Says:

    Oh! kesian…moga cepat sembuh :)

  12. sYaFa~ Says:

    hey lil sis~
    get well soon ok :)

  13. Masy Says:

    errrr dongak paler dongak!

    get well soon okeh

  14. faridfadhly Says:

    senang aje…carik pakwe.

    kalau dah ade, carik lagi sorang.

    atau mungkin, lagi 2 orang.

    semoga berjaya!

  15. FADZLAN RIZAN JOHANI Says:

    get well soon

    cheers
    PAKLAN
    http://jalakmas.blogspot.com/

  16. The Iziana Says:

    get well soon shayang
    mwahhhx

Leave a Reply