Selamat pagi!
I am home. Finally. Minggu lepas tidak pulang. Kerna… kerna… kerna apakah? Sebenarnya tidak ada sebab yang nyata kenapa tidak pulang ke pangkuan keluarga minggu lepas. Tapi menghabiskan hujung minggu dengan menjadi shopaholic pada waktu siang dan workaholic pada waktu malam agak praktikal juga.
Few things should be updated I guess. Tapi semuanya contengan tipikal sahaja kerana sebagai seorang SAYA, perjalanan hidup buat masa ini adalah berteraskan liku-liku, onak dan duri yang sama. Oh, ayat sastera sudah keluar! Eiii!
[ Section 1 ] : SHOPAHOLIC
Saya memang cinta mati pada Mall. Kalau ikutkan hati, saya nak berkampung sehari dua dekat mall. Sayangnya tidak ada kemudahan penginapan di mall. Kalau adalah, lingkup kehidupan aku! WAHAHAH! Disebabkan tidak boleh menginap di shopping mall, saya pon buat marathon sahaja. *tersengihlah seekor kerang busuk*
25 July, Rabu – Pergi One Utama. Kelas U2 petang tu cancel. Mula-mula janji dengan Sha nak ke Sg. Wang tapi akhirnya tergoda dengan anasir ‘LAIN’. Tak shopping banyak. Cuma sempat sambar sepasang baju polkadots, keychain polkadots dan clutch ‘Marilyn Monroe’. Yea, RETROWW! Which is… I suka and I really go into them.


We had Nandos for lunch.
26 July, Khamis –
Mines Shopping Fair. Which is I had Ainul, Chee Yang and Chee Way accompanied. Sebenarnya saya diLANTIK untuk uruskan dan decide pakaian yang kami akan pakai untuk trip yang sangat
YEWW, WE CAN’T WAIT! At first, saya cadangkan kami semua berkemeja hitam dengan tie oren. Tapi based on several reasons, ia dibatalkan dan kami hanya teruskan dengan anything black. Semuanya demi membanteras gejala
‘Archinature – return our soul‘ yang sudah lama sebati dengan jiwa remaja kami. Tidak boleh guna tema itu lagi. Sudah klasik. Dan! Bila saya jejak shopping mall kan, takkan tak hilang pertimbangan kan. Dapat sehelai jeans (
yang akhirnya menjadi penyebab saya diistihar muflis minggu itu). Dan juga one
butterflies bag in white untuk my beloved drama queen,
Farah Diana. This is supposed to be her belated birthday present. Maaf la, darlink. Sungguh ‘belated’ hadiah itu. And finally we had dinner in foodcourt. Okay, I love the chicken rice kat situ. Tapi tak pernah beritahu siapa-siapa since chicken rice itu biasa sahaja. Tapi tekak saya suka.

saya harap you suka. uhuhu
=D
27 July, Jumaat –
Alamanda, Putrajaya.Marathon kali ini dinamakan
The Drama Queens’ Marathon. Saya, Farah dan Ainul. Tujuan? Mall Marathon kali ini ada objektif yang baik sikit. Nak carik buku
UBBL (uniform building by law). Tapi.. apa punya tandus la MPH Alamanda ni. Tak ada jual UBBL pulak dia. Maka, kami yang kebuluran terus ke food court. Budak dua orang ni inroduce kan ke saya satu kedai ni. Depa kata chicken chop dia sedap dan banyak. Hmm.. not bad. One thing about Alamanda, saya suka food court dia. Biasanya saya paling tak suka makan di food court sebab kotor, rimas dan lemas. Terasa macam ada masalah ventilation. Ihihihi.
Balik dari Alamanda, berpeleseran dekat studio sebentar sementara menanti kelas Amalan Profesional pukul 3 ptg. Sementara tu saya dan dia menonton filem. Sudah lama tidak menonton. Kami menonton The Last Mimzy di studio. Tiba-tiba terasa sangat sangat letih menonton. Mungkin sebab sudah lama saya tidak melakukan aktiviti ini.

Habis kelas Amalan Pro, sambung tengok The Last Mimzy. Selepas itu, lapar! Dan pergi ‘menziarahi’
shopping complex baru dekat Kajang.
Metro Point. Mall lagi! Ahaha. Tapi tak shopping. Cuma pergi dinner sahaja di
Kenny Rogers. Farah dengan Ainul ke Midvalley. Saya dah tak larat nak tawaf mall. Lagi-lagi dalam keadaan muflis, kehidupan dirasakan mati seketika.
28 July, Sabtu - Yewww! Jalan-jalan :)
[ Section 2 ] : WORKAHOLIC
Saya bukanlah seorang workaholic. Bukan. Saya tidak suka dan tidak rela menjadi workaholic. Dari sekolah lagi saya begitu. Tetapi ada masanya, kita terpaksa menjadi workaholic demi meneruskan kehidupan. Inilah yang terjadi kepada saya. (dan teman-teman juga mungkin). Selepas tamatnya Sabtu, 28 July… kehidupan sebagai Shopaholic yang bahagia telah bertukar serta-merta. Saya tidak boleh berseronok sakan lagi kerana submission projek kedua semakin hampir. Maka, seminggu itu saya kenalah buat kerja pula.
Second project : Defining Housing Nee
ds.
Ini tugasan in group. Group dengan Nuar, Tan and Arul. Group kami setelah diundi menjadi group ke -10 iaitu group terakhir. Dengan tajuk
Infrastructure Work. Okay, boring! Skop studies kami adalah merangkumi water supply, electrical, sewerage system, road hierachy dan bla..bla.. Now you guys understand kan how the topic did not suit me. AHAHA. Selain bertungkus lumus siapkan assignment Teori dan Rekabentuk Senibina untuk Masjid Wilayah Persekutuan, kami semua rushing juga compile information, siapkan presentation board or panel which is my group comes up with 4 panel in A2 size. Dan seterusnya buat report dan presentation in Powerpoint. Thanks to Nuar for the Powerpoint presentation. Dia memang raja Powerpoint. eheheh. Kan Farah?
31 July, Tuesday – Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi (KTAK) di Putrajaya. Terima kasih kepada encik-encik, puan-puan, saudara dan saudari yang banyak membantu. Tapi information yang kami cari tidak berjaya didapati dengan tepat. Akhirnya saya membawa balik Marshmellow yang enak sahaja. Wakakaka. Serius, Marshmellow yang dibeli dekat kompleks kerajaan tu memang sedap.
1 August, Wednesday – Rushing balik Cheras. Singgah rumah kejap bertemu ibubapa dan keluarga setelah satu minggu tidak bertemu. Lepas tu ke office tempat saya praktikal dulu demi meminjam buku-buku guideline authorities. Esok pagi sebelum pulang ke UKM, kena singgah office pulangkan buku ke Ismail.
2 August , Thursday – presentation day! Tak mahu komen pasal ini sebab… sebab memang tak mahu komen! Saya harap kami akan ada sistem presentasi yang lebih baik dan bermutu pada satu hari kelak. Hari presentation kebiasaanya menjadi hari penutup keletihan. Tetapi keletihan pada hari tersebut adalah sangat kaw-kaw!
3 August, Friday – Alamanda lagi! Bukan. Bukan shopping. Tapi untuk dinner. AHAHA. No wonder lah, minggu pertama semester hari tu saya terkinja-kinja keriangan sebab berjaya turun 4 kilo. Tetapi malam semalam, penimbang tidak tahu malu itu memberitahu bahawa 2 kilogram jisim badan telah dipulangkan semula kepada saya. Tak guna.
Dengan keadaan keluarga saya yang giat layan makanan ni… Semalam sahaja untuk dinner kami makan sampai penat. Tapi malam semalam, satu kejadian aneh berlaku. Kejadian ini memang tidak mudah berlaku. Iaitu kejadian di mana saya turun ke dapur dan menggoreng-goreng riang secara sukarela. Termasuklah menyediakan salad yang sudah hampir 2 minggu saya idam-idamkan.
Saya dan adek beradek sepakat membawa berkat memeriahkan dapur malam semalam. Termasuklah membuat spaghetti.
Nah, terimalah contengan super saiya yang panjang ini! Boleh baca secara bersambungan kerana tidak akan ada update sehingga 16hb mungkin. Kerana 9-16hb ini studio kami akan ke Bandung dan Jakarta. Terima kasih kepada semua new readers. Sometimes u guys yang buat saya menjadi terus dan terus menyonteng arang di muka Beylo. AHAHA. Jumpa lagi.
Recent Entries
This entry was posted
on Sunday, August 5th, 2007 at 2:52 am and is filed under architecture, shopping, the chika.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
August 5th, 2007 at 6:32 am
yahaha! nuar mmg ratu…eh…raja powerpoint!tak dapat disangkal!!
thanks 4 the bag!sangat suka!!!! (sume wanita yg melihat turut jeles kecunnan bag tuh! kezen aku, makcik aku, arkitek opis tu, kak mandy opi tu…fuh!except my eldest is; which her taste WAAAAYYY different fr mine n u.huhu)
haaa…satu ko tak masokkan dlm n3 ni….dgr kabar ada ‘penguin ngan ballerina main badminton kat kejut tuh!muahaha!’ XD
sempat tgk adian je berballet (ooops!) badminton, ko berpenguin tak sempat!miahaha! ;)
August 5th, 2007 at 6:42 am
farah-aaaaaaaaa…. ha ah. lupa nak masukkan kisah penguin n ballerina tu. yea… akan add-on. akan! akan. ekeekkee… Glad to know u like the bag. ihiih…
August 5th, 2007 at 9:34 am
blog ko pon da mcm blog pemakanan plak
skali baca berkali2 mkn
hahaha
nway, i jelesh ngn bag ituuuuu
i want, i want, i want
August 5th, 2007 at 11:10 am
waah!!
jadi udah mau ke bandung n jakarta yer~
wahhahah..sgt best okeii.
xdapat la pulak bayangkan chika the shopaholic kat sana~
habis sume dirembatnya…
August 5th, 2007 at 1:42 pm
iziana – aku offer bag tu tadi ko gelak-gelak sakan. ekekkekee… i luv food. they are beautiful.
lila – saya pon risau takot hilang pertimbangan kelak. ihihi :D
August 5th, 2007 at 3:06 pm
hai chika. giler shopping awak. mines dengan alamanda tu port biasa student upm (especially mines) :) kalau alamanda tu kebanyakkannya student faulti perubatan sebab lokasinya dekat dengan putrajaya itu :) wah nak makan nando jugek! Saya juga kuat makan skarang kerana sengaja ingin naikkan berat badan. Sedikit sahaja. ehehh.
August 5th, 2007 at 3:12 pm
fath – oh. fac perubatan dekat ngan putrajaya eh? ooo.. saya suka makan jugak. tp sy nak kurangkan berat. AHAHAHA… impossible btol.
August 5th, 2007 at 3:22 pm
emm saya amat berharap agar dapat senantiasa mendampingi anda dan juga makanan-makanan tersebut hahaha
August 5th, 2007 at 3:24 pm
timyohannon – mendampingi ku? dan makanan2 itu? apakah artinya? ekekekkeek….
August 5th, 2007 at 3:40 pm
arti nya aku menyintai makanan-makanan itu dan hikhikhik
August 5th, 2007 at 3:53 pm
timyohannon – dah. jgn nk hikhkhik… pegi baca buku!
ohoohoo
August 6th, 2007 at 2:13 am
Suke sangat dia shopping ek. siap nak berkampung tu! muahaha ape kata nanti chika bukak Mall sendiri je la.. :D hehehe..
August 6th, 2007 at 6:29 am
waaaa..lawa nye sume barang yg u beli..
n sdap nye sume mknan yg u makan…wuuuuu
saye slalu dgki dgn cik chika ;p
August 6th, 2007 at 4:38 pm
Hi there,
You are chosen to represent your country in the first international blog
WUB (World United Bloggers)
The aim of this blog is to prove to the world that differences in language, religion,race and nationality do not make us hate each other and we can make this world better if we express our opinions with respect to others.
If you agree to join us please send e-mail with your nick name , age , country and your blog address to sharm_lover@hotmail.com where you will be sent an activation mail which makes you entitled to contribute in WUB, your name as one of the contributor will automatically be updated.Please read the rules before you start any posting in WUB where you will also find the aims of this WUB.
Thanks
Chief WUB,
Sharm .
August 7th, 2007 at 4:46 am
ni kerja ker makan nih???
atau kerja makan???
hahha…take care!
August 7th, 2007 at 5:07 am
aku bersyukur kerana tidak menjadi teman rapat kamu wahai chika,sbb aku bukan kaki jalan ngan shopping, muahahahahaa…
selamat melancung ke bandung..jgn lupa bawak air bandung balik..
August 7th, 2007 at 8:49 am
shopping sakan ko eh. ;p. pekaba?
August 7th, 2007 at 11:42 am
yayaya~~
pergi bandung~? yaaa… nak itut~
yaaaa… bangga jadik new readers nih..
nak kasi up2 lagi semngt chika menyonteng arang kat beylo nih… i baca kesemuaaaaaaa entry u tau? abis dlm masa satu hari… yaa.. tak tipu…
so kalau u berani tak nak conteng2 beylo ni lagi dan seterusnye membuat hidupku bosan di alam fana ini, i akan buat dan campak bom ke UKM nnt boleh?
-bekas praktikeler kat MINT a.k.a Agensi Nuklear Malaysia-
ada berani~? hahaha~ ;p
August 7th, 2007 at 12:43 pm
ngee…teruja tgk gambo2 makanan yg sgt menarik..membuatkan diri berasa lapa plak..adeih
August 8th, 2007 at 2:04 am
i nak beg tu
tp i malu
*blushing*
August 24th, 2007 at 9:08 am
that montage is nice..
boleh tiru eh.. hehehe..
August 30th, 2007 at 1:08 am
Arrr!!! Suka gila Nandos!!!