Archive for July, 2007

Diari seorang LULU

Posted by chika under architecture, the chika

[ SATU ] :

Selamat ulangtahun ke-3 KUMPRINX.COM. Terima kasih kepada Encik Kumprinx kerna berselera menampal ‘ucapan’ yang aku hantar. Semoga Kumprinx.com menjadi dewasa bersama usia.

[ DUA ]

Akhirnya Latihan Industri sudah habis. Semalam hari terakhir aku bersama NK @ Ngai Architect. Memang aku selalu rasa malas nak pergi kerja, tapi bila dah sampai kantor, aku rasa seronok sekali. Dua bulan aku jalani rutin hidup sebagai seorang wanita bekerja. Isnin ni, aku akan kembali menjadi seorang pelajar universitas jurusan senibina yang bertekanan tinggi. I’m gonna miss those nice peoples in NK. Sedih betul rasanya semalam.

Lunch tu, kami buat farewell party la konon :p Bapak boss kasi wang kepada LaiLing supaya kami semua pergi lunch sama-sama sempena hari terakhir aku di firm tu. Terharu saya. Bapak boss tidak jadi menyertai lunch kami kerna dia pergi bertemu client.

photo : Makan Pizza Hut. The photo minus Ismail. Ismail pergi solat Jumaat.

Balik dari lunch, dalam pukul 2 petang tu kami terus naik ke kantor sebab aku harus cepat! Ada program lain menanti aku :D Sebenarnya, aku cuma ada waktu sehingga 2.30 petang sahaja untuk bersama mereka kerana selepas itu, aku harus ke acara lain. Macam diplomat rasanya. HAR HAR HAR! Di kantor, kami mengisi jam-jam terakhir dengan berfoto-mania. Sangat banyak aksi dirakamkan sampai perutku kembung sudah.Tetapi aku malas hendak membanting kudrat memasukkan gambar-gambar tersebut. Lain masa, mungkin.

photo : kawan-kawan di kantor selama dua bulan ini. Design architect, draftperson, secretary, me and the project architect (sekaligus menjadi cikgu 3D aku :p)

[ TIGA ]

Sepatutnya jam 2.30 bapak boss bilang isterinya akan menjemput aku dan Wong (arkitek firm kami). Tapi tunggu punya tunggu dekat jam 4 petang baru dia sampai. Aku pon tergesa-gesa kena tinggalkan kantor. Sebak pula rasa nak tinggal kantor, tinggalkan tempat yang aku duduki sleama 2 bulan, dan paling sedih, nak tinggalkan Kak Liza, LaiLing and Ismail yang dah jadi close dengan aku during these two months. Lepas bersalaman, berpelukan dan bermaaf-maafan, aku pon pergi tinggalkan kantor. Aku.. akan kembali lagi minggu depan! AHAHAH. Kerna borang record kerjaan aku masih pada bapak boss. Aku juga harus hantar report nanti untuk ditandatangai oleh Mr Ngai. Jumpa lagi!

Aku nak ke mana ni gopoh gapah tinggalkan kantor jam 4 petang?

Sebuah Perdana muncul depan bangunan kantor kami. Pertama kali aku bertemu dengan isteri Mr Ngai. Wow, she looks beautiful. Dia datang bersama seorang lelaki (interior designer mengikut jangkaan aku).

“Hi, Wong,” Mrs. Ngai menyapa Wong. “Hi, so you are Lulu right?,” Mrs. Ngai menyapa aku pula. What? Lulu? “Yea, I’m Nurul. Hi!,” Aku cuba membetulkan nama aku. “Hi, Lulu,” kata dia lagi.

Apa-apalah. Yang penting, dia nice seperti Mr. Ngai juga.

Maka, kami berempat pon meneruskan perjalanan ke KLCC. Kantor dah aku tinggalkan. Tamat sudah diari hidup aku sebagai seorang trainee architect di NK Architect. Sekarang, aku harus menuruti arahan terakhir dari bapak boss yang mahukan aku menghadiri ARCHIDEX07 di KLCC. Bapak boss sudah pon di sana bersama boss FTec. Kebetulan wife dia seorang interior designer, jadi dapatlah kami pergi bersama-sama.

[ EMPAT ]

What is Archidex? The meeting place for Architects, Interior Designers And Building Industry Professionals in Malaysia. ARCHIDEX 07 will showcase more than 600 booths of 180 local and overseas exhibitors in 5 halls at the convention centre. Exhibit categories includes building materials, sanitary wares, roofing, tiles & stone etc.

Disebabkan exhibition itu lebih banyak tertumpu kepada interior design, materials dan medan komersial kepada syarikat-syarikat pengeluar produk binaan, maka aku tentulah jadi blur di situ. Tidak berapa sesuai untuk pelajar aku pikir. Aku hanya tertarik dengan building exhibition oleh kompeni gergasi dalam architecture di Malaysia seperti Veritas, KCYS, SAA dan sebagainya. Disebabkan nama mereka besar, projek mereka besar, wang mereka besar dan kejayaan mereka juga besar, maka mereka diberi ruang besar untuk mempamerkan design mereka sebagai ‘penyambut tetamu’. Yang ini aku tertarik. Aku juag tertarik nak melihat student exhibition dari semua institusi di Malaysia. And of course, glad to see UKM’s product.

Sebelum berpecah, since aku dan Wong nak tgk architectural exhibiton dan Mrs Ngai and the other one Mr. Wong nak tgk ID punya exhibition, Mrs. Ngai ambil phone number aku supaya senang nak contact aku untuk balik sama-sama
nanti. Semasa dia save number aku, aku intai skrin handphone dia, nak tengaok nama apakah yang akan diberikannya untuk aku. Mungkin dia tahu nama aku NURUL tetapi dia pelat dan sebut LULU. Tapi… bukan begitu!

Aku lihat dia save nama aku dalam phonebook dia sebagai … LULU. Dan ketika berbual pon, dia sangat seronok menggelarkan aku sebagai Lulu. Dan aku pula tidak langsng mengambil inisiatif untuk memperbetulkannya. AHAHA. Aku dapat nama baru sudah.


photo : teka siapa punya projek? (Adian dan Farah… atau sesiapa je warga JSB… buktikan kepekaan anda! :p)

Alif punya pon ada. Tapi aku cuma sempat tgk sepintas lalu since lorong tu sempit, banyak orang. Jadi tak sure itu projek Alternative Healing ataupun Cottage Industry. Walaupon aku kurang faham dan tak berapa reti nak adapt dengan dunia arkitek dalam konteks yang lebih korporat, tapi aku rasa terharu juga sebab aku dibawa oleh boss ke situ. Kalau dia tak suruh aku pergi, pasti aku takkan pernah pergi. Ehehe. Terima kasih kat Wong sebab temankan aku sepnajang exhibition tu. Kalau Wong tak ada, lagilah aku blur kat situ.

Untuk kawan-kawan architecture yang tak berkesempatan, suasana ketika exhibiton adalah seperti ini :

photo : sangat ramai orang. Maksud aku, golongan profesional dengan fashion-fashion terkini mengalahkan upacara red carpet Grammy Awards (typical architecture life… what to say…) dan juga hidangan-hidangan red wain yang boleh didapati di mana-mana sahaja sekitar ruang exhibiton. Yang kelakarnya, lelaki pakai costume HANTU pon ada dan aku lah orangnya yang jadi mangsa kena usik. Malu betul. “You can’t use this way!,” dia buat suara seram dan halang aku dari jalan. Aku gelak sakan. Orang lain tengok je. Malu..malu.. (Apa kejadahnya ada penghibur jalanan dalam exhibition hall tu?)
photo : macam biasa. Bawak balik pamphlet sebanyak yang boleh.

[ LIMA ]

Aku ajak Wong keluar. Wong tanya nak buat satu round lagi tak. I say no. Kat luar hall, Wong brief aku tentang CPD point system yang harus dipatuhi oleh semua arkitek berdaftar termasuk graduate architect. Lepas tu aku ambil keputusan nak balik sendiri since Mrs. Ngai kata dia maybe lama lagi.

Aku cadangnya nak balik terus naik Putra. Tiba-tiba terlintas depan MNG.. engkau imaginelah macam mana penyakit histeria aku datang kan. Aku masuk MNG. Brengsek. Wang saku tinggal kurang dari RM100. MNG buat sales gila macam biasa. Aku pon naik gila. Keluar dari MNG, aku masuk MANGO. Sama je buat aku histeria. Cis cis cis. Buduh! Aku nampak tube dress dijual dengan harga RM100-RM200. Aku pasti ke KLCC kembali. Aku pasti. Dan juga pinafore hijau from MNG dijual dengan harga RM59.90. Tak tahan gua… Aku mesti dapatkan mereka.

Kepada peminat MNG, pergi lekas!

Tiba-tiba Mrs Ngai call dia tanya aku dah sampai rumah ke belum. Waktu tu aku dengan Topshops pulak tengah belek pinafore. Akhirnya aku balik ikut dia. Dia drop aku dekat Taman Midah. They are awesome! Semua orang yang aku kenal sepanjang dua bulan ni are awesome! Akan rindu kalian semua.

“See u, Lulu. All the best,”
“Okay, see u and thanx,”


Sampai rumah aku terus lembik kepenatan. Esok nak balik kampus. Lagilah sedih.

Cerita Ikan

Posted by chika under the chika
Bila bercakap tentang makan ikan, ada DUA fakta yang boleh disangkut dan dipautkan ke aku.

Pertama - Aku suka makan ikan. Tetapi aku tidak boleh terima ikan sungai. Tekak aku juga tidak sukakan ikan-ikan yang huduh seperti keli, pari, pari, keli, mmm.. pari, keli dan yang sehuduh dengannya. Ikan kegemaran aku adalah ikan kembung.

Kedua – Aku tidak kenal nama ikan. Aku tidak boleh mengecam jenis ikan melalui rupa parasnya. Bagi aku, ikan kebiasaanya memiliki raut wajah yang sangat mirip antara satu sama lain.

Waktu lunch tadi, aku ke Chilli Pepper. Lama aku pilih lauk, macam biasalah. Akhirnya aku senduk sayur kacang buncis (yang aku suka) bersama seketul ikan masal lemak ‘yang tidak ketahuan jenisnya’. Perut aku dari pagi lagi dah keluarkan cahaya-cahaya merah seakan-akan ultraman taro ketika sudah lemah. Perut aku lapar. Jadi aku tak sabar nak kasi perut aku habuannya.

Tiba-tiba… aku ‘wekkk!’
aku nak termuntah.
Muka aku dah merah.
Tekak aku loya.Geli-geleman dibuatnya.

“kak Liza… ikan apa ni? hanyirnya! yucks!” aku terkehek-kehek sendirian.
“ikan patin. Memang hanyir,” jawap Kak Liza. Itu time aku rasa nak pergi putar kembali masa beberapa minit ke belakang. Kerna aku ingin mengambil kesempatan yang ada untuk membetulkan kesilapan aku dalam memilih lauk petang itu. Tapi… no turning back. Aku akur. Aku tolak Si Patin Hanyir tu ke hujung pinggan.

Sekarang aku cuma tinggal sayur kacang buncis. Suapan aku jadi semakin slow sebab lauknya tidak syok lagi. Aku terpikir-pikir… betapa ruginya aku kerna tersalah pilih ikan. Ikan tu mahu RM2-RM3 seketul. Sekarang aku kekeringan lauk. Kasihan perut yang tidak berdosa. Takkanlah aku nak mebgulang lagi memilih lauk. Aku harus rushing kembali bekerja. Kerna ada submission urgent!

“Nurul, tu darah ke apa?,” Kak Liza menuding ke Si Patin Hanyir setelah agak lama juga.
“Ha ah… yucks!,” aku kuis-kuis Si Patin Hanyir dengan garfu. Hello dunia, lihatlah Si Patin ini berdarah-darah. Dagingnya masih mentah, masih berwarna jernih. Engkau bayangkan betapa kembangnya tekak aku. Kami panggil perempuan penjaga counter.
“Ikan ni tak masak, ada darah. I tak nak,” kata aku perlahan. Maka, Si Patin di bawa ke dapur dan dikerumuni oleh petugas dapur. Si Patin dikerumuni. Perempuan jaga counter bukan main mintak maaf dekat aku. Aku tahu dia rasa sangat bersalah.

Dia mintak maaf pada aku. Muka dia menjelaskan betapa dia kecewa dengan kejadian itu. Tetapi aku tidak marah. Aku senyum sahaja. Aku kata ‘tak apa’ dan aku senyum lagi. Aku senyum-senyum-senyum sampailah kaki aku keluar tinggalkan restoren itu.

Dalam hati aku bersyukur.
Kalau bukan dek kerana kejadian ‘darah’ itu, sudah tentu kerugian aku berlipatkali ganda. Sudah tentu aku akan membazir wang begitu shaja demi seekor Patin Hanyir. Aku hanya perlu membayar RM3 untuk lunch hari ini kerna harga Si Patin dikecualikan. Biasanya aku akan berbelanja RM5-RM6 untuk setiap kali lunch / breakfast.

Motif kisah ini adalah untuk memberitahu masyarakat, betapa aku tidak sukakan ikan-ikan pelik. Makan ikan kembung setiap hari pon tak apa.

KILANG – layout plan untuk Elken Warehouse (sebuah kilang) dah selesai akhirnya, Maksud aku, untuk submission hari ini. Kelam kabut dari pagi sampai pukul 3.30 petang. Si arkitek nak angin disebabkan aku tak siap-siap dengan coloring. Wak lu! Aku kena color proposal aku, kena color proposal ‘orang sebelah’ juga. Dengan desktop yang mati segan hidup tak mau tu. Engkau pikir lah macam mana stressnya aku pula nak running Photoshop, sekali open 6, 7 drawing saiz JERUNG. Dalam masa yang sama nak run autodesk. Mahu tak tersedak computer aku? Bila ada yang send file untuk printing, computer aku mengidap parkinson. Dia bising-bising. Aku pun mulalah tarik muka panjang. Kalau sampai sabar aku hilang, teringin jugak aku nak cuba main pingpong dengan computer tu. Tekanan kerja.

3D Max – Dah dua hari aku balik kerja lewat. Kerna aku ada kelas 3DMax. Hari ini keadaan luaran dan dalaman aku tak mengizinkan. Aku cabut tinggalkan kantor tepat jam 6 petang. Untuk pengetahuan semua,kebiasaannya pukul 5.50ptg aku akan mula mengemas. Jam 5.59 aku sudah siap mencatit waktu kepulangan aku. Jam 6.00 ptg, aku pasti sudah sampai ke tingkat bawah bangunan. 6.15ptg, aku pasti sudah di depan TV menanti drama Manjalara. Dan lagi satu fakta, sebaik sahaja melepasi MAKRO CHERAS, aku pasti merempit sampailah ke rumah. Pada waktu itu juga aku akan bencikan semua pemandu yang memandu perlahan. Kerna itulah masanya kita semua harus melepaskan tekanan kesesakan lalulintas yang terpaksa dialami sebelum melepasi MAKRO CHERAS. Come on, uncle! Jangan kedekut jalan. Kalau aku kasi signal nak overtake engkau tu, engkau benarkan ajelah. Aku ini hanyalah seorang pelajar bertekanan tinggi di jalanraya.

cerita habis. semua boleh pergi.

Super … what? I beg your pardon…

Posted by chika under emotional, islamic, world
_________________________________________________

Attention!
Ini bakal menjadi sebuah topik yang kurang disenangi beberapa pihak, barangkali. Kalau engkau pendokong seni hiburan, pemuja dunia hiburan mahupun seorang yang bercita-cita menjadi seorang artis tersohor dunia, engkau mungkin tak berkenan dengan aku selepas ini. Tapi kalau engkau seorang profesional, kau bakal akur. Akur dalam diam pon tak mengapa.

_________________________________________________

Apa rakyat malaysia ni tak kenal erti JEMU ke? Tak jemu ke asyik disogokkan dengan program mencari ‘bintang’ lah konon. Penting sgt ke mencari ‘superstar’? Apa ‘superstar’ boleh selamatkan Malaysia dari masalah kemiskinan luar bandar? Boleh bantu atasi masalah sosial pelajar sekolah? Boleh bantu mengatasi masalah banjir di KL? Boleh tolong selamatkan rakyat Islam yang berperang di Asia Barat? Boleh selamatkan penindasan golongan bawahan dari yang berkuasa? Boleh tolong menyelesaikan kes Attantuya? Boleh membantu kejayaan kempen inflasi sifar? Kalau aku teruskan mengaju soalan, sampai bulan July tahun depan pon kita semua akan terus hidup dengan soalan-soalan dunia.

Tak ada agenda lain ke selain memerah otak yang intelek tu demi menerbitkan sebuah program hiburan? Lepas satu…satu. Dulu aku cuma kenal Bintang RTM dengan Sinaran Pasport Kegemilangan sahaja. Tiba-tiba Akademi Fantasia meletup menjadi satu fenomena. Muncul pulak Malaysian Idol, Mentor, One In A Million, Gangstarz dan selonggok lagi program yang tak tersebutkan. Aku tidak hirau kalau engkau semua ada pandangan lain. Tapi bagi pandangan aku, cukup-cukuplah tu. Tak lama lagi muncul pulak MyStarz. My what? My star??! Excuse me! Aku tak akan sesekali ‘berbintangkan’ ENGKAU semua. Aku rasa nak muntah setimba dua. Aku jemu sangat. Aku semakin wonder… apakah negara kita terlalu terdesak perlukan seorang SUPERSTAR? Apakah yang boleh seorang superstar itu lakukan untuk negara dan bangsa? Oh, pertanyaan yang aku ajukan itu salah. Aku sepatutnya lebih mengutamakan persoalan ini ; Apakah seorang SUPERSTAR itu boleh lakukan untuk AGAMA? A simple question needs one big elaboration. Can you?

i just wonder.

Last time aku baca di MohdIsmail.com tentang artis perempuan botak. Aku tertarik dengan soalan terakhir yang ditinggalkannya menjadi satu SOALAN SUBJEKTIF. Tentang Sharifah Amani yang menegaskan, beliau sanggup berbotak demi seni. (Ohhh k.Engkau sayang seni engkau). Kenapa pulak beliau tidak sanggup bertudung demi agama? (engkau tak sayang agama engkau?) Wallahualam.
Manusia buruk dipandangan kita, belum tentu buruk di sisi Allah SWT.
Menegur itu kewajipan.
Merubah diri untuk menjadi lebih baik dan lebih menghampiri kesempurnaan itu tuntutan.

Tentang program realiti TV mencari super.. super what? Super saiya? Superman? Or what so ever the Super____ they gonna be, aku sudah jemu.
Tak apa.
Tak lama lagi pilihanraya.

aku nak pergi minum susu rendah lemak, rendah kalsium.
Menjaga kesihatan dan mencari yang halal itu fardhu.