Archive for July, 2007

no one to rely on.

Posted by chika under Uncategorized
saya tidak dapat menulis di sini dengan kerap. Satu, saya sibuk dengan akademik. Dua, saya tidak mampu berkelakuan jujur di sini. Buat waktu ini, saya lebih rasa selesa menulis di tempat lain. Blog lain maksud saya. Di situ, saya boleh menjadi jujur dan menulis sesuka hati saya. Kadang-kadang, terasa mahu menulis terus secara diam. Tiada siapa tahu. Sebab pada waktu ni, saya cuma mahu semua orang melihat saya yang OKAY sahaja.

Satu hari nanti, semuanya akan berakhir. Dan saya tidak sabar hendak mengakhiri semuanya. Sebab saya semakin berkecil hati, hari demi hari. Tak apa. Tak lama lagi. Sikit waktu lagi, aku pasti benar-benar pergi. Dan pada waktu tu, aku harap tiada siapa yang tahu lagi tentang aku. Samada gembira, atau pun tidak.

Kehidupan terasa bosan. Terasa terpinggir. Terasa sendiri dan kosong. Juga rasa terbiar. Tak seronok langsung. Manusia semua dah berubah. Saya tiada teman untuk apa-apa pun. Teman makan tiada. Teman berjalan tiada. Teman bercerita… langsung tiada! Semoga setahun cepat berlalu. Dan semoga saya ada kehidupan lain yang lebih baik. I can’t stay any longer. Saya tak biasa bersendirian. Saya tak biasa sunyi.

Saya rasa sangat stress. Semuanya jadi serba salah, serba tak kena. Duduk studio, saya rasa sangat sedih sebab ianya sangat nostalgik. Duduk bilik, saya rasa melankolik. Saya tengok semua orang gembira. Saya mahu gembira juga. Tapi saya tahu, saya hanya akan gembira… mungkin selepas meninggalkan ukm nanti. Saya sudah hilang kehidupan UKM saya.

pretending like everything’s okay is tiresome.

ok, surrender!

Posted by chika under love
saya baru hendak pulih semalam.
Pagi tadi saya bangun tidur, saya senyum.
Sebab saya terasa waras dan realistik.
saya sudah boleh terima kenyataan.

Tetapi hari ini,
perasaan sedih dan mengharap telah bertukar menjadi…
SAKIT HATI.
Saya berkecil hati.
Saya SANGAT berkecil hati.

Once love stopped… it does not mean YOU can hurt each others feelings right?
Saya tidak mahu apa-apa.
Cuma jangan buat saya berkecil hati.
Because we still have ONE YEAR to go.

undefined.

Posted by chika under architecture, life, the chika
Hi semua.Morning! =)

Kalau ada yang nak tahu kesihatan saya, saya sehat. Kalau tidak mahu tahu, pergi main jauh-jauh. Mungkin saya nak conteng panjang-panjang. Mungkin. Mungkin kamu tak suka nak baca cerita panjang. Bolehlah mintak diri dan keluar dari sini sekarang. Sebab pada waktu ini, saya tiada keinginan hendak menerima kritikan, kutukan mahupun nasihat-nasihat seposen dua dari sesiapa pon. (tolong jaga bahasa dan adab)

1. First Project – stop the bus or the bus stops here!

Khamis lepas, final submission untuk first project. Bus stop. Saya sangat berbesar hati ingin menyatakan betapa saya semakin TIDAK SUKA untuk terus berada di UKM. Bukan sebab UKM tidak seronok. Bukan sebab kawan-kawan tidak baik. Tapi saya rasa stress dengan beberapa perkara dan saya merasakan, saya in suffocation. Saya semakin give up dan berasa seperti tiada harapan untuk pulih. Maksud saya, pencapaian senibina saya. Selagi saya di UKM, kualiti kerja dan komitmen saya tidak sesekali kaan menjadi lebih baik. Dia akan terus menurun bersama masa. Percayalah.

Kenapa?

Pernah tak sewaktu kecil dulu kita diajar. Apabila orang lain bercakap, kita harus mendengar. Begitu juga sebaliknya dan ini dinamakan komunikasi dua hala. Semasa belajar di Tadika Al-Islah 15 tahun yang lalu, ustazah memberitahu kami semua bahawa orang yang bercakap semasa orang lain sedang bercakap kepadanya, dia adalah … apa ye harus aku tulis. Dalam bahasa paling sopannya, orang itu tidak beradab.

Saya bukan nak bukak kelas ADAB. Saya cuma nak memberitahu di sini, sebagai membalas dendam dan mengauk ganti rugi terhadap air mata yang banyak saya bazirkan Khamis lepas. Saya mahu, apabila saya sedang present project saya, mereka yang sepatutnya mendengar, silalah dengar. Bukannya bercakap-cakap di hadapan saya. Mungkin semua orang tak faham kenapa saya nak menangis lepas presentation. Saya stress. Saya rasa ter-saiko.

Saya tahu panel board saya HANCUR! Saya tak kecik hati sebab saya buat board tu satu jam je. 24 jam selebihnya saya bekerja tanpa henti buat pertama kalinya dalam hidup saya untuk design. Saya ada masalah. Terlalu banyak masalah yang menyebabkan design saya tergendala. Saya pernah jumpa Puan Wardah, bercerita tentang masalah saya. Saya pernah jumpa Encik Mazlan bercerita tentang masalah saya. Semua masalah (yang dah bercampur gaul antara masalah peribadi dan masalah UKM yang buduh) telah mematikan semangat saya. Memang sudah mati. Dan sikap pensyarah yang tidak mahu mendengar sebaliknya bercakap-cakap semasa saya sedang present benar2 buat saya kecil hati dan bertambah stress. Saya tahu dia tak berminat dengan presentation saya. Saya tahu panel board saya HANCUR! Saya tahu board saya umpama satu sinopsis dan intro tanpa content. Saya tahu memang saya punya hasil lingkup!

Bukan saya tak cuba. Saya cuba tapi saya semakin tak ada hati. Saya dah membazir 2 hari dengan terlentang di atas katil. Sebab saya tidak sehat. Hanya pada hari terakhir sebelum review sahaja saya mampu bangun. Ada orang tahu? Saya tak salahkan siapa-siapa atas kejatuhan mutu kerja yang melampau. Salah saya. Tapi saya ada perasaan jugak. Bukan ke saya juga student yang layak mendapat budi bicara yang baik? Saya sebenarnya dah perasan benda ni banyak kali. Setiap kali saya present, ada yang tidak mahu dengar. KENAPA? Sebab saya bukan super-designer? Sebab saya bukan nama-nama hebat seperti mereka yang hebat dalam studio tu?

Saya cuba nak terangkan konsep saya panjang lebar sikit. Saya tahu apa saya buat walaupun isi panel saya missing. Saya tahu every answers to every questions. Saya nak bercerita tentang the concept of CAVE. Its not a decoration semata-mata. Ketika saya nak bercerita, ada yang tidak mendengar. Saya berasa sangat bodoh berdiri di situ dalam keadaan yang sangat lemah, sedih dan … saya nak pergi mati. Saya nak menangis depan lecturers waktu tu. Tapi saya tarik nafas dalam-dalam. Saya dah terlalu banyak menangis, saya dah tak larat. Kalau saya terus menangis, saya pasti boleh maut di situ. Saya takut maut.

Masuk studio, saya nangis puas-puas. Bukan nangis kerana satu perkara, tapi nangis kerana macam-macam perkara. Hidup sangat sukar 2 minggu di UKM ni. Tak pernah saya sangka, kehidupan akan sesukar itu. Saya tak pernah rasa hidup yang sangat susah.Adakah ini akan berterusan hingga hari erakhir saya di UKM nanti? Saya bimbang.

“You have the design, you punya design bukan teruk. Its quite good and quite impressive. But what happen to your board? Where’s your site plan? Why did your elevation semua kecik-kecik? I dun understand where u get the section? See, you have the photo montage! Semua orang tak buat foto montaj tapi you ada. Tapi kenapa kecik sangat? Inilah yang kita nak tengok. Patotnya photo montaj ni letak besar-besar. You have a very good 3D, tapi you tak reti nak guna untuk panel. What happen to you for this time? Apsal ni besar, apsal ni kecik? I rasa attracted hampir 20 % dekat u punya 3D perspective. Yang lain, hancur! You have a good design but u tak expose dengan cara yang betul. HANCUR. That is the word i nak cakap… bla.. bla.., “

Inilah antara kompilasi kata-kata para pensyarah 3 orang termasuk seorang external punya pengkritik.In the other way, saya kesal. Yes, saya spend terlalu banyak masa membuat 3D. Tapi masa dah suntuk pagi tu. Lebih 24 jam duduk buat design tanpa henti menyebabkan saya jadi cemas sebab saya masih tidak siapkan presentation board. AKhirnya, saya main campak-campak je sesuka hati ke dalam board asalkan ada. Saya rasa saya terkilan. Sebab saya macam buat benda sia-sia. Penat lelah menyiapkan 3D, tak saya gunakan dengan sebaiknya. Photo montage pon kecik sangat. Penatnya rasa….

Punyalah separuh nyawa saya menjaga line quality untuk elevation. Akhirnya saya buat silap. Saya salah guna scale. Saya tak tahu pon yang scale dari 1:100 dan ditukar ke 1:50. Lecturer marah sebab elevation saya kecik sangat. Salah saya sebab tidak buat kerja di studio. Kalau buat di studio, pasti saya dapat updates. Macam mana saya nak pergi studio kalau hati saya bertambah kosong dan tak bersemangat?

2. Latihan Industri
Report sudah siap dengan maju jayanya. Sabtu lepas, ada presentation untuk latihan industri. Saya berkumpulan dengan Adian , Arul, Lay Ming, Zarif, Cik Lan, dan Afiq. Fuh, Zarif hebat! AHAHA. Firm dia keje memang hebat. Design decon-decon belaka. “Nurul, ceritalah pengalaman jumpa kontraktor gatal,” Encik Mazlan mintak kami cerita pengalaman-pengalaman yang ada. Macam-macam cerita keluar. Cerita paling kelakar ialah cerita Lay Ming dengan Arul. Syarikat dorang keje tu gila. Tanah kecik, tapi nak buat macam-macam. Dengan unit housing nya, dengan apartment nya… akhirnya projek dihentikan sebab tak cukup tanah. WAKAKA. Camni pon ada?

3. Robotic Architecture di One Utama


Ahad lepas pulak ke One Utama untuk Robotic Architecture Competition anjuran Persatuan Akitek Malaysia (PAM). Sebenarnya saya tak ada mood. Saya ingatkan Aisyah ajak saya tengok exhibition dan jalan-jalan di 1U. Rupa-rupanya nak join competition. Saya betul-betul tak ada hati masa tu. Tapi Adian, Shah dengan A-ai beriya paksa. Layan je. Even malam tu pon saya dah terpikir nak tarik diri. Kondisi saya tidak stabil waktu tu. Tapi akhirnya saya pergi juga. Kena drive pulak tu.

Tapi honestly, saya enjoy jugak hari tu. Lagi2 on the way pergi dan balik. Tahu-tahu je lah kan kalau si Adian tu ada. Mesti dia buat aksi-aksi separuh masak dia tu. Farah pon join at last. Tapi Farah kena join group lagi satu. Kesian kat dia. AAHAHA.Kami diberi masa dari jam 10.30 pagi sampai 6 petang untuk siapkan design,board dan model. Saya buat model dengan Shafiz.


foto : Kerja-kerja memunggah barang.

Foto : Mulakan kerja! Lama betul nak dapatkan konsep dan idea.

Foto : Akhirnya main cincai. Kami hasilkan rumah ini =D Tapi adalah cerita sebalik konsep dan sebalik tabirnya. Tidak rasa nak bercerita. Malas =D

Foto : group UKM second year yang akhirnya surrender dan pulang. Tah apa-apa betul. Datangnya sampai satu studio.

4. Low Yat

Petang pukul 3 ada kelas Amalan Profesional. Tapi lepas kelas pagi, kami yang hilang pertimbangan rushing ke Low Yat. Nasib baik sempat balik pukul 3 ptg tu. Kami pergi naik Bamblebee (si kuning hitam tu lah). Pergi 5 orang. Farah, Mek Ti, Ainul, Sansit dan saya. Balik tu Sansit drive. Wallauweih! Terserlah kelasakan si Sansit ni yang jarang-jarang sekali dapat dilihat. Ainul sampai kecut kecut perut. Boleh tahan dia ni. FArah pergi upgrade lappy dia. Mek entah ada problem apa tah. Ainul beli Graphic Card. Gila kena kelentong garing-garing dengan Cina kedai tu. Padahal kat kedai lagi satu, harga dia murah gila. Rasa nak hentak kepala Cina tu. Kesian Ainul. Sansit nak tukar MP3 player yang dia beli. Saya? Saya tak ada arah tujuan. Saya ikut je. Saya nak jala-jalan. Saya tensen. Disebabkan tensen, macam biasa sayabuat retail therapy. Saya beli lappy skin yang Sansit kata… “Nurul, kalau I … I tak beli. Quite Expensive la,” tapi seperti biasa. Nurul is Nurul. Retail therapy seakan-akan PAINKILLER. I need no pills. Cuma perlukan bil sahaja. AHAHAHAH!

5. Sesat

Jumaat hari tu, saya sesat on the way balik Cheras. Saya silap masuk jalan. Kununnya, saya terpengaruh dengan mitos dan dongeng yang Farah dan Ainul ceritakan. My beloved drama queen yang dua orang ni dok ajar saya supaya gunakan tol Kajang sebab murah sikit. Tol Bangi yang selau saya gunakan adalah RM2.70. Farah kata mahal. Saya pon akur. Akhirnya, disebabkan terlalu gian melayan perasaan, saya tersilap masuk simpang. Dah la sendirian. Rasa nak meronta-ronta. Tapi saya tak hubungi ibubapa. Saya takut kena marah. Minyak dah lip lap lip lap. Saya tak mahu isi. Saya nak suruh babah isi. Saya cuma hubungi babah untuk bertanya .. “Boleh tak ay tak payah isi minyak? Tapi dah kuar warning ni,” punyalah berkira aku ni. “Boleh. sampai. Bukan jauh sangat,” akhirnya saya terus je jalan tanpa isi minyak.

Saya masuk jalan yang bukan-bukan. Saya semakin takut. Saya dah menuju ke arah Cheras yang lain. Saya nak teriak tapi tiba-tiba ada motor ajak saya main-main di jalan raya. Saya tak ada mood. Saya buat buduh. Tapi motor tu follow sebelah saya. Muka mereka gatal. Saya jadi geli dan seriau. Jalan raya lengang time tu. Highway besar. Saya sangat takut. Lepas tu, dua orang lelaki tu buat aksi-aksi depan kereta saya. Saya takut kalau saya terlanggar mereka. Tapi saya macam dah tekad. Saya rasa nak langgar betul-betul dan buat langgar lari. Kasi padan muka mereka. Di jalan raya tidak boleh menggatal. Bahaya. Dia buat aksi-aksi geli. Saya jadi cuak dan menyampah. Akhirnya saya speed up dan mereka melambai-lambai ke arah saya. Pergi jahanam.

Akhirnya, kunun-kunun nak save duit tol. Akhirnya saya redah EMPAT tol. Bijaknya saya. Kalau Farah dengan Ainul tahu, mati la mak! Malulah saya. Sebab tu saya tak hubungi mereka tapi saya hubungi…. hmm… dia. Walaupon itu tak sepatutnya. Tapi saya dah terbiasa. Bila ada apa-apa je, mind saya macam dah set. Automatically akan recall nama dia. Aih, aku kena reset mind aku. Tak boleh simpan nama dia lagi. Kena reset mind. Dia tidak boleh luangkan waktu untuk aku lagi. Tidak boleh.

Sampai rumah, ibubapa tiada. Rumah kosong. Bila mereka pulang, saya cerita pada ibubapa. Mereka semua gelakkan saya. Saya rasa kesian dekat diri sendiri.

6. Retail Therapy

Hari pertama semester lagi kami dah buat retail therapy di Mines Wonderland. Saya, Ainul, Farah dan Shida. Mereka shopping macam nak rak! Saya cuma beli sweater dengan long sleeves sahaja. Roxy buat sale gila ubi. Tapi saya sebenarnya tak berapa ada mood time tu. Fikiran saya cemas. Saya fikir banyak benda dan nervous. Saya memang insan bermasalah ketika ini. Shopping pon tak berjaya ubati saya. Maknanya, saya memang dalam kondisi tenat.

7. Pooh!

Saya tinggalkan nombor phone saya pada cashier Watson di Mines. Saya dengan Ainul memang budak gila. Kami nak sangat luggage bag The Pooh. Kami beritahu cashier tu, kalau bag tu ada, call saya cepat-cepat dan jangan jual pada orang lain. Semalam cashier tu call saya. Saya call Ainul suruh ambil luggage bag tu dekat Mines. Yes! Kami dah dapat beg tu!

8. My childhood memoryland!

Malam semalam dinner dengan MARRY! i heart you!Saya sangat rindu dia. Dia adalah bestfriend saya masa kecik-kecik. Dulu, 24 jam dia dekat rumah saya. Dia jiran sya sebenarnya, Tapi bila makin membesar, kami makin renggang dan jarang jumpa. Ni pon berjumpa setelah 3 tahun rasanya tak jumpa. Nama je jiran. AHAHAH. Saya sangat syang kat dia. Eiyla tak jadi join. Kami call dia asyik tak dapat je. Semalam kali pertama saya keluar malam di rumah. Saya takut nak balik. Takut babah marah. Nasib baik babah tak marah. Cuma tanya je pergi mana. Kami pergi Steven’s Corner dekat Pandan Indah. Seronok sangat bual-bual macam dunia kami yang punya. Peoples changed. Dia pon dah berubah banyak. Saya juga berubah. Semua orang berubah. Tapi rasa sayang kami dalam friendship tak berubah pon. Macam tu jugak dengan friendship saya pada Eiyla walaupon lost contact bertahun-tahun. I LOVE YOU GUYS! MUAXXX! And to Jullian, tq for the time spending. Nanti kita pergi belajar redah KL eh. AHAHAHA!


Photo : sorry I tak jadi pergi damansara today. Hujan and Jullian tak berjaya ajar I guna map :p Nanti i promise i jumpa you dekat Cineleisure. Insyaallah. The nite was just great!

Note to Aizar : Jullian asked you to collect ur BANTAL BUSUK tu from him. ehehe. Kalau tak, biar saya je collect untuk diri saya.


walau macam mana saya cuba berseronok, saya tetap rasa kehilangan. Saya semacam sudah tidak tahu… bagaimana caranya berseronok. saya sudah mula menulis di tempat lain. Di situ, saya menulis dengan bebas sekali. Saya tidak mahu siapa-siapa tahu. Saya nak simpan semua rasa sendirian. Saya nak terus berpura-pura ok. Sebab orang lain hanya mampu bagi nasihat sedangkan nasihat itu semuanya tak bermakna buat saya. (jangan komen on this section!)

Am taking everythings back.

Posted by chika under Uncategorized
hopefully.
i’m doing my best now.
still doing.

thats right. We should take this time, to get close to each other and …
we can clearly see through each others heart.
i’m not saying that we are wrong.
but I can see how far my mistakes is…
and how far my truth is.

i am taking everythings back very soon.
i’ve to stop this bleeding heart.
getting too many questions from peoples around me can kill me.

mungkin sikit waktu lagi, blog ni sudah tiada.
because like i said, im taking everythings back dan aku nak erase semuanya.
or maybe, aku akan move. Menulis ditempat lain.
Menulis seorang diri.
Take your time, Nurul.
Take your time.
One day, you’ll be okay and you can erase everything.

(banyak nak cerita. tapi mood tiada at this moment. Lagipun, too many busybody i guess. Kepada semua, bergembiralah!)

selamat tinggal UKM

Posted by chika under architecture
aku mula bencikan UKM.
Kalau setakat nak tekan student, lebih baik bukak pusat serenti je.

Aku harap student akan diberi masa satu minggu untuk pengurusan diri. Tak boleh mulakan kelas pada hari pertama semester. Itu namanya MENZALIMI. Dan aku sangat berharap, manusia menjadi lebih bijak daripada sistem komputer. Sistem buat salah, aku kena bayar denda. Sistem tak hantar data, rekod aku tak disahkan. Boleh pergi jahanam.

Hati aku sakit betul.
Semangat aku nak pulun design semester ni sikit demi sikit dah terhakis. Bengang gila. Ini memang entri HANGIN dari aku. Aku sangat berasap-asap sejak 2 hari ni. Tolonglah mudahkan pelajar. Aku datang nak belajar, bukan nak buat charity dekat unit bendahari. Esok aku nak buat surat cadangan, suruh kementerian tukar je UKM tu jadi pusat kutip derma.

Aku nak pergi lari setempat. Membakar kolestrol, meningkatkan stamina.Bernafas dengan baik supaya bekalan oksigen dalam darah mencukupi. Hanya dengan itu aku boleh bertenang dan kembali waras. Berada di bawah tahap kurang kesedaran boleh mengakibatkan kejadian letupan di UKM esok. Nak pergi beli bom sekilo dua.

Oh ha…
Encik Irfan (the lecturer) sudah berjaya membolosi contengan maut di sini.Nampaknya, kawalan keselamatan dan sistem security harus dipertingkatkan. AHAHAHA.By the way, Hi there Encik Irfan! How are you? BUAHAHAHAH. They talked bout our blogs last Monday in the studio. Funny tak? I mean Adian’s, Farah’s and mine. Gosh ! But … what to worry? Relax. Aku hanya conteng. Contengan yang tidak berdosa.
Selamat datang kepada semua warga Jabatan Seni Bina ke blog kami yang super sensasi ini! :p

Tergila-gila

Posted by chika under love

malam jadi siang siangpun jadi malam
tidurpun ku tak bisa tenang…
bila sedang jatuh cinta
semua terasa indah
aku tergila gila

rasa di hatiku melilit makin erat
dan rasaku tak akan salah
kuyakin ini cinta, aku sedang jatuh cinta
aku tergila gila

kini ku berjanji hanya untuk kita
sumpah mati akan kujalani
hatiku sedang tergila gila denganmu

malam jadi siang siangpun jadi malam
tidurpun ku tak bisa tenang bila sedang jatuh cinta
semua terasa indah aku tergila gila

hanya padamu hanya denganmu
aku berani hadapi apa saja

rasa di hatiku melilit makin erat
dan rasaku tak akan salah
ku yakin ini cinta aku sedang jatuh cinta
aku tergila gila

kini ku berjanji hanya untuk engkau
sumpah mati akan kujalani
hatiku sedang tergila gila denganmu

aku berani hadapi apa saja
asalkan aku tetap denganmu
sungguh ku sedang tergila gila denganmu

denganmu…

Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Kalau aku tergila-gila satu hari nanti, aku pasti tampalkan sekali lagi lirik lagu ini. Di sini. Aku cakap lagi sekali. Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Bukan. Lagu Melly Goeslow ft Paundrakarna. Lagu yang dah berputar berjuta kali hari ini. Kalau i-tunes pandai komplen, mesti dia dah teriak minta aku menjadi lebih bertimbangrasa. Kalau i-tunes ada anggota, dah lama aku kena lempang sebab dah dekat seminggu si i-tunes kena kerja keras putarkan lagu ini secara berulang-ulang. Kalau i-tunes … ah, suka hati engkau lah i-tunes.


Engkau semua nak cuba dengar?

Dah dua kali dalam minggu ni, aku jumpa orang tu dalam mimpi. Sampai aku jadi tak keruan. Aku perlu mengambil masa sepurnama dua untuk memastikan samada mimpi itu tergolong sebagai mimpi ngeri ataupun mimpi indah. Bagi aku sepurnama dua. Bila aku sudah dapat jawapan, aku akan huraikan jawapan kepada soalan subjektif tiada markah ini.

Dah hampir 4 tahun berlalu. Pembohong besarlah kalau aku kata, ingatan aku langsung dah hilang tentang dia. Macam yang pernah aku beritahu dia dulu. Aku hanya boleh lupakan dia kalau aku sudah hilang ingatan sahaja. Bukan aku tak mau lupakan. Tapi mungkin sebab terlalu NAK lupakan, aku jadi bertambah ingat. Dulu-dulu, aku rajin duduk atas sejadah, berdoa supaya perasaan aku dipulihkan dan ingatan aku jadi kurang baik tentang dia. Mengingati dia buat aku rasa heart attack. Tapi makin doa, aku rasa makin dekat. Akhirnya aku buang segmen ‘doa untuk dia’ dari program doa-doaku. Kononnya nak membiarkan kuasa alam melupuskan semua ingatan.

Berjayakah kuasa alam?

Bolehlah…. Sekurang-kurangnya, aku tidak histeria lagi tentang dia.Aku tidak ingatkan dia hampir setahun lamanya. Tapi tiba-tiba… dalam minggu ni sahaja, dua kali sudah mukanya muncul beraksi. Aku sebenarnya sudah lupa sedikit raut wajahnya. Tapi mimpi tanpa kategori itu membuatkan aku ingat kembali senyum dia, kening dia (yang merupakan bahagian favorite aku pada dia), juga aku rasa terkesima kembali dengan senyum dia. Yang kononnya pernah diungkapkan oleh gadis-gadis tanah air ini sebagai ‘senyuman yang mencairkan hati-hati perempuan’. Aku pon perempuan yang pernah kecairan itu.

Kenapa dia perlu singgah dalam mimpi aku? DUA KALI! Kalau sekali, aku rasa itu kebetulan. Tapi DUA KALI, aku rasa… rasa… (sila lengkapkan ayat ini kalau sudi)

Ada orang kata, mungkin sebab aku rindukan dia sangat. Mungkin aku fikirkan dia sangat. Wak lu! Musim bunga dan musim panas sudah empat kali bertukaran. Lama sudah aku tidak main perasaan tentang dia. Lagipon, semuanya memang sudah plain. Aku pon sudah naik lupa hampir 50% tentang dia. Aku sudah lupa suara dia. Tapi mimpi tu… mimpi tu brengsek betul. Sekarang aku jadi ingat kembali suara dia.

Ya Allah. Ketika aku mengambil keputusan untuk bertemu dia (lebih 3 tahun lalu), aku memohon petunjukMU. Selepas bertemu juga, aku masih memohon petunjukMU. Sepanjang bersama dia dulu, aku sentiasa mohon petunjukMU. Sebab ada perasaan aneh-aneh yang aku rasa. Sebenarnya aku memang tergila-gila waktu tu. Tapi perasaan aneh selalu halang aku dari berusaha mendapatkan dia. Waktu dia menjauh, aku tahu aku masih boleh terus terang bahawa aku tengah tergila-gila. Tapi perasaan aneh memberitahu, biar dia pergi. Semua tentang dia adalah aneh.

Sampai hari ni, aku masih tak boleh terima hakikat yang dia pernah muncul dalam hidup aku. Mungkin betul kot. Dia hanyalah satu mimpi.

“awak, saya nak bagi tau awak sesuatu ni. penting,”
“apa? esok tak boleh ke?” aku sebenarnya menganggap itu tidak penting. sengaja dipenting-pentingkan.
“tak. takut terlambat…”
“apa?,” (waktu ni aku masih budak. semua benda aku anggap gurauan.)
“saya… saya… nak…”
“nak apa? nak jadi superman?” (waktu ni, aku ikhlas mengajak dia bergurau. Aku juga yakin dia mahu ajak aku bergurau”
“aa… mm… ha ah. nak jadi superman” nada dia mendatar. dia tak macam nak bergurau. aku terkedu. jam sudah 1.00 pagi ketika itu.Berjenaka ke dia?
/>
“awak.. saya nak buat pengakuan ni,” kata aku tiba-tiba je masa kami tengah ronda KLCC macam orang gila.
“apa?,”
“saya penat. nak duduk,” spontan aku menjawap.
“la… ingatkan pengakuan apa,”

sebenarnya waktu tu aku nak buat pengakuan lain. Aku nak beritahu dia… Aku nak kawan lama-lama dengan dia (yang bermaksud, aku taknak ditinggalkan). Tapi kebuduhan memusnahkan kebahagian.

Tengok! Aku jadi ingat kembali dialog-dialog merpati dua sejoli semacam ni. Semua ni gara-gara mimpi. Sedangkan penat aku bertungkus lumus melupakan dia bertahun lamanya. Senang-senang je usaha aku musnah hanya kerana 2 kali mimpi itu.

ewah, terbukak telenovela cinta pulak! aku bukan nak buat statement yang aku tergila-gilakan dia kini. TIDAK SAMA SEKALI DAN ITU TAK MUNGKIN. Kerana sejarah sepatutnya dijadikan pedoman, bukan untuk diulang. Mimpi yang datang 2 kali tanpa dijemput-jemput tu membuatkan aku berfikir lagi dan lagi. Dia baik. Walaupon dia pergi tiba-tiba, waktu aku rasa dia tak akan pergi… dia tetap baik. Dalam mimpi pon dia muncul dengan watak baik.

Semoga tidak ada mimpi episod 3. Sebab kalau mimpi episod 3 muncul, aku nak pergi redah Malaysia ni carik dia. AHAHA! Takut tak?

Habis.

esok balik UKM.
esok tak payah ke kantor.
oh, kisah airmata sungguh….
sepilah kantor tanpaku.
Tabahkan hati semua… (perasan.com.my)