Archive for June, 2007

Tiada Lagi

Posted by chika under Uncategorized
Malam tadi, i can’t sleep. I can’t get him out from my head. Like I always did ketika mula-mula falling in love dengan dia. Everything datang menyerbu. Semua cerita tentang aku dan dia terimbas-imbas macam satu tayangan gambar yang besar. Aku seperti seorang penonton yang menangis terseu-sedan dalam satu cinema agong. Seorang.

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


Pagi-pagi lagi, aku dah sms dia. Terasa lama tak buat macam tu. Kebiasannya, bila aku sms dia nak kejutkan dia bangun pagi, aku akan mulakan the text by shouting out the word DEAR! but i have to tell myself that i should not keep goin with such words anymore.

Hey, guys!
Funny… rasanya sakit amat bila kita berpisah ketika cinta masih ada. Kan lebih baik berpisah ketika sama-sama sudah benci. Sama-sama sudah tidak mahu melihat satu sama lain. Sebab ia lebih memudahkan kondisi. Tapi, untuk kebaikan banyak pihak, this is all we can do.

Aku sudah tiada lagi dia to help me up. I have to stand on my own. And the most melancholic part is to know that dia tidak akan marah aku lagi bila aku buat benda yang bukan-bukan dan dia tak suka. Dia tak akan beritahu aku lagi apa yang patut dan tidak patut aku buat. Aku juga tidak akan boleh melihat dia datang ke kelas dalam keadaan sebagaimana yang aku ingini. Because i’ve lost all my rights on him. Sangat menyedihkan. Cepatnya masa berlalu. 2 tahun mengenali dia. Setahun lebih bersama dia.

i miss u sangat….
sangat…
sangat…

Enough la Nurul…

Aku berhutang rupanya

Posted by chika under Uncategorized
[ WARKAH ] Sepucuk warkah diutuskan oleh universitas ke kediaman. Warkah melafazkan bait-bait hutang lapokku di musim yang lalu. Lantas, aku mengalami transformasi menjadi bengang. Tak semena-mena aku dituduh sebagai berhutang. Angka bertuah kita hari ini adalah… RM375.Buffalo!

[ KANTOR ] Pagi tadi aku tergedik-gedik ke kantor. Semangat bukan main. Sebab sepanjang minggu ni, aku diserang wabak malas ke kantor. Kerna minggu ini, sungguh sedikit kerjaan yang diberikan. Maka aku menjadi bosan di kantor. Kalaulah aku ni jenis suka gigit kuku di waktu lapang, tentu kuku-kuku kaki dan tangan aku sudah habis digigit. Tapi pagi tadi aku rasa semangat dikembalikan setelah semalam aku diberi kerjaan bagus oleh Ismail dan supervisor. Aku disuruhnya menyiapkan massing layout, pelan dan sebagainya untuk projek Elken warehouse. Aku akan riang ke kantor jika aku punya kerjaan tetap. Setelah projek banglo di Penang dihentikan, aku jadi kurang sebok.

[ GELISAH ] Mood baik aku pagi tadi terbunuh kerana aku diganggu oleh satu kejadian. Ketika aku online di kantor pagi-pagi tadi, aku menjadi sangat marah. Kerna nombor bertuah RM375 telah bertukar menjadi RM450. Wak lu lah! Aku sangat bengang. Bukanlah bengang sangat sebab disuruh melangsaikan hutang, tapi yang buat aku menyinga tu sebab amount dia mengelirukan. Ditambah lagi dengan warning yang terpampang kat website ukm. KONONNYA hutang mesti dijelaskan sebelum 15 Jun. Kepala hohohotak betol. Baru semalam dapat surat. Maknanya aku kena bayar hari ni jugak, kalau tak keputusan exam akan dibekukan. Maaf. Sekali lagi aku nak melafazkan kepala hohohotak kau.

[ HISTERIA ] aku call Farah untuk meluahkan perasaan terpendam tentang hutang tersebut. Aku cari nombor telefon jabatan bendahari. Aku call banyak kali. Semua staf pekak rupanya. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan dan menyambung kerjaan autocad. Tapi fikiran aku jadi bertambah kacau dan bilau. Berbilau-bilau rasanya. Aku pergi luah perasaan kat Kak Liza pulak.Hal ni memang kecik je. Tapi aku tak puas hati sebab aku baru je terima warkah berlagu pilu tu semalam. Tup-tup hari ni dikatakan dateline sebelum result ditahan. Memang tak siuman.

[ AKHIRNYA ] aku call boss. Aku mintak leave office untuk ke ukm. Aku kata, kalau sempat aku kembali ke kantor. Sebenarnya memang sempat. Tapi jangan harap aku akan dapat parking petang-petang kat area office tu. Maka, daripada aku membazir waktu, petrol, tenaga dan kata-kata tidak baik akibat sukar mendapatkan parking, adalah lebih baik aku terus tak balik ke kantor. Lagipon aku dah maklumkan pada boss awal-awal lagi. Aku ke ukm dengan bunda setelah Aizar gagal dihubungi. Macam biasa. Kalau cap ibu dan anak ni dah keluar, mesti sedikit sebanyak akan buat aktiviti membeli-belah. Dapatlah aku sepasang pump baru. Bunda beriya-iya nak aku pakai heels lain kerna dia sangat bencikan heels yang aku suka pakai sekarang ni. Aku faham. Bunda memang anti kat kasut aku yang veteren tu. Tak mengapalah. Asalkan aku dapat pump baru.

[ APARTMENT ] Lepas ayahanda balik solat Jumaat, kami pergi ziarah apartment. First time aku naik apartment tu. Neighbor next door kami tu friendly juga. Baru ku tahu. Chinese mereka semua. Maka…terjadilah satu perbualan :

Encik N : Chinese next door ni friendly. Neighbor kamu ni semua friendly don’t worry. Rumah sebelah ni anak dia dah besar-besar. Anak-anak dara dah semua.

Bunda : Kita pon ada anak dara ni ha. (sambil kerling ke aku)

Encik N : Eh, ni kira baru-baru remaja. Yang sebelah ni memang anak dara. Dah dewasa.

Hati aku : apakah maksud encik ye? Remaja dengan anak dara berbezakah? Saya tidak dewasakah?

Bunda : Dia ni pon dah besar dah ni (kata bunda lagi)

Encik N : Tak de lah besar sangat. Budak lagi. Sebelah ni memang betul dah anak dara. Yang ini masih sunti lagi kata orang.

Hati aku : Aik? Apa sunti-sunti? 21 tahun masih boleh dikatakan sunti ye encik? seronoknya aku kalau semua masyarakat fikir begini. Syukur…

Bunda : Budak apanya. Dah 21 tahon.

Encik N : Gulp???! 21 tahon?!!! (separoh menjerit)

Hati aku : apakah???

Encik N : Ingatkan 15 atau 16 tahon!

Hati aku : Cis! Jangan adili buku kerna kulit buku.

Bunda : (Gelak)
Ayahanda : (Senyum)
Adek Dell : (Terbahak-bahak)
Aku : (Senyum menutup hati yang remuk redam)

Kesimpulan hari ini : Aku adalah seorang gadis berusia 21 tahun yang dituduh sebagai budak-budak 16 tahun dan sekaligus didakwa berhutang kepada universiti . Entah apa-apa.

Mabuk Cendawan

Posted by chika under celebrity, love
sekarang!
i mean sekarang…
tolong beritahu saya kenapa tidak saya tergila-gilakan drama EmilEmilda? Why not?

Satu dunia dah tau saya ni mabuk cendawan pada Fahrin Ahmad. Mengimbas kembali nostalgia silam, blog saya pernah menjadi medan cinta agong tergolek terlentang tak berkesudahan. Oh betapa ketika itu saya sangat angaukan dia. Maksud saya Fahrin Ahmad. Sekarang juga masih angau. Ditambah lagi dengan adanya Aaron Aziz yang juga menjadi kegilaan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Kemunculan kedua-dua spesis kumbang tampan tersebut mengukuhkan alasan kenapa saya tidak boleh tidur awal.Hanya tidur selepas tamat bercengkerama. Astaghfirullah… (dan esoknya pasti curi tulang-temulang untuk lelap di office disetiap kali boss tiada)

Saya tahu Tom Cruise handsome orangnya. Saya juga tahu Brad Pitt itu boleh buat gadis di dunia ini histeria. Tapi saya tidak pernah histeriakan superstar-superstar grad A tersebut. Tapi saya memang relahati jadi mabuk cendawan gara-gara Fahrin Ahmad. Aaron Aziz juga.

dan…

Jehan Miskin juga. Ye, mabuk yang baru nak menjadi iaitu sejak-sejak sebok gilakan drama Manjalara. Okaylah, personally aku cakap… Jehan Miskin not bad juga. Sesuatu yang baru aku sedari setelah sekian lama aku tidak berapa gemar menyaksikan aksi-aksi beliau di kaca tv. Aku juga sebelum ini tidak gemar langsung dengan wajahnya. Opss… tersasul pulak. Walau apapon, mereka semua hanyalah spesis kumbang di alam fantasi sahaja. Jangan worry. Linda Onn pergi tidur nyenyak-nyenyak. Wife kepada Aaron Aziz juga jangan khuatir. Rampasan kuasa tidak akan berlaku kerana ini hanyalah perasaan di alam fantasi.

HAR HAR HAR!
Sebuah lagi entri sia-sia dariku buatmu….

mabuk cendawan tu… ertinya apa ye?