Archive for June, 2007

My Life As A Me

Posted by chika under the chika
My Life As A Me?
sounds familiar?
CREDITS TO ADIAN.

Pelbagai aktivitas dilakukan hari ini. Sabtu yang baik buat aku. Kerna aku tidak lagi menjadikan hari liburanku sebagai sia-sia. Tetapi aku juga kurang pasti kalau-kalau terdapat aktivitas yang aku lakukan adalah sia-sia. Jangan worry, Beylo. Perkara sia-sia memang kerap berlaku.

  1. Meeting Alumni

    10 pagi, aku sudah menjemput Aizar ke Seraya. Menghadiri meeting Alumni sekolah. Kehadiranku adalah sekadar dipinggiran. Sekadar meramaikan jumlah jasad yang hadir. Sekolahku yang dulunya dirimbuni tumbuh-tumbuhan telah mengalami perkembangan sehat menjadi sebuah taman rekreasi yang diHUTANI tumbuh-tumbuhan. Sekolahku makin cantek. Aku akhiri segmen Alumni dengan jutaan teima kasih kepada teman-teman yang sudi menjemput aku yang veteran ini. Good luck kepada pengasas Alumni.

    (terima kasih atas pemberian yang memalukan i :p Rasa malu-malu ayam aku tadi. Malu yang ditambah dengan rasa tak percaya)

  2. Satu Kilo Kek Coklat Percuma.

    Benda percuma selalu sedap. Lebih sedap lagi kerna kek coklat itu dibuat sendiri oleh seorang lelaki comel yang memiliki sepasang mata yang bulat. Terima kasih encik saifuddin kerana dengan paksarelanya sudi membuat sebijik kek besar yang enak untuk saya. Malu i tadi tau u buat semua orang tau pasal u buat kek tu untuk i. Mana i nak letak muka i yang ‘cannot go’ ni? Apa i nak jawap kalau paparazi tempatan bertanya? wink! No lah. The cake taste good. Kau memang seorang chef yang hebat. Nanti bolehlah apply jawatan kitchen manager kat rumah aku eh. HAR HAR HAR! Tak sangka penantianku yang sangat lama berhasil juga. Tak sangka si mata bulat ni sanggop jugak buat kek untuk aku. Terima kasih eh Budin :p Susah payah aku dengan Aizar menjaga kek tu tadi sepanjang perjalanan ke Bangi.

    (kek percuma hasil pujuk rayuku yang panjang. Rasanya sedap, sesedap kek yang Aizar buat)

  3. UKM

    Minggu ni pergi UKM lagi sekali. Untuk hantar borang LI untuk rekod pensyarah pelawat. Universitas sedang mengalami beberapa pengubahsuaian. Antaranya, tar jalanraya depan fakulti aku telah ditebuk dengan huduh sekali untuk diubahsuai. Terdapat juga abang/pakcik guard yang baru. Dulu pakcik guard terdiri daripada golongan veteran, sekarang musim sudah berubah. Universitas telah memberi peluang pekerjaan yang meluas kepada mereka yang bertubuh bulat-bulat pula menjawat tugas sebagai guard. Oleh kerna itu, aku dan Aizar tergelak sakan seperti seorang gila kentang. Kenapa gelak? Sebab kami rasa aneh melihat terlalu banyak objek bulat di hadapan main entrance universitas. Ya ampun sekali! Mulutku kok laser banget.

  4. Yahoo! Messenger Skin

    Aku mendapat ketagihan baru terhadap YM skin making. Sepanjang hari aku men-design skin untuk messengerku. Aku memang sangat sukakan kesemua jenis seni kecuali seni bina badan. Aku sangat obseskan sesi grafik. Aku bisa mati akibat kegilaan yang melampau ini.

    (Ini skin yang saya buat sendiri.Ini merupakan sebuah kerja separuh jalan sebelum menemui kemalasan agong)
  5. Muat turun muka taip.

    Muka taip itu artinya FONT. Bagi mencapai penghasilan kerja design mahupun grafik / photo editing yang memuaskan nafsu, aku perlukan pelbagai muka taip yang gerek. Oleh itu, malam ini aku memuat turun beberapa muka taip dengan rakus sekali. Untuk pengetahuan masyarakat di luar sana, aku sememangnya seorang pe-muat turun muka taip, photoshop brushes dan theme yang berjaya. Tidak lama lagi, desktop ini bisa mengalami obesiti lantas boleh meletop. Nauzubillah…

    (sebahagian daripada zipfile muka taip yang dimuat turun dengan rakus. Aku sebenarnya hampir histeria kerna aku berasa tamak haloba mahu memeiliki kesemua jenis font)
  6. ESOK

    Aku tidak sabar menanti esok. Kerna esok adalah hari menjadi wanita sejati :)

… dalam rinai hujan …

Posted by chika under the chika
ketika ini hujan.menenggelamkan latihan vokalku yang bersepadu.aku gemar melakukan latihan vokal di waktu lapang.Di waktu tidak lapang juga. Kadang-kadang vokalku hebat. Macam primadona. Kadang-kadang vokalku tidak elok sekali diperdengarkan kepada orang ramai. Bercakap tentang vokal, sudah lama aku ingin mengadu nasib. Tentang aku di kantor. Tentang betapa sulitnya aku untuk menahan daripada terlepas berdondang dendang tatkala lagu-lagu kegemaran keudara. Setiap kali aku mula hendak ter’menyanyi di kantor, lekas-lekas aku tekup mulut yang tidak berdosa. Tenat rasanya begitu.

Kebelakangan ini, aku gilakan lagu-lagu Melayu Asli. Aku hanya memutarkan lagu-lagu melayu sahaja secara berulang-ulang kali. Lagu-lagu dari versi bukan melayu tidak berapa hingin aku dengari ketika ini. Ini adalah sempena menyambut bulan kemerdekaan kelak. Kita harus cintakan nusa dan bangsa walaupon sehingga kini aku masih tak faham-faham lagi apakah ertinya nusa. *sekejap. aku kunyah crunchy milo aku sebentar*….

Tentang apa tadi? Bulan kemerdekaan. Yer. Sebenarnya aku temberang sahaja. Aku ketagihan lagu melayu bukan kerna semangat nusa dan bangsa. Tapi aku mendapati bahawa lagu-lagu melayu lewat kebelakangan ini agak gerek dan bukannya ‘cap ayam’. Aku play lagu-lagu di bawah ini secara extreme tanpa jemu. Kalau ibu mengandung duduk dengan aku ketika ini, bisa mengakibatkan kelahiran bayi tidak cukup bulan. Kerna bukan sahaja menjadi trauma akibat putaran lagu yang sama dan berulang-ulang, tetapi juga dek penangan vokal aku yang meletops-letus! Dan juga kerna lagu-lagu yang aku dengar jugak terdiri daripada jenis-jenis yang tidak relevan. Tapi sukahatiaku.com.my.

ini antara putaran lagu-lagu melayu yang diulang berkali-kali seperti seorang gila.

  • Ada Cinta – Acha ft Irwansyah
  • Sesuatu Janji – Taufik Batih
  • Persis Mutiara – Mila
  • Gantung – Melly Goeslow
  • Angan dan Sedar – Mawi
  • Sejuta Nafas Cinta – Fazli Zainal
  • Inginku Miliki – Dayang
  • Jatuh Cinta – Project Pop

Sebenarnya aku dalam kondisi hilang pertimbangan. Maka, aku boleh jatuh suka pada apa-apa jenis perkara pon. Termasuklah jatuh suka kepada lagu-agu ‘cap ayam’. Kenapakah aku conteng pasal lagu? Sebenarnya aku terconteng. *Kunyah lagi sebijik milo crunchy*

The Kantorism.

Sampai je kantor, ada dua notes aku dapat. Notes yang sangat menyeronokkan. Sampai aku terkebil-kebil kegembiraan. Banyak ar kau punya gembira. Alangkah serangan jantungnya aku bila ditugaskan print presentation drawing sebanyak 16 A2. Guna plotter yang letaknya sebatu jauh dari meja aku. Bersenam aku pagi tadi kehulu ke hilir menyiapkan printing. Luut aku rasa nak berpisah dengan badan dibuatnya. Rasa nak termuntah tapi aku terus bertahan seperti seorang bestworker award winner. Dahla plotter terhegeh-hegeh macam mak nenek. Tapi disebabkan aku ni mudah teruja dan mudah berhibur dengan semua kesengsaraan, aku rasa seronok pula main print-print. Kalau ikutkan hati, semua benda aku nak print. Tapak kaki sendiri pon rasa nak print saiz A0.

Mr boss pon klip note kat meja aku sebab semalam aku EL pukul 4 kan. Dia suruh aku print proposal 1 dan siapkan layout untuk proposal 2. Aku sebenarnya tak berapa arif nak design warehouse ni. Kalau design Aromathic Centre aku tau lah.Nak suruh design kebaya lagilah aku tau! HAR HAR HAR. Tapi actually, paling susah ialah housing. Aku dah rasa dah. Paling senang ialah warehouse. Buat bungalow last time dah cukop meloyakan tekak-tekak yang ada. (cepat teka aku ada berapa banyak tekak)

Sejuk pulak.
Tulang aku macam nak mereput rasanya.
Sebelum aku kereputan, ada baiknya aku keluar dari bilik ni buat sementara waktu dan bersiar-siar ke bilik orang lain. Sambil mencari rezeki untuk santapan malam ini. Dah, semua boleh bersurai. -tamat-

I’m Not a Plastic Bag

Posted by chika under life, shopping, the chika
I got this bag designed by British stylist Anya Hindmarch in my shopping list for June. They woo me last morning when i got to read them from NST. I don’t know if i really like the bag or… i just wanted to have one since… its like a great phenomenon.Dijual di London pada harga £5. Available di KLCC at RM55. Limited edition, yes i can say. Apakah motif kewujudan bag ini? Yes, as you know ; sebagai inisiatif mengatasi isu alam sekitar yang disebabkan oleh penggunaan plastic bag.

* Reservations for the “I’m Not A Plastic Bag” can be made at Anya Hindmarch Malaysia, Lot 105B, 1st Floor, Suria,KLCC, Kuala Lumpur.

Tel: 03-2382-0877.

Latihan Industri.

Semalam En. Mazlan dan En. Zabidi datang menziarahi aku di kantor. Untuk buat assessment. Glad that i got them visiting me. Selepas tamat lawatan, dia call aku. Dia kata, dia suka my office. Encik Zabidi pon berulang-ulang bagitau aku… how lucky la aku dpt praktikal kat situ. Based on several reasons :

  • Office selesa + besar
  • Boss baik + tak kedekut
  • Kalau aku betul-betul bijak guna peluang, aku akan dpt banyak ilmu since aku punya supervisor adalah seorang profesional yang sgt bersungguh nak train aku.
  • They love the way i can communicate well with supervisor which is owner firm tu sendiri.
Encik Zabidi kata, firm tu sgt sesuai utk buat praktikal Syukur alhamdulillah. Seronok tgk mereka puas hati dengan firm tu. So now, bergantung penuh kepada aku sejauh mana aku dapat mencari sendiri peluang-peluang yg ada.

Lepas lecturers balik, mr boss brief aku about authorities. Dan dia juga kasi aku senaskah majalah Architecture Asia untuk isu Good Housing. Semuanya disebabkan kata2 encik mazlan yang meminta supaya aku ditekankan tentang housing since kami akan buat projek tu next sem. Alhamdulillah.

Hospital.

Lebih kurang pukul 4 petang tadi. Semasa aku khusyuk tolong Ismail buat coloring untuk submission esok, tiba2 one of my uncle call. Dia suruh aku balik rumah sbb semua orang dah berkumpul nak ke hospital. I was like… what?! Terus aku tinggalkan keje macam tu je. Pukul 4 aku keluar tinggalkan office. Dengan ajaibnya, tanpa kuasa bulan, pukul 4.08 aku dah sampai rumah. CAN YOU IMAGINE? CAN YOU? aku pon tak boleh imagine. Magiknya saya. Mungkin kondisi kecemasan memberikan saya extra kuasa luarbiasa. Dan waktu ketibaan saya yang sangat pantas mengalahkan Superman membuatka seisi rumah terpinga-pinga. Akukah bakal sailormoon tempatan? 8 minit?

Mak teh saya sakit tiba-tiba. Sangat sedih melihat dia. Lebih sedih dengan kerenah adik Putri tadi. Ingat nak kidnap Putri tidur satu malam dengan aku tapi babah dia pulak tak kasi. Takot dia buat hal tengah-tengah malam. I love you all my dearie kids. Ahad ni rasanya macam nak pergi shopping sebarang dua untuk Putri.

Mak Teh, get well soon. You should be one beautiful lady macam dulu-dulu. Masa saya kecik, kamu yang jaga saya. Selalu beli hadiah untuk saya. Selalu dandankan saya comel-comel. Selalu jugak saya menjadi proxy lelaki-lelaki yang ingin mengorat kamu. Saya sayang kamu. Kamu sakit, bunda pon susah hati. Because bunda pon sayang kamu. Bunda selalu cerita. Kamu adalah adiknya yang paling baik. Ateh, get well soon! Insyaallah.

Alhamdulillah.
Dah 6 hari aku berpuasa.
Aku berniat nak terus berpuasa sehingga munculnya Ramadhan.

Contengah Jiwa-Jiwa.
He text me tadi selepas aku berbuka puasa.

“I’m on da way to Singapore. You take care”

aih,
kalau keadaan masih seperti dulu,
i’m very sure to hit you up dengan pelbagai soalan-soalan subjektif. Pasti aku akan keluarkan pelbagai peringatan dan notis untuknya. But now, semuanya dah berubah. Aku hanya boleh mengeluarkan ucapan ‘take care’ sahaja secara berulang-ulang. Tidak boleh lagi mengeluarkan apa-apa notis.

wish dia happy di singapore.

Edisi Kasut

Posted by chika under fashion, shoes, shopping
these are all what i want.

ONE : Flat Leather Boots.
Semasa singgah ke Glamor’izes Boutique waktu lunch tadi, aku berhasil menemukan sepasang boots seperti yang aku tergila-gilakan. Tapi ternyata aku menjadi betul-betul gila. Boots itu terlalu besar buat aku dan terlalu kecil pulak buat bunda. Aku paksa-paksa amoi tu fikir sedalam-dalamnya if the boutique memang ada SATU sahaja boots tersebut. Imported shoes katanya, one design, one pair. Punyalah frust menonggeng.


TWOVelvet Heels Boots

Ini adalah pair yang paling aku idam-idamkan. Padankan dengan skirt kembang yang senteng. Oh my god! Aku akan mendapatkan sepasang boots buat diri sendiri. Actually aku suka yang velvet. Comfy. Kaki rasa terbelai sikit.


THREE : Polkadot Pumps With Ribbons

Aku yakin jenis yang ini mudah didapati. Aku akan try carik di Sg Wang weekends ni insyaallah. Hopefully Farah mau join aku jalan-jalan makan kasut. AHAHAHA. Joking…joking. Hey, pumps polkadot akan membuatkan dirimu tampak comel (wallauweih… macam ayat majalah Remaja). Dah lama aku tidak memiliki one pair of polkadots. Aku sebenarnya lebih sukakan ribbon pada kasut itu. Pakai dengan jeans pon lawa. And of course with my BIG mak-datin-wannabe sunglasses . Like a retro chick i tell yuh!


FOUR : Pink Retro Pumps

Aku benci ! Aku jumpa this pumps dekat ebay. (Ebay lagi. Kantoi aku ni kaki ebay). Punyalah aku rasa nak melompat si katak lompat bulan lepas bila aku terjumpa kasut ni (memang sebijik design dia) kat Glamor’izes Boutique. Macam mimpi comes true, kaki saiz 4 aku pon melompat menyelit ke dalam mulut kasut. Hello dunia! Kenapakah kaki aku ni? Tak cukup zat ke? Kasut itu hanya dijual dengan saiz bermula dengan 5. Amenda la lu. Tapi aku tak give up. Tadi aku try lagi sekali. Ternyata kaki aku masih belum membesar mencapai saiz 5 walaupon aku dah bagi masa sebulan kepada kaki aku. Kakiku kenapakah begini?


FIVE : Retro Heels

I love retro. Betul. Aku pernah jugak ada impian nak bukak boutique one day. Dengan konsep… RETRO! But i’m an architect wannabe okay. Insyaallah. Siap la kau! Akan aku adaptasikan konsep Retro ku kepada bangunan-bangunan di tanah air. Weehuu. Imagine sekarang… bangunan-bangunan retro dengan facade treatmentnya yang polkadots… and you can see Audrey Hepburn di segenap ruang dimensi bangunan. Tak siuman.


Tamat edisi kasut.
Maaf sekiranya edisi ini mengecewakan pihak lelaki.

Dear Diary

Posted by chika under Uncategorized

Dear diary

aku sehat sahaja.
cuma sebahagian kecil dari aku sahaja yang sakit.
tapi sakit kuat.
tak apa. biar. *senyum*


Kantor
Aku sedang memikul kerjaan untuk projek Elken Warehouse di Subang Jaya. Mula-mula aku cuak jugak bila je mr boss kata.. “Nurul, you tolong ismail design untuk Elken Warehouse”. Yang ada waktu tu hanyalah site layout. Tu pon aku kena buat sendiri. Nasib la kak Liza dengan Ismail tu banyak tolong.Pendekkan hujah, ini semua lebih kurang la macam proses design untuk projek-projek studio. Di mana kita memulakannya dengan sifar. Dan alhamdulillah. Layout plan makin meriah :p Membuatkan aku rasa seronok walaupon aku sering mengantuk kebelakangan ni kat office. Tak sporting betul mata ni. Kalau dibuatnya mengantuk tu, rasa nak je aku cungkil keluar, bilas-bilas seminit dua dengan cecair mengandungi mint. AHAHAHA! TAPI! Office
dengan studio adalah dua dunia berbeza. Atas faktor komersial, aku rasa architecture ada kalanya dirosakkan. Dan aku tak suka situasi itu. Mungkin aku terlalu kecik dalam dunia senibina. Mungkin selepas aku hidup sebagai profesional di alam nyata nanti, barulah aku faham apa sebenarnya yang sedang berlaku kini.

Shopping!
Last week beli new pumps. Tadi beli lagi one pair of shoes. Tak berniat nak beli. Cuma nak buat tinjauan sulung je kat one boutique satu row dengan office aku. Tiba-tiba terfalling in love. Aku kan cepat terjatuh. Memandangkan aku pergi seorang diri, tiada orang tolong sambut ketika aku kejatuhan. Maka, aku benarkan saja diri aku kejatuhan. Jatuhla.. jatuhla… Histeria aku sebaik sahaja kaki saiz 4 aku menyarung one pair kasut ni. Aduhai.. lantas aku menjerit trauma di tempat kejadian.. “arght… i love the design!” apalagi, melompat katak, lompat galah dan melompat tinggi la hati Amoi tukang jual tu. Jarum dah masuk…

Dalam tragedi membeli belah, lagi2 yang melibatkan kasut, pakaian, handbags, maupun perfume, bukanlah perkara sukar untuk mencucuk jarum ke aku. Maklum sahjalah jiwa ku ini lembut lagi dramatis. Alahai…

So, this is the pair. The design was cool, as for me. Extreme sket. Actually aku ternampak sepasang kasut yang macam ni dekat ebay last few days. Aku hilang pertimbangan. Ada jugak hati nak pergi shopping di ebay. Tapi no Nurul no! Jangan didik diri. Don’t! Tuup-tup ternampak dekat boutique tu tadi yang lebih kurang la macam yang dekat ebay tu…. terkinja-kinja la i kan macam sotong. (abes la aku jadi sotong!)








Bila bunda tengok je kasut ni, bunda pulak hilang pertimbangan. Bunda kasi wang. Esok aku akan ke situ lagi. Mencari sepasang lagi. Bukan untuk aku la. Untuk bunda. Bukan yang ini lah. Yang lain. Bunda saya taste dia rock sket :p Untuk itu, kita nantikan episod Kasut yang akan

Puasa
Alhamdulillah. Last week aku dapat puasa 3 hari. Esok pon insyaallah akan puasa. Aku target 3 hari minggu ni. Kena puasa pantas-pantas. Sebab tak lama lagi, bulan-bulan baik akan muncul. Waktu tu, dah sepatutnya aku kerjakan puasa sunat pulak. Malu kat orang kalau puasa ganti pon tak abes-abes. Seronok puasa. Save duit, save tenaga, boleh menabung pahala disamping mengurangkan dosa-dosa dunia. Insyaallah.

Cinta
Aku pasti tidak kuat nanti. Bila aku tidak lagi istimewa pada dia. Bila dia bersikap biasa dengan aku… sama seperti dia bersikap biasa dengan orang lain. Aku pasti tidak kuat. Tapi to my dear… besides all of the reasons that i’ve told u last time, ada lagi satu big serious reason that u won’t understand. I was seriously in pain bcoz u seemed like don’t understand it. Dah lah. Kita tamat.

Okaylah.
nak pergi menangis setempayan dua.

Ai hen jian dan. Really?

Posted by chika under breakable
Kami pernah nyanyi sama-sama.
sebuah lagu yang sama, dalam versi yang berbeza.

Aku menyanyi versi Melayu.
Dia menyanyi versi Mandarin.

Versi melayu bertajuk Haruskah Diuji nyanyian Farish.
Versi Mandarin bertajuk Huang Hun yang ertinya senja.

Aku tak pernah lupa saat tu. Kami nyanyi bersama. Dia tak tahu versi melayu. Saya tak tahu versi mandarin. Jadi kami menyanyi dengan versi masing-masing. Aku rasa gembira betul waktu tu. Sampai kini, aku jadi takut nak dengar lagu-lagu tu. Sebab nanti aku menangis lagi. Setiap kali aku menyanyi lagu tu, dia pasti ikut menyanyi. Dan terngiang-ngiang jugak kat telinga aku… suara dia menyanyi lagu Ai Hen Jian Dan. Aku sangat sukakan lagu tu.

Ai Hen Jian Dan

Love, So Simple (David Tao)

I‘ve forgotten how it started
Maybe it was because I had some sort of feeling for you
And suddenly, I realized that I
Already love you deeply, really quite easily

I don’t mind love’s dark heaven and earth
I can’t choose between right and wrong
I have no regrets regarding the love I’ve already followed
That crazy person is me, oh…

I love you, I can’t not love you baby
Say you love me too
I love you, I’ll never be willing baby
To lose you

I can’t be happier, as long as we’re together
Doing anything is okay, though this world is always changing
I’ll use my most honest heart to let love become easy

I love you, I’ll always be here
I’ll always love you
I love you, oh yes I do
I’ll never let go of the right to love you

If you ever have any troubles, oh no
Please stick to me, I’ll listen; listen to me say I love you
Yes I do, I love you

I LOVE YOU
Wu fa bu ai ni BABY
Shuo ni ye ai wo
I LOVE YOU
Yong yuan bu yuan yi BABY
Shi qu ni