Archive for June, 2007

Pemilik Gudang

Posted by chika under life, the chika
Selamat malam semua.
Good nite, B …

Prolog
B… I dah jadi pemilik tunggal gudang tu. Kalau I nak kaya, I boleh je kaya segera. Sebab gudang I ada simpan banyak stock barang lama dan baru. I boleh je kasi let go semua stock yang I dah tak mau lagi.Walaupon gudang I kecik, tapi syukur jugak sebab I dinamakan sebagai pewaris. I gembira B, dapat jadi pemilik tunggal gudang ni.

Tapi… gudang ni semak lah, B. Maklumlah, gudang tengah pesat membangun. I pulak pemalas orangnya. I tak larat nak susun atur gudang ni lagi. Sebab setiap kali hujung minggu, I bertungkus lumus mengemas gudang. Mengalahkan seorang pekerja Burma yang gigih bekerja sampai keluar keringat-keringat muda I. B…! Macam mana ni? Walaupon tadi I dah membersihkan gudang separuh jalan, tapi I rasa belum puas hati. I takut lah B… kalau nanti I mati kerna dijangkiti kuman di udara. I takutlah B… kalau nanti I kena asthma kerna debu-debu dan habuk setebal permaidani Jordan ni …

B… ! Dengar tak I cakap? B! B! Beylo!

*******************

Tengah hari : pergi sekolah escort bunda. Ambil kad kemajuan adek Del. Tapi aku rasa nak pergi ‘liquid’ nama kad tersebut esok. Aku nak tukar nama ‘kad kemajuan pelajar’ tu menjadi ‘kad kemunduran pelajar’.

Malunya aku tadi, Allah SWT je yang tahu. Cikgu-cikgu mengadu domba ke aku perihal si Haizdel yang supersaiya punya taiko kat sekolah. Cikgu kata, sikap dia langsung tak balance dengan reputasi baik aku dulu.

Cikgu Fazidah dengan Puan Ho kata… Haizum (aku lah tu) dulu glamor satu sekolah kenal. Famous and brilliant kata cikgu lagi. Aku pon kembang semangkuk. (puji lah lagi!) Cikgu kata, Haizum dulu pandai walaupon keras kepala. (pujian seterusnya lekas!) Haizum nakal, tak buat homework tapi Haizum scorer! (enough la cikgu… aku dah kembang dengan pesat rasanya ketika itu).

Cikgu Fazidah dengan Puan Ho berkata lagi seterusnya…. Haizdel (the youngest brother) pon famous satu sekolah kenal. Famous and samseng. Dia pemalas, tak mahu belajar, dan suka berjalan-jalan ke sana sini. Haizdel langsung tak seperti Haizum.

Menyirap betul aku. Buat malu aku. Buat malu bunda.

Tapi Haizdel cute. Muka cute sgt. Macam orang tak nakal, kataCikgu Fazidah lagi.

Aku pantas menepok muka dia dengan ‘kad kemajuan pelajar’ tersebut. Geramnya aku bukan kepalang. Terus aku mengadu-ngadu pada ayahanda.

Malam : Haizdel kena hadiri kelas motivasi dan tahanan reman oleh ayahanda kat bilik tadi. Ayahanda kata, kalau orang tu sembahyang banyak tak khusyuk, selalu menipu Allah SWT, nanti satu persatu nikmat hidup ditarikNYA kerna Allah tidak pernah memungkiri janji. Haizdel berlinang air mata. Tapi dia seorang anak kecil yang tidak matang. Mungkin tadi dia sedar, tapi esok dia mungkin dah lupa. Sebab dia seorang budak lelaki yang langsung tidak tahu ertinya ‘terasa hati’, ‘makan hati’ mahupun ‘cemas’.

Dia bukan nakal sangat. Di rumah dia baik. Di sekolah dia samseng? Di rumah dia tidur memeluk spongebob. Di sekolah dia berani belasah orang? Di rumah dia selalu kena lepuk dengan aku sampai terpekik terlolong kesakitan. Samsengkah itu?

Maka… aku memberitahu cikgu-cikgu tadi…
Pertama, cikgu gunalah psychology bila bercakap dengan dia.Ibubapa aku sendiri gunakan kaedah itu di rumah. Sesetengah cikgu, suka menggunakan istilah yang ‘biadap’ kepada murid-murid. Haizdel pantang dimaki hamun kerna dirumah, keluarga kami tidak menggunakan sistem memaki hamun itu. Kedua, cikgu tidak boleh ketuk kepala student, apatah lagi memukul hingga mengakibatkan kecederaan. Seperti dua hari lepas, Haizdel dirotan sampai ternampak isi dagingnya. Apa cikgu tu bagi adek aku makan ke? Aku boleh dakwa dia atas akta yang menyatakan beliau mencederakan adek aku dengan menggunakan senjata (rotan). Tapi keluarga aku bukan menggelabah sangat nak menganiaya cikgu. Kerana kami masih akur tentang kenakalan Haizdel. Tapi cikgu seharusnya tidak menjadi seorang ‘bongok’ yang sewenang-wenangnya mendatangkan kecederaan fizikal. Dah banyak kali terjadi pada Haizdel. Patotlah Haizdel jadi ‘samseng’ kat sekolah. Dia tak tahan agaknya.

Haizdel nakal. Dia suka jalan-jalan, cepat baran kalau diusik dan tidak fokus ketika kelas. Tapi cikgu tiada alasan untuk menuturkan bahasa yang biadap, apatah lagi mencederakan student. Aku respect tindakan Puan Ho dan Cikgu Fazidah. Mereka lembut. Mereka tetap berlembut walaupon Haizdel nakal. Haizdel sesungguhnya bukanlah ‘samseng’. Sungguh! Dia langsung tak keluar rumah selain ke sekolah. Dia tidak boleh main basikal luar dari halaman rumah. Dia hanya duduk di rumah. Menonton CatDog dan Spongebob, main game GTA, dan makan besar!! Di sekolah dia jadi begitu kerana persekitaran sekolah.

“Haizdel suka paw orang,” tiba-tiba sorang cikgu ni mencelah bagi statement.
“Paw minta maaf, cikgu. Mak saya kasi saya duit belanja banyak. Saya tak heran duit orang,” phew, tangkas je Haizdel menjawap.
“Habes tu, kamu selalu je ikut geng-geng budak paw tu,” kata cikgu tu lagi.
“Tu saya ikut je. Saya tak buat kerja paw-paw ni. Saya bagi budak duit adalah sebab mak dia tak kasi dia belanja” Haizdel tetap berkeras yang dia tak buat kerja minta-minta duit kat orang lain.

Tapi aku tetap terima kenyataan kalau cikgu kata dia nakal. Dia suka ikut orang. Dia suka nak jadi orang berkuasa.

“Tapi one thing about Haizdel, dia sentiasa mengaku kalau dia yang buat kesalahan tu. Tapi kalau dia tak buat, dia tetap berkeras yang dia tak buat,” cikgu perempuan ni bersuara. -the end-

Aku gembira dapat peluk cium guru favorite aku, Puan Fazidah! Dia seperti seorang supermom aku masa kat sekolah. Tadi aku teriak-teriak bila nampak dia. “Haizum!” “Cikgu!”

*******************

Epilog
B! B…!
Tadi ketika I bersihkan gudang, I jumpa ni :



I tak sangka B yang I ada selonggok dua beg dalam gudang semak ni. Ni baru yang I jumpa dalam kotak, belum lagi yang I ponyokkan dalam almari. I pitam B tengok benda-benda ni semua tadi. I rasa nak pengsan. Beg-beg boleh didapati di setiap sudut gudang I. I tak sangka. Bag yang I dah lupa pon tiba-tiba ada B. aaa… I hilang pertimbangan B. Niat nak kemaskan gudang ni sehabis-habisnya termati macam tu je. Sebab lepas I selongkar kotak tempat I simpan beg, I jadi give up nak mengemas. Mati la I!

B! You dengar tak?
Beylo!

Ending : bilik aku dah semak macam gudang. Adek aku kata dah macam butik jualan langsung. Bunda kata dah macam pusat serbaneka. Makcik aku kata, dah macam playground. Aku rasa, sebenarnya bilik ni dah jadi gudang.

Friday is Friday.

Posted by chika under the chika
Friday adalah hari favoriteku. Monday adalah hari disasterku. Sejak sekolah lagi aku sudah sedap menggelarkan Monday sebagai Monday Monster. Sememangnya bencana kehidupan sering berlaku pabila Monday. Dan Friday pula aku suka gelarkannya sebagai Freaky Friday. Hari yang sentiasa aku nanti-nantikan setiap minggu.

Kenapa aku suka Friday?

  1. Friday mendatangkan Saturday. Saturday adalah hari liburan dimana aku boleh duduk atas sofa sedap, tanpa perlu menyumpah-nyumpah kepada kerusi kantor yang tidak sedap.
  2. Friday hari liburan ayahanda. Friday juga Zirul balik rumah. Maka, keluarga menjadi sempurna. Kesempurnaan menerbitkan kebahagiaan (ini ayat iklan komersial produk pelansing badan tempatan)
  3. Friday kebiasaannya merupakan hari yang lapang, selesa, tidak sebok dan semuanya tenang.
  4. Lelaki Islam akan pergi solat Jumaat. Bukahkah ini sangat istimewa? Kerna kita tidak akan dapat merasakan peristiwa berkumpul beramai-ramai itu pada hari selain Friday.
  5. Friday adalah hari ‘makan besar’ buat keluargaku.
  6. Friday adalah hari merancang program bersiar-siar bersama keluarga
  7. Friday adalah hari keluarga!
  8. Kalau di sekolah, Friday balik awal. Kalau di kampus, Friday kelas separuh hari sahaja. Selebihnya boleh merambu-ramba bersama sahabt handai, rakan dan taulan. Kalau di kantor? Friday dapat lunch break 2 jam rather than i jam pada hari-hari lainnya. Seterusnya… apabila lunch break menjadi panjang, kaki pon tiba-tiba terpanjang… maka… terjadilah ini :

yaaa… selepas bersantai di A&W, singgah menyinggah dari kedai ke kedai pula. Dan oleh kerana aku memang suka mengayakan orang (bak kata bunda), aku membayar RM15 (sahaja) untuk sehelai short yang kupikir imut sekali dipandangan mata.
buat pengetahuan semua, aku adalah pencinta ribbon.Selain aku tertarik dengan warna coffe short ini, aku pastinya sukakanya ribbon sebesar gajah afrika itu. Tetapi, aku musykil. Bilakah aku akan memakainya? Kerna jikalau aku memakainya ketika bersiar-siar, pasti kaki aku dikerat 18 oleh ibubapa. JIka aku memakai di dalam rumah, pasti cupingku nipis dileteri seisi keluarga. (Akta rumah menyatakan anak perempuan tidak boleh berseluar pendek di hadapan adik-beradik lelaki) Tak apa. Aku boleh gantung seluar ni dalam almari. Bila aku rasa teringin, aku akan bukak almari dan membelek-belek sampai juling.


________________________

Dearie, Farah Diana
Selamat Berusia 21!
(30 June 2007)

________________________

LAPORAN LALU LINTAS

Tadi petang aku hanpir melanggar sebuah motosikal. Semalam petang juga aku hampir merempuh sebuah motosikal. Kerana apa? Kerna mereka buduh. Mereka pikir motosikal mereka ada jaminan nyawa. Mereka pikir kehidupan yang nyata ini adalah sama seperti dunia di alam video game, dimana mereka boleh main cilok-cilok dan mengumpul points setiap kali berjaya memintas. Mereka tak sayang nyawa. Mereka juga buduh kerna menganggap pemandu wanita boleh dibuli. Oh, nak buli aku? Sekali aku kejar semalam… melezup hilang.Ketika dia berada di sebelah kenderaan aku, dia toleh memandang ke lain. Langsong tak mau toleh ke aku. Nak jugak aku buat miming laungan ‘buduh’ beberapa kali kat dia. Tapi tak berkesempatan.


Kepada semua penunggang motosikal, sayanglah nyawa. Dan pikirkan sekali betapa pemilik-pemilik kenderaan (seperti aku) sangat takut kalau keretanya dicalarkan kerna tergesel dengan motor engkau. Aku bukanlah sayangkan sangat nyawa engkau. Tapi aku sayangkan keretaku.Maaf. Aku serius emosi tinggi petang tadi.

Al-Khinziiiirun

Posted by chika under cerita dunia

Tiga ekor khinzirun diperdagangkan.
Comel-comel juga khinzirun-khinzirun ini.
Siapa membeli mahupun terbeli,
bersaksilah dia telah mempunyai ‘sepasang’ khinzirun.

bukan tak ada modal untuk diconteng.
tapi aku sememangnya mahu membangkitkan kisah ‘khinzir’ di dunia fesyen.
Jangan keluar tetikus jenis ‘kekhinzir’ sudah.

Aku cuma inginkan kerusi sedap!

Posted by chika under Uncategorized
Tadi aku keletihan. Masa aku on desktop, muka aku toya je. Sebaik saja aku menyemak komen-komen terbaru dalam entry lepas, aku mengekek mak iloi-iloi. Terus, aku wonder. Dari mana dia dapat ilmu filosofi tersebut? Kalau masa kecik engkau comel, semasa besar engkau BURUK tetapi engkau kembali comel di usia tua. Aku berpendapat … semua kanak-kanak adalah comel. Buatlah aksi buruk mana pon, kalau namany akanak-kanak, tetap nampak comel. Tapi kalau engkau seorang dewasa, berkelakuan buduh dengan memek muka yang buduh, nescaya keburukan engkau terserlah.

Tapi arwah opah aku memang comel orangnya. Semasa muda, dia seorang yang cantik. Sayangnya aku tidak tahu keadaan ketika bayinya.

Kantor hari ini merupakan sarang kerja yang sarat. Pinggang aku sakit. Kerna rekabentuk kerusi kantor untuk para pekerja tidak disertakan dengan konsep “humanising technology”. Aku cadangkan kesemua bakal boss di masa akan datang, sediakan kerusi empuk bersofa untuk para pekerja. Untuk kemajuan kompeni juger.Pekerja sehat, pekerja efisyen.

The Big Baby

Posted by chika under the chika
Nashrex dan Ikoko dengan beraninya menjebak aku kembali ke kancah tag-mengetag. Terima kasih kerna sudi menamakan aku sebagai calon. Maaf kerna fikiranku kurang intelek tentang perkara-perkara sebegini.Aku asyik terlupa je. Aku pon tak tau apakah motif tag kali ini. Tapi aku diminta untuk tayangkan gambar aku semasa kecil. Puas aku selongkar desktop aku. Cuma jumpa dua keping je. Seingat aku, aku ada scan beberapa keping. Tapi tak ditemui. Maafkan aku atas kegagalan menyediakan khidmat paparan objek comel dengan baik.

Yang mana aku? Yang baju orenlah.Aku sememangnya seorang perempuan dari dulu hingga kini. Si lelaki tu, aku tak tahu-menahu tentangnya. Cuma aku diberitahu oleh bunda, namanya Hafiz (such a good name huh?) Dan kata bunda lagi, dia tu antara member baik aku waktu tu. 20 tahun yang lalu. Sekarang, tah kat mana tah dia. Ada sesiapa yang merasakan… dirinya adalah kanak-kanak lelaki di dalam gambar tersebut? Jika andalah lelaki itu, HELLO and HI! Merasa kau kena peluk ngan aku eh.
Usia 8 bulan. Duduk atas roof kereta. Nanti usia 80 tahon, entah atas roof apa pulak aku duduk kan? HAR HAR HAR! Beberapa fakta menarik tentang aku semasa kecil :

  • Menjelang waktu Maghrib, aku akan mulakan operasi melalak sakan sampai menggemparkan jiran tetangga. Akhirnya ahli keluarga memutuskan supaya aku diubati secara tradisional. Berkesan.

  • Mulut aku hanya berhenti mengeluarkan suara semasa tidur SAHAJA. Sangat becok.
  • I’m the sexiest baby girl on Earth! Bila diselak-selak album ketika kecil, jarang sekali aku kelihatannya berpakaian sopan. Semua pakaian aku adalah tidak seopan memanjang. Sengteng mentang, sendat-mendat, dan bertali halus sana sini. (aku kata masa aku kecik! bukan sekarang!)
  • Ada dua perkara paling attractive pada fizikal aku time baby cerita bunda. Pertama, mata aku yang bulat sebulat-bulatnya until semua orang akan wonder kenapakah mata aku memiliki bentuk sedemikian rupa. Keduanya, rambut aku sangat lebat dan sangat hitam.
  • Sebaik sahaja dilahirkan, aku telah ‘dituduh’ oleh petugas-petugas hospital yang kononnya aku ni campuran ‘chinese and banggali’. What the heck? Tak de pon… mana..mana…?
  • Paling aku pilu… bunda selalu menyebut-nyebut sehingga ke hari ini… bahwa aku naturally kecik tetapi bulat dari kecil hingga dewasa. Apakah?
  • Semua orang kata aku sebijik muka abah masa kecik-kecik. Dan semua orang jugak kata…tiada perubahan yang terlalu ketara yang membezakan muka aku semasa kecik dengan wajahku ketika dewasa kini.
  • (cukuplah tu)
Terlalu banyak fakta menarik sebenarnya. HAHAHAHA!

[ KANTORISM ]
Hari ini di kantor saya main game sampai lebam.

Bila boss lalu, saya pura-pura hentak keyboard main Autocad.
Bila boss tak lalu, saya sambung main game Pokemon.
Hatiku senang.
Tak lama lagi, gemok dan gemok lagi lah aku!
Riangnya menjadi gemok….

[ KEK ]
Dah dua hari aku bersahur makan kek coklat 1 Kilo free tu. Tiba-tiba terasa nak makan kek kukus percuma pula. Berat kek boleh runding. Harap maklum kepada yang berkenaan.

dear Astri, sorry tak dapat simpankan kek untuk kamu. Kita tunggu kek kukus eh :p And sorry jugak tak dpt tunggu kamu untuk pergi jalan-jalan. :( Next time, insyaallah.

Bijaksana

Posted by chika under shopping

Semalam adalah hari liburan wanita sejati. Aku sempat menunjukkan bakat terpendam aku sebagai seorang belanjawan bijaksana. Buat kali pertamanya, aku benar-benar menjadi seorang bijaksana yang tahu menguruskan nafsu.

Kami berlumba. Aku dengan Aiza berlumba dengan Farah. Barangsiapa lambat, dia akan membuat aksi ketok ketampi depan 7E. Tapi memandangkan aku dengan Farah ni seorang penggiat tamadun nusantara yang berhati dan berperut, kami tutup mata sebelah je atas kelewatan yang disebabkan oleh Aizar. Tapi kalau dibilang-bilang, aku juga lewat.

Destinasi : Sg Wang Plaza + Berjaya Times Square.

Kenangan Lalu Menusuk Kalbu
Kedua-dua shopping complex ini dah lama aku tak jejak. Selepas aku mengalami kompilasi nyawa akibat radang emosi terhadap seseorang beberapa tahun yang lalu, minatku terhadap tempat-tempat ini jadi pudar. Sebab setiap kali aku melangkah masuk ke dalam bangunan Times Square, otak aku jadi super-intelek. Otak aku jadi laju semacam je memproses semua data-data silam yang menyayat hati. Walaupun dah lebih 3 tahun, tapi kesan-kesan kompilasi perasaan yang kronik masih ada. Sebab itulah aku sebolehnya mahu mengelak dari bersiar-siar di ibukota yang kaya dengan sentimental value ni. Tapi semalam, aku menjejak lagi ke alam fantasi.

Aku yakin Aizar boleh perasan yang kesan-kesan radang emosi yang lalu masih aku rasai secara tiba-tiba. Arght! BERJAYA TIMES SQUARE! Arght!

Kenangan Lalu 2
Dipendekkan cerita yang sangat panjang sirinya mengalahkan drama Oshin, semalam juga kami bertemu dengan seorang budak yang ghaib tiba-tiba. Tetapi dia muncul secara tiba-tiba pula minggu-minggu lepas. Aku sangat gembira dan surprised dengan kemunculannya. Dia penah menjadi bestfriend aku waktu zaman kanak-kanak. Fazila, glad to see u again! Muahx! She looks adorable. Dan tahu je lah kan, bila jumpa balik setelah bertahun-tahun tak jumpa. Kami pon main korek-korek cerita lama. And the most interesting section adalah sebaik sahaja headline ‘ESCALATOR’ terkeluar. Oh my god! Kitorang yang mula-mula tu malu-malu ayam, terus jadi hyper. You guys memang siot! Aku siot juger.

Belanjawan Bijaksana.
First time woo aku berjaya pulang ke rumah selepas seharian bershopping gila dengan purse yang masih berisi wang ringgit. Biasanya, aku akan hanya membawa pulang selonggok dua resit-resit pembelian. Kenapakah fenomena kali ini berbeza? Yes, guys. Peoples changed :p

Semalam aku berbelanja secara bijaksana. Tidak hilang pertimbangan seperti kebiasaannya. Aku tidak lagi jadi mak nenek gila yang sesuka hati dan perasaan membeli berbotol-botol perfume mewah. Aku juga tidak tergedik-gedik menyelit ke MNG dan terkinja-kinja menikmati pakaian MNG RM100 yang kukira sangat RUGI kalau tak dibeli.Kali ini, nope! Nurul, u have to be matured. You have to understand the value of every RM u gonna spend. (ye la tu… tah sampai bila je agaknya philosophy ni dapat bertahan)

Tapi sungguh ni! Aku rasa sangat gayat kerna wang ku masih berbaki hampir separuh dari yang bunda kasi. Whoaa… kalau kebijaksanaan ini berterusan, aku bakal kaya! Aku bisa menabung. Terus, account bank ku bakal melonjak. Aku juga lebih untung. (angan-angan). Actually aku boleh kalau mendapat supervision dari masyarakat umum. Sebab kalau aku sendirian menikmati hasutan nafsu ketika bershoppingan, aku jadi lemah. Nafsu merajaiku. Aaaa.

Inilah yang dinamakan kebijaksanaan dalam belanjawan :

Belts : the red one cost me only RM10! Normal price is RM29.90. Green and pink itu cuma RM7.90 each! AHAHA.

Shoes : RM36.90. Murah dan berpatutan kan? Rasa nak gila tengok kasut murah-murah kat Sg Wang and Times Square. Lepas ni, tak mau beli kasut dekat butik-butik tidak bijaksana lagi. (excuse me, i tak janji. I motivate diri sahaja)


This jacket dijual pada normal price at RM79.90. Tapi semalam aku dengan Aiza grab dengan hanya … guess what? around RM24 only guys! Harga gila untuk sepasang jacket yang comfy.

i love the design. Rasa nak alter sket dan nak tukar button dia untuk bagi dia nampak not too serious :p

This polkadots blue bag? RM17.90 only. Mana nak dapat, babe!


Seperti dalam gambar, this necklace cost me RM9.90. Rasa nak tukar rantai dia yang tak berapa gerek tu.

Okay.
Wish to be more bijaksana next time.
we will see kalau aku bercakap benar ataupun ini kata-kata kosong semata-mata.
AHAHA!

*************** the end

Sebelum aku terlupa lagi, tq kepada Adian sebab dah tolong activate kan Msjbox aku. Tq very much. Kepada semua, bolehlah kembali jadi mulut murai kat Msjbox. Lagipun aku tahu, ramai yang tak berapa berselera nak guna Shoutbox tu. Old fashion. Apapon, tq again Adian. I’ll repay.

Kakiku sakit dan bengkak a
mat
. Kejadian ni adalah biasa berlaku setiap kali kami mengadakan sesi menjadi wanita sejati. Tadi pagi aku rasa semuanya sakit. Sampai macam ada hati tak nak ke kantor. Tapi.. kantor tu bukan ayah aku punya. Kantor tu ayah orang lain yang punya. So, aku kena ikut perintah dan berkelakuan sopan. Abah, bilakah mahu membuka architect firm sendiri? Dapatlah Ay praktikal dengan senang hati. AHAHA! Bapaku bukan arkitek, nak bukak architect firm apa kejadahnya?