Posted by chika under
Uncategorized Hari ni industrial training bermula. Aku tak tau tentang orang lain. Tapi tentang kami, warga studio tahun dua ni, hari ni pasti menjadi hari yang aneh-aneh sikit. Aneh sebab samada mau atau tidak, kami harus jalani latihan industri ni dan harus lulus.
Memandangkan aku sememangnya tidak pernah ada minat untuk bekerja, malah aku selalu menganggarkan bahwa waktu untuk aku keluar bekerja adalah masih jauh lagi, maka hari ini aku berasa sangat penat. Nak kata kerja bertimbun, tak ada pon. Cuma tadi aku buat correction untuk bomba submission. Aku tak ada masalah bekerja.Orang kat sana semua baik. Boss pon okey. Office selesa. Cuma ada beberapa je masalah aku yang agak luar biasa dan sepatutnya boleh diatasi. Tapi disebabkan aku tak mau atasinya, malah aku semakin menganggapnya sebagai satu masalah dunia, maka ia dengan rela hati menjadi satu masalah yang lebih membebankan diri aku sendiri dengan sendirinya. *apa ayat aku ni putar belit buat orang pening*. Aku tengah pening sebenarnya. Macam kena ketuk dengan hammer je rasanya kepala aku ni.
Okay, masalah yang aku maksudkan adalah.
- aku memang org yg cepat bosan. Pagi tu aku agak excited dan lakukan kesemua kerja dengan gigih sekali mengalahkan seorang yang gila kerja. Tapi lepas tu aku semakin busan. Baru 1st day okay, aku dah kata busan. Belum 2nd day, 3rd day.
- aku tak biasa duduk diam dan terkurung macam seorang skematik. Kalau kat studio, boleh jalan-jalan. Boleh ronda sana sini. Makan angin, minum asap. Agak-agak nak muntah duk dlm studio, aku masih boleh keluar menikmati panorama fakulti yang indah permai. Sekarang aku harus akur yang aku HARUS duduk 9 jam dalam office dan sengsara. Samada nak makan minum angin, semuanya harus di dalam office. Hidup atau mati, dalam office *ni sekadar hujah menyokong statement sahaja*
- tak de geng! Kan best kalau ada Farah ke, Inul ke, Shida ke… mulut aku ni dah la jenis hyperactive. Sekarang terpaksalah aku ajar mulut aku supaya beristighfar banyak-banyak. Ye, inilah masa yang terbaik untuk mengumpul pahala. Lagi banyak diam, lagi kurang risiko mengumpul dosa. AHAHA. Tapi cuba imagine kalau aku ada geng pi keje sama tempat dgn aku, let say Farah ke… tak ke pecah firma orang dibuatnya. Kami ni dah la extremist belaka.
Tu je masalah aku. Tak besar pon. Tapi aku suka keadaan office dan aku juga senang dengan rakan-rakan di situ
*rakan-rakan?* Aku akan bahgia kalau setiap hari aku dapat mengisi waktu kerja dengan pelbagai aktiviti
*baik masuk rakan muda*. HAR HAR HAR! . mmm… maksud aku, mungkin nanti aku akan ok kot. Sbb hari ni tak banyak tugas untuk aku. Tapi syukur aku dah belajar beberapa perkara. Boss kata nanti aku akan keluar ikut staff lain pi Majlis, pi tengoklah apa yang patot. Atau boleh kot aku sama ertikan sebagai RONDA-RONDA. Ye, aku suka kerja sambil meronda
*lebih baik jadi polis trafik*.
Ok. Aku sangat pening. Harus tidur cepat sbb aku tak sanggup menanggung penderitaan bangun pagi esok. Dan esok abah tak mau hantar aku lagi. Aku kena drive sendiri. Sangat la tak nak. Tapi sangatlah kena. *Waaaa… ayat aku bertabur-taburan malam ini.Maaf*
Ini gambar awal pagi tadi sebelum pergi melakukan kerjaan.
…. dan…
di bawah adalah gambar sebaik sahaja pulang dari kerjaan…

… masih boleh senyum. Kira okey la tu. Maknanya aku masih bahagia dengan kehidupan walaupun terpaksa membanting tulang mencari wang elaun
*yang ciput*
Honestly.aku okey sebenarnya dengan tempat kerja dan dengan kerja tu sendiri.
aku masih punya semangat untuk belajar.
harus ambil peluang 2 bulan ni untuk kumpul seberapa banyak ilmu yang boleh.
insyaAllah.
cuma aku malas bangun pagi je.
*sengih nampak semua gigi*
Gud Luck and all the best untuk semua rakan-rakan seangkatan dan senasib. Nanti naik sem kita kongsi suka duka, onak dan duri ye. Memang susah jadi orang dewasa.
Posted by chika under
Uncategorized
Nurul tu saya.
Nurulism pula ialah sesuatu yang telah diNurulkan.
Atau senang faham, dah kena rasuk dengan saya, bawah pengaruh saya, dan dalam kekuasaan saya. Baiklah, saya benci kata-kata diktator macam tu. Semuanya bukan. Nurulism hanyalah satu identiti kosong tanpa motif. Tapi jangan sangkal kebarangkaliannya di masa hadapan. Mungkin bakal menjadi satu brand terkemuka menandingi Christian Dior, Gucci, Dolce & Gabbana mahupun Fendi. Kau tak tau! Aku juga tak tau! Mungkin juga… satu hari kelak.
Kita tunggu.
Motif aku berkata tentang perkara ganjil di atas adalah demi menyebarkan satu rasa terdalam di dalam diri. Sejak beberapa masa lampau ni, aku seakan teruja untuk menjadi SANGAT popular, SANGAT kaya dan SANGAT berpengaruh. Aku macam terpengaruh dengan brand-brand terkemuka dunia. Beberapa kali otak aku melayang terpikir-pikir, bagaimana caranya nama kita sendiri boleh menjadi satu jenama komersial. Owh… sebenarnya aku terlalu lapang waktu mungkin. Sebab tu aku ada lebih masa untuk fikirkan yang aneh-aneh. Kasihan aku… Tapi, kalau nama aku bakal menandingi kehebatan produk Hilton, Dior, Fendi mahupun Dolce & Gabbana…. Nurulism sesuai mengpelopori produk apa ye? Adakah pakaian dalam sebagaimana Victoria Secrets? Dan kemudiannya terhasillah lingerie dengan label NURULISM pada tag belakang. Atau… lebih sesuai untuk barangan make-up seperti M.A.C? Dan lepas tu muncullah bedak asas brand NURULISM. (daaa…. !) Hmm.. mungkin jugak sebagai jenama makanan enak seperti yang dilakukan oleh Mark & Spencer. Wallauweih…
-Cukup Contengan Yang Buduh-
Tadi kami sekeluarga makan malam celebrate besdey Zirul.
Happy 19th Birthday, dear brother!
-pen off-
Posted by chika under
Uncategorized sangat mengujakan.
selain dapat melepaskan rindu dendam kesumat pada sanak saudara, aku juga berhasil mendapatkan wang saku daripada Pak Ngah. Lama tak balik Tanjung Malim. Lama juga tak balik Pontian. Hidup pelajar berjiwa korporat macam aku ni memang sangat busy.
(semua orang jemu dengan ayat jenis pengakuan busy sebegini. Ayat tipikal yang biasa ditulis oleh kesemua orang yang lama tidak publish entry)
Disebabkan aku baru je bercuti dan aku akan memulakan latihan industri hari Isnin ni, aku sangat butuhkan waktu sebakul dua untuk berehat. Makanya, aku hanya bergolek terlentang bertentang mata dengan TV sepanjang masa di kampung. Dapatlah aku pulun abes-abes kesemua rancangan-rancangan akademi fantasia yang lagha itu. (benda lagha dan dosa memang selalunya menyeronokkan. Yer, aku tau tu!) Dan sempat juga aku tonton Mukhsin. (yer, yer… aku tercicir jauh dah. Tapi tonton filem basi tak memudaratkan kesihatan kan? Biar filem basi, jangan nasik basi.)
yang aku suka tentang Mukhsin :
- lakonan pelakon yang selamba. i luv da way orked talked. i luv ekspresi muka orked and mukhsin. At least tak ada wajah wanita timur sejati buatan ala-ala Fasha Sandha. aku dah muak dengan pelakon-pelakon seposen dua ni.
- tak banyak dialog dan scene buang masa. Dialognya sgt sikit tetapi relax. Bukan seperti dialog Gerak Khas yang terlalu bekerja keras memperjuangkan penggunaan bahasa melayu dengan tatabahasa yang betul. Itu membosankan, Datuk! Datuk mana?
- Suasana kampungnya menaikkan mood tradisional.
- orked comel. bila dia bergadoh, tumbuk-tumbuk dan tendang-tendang orang, dia seperti objek bulat yang comel.
- Adibah Noor berdialog dan berlakon secara natural. Tolonglah kasi Adibah Noor award best actress…. tolonglah…tolonglah…
yang aku tak suka tentang Mukhsin :
- Jalan ceritanya lurus bendul. Lagi lurus dari bendul. Lurus macam pembaris berskala. Tak ada apa-apa cetusan kisah yang memberangkan, mencemaskan maupun mendebarkan. Just relax… like… “okay, watch……”
- (tiada)
- (tiada)

kesimpulan : pergi tukar tajuk Mukhsin jadi Orked lagi baik.
Sampai je kat ending….. aku pon terkesima bila ibubapa pengarah (Yasmin Ahmad) keluar menyanyi sambil Pak Ahmad tu main piano. Aiseyman… betullah tekaan aku selama ni. Yasmin Ahmad memang anak uncle Ahmad tu. Aku kenal uncle Ahmad and aunty anom (tak sure sgt nama mak dia). Even aku kenal one of Yasmin Ahmad’s niece ; Shana. Kami (me and the family) pernah sekali pergi rumah parents Yasmin Ahmad ni kat Subang Jaya. Dah lama dulu dah. Time aku form 4. Kenal parents dia pon sebab dulu kami satu agensi masa buat umrah. Uncle Ahmad and Yasmin Ahmad’s mother tu memang sgt nice orangnya. Uncle tu baik dengan abah saya. Aku dan abah takkan pernah lupa that uncle Ahmad pernah belanja kami masa kat Brunei (sbb abah saya hilang duit the way balik dari Mekah tu). Dan takkan lupa betapa banyaknya dia beli kurma. BANYAK GILA. I mean.. banyak lah! Sampai kami ternganga-nganga. AHAHAHA…
HOLIDAYZ.
sangat yummy dan delicious rasanya cuti ini. Setelah mengharungi satu semester yang paling azab. Aku tak mau ulang cerita. Sbb tak ada orang akan faham kalau aku menglipur lara sekalipun. Daripada aku bercerita tentang ARCHITECTURE ku yang luar biasa itu, lebih baik aku conteng sahaja perkara-perkara yang mudah difahami oleh kalian. Tekanan jiwa akibat ARCHITECTURE yang kami lalui terlalu sastera untuk diceritakan.
Semalam pergi UKM check out bilik. Oyya.. aku lupa nak tulis yang start dari sem lepas, aku tinggal bilik single. Tapi aku ada rumet lelaki. Yang merupakan sejenis spesis jantan bahaya tapi syukur dia tidak buas. Malah dia menjadi teman yang setia. Sbb setiap kali aku bercakap, dia tak pernah interrupt. Dia memang pendengar yang baik.

Tu dia…
Choki dan rakannya
Mail. Choki seekor ular hijau jantan. Manakala Mail tu hak milik Farah. Angpa tak taw lagi pa kejadahnya kami ni. Shida plak ada lembu nama Muna. Bukan men lagi si Shida simpan lembu betina kat bilik. At least aku ngan Farah ni orientasi kami masih straight agi. AHAHAHA!
Semalam juga maknanya last jumpa Kak Dell (bekas rumet). Aku pindah bilik single bukan sbb kami gadoh, salah faham ke pa. Semua sebab sikap sengal aku. Ada ka patut aku tak register bilik. Pastu teriak-teriak tak dapat bilik. Teruih kena tendang masuk bilik single. Tapi lagi nikmat. Bilik bsaq sket. Buleh tdoq kuat lentang, kuak kupu-kupu dan berkuak-kuak lagi. Pahtu buleh gimrama sesedap perasaan. Sangat ghairah la aku. Next sem pon aku stay bilik yang sama. Tak pa. Selagi ada Choki, aku tak kesah. Tapi pasti pahni aku rindu dendam kat Kak Dell. Tak pa la.. ada rezki aku pi Kedah, aku singgah lawat ang la Kak Dell. Apa? Kedah? Memang je nak pegi…. yewwww…
*aku jadi ulat bulu sat*.
Sebut pasal Kedah kan, aku tingat Loq Staq. Tingat Loq Staq… aku rasa … rasa… rasa miang. HAR HAR HAR! http://www.gurau-senda-sahaja. com.
Tadi on da way balik KL, aku sms kat beberapa orang lelaki jahanam ni mintak nombor tepon beberapa lelaki jahanam yang lainnya. Abes aku kena goreng ngan si Jamal dan si Pa8 GOM. TAk boleh blah btol si Jamal tu kasi nombor tepon abang Zul yang salah kat aku. Aku beriya taip sms sikit punya cemerlang : Akum, abang zul.. nurul jsb 2nd yr ni…bla..bla..
Sekali dia kasi salah nombor. Tak ke malu. Orang tu reply kat aku tanya-tanya aku sapa. Buat malu muka aku btol. Sebaik sms, oran tu tak kenal aku. Pastu dok sms lah lama-lama sket ngan Jamal. (Bro Jamal sepatutnya aku panggil dia tapi apa kejadahnya aku kena panggil dia abang). Dah sebakul balas2 sms… tiba2 Jamal dengan sengalnya sms aku.. : ni nurul mana eyh?. Oh. Sangatlah sakit hati aku. Aku pon reply : ni Nurul, cikgu vokal Christina Aguilera.
Memang saja nak pekena aku l
a tu. Disebabkan bengang, aku layan balik sms ngan pa8. Aku report kat pa8 tentang Jamal. Pa8 pulak ajar aku supaya panggil Jamal tu Doremon. Aku pon apa lagi.. alang2 sakit hati sbb Jamal panggil aku bulat, aku ngan pa8 pon mengumpat dia belakang2. Kami sepakat membawa berkat menggelarkan dia… Doremon bulat berdiameter besar. Puas hati. Aku simpan enpon. Tekad. Takmo sms lagi. Masa sms abang zul pulak.. aku tanya lain dia bagi jawapan lain. Aku cuma nak tau studio tutup bila sbb aku tertinggal log book untuk Latihan indusrti aku kat studio. Dia boleh suh aku balik umah, kata dia sudah2 la dok kat studio tu. Tp kalau aku nak tdo semua kat studio pon boleh sbb studio tak tutup-tutup. Fuh, puas la aku kena bahan kan mlm ni. Berpeluh. Jaga angpa, lagi2 yg sekor tu. Jgn sampai aku hasut Farah sebarkan gambar2 tak bermaruah dia tu… *woooo!*
Aku nak pergi joli-joli sekejap sekitar internet dan selepas tu tidur. Semoga ada teman-teman yang perihatin mau temankan aku shopping esok. Amin~

Posted by chika under
Uncategorized

Kenyataannya : Langit memang tinggi. Dan ini bukan kontroversi buduh jenaka ayah Pin. Kerajaan Langit tak main…
Sebenarnya : Ini sekadar entri warm-up sempena semester break.
HAR HAR HAR!
-semua boleh bersurai-