Archive for May, 2007

Rahsia Naga Hitam

Posted by chika under Uncategorized
Rahsia naga hitam hanyalah sebagai tajuk yang tidak berkaitan sama sekali. Ia sekadar mengisi tempat kosong yang tak seronok kalau tidak diisi. Tapi bercakap tentang naga, hari ini saya menghabiskan waktu-waktu yang semakin tidak mencukupi dengan mengumpul bola naga. Tak tau bola naga? Dragon ball tau? Ha… ia adalah ‘menatang’ yang sama. *sebenarnya perenggan ini adalah perenggan membazir dan langsong tak ada makna. Boleh abaikan perenggan ini*

Masih melakukan kerjaan kantor dengan peristiwa-peristiwa harian yang sama. Dan secara ajaibnya, aku merasakan aku seakan-akan dah menjadi manusia yang bosan lagi membosankan. Peristiwa semuanya berlaku secara berulang-ulang setiap hari. Sangat tidak asyik. Ia seperti makan nasik lauk kicap setiap hari. Seronok ke? mesti jemu kan?

  • bagi pagi, gosok gigi, siap-siap

  • panaskan enjin kereta dan go, ke kantor!
  • bersiar-siar atas tar selama 15 minit.
  • masuk lorong yang ada sign NO ENTRY *nasib ko la polis ada rakyat Malaysia jiwa kental lagi tak berdisiplin macam aku ni*. Untuk mengelakkan polis mengecam kenderaan aku sebagai pesalah jalanraya, sebaik je aku ‘rempuh’ lorong NO ENTRY tu, aku akan reverse dan pusingkan kereta aku supaya bila aku parking kat tepian gantang tu nanti, kenderaan nampak seperti tidak melanggar peraturan jalan sehala. Pandainyaaa… mabeles…
  • Breakfast dalam kereta sambil perhatikan muka2 foreigner kulit gelap. Bukan sebab aku jatuh hati atau terbunga cinta di dada. Tapi aku main game dekat muka dorang. Nama game tu, SPOT THE DIFFERENCES. Dan hari-hari aku gagal. Sebab aku tak dapat spot apa-apa perbezaan pun antara dua atau tiga orang foreigner tersebut. Muka dorang memang satu acuan, satu cop dan satu brand. HAR HAR HAR! Muka sama je…
  • Naik ke kantor, dan bermulalah riwayat hidup sebagai seorang pekerja bawahan. Dan terpaksalah aku main game-game yang ada dalam perisian komputer kantor. Game tersebut lebih gempak aksinya dari Counter strike!!. Nama game tu Autocad Strike. Ada juga game Photoshop Fighting, Sketchup Rally, dan banyak lagi game-game aksi yang lain. Kalau dah bosan main game, boleh main conteng-conteng pulak. Conteng pelan bangunan, conteng elevation dan sebagainya. Puas main conteng-conteng, boleh main menung-menung pulak. Oh… Sangat lah menyeronokkan. Seronok sampai aku rasa nak teriak sakan.
  • Penat. Dan setiap hari, bila celik je bijik mata subuh-subuh pagi tu, hati aku bergelora tak sabar nak tunggu jam 6 petang supaya aku dapat pulang dari kantor dan sambung semula episod tiduran aku.
  • Aku terasa sangat tak bermaya. Sekarang boleh nyanyi lagu Teratai Layu di Tasik Madu untuk aku.
Sepenat-penat aku, penat lagi kekasih. Sebab saya cuma seorang pekerja bawahan yang banyak main game Autocad Strike dan Photoshop Fighting sampai pukul 6 ptg je. Kekasih pula ialah seorang arkitek berjaya yang terpaksa stay up dekat kantor dia sampai ke pagi. Kesian kekasih. Sapa suruh pegang jawatan tinggi. Dan ini ada sedikit pesanan penaja buat kekasih : kalau u tak dapat gaji RM10 000 hujung bulan ni, I bom firm tempat u keje tu. *m a f i a w a n n a b e *

Kepala saya dah hilang pertimbangan. Kepala saya dah tak sabar nak henyak bantal. Penat betul main game setiap hari.

Rahsia Naga Hitam tamat.

Strawberry Sudah Habis

Posted by chika under Uncategorized

Sekarang boleh jilat jari and lick your lips deliciously.
Kerna strawberry-strawberry sudah habis musimnya. Diharap kesemua kita cukup-cukuplah tu menikmati kehidupan lampau yang masam dan manis macam stramberry juga. Ya… puitis.

Theme : Colors
Version : 6.0
Published on : 13th May 2007
Designer : Chikadior

Setiap kali aku tukar layout baru, sebakul dualah mesej aku dapat orang tanya-tanya mana aku dapat template tu. Kalini seblom aku menerima bakul-bakul soklan sebegitu, biar aku kasi jawapan sebakul dua terlebih dahulu supaya kita sama-sama senang. Untuk makluman semua, buruk baik, cantik huduhnya template aku, semua adalah datang dari hasil kerjaan aku sendiri. Oleh itu, cacat cela dan sifat-sifat paralympic yang ada pada fizikal blog aku harapnya mendapat kefahaman dari kalian. Kerna aku sebenarnya… bukanlah seorang web designer yang cemerlang. Terbilang apatah lagi. Aku cuma seorang tukang conteng yang tidak berdosa. Cuma obsesi aku pada design dan objek-objek cantik lagi artistik sahaja yang membolehkan aku terjerumus ke arena webdesign. Sekali lagi aku tegaskan, aku BUKAN web designer profesional. Nak aku ulangkan sekali lagi? *bagus, pergi duduk diam-diam*

Letih aku melakukan kerjaan tak berfaedah ni. Bukannya dapat untung pun. Sakit tengkuk aku lagi adalah dok renovate si Beylo ni.Dah lah. Tidur lagi baik. Aku harap, Beylo tahu ertinya mengenang budi dan membalas jasa. Semoga Beylo dapat menjagaku di hari tua ku nanti. Itulah harapanku sebelum aku tiduran.

Answer me

Posted by chika under Uncategorized

Answer me if u care

01. who are you, what’s our relationship:
02. how and where did we meet:
03. what’s my Last name:
04. how long have you known me:
05. tell me one good thing about myself:
06. when you first saw me what your impression was:
07. my nicknames:
08. birthday:
09. my favorite teacher at the moment:
10. what’s one of my favorite things to do:
11. do you remember one of the 1st things I said to you:
12. describe me in 3 words:
13. name 5 things i love:
14. do you think i’m good looking:
15. how would you describe me to someone:
16. would you ever date me:
17. tell me one thing you’ve always wanted to say but never did:
18: what do you like most about me:
19: if we could spend a day together what would we do:
20: do you think we will be friends for at least 3 or 4 more years:
21. Give me a nickname and explain why you picked it.
22. What do you think my weakness is?
23. Do you think I’ll get married?
24. What makes me happy?
25. What makes me sad?
26. What reminds you of me?
27. If you could give me anything what would it be?
28. When’s the last time you saw me?
29. Do you think our …friendship is getting stronger/weaker/or staying the same?
30. Do you feel that you could talk to me about anything and I would listen?
31. Are you going to put this on your blog and see what I say about you?
32. What song (if any) reminds you of me?
33. If you could change one thing about me, what would it be?
34. Do I cross your mind at least 1 time a day?

*i’m tired and blur. Everything’s plain inside or outside me.I need a rest……

if time can be bought…

Posted by chika under Uncategorized
kalau masa boleh dibeli di-ebay, aku sanggup bergolok bergadai mencari wang membeli masa. Kalau ada usahawan menjual masa, aku pergi carik dia sekarang jugak! Tapi kalau betullah masa tu diperdagangkan, mesti harganya sangat tinggi kan? Lepas tu ada pulak masa cetak rompak, masa tiruan, masa pasaran gelap dan seterusnya timbul jugak gejala sorok masa sebagaimana yg berlaku ke atas gula dan minyak. AHAHA! Merepek la lu! Tapi kalau betul-betullah masa tu ada dijual di pasaran tempatan kan, agak-agaknya ia dijual dalam unit apa eyh? Pastu boleh tapaw tak? Fuh, sengal! *berpeluh*


Cerita kantor #04

Pagi tadi keluar awal semula macam dua hari lepas. Tak mau susun strategi lagi dah. Syukur dapat parking yang cantek. Dan seperti biasa, breakfast dalam kereta. Kalau ketika kalian bersiar-siar di waktu pagi, lalu ternampak seorang gadis yang… boleh la kasi dia kategori imut-imut, taklah burok sangat … sedang makan dengan lahapnya dalam kereta, itu mungkin aku. Apa yang perlu kamu lakukan ialah palingkan wajah ke arah lain, dan jgn toleh2 lagi memandang buat kali kedua. Buat buduh je. Berehhh! Dan oyya.. aku bukan sahaja bersarapan ketika kereta sudah berada di car park, aku juga boleh bersarapan ketika kereta sedang berada di atas tar. Setiap pagilah jawapnya aku akan buat aksi stunt.Ngerii!

Keja cam dah mula banyak je. Tadi pon aku balik ke rumah dengan kerjaan yg belum selesai. Aku patotnya kena tolong Ismail dan Kak Liza bertungkus lumus siapkan Bungalow kat Mines *or what so ever- aku belum begitu pasti- but i got the curiosity inside me- please someone brief me about the bungalow* sniff..sniff… T_T. Tapi syukur aku dah siapkan coloring untuk plan. Empat ketul drawing aku color. Sakit bahu woo. Tak leh aku imagine macam mana urat saraf Kak Liza dengan si Ismail tu main tarik tali agaknya. Sebab urat saraf aku dah mula gusti-mania. Memang letih dok kat office rupanya. Lagi2 mengadap drawing. Kat studio drawing, kat office drawing.. bukan salah mata aku lah klu aku pandang semua org pon dah muka macam pelan. AHAHA!

Sangat penat. Aku rindu pada ramai orang. Pada my beloved kekasih, my darlink Farah Diana, and all my ‘selected friends’. Tadi sms dengan sarah main lepas2 rindu sat. Aku rasa, kitorang semua memang tengah alami perasaan dan seksaan yang sama. Kami stay pada level kehidupan yg seragam. Miss u guys. Can’t wait for da new sem. tapi… new sem? new sem? fobiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… *and the a’s goin to be infinity*

Salah Strategi.

Posted by chika under Uncategorized
Strategi yang dipasang untuk mengelak tekanan jiwa bosan telah gagal. Pagi tadi saya telah memasang strategi yang kontra dengan perlakuan semalam. Semalam saya keluar rumah seawal jam 8 pagi hingga kekasih berasa tidak percaya kerna saya melakukan kegiatan yang diluar tabii saya. Hari ini saya keluar dari rumah pada jam 8.40 pagi (ini barulah norma kehidupan saya yang sejati). Semalam rasa bosan mahu mati kerna menunggu lama hingga pintu kantor dibuka. Hari ini … seperti yang dijangka, saya lewat masuk kantor. Lewat 40 minit. (Kalau kelas Techno Pn Akmal aku lambat 40 minit, muflis aku kena denda RM40)

Bunda bekalkan saya mee goreng satu bekas polistrene untuk breakfast. Saya rasa tak sabar nak sampai kantor pagi tadi. Bukan utk bergembira melakukan kerjaan, tetapi utk makan mee goreng tersebut. Saya sangat lapar. Tapi alangkah kejutan elektriknya saya apabila mendapati jalan raya sangat sesak sampai saya rasa lemas. Kereta saya macam kena gam. Melekat tak bergerak. Kalau saya isteri Agong, pasti saya naik helikopter pergi kantor (tapi sebetulnya : kalau saya isteri agong, saya tak perlu buat latihan industri) Seronoknya jadi isteri Agong. Maaf dear :p

Sampai je Tmn Connaught, saya rasa nak teriak sampai anak tekak saya pecah. Saya sangat stress terperangkap dalam jam. Sila maklum bahawa saya mengambil tempoh 40 minit berada di jalan raya berhadapan dengan blok office saya. Memang tidak jauh dah nak sampai office. Tapi punyalah seksa nak lepaskan u-turn. Sampai aku terpikir nak tinggalkan kereta tengah jalan tu, dan pergi lompat divider tu. Tapi malaslah nak buat perkara pelik-pelik. Rakyat Malaysia kena low profile. Lagipun pagi tadi pakai kain lah. Tak ke buruk kalau lompat divider pakai kain. HAR HAR HAR!

Ko bayangkan!
Kantor dah depan mata. Sket lagi nak sampai. Tapi disebabkan jam tahap jahanam, ko terpaksa tunggu 40 minit. Stress tak? Maka, daripada aku juling tengok kenderaan-kenderaan di atas tar, aku pon melakukan beberapa perkara. Mula-mula aku ikut nyanyi semua lagu yang keluar kat radio. Lepas tu bila dj mula bercakap, takkan aku nak ikut dj bercakap kan. Aku pon nyanyilah lagu-lagu pilihan sendiri. Kali ni aku nyanyi sungguh-sungguh. Siap dengan latihan pernafasan melalui perut. Pergi mati dengan orang di luar tingkap. Mereka pasti tak mendengar aku buat konsert. Tapi mendengar suara sendiri yang sangat sedap tu, aku bertambah stress. Stress sampai aku makin kebuluran. Akhirnya aku bukak mee goreng dalam polistrene lalu aku makan dengan tenang. Aku lepaskan stereng kereta, aku pegang sudu. Lagi mahsyuk. Hingga akhirnya aku tenggelam dalam keenakan mee goreng ibunda. Masalah duniawi yang sementara itu langsung aku lupakan. Sedar-sedar je, kereta depan dah jauh dari aku. Terus aku tekan minyak nak pecut ke depan dengan perasaan hasad dengki yang mendalam. Aku tekad tak akan benarkan sebijik kereta pon potong aku.

Banyak mata-mata masyarakat memandang pada aku yang tengah makan macam budak Somalia. Aku tak pedulik. Aku terus makan dengan giat sekali sampai habis. Tapi walaupun mee aku dah habis (dan aku rasa nak tambah lagi), aku masih belum dapat lepas membuat u-turn. Memang masalah lalu lintas yang durjana sekali. Aku sambung breakfast aku dengan aktiviti mnum-minum pulak. Sampailah akhirnya aku kenyang.

Dah lepas masalah jam sumer, dapat lagi satu masalah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah ditimpa tangga, jatuh pulak. Aih.. Tiga kali tawaf baru dapat parking. Tu pon aku masuk lorong yang NO ENTRY. Itu time aku dah tawakal. Kalau kena saman, samanlah. Asalkan aku dapat masuk kantor demi menjaga disiplin latihan industri aku.

Masuk je kantor.. aku disambut dengan penuh belaian kasih sayang : “Ingatkan dah tak nak mai dah” … kata kak Liza. Lalu kami ketawa gembira. Mendengarkan cerita aku, ketawa diteruskan ke peringkat yang kedua.

TUGAS : Hari ini siapkan susun interior furniture dan lepas tu buat coloring guna photoshop. Photoshop? Memang mengujakan. Aku kan memang photoshop addict. Dapat ja tugas, aku buat diam-diam dengan tekun sekali. Setelah aku perhatikan sendiri dalam 3 hari bekerja ni, aku baru tersedar yang aku rupanya ada potensi jadi workaholic bila dah di kantor. Sesuatu yang tak pernah aku temui dalam eksplorasi diri sebelum ini. Bahaya ni. Aku bencikan workaholic. Dan aku tak dapat mengelak dari melakukan kerjaan dengan cepat. Sepatutnya di kantor aku harus relax-relax buat kerja. Tak payah cepat-cepat macam kejar final review. Tak payah. Tak payah… Dan aku sebenarnya ada rasa risau selagi tugas di kantor tak diselesaikan sebelum pulang ke rumah. Oh, tidak syok sekali punya perasaan sebegini.

tamat.

1,2,3… go tidur!

Kisah Kantor

Posted by chika under Uncategorized
ke kantor lagi buat kedua kalinya. Tetapi dengan perasaan yang tidak sama dengan semalam. Semalam rasa GEGAR! Gegar jantung, gegar otak, gegar badan, kaki, tangan dan sebagainya. Hari ini rasa TAK GEGAR! Pastilah… mana boleh gegar setiap hari. Kalau hari-hari gegar, namanya parkinson la tu. Kau parkinson ke? Tak kan? Kalau tak, kenalah jadi manusia bertamadun. Manusia bertamadun kenalah tau tanggungjawap dan boleh menerima kenyataan walau seperit mana sekalipun.

Ya, seperti kondisi aku.

Aku sedang menjalankan tanggungjawap aku sebagai khalifah bertamadun dan juga sebagai seorang dewasa sejati. Aku juga sedang bertungkus lumus belajar menerima kenyataan. Kenyataan bahawa aku harus ke kantor 5 hari seminggu, 9 jam sehari. Aku harus ke kantor! Ye, pak.. ke kantor. Dan melakukan tugasan2 macam arkitek profesional walaupon aku sebenarnya umpama daki-daki kering sahaja dalam dunia architecture yang agung. . . alahai.. setelah membaca kembali tulisan seposen dua ini, saya menyesal kerna menyamakan diri dengan daki-daki kering. Bukan itu maksud saya. Maksud saya… tak apalah. Saya tidak bermaksud apa-apa .. *%$%@&*?X**Z^&#@#* ?????

Hari ini seperti menampakkan sedikit cahaya nurani dalam kerjaya saya di kantor. Saya tidak lagi berasa mahu pengsan di tempat kejadian sebagaimana semalam. Mungkin berkat usaha saya tidur awal. Oleh itu, saya harus usaha lebih giat untuk tidur lebih awal. Tetapi sebelum tiduran, saya perlu melakukan hiburan malam dahulu iaitu berbual dan berkongsi asam garam kehidupan bersama yang tersayang. Sekarang barulah saya faham ertinya kesuntukan waktu dan tenaga. Saya hanya boleh liburan pada waktu malam yang singkat. Kualiti waktu siang saya sudah dirembat sehabisnya oleh kegiatan di kantor.

Kegiatan di kantor untuk hari ini agak aktif. Lalu memberi sedikit keterujaan. Saya memang gemarkan keterujaan. Dan saya juga berasa gembira kerna impian saya begitu cepat menjadi kenyataan. Ya, saya sudah mengambil alih pengurusan firma melalui rampasan kuasa. HAR HAR HAR! Saya cuma bersenda gurau sahaja. Sebenarnya… impian sebagaimana yang saya suarakan pada contengan yang lepas telah pun menjadi kenyataan. Mari kita teliti apakah jenis kegiatan yang telah saya lakukan di kantor dan juga di luar kantor hari ini.

  • disebabkan termakan kata-kata tidak benar ibunda, saya telah keluar dari kediaman tepat jam 8 pagi utk ke kantor. Bukan kerna ingin mengejar trofi pekerja terbaik (malahan tiada anugerah itu disediakan sama sekali oleh boss) , tetapi kerna mau mengelak kesesakan lalulintas. Saya tiba di depan batang hidung bangunan kantor saya tepat jam 8.15 pagi dan ketika itu suasana sangat aman damai. Sesuai bagi penggiat puisi. Maka saya bersumpah tidak mau mengulanginya lagi kerna saya terasa mau mati kebosanan akibat menunggu pintu kantor dibuka. Demi membunuh kebosanan, saya pun mengganggu kekasih dan mengadu domba padanya perihal saya pagi itu. Kekasih menghubungi saya dan saya pun gembira. Terima kasih kekasih. :p

  • saya diberitahu oleh Ismail (arkitek kanan) bahawa saya akan dibawa olehnya bersiar-siar ke Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Selangor dan juga makan angin di Majlis Dewan Perbandaran Subang Jaya. Inilah yang saya katakan sbg impian menjadi kenyataan iaitu keinginan untuk ronda-ronda tercapai. Tak perlulah saya menjadi polis trafik untuk mengecapi kerjaan sambil berjalan-jalan. AHAHAHA. Saya ikut Ismail kerna boss mau saya lihat-lihat urusan dalam proses mendapatkan kelulusan bangunan. Walaupun saya menulis seperti seorang sengal, tetapi saya sememangnya punya minat untuk mengambil tahu. Walaupun saya kelihatan teruja untuk meronda-ronda macam polis trafik, tetapi sebenarnya saya mahu belajar.Kalau saya mau makan angin maupun bersiar-siar, saya hanya mahu lakukannya dengan kekasih. Iaitu dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Sangat lama lagi. Mati la i! Oyya.. bomba submission yang 4 set drawing tadi tu, sekurang-kurangnya ada campur tangan aku sket. Semalam aku lah yang buat correction tu. *kasihan bdk trainee.hanya melakukan kerjaan kelas bawahan tapi aku akur dengan kedudukan aku*
  • Boss suruh Kak Liza memberikan tugasan membuat interior kepada saya. Saya membuatnya dengan tekun sekali. Tekun sehingga harus disuruh buat pembetulan beberapa kali. AHAHAH… biasalah tu. Kalau tak ada correction, namanya bukan architecture. Dan hari ini saya dapat satu pengetahuan am. Saya sudah tahu kenapa lecturer suka bersikap busuk hati dengan sering menyuruh pelajar2 menukar-nukar design macam tukar baju. Sebenarnya lecturer mahu berlakon spt seorang boss. Ye, boss saya begitu. Dia sama je macam lecturer *pulak dah.. td aku kata lecturer yang sama mcm boss*. Boss saya ambil pen merah, conteng2 drawing dan suruh saya betulkan. Memang sebijik dengan sikap lecturer. Bezanya, boss saya guna pen merah bermata halus manakala pensyarah saya menggunakan pen hitam artline point 6 bermata sebesar alam. Cuba teka siapa lagi kejam? Yer, jawapannya pensyarah, tepat sekali! Kwang kwang kwang. *saya tak suka sengkuang*
  • Saya pulang pada jam 6.15 pm. Memandu pulang dengan kenderaan bertayar empat milik saya itu dengan gembira sekali.

Saya mahu tidur lebih awal. Pagi esok saya sudah tahu apa yang harus dikerjakan. Interior furniture yang boss suruh saya betulkan harus disambung kerjanya esok hari. Saya juga berharap, lebih banyak kegiatan bermanfaat yang direncanakan buat saya hari demi hari. Amin~