Kompilasi sengal.

KISAH SATU

semalam. dekat office. Amoi secretary office aku ni agak sengal orangnya. Kesengalannya berkadar songsang dengan rupa parasnya yang cantek menawan. Dia selalu sengal. Lebih kerap membuat sengal dari aku. Sekurang-kurangnya tahap sengal aku berkurangan tanpa supervision teman-teman sengal yang lain. Tapi amoi ni boleh bangkit sengal dengan sendirinya.

Dia duduk depan, terpisah dengan kami semua. Bila bosan dia akan menziarahi zon kami dan mengubah zon kami yang gila hentak keyboard main autocad ni, kepada zon sengal sensasinya. Semalam… dia muncul dari bilik arkitek kanan ke zon kami dengan mengucapkan sesuatu yang sangat IMPRESSIVE.

amoi itu : Cilakak!
kami : HUH? (kami tecengang dibuatnya bila tiba2 saja dipekikkan sebagai cilakak)
kakak autocad : tak baik cakap macam tu. mencarut. berbahasa kesat boleh buat orang rasa lain dan buat orang berpandangan buruk kat you.
arkitek kanan : you tau ke you cakap apa?
amoi : tak tau. i dengar sedap. i ikut je.
arkitek pembantu : sukati you je
arkitek kanan : you orang kasi tau dia.Jgn kasi dia cakap lagi.
amoi : hahaha! (gelak gila) cilakak! (dia ulang lagi sambil gelak sakan).

kami semua pon tak tahan nak gelak. sebab dia bukan bercakap dengan gaya carutan, tetapi bercakap dengan enjoy dan bergembira sekali. Dan sebelum kembali ke tempat kerjanya, dia ulang lagi sekali carutan tersebut. Aku dah tak tahan nak gelak tergolek-terlentang.

Tak lama lepas tu, dia muncul lagi ke zon kami…

amoi : hey, baru i perasan. i kan orang cina. i boleh mencarut bahas melayu punya. sebab tuhan i mana faham bahasa melayu. dia faham mandarin je. AHAHAHA! i boleh la cakap cilakak sukati i. AHAHAH!

kakak autocad : oh, tuhan u tak tau bahasa melayu ke? alamak.. tuhan i tau semua bahasa. so kitorang tak boleh mencarut versi apa-apa pon la.

dalam otak aku : aku terbayang diri aku tengah gelak tergolek-golek sampai perut kembung.

KISAH DUA

dulu-dulu. masa tahun satu. masa bulan puasa kalau tak silap aku. aku dan kawan-kawan bersahur kat mapley. Kami pon main-main sms. Sebab waktu tu ada sms free. Seperti biasa, kebanykan sahabat handai aku ni memang kaki ‘carutan’ pelbagai gaya dan format. Kebiasaannya mereka menggunakan format lucu bagi tujuan hiburan semata-mata.

Sementara tunggu makanan sampai, kami main sms sesama sendiri. Entah apa tah yang aku cakap kat Ainul, kalau tak silap aku, aku terbahankan dia. Dia pon nak balas balik. Dia sms aku. Sebelum sms dia sampai, dia bitau aku..

“tengok henpon tu, kang sms aku sampai”
Aku : (excited tunggu sms dia)

tunggu punya tunggu…
tak sampai.
tunggu punya tunggu…
tak sampai…

rupa-rupanya….

member aku ni punyalah sengal terhantar sms tu kat ayah dia! Dia punyalah menjerit kat khalayak ramai tu. Sampai aku jadi bertambah excited nak tau apa yang dia nak send kat aku tapi ter’send kat ayah dia. Dia sua handphone dia kat aku. Aku pon baca apa yang sepatutnya dia nak hantar kat aku…


‘KAU MEMANG HINA!…’
Ok, imagine apa perasaan ayah dia setelah menerima sms tersebut dari anaknya.Mesti shock.
kami pon apa lagi.. pakat gelak sakan. Dia pulak pucat-pucat lesi. Aku masih ingat macam mana reaksi dia terketar-ketar time tu.

esoknya mak dia call. Dan menyoal… apa punya bahasa dia hantar kat ayah dia.

dan aku masih ingat kes tu sampai hari ni. Bila ingat je, aku gelak sendiri.

Kejadian sengal kadang-kadang berlaku di luar kawalan. Dan kesengalan orang lain selalunya menjadi bahan jenaka buat kita. Aku senang punya teman-teman sengal seperti ini.

entri ini tiada motif.

Recent Entries

19 Responses to “Kompilasi sengal.”

  1. fara-D Says:

    dan kami juga gembira dan senang punya si sengal spt kamu sbg teman kami…

    *hiks!~ Aku senang punya teman-teman sengal seperti ini. -
    cik kak, jgn lupa, gabungan supersaiyya kiter sumer mencetuskan kesengalan tak berbelah bagi… haks!

  2. lila Says:

    hahaks!!
    sgt sengal amoi tu.
    aku pun ramai kwn chinese yg main sebut je tanpa tahu maknanye…pastu gelak sesama sendiri..apo la diorg tu..

  3. wawa Says:

    kisah amoi tu lawak gila.

    aku as orang melaka kadang2 mencarut juga tanpa makna.

    tapi aku tak sebut alat2 sulit baik lelaki atau perempuan lah.

    itu memang hina.

    hahahaha.

  4. Rjuna Says:

    Hehe lama tak berkunjung kemari

    uh serius aku tak dpt bayang betapa amarahnya bapak dia, bila baca mesej camtu

    kalau tersend kat emak lagi haru, kecik hati mak, kena panah petir la time tuh

  5. ~ C y c L i p s ~ Says:

    cilakak! wakakakakkakaa! Eh best plak rasa… hurm.. *sengal*

  6. Adian Says:

    hmm… camne agaknye kalu aku terhantar msg2 seumpama itu ke ayah aku.

    mujur kami jarang bersms. call je. ehehe

  7. noheartfilin Says:

    pernah tersilap antar msg utk awek kepada abang..ape lagi…whoaaaa~ kantoi2 !!

  8. lindosh Says:

    heheh wat giler btol

  9. fairy Says:

    kwn fairy (melayu) penah stok sendiri mcm amoi kes 1 tu..sesuka hati ckp HARAM JADAH kat org lain!!!

  10. Nashrex Says:

    lawak entry nih.. kesian kawan ko tu.. camana laa rupa dia menghina bapak sendiri tu… kim salam sama amoi seketeri opis kamu itu jugak…

    katakan “cilakak!!!” pada dia..

    ahahaha

  11. kurekuredalamperahu Says:

    la…boleh lak camtu..

    cian kawan ko tu yek..kalu aku la..dah lama pengsan..bapak aku garang wooo..

    amoi tu klakar la..

  12. WaWa Says:

    aku.. aku.. aku tak tau nak cakap apa..
    gila kelakar tahap cipan dewa ke lapan belas! hahaha..

  13. ILynn Says:

    kisah satu amat melucukan
    kisah dua pon klakar
    ehehhehehe

  14. wan Says:

    hahaha lawak gila amoi tuh

    kengkadang kalu tensen keje, ada amoi sengal bagus gak kan :)

  15. Shaira Says:

    Aduh gelak sakan I, but suka kedua-dua kisah Nurul.

    Entry ni ada motif: To share with readers :)

  16. anasxz Says:

    huhu…
    sebenarnya aku masih tak faham lagi perkataan sengal tu.. yang aku tau sengat, kena penyengat, kena lebah dan adik beradik dia.

    sengal? tapi boleh tumpang gelak la amoi tu wat lawak yang tuhan dia tak faham cakap melayu. dan kawan tersilap sms ke ayah dia…

    p/s: jarakkan antara nombor ayah anda dan rakan2 anda.. ataupun nak lebih selamat.. delete terus..

  17. Danineh Says:

    ahahah…

    adek CHIKA!!!

    mane kumbang-kumbang lady bird!!
    wah lama gila aku tak layan lepak cni.. eheheh…

    AKU MEMANG HINA

    ahahah.. kelakanyee.. adui adui..

  18. cuya Says:

    mmg sengal….ahahaha

  19. Kumprinx Says:

    hahaha..
    memang selengal..

Leave a Reply