Tuesday Nite Fever

[ BABAK SATU : FEVER ]
Aku telah fever. Fevernya agak kuat. Kuatnya seperti harimau bintang. Mencakar-cakar tubuh badan dan mematah-riukkan temulang. Mulut terasa tawar. Semua manisan terasa pahit. Semua kepahitan terasa terlalu pahit. Oleh itu, sempena menghormati keadaan mulut yang tidak berapa baik, aku tidak pergi lunch hari ini. Aku menghabiskan waktu rehat di kantor sahaja. Menjamu mata sampai kenyang dengan lukisan senibina. Inilah kali pertama perut tidak disogok dengan makanan ruji karborhidrat tinggi. Baik untuk orang *solid* sepertiku. Tetapi….

… aku tetaplah aku.
walaupon tidak menjamah makanan ruji karborhidrat tinggi, aku telah replace kedudukan makanan ruji itu dengan 3 bijik roti. Sebenarnya istilah amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sehat tidak berlaku hari ini. Kerna… aku tetaplah aku.

[ BABAK DUA : JAM ]

Kebiasaannya, tepat jam 6 ptg aku sudah terhegeh-hegeh bergegas keluar dari pintu kantor. Tapi hari ini adalah luar biasa. Aku telah buat overtime selama 5 minit. Dan alangkah terkejutnya aku, akibat overtime 5 minit yang tidak sama sekali bakal menaikkan jumlah elaun itu, aku telah terperangkap dlm kesesakan lalulintas. Seperti biasa, histeria menyerang aku. Aku pon teriak-teriak sendirian. Tidak disangka, kenderaan-kenderaan pun bertindak membina banglo dua tingkat. Kami pon panjat-panjat atas kenderaan orang lain. Fenomena luarbiasa ini sempat aku rakamkan :
Sekarang aku berasa sangat penat setelah melakukan panduan bertingkat petang tadi. Bukan kerja mudah melakukannya. Harapanku, semoga esok pagi dan juga petang… kejadian aneh ini tidak berlaku lagi. Kerana aku tidak berapa suka menaikkan kenderaan aku ke atas kenderaan orang lain. Kalau bukan kerana aku sedang sebuk dengan industrial training, pasti aku kini menjadi tunggak kepimpinan tunjuk perasaan supaya jalanraya diperlebar.

Bila aku sudah mengeluarkan ilham kreatif seperti ayat-ayat di atas, adalah lebih baik untuk aku pergi tidur. Hanya tidur yang bisa mengembalikan aku kepada norma kehidupan yang hakiki. Selamat malam semua.

Recent Entries

11 Responses to “Tuesday Nite Fever”

  1. Nashrex Says:

    haha..
    cerita pasal kereta itu sangat lawak.

  2. Adian Says:

    aku jln kaki je blk. kononnya exercise. balik umah terus balun setengah buku gardenia. aaaa

  3. ChikaDior Says:

    nash – aku baru publish ko da komen? mmg ligat. Cerita kereta itu memang aneh.

    adian – tak wonder pon. ko kan bai roti. huh? jalan? ? jalan? uuuumak aih.

  4. mohdismail Says:

    saya sepatutnya balik pukul 5.30.. tapi seperti kata Chika, buat overtime yang semestinya tidaqk menaikkan elaun:) keluar 6.15 pun still jam lagi kat Pasir Gudang ni..

    tak seronok betul jadi seorang pemandu dalam lebuhraya yang jam..

  5. Fath Says:

    alehh… 5 minit je overtime-nya… ingat 5 jam td…

  6. Adian Says:

    pa8 wat overtime smpi dpt RM1500. I wonder camnela pengiraan overtimenye itu. brpa plak elaun asasnya. hmm tp wat masa dan ketika ini, ditawarkan overtime RM5 sejam pun aku xnak. kecuali pc aku digantikan dial up ni kpd streamyx. bulan 6 nnti dgrnye ade bdk praktikal br masuk. hrp2 pempuan. hehe

  7. ast3 Says:

    sriyes.dan klaka.. kakakakkakakka.. tabley tahan weh..
    p/s: slame ni aku slalu balek dr kolej malam nak ngelak jem dr ampang sampai ke rumah.. kol 5 pon da stat jem.. ape dorang ni keje ke tak?/ hahahahha

  8. fara-D Says:

    haha.nampak nya kamu jam terok sentiasa eh….saya jam gak… tapi kadang2 sonok dikala jam itu sbb i bisa melalak dlm kete mcm kite wat dlm studio slalu… kat umah tak bleh melalak, bleh sembang speaking ngan maktok ja…hehe…

    wuh!hari makin hari makin bes plak… tp hari jumaat ttp terbalas sisa2 kemalasan yg lazimnya hadir pd hari JUMAAT…aishh…

  9. ChikaDior Says:

    ismail – klu jalanraya tu indah tak pa jugak. Ni dah la lesu, sesak, view pon bosan. Boleh stress tau klu ini berterusan.

    fath – oh hooo… ga bisa.. ga bisa! kecuali klu dibayar mengikut jam. ekekekek…

    adian – gila ke haper RM1500?! tu bukan praktikal, tu namanya makan gaji. cissss! tak pe la. asalkan aku sennag hati dan gembira dgn kerjaan kantor. tak ada beban, tak sakit jiwa. eleh, ko patot syukur tau leh online walopon dial-up. aku? boss dah block. pe? pompuan? gatal jugak ko eh. aku bitau nisa!

    astri – klu aku kuar kul 6, 15 min je da sampai. Jln ok ja. lancar! tp klu kuar kul 6.o5pm, alamatnya buat banglo ar! ekekeke.. stress sgt stress. pagi pon camtu jugak.

    farah – tiap2 ari aku nyanyi lagu DEWI kuat-kuat. Aku tak tau kenapa tabiat tu dtg. Bila aku rasa nak teriak dlm kete, mesti lagu DEWI yang keluar. Sbb HOT asyik main lagu tu ja kot.

  10. Wizurai Says:

    ari² HOT main lagu DEWI jadi jemu pulak aku mendengarnya…

  11. bang_gugar Says:

    salam,

    tumpang lalu sebentar ya..

    (“,)

Leave a Reply